CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
Post time 27-9-2005 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 23-9-2005 10:14 PM
Giliran aku lak....

Naik Sorang-Sorang
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diber ...


tu takpe dia ckp naik sorang2...kawan aku naik mesin tu cakap
Anda Gemok.....Anda Gemokkk....
tak ke haru bila semua org pusing kpala nak tgk sapa budak gemok tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2005 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 23-9-2005 10:16 PM
Telur

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga poli ...




mana Mal telurnye?????
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2005 08:41 AM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 23-9-2005 10:18 PM
Durian

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ...


lahupa la lawak ko atokkk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2005 08:41 AM | Show all posts
Cerita Kaki

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..

Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh pensyarah.

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"

Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..

"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau !!!"

Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata...

"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2005 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 27-9-2005 08:41 AM
Cerita Kaki

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..

Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis  ...


aku rasa kalu aku marak nak buat cam ni gak la....
kelako la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2005 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by rinairza at 27-9-2005 08:40 AM

mana Mal telurnye?????


hai rinairza..hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2005 08:46 AM | Show all posts
hai atok....lawak ko memang best....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2005 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by rinairza at 27-9-2005 08:46 AM
hai atok....lawak ko memang best....




Lawak sambil cari kedit....dpt kedit tu..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2005 08:52 AM | Show all posts
pandai tul....memang geliga...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2005 10:59 AM | Show all posts
Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2005 11:00 AM | Show all posts
Don't Worry

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2005 11:01 AM | Show all posts
3 Sekawan

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2005 02:15 PM | Show all posts
Cabut Gigi

Pada satu hari, seorang pemuda pergi berjumpa doktor gigi. Nama dia Syakirin.
Syakirin: "Selamat pagi doktor".
Doktor : "Selamat pagi, ha duduk!"
Syakirin: "Doktor, berapa harga nak cabut sebatang gigi".
Doktor : "Sebatang RM120 sahaja!"
Syakirin: "Tak der yang murah lagi ker doktor?"
Doktor : "Kalau nak murah, cabut guna playa RM50 saja! nak ker?"
Syakirin : "Masih mahal lagi doktor! ada tak yang paling murah?"
Doktor : "Ada! Apa kata saya suruh anak buah saya yang cabut, cuma RM20 saja!".
Syakirin : "Cantik doktor!! terima kasih! okey bubuh nama bos saya untuk rawatan esok!."

P/s: Nasib la ko boss!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2005 02:30 PM | Show all posts
Nenek dan Cucu

Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.

Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2005 05:19 PM | Show all posts
Ibu Perasan

Didalam sebuah pejabat pos terdapat terlampau banyak orang beratur untuk membayar tunggakan bil. Arakian tibalah masa seorang ibu yang sedang mengandung membayar bilnya. Lalu bertanyalah si pekerja ni

pekerja : Beraper bulan cik?

Si ibu : Masuk ni dah 7 bulan(Sambil tersenyum-senyum
mengusap perutnya)

pekerja : ?????????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2005 11:05 PM | Show all posts
Ayam Yang Macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawaban ada di bawah]












Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2005 11:25 PM | Show all posts
LAWAK ORANG ASLI

Pada suatu hari ada seorang asli pergi keBalai Polis untuk membuat aduan tentang kematian kawannya.

Orang Asli:Datuk...saya datang ni nak buat report tentang kematian kawan saya,dia dibaham oleh harimau.

Polis: Pukul berapa?

Orang Asli:Tak pukul tok,harimau tu terkam jer.

Polis: Habis tu?

Orang Asli: Habis tak habislah tinggal tulang je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 08:42 AM | Show all posts
Cik Tina

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

FatinNabihah This user has been deleted
Post time 28-9-2005 08:50 AM | Show all posts
hehe... mmg lawak aaa... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 09:55 AM | Show all posts
aku nak syer gak.....:lol

Kisah Wanita Mengandung

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.

"Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..". Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata,
"Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..". Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu.

Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu be rkata

"Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.200724 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list