CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71012|Reply: 167

[MERGED] Lagenda Puteri Gunung Ledang

[Copy link]
Post time 22-9-2005 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Aku nak berkongsi cerita pasal tuan puteri ni pada korang semua.  Kalau salah fakta harap maafkan..sebab cerita ni datangnya dari kawan mak aku.

Lebih kurang 20 tahun yang dulu (lama tu) kawan mak aku sekeluarga pergilah mandi manda kat Air Terjun Gunung Ledang.  Nak di jadikan cerita tengah seronok mandi tetiba makcik ni baru tersedar anak perempuan dia (umur 3-4 tahun, masa tulah) telah hilang.  Cari-cari tak jumpa2. Aku tak pasti anak dia hilang berapa hari, tapi yang pastinya ada operasi mencari dari Pasukan Penyelamat. Pun begitu anak dia still tak dijumpai.

Makcik ni ngan family dia dah tak tahu nak buat macam mana.  Siapa tak sedih hilang anak kan! lebih-lebih lagi dalam hutan.  Lepastu entah macam mana sedang makcik ni merayau-rayau sampailah dia kat satu kolam berhampiran dengan air terjun. (Tak dapat aku membayangkan camne..tapi lebih kurang gitulah). Makcik tu pun duduk atas batu sambil melepaskan lelahnya. Lepas tu terdetik pulak hati dia, "kalau betullah ada tuan puteri atas gunung ni tolonglah tunjukkan mana anak dia".  Tak semena-mena anak dia muncul entah dari mana.  Bila dia tanya anak dia pegi mana, anak dia kata ada nenek ajak dia jalan-jalan. Lebih kurang gitulah..

Lepastu..rasanya nenek yang dimaksudkan itu muncul depan dia. Nenek Kebayan..dah tua sangat. Nenek tu cakap dia suka dengan anak mak cik ni. Mak cik ni merayu-rayu dengan nenek ni supaya tak mengapa-ngapakan anak dia.  Nenek tu cakap lagi okaylah..(tak taulah nenek tu cakap camne ayatnya..) Tapi dengan satu syarat..syaratnya dia akan datang jengok anak makcik ni bila-bila masa dia suka. Bila dah terdesak..mak cik tupun cakap ye je.

Selepas dari hari tu..nenek akan datang melawat makcik ni, samada secara zahir atau dalam mimpi.  Dalam mimpi kadang-kadang sebagai nenek kebayan atau kadang-kadang sebagai tuan puteri yang cantik jelita.  Dari situ makcik ni tahu pasal asal-usul nenek nih. Rupanya dia puteri raja dari tanah seberang macam filem Puteri Gunung Ledang tulah. Dia ni alim sangat. Tapi dlm filem PGL tu aku tengok macam tak alim pulak.  Dia tak nak dikawinkan dengan raja mana aku tak tahu..pastu teruslah lari ke Gunung Ledang. Sejak dari hari tu sampailah kini.  Dia masih hidup atau dah mati aku tak tahu..tapi kadang-kadang (dululah) makcik ni sejak dari hari tu pandai mengurut dan mengubat. Bila nenek dah meresap dalam badan makcik ni, makcik ni akan bertukar menjadi nenek. Maksud aku..muka dia sama tapi tetibaje makcik ni bongkok sangat. Suara pun terketar-ketar.  Mak aku penah tengok masa makcik ni dah jadi nenek. Seram gak..

Tapi entah macam mana..makcik ni dah tamatkan kontrak dengan nenek atas sebab2 yang aku pun tak pasti.  Lama jugak dia berubat. Proses berubat tu makan masa lama sangat..dan salah satu dari proses mengubat tu aku ada sekali.  Aku dengar suara makcik tu memang macam nenek kebayan. Siap cakap jawa tau! Kalau cakap melayu bunyi jawa tapi bahasanya macam cerita melayu dulu-dulu. Berbunga-bunga bahasa.  Memang suspen masa tu...

Sekarang dia dah okay..tapi kalau dia teringat nak jumpa nenek dia boleh seru bila-bila masa. Itu jelah cerita aku..macam tak percayakan!!

[ Last edited by  amazed at 17-2-2009 06:49 PM ] Last edited by winamp05 on 9-7-2013 12:49 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2005 02:29 PM | Show all posts
aik....kalu putri gunung ledang hidop lagik...aku ghaser umor dier sribu dua ghatus patploh lapan tawon arrr.....huhuhuh

byk versi ler citer pgl nih....aku dah terkonpius dah nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 04:20 PM | Show all posts
nama pun lagenda...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 05:14 PM | Show all posts
hurmm:hmm::hmm: mcm2 ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 05:44 PM | Show all posts
hmmmm........ banyak versi pasal kisah putri nih..........
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 22-9-2005 10:03 PM | Show all posts
jika ini hakikatnya~~
aku serahkan jiwa dan ragaku~~

aku ske lagu PGL
:bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2005 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 22-9-2005 10:03 PM
jika ini hakikatnya~~
aku serahkan jiwa dan ragaku~~

aku ske lagu PGL
:bgrin:



Saya ada kawan yang pernah bercerita tentang Tuan Puteri ni... dia kata dia tak tahu kenapa dia asyik teringat kat Tuan Puteri... Dia suka sangat kat tuan puteri ... hari tu masa keluar cerita PGL , dia macam begang... dia kata Tuan Puteri mesti tak suka, nanti mesti ada sesuatu akan berlaku... lepas tu gempar cerita ular besar yang timbul di Muara Sungai Muar... Selamba aje dia kata... Ala... itu ular Tuan Puteri leee.... saja tunjukkan diri nak  beritahu tuan puteri marah.... Bila dia tengok PGL, mula-mula dia marah-marah.... Bila saya tanya kenapa... dia jawab.."Baju Tuan puteri bukan macam tu... tuan puteri suka pakai tutup aurat... tuan puteri Islam... tuan puteri tu alim... Cinta tuan puteri tak macam tu...."  Tapi lepas tu dia puji pulak... "orang filem ni bagus... tuan puteri memang lari ke gunung ledang disebabkan cinta.... yang best tu masa daun2 gugur...." Cara dia bercakap seolah2 dia cuba mengingati sesuatu yang dah lama.... Lepas PGL tamat ditayangkan baru le dia ok.... dia kata tuan puteri dah tak marah sebab tuan puteri tahu orang filem pun nak untung gak...

Saya dengar aje... sebab sebelum ni pun dia pernah bercerita yang dia pernah tengok rambut Tuan Puteri.  Masa tu dia kata dia ke gunung ledang. Dari jauh dia nampak ada sebongkah batu besar yang kedudukannya agak pelik.  Katanya dia terpanggil kesana sebab dia rasa ada sesuatu untuknya.  Sampai kat sana dia jumpa sebatang tongkat kayu... agak pelik rupanya... lurus... panjang dalam anggaran 2 1/2 kaki, di atasnya bulat yang dibalut dengan kain batik berwarna cokelat dengan corak yang agak unik.  Pelik dalam hutan... dia tak berani nak ambik... Masa tu dia terdengar bunyi bising siamang bersahut-sahutan tak jauh dari batu tu... masa dia tinggalkan batu tu  tiba2 dia rasa tangannya terlilit sesuatu... Ada seakan benang putih dipergelangan tangannya.  Bila dia tenung betul2, rupanya sehelai rambut putih... tapi dia kata cantik bersinar tak pernah dia tengok sehelai rambut yang begitu cantik...  dia rasa macam seronok sangat dan berlari menuju ke arah kawannya sambil pegang rambut tersebut... peliknya bila dia hulurkan tangan untuk tunjukkan rambut tu... rambut tu dah tak daaa... dah hilang.... dia pun pelik... dia kata dia tak lepaskan tapi cam na rambut tu boleh hilang....Esoknya dia baru dia tahu rambut semalam tu tuan puteri bagi kat dia.. tapi sebab dia nak tunjukkan pada orang... tu yang tuan puteri ambil balik.."

Akhir2 ni saya temankan dia bertemu dengan orang2 alim sebab dia dakwa ada jin islam rupanya berkawan dengan dia.... tapi dia tak tahu... tu yang sekarang ni berusaha nak tamatkan kisah dia dengan jin islam tu... masa tu yang saya dengar lagi cerita pelik2 dari dia... sampai ada sekali tu dia tanya ustaz tu... kenapa jin tu nak berkawan dengan dia... ustaz tu jawab... "jin tu tahu yang awak ni ada sesuatu..."  Apa dia pun saya tak tahu.. ayat tu habis kat situ.....

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 02:42 PM | Show all posts
hehehe...mcm mcm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2005 04:34 PM | Show all posts
Maknanya cite aku pasal tuan puteri ni lebih kurang sama la dengan versi cerita kawan ko Ct_og. Pernah satu malam di bulan Ramadhan ada sorang hamba Allah ni nak berkenalan dengan lebih dekat ngan tuan puteri ni, so melalui makcik yang kawan mak aku ni dia seru tuan puteri suruh datang. Memang dia datang..tapi masuk dalam jasad makcik ni. Makcik ni marah hamba Allah ni sebab dia tengah beramal ibadat, kenapa panggil-panggil dia. Tapi sempatlah hamba allah ni berkenalan sekajap.  Seperti yg aku cite sebelum ni lah..kalau kawan ko berminat bolehlah berkenalan dengan makcik ni.:ah:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 05:41 PM | Show all posts
Now i'm confuse........... walauwey so many version ehh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2005 01:22 AM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 23-9-2005 05:41 PM
Now i'm confuse........... walauwey so many version ehh...


tak payah confuse. itu semua kerja jin. yg masuk dlm tubuh org tu kerja jin. tuan puteri tu kalau betul ada, dah meninggal. dan kita kena faham, jin ni sama mcm manusia, ditaklifkan... dan di kalangan mereka juga ada pembohong walaupun mereka islam!

wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2005 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 24-9-2005 01:22 AM


tak payah confuse. itu semua kerja jin. yg masuk dlm tubuh org tu kerja jin. tuan puteri tu kalau betul ada, dah meninggal. dan kita kena faham, jin ni sama mcm manusia, ditaklifkan... dan di k ...


:setuju:
lagi satu bukan hanya jin yang boleh masuk dalam tubuh manusia kan..syaitan/iblis juga boleh buat tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2005 02:01 AM | Show all posts
kebesaran kuasa drpNYA...utk kita renungi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by mama_fuad at 23-9-2005 04:34 PM
Maknanya cite aku pasal tuan puteri ni lebih kurang sama la dengan versi cerita kawan ko Ct_og. Pernah satu malam di bulan Ramadhan ada sorang hamba Allah ni nak berkenalan dengan lebih dekat ngan  ...



Saya dah tanya kawan saya tu.. dia jawab "Boleh jugak... tapi cam na nak jumpa mak cik tu...?"
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 09:27 PM | Show all posts
ermm! silap haribulan masuk unsur syirik pulak....
Reply

Use magic Report

DonJuanDeMarco This user has been deleted
Post time 5-10-2005 03:10 PM | Show all posts
Siapa sebenarnya Puteri Gunung Ledang dan sejarah beliau yang sepatut dibincangkan di BOD ini. Post dari mama fuad dan cr og tu sepatutnya masuk BOD Mystery, Paranormal, Super-natural .. sila maklum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2005 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by DonJuanDeMarco at 5-10-2005 03:10 PM
Siapa sebenarnya Puteri Gunung Ledang dan sejarah beliau yang sepatut dibincangkan di BOD ini. Post dari mama fuad dan cr og tu sepatutnya masuk BOD Mystery, Paranormal, Super-natural .. sila maklum.


mok nik rasa tidak jadi masalah thread nie berada di Bod  History, Myth, Legend dan sesuai di postkan di sini, sebabbya bod ini selain merangkumi sejarah,ia juga adalah untuk mitos dan lagenda dan post mengenai  Puteri Gunung Ledang yg merupakan metos dan lagenda bercampur baur antara fakta sejarah memang lah sesuai dibincangkan di sini
Reply

Use magic Report

DonJuanDeMarco This user has been deleted
Post time 5-10-2005 04:45 PM | Show all posts
Hitam kata mok nik.. hitam lah kater saya.. :cool:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 10:20 AM | Show all posts

Puteri Gunung Ledang versi Hikayat Hang Tuah

Originally posted by DonJuanDeMarco at 5-10-2005 03:10 PM
Siapa sebenarnya Puteri Gunung Ledang dan sejarah beliau yang sepatut dibincangkan di BOD ini. Post dari mama fuad dan cr og tu sepatutnya masuk BOD Mystery, Paranormal, Super-natural .. sila maklum.



Ok.. aku nak citer sikit pasal PGL versi buku Hikayat Hang Tuah(HHT).. untuk makluman semua.. Hikayat Hang Tuah di percayai telah dikarang oleh 4 org pengarang.. err.. mungkin sambung2 lepas pengarang yg pertama mati atau mengarang serentak... dan banyak juga cerita2 di dlmnya tidak selari dgn buku Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang atau pun R.O Win.. (aper namernyer wei??). Dan tarikh sebenar bila buku HHT ini mula ditulis juga tidak diketahui dengan tepat.

PGL mengikut HHT adalah anak kepada Sultan Melaka. Bersaudara dgn Tengku (?luper ler). Sultan Melaka tu plak tak pernah diberi nama kalau tak salah aku dm HHT tu. PGL ni telah bertunang dgn Raja Chulan.. putera dari Perak. Raja Chulan ni plak gemar sangat menyabung ayam. Pantang dgr kat mana ader ayam baik.. mesti nak gi nyabung punyer. So.. Raja Chulan ni pun belayar sehingga ke Kelantan sana..Korang mesti pernah dgr cerita rakyat pasal Raja Chulan menyabung ayam kat sanakan... so tak payah aku panjangkan citer.. Raja Chulan kalah teruk. PGL ni plak bila dgr tunangnya dan kalah teruk sebab menyabung ayam kat sana hingga (?? aku luper aper dah jadi kat Raja Chulan tul ler.. sowy yer) terus meminta ayahdanya yakni Sultan Melaka utk menyerang negeri Kelantan. Malang sekali Sultan Melaka tak nak ikut kemahuan anakanda puterinya. Maka PGL pun merajuk membawa diri ke Gunung Ledang.

So amacam.. versinya totaly lain dari PGL yang kita pernah dengarkan? Aku pun susah gak nak terima citer HHT tu pasal PGL. Tapi.. alaaa nama pun hikayat.. hikayat dibuat utk menyeronokkan pembaca walaupun berdasar kisah benar.. mesti ader tokok tambah. HHT ni akan aku ulang baca lagi utk kali ke 3 nanti.. bila free.

Ok.. wasalam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 10:23 AM | Show all posts
So MOD mok nik.. amacam citer pasal PGL sayer..

Ok tak:cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.389511 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list