CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Jepun Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 7-9-2012 01:38 AM | Show all posts
nak kena update lagi thread ini.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 10:44 AM | Show all posts
best la plak layan thread nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2012 12:33 PM | Show all posts
Kofun (Yamato) Period (250AD-538AD)



Empress Jingu Kogo Led A Japanese Invasion Of Korea 366AD













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2012 11:17 AM | Show all posts
Perang Jepun-Rusia (10 Februari 1904 – 5 September 1905)


Perang Jepun-Rusia (Bahasa Jepun : 日露戦争; Romaji : Nichi-Ro Sensō; Bahasa Rusia : Русско-японская война Russko-Yaponskaya Voyna; Cina ringkas : 日俄战争; Cina tradisional : 日俄戰爭; pinyin : Rìézhànzhēng, 10 Februari 1904 – 5 September 1905) adalah satu konflik yang timbul akibat cita-cita untuk meluaskan kuasa oleh Empayar Rusia dan Empayar Jepun ke atas Manchuria dan Korea. Medan pertempuran utama adalah di Manchuria Selatan, terutamanya di kawasan sekitar Semenanjung Liaodong dan Mukden, laut di sekeliling Korea, Jepun, dan Laut Kuning.

Rusia ingin mencari pelabuhan air suam di Lautan Pasifik, untuk tentera laut mereka selain perdagangan maritim. Vladivostok adalah satu-satunya pelabuhan yang beroperasi semasa musim panas, tetapi Pelabuhan Arthur akan beroperasi sepanjang tahun. Bermula pada akhir Perang China-Jepun Pertama dan tahun 1903, rundingan di antara Rusia dan Jepun adalah sia-sia. Jepun memilih peperangan bagi mengekalkan penguasaan ekslusif di Korea.

Keputusan kempen, yang mana tentera Jepun secara konsisten berjaya mengalahkan tentera Rusia, tidak dijangka oleh para pemerhati. Kemenangan ini secara dramatik mengubah keseimbangan kuasa di Asia Timur, menyebabkan penilaian semula kemasukkan terbaru Jepun ke pentas dunia. Kekalahan memalukan menyebabkan rakyat Rusia tidak puas hati akan ketidakcekapan dan rasuah oleh kerajaan Tsar, dan membuktikan penyebab utama pada Revolusi Rusia 1905.







http://www.youtube.com/watch?v=HT-1tZ_TUYM





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 07:40 PM | Show all posts


Last edited by HangPC2 on 18-8-2013 06:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2012 02:45 PM | Show all posts
Japan's annexation of Korea 1910-1945







http://www.youtube.com/watch?v=4xWot6Ld5Gk




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-1-2013 11:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2013 07:47 PM | Show all posts
General Nogi Maresuke (1849 - 1912)


http://en.wikipedia.org/wiki/Nogi_Maresuke



General Anatoly Mikhaylovich Stessel (1849 - 1915)


http://en.wikipedia.org/wiki/Anatoly_Stessel





http://www.youtube.com/watch?v=4O1sFtKOCtI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2013 07:57 PM | Show all posts
“ Tamadun Awal Jepun : Orang Wa Perintis Pembinaan Peradaban Negara Bangsa Yamato ”



Jaafar Jambi



Abstract : Since the exodus of the Asian people to the island of Japan various knowledge and technologies from the mainland were introduced to the new world. These knowledge and technologies had been used wisely through the process of assimilation and adaptation toward the new environment. The outcome of this processes were the emerging of a new breed of people called Wa. The people of Wa started building their country‟s civilization beginning from the unification the Uji groups to the setting up of a country called Yamato. The Yamato reached a civilized nation status when it fulfilled the basic criteria of civilization which include criteria such as there must be a human residence and a few city centres, stable life span of the people, existence of social organizations and institutions and other characteristics.

Keywords : Negara Yamato, Jepun, orang Wa, Negara China, Asas Peradaban



Pengenalan

Negara Jepun merupakan sebuah kepulauan yang terletak di timur benua Asia yang mengandungi empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu dan empat ribu pulau-pulau kecil. Kepulauan Jepun memanjang dari hujung sebelah utara sehingga hujung sebelah selatan yang berukuran lebih kurang 3000 kilometer. Keempat-empat pulau utama itu merupakan tumpuan tempat tinggal dan aktiviti penduduk Jepun.1

Kepulauan Jepun terletak di garisan latitud 45° 33‟ utara dan 20° 25‟ selatan, di garisan longitud 122° 56‟ timur dan 153° 59‟ timur. Kepulauan ini mengalami iklim hawa sederhana dengan empat musim iaitu dari Julai ~ September adalah musim panas, Oktober ~ Disember adalah musim luruh/gugur, Januari ~ Mach adalah musim sejuk dan April ~ Jun adalah musim bunga.

Kepulauan Jepun terletak dalam lingkaran gunung berapi aktif Asia Pasifik. Oleh yang demikian hasil daripada aktiviti gunung berapi ini terdapat banyak gunung berapi dan kawasan bergunung ganang yang terbentuk di negara Jepun. Kawasan pergunungan ini meliputi kawasan yang luas menyebabkan kawasan tanah rata sangat sedikit sekali. Hanya 30 peratus sahaja kawasan rata yang membolehkan aktiviti manusia dijalankan dan di kawasan yang kecil inilah orang-orang Jepun tinggal dan menjalankan kehidupan seharian mereka.



Catatan Awal Berkenaan Negara Jepun

Pada kurun ke 3 M penghijrahan manusia telah berlaku daripada semenanjung Korea ke kepulauan Jepun. Beberapa kurun kemudian mereka telah menukar budaya zaman batu mereka kepada budaya pertanian dan seni logam. Dapat dipastikan bahawa kumpulan yang pertama inilah yang menjadi pewaris bahasa dan budaya Jepun.


Catatan sejarah tentang negara Jepun ini banyak didapati daripada catatan-catatan oleh pencatat-pencatat kerajaan negara China. Pada 82 M, catatan terawal tentang negara Jepun adalah catatan yang menyebut mengenai orang Wa (ŒT) yang dikatakan tinggal di pulau-pulau seberang laut dari Loulang, sebuah pangkalan tentera China di utara semenanjung Korea. Mengikut catatan kedua dalam The History Of later Han pada 445 pula menyatakan,

“ According to Hou Han Shu (The History Of Later Han) compiled about 445), the Chinese emperor Guangwu presented a seal and a ribbon to the Wa ruler of Na, thought to have been located in north Kyushu ”.

Berkaitan dengan it mohor (seal) yang tertulis “ Raja wilayah Na dalam negara Wa di bawah naungan Dinasti Han ” yang disahkan kesahihannya telah dijumpai dekat Shikanoshima di Fukuoka wilayah Kyushu.


Negara Jepun telah mengadakan perhubungan dengan negara China sejak 200 M lagi dan telah menjadikan negara China sebagai negara perlindungannya. Keakraban kedua-dua negara ini telah memperlihatkan aktiviti peniruan di pihak negara Jepun dari segi bentuk kerajaan, agama Buddha dan sistem tulisan daripada negara China. Catatan-catatan ini merupakan tulisan utusan-utusan kerajaan negara China yang dihantar ke negara Jepun.

“ When they (Japanese) go on voyages across the sea to visit China, they always select a man who does not comb his hair, does not rid himself of fleas, lets his clothing get as dirty as it will, does not eat meat, and does not lie with women……. ”

(Ganley A.C, 1989:15)

Catatan di atas telah diterbitkan pada 297 M yang menerangkan keadaan orang Jepun apabila mereka datang melawat negara China. Walaupun perhubungan dengan negara China sudah terjalin tetapi tidak meluas kerana kerajaan Yamato (kerajaan pertama negara Jepun) masih belum terbentuk. Kalau di banding dengan orang China, orang Jepun yang digambarkan di atas itu sangat mundur dan mempunyai pemikiran yang karut. Mereka percaya jika perjalanan mereka selamat orang hodoh yang digambarkan di atas itu akan diberikan hadiah dan jika perjalanan mereka ditimpa bencana dan kecelakaan, orang itu akan dibunuh kerana dikatakan melanggar pantang.

“ When lowly meet men of importance on the road, they stop and withdraw to the roadside. In conveying messages to them or addressing them, they either squat or kneel with both hands on the ground. This is the way they show respect. When responding, they say „ ah ‟ , which corresponds to the affirmative „yes ‟. ”

(Takeuchi L, 1999:2)

Di dalam satu lagi catatan yang direkodkan pada 297 M juga pencatat kerajaan negara China ada melaporkan tentang bagaimana orang Jepun memberi hormat kepada seseorang yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada mereka. Mereka samada akan mencangkung atau pun melutut dengan kedua-dua tapak tangan di tanah sambil menyahut pertanyaan dengan berkata „ ah ‟ yang bererti „ ya ‟.


Catatan-catatan di atas merupakan catatan yang dilakukan oleh utusan atau wakil kerajaan negara China. Negara China merupakan negara luar yang pertama yang mempunyai perhubungan dengan negara Jepun sebelum pembentukan negara Jepun awal iaitu negara Yamato. Pada ketika itu masyarakat Jepun hidup dalam kumpulan-kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai uji seperti mana yang tertera di bawah ini.

“During the reigns of Huan-ti (A.D. 147-168) and Ling-ti (A.D. 168-189) the country of Wa was in state of great confusion, war and conflict raging on all sides. For a numbers of years, there was no ruler. Then a woman named Himiko appeared. Remaining unmarried, she occupied herself with magic and sorcery and bewitched the populace. “

(Ganley A.C, 1989:16)

Catatan ini telah diterbitkan pada 445 M. semasa pemerintahan Maharaja Huan-ti dan Ling-ti di China. Utusan kerajaan telah melaporkan tentang keadaan huru hara negara Wa (Jepun kuno) dalam kancah peperangan dan ketidakstabilan. Setiap uji mempunyai seorang ketua (perempuan atau lelaki) dan beberapa orang pembantu bagi mentadbir kumpulan mereka. Semua kumpulan uji ini mengamalkan animisme dengan mempunyai kami (tuhan) yang berbeza-beza mengikut kumpulan uji. Oleh kerana setiap uji mempunyai pentadbiran yang berbeza-beza maka salah faham tentang wilayah sering membawa kepada peperangan. Peperangan di antara uji ini kerap berlaku sehingga Himiko (seorang ketua kumpulan uji perempuan) dapat menguasai kumpulan-kumpulan uji yang lain dan memerintah kumpulan yang besar itu dengan menggunakan ilmu hitam dan ajaran karut untuk menakut-nakutkan ahli masyarakat supaya patuh kepadanya.

Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas dapat dilihat bahawa perhubungan antara negara Jepun dengan negara China telah terjalin sejak dari awal lagi. Negara China pada ketika itu telah pun menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi. Oleh yang demikian segala urusan dengan negara luar telah direkodkan. Catatan di atas menunjukkan bahawa maharaja China berkenan memberikan hadiah yang merupakan lambang persahabatan di antara kedua negara. Perhubungan ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada pihak negara Jepun di mana maharaja-maharaja yang memerintah Jepun telah meniru cara atau gaya orang China dan Korea mentadbir negara. Di bawah adalah catatan mengenai kehidupan orang Jepun pada masa itu.

“There are about 100,000 households. It is customary to punish murder, arson and adultery with death. Thieves are made to make restitution in accordance with the value of goods stolen. ……. . As for musical instruments, they have five-stringed lyres and flutes. Both men and women paint marks on their arms and spots on their faces and have their bodies tattoed. They catched fish by diving into the water. They have no written characters and understand only the use of notched sticks and knotted ropes. ”

(Ganley A.C, 1989:16)

Catatan wakil utusan kerajaan negara China pada 630 M yang melaporkan tentang kegiatan kehidupan masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun pada masa itu berjumlah sebanyak 100 ribu keluarga dan mereka juga mempunyai peraturan-peraturan mengenai hukuman mati terhadap pembunuhan, pembakaran rumah dan perzinaan. Dicatatkan juga alat-alat muzik yang dimainkan oleh orang Jepun iaitu alat muzik petikan dan seruling. Rupa bentuk orang Jepun juga diterangkan di mana orang lelaki dan perempuan mewarnakan tanda di tangan mereka dan menandakan tompok-tompok di muka serta membuat “ tattoo ” di badan mereka. Mereka menangkap ikan dengan menyelam. Mereka tidak mempunyai sistem tulisan dan berhubung dengan menggunakan tanda takekan di kayu serta ikatan kayu.











Last edited by HangPC2 on 9-3-2013 12:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 05:36 PM | Show all posts
Apa konflik yang berlaku sekarang antara Jepun dan China kena tengok balik kepada Sejarah... Last edited by HangPC2 on 15-8-2013 01:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 10:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum.Tumpang tanya kawan-kawan.

Adakah istilah TEINO HEIKA sama maknanya dengan istilah DULI YANG MAHA MULIA TUANKU di dalam bahasa Melayu?

Harap anda yang faham bahasa Jepun dapat beri penerangan.Terima kasih dan wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 04:21 PM | Show all posts
Empat puluh tujuh Ronin



Cerita Empat Puluh Tujuh Ronin (atau Empat Puluh Tujuh Samurai, 赤穂浪士 juga dikenali sebagai dendam Akō ) adalah salah satu asal tipikal bagi semua cerita Jepun; ia digambarkan oleh salah seorang terpelajar Jepun yang terkenal sebagai " Lagenda kebangsaan Jepun " . Ia menceritakan kes paling terkemuka kod maruah samurai, bushido, dan memberi sebahagian besar gambaran jelas pandangan dunia traditional Jepun.

Secara ringkas, sekumpulan samurai menjadi tidak bertuan apabila tuan mereka dipaksa melakukan seppuku (istiadat bunuh diri) kerana menyerang pegawai istana, selepas dihina olehnya. Mereka membalas dendam dengan membunuh pegawai istana tersebut, selepas menunggu dan merancang dengan sabar selama lebih dari satu tahun. Selepas itu, mereka terpaksa melakukan seppuku kerana melakukan jenayah pembunuhan, sebagaimana yang diketahui mereka akan terjadi —cerita mengenai maruah dalam melaksanakan tugas seseorang, terutamanya terhadap ketua yang dihormati.



Kejadian sebenar


Nota : Cerita ini dipopularkan dalam banyak pementasan termasuk bunraku dan kabuki, dalam pementasan, disebabkan undang-undang penapisan shogunate yang melarang pementasan kejadian semasa, nama-nama telah ditukarkan. Nama yang diberikan di bawah merupakan nama sebenar.

Lebih lanjut lagi, pementasan ini adalah dramatik, tanpa usaha menurut ketepatan sejarah, dan yang paling popular (Chushingura) mengambil beberapa kebebasan menubah kejadian sebenar. Sementara dalam versi yang diberikan oleh playwrights mungkin diambil sebagai fakta sejarah oleh sesetengah orang, Chushingura ditulis sekitar 50 tahun selepas kejadian, dan banyak rekod sejarah mengenai kejadian sebenar yang ditulis sebelum Chushingura masih ada. Sementara sumber berbeza mengenai keadaan terperinci, versi yang diberikan di bawah dihimpun dengan teliti dari sebahagian besar sumber sejarah, termasuk kenyataan saksi penuh berkenaan beberapa bahagian saga ini.


Latar belakang kejadian


Pada 1701, dua orang daimyo, Asano Takumi-no-Kami Naganori, daimyo muda Akō (a small fiefdom or han di barat Honshu), dan Kamei Sama, diperintah untuk mengatur majlis keraian yang bersesuaian bagi wakil Maharaja Higashiyama Jepun di Edo, semasa berkhidmat dalam meraikan sankin kotai bagi pihak Shogun.

Mereka diberikan panduan mengenai etika istana oleh Kira Kozuke-no-Suke Yoshinaka, pegawai berkuasa dalam hierarkhi shogunate Tokugawa Tsunayoshi. Dia menjadi marah terhadap mereka, kononnya kerana hadiah kecil yang mereka berikan (saguhati tradisi untuk pengajar seumpamanya), atau kerana mereka tidak memberikan rasuah sebagaimana yang dia mahu. Sumber lain menyatakan bahawa dia secara seorang yang semulajadi kasar dan bongkak, atau Kira mengambil rasuah, yang dibenci oleh Asano, pengikut moral Konfucian yang taat. Walau bagaimanapun, dia melayan mereka dengan buruk, menghina mereka dan mengabaikan tugas mengajar mereka dengan betul.

Ketika Asano menerima semua ini dengan tabah, Kamei Sama menjadi marah dan bersedia untuk membunuh Kira bagi membalas penghinaan. Bagaimanapun, penasihat Kamei Sama mengelak bencana bagi tuan dan puak mereka (kerana semua akan dihukum sekiranya Kamei Sama membunuh Kira) dengan secara senyap-senyap memberikan Kira rasuah yang besar; Kira dengan itu mula melayan Kamei Sama dengan baik, yang menenangkan kemarahannya.

Bagaimanapun, Kira terus melayan Asano dengan teruk, kerana dia marah Asano tidak mengikuti temannya; Kira mengejek dan menghinanya dikhayalak ramai. Akhirnya, Kira menghina Asano sebagai budak kampung country boor tanpa adat, dan Asano tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia hilang sabar, dan menyerang Kira dengan pisau, tetapi hanya melukakannya dimuka dengan serangan pertama; serangan kedua tersasar dan mengenai tiang. Pengawal kemudiannya memisahkan mereka berdua.

Kecederaan Kira tidak serious, tetapi serangan terhadap pegawai shogunate dalam kawasan istana Edo, kediaman Shogun, adalah kesalahan besar; sebarang keganasan, walaupun menghunus pedang, dilarang sama sekali di sana. (Sesetengah sumber menyatakan kesalahan Asano adalah dia merosakkan pintu gelunsur emas apabila dia melontar wakizashinya pada Kira.) Dengan itu Asano diperintah melakukan seppuku pada hari yang sama, harta dan tanahnya dirampas selepas kematiannya, keluarganya disingkir, dan pengikutnya menjadi ronin.

Berita tersebut dihantar kepada Ōishi Kuranosuke Yoshio, penasihat utama Asano, yang bertindak mengambil alih dan memindahkan keluarga Asano keluar, sebelum menyerahkan istana tersebut kepada wakil kerajaan.


Ronin merancang balas dendam


Dari tiga ratus orang pengikut Asano, empat-puluh (sesetengah sumber menyatakan terdapat lebih dari lima puluh, pada asalnya) -- dan terutamanya ketua mereka Ōishi -- enggan membiarkan kematian ketua mereka tanpa pembelaan, walaupun pembelaan telah dilarang dalam kes ini. Mereka berkumpul bersama-sama, bersumpah secara rahsia untuk membalas dendam keatas kematian tuan mereka dengan membunuh Kira, walaupun mereka mengetahui bahawa mereka akan menerima hukuman berat kerana melakukannya.

Bagaimanapun, Kira telah dikawal dengan rapi, dan tempat kediamannya diperkukuhkan, untuk mengelakkan kejadian seumpama itu. Mereka menyedari bahawa mereka perlu melekakan Kira sebelum berjaya. Untuk mengelakkan disyaki oleh Kira dan pihak berkuasa shogunate yang lain, mereka bersurai dan menjadi pedagang atau sami. Ōishi sendiri menetap di di Kyoto, dan mula mengunjungi rumah pelacuran dan tempat minum, seolah-olah niat membalas dendam tidak terlintas dihatinya. Kira masih bimbangkan perangkap menghantar perisik untuk memerhati bekas pengikut Asano.

Suatu hari, ketika Ōishi pulang dalam keadaan mabuk dari tempat biasa, dia jatuh ditengah jalan dan tertidur, dan semua orang yang lalu lalang mentertawakannya. Seorang pengikut Satsuma, yang lalu, menjadi marah dengan perbuatan ini sebagai seorang samurai - kedua-duanya kerana ketiadaan keberaniannya membalas dendam bagi pihak ketuanya, dan juga tingkah-lakunya sekarang. Pengikut Satsuma itu menghina dan memukulnya, dan menendangnya pada muka (untuk menyentuk muka samurai adalah penghinaan, apa lagi memukulnya), dan meludah padanya.

Tidal lama selepas itu, isteri Ōishi's yang taat selama dua puluh tahun pergi kepadanya dan mengadu bahawa dia kelihatan bertindak melampau. Dia menceraikan isterinya di situ juga dan menghantar bekas isterinya pergi bersama dua orang anak mereka yang lebih muda; yang paling tua, anak lelaki, Chikara, kekal dengan bapanya. Bagi menggantikan isterinya, dia mengambil gundik muda yang cantik.

Agen Kira melapurkan semua ini pada Kira, yang menjadi yakin bahawa dia selamat daripada pengikut Asano, yang sememangnya samurai yang teruk, takut untuk membalas dendam bagi tuan mereka, dan tidak merbahaya; ini menjadikannya leka.

Pengikut taat yang lain berkumpul di Edo, dan dalam peranan mereka sebagai pekerja dan pedagang, dapat masuk kedalam rumah Kira, menjadi biasa dengan kedudukan rumah, dan penghuni di dalamnya. Salah seorang pengikutnya bertindak sejauh sehingga mengahwini anak pembina rumah, untuk mendapatkan pelan. Kesemua ini dilapurkan kepada Ōishi. Yang lain mengumpul senjata dan menghantar secara rahsia ke Edo, satu lagi kesalahan.


Serangan


Pada tahun 1702, apabila Ōishi yakin bahawa Kira benar-benar leka, dan semuanya telah bersedia, dia lari dari Kyoto, mengelakkan pengitip yang memerhatikannya, dan seluruh kumpulan tersebut berkumpul di tempat perjumpaan rahsia di Edo, dan memperbaharui sumpah mereka.

Pada awal pagi 15 Disember, dalam angin kuat semasa salji lebat, Ōishi dan anggota ronin menyerang mahligai Kira Yoshinaka di Edo. Menurut pelan yang dirancang rapi, mereka berpecah kepada dua kumpulan dan menyerang dengan pedang dan panah. Satu kumpulan, diketuai oleh Ōishi, akan menyerang pintu pagar utama; yang lain, diketuai oleh anaknya, Ōishi Chikara, akan menyerang melalui pintu belakang. Dram akan dibunyikan bagi memulakan serangan secara serentak, dan bunyi wisel akan menandakan bahawa Kira telah mati.

Apabila dia telah mati, mereka merancang untuk memotong kepalanya, dan meletakkannya sebagai persembahan di atas kubur tuan mereka.. Mereka pula akan menyerah diri, dan menantikan apa yang diagakkan sebagai hukuman mati. Semua ini telah disahkan pada majlis makan malam terakhir, di mana Ōishi meminta mereka agar berhati-hati, dan tidak membunuh wanita, kanak-kanak, dan orang tang tidak berdaya lain.

Ōishi menyuruh empat orang memanjat pagar dan ,asuk ke bilik porter, menangkap dan mengikat pengawal di sana. Dia kemudian menghantar utusan kerumah disekeliling, menjelaskan bahawa mereka bukannya perompak, tetapi pengikut yang membalas dendam bagi tuan mereka, dan tiada kecederaan akan berlaku kepada orang lain; mereka semua adalah selamat. Jiran-jiran yang bencikan Kira, tidak berbuat apa-apa.

Selepas meletakkan pemanah (sesetengah di atas atap), bagi menghalang mereka di dalam rumah (yang masih belum sedar) daripada pergi meminta bantuan, Ōishi membunyikan dram untuk memulakan serangan. Sepuluh pengikut Kira menghalang pasukan yang menyerang dari hadapan, tetapi pasukan Ōishi Chikara's memecah masuk kebelakang rumah.

Ketakutan, Kira menyorok dalam almari dianjung verandah, bersama isteri dan pembantu perempuan. Pengiringnya yang lain, yang tidur di berek luar, cuba memasuki rumahnya untuk memberikan bantuan. Setelah mengalahkan mereka yang bertahan dihadapan rumah, kedua pasukan ayah dan anak berkumpul, dan berjuang dengan pengiring Kira yang masuk. Pengiring Kira merasakan mereka kalah, cuba mendapatkan bantuan, tetapi penghantar pesanan mereka dibunuh oleh pemanah yang telahpun bersedia menunggu.

Akhirnya, selepas pertempuran sengit, pengikut Kira terakhir ditewaskan; ketika melakukannya mereka membunuh enambelas pengikut Kira dan mencederakan dua puluh dua, termasuk cucunya. Bagaimanapun, mereka gagal menjumpai Kira. Mereka mengelidah rumah tersebut, tetapi apa yang mereka jumpai hanyalah wanita dan kanak-kanak yang menangis. Mereka mula merasa kecewa, tetapi but Ōishi memeriksa katik Kira, dan mendapati ia masih panas, dengan itu dia mengetahui bahawa Kira pasti berada dekat situ.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 04:25 PM | Show all posts
Kematian Kira


Pencarian baru mendapati laluan ke laman rahsia tersorok dibelakang tabir scroll besar; laman tersebut mengandungi bangunan kecil untuk menyimpan arang dan kayu memasak, di mana dua orang pengikut Kira yang bersenjata sedang menyorok ditewaskan dan dibunuh. Pengeledahan bangunan menjumpai seorang lelaki bersembunyi; dia menyerang mereka dengan pisau tetapi ditumpaskan dengan mudah.

Dia enggan menyatakan namanya, tetapi pencari pasti dia adalah Kira, dan membunyikan wisel. Para ronin berkumpul, dan Ōishi, dengan tanglung, melihat bahawa ia memang benar Kira - sebagai bukti terakhir, pada bahagian kepalanya terdapat parut dari serangan Asano.

Dengan itu, Ōishi melutut, dan kerana menghormati pangkat tinggi Kira, dengan hormatnya memberitahu Kira bahawa mereka adalah pengiring Asano, yang datang untuk membalas dendam baginya sebagaimana yang akan dilakukan seorang samurai sebenar, dan mengajak Kira agar mati sebagai samurai sebenar, dengan membunuh dirinya sendiri. Ōishi memberi isyarat bahawa dia sendiri akan bertindak sebagai orang kedua, dan menawarkannya pisau yang sama yang digunakan oleh Asano untuk membunuh dirinya.

Bagaimanapun, walau bagaimana carapun mereka memintanya, Kira hanya mampu duduk bertinggung, membisu dan mengeletar. Akhirnya, setelah memutuskan bahawa ia tidak berguna untuk merayu, Ōishi memerintah para ronin memegangnya ke bawah, dan membunuhnya dengan memotong kepalanya dengan pisau. Mereka kemudiannya memadamkan semua lampu dan api di dalam rumah (bagi mengelakkan rumah tersebut terbakar, atau memulakan kebakaran yang mampu melarat ke rumah jiran Kira), sebelum pergi, membawa bersama kepala Kira. Salah seorang ronin, yang paling muda, diperintahkan untuk pergi ke Akō untuk memberitahu mereka bahawa dendam mereka sudah terbalas.


Selepasnya


Kerana hari semakin siang, dengan cepat mereka membawa kepala Kira ke kubur tuan mereka di kuil Sengaku-ji, menyebabkan kekecohan ditengah jalan. Berita tersebut tersebar dengan pantasnya, dan semua orang ditengah perjalanan mereka memuji mereka, dan menawarkan makanan dan minuman.

Apabila sampai ke kuil, baki empat puluh enam ronin membasuh dan membersihkan kepala Kira di telaga, dan pisau yang digunakan dihadapan kubur Asano. Mereka kemudian bersembahyang di kuil, dan memberikan ketua kuil abbot kesemua wang yang mereka ada, memintanya mengkebumikan mereka dengan baik, dan bersembahyang bagi mereka. Mereka kemudian menyerah diri; kumpulan tersebut dipecahkan kepada empat kumpulan dan diletakkan dibawah kawalan empat daimyos berlainan.

Semasa itu, dua rakan Kira datang untuk menuntut kepalanya untuk dikebumikan; resit asal untuk pelepasan kepala tersebut masih tersimpan di kuil tersebut, yang ditanda tangani oleh sami dan kawan Kira.

Pegawai-pegawai shogunate berada di dalam keadaan serba salah. Para samurai tersebut telah mematuhi prinsip precepts bushido (dengan membalas dendam ke atas kematian tuan mereka) tetapi pada masa yang sama mengingkari kuasa shogunate (kerana membalas dendam walaupun setelah dikenakan larangan). Tambahan lagi, Shogun menerima banyak petition bagi pihak ronin dari penduduk yang kagum dengan ketaatan dan keberanian mereka. Bagaimanapun, seperti yang dijangka, mereka tetap dihukum mati, tetapi Shogun menyelesaikan permasalahan tersebut dengan memerintah mereka melakukan seppuku dengan hormat, dan bukannya dihukum bunuh seperti pesalah biasa.

Keempat puluh ronin melakukannya pada 4 Februari 1703. (Ini telah menimbulkan kekeliruan semenjak itu, kerana sesetengah pihak merujuk kepada "empat-puluh enam ronin"; ini merujuk kepada kumpulan yang dihukum bunuh oleh Shogun, kumpulan penyerang sebenar berjumlah empat puluh tujuh.) Mereka juga dikebumikan di kuil Sengaku-ji, sebagaimana permintaan mereka, dihadapan kubur tuan mereka. Ronin ke empat puluh tujuh akhirnya kembali dari misinya, tetapi dia diampunkan oleh Shogun (sesetengah pihak menyatakan ini disebabkan oleh umur remajanya). Dia hidup sehingga berusia tujuh puluh lapan, dan kemudian dikebumikan bersama rakan-rakannya.

Pakaian dan senjata mereka masih tersimpan di kuil tersebut sehingga hari ini, bersama dengan dram dan wisel; perisai semuanya buatan sendiri, kerana mereka tidak mahu menimbulkan sebarang rasa syak dengan membelinya.

Kubur tersebut menjadi tempat yang dihormati, dan orang ramai berkunjung kesana untuk membuat persembahan. Salah seorang yang datang termasuk pengikut Satsuma, yang sama yang mengejek dan meludah ke atas Ōishi ketika dia terbaring mabuk dijalanan. Bercakap kepada kubur, dia memohon kemaafan keatas tindakannya, dan kerana memikirkan bahawa Ōishi bukannya samurai sejati. Dia kemudian membunuh diri di situ juga, dan dikebumikan bersebelahan dengan perkuburan ronin.


Penubuhan semula ketuanan Asano


Walaupun tindakan ini sering dilihat sebagai tindakan ketaatan, terdapat matlamat kedua, menubuhkan kembali ketuannan Asano dan mendapatkan tempat berkhidmat bagi sesama samurai. Beratus-ratus samurai yang pernah berkhidmat di bawah Asano telah kehilangan kerja dan ramai yang gagal mendapatkan kerja kerana mereka pernah berkhidmat dengan keluarga yang terhina. Ramai yang hidup sebagai petani atau kerja sampingan untuk terus hidup. Tindakan 47 ronin membersihkan arang yang tercalit dimuka dan ramai dari samurai yang tidak bekerja mendapat tawaran kerja sejurus ronin tersebut dihukum mati dengan hormat. Anak sulung Asano dibenarkan oleh Shogunate Tokugawa untuk menubuhkan kembali namanya, walaupun jajahannya dikurangkan kepada satu per sepuluh dari jajahan asal.


Empat puluh tujuh Ronin dalam sastera


Sebagaimana yang disangka, tragedi Empat Puluh Ronin telah menjadi tema paling popular dalam kesenian Jepun, dan masa kini mula menembusi kesenian Barat.

Sejurus selepas peristiwa itu, terdapat perasaan bercampur-campur dikalangan bijak pandai mengenai samaada dendam sebegitu adalah sesuai -- ramai bersetuju bahawa, kerana memenuhi permintaan terakhir tuan mereka, keempat puluh Ronin melakukan perkara yang betul, tetapi gagal memutuskan samaada permintaan dendam sebegitu adalah sesuai. Beransur-ansur, cerita tersebut menjadi simbol ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada tuan, dan kemudiannya, kesetiaan kepada Maharaja. Apabila ini terjadi, ia berkembang sebagai tajuk drama, penceritaan, dan kesenian visual.


Pementasan


Kejadian ini serta merta mencetuskan pementasan kabuki dan bunraku berturut-turut; yang pertama, Serangan Malam di waktu Subuh oleh Soga muncul hanya dua minggu selepas mereka mati. Ia ditutup oleh pihak berkuasa, tetapi yang lain turut serta, pada awalnya tertumpu di Osaka dan Kyoto, lebih jauh dari ibu negeri.

Yang paling berjaya antara mereka adalah pementasan boneka bunraku yang dikenali sebagai Kanadehon Chushingura ( masa kini dipanggil Chushingura, atau " Perbendaharaan Pengikut Setia " ) , ditulis pada 1748 oleh Takeda Izumo dan dua rakan; ia kemudian diterimapakai sebagai pementasan kabuki, yang masih merupakan paling polular di Jepun.

Dalam pementasan, bagi mengelakkan perhatian pihak penapisan, kejadian itu dipindahkan kezaman silam, pada abad ke 14 pada masa pemerintahan shogun Ashikaga Takauji. Asano ditukar menjadi Enya Hangan Takasada, Kira menjadi Ko no Moronao dan Ōishi ditukar sedikit sahaja menjadi Ōboshi Yuranosuke Yoshio; nama ronin yang lain ditukarkan serba sedikit menjadi lain. Pementasan ini mengandungi beberapa perkembangan plot yang tidak menggambarkan cerita sebenar: Moronao cuba menggoda isteri Enya, dan salah seorang ronin mati sebelum serangan kerana petelingkahan antara keluarga dan ketaatan perwira ( satu lagi punca kekeliruan antara " empat puluh enam " dan " empat puluh tujuh " ).

Pementasan ini telah dijadikan filem sebanyak enam kali, dengan versi 1962 paling terkenal dikalangan penonton Barat, dimana Toshiro Mifune muncul dalam peranan penyokong.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 01:05 PM | Show all posts
" 신라는 倭의 속국 " Silla was a vassal state of ancient Japan



2011-08-23



(서울=연합뉴스) 김태식 기자 = 한국 고대사 연구의 제1급 사료 중 하나로 간주되는 양직공도(梁職貢圖)에서 영영 사라졌다고 간주된 신라와 고구려에 대한 간략한 설명인 제기(題記)가 최근 발견됐다. 특히 이번에 발견된 신라에 대한 제기에는 신라가 왜(倭)의 속국이라는 구절이 있어 이른바 임나일본부설과 맞물려 논란이 일 전망이다.

Lian dynasty’s official history states " Silla was a vassal state of Japan "




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 03:26 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 11-12-2010 10:48 AM
Yasukuni Shrine March


















Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 01:54 PM | Show all posts
Golongan tua dalam gambar di atas memang veteran perang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2013 02:34 PM | Show all posts
jkkkj posted on 29-10-2013 01:54 PM
Golongan tua dalam gambar di atas memang veteran perang ke?

ada Veteran Perang dan ada golongan Haluan Kiri....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 06:30 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 29-10-2013 02:34 PM
ada Veteran Perang dan ada golongan Haluan Kiri....

Golongan haluan kiri?
Boleh bro terangkan sapa yang bro maksudkan tu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 01:16 AM | Show all posts
Keris Okinawa









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2014 03:57 PM | Show all posts
Military Train




(Film from South Korea) In 1937, as the Japan-China war intensified, and the Japanese military occupied Chosun (old Korea), this film emerged as a pro-Japanese government-patronized film. A tale of espionage driven by love, Military Train centers on the friendship between two young Korean men, Jeom-yong and Won-jin. Won-jin is in love with Jeom-yong's sister and wants to free her from her miserable, degrading hostess job, but it will take money to extricate herself from work that has left her in debt to her employer. When a Chinese spy approaches Won-jin and seduces him with the cash he needs, Won-jin divulges secret information about the military train, secrets that he gains from spying on Jeom-yong who drives the military train. After Won-jin leaks the information, he is pricked with guilt and this leads to his trying to undo what he has tragically set in motion. The film was released to coincide with the mobilization of military troops soon after the start of the Sino-Japanese war and to promote the importance of the military mission of the railroad to transport the troops.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.119707 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list