|
7:185. Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai? |
|
|
|
|
|
|
|
7:186. Sesiapa yang Allah menyesatkan, tiada yang memberi petunjuk kepadanya; Allah meninggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-A'raaf 7:157) |
|
|
|
|
|
|
|
6:33. Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu,
apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka dari apa yang telah tersurat, hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu: "Manakah yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar. (Al-A'raaf 7:37) |
|
|
|
|
|
|
|
DEMI ASAR
MANUSIA DALAM KERUGIAN....
maaf aku pun rugi......masa tak mengizinkan
tak dan nak CURI masa |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah, kpd sesiapa yg mahukannya:
Penduduk Syurga itu berbaring di atas cadar-cadar
yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
(Ar-Rahmaan 55:76) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
(Al-Baqarah 2:6) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dzulqarnain Post at 1-1-2012 00:49
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah Nabi yang Ummi,...."
Ayat ini menerangkan bahawa Allah swt akan menuliskan rahmatNya ke atas orang orang yang bersifat taqwa, mengeluarkan zakat dan mempercayai keterangan keterangan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi :
"yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka".
Mereka dapati sifat sifat Nabi Muhammad saw dan kenabiannya ada tertulis dalam kitab Taurat dan kitab Injil, sehingga ulama ulama atau pendeta pendeta mereka mengetahuinya tetapi telah menyembunyikannya bahkan mereka tukar dan ubah kerana didorong oleh rasa dengki dan takut kedudukan mereka sebagai ketua akan hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Al Baghawi meriwayatkan dari Ka'ab al Ahbar, katanya : " Aku dapati dalam Turat tertulis bahawa Muhammad itu utusan Allah.Dia tidak buruk laku, tidak berbuat kasar dan tidak menjerit jerit di pasar. Ia tidak membakas keburukan tetapi memaafkannya. Umatnya memuji Allah pada setiap tempat dan membesarkanNya pada setiap dapat pertolongan , bertolong tolong bersama mereka, dibariskan mereka dalam sembahyang dan dibariskan mereka dalam peperangan, dipersamakan mereka dalam menyeru mereka. Dia menyeru di tengah langit untuk mereka, ditengah malam bergema seperti gema lebah. Tempat lahirnya di Makkah, temopat pindahnya di Madinah dan kerajaan nya di negeri Syam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Dzulqarnain at 7-1-2012 13:47
Firman Allah:
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
(A-li'Imraan 3:64) |
|
|
|
|
|
|
|
Juga firman Allah:
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami yang menerangkan kepada kamu ketika terputusnya Rasul-rasul, supaya kamu tidak dengan berkata: "Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran". Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Maaidah 5:19) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 73# Dzulqarnain
NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN
maaf sedikit kemushkilan:
ada kaitan kedua-dua post saudara tu ka???
kenapa???
atau hati saya ni masih berkata-kata yg tak benar??? |
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman yg plg dasyat di muka bumi ni bila berlakunya 2 perkara:
1- menolak Nabi Isa a.s. sbg penyelamat mereka
2- menolak Al-Quran yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Masih akan menjadi saksi kpd mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan sesiapa yang menentang Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk, dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan yang dipilihnya, dan Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(An-Nisaa' 4:115) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Katakanlah: "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, - sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya."
(Maryam 19:75) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
(Al-Kahfi 18:101) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 71# rdzaccess
salam jua buatmu dan seisi alam terima kasih atas nasihat mu
moga saudara dapat meneruskannya di sini
YANG BAIK HANYALAH DARI ALLAH
silakanlah........... |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
(An-Nisaa' 4:29) |
|
|
|
|
|
|
| |
|