View: 7596|Reply: 30
|
Solat Jemaah & Imam (merged: tasha86)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum. Saya nak minta sesiapa tolong beritahu yg. mana lebih baik. Apabila masuk waktu solat, kita terus solat atau kita tunggu untuk berjemaah. Ini di rumah. Biasanya saya dan suami sembahyang Isya berjemaah. Tetapi ada kalanya, dia balik lewat ataupun musim sejuk, isya masuk awal. Patutkah saya tunggu dia untuk berjemaah atau pun sembahyang sndiri sebab sudah masuk waktu. Bagaimana pulak kalau saya mati tak sempat sembahyang sebab melengahkan kerana nak tunggu berjemaah. Terima kasih kepada yg. sudi membalas.
[ Last edited by fleurzsa at 27-8-2006 04:07 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ponder This user has been deleted
|
Tak perlu tunggu. Nanti, tertunggu-tunggu sampai habis waktu pulak. Solat dulu. Kemudian, kalau suami dah balik, boleh solat berjamaah dengannya, dan solat jamaah ini akan memberikan keuntungan (pahala) juga.
Dari Abu Dzar r.a., katanya Rasulullah bertanya, "Apakah yang kamu lakukan jika semua pembesar atau pejabat negeri telah sama-sama mengundurkan solat dari waktunya?"
Jawabku, "Apa perintahmu kepadaku?"
Sabda Rasulullah, "Solatlah kamu sendirian pada waktunya. Jika kemudian kamu dapat pula berjamaah bersama-sama mereka, solat pulalah, dan solat mu itu keuntungan bagimu" (Sahih Muslim). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wa'alaikummussalam
Yg me tahu, solat yg paling afdal dan disukai oleh Allah adalah solat di awal waktu. Dalil? mmm.... kurang arif. Boleh tak sesape yg tahu tu, terutamanya yg benar2 arif dlm bidang agama, nyatakan dalilnya? (hadith / ayat Al-Quran)
Tentang solat jemaah plak, Rasulullah saw amat menggalakkan para lelaki bersolat berjemaah di tempat azan dilaungkan. (surau/masjid/tempat2 yg dikhususkan utk berjemaah di kalangan lelaki. Dan tempat yg paling baik bg para wanita adalah di tempat yg sunyi lagi tersembunyi. Meaning.... di rumah.
Hadis: ( <> mahfumnya)
1. Diriwayatkan dp Hazrat Anas bin Malik rhu bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg mengerjakan solah berjemaah krn Allah swt dgn memperolehi takbiratul-ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan dpd api neraka dan kelepasan dr sifat munafik --- hadith riwayat Imam Tarmizi
2.Diriwayatkan dp Hazrat Sahl bin Saad as Sai'di rhu bhw Rasulullah saw bersabda, "berilah berita gembira kpd mereka yg selalu berjln ke masjid dlm kegelapan mlm bhw mereka akan memperolehi nur yg sempurna pd hari kiamat" (hadith riwayat Imam Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
[ Last edited by HOTlips at 4-10-2005 09:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Originally posted by HOTlips at 4-10-2005 09:23 AM
wa'alaikummussalam
Yg me tahu, solat yg paling afdal dan disukai oleh Allah adalah solat di awal waktu. Dalil? mmm.... kurang arif. Boleh tak sesape yg tahu tu, terutamanya yg benar2 arif dlm bi ...
Sembahyang pd awal waktu adalah sunat; sedangkan melambat2kan sembahyan hingga habis waktu dgn sengaja adalah haram.
Manakala org yg tidur sebelum sembahyang yg sudah tiba waktunya adalah haram, melainkan jika dia yakin ada org yg akan membangunkannya. Namun jika dia yakin ada org yg akan membangunkannya sebelum habis waktu sembahyang, hukumnya makruh.
Sabda nabi saw,
'Awal waktu adalah kesukaan Allah: pertengahan waktu adalah rahmatNya dan di akhir waktu adalah maghfirah dan keampunan Allah Yg Maha Mulia dan Maha Agung"
(riwayat Daruqutni)
Sabda Nabi saw,
"Amal yg paling afdal ialah sembahyang pd waktunya, berbakti kpd ibu bapa dan berjihad"
(riwayat Ahmad)
Merujuk kpd Zawajir, jilid 1.....
Hadis yg diriwayatkan oleh Bazzar, katanya " Kemudian Nabi saw mendatangi sekelompok manusia yg dipecah kepalanya dgn batu. Sebaik shj kepala mereka pecah maka ia kembali spt semula, dan hal demikian berterusan. Kemudia Nabi saw bertanya kpd Jibril a.s "Siapakah mereka itu?" Jibrail as menjawab: "Mereka itulah org2 yg malas menunaikan sembahyang"
Menurut riwayat Ibnu Abbas ra : "Kelak pd hari kiamat, terdpt seorg lelaki yg diperintahkan berdiri di hadapan Allah swt. Selepas itu Allah memerintahkan supaya lelaki itu dibawa ke neraka. Tetapi lelaki itu membantah: Mengapa aku dikirim ke neraka, oh Tuhanku? Allah menjawab: Engkau tlh melambat2kan menunaikan sembahyang hingga terkeluar dr waktunya, dan engkau juga pernah bersumpah palsu kpd Ku".
wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berkaitan dgn keutamaan menunggu solat jemaah di masjid.
Seseorg yg menunggu utk mengerjakan solat berjemaah maka pahalanya dicatat sebagaimana org yg melaksanakan solat.
Sabda Nabi saw,
"Salah seorg di atr kamu sentiasa di dlm solat selama dia tertahan oleh solat dan tidak ada yg menghalanginya utk pulang kecuali solat"
(riwayat Muslim)
Selama menunggu solat berjemaah, para malaikat mendoakan agar mendpt ampunan dan rahmat dr Allah swt.
Sabda Nabi saw,
"Salah seorg di atr kamu akan dicatat sbg org yg mengerjakan solat selama dia menunggu solat (berjemaah) dan belum berhadas. Malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu kpdnya"
(riwayat Muslim)
Semakin byk jumlah org yg mengikuti solat berjemaah, maka solat berjemaah yg dikerjakan lebih utama. Imam hambali berpendapat melambatkan sedikit solat utk menunggu byknya jemaah adalah lebih utama drp melakukan solat pd awal waktu sedangkan jumlah jemaah hanya sedikit.
Sabda Nabi saw,
'Solat seseorg bersama satu org yg lain adalah lebih bersih (lebih baik) drp solat sendirian, dan solatnya bersama dua org adalah lebih baik drp solat bersama satu org, dan solat bersama org ramai adalah lebih dicintai oleh Allah swt"
(riwayat Abu Dawud)
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih fleurza dan rakan yang lain kerana meletakkan hadith-hadith tersebut di sini.
Semoga Allah membuang rasa sombong dan takbur kita DARI mengerjakan pelbagai ibadah kepadaNya, dan juga membuang rasa sombong dan takbur kita KETIKA mengerjakan pelbagai ibadah tersebut. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo very good info..
mana nak dapat hadis hadis yg kat atas tu ek?
apa website menarik?!?!.. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ponder at 4-10-2005 08:04 AM
Tak perlu tunggu. Nanti, tertunggu-tunggu sampai habis waktu pulak. Solat dulu. Kemudian, kalau suami dah balik, boleh solat berjamaah dengannya, dan solat jamaah ini akan memberikan keuntungan (pa ...
terima kasih Ponder. saya kurang faham di sini. saya sembahyang dulu sengsorang ,katalah Isya,,kemudian, bila suami balik, sembahyang lagi (berjemaah pula) sembahyang yg. sama? Atau sembahyang sunat ? Atau boleh kah kita sembahyang waktu lebih dari sekali,atau bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kawan-kawan. Maaf kan saya sebab saya masih agak keliru. Sembahyang waktu yg. lain saya kerjakan sendirian. Soalnya sekarang adalah sembahyang Isya yg. nyata waktunya panjang, sehingga subuh keesokannya. Jadi soal menunggu suami untuk berjemaah sehingga kemungkinan terlepas waktu tak timbul. Jadi, patutkah saya menunggu nya pulang, atas alasan sembahyang berjemaah lebih baik dan (mengikut hadis yg. dinyatakan di sini ) sembahyang pada awal waktu adalah sunat(Fluerza).
Saya minta kalau boleh, tolong kengkawan beri jawapan dalam bahasa perbualan biasa sebab saya sukar memahami bahasa berbunga hadis dan ayat Qur'an. Terima kasih sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum. Pada saya yg kurang arif ni, tindakan yg paling bijak bg seorang isteri utk lakukan ialah, menggalakkan suami berjemaah di tempat azan dilaungkan. (surau/masjid dsb). Tak perlulah siisteri menunggu suami dgn niat utk sembahyang berjemaah bersama.
Isteri atau wanita digalakkan solat di awal waktu krn dikhuatiri beberapa perkara:
1.Kedatangan haid/nifas (jika sedang mengandung)
2.Kedatangan tetamu
3.Dan paling ditakuti kedatangan ajal.
Sesiapa yg bersolat berjemaah di tempat azan di azankan, mendapat 27/25 ganjaran. Dan si isteri yg menggalakann suami berjemaah juga turut mendapat ganjaran yg sama.(Ada yg mengatakan 28 krn ganjaran suami 27 + 1 ganjaran si isteri yg solat di awal waktu. Maaf, tidak dpt menyertakan sumber)
Setakat pengetahuan saya yg cetek ilmu ini, Rasulullah saw tidak pernah bersembahyang (fardhu) 5 waktu di rumah bersama isteri-isteri baginda. Baginda bersembahyang di rumah utk menunaikan solat2 sunat sahaja. Hatta, ketika baginda sedang gering pun baginda tetap mahu berjemaah bersama2 para sahabat di masjid, sehingga terpaksa dipapah oleh para sahabat. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum belanga,
Di dalam perihal miker yg sedang menunggu suami pulang utk bersolat secara berjemaah Isyak, adalah di puji.
TETAPI adalah baik sekiranya miker tepon dier dulu.
Agar tidak terlalu lewat.
Sepajang pengalaman teman.
Ada beberapa mesjid yg menyegerakan solat dan ada yg melambatkan solat fardhu mereka.
1. Solat subuh
- ada mesjid yg tunggu sehingga jam 6 pagi baru deme mulakan solat walaupun waktu solat nya jam 0535 pagi.
- ini adalah kerana deme menunggu ahli kariah lain yg berkemungkinan tertidur or baru terjaga biler azan berkumandang.
2. Solat Asar
- ini kerana mereka menunggu org org yg baru habis kerja.
- lagi banyak org berjemaah, lagi baik.
3. Solat Maghrib
- di percepatkan kerana waktu terbenam matahari amat suntuk
- ada yg omit solat sunat
4. Solat Isyak
- di lewatkan sekiran ada pengajian/kuliah/ceramah
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
3 perkara yang paling disukai Nabi Muhammad (SAW)
1 - berjihat ke jalan Allah
2 - berbakti kepada kedua ibubapa
3 - solat di awal waktu :love: |
|
|
|
|
|
|
|
sebaik2 solat seorang lelaki adalah di masjid. |
|
|
|
|
|
|
mail25 This user has been deleted
|
Originally posted by belanga at 4-10-2005 02:02 AM
Assalamualaikum. Saya nak minta sesiapa tolong beritahu yg. mana lebih baik. Apabila masuk waktu solat, kita terus solat atau kita tunggu untuk berjemaah. Ini di rumah. Biasanya saya dan suami semb ...
suami isteri sembahyang berjemaaah?????
laki2 mesti sembahyanh jemaah di masjid......isteri sembahyang sorang dirumah....
nabi penah ke buatcamtu???sembahyang jemaahh dgn isteri???
even sahabat ada ke buat n??? |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih, kawan-kawan. Kalau macam situasi kami ni, nak berjemaah di masjid, payah lah. Masjid terdekat 1 jam dari rumah. Jadi bila berpeluang tu, ambil kesempatan kami suami isteri sembahyang bersama. Anak-anak kecil pun boleh ikut-ikut juga dari belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya teringat satu hadith tapi tak ingat secara tepat... lebih kurang begini.
Seorang sahabat berjemaah bersama sahabat lain dan Rasulullah. Habis sembahyang dia bergegas pulang. Kemudian sahabat lain bertanya kenapa dia selalu cepat-cepat nak pulang. Dia bagitau dia nak sembahyang jemaah dengan isteri di rumah. Sahabat lain tanya Rasulullah, boleh ke dia buat macam tu? Rasulullah jawab boleh kalau mampu.
Siapa tahu hadith ni lebih tepat lagi, boleh agaknya pastekan kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya Ibnur, sembahyang waktu yg. sama? Maksud saya, sembahyang ,katalah magrib jadi 2 kali? Adakah sebenarnya memang boleh kalau kita nak 'sembahyang waktu' 2 kali? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh 2 kali kalau mampu. Tapi jangan pulak sembahyang sendiri-sendiri 2 kali sebab ini tak pernah pulak orang buat. Kecuali yang kedua tu sembahyang qadha' yang dulu-dulu.
Ada lagi satu riwayat pulak, sekumpulan sahabat datang dari kampung lain singgah di masjid nabi orang baru nak sembahyang jemaah. Tapi dia orang dah sembahyang kat tempat dia orang. Kalau tak silap saya Rasulullah kata kat dia orang, boleh sembahyang sekali lagi berjemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
berkenaan wanita solat di masjid/di rumah
ada satu hadis mengatakan.. kalau wanita nak solat di masjid jangan di larang... tapi dirumah lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 17-10-2005 09:57 PM
berkenaan wanita solat di masjid/di rumah
ada satu hadis mengatakan.. kalau wanita nak solat di masjid jangan di larang... tapi dirumah lebih baik
Bagaimana dengan wanita-wanita yg. pergi bersembahyang di masjid setiap malam(sangat biasa di kampung saya),kalau dah sembahyang di rumah lebih baik? Ataupun ini dikira lain sebab derang ni sembahyang berjemaah di masjid. Faham tak maksud saya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|