CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Camel_JB

cekak musang or telok belanga?

[Copy link]
Post time 12-10-2006 01:17 PM | Show all posts
dah ade org masukkan ker idak bende nih?

artikel 1
Baju Kurung Teluk Belanga

Baju kurung teluk belanga dikenali sebagai baju kurung Johor. Baju kurung teluk belanga untuk lelaki, asalnya labuh hingga di bawah punggung, cekak lehernya lebar dan berkocek dua. Pada masa pemerintahan Sultan Ibrahim, bentuk baju kurung ini dipinda oleh Dato' Jaafar bin Haji Mohamad, Menteri Besar Johor menjadikan seperti yang ada sekarang, iaitu labuhnya paras punggung, sekak lehernya halus, berkocek tiga dan potongan badannya longgar.

Kaum lelaki
Kaum lelaki memakai baju kurung teluk belanga dengan seluar panjang yang lebar dibahagian kakinya, dan dibahagian pinggangnya pula bertongkah seperti seluar cina. Dalam majlis rasmi, baju ini sesuai dengan kain sarung, jenis kain bugis, pelekat, mastuli atau kain sutera yang berkepala. Kepala kain ini diletakkan di belakang. Kain ini diikat dipinggang dibahagian dalam baju yang disebut baju dagang luar, iaitu baju dibiarkan keluar. Labuh itu lebih kurang sampai keparas lutut atau kebawah sedikit

Wanita
Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum wanita pada masa pemerintahan Maharaja Abu Bakar labuhnya di bawah lutut, cekak lehernya halus dan bajunya tidak berkocek. kemudian pada masa pemerintahan Sultan Ibrahim, baju kurung ini dipinda pula iaitu labuhnya hingga paras lutut, tanpa cekak lehernya dan berkocek satu. Di sekeliling lehernya dijahit dengan jahitan 'tulang belut' iaitu sejenis sulaman yang halus. Pada zaman dahulu digunakan kaitan 'tulang peringgi' atau dikenal juga 'jahitan kia'. Tujuannya supaya lubang leher baju itu kelihatan kemas dan kukuh. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung dengan ikatan 'ombak mengalun', iaitu kain sarung itu dilipat atau disusun berombak-ombak dan diletakkan dirusuk kiri atau kanan mengikut kesukaan masing-masing, kepala kain sarung itu diletakkan di sebelah belakang. Kain sarung ini daripada kain batik, pelekat atau kain songket.

Cara membuat
Cara membuat baju kurung teluk belanga:

Potongan badannya longgar, dirusuk kiri dan kanan berpesak dan dibawah lengan berkekek.
Potongan lehernya bulat dan berbelah dihadapan
Ada juga baju kurung wanita yang tidak berkekek, tetapi dibahagian atas pesak dilebarkan sedikit seakan-akan berkekek juga.
Lengan baju ini panjang hingga ke pergelangan tangan.
Wanita Johor dahulu memakai kain dagang luar dengan baju kurung. Kain ini merupakan sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk berlindung daripada cahaya matahari. Kain dagang juga dikenakan dipinggang dengan ombak-ombaknya dibawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 01:22 PM | Show all posts
artikel 2

Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;

a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak-ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.

sumber
http://malaysiana.pnm.my/02/02010104mel_kurungtlkblanga.htm
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 12-10-2006 01:10 PM
sudah semestinya teluk belanga... bukan pasal aper.. malas nak pakai kancing baju bebanyak... pakai satu jer kancing suasa dah ler.. lagi pon aku bukan selalu pakai baju kurung nih... time raya, ti ...


sama laa ngan aku muor.. aku panggey baju kurung gak.... maut kena dekah ngan kekawan aku memula dulu...
Reply

Use magic Report

PuteraSantubong This user has been deleted
Post time 12-10-2006 02:06 PM | Show all posts
tentulah teluk belanga...selesa...tak gatal...tak rimas....baju boleh letak luar...takyah nak tuck in...kalau tuck in lagi rimas








[ Last edited by  PuteraSantubong at 12-10-2006 02:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 05:27 PM | Show all posts
teluk belangaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 03:14 AM | Show all posts
cekak musang gak haku suka .. :love:






      

Falsafah Cinta :-

. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2006 02:48 PM | Show all posts
teluk belanga   lebih ke'melayu'an,pakai sampin pun bhgian dlm baju,cekak musang mcm baju paderi krstian jer...
apa barang pakai sampin sumbat dlm baju,panas berpeluh2 ,buat berbau spender jer :hatdown:

[ Last edited by  daudkaran at 31-10-2006 02:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 03:44 PM | Show all posts
Dua dua ada dan dua dua pun suka... dagang luar atau dagang dalam......dua dua pun ok.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 08:10 PM | Show all posts
Time raya aku pakai baju cekak musang walaupun kalau ikutkan aku lagi suka baju teluk belanga sebab design dier sempoi giler...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 08:04 AM | Show all posts
Originally posted by Chad at 6-10-2005 04:51 PM
semestinya aku suka telur belanga


apa kes telur belanga...?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 09:59 AM | Show all posts
taun ni dapat jaitkan bj hubby teluk belanga dengan tulang belut..hehhehe sukanya die...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 10:17 AM | Show all posts
jahit tulang belut jgn guna xxxxxx lak

[ Last edited by  blackpurple at 4-11-2006 12:25 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 07:17 AM | Show all posts
mase kecik..aku suke gile cekak musang..sebab nak lain dari lain..tapi ile dah beso ni..aku cukup hargai teluk belanga..sebab susa nak buat leher tu...aku tengok mak aku buat berbelit benang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 07:56 AM | Show all posts
Originally posted by sayang_mulut at 4-11-2006 07:17 AM
mase kecik..aku suke gile cekak musang..sebab nak lain dari lain..tapi ile dah beso ni..aku cukup hargai teluk belanga..sebab susa nak buat leher tu...aku tengok mak aku buat berbelit benang..


baju cekak musang napak cantek kan yang biarpun nampak simple aje
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 02:54 PM | Show all posts
teluk belanga.. klasik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.083125 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list