CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9228|Reply: 22

Wayang Gedek

[Copy link]
Post time 6-10-2005 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Sejenis wayang kulit yang patungnya diperbuat daripada kulit nipis, lut cahaya, dan berbentuk dua dimensi.  Terdapat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Thai.  Dipercayai ditiru dari Nang Talung yang popular di daerah-daerah selatan Thai.  Kini, bilangan dalang Wayang Gedek yang aktif sangat kecil.  Di Kedah Wayang Gedek disampaikan dengan menggunakan dialek Melayu tempatan.  Kebanyakan patung boleh dibeli terus dari selatan Thai dengan harga yang murah.  Terdapat juga dalang yang membuat patungnya sendiri.  Patung buatan tempatan lazimnya berwatak kasar seperti pelawak, rakyat biasa, binatang, pokok, senjata, dan alat-alat moden lain seperti motosikal dan kapal terbang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2005 11:11 AM | Show all posts
Dimulai dengan acara buka panggung.  Upacara adat istiadat ini meliputi upacara pembukaan seperti buka balai (bngsal), buka alat-alat muzik, pemujaan dalang dan batang pisang (tempat mendirikan patung dan melukis gambar rajah di atas batng pisang).  Upacara juga melibatkan pembersihan diri dalang itu sendiri supaya telah disucikan.  Biasanya upacara buka panggung yang dijalankan secara lansung dilakukan pada malam pertama sahaja dalam siri beberapa malam.

        Cerita-cerita yang panjang mengambil masa persembahan yang panjang sehingga beberapa malam.  Cerita yang pendek biasanya dapat diselesaikan dalam satu malam sahaja, iaitu dari pukul 8.00 hingga 12.00 malam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 11:14 AM | Show all posts
Watak-watak Dalam Wayang Gedek

1.        Watak halus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 11:19 AM | Show all posts
Alat-alat Muzik dan Lagu.

a)        Sepasang canang
b)        Sepasang Geduk
c)        Sebuah gedombak
d)        Sepasang kesi
e)        Sebatang serunai
f)        Alat muzik tambahan seperti tetawak, kayu metek dan alat muzik yang moden.

Lagu

a)        Lagu jalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 11:20 AM | Show all posts
Dalang-dalang yang aktif biasanya mempunyai kira-kira 20 buah cerita, yang mana sebahagian besarnya diambil daripada cerita rkyat negara Thai iaitu Nang Talung.  Cerita-cerita rakyat dan roman Melayu juga sering dipersembahkan.  Terdapat juga cerita yang berasal daripada sumber-sumber kesusasteraan Timur Tengah dan India.  Cerita daripada imiginasi dalang sendiri yang dicipta berdasarkan keperluan mereka dari kesusasteraan rakyat atau klasik juga sering dipersembahkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 11:24 AM | Show all posts
Wayang Gedek masih wujud sehingga hari ini untuk menghiburkan masyarakat luar bandar di utara Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Kedah.  Kini hanya tinggal sebilangan kecil sahaja dalang yang mampu membuat persembahan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.  Walau pun ada beberapa dalang yang sedia mengambil inisiatif untuk melatih dalang-dalang muda, namun generasi muda kini tidak berminat untuk meneruskan tradisi ini.

        Jika perhatian dan sokongan tidak diberikan oleh seluruh masyarakat kepada seni rakyat yang hampir-hampir lenyap ini, Wayang Gedek akan menjadi korban modenisasi seperti yang terjadi pada wayang kulit Siam, Mak yong dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2006 10:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 05:40 AM | Show all posts
I'm kind of confused. The difference between wayang kulit and  wayang gedek. Setakat yg. saya faham, wayang gedek patungnya muka mengadap depan dan wayang kulit patungnya muka sisi. Betul ke? Wayang Siam pulak?  
Katanya kumpulan Sri Asun dari Kedah main wayang gedek. Saya orang Kedah tapi belum berkesempatan menonton  persembahan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2006 05:46 AM | Show all posts


   Gambar ni diambil di muzuim USM. Character dalam Wayang Melayu. Apa itu wayang Melayu?
character lelaki berjambul tu namanya Che Mamat Gila Sepadang. Dan pompuan tak pakai baju tu nama apa tah...something Susu Lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 05:59 AM | Show all posts
Ini beberapa gambar yg. saya ambil August lepas sewaktu memonton Nang Thalung di Pattalung. Sekarang di sana sangat popular nang thalung luk thung style.  Pakai peralatan musik barat,drum dan guitar selain alatan traditional. Ada waktu2 yg. tok dalang menyanyi lagu moden popular zaman kini. Very interesting and entertaining. I enjoy traditional style too.







Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 12:27 PM | Show all posts
di jakarta ada satu museum wayang yg mempamerkan segala jenis wayang kulit yg ada di indonesia dan  contoh2 wayang dari negara luar termasuk malasia dan negara asean lain...

kalau di kelantan wayang kulit masih jadi satu hiburan tradisi yg sangat popular dan yg menarik nya dari apa yg kawan saya beritahu tok dalang up and coming yg terbaik di kelantan masa ini ia lah orang CINA!...

i feel very happy about this...ini menunjukkan mungkin cina di kelantan lebih assimilated dengan budaya setempat....in fact satu waktu dulu orang2 cina di kelantan yg miskin..menjadi amalan mereka beri anak2 mereka untuk di pelihara oleh orang melayu..dan ada banyak juga yang boleh tulis jawi....kecek klate tak payah cakap la...oghe melayu 'luar' pun tak boleh tanding...

malang nya orang cina di pantai barat dan bandar2 besar nampak nya semakin alienated dari integrasi kepada malaysia....malah ada yg tak mau cakap melayu lansung...(dari pengamataan saya dengan pergaulan dengan rakan2 cina yg berkerja di sektor swasta)...salah siapa ini berlaku ya??
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 05:41 AM | Show all posts
Originally posted by Greenbottle3 at 18-2-2006 12:27 PM

kalau di kelantan wayang kulit masih jadi satu hiburan tradisi yg sangat popular dan yg menarik nya dari apa yg kawan saya beritahu tok dalang up and coming yg terbaik di kelantan masa ini ia lah orang CINA!......


   Wah, masih aktif lagi? Betul ke masih popular ataupun hanya dimainkan bila ada hari2 keramaian tertentu dan hanya sebagai untuk tontonan pelancung? Bolehkah dapat info secara lebih detail? Siapa tok dalang ni? Saya nak pergi cari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 10:17 PM | Show all posts
kawan saya kata nama dia orang panggil 'wan seng' kalau tak silap...dia main di gelanggang seni..malam apa saya pun tak ingat...tak tau sama ada masih ada ke tidak... belanga boleh tanya lanjut dengan badan pelancungan di kelantan saya fikir...

di gelanggang seni ni pelancung2 datang tengok sekejap je...ambil gambar click click click lepas tu belah...yg tinggal nye ore2 klate yg minat wayang kulit la sampai tamat...tiap2 minggu macam tu la...

wayang kulit untuk tontonan rakyat masih ada di kelantan... tak kerap sangat..tapi tak mati atau pupus...

waktu saya kecil2 dulu wayang kulit hebat betul..dan betul2 boleh jadi syirik... sebab tu kerajaan PAS tak benarkan..sekarang di benarkan semula dgn syarat tidak mengandungi elemen syirik...

saya pernah tengok yg jenis syirik ni..betul2 mengkagumkan!!..khas nya  kalau yg main 7 malam berturut2...cerita yg di mainkan hanya satu..kisah ramayana...

malam ke-7 mlm  terakhir main sampai PAGI!...waktu subuh dalang sudah mula 'in a trance'... waktu ni 'pak dogol' yg biasa nya karektor kumpulan kelakar termasuk wak long mat diah dan samad yg duduk bertapa di mahameru akan bertukar kepada jelmaan asal nya ia itu sang kekala ...karektor terpenting dan dewa yg di puja dalam wayang kulit  ...sang kekala ni akan turun ke bumi dari apa nama angkasa tu...waktu ni layar putih akan di buang sebab hari sudah cerah...tok dalang akan mainkan wayang dalam keadaan separuh sedar ..dengan berdiri  terhoyong hayang dan di kawal oleh dua orang pemuzik yg pegang punca  ikatan ' kain lepas' di pinggang nya...

waktu ni juga karektor2 utama wayang akan di beri makan telor ayam dengan di pecahkan kepada muka kulit wayang itu... irama yg di mainkan ia lah rentak apa tu..yg climax dalam 'main peteri'...lupa saya....

lepas selesai main... 'bomoh' dari kalangan pemuzik akan baca sesuatu...renjis air apa entah ke muka dalang...dalang akan sedar semula..baru baca bismillah dan doa dlm islam sikit... lepas ni 'acak' berupa anyaman daun kelapa yg muda dan beras mentah kunyit dsb nya akan di bawa ke suatu tempat..biasa nya tempat pokok besar yg di kenali berhantu atau ada penunggu....

betul2 macam culture bali....

semua ni tk ada dah....last time saya tengok masa kecil2 dulu... takut!!! balik demam!!!....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2006 10:24 PM | Show all posts
Suatu masa dahulu I pernah tonton wayang Gedek kot dlm Pesta Lumut.  Wayang kulit dgn watak moden dlm loghat Pulau Pinang..

Kelihatan sungguh jenaka dan berbeza dr biasa he hhe he
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 06:10 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 20-2-2006 10:24 PM
Suatu masa dahulu I pernah tonton wayang Gedek kot dlm Pesta Lumut.  Wayang kulit dgn watak moden dlm loghat Pulau Pinang..

Kelihatan sungguh jenaka dan berbeza dr biasa he hhe he


kumpulan mana tu Fluerza?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 06:16 AM | Show all posts
Originally posted by Greenbottle3 at 20-2-2006 10:17 PM
kawan saya kata nama dia orang panggil 'wan seng' kalau tak silap...dia main di gelanggang seni..malam apa saya pun tak ingat...tak tau sama ada masih ada ke tidak... belanga boleh tanya lanjut den ...


  Wah, amat menarik ni GB. Saya cari2 dalam internet nama dalang WAn Seng ni, tak jumpa la....hm..kena gi Klate. Tapi sekarang ni ada lagi tak orang main wayang kulit sampai 7 malam ni? apa tujuan? Derang buat untuk berubat orang sakit atau apa? tolong cerita lagi kalau tahu. I'm curious la....

    Beruntung ya dapat tengok dengan sendiri secara asli,maksud saya bukan wayang kulit yg. orang mainkan hanya untuk tontonan kepada orangramai dan pelancong. Ini yg. kamu tengok ni memang'real' memang dah adat cara hidup orang dulu. Yg. jenis tu lah yg. saya sangat berminat nalk lihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2006 06:20 AM | Show all posts
GB, ni satu lagi ,"main peteri'. Ada saya tengok dokumentari  yg. dipinjam dari perpustakaan. Wah, dasyat! Takut o....orang yg. sakit asal tak boleh bangun, tetiba bangun menari dan berjalan dengan kuatnya dan digomolnya orang lain. Ini sudah dimasuki 'spirit' ler kut ,ya?  Sekarang kat Kelantan ada lagi ke orang main peteri?
     Bageh ni apa? Abang saya ada sebut kata orang K'tan main bageh tapi tanya lagi..dia tak tahu bageh tu apa. Cuma dia kata itu cara perubatan traditional. Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 08:00 PM | Show all posts
Setahu saya la ...

semua ni dah pupus dah malang nya...

1) main peteri  (puteri)...

biasa nya untuk mengubati orang sakit...biasa nya orang sakit perempuan...
Ada sikit segmen main peteri dlm filem U-wei "Jogho'...malang nya singkat sangat...
charateristic main peteri ia lah 'tok peteri' yg di watak kan oleh orang lelaki ...akan ngeleng kepala dengan rentak2 lagu2 peteri... peteri ada cerita macam wayang kulit tapi saya tak pasti cerita jenis apa...
waktu tok peteri dah dlm trance biasa nya pesakit pun mula naik trance jugak..dan bangun (walau pun sakit tenat) dan lawan ngeleng ngeleng kepala!!!... betul2 hebat... lepas tu 'rebah belebing'..kata ore klate... 'selak kera'...tok kaba...i.e pengsan...

main peteri bukan macam wayang kulit..biasa nya penonton nya famili pesakit dan jiran2 terdekat saja... tak dak iklan...waktu kecil2 dulu saya ada banyak kali tengok ni...tapi tak berapa minat...sebab pesakit dan tok peteri semua orang tua2!...waktu kecik2 mana minat sangat budaya..minat lagu hindustan la...

2) Bageh

ni lagi dahsyat dan khurafat!!
saya tak berapa tau sangat permainan ni tapi variasi 'peteri' yg lebih ortodoks lagi... biasa nya main bageh nak pulehkan orang yang di rasuk hantu....macam exorcism la lebih kurang....dah pupus betul ni...tak ada lagi tok bageh...tak tau la kalau di kamung2 di pendalam di gua musang atau Legeh atau Jeli kalau masih ada...

3) Tok selampit...

ini SANGAT2 menarik...
waktu saya sangat2 keil dulu (mungkin umur bawah 10 tahun) saya masih ingat ada satu orang buta tu datang dari kampung ke kampung...bawa satu selampit (macam rebab)...dan kalau ada oang upah dia akan main selampit sambil bercerita...mainly kisah based on ramayana juga...

Saya ingat orang buta ni sebab dia hanya minum air campur gula... beri milo pun dia tak mau!...
dia ni betul2 macam penglipur lara zaman2 dulu...malah macam Homer yg juga buta dan bercerita tentang oddessey dan Illiad!!!

4) dikir barat original

dikir barat dulu2 bukan macam sekarang...
sekarang dah jadi rojak ..kadang2 ada gitar!...ito pun kadang2 nyanyi

dulu dikir barat betul2 lawan antara dua team... start 9.00 malam... tamat 4.00 pagi!!
Main di tempat lapang biasa nya tak bertiket...pakain pun tak le berkilau2 macam sekarang... semua pakai "semuta" dan kain sarong saja...
banyak le anak gadis jadi mangsa...habis pokok ubi kayu ranap!!

akan bersambung pasal dikir barat, mak yong dan menora in the next posting.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2006 12:54 AM | Show all posts
Originally posted by belanga at 23-2-2006 06:10 AM
kumpulan mana tu Fluerza?


Hmmm so sorry.. I tak boleh nak recall... lebih 10 thn dahulu... mungkin mereka juga ada membuat persembahan di  Pesta Pulau Pinang kot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by Greenbottle3 at 18-2-2006 12:27 PM
malang nya orang cina di pantai barat dan bandar2 besar nampak nya semakin alienated dari integrasi kepada malaysia....malah ada yg tak mau cakap melayu lansung...(dari pengamataan saya dengan pergaulan dengan rakan2 cina yg berkerja di sektor swasta)...salah siapa ini berlaku ya??
.


     Pertama kali saya kenal Cina Kelantan, terkejut besar saya dengar dia cakap. Tak pelat langsung. Sama macam Cina Indonesia...fasih dan tak pelat bila cakap B.Indonesia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.078059 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list