CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25179|Reply: 104

perkembangan kehamilan...

[Copy link]
miau This user has been deleted
Post time 10-10-2005 10:18 AM | Show all posts |Read mode
hi..miau nak share kat sini dgn korang semua..best tau baca panduan kehamilan ni....tapi, miau kena taip la... so, step by step yer....

kehamilan berlaku 2 minggu selepas haid anda yg terakhir, tetapi apabila hendak mengira tempoh sesuatu kehamilan, para doktor & bidan mula mengiranyer daripada hari pertama haid anda yg terakhir. mereka mengira tempoh kehamilan dlm kiraan minggu & bukannya bulan, maka suatu tempoh kehamilan yg penuh memakan masa selama 40 minggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 10:22 AM | Show all posts
0-4 minggu

bayi anda

pada minggu yg ke-4, telur yg telah disenyawakan ditanam pada dinding rahim anda. lapisan luar ovum (telur) membentuk uri atau plasenta yg mula membekalkan darah drpd pembuluh darah anda. sel dalaman juga mula membentuk lapisan yg akan menjadi beberapa anggota tubuh bayi anda.

anda

anda tidak akan kedatangan haid atau mungkin mengalami sedikit pendarahan. anda mungkin berasa payudara anda bengkak atau sakit sedikit & terasa diri anda ada kelainan.
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 10-10-2005 10:24 AM | Show all posts
thanks koz sudi berkongsi...dari mana dapat artikel ni miau? jangkamasa kehamilan memang penuh dengan sesuatu yang menakjubkan...dan ada baiknya kita turut menghayatinya kan..silakan lah lagi miau...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 10:26 AM | Show all posts
miau, paste laa lagi.. good info..
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 10:33 AM | Show all posts
5-8 minggu

bayi anda

sistem saraf utama bayi mula berkembang dgn lapisan atas selnya membentuk suatu tiub yg berongga yg kemudiannya akn menjadi tiub saraf bayi. ini pula seterusnya akn menjadi saraf tunjang & otak bayi. pada minggu yg ke-5, jantung bayi terbentuk & pembuluh darah mula kelihatan. salah satu pembuluh darahnya akn menjadi tali pusat. drpd tali pusat, bayi anda dpt menerima zat makanan & menyalurkan balik bahan buangan badannya. pada waktu ini, bayi dinamakan embrio & panjangnya lebih kurang 2mm.

pada minggu ke-6, kepalanya dpt dilihat seolah2 suatu bonggol. jantungnya mula berdenyut & uri mengembang. tempat letaknya telinga sudah kelihatan, matanya sedang dibentuk & terdapat warna. paru2 telah terbentuk & bonggol yg kelihatan di badannya akn menjadi otot & tulang.

pada minggu ke-8, bayi dipanggil janin. kepalanya masih amat besar jika dibandingkan dgn bahagian badannya yg lain tetapi raut wajahnya dpt dilihat & mulut serta lidahnya sudah pun terbentuk. bonggol kecil (tunggul anggota) yg kelihatan akn menjadi tangan & kakinya. saiz bayi sama besarnya dgn sebutir kacang hijau.

anda

kehamilan anda dpt dipastikan di peringkat ini sama ada dgn ujian kehamilan yg boleh dilakukan sendiri atau oleh doktor anda. doktor anda mungkin telah memberitahu anda tarikh jangkaan kelahiran bayi anda. tahap hormon juga meningkat secara mendadak bagi menyediakan anda & badan anda bagi tempoh kehamilan & anda mungkin mengalami rasa loya & muntah.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 10:36 AM | Show all posts
hazel, su,..nanti miau bagi lagi info..ambik masa sikit..sebab ni semua miau taip ikut dlm buku..bukan copy & paste..eheksss... miau dpt artikel ni dr kaklong miau, buku "mama"..... dia kasi pinjam...dah bersalin nati, dia suh pulangkan balik... kena photostat la kalau mcm ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 11:06 AM | Show all posts
9-12 minggu

bayi anda

semua organ, anggota & otot kini suah terbentuk sepenuhnya & berfungsi. ini bermakna bayi anda tidak mudah terdedah kpd bahaya kerana pada peringkat ini, organnya tidak mungkin lagi rosak. jantungnya mula berdegup 140 kali seminit! jari kaki & tangan telah terbentuk pada tunggul anggota walupun jari2nya masih bersambung dgn selaput kulit. ovari atau testikel dibentuk & organ jantina luaran boleh dilihat.

pada penghujung minggu ke-12, semua ciri mukanya telah terbentuk-bayi anda mpy sepasang telinga, hidung & sepasang kelopak mata yg tertutup. kuku telah pun tumbuh pada jari tangan & kaki. semakin otot bayi anda membesar, dia dpt bergerak dgn bebas. sendi, jari tangan & kakinya boleh bergerak, walaupun anda tidak merasai pergerakan sedemikian. bayi anda dpt menghisap & mula menelan sedikit cecair amnion (air ketuban) yg mengalir melalui buah pinggangnya & dihantar balik sebagai air kencing ke dlm cecair amnion, tempatnya terapung. berat bayi anda lebih kurang 30g & panjangnya 3sm apabila mengerekot.

anda

rasa loya yg anda mungkin anda rasai sepaptutnya sudah berkurangan sekarang. anda mungkin sedar akan perubahan pd warna puting susu yg menjadi lebih gelap & perubahan warna kulit muka anda. anda mungkin dapati suatu garisan yg gelap timbul di tengah2 perut anda. ini dipanggil linea nigra & akn lebih jelas kelihatan apabila usiakehamilan meningkat. perut anda semakin membesar & anda mungkin sukar utk mengenakan butang seluar atau skirt anda....

:love:
Reply

Use magic Report

marcella_dccu This user has been deleted
Post time 10-10-2005 11:13 AM | Show all posts
saya baru 4 minggu... kalau scan tak nampak lagi kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 11:21 AM | Show all posts
13-18 minggu

bayi anda

bayi nada kini telah terbentuk dgn sepenuhnya tetapi saiznya masih kecil. degupan jantungnya boleh didengar dgn jelas dgn menggunakan pengesan ultrabunyi. dia kini mpy bulu mata, alis mata& batang hidung. plasenta telah terbentuk dgn sempurnanya & mula memberikan bayi anda makanan.

pada minggu ke-18, dia membesar lebih drpd 12sm panjang & beratnya bertambah lebih drpd 150g.

anda

ini mungkin merupakan titik tolak pulihnya kesihatan anda dlm temph kehamilan. rasa loya biasanya sudah hilang sepenuhnya pada peringkat ini. anda tidak lagi berasa amat lesu & semakin garis pinggang anda melebar, org lain mula sedar bawa anda sebenarnya hamil. anda mungkin merasai pergerakan bayi anda seolah2 adanya rama2 dlm perut anda. payudara nada mungkin bertambah besar & terasa sakit manakal kolostrum mungkin keluar dr puting susu. kolostrum ialah cecair berwarna yg kandungannya penuh dgn khasiat & antibodi yg penting & merupakan makanan pertama bayi anda apabila dia dilahirkan kelak....
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by marcella_dccu at 10-10-2005 11:13 AM
saya baru 4 minggu... kalau scan tak nampak lagi kan?


tak nampak lagi tu..cuba scan masa 6-7 minggu..insyallah leh nampak..tapi, kecik la sgt2....
Reply

Use magic Report

marcella_dccu This user has been deleted
Post time 10-10-2005 11:34 AM | Show all posts
suka baca info yg miau beri ni..
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 11:50 AM | Show all posts
suka eh.. ada lagi ni....

19-24 minggu

bayi anda

lebih kurang pd minggu ke-20, rambutnya mula tumbuh, memilki cap jarinya sendiri, boleh menggenggam tangannya & gigi terbentuk dlm tulang rahangnya. bayi anda kini boleh mendengar & boleh bertindakbalas dgn bunyi yg kedengaran di luar rahim..:ting:

pada minggu ke-22, rambut yg halus & lembut (lanugo) mula tumbuh di badannya. rambut ini membantu bayi anda mengekalkan suhu badan yg sesuai & kebanyakan drpdnya akan hilang pada waktu kelahirannya. semasa bayi anda menelan cecair amnion, dia mungkin terbatuk atau tersedu yg dpt anda rasakan sebagai satu pergerakan yg sedikit tidak tetap. beratnya kini sekitar 460g & panjangnya 30sm. jika dia dilahirkan sebelum cukup tempoh kehamilan iaitu pd minggu ke-24, ada kemungkinan kecil dia dpt hidup dlm unit khas jagaan bayi.

anda

anda mungkin rasa sesak utk bernafas & pedih hulu hati kerana rahim yg semakin menekan diafragma anda. kesan regangan mungkin mula kelihatan di perut, payu dara & peha anda. jangkitan kencing & sembelit kerapkali berlaku pada peringkat ini & urat darah yg timbul mungkin kelihatan......
Reply

Use magic Report

marcella_dccu This user has been deleted
Post time 10-10-2005 11:53 AM | Show all posts
baik betul miau.. miau taip ek? semoga apa yg miau buat akan mendapat keberkatan...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 11:59 AM | Show all posts
25-28 minggu

bayi anda

bayi anda akn membuka kelopak matanya buat kali pertama pada minggu ke-26. lapisan verniks akn kelihatan di kulitnya pada minggu ke-28. bahan lemak putih ini melindungi kulitnya spt suatu lapisan kalis air & menghalangnya drpd mengembang dlm cecair amnion. lapisan verniks biasanya hilang sebelum atau sebaik sahaja selepas kelahiran. bayi anda semakin banyak bergerak diselangi waktu diam. beratnya kini sekitar 900g & berukuran 40sm. walaupun paru2nya masih tidak terbentuk sepenuhnya, dia mpy peluang yg kuat utk hidup jika dijaga dlm unit khas bayi.

anda

org lain juga boleh merasakan pergerakan bayi anda. rasa tdk selesa spt kejangan kaki, pedih hulu hati & urat darah yg timbul mungkin menjadi lebih teruk. anda mungkin sekali sekala merasakan perut anda sendat. ini dikenali sebagai pengecutan braxton hicks & merupakan latihan pengecutan bagi menghadapi kelahiran kelak. pengecutan sedemikian mungkin berkekalan selama seminit & biasanya tidak menyakitkan anda atau hanya menyebabkan anda rasa tdk selesa....

p/s : minggu ke-20, bayi masih mpy ruang yg luas utk bergerak & kini mungkin sgt aktif..
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 12:00 PM | Show all posts
ehhe..marcella..aha,..miau taip..timer kasih... bukan apa,..sambil menaip sambil tersenyum bila baca info2 ni...terbayang baby kita kat dlm perut ni..... lagipun, tak ada kerja nak buat kat rumah ni... leh la menghilangkan rasa lapar & letih berpuasa ni... :love:

marcella jaga diri elok2 sebab baru lagi kan... jgn angkat & buat kerja2 berat...

[ Last edited by miau at 10-10-2005 12:14 PM ]
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 12:12 PM | Show all posts
29-32 minggu

[b]bayi anda

bayi anda kini membina lemak badan & semakin berisi. pada minggu ke-12 & seterusnya, beratnya mungkin bertambah 2 kali ganda sehinggakan ada kalanya peningkatan berat badannya sebanyak 28g setiap hari. kulitnya yg berkedut akan mula meneganng & verniks & lanugo akan mula hilang.

pada minggu ke-32, kebanyakan bayi telah berpusing ke arah ke bawah, dgn kepalanya menghala ke bawah bagi menyediakan dirinya utk kelahiran. pergerakan bayi kini boleh dilihat & juga dirasai & anda mungkin kadangkala ternampak anggota badan atau kakinya yg bergerak. jika dia dilahirkan pada peringkat ini, bayi anda mpy peluang 90% utk hidup dgn jagaan pakar. beratnya kini sekitar 1500g & panjangnya 45sm.

anda

semakin bayi anda membesar, ruang dlm rahim semakin mengecil utknya bergerak bebas. anda mungkin rasa tdk selesa di sekitar tulang dada anda terutama jika bayi anda belum berpusing dgn kepalanya menghadap ke bawah. anda mungkin merasa amat letih sekali lagi & mendapati sukar utk melakukan apa2 kerja yg memerlukan tenaga. pengecutan braxton hicks menjadi lebih kuat & kerap. jika pengecutan itu terlalu kerap, rasanya sakit spt mencucuk atau kekejangan. biasanya ia merupakan isyarat bagi anda utk lebih banyak berehat & mengurangkan aktiviti.

note:minggu ke-32 - pergerakan bayi anda kini semakin lambat kerana ruangan yg ada semakin kecil...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


marcella_dccu This user has been deleted
Post time 10-10-2005 12:29 PM | Show all posts
miau masa peknen bile start muntah? saya tak rasa apa2 lagi.. cuma batuk2 sket.. satu lagi saya dah seminggu tak membuang ni.. mcm mane ni?
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 12:30 PM | Show all posts
33-36 minggu

[b]bayi anda

bayi anda mula bergerak ke dlm ruang pelvis pada minggu2 yg terakhir. beratnya kini sekitar 2400g & berukuran lebih kurang 50sm. pergerakannya kini mungkin berkurangan kerana ruang utknya bergerak telah mengecil.

anda

jika kepala bayi anda belum memasuki ruang pelvis, anda mungkin berasa sakit di tulang dada atau rasa sesak utk bernafas menjadi semakin teruk. apabila kepala bayi anda telah memasuki ruang pelvis, biasanya akn berasa lebih selesa & rasa pedih hulu hati mungkin akan hilang. selepas bayi anda memasuki ruang pelvis, pundi kencing anda pula terhimpit & anda akan ke bilik air pada waktu malam. corak tidur anda mungkin terganggu kerana anda lebih sukar merasa selesa di waktu malam...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by marcella_dccu at 10-10-2005 12:29 PM
miau masa peknen bile start muntah? saya tak rasa apa2 lagi.. cuma batuk2 sket.. satu lagi saya dah seminggu tak membuang ni.. mcm mane ni?


miau start muntah start 7 minggu... sekarang ni nak dekat 9 minggu.... sebelum tu loya2.... lamanya, seminggu tak membuang tu... banyakkan la makan buah2an mcm pisang,..lagi apa eh....?
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 12:41 PM | Show all posts
37-40 minggu

bayi anda

perkembangan bayi anda akan menurun apabila mendekati minggu yg ke-40 apabila bekalan plasenta semakin berkurangan. kebanyakan drpd lanugo & verniks telah hilang. dia mungkin sudah mpy corak masa utk berjaga & tidur yg tertentu & tetap & anda mungkin mendapatinya bersambungan beberapa minggu pertama setelah dia dilahirkan. panjang purata bayi yg cukup tempoh kehamilannya ialah 51sm & berat puratanya 3.3 kg bagi perempuan & 3.5kg bagi lelaki.

anda

rasa kenguh & sakit (akibat berat yg anda bawa & juga tisu & ligamen yg menjadi lembut) mungkin menjadikan hidup anda lebih sukar. tisu menjadi lembut & kenyal supaya bukaan faraj boleh memeri & meregang utk membolehkan bayi anda keluar. ligamen yg mengikat tulang pelvis juga menjadi lembut bagi membolehkan peluasan saluran kelahiran agar adanya ruang bagi bayi utk melaluinya & ini mungkin menyebabkan rasa tdk selesa dia ri2 anda. anda mungkin berasa tdk sabar & telah bersedia utk melahirkan bayi anda. namun, ingatlah, hanya 5% bayi yg lahir pada tarikh jangkaan.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.081643 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list