CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miau

perkembangan kehamilan...

[Copy link]
miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 04:23 PM | Show all posts
marcella.. tak ada hal la tu.. yg lain2 baca tak?...

rasa loya  

walaupun rasa loya sering dikaitkan pada waktu pagi, rasa sedemikian boleh berlaku pada bila2 masa pada siang hari terutamanya jika anda lapar atau letih. bagi kebanyakan wanita, rasa loya sedemikian berakhir pada sekitar bulan ketiga kehamilan. makanan yg kaya dgn karbohidrat & protein dikatakan dpt mengelakkan rasa loya.
makanlah sekeping biskut kering atau roti bakar & minuman yg manis apabila bangkit dr tidur. teh pudina atau kamomil juga boleh meredakan rasa loya. banyakkan minum air jika anda kerapkali muntah bagi mengelakkan kekeringan badan. bangun pagi secara tergesa2 juga boleh menambahkan rasa loya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


marcella_dccu This user has been deleted
Post time 11-10-2005 04:33 PM | Show all posts
mesti laa baca miau... suke sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 09:39 AM | Show all posts
Miau, tak cramp jari ker taip sumer nih?..anyway thanks for the info...bagus utk kita yang belum berpengalaman nih...:love:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by miau at 11-10-2005 02:53 PM
perubahan payudara


payudara anda mungkin mengalami bnyk perybahan dlm tempoh permulaan kehamilan anda. dlm minggu ke-6 hingga minggu ke-8 kehamilan anda, payudara an ...

Dah tiga kali tukar saiz woo...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 10:06 AM | Show all posts
hi storm..tak cramp lagi... slow2 ... boring la kat rumah..menaip ni, terasa mcm penulis la pulak ihiksss...
wow!! 3 kali dah tukar..power tuuu..eheksss.............eheksss.......
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 10:09 AM | Show all posts
pergolakan emosi

lumrahnya semasa hamil, pergolakan emosi akan berlaku. keadaan ini mungkin disebabkan perubahan hormon, keletihan tau kerisauan mengenai tanggungjawab baru sebagai ibu. oleh kerana pergolakan emosi tdk dpt dijangka & sesuatu yg anda tidak dpt kawal, jgn salahkan diri anda jika anda selalu berendam air mata & cepat marah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 10:16 AM | Show all posts
bengkak

sedikit pembengkakan biasanya akn berlaku semasa tempoh kehamilan. pembengkakan kerapkali berlaku di kaki & buku lali & menjadi lebih teruk jika anda duduk atau berdiri terlalu lama. jika anda mengalami bengkak di kaki, tinggikan kaki anda apabila boleh & elakkan berdiri bagi tempoh yg lama. pakai kasut bertumit rendah & jgn pakai getah pencerut kaki yg ketat jika kaki anda bengkak atau jgn memakai cincin jika jari anda bengkak. urutlah buku lali anda selalu bagi membaiki peredaran darah.

rujuk kpd doktor jika anda mengalami pembengkakan secara mengejut di muka atau tangan, peningkatan berat badan lebih 2kg dlm masa seminggu, rasa pening, rasa pedih hulu hati yg berpanjangan, masalah penglihatan atau sakit kepala yg tidak reda...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 10:20 AM | Show all posts
lelehan faraj


peringkat lelehan faraj ketika hamil merupakan perkara biasa. lelehan sedemikian biasanya berwarna jernih atau putih. lelehan itu mungkin agak likat pada peringkat permulaan kehamilan & menjadi lebih cair apabila hampir waktu bersalin.

pilihlah pakaian dlm yg diperbuat drpd kapas & elakkan pakaian yg ketat. pelapik seluar dlm juda dpt membantu, jgn gunakan ubat rendaman kecuali anda telah diarahkan oleh doktor. rujuk kepada doktor jika faraj anda berasa gatal, pedih, berbau atau mengeluarkan lelehan yg berlebihan, sakit, terdedah kpd penyakit kelamin yg berjangkit atau dirawat dgn antibiotik dlm tempoh yg terdekat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2005 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by miau at 12-10-2005 10:06 AM
hi storm..tak cramp lagi... slow2 ... boring la kat rumah..menaip ni, terasa mcm penulis la pulak ihiksss...
wow!! 3 kali dah tukar..power tuuu..eheksss.............eheksss.......

Best lar bleh ddk umah....macam Storm nih tertunggu-tunggu weekend sebab nak tido banyak2...:p
Takpe lar miau...jadik penulis tak bergaji...tapi dapat pahala..
Heheh..:malu:..nak buat macam mana...every month kena beli bra baru...mungkin pasnih nak kena tukar cup plak...heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by storm at 12-10-2005 09:39 AM
Miau, tak cramp jari ker taip sumer nih?..anyway thanks for the info...bagus utk kita yang belum berpengalaman nih...:love:


he,he storm..bukan saja yg belum berpengalaman...yg dah ada..pengalaman pon kena buat rujukan jugak,kekadang ada benda yg x tahu/ingat...:cak:

terima kasih pd miau...rajin menaip..:love:
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 10:33 AM | Show all posts
tajuk baru pulak.....

pemakanan sihat


kehamilan tidak pula bermakna anda boleh makan sesuka hati. berat badan anda sepatutnya bertambah sebanyak 9-11 kg yg kebanyakannya terdiri drpd berat badan bayi anda (lebig kurang 3.2kg), plasenta, cecair dlm uterus(1.8kg), & cecair dlm bahagian lain bdn (2.7kg).

wanita yg berat bdnnya melebihi had ini mpy kecenderungan utk melahirkan bayi yg lebih besar drpd saiz bayi biasa yg meningkatkan risiko kelahiran secara sesarean. lain2 kesulitan, termasuklah kesukaran menghilangkan berat badan selepas bersalin, kencing manis & tekanan darah tinggi.

berat badan anda juga akn meningkat terutamanya dlm trimester yg je-2 & ke-3. anda hanya memerlukan lebihan sebanyak 100 kalori dlm trimester pertama & lebihan sebanyak 300 kalori sehari dlm trimester ke-2 & ke-3. ini boleh didapati dr setengah pinggan nasi ayam. oleh yg demikian, jgnlah mkn utk "2: org sepanjang sembilan bln kehamilan.

apa yg perlu anda lakukan sebenarnya adalah utk meningkatkan pemakanan makanan tertentu. wanita yg mpy corak pemakanan yg sihat lebih berkemungkinan melahirkan bayi yg sihat drpd wanita yg tdk makan dgn sempurna.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 10:35 AM | Show all posts
thanx aju...:-)

amboi tukar cup tu storm... best arrr... miau membesar gak..tapi, rasanya, tak sampai lagi tukar cup...ni yg jeles ni..ihikssss.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:41 AM | Show all posts
hik hik hik...tak lama lagik tukar lah tue miau...

tina pon tekejut..skang kiter dah ada bra size 36B...aahahahah...

eh..type bbyk lagik esp pemakanan sihat nyer topik nie... :cak:
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 10:44 AM | Show all posts
wah..tina pun dah tukar cup eh..power tu!! ihiksss:cak:

jap lagi type......
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:45 AM | Show all posts
seronok baca...bagus miau. dapat pahala lebih bulan ramadhan ni.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 11:08 AM | Show all posts
baca jgn tak baca mummy aifan

zat besi

diperlukan bagi menghasilkan hemoglobin dlm sel merah ibu & bayi. jika anda tidak mpy hemoglobin yg mencukupi, darah tidak akn membawa oksigen yg memadai yg menyebabkan anda mudah letih. keperluan bagi zat besi meningkat kerana jumlah darah semakin bertambah ketika hamil.

selain menghalang anemia, zat besi membantu bayi menambahkan berat badan & mengelakkan kelahiran pramasa. zat besi boleh didapati drpd sumber tumbuhan & haiwan. makan daging tanpa lemak, ikan, kacang & kacang pis kering, bijirin penuh & sayuran berdaun hijau sebanyak 30mg setiap hari.

jika dimakan dr sumber haiwan, zat besi dpt diserap dgn lebih berkesan. jika anda telah didiagnosis mengalami kekurangan zat besi (anemia), anda mungkin memerlukan tambahan zat besi.

sebilangan wanita mendapati tambahan zat besi menyebabbkan sembelit & tidak suka memakannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 11:13 AM | Show all posts
vitamin C

ini dpt membantu penyerapan zat besi & juga mengekalkan sistem imun anda pada tahap yg baik. buah2an & sayuran merupakan sumber terbaik vitamin C dan vitamin lain tetapi kebanyakan drpd zat makanan ini boleh hilang melalui proses masakan. oleh itu, cubalah makan sayuran & buahan secara mentah & dimasak tidak terlalu lama. jika anda memakan buahan yg segar atau kering sebagai makanan ringan, anda akan memperoleh tenaga yg anda perlukan tanpa gula atau lemak yg berlebihan...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 11:15 AM | Show all posts
vitamin B6 - kaler pink ni kalau terang sikit lagi cantik kan

terdapat dlm telur, daging, kacang, pisang & avokado. vitamin B6 membantu proses penguraian & penggunaan protein tambahan yg diperlukan ketika hamil.

[ Last edited by miau at 12-10-2005 11:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by miau at 12-10-2005 10:35 AM
thanx aju...:-)

amboi tukar cup tu storm... best arrr... miau membesar gak..tapi, rasanya, tak sampai lagi tukar cup...ni yg jeles ni..ihikssss.....

kena upgrade pi cup C plak kot pasnih...heheh...jangan jeles...nanti miau pun akan mengalaminya...hehe...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2005 11:28 AM | Show all posts
jeles..jeles...

vitamin B9

ini membantu pertumbuhan organ & tisu utama bayi & penting khususnya bagi perkembangan sistem saraf utama. vitamin B9 dpt mengurangkan risiko spina bifida (penyakit yg mengakibatkan tulang belakang tidak bercantum sepenuhnya & mendedahkan bahagian tulang belakang), anensefali (kecacatan yg mengakibatkan kematian yakni ketiadaan sebahagian besar otak & tulang kepala) & kecacatan kelahiraa yg berkaitan.

anda seharusnya terus memakan asid folik sehingga hari2 terakhir kehamilan kerana asid ini dpt membantu mengelakkan kelahiran pramasa.

kajian telah menunjukkan wanita yg mengambil kurang drpd 240gm asid folik sewaktu hamil menggandakan risiko mereka mengalami kelahiran pramasa.

seorang wanita hamil hendaklah mengambil lebih kurang 0.5mg asid folik sehari, lebih kurang 2 kali ganda berbanding org biasa.

sumber yg baik termasuk sayur bayam, bijiran mil penuh, kacang pis, kacang & sayuran berdaun hijau.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.071078 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list