CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miau

perkembangan kehamilan...

[Copy link]
miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 09:29 AM | Show all posts
ujian darah

sampel darah akan diambil drpd anda & dianalisa bagi memeriksa:

tahap hemoglobin- bagi memastikan anda tidak anemik. biasanya tahap hemoglobin akan diperiksa sekali lagi sekitar minggu ke-28 & ke-30. jika tahap hemoglobin anda rendah, anda mungkin diberikan pil zat besi atau asid folik.


kumpulan darah - ini diperiksa jika anda memerlukan lebih darah dlm mana2 peringkat kehamilan.

rubela- penyakit virus ini boleh merosakkan janin,terutamanya dlm 3 bulan yg pertama apabila anggota & organ bayi anda masih membentuk. seelok2nya tahap imun anda terhadap rubela diperiksa terlebih dahulu kerana anda tidak boleh diimunisasikan semasa kehamilan.

penyakit kelamin berjangkit - sifilis & hepatitis B dpt dikesan & diberikan rawatan yg sewajarnya. sesetengah klinik juga melakukan pengujian HIV.

tahap glukos - tahap gula darah anda diperiksa pada lawatan yg pertama & pada lawatan yg akan dtg bagi memastikan anda tidak menghidapi penyakit kencing manis. kehamilan mungkin mengakibatkan anda menghidapip penyakit kencing manis walaupun anda tidak pernah menghidapinya sebelum itu & ini boleh menjejaskan bayi anda.

anda juga boleh memilih utk menjalani ujian darah bagi penyakit lain yg mungkin berbahaya spt toksoplasmosis isitu parasit yg dtg dr najis kucing atau daging mentah, dan listeria yg boleh dijangkiti dr keju lembut yg tidak dipasteurkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 09:31 AM | Show all posts
ujian air kencing

sample air kencing akan dianalisa bagi mengesan peningkatan tahap gula, keton & protein. peningkatan salah satu drpd bahan ini merupakan tanda kencing manis, praeklampsia atau jangkitan saluran air kencing.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 09:34 AM | Show all posts
tekanan darah

doktor akan menggunakan manset bagi memeriksa tekanan darah anda. suatu peningkatan mungkin menandakan praeklampsia yg boleh menjejaskan plasenta & menghalang janin drpd mendapat zat makanan yg secukupnya.

bacaan tekanan darah berbeza berdasarkan umur seseorang & dari hari ke hari, oleh itu hanya bacaan yg tinggi secara konsisten harus diawasi. kehamilan boleh menyebabkan keadaan yg dikenali sebagai praeklampsia berlaku yakni tekanan darah wanita yg mengandung boleh naik ke tahap yg merbahaya.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 09:36 AM | Show all posts
ketinggian

darai ketinggian anda, doktor anda dpt menganggarkan saiz pinggul anda. sesiapa yg melebihi ketinggian 1.5m sepatutnya boleh melahirkan bayi melalui faraj secara biasa melainkan mereka mengandung bayi kembar atau bayi yg saiznya besar.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 09:39 AM | Show all posts
berat badan

doktor anda akan mengukur berat badan anda secara tetap bagi mengukur pembesaran bayi anda. bakal ibu yg berat badannya melebihi berat yg sepatutnya mungkin mendapati proses bersalin lebih sukar, dan meningkatkan kemunkinan penggunaan forsep atau kelahiran secara sesarean. jika berat badannya kurang pula, mungkin menjejaskan kesihatan kerana bayi akan mengambil zat makanan yg dia perlukan drpd anda.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 09:41 AM | Show all posts
pemeriksaan am

sesetengah doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal. mereka akan memeriksa payudara anda bagi mengesan ketulan atau masalah puting (seperti puting tenggelam), & juga memeriksa jantung & paru2 anda, & menekan sedikit perut anda bagi merasa ketulan yg luar biasa yg mengkin menandakan bayi kembar atau sista. kadangkala suatu pemeriksaan dalaman dilakukan utk mengesahkan kehamilan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 09:45 AM | Show all posts
lawatan seterusnya

pada kebiasaannya anda akan berjumpa doktor anda sebulan sekali sehingga minggu ke-28 apabila lawatan berjumpa dgnnya menjadi 2 minggu sekali.

anda sepatutnya berjumpa dgn doktor anda seminggu sekali bermula pada minggu ke-36 atau lebih awal lagi jika terdapat masalah spt menghidap kencing manis semasa kehamilan.

pada setiap lawatan, berat anda akan diukur, air kencing and diuji bagi mengesan gula & protein, tekanan darah anda direkod, tahap hemoglobin anda diperiksa & saiz uri anda dinilai.

pergerakan bayi anda dapat rasa sekitar minggu ke-16 hingga ke-20, dan doktor akan memeriksa denyutan jantung bayi anda.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 09:51 AM | Show all posts
kedudukan

dari minggu ke-30 dan seterusnya, doktor akan memeriksa kedudukan bayi. jika buntut bayi menhala ke arah pinggul ibunya (kedudukan songsang), doktor mungkin memusingkannya semasa peringkat ini.

bagi menggalakkan bayi utk memusingkan badannya, cuba baring meniarap selama 15 minit setiap hari apabila menghampiri penghujung tempoh kehamilan anda. memusingkan bayi yg umurnya belum mencapai 36 minggu merupakan perbuatan yg sia2 kerana dia mungkin akan memusingkan badannya kembali ke kedudukan songsang.

satu pemeriksaan tulang pelvik akan dilakukan sekitar minggu ke-36 bagi menilai bentuk pelvik & ruang yg ada di dalamnya.

pemeriksaan ultrabunyi akan dilakukan lebih kerap apabila tarikh kelahiran semakin hampir. jika anda berumur lebih drpd 40 thn & mpy sejarah keluarga yg mpy kecacatan gen atau pernah melahirkan anak dgn sindrom down, suatu amniosintesis (pengambilan sample bendalir amnion yg mengandungi sel drpd embrio) mungkin dilakukan yg pada kebiasaannya dilakukan pada minggu ke-17 bagi memastikan jika embrio mpy apa2 kecacatan gen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2005 09:57 AM | Show all posts
seronoknya baca....tq miau...apa nama buku ni ye..klu ada rezeki ciku pregnant nanti ciku nak suh hubby baca biar dia tahu juga perkembangan kita n baby...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 10:12 AM | Show all posts
hi ciku lat...buku "mama".. my sis bagi pinjam.. insyallah..ada rezeki tak kemana kan.. asalakan ada usaha yer ciku...

memilih pakar ginekologi & obstetrik

seorang pakar ginekologi merawat segala jenis gangguan pembiakan wanita sementara seorang pakar obstetrik mengendali secara khusus penjagaan wanita yg mengandung & kelahiran anak tetapi dlm amalan sekarang, seorang pakar ginekologi banyak persamaannya dgn seorang pakar obstetrik & org yg sama akan menjaga ke2-2 aspek.

penting bagi anda memilih seorang doktor biasa apabila anda hamil. selain menjalankan ujian yg dikehendaki, doktor anda dpt menjawab soalan, menguraikan kekusutan fikiran, memberikan jaminan, mengajar, menunjuk & memberikan kaunseling.

jalinkan hubungan yg baik dgn doktor anda bagi memastikan anda rasa selesa, selamat & dijaga baik. doktor anda seharusnya anda jadikan seseorang yg anda percaya & dpt bercakap dgnnya. jika doktor anda tidak mengambil berat keresahan anda &atau terlalu sibuk utk melayan anda sewajarnya, anda patut pertimbangkan utk menukar kepada doktor yg lain.

masa yg paling baik utk memanggil pakar ginekologi anda ialah apabila anda tidak kedatangan haid selama 2 minggu.:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 10:20 AM | Show all posts
..nanti ciku survey kat kedai buku.. sat lagi ciku nak p giant shah alam...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 11:08 AM | Show all posts
kalendar kehamilan anda

setelah anda hamil, anda perlu menjalani pemeriksaan tetap & menghadiri kelas antenatal. sebagai panduan, kalendar berikut boleh mengingatkan anda apa yg perlu dibuat & bila sesuatu perkara itu patut dibuat.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 11:19 AM | Show all posts
minggu 0-8

anda mengalami pendarahan yg sedikit pada minggu ke-4 tetapi tidak didatangi haid. jika anda mengesyaki diri anda hamil, buat temujanji dgn doktor anda utk melakukan pemeriksaan kehamilan pada peringkat ini. ujian darah & air kencing dilakukan & tekanan darah anda akan diperiksa. doktor anda akan memberitahu anda vitamin & suplemen yg boleh atau patut diambil, bincang dgnnya mengenai diet anda bagi memastikan diet itu baik utk diri anda & bayi anda.

tahap hemoglobin anda akan diperiksa utk mengesan jikan anda anemik & pil zat besi akan dipreskripsikan jika anda dikesan sebagai anemik. anda sepatutnya sudah mengambil suplemen asid folik ketika anda cuba hamil tetapi jika anda belum lagi memakannya, anda masih belum terlambat-pastikan anda mengambilnya sehingga minggu ke-12. ini akan membantu mencegah kecacatan tiub saraf bayi.

rasa loya, muntah, payudara sakit & kelesuan akan mula terasa pada peringkat awal ini. oleh itu, berehatlah sebanyak yg mungkin pada waktu pagi.meminum segelas susu sebelum tidur mungkin dpt membantu.

anda mungkin berasa amat serok=nok & membeli buku & juga pakaian bayi - asalkan anda tidak berlebih2an kerana anda mpy masa selama 9 bulan lagi utk membeli belah barangan bayi. :love:
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 12:11 PM | Show all posts
minggu 8-12

tanyakan kepada doktor dan kawan anda mengenai kelas antenal & tetapkan tarikh skan ultrabunyi anda. anda juga boleh bertemu dgn doktor gigi kerana kajian menunjukkan dlm sesetengah kes kelahiran pramasa mungkin ada kaitannya dgn penyakit gusi. oleh itu jagalah gigi anda.:bgrin:

payudara anda semakin membesar. oleh itu, belilah bra yg lebih baik & dptkan pakaian utk wanita hamil. anda mungkin ingin menukar kepada pakaian yg lebih longgar.

ujian antenatal yg boleh dilakukan pada masa ini ialah pensampelan vilus korionik yakni suatu sample vilus korionik (struktur bebenang di sekeliling kantung amnion) dikeluarkan & diuji utk memastikan jika bayi anda mpy keabnormalan kromosom.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2005 12:23 PM | Show all posts
minggu 12-20

anda boleh mula menghadiri kelas antenatal di hospital. ini akan membantu  anda menyediakan diri bagi kelahiran yg mendatang - sebilangan pakar percaya seseorang yg menyediakan dirinya secara mental akan melalui proses bersalin yg lebih mudah & mengurangkan kemungkinan anda memerlukan ubat melegakan kesakitan.

jika anda bercadang mendapatkan seseorang bagi membantu anda sepanjang waktu berpantang selepas bersalin, mulalah mencarinya sekarang.

anda sepatutnya menjalani skan ultrabunyi. skan hanya memakan masa 10 minit & anda mungkin diminta menjalani skan ultrabunyi pelvis iaitu transduser diletakkan di atas kulit pelvis anda. jgn lupa utk meminta gambar ujian itu utk dibawa balik ke rumah.

anda sepatutnya menjalani pemeriksaan lengkap antenatal. doktor anda akan memeriksa denyutan jantung bayi anda.

jika anda berumur lebih dr 35 thn, anda mungkin memerlukan ujian amniosistesis yg dilakukan sekitar minggu ke-14-ke-16 bagi mengesan sindrom down & keabnormalan kromosom lain bayi anda. hasil ujian mungkin mengambil masa seminggu atau lebih. terdapat sedikit risiko keguguran maka ujian ini hanya disyorkan bagi wanita yg lebih lanjut usianya (melebihi 35 thn).
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by marcella_dccu at 12-10-2005 04:46 PM
dah 4 minggu.. saya sebenarnya 3 bulan tak datang period.. saya tahu saya peknen pun hari pertama puasa... sebab abg suruh beli test.. dua kali test dua dua ade line.. esok pergi klinik... dr scan  ...


tahniah marcella
saya gak yg tertanya-tanya,td kluar masa jln tu rasa sakit kat ari2,pas tu rasa ada benda kluar,ingat ker cik p,p toilet check x der pun,x taulah,rasa mcm nak buat upt,tp takut frust lg,sabar jerlah dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2005 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by azza1 at 13-10-2005 01:58 PM


tahniah marcella
saya gak yg tertanya-tanya,td kluar masa jln tu rasa sakit kat ari2,pas tu rasa ada benda kluar,ingat ker cik p,p toilet check x der pun,x taulah,rasa mcm nak buat upt,tp taku ...


sama la reen pun tgh jeng...jeng...jeng....gak ni......:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by marcella_dccu at 12-10-2005 12:30 PM
ntah laa miau, saya pun tak tahu... miau camne? tak tahu nape tiba2 sedih dan tiba2 mudah nak mengalirkan air mata.. tp sms mak, mak pun suruh berbuka.. tp malu laa.. ingat nak balik... miau kalo s ...



knp pulak nak malu marcella, org pregnant, semua org paham. baby skrg dah 13 weeks.  mmg tak pernah puasa lagi pun. kalau tak larat jgn paksa diri marcella, nanti boleh memundaratkan u.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by azza1 at 13-10-2005 01:58 PM


tahniah marcella
saya gak yg tertanya-tanya,td kluar masa jln tu rasa sakit kat ari2,pas tu rasa ada benda kluar,ingat ker cik p,p toilet check x der pun,x taulah,rasa mcm nak buat upt,tp taku ...



azza dah lambat 11 hari kan, tak pe tunggu sampai 2 - 3 weeks baru check. mmg setengah org lambat sikit nak nampak. insyallah ada rezeki tu azza.  kami kat sini semua tunggu good news dr u.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2005 10:36 AM | Show all posts
morning miau sambung lagi...

minggu 20-24

lakukan senaman ringan utk menjaga kesihatan & meningkatkan tahap tenaga anda. mula fikirkan mengenai pilihan yg ingin anda ambil sewaktu proses bersalin. jika anda melakukan skan ultrabunyi sekarang, anda mungkin boleh mengetahui jantina bayi atau jumlah bayi yg dikandung. bayi anda selalu bergerak & doktor anda mungkin akan memeriksa apa2 kecacatan, plasenta & tali pusat serta mengesahkan tarikh anda akan bersalin. anda mungkin melihat bayi anda menendang, berguling atau menghisap ibu jarinya.;)
anda sepatutnya telah menghadiri kelas antenatal anda sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.099004 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list