CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miau

perkembangan kehamilan...

[Copy link]
miau This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2005 10:41 AM | Show all posts
minggu 24-28

hadiri semua pemeriksaan perubatan anda. masalah spt praeklampsia & gestasi kencing manis berkemungkinan berlaku pada tempoh ini. oleh itu, pastikan anda menjalani pemeriksaan tetap.

kekerapan pemeriksaan sedemikian mungkin ditambah kepada 2 minggu sekali & bukannya sebulan sekali seperti sebelumnya.
anda mungkin menjalani pemeriksaan glukos utk mengesan kencing manis gestasi.
anatomi bayi dibentuk sepenuhnya & imbasan ultrabunyi boleh memeriksa lilitan kepala, jantung, otak & anggota badan. imbasan akan memeriksa sama ada plasenta berada di kedudukan bawah atau tidak & bentuk pelvis & uterus anda.

jika terdapat masalah, anda mungkin diminta menjalani ujian tambahan. kesan regangan kelihatan di perut anda kerana uterus anda meregang disebabkan pembesaran bayi. wanita dgn darah Rh-negatif akan diberikan suntikan rimunoglobulin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


miau This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2005 10:45 AM | Show all posts
minggu 28-29

dlm tempoh ini, anda boleh menggunakan cuti sakit jika perlu. lakukan lawatan ke hospital pilihan anda utk melihat keadaannya & tanyakan doktor anda mengenai pilihan melegakan kesakitan. jika anda menggunakan kaedah melegakan kesakitan secara semulajadi seperti urutan, masanya telah tiba utk mengetahuinya dgn lebih mendalam.

inilah masanya berat badan anda akan naik 50 hingga 60 peratus kerana uterus anda mengembang secara cepat utk menempatkan bayi & jumlah darah anda mula bertambah.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2005 10:54 AM | Show all posts
minggu 29-34

pastikan anda menemui doktor anda. kini pemeriksaan doktor hendaklah lebih kerap drpd 2 minggu sekali kepada seminggu sekali.
doktor akan memeriksa air kencing, tekanan darah, berat badan & saiz uterus anda. doktor juga akan memeriksa kedudukan bayi anda.
jika punggung bayi anda menghala ke pelvis si ibu (kedudukan songsang), doktor mungkin memusingkan kedudukannya pada kali ini.

pemeriksaan pelvis juga dilakukan utk menilai bentuk pelvis (samada berbentuk bujur atau jantung atau biasa) utk melihat samada proses bersalin akan berjalan lancar atau tidak. skan ultrabunyi akan dilakukan lebih kerap apabila menghampiri tarikh kelahiran bayi anda.

anda mungkin sukar utk bernafas kerana jumlah darah anda bertambah & uterus menekan abdomen anda.

lakukan senama pernafasan & semak semula nota yg diambil ketika di kelas antenatal. doktor mungkin melakukan satu lagi ujian glukos bagi memeriksa gestasi kencing manis.

sediakan beg yg hendak dibawa ke hospital sekarang - lebih baik bersedia lebih awal drpd terlupa membawa brg2 dlm keadaan terkocoh2 di saat2 akhir. masukkan sesalinan pakaian, kelengkapan dandanan diri, makanan ringan & sebotol air minuman.

jika anda didiagnosis mengalami ekslampsia atau tekanan darah tinggi, anda mungkin diberikan ntihipertensif utk mengurangkan tekanan darah anda.

jika ia berlaku selepas minggu ke-32, anda boleh berbincang dgn doktor samada lebih baik bagi anda diberikan induksi atau menjalani kelahiran sesarean. dlm sesetengah kes, meneruskan kehamilan mungkin membahayakan nyawa anda sendiri.:pray:
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2005 11:01 AM | Show all posts
minggu 34-40

pertambhan berat badan anda telah memuncak & bayi anda mungkin dilahirkan pada bila2 masa sekarang. anda sepatutnya bersedia utk melahirkan bayi anda.
anda mungkin sedang membeli beberapa barangan utk bayi anda di saat2 akhir & mungkin sedang memastikan nama yg bakal diberikan kepada bayi.

doktor anda akan menguji anda bagi bakteria streptokokus kumpulan B dan jika anda didapati positif, anda akan diberikan antibiotik sewaktu kelahiran bayi anda utk melindungi bayi anda drpd jangkitan.

banyakkan berehat pada minggu2 ini kerana anda akan memerlukan tenaga ketika proses bersalin. simpan nombor2 pentingutk dihubungi jika anda perlu segera ke hospital pada waktu malam.

jika anda perlu menjalani kelahiran sesarean atau induksi, anda perlu bersedia & anda mungkin perlu berada di hospital lebih awal.

jika bayi anda didapati dlm keadaan songsang (kaki mengarah ke bawah), anda boleh cuba memusingkannya dgn mengurut abdomen atau baring meniarap selama 15 minit sehari. bagaimanapun, ini tidak semestinya berkesan & tiada guna mencubanya sebelum tempoh kehamilan anda 36 minggu kerana bayi mungkin akan memusingkan dirinya kembali kepada songsang...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2005 11:05 AM | Show all posts
adakah anda sudah melewati minggu 40?

janganlah risau jika bayi anda masih belum dilahirkan. hanya 5% bayi keluar tepat pada tarikh kelahiran yg dijangkakan & kebanyakan doktor menunggu 2 minggu sebelum menganggap suatu kehamilan sebagai amat lewat. drpd risau tidak menentu, gunakan masa yg ada utk bersantai bersama suami atau kawan2. ini mungkin peluang yg terakhir anda menghabiskan masa bersama utk berdua-duaan jika anda akan melahirkan anak sulong.:love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.075186 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list