CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

Wayang Kulit

[Copy link]
 Author| Post time 6-2-2006 10:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2009 08:20 AM | Show all posts
Tok dalang Cina

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Jiwa Eyo Hock Seng sebagai Tok Jogho wayang kulit



HOCK SENG merupakan satu-satunya tok dalang wayang
kulit keturunan Cina yang berjaya mencipta nama di negara ini.




PENGASAS dan Pengarah Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional (Pusaka) Malaysia, Eddin Khoo, 40, pernah berguru dengan tok dalang wayang kulit terkemuka, Allahyarham Abdullah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Dollah Baju Merah di Kelantan ketika berumur awal 20-an.

Menurut Khoo, menjadi seorang tok dalang bukan satu kerja mudah.

"Keseniannya sangat mendalam. Kejayaan sesebuah persembahan wayang kulit sangat bergantung kepada individu bernama tok dalang. Kerana itu seorang tok dalang perlu memiliki pengetahuan tentang segala-galanya - daripada alat muzik, lagu latar, watak patung, fakta sejarah sehinggalah kepada ceritanya.

"Ia seperti one man show biarpun diiringi sekumpulan pemain muzik sepanjang persembahan. Pendek kata, untuk menjadi tok dalang yang baik, anda perlu belajar sejak kanak-kanak lagi kerana anda perlu menguasai kesemuanya," ujar Khoo.

Seorang lagi anak didik Dollah Baju Merah yang memperoleh peluang sebagaimana Khoo ialah Eyo Hock Seng.

"Saya masih ingat arwah tok guru (Dollah Baju Merah) berkata kepada saya, ada seorang pelajar Cina dalam kelompok anak didiknya.

"Tapi beliau sedih kerana sudah tidak ada anak Melayu lain yang mempunyai minat dalam seni ini sebagaimana ditunjukkan oleh Hock Seng.

"Saya juga percaya tok dalang perlu lahir dari Kelantan, bukan kerana loghatnya, tetapi kerana semangatnya," tambah Khoo.

Selepas 31 tahun berlalu, Hock Seng, 54, yang berasal dari Kelantan masih setia memperjuangkan seni wayang kampung itu.

Malah, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini, Hock Seng sedang berehat setelah penat membuat persembahan di Kota Bharu pada malam sebelum itu.

Rambut yang dahulu masih menghitam ketika kali pertama ditemui Kosmo! Ahad semasa membuat persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur tiga tahun lalu kini sudah memutih.

Namun, yang pasti, semangatnya tidak pernah luntur.

"Mak saya juga minat dengan wayang kulit, sebab itu saya dapat mempelajari seni ini dengan senang hati," ujar Hock Seng, berkongsi tentang salah satu rahsia kejayaannya menjadi pakar dalam bidang yang sebelum itu dituani kaum Melayu sahaja.

Di samping restu ibu, kecemerlangannya itu juga diraih hasil usaha gigih dan semangatnya yang tinggi yang bermula sejak usia 12 tahun. Pada ketika itulah beliau menyedari kerjaya sebagai tok dalanglah yang akan diburunya.

"Ayah saya berkebun di kawasan orang Melayu. Saya pula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bechah Kelubi. Jadi saya bermain, membesar dan hidup dengan bercampur dengan orang Melayu.

"Kalau ada persembahan tradisional seperti wayang kulit, dikir barat dan mindok peteri, saya tak pernah lepaskan peluang pergi menonton," kenangnya.


KUMPULAN Wayang Kulit Sri Campuran terus bernyawa dengan kehadiran Hock Seng.

Sejak itu, wajah Hock Seng akan kelihatan di hampir kesemua persembahan tradisional. Bukan sekadar untuk berhibur, Hock Seng menggunakan peluang itu untuk mempelajari dan memahami selok-belok setiap persembahan itu.

Malah, ketika di sekolah, setiap kali guru pendidikan seni meminta pelajar melukis sesuatu di dalam kelas, Hock Seng akan melukis watak-watak patung wayang kulit tanpa dia sendiri menyedarinya.

Melihatkan minat dan kesungguhan yang ditunjukkannya, keluarga Hock Seng tidak teragak-agak untuk membelanjakan sehingga RM5,000 ringgit sebagai modal untuk membeli alat muzik dan kesemua kelengkapan bagi membolehkan beliau membuat persembahan di rumahnya sendiri. Bayangkan nilai wang itu pada tahun 1969!

"Ketika itu saya cuba menarik minat lebih ramai anak bangsa Cina untuk mendalami seni ini. Tetapi memang sukar untuk mereka terima. Mereka tidak berminat," ceritanya.

Semangatnya tidak dipatahkan oleh keengganan teman-teman yang lain untuk turut serta dalam bidang itu. Sebaliknya, Hock Seng terus berlatih di rumahnya.

"Saya kerah kawan dan jiran untuk jadi penonton," ujarnya dalam tawa.

Selepas berusaha dengan penuh komited selama empat tahun, barulah Hock Seng dipanggil untuk membuat persembahan dalam majlis kenduri dan keraian.

Dari situlah Hock Seng mengenali kumpulan dikir barat Sri Campuran.



HOCK SENG menghasilkan sendiri patung-patung wayang
kulit yang dimainkan dalam setiap persembahannya.



Beliau kemudian menyertai lima lagi pencinta seni tradisional daripada kumpulan itu, Daud Md. Sam, 63, Yaacob Dollah, 63, Ismail Jusoh, 54, Mamat Deraman, 63, dan Abdullah Majid, 71. Sekali gus ia mengukuhkan lagi kedudukan Hock Seng dalam jalur seni itu.

Sehingga hari ini, Sri Campuran terus mendapat permintaan untuk membuat persembahan. Sementelah beliau disapa Pak Chu oleh teman-teman di kampung, dikir barat pula memberinya penghormatan dengan gelaran Abe Sapiee Tok Jogho Dikir.

Sri Campuran sudah beberapa kali membuat persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur yang diketahui umum hanya menjemput kumpulan dan individu seni yang berprestij untuk membuat persembahan di sana.

"Kami juga pernah membuat persembahan di Bangkok dan beberapa negara lain. Baru-baru ini kami menerima jemputan ke Perancis dan Jepun tapi terpaksa ditolak sebab tak cukup masa," kata Hock Seng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 12:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 09:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by belanga at 22-6-2009 09:51

Salam. Fluerza, saya nak tambah sikit tentang wayang gedek. Beberapa bulan yang lalu, saya berpeluang berbicara dengan Pak Majid, dalang wayang gedek Sri Asun . Menurut Pak Majid, wayang gedek ialah wayang Siam. Di Thailand, ia dipanggil Nang Thalung.  Nama ' gedek'  itu diberikan oleh pihak kementerian kebudayaan Malaysia beberapa tahun yang lalu. Saya banyak kali nonton Nang Thalung di Selatan thailand dan perhatikan watak2 wayang gedek sama dengan Nang Thalung.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 12:10 AM | Show all posts
wah sebenar nya asal usul Wayang Kulit bagini :-

Mengenai Wayang kulit, di Malaysia itu ada 3 jenis :

Wayang Kulit Kelantan   
Asal dari Thailand (  Nan Yai atau Nan Talung), mengunakan dialet / loghat Kelantan

Wayang Kulit Gedek
Asal dari Thailand (  Nan Yai atau Nan Talung), mengunakan dialet / loghat Kedah

Wayang Kulit Purwo
Asal Jawa , banyak mengunakan perkataan Jawa dan aktif di negeri Johor.

Wayang Kulit Kelantan yg paling besar dan aktif sering mengadakan pertunjukkan dalam dan luar negeri serta sering disiarkan di TV malaysia.

Asal usul Wayang kulit di Malaysia itu wujud sekitar 200-300 thn dulu dan pertama kali dimainkan oleh orang kelantan keturunan siam di istana Sultan Kelantan yaitu Wayang Kulit Kelantan. Kemudian baru wujud wayang kulit Gedek sekitar abad k18 dan terbaru diawal 1900an Wayang Kulit Purwo dari jawa.

Asal Usul Wayang Kulit ? Ini masih lagi dalam perdebatan ... tapi rekod sejarah Cina tenyata paling awal sekitar 150 B.C .. kira2 3000 thn yg lalu pada jaman Hans Dinasti. Dan dipanggil p
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 03:22 AM | Show all posts
Jalinan Kebudayaan Bangkok-Kelantan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2009 03:26 AM | Show all posts
Bunyi macam Wayang Sri Asun dak? Loghat Kedah belah Jitra bunyi laguni ler, mcm orang tua, hahaha...

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 03:31 AM | Show all posts
Style Ligor.... Watak memula keluar tu mewakili seorang Resi (Orang Alim). Kita tengok kat topi dia tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.488483 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list