View: 10716|Reply: 42
|
Persoalan mengenai Aal Muhammad, Ahlul Bayt, Al Qurba
[Copy link]
|
|
Term2 tersebut telah disebut secara eksplicit dalam Quran, namun perbahasan mengenainya, definisi terbaik mengenai adalah adalah pelbagai.
Adakah rumus Aal Muhammad=Ahlul Bayt=Al Qurba?
Minta sesiapa boleh memberi penjelasan dan penerangan dlm hal ini.
Jazakallahu khairan katsiran. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 2005/10/10 15:52
Term2 tersebut telah disebut secara eksplicit dalam Quran, namun perbahasan mengenainya, definisi terbaik mengenai adalah adalah pelbagai.
Adakah rumus Aal Muhammad=Ahlul Bayt=Al Qurba?
Minta ses ...
[23] (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): Hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) didalam kekerabatan(ku) dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 2005/10/10 15:52
Term2 tersebut telah disebut secara eksplicit dalam Quran, namun perbahasan mengenainya, definisi terbaik mengenai adalah adalah pelbagai.
Adakah rumus Aal Muhammad=Ahlul Bayt=Al Qurba?
Minta ses ...
[130] Salam sejahtera keatas keluarga Yaseen. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by salmon at 11-10-2005 11:36 AM
[130] Salam sejahtera keatas keluarga Yaseen.
Siapakah yang dimaksudkan keluarga Yaseen ni? |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Siapakah yang dimaksudkan keluarga Yaseen ni?
(37:130) Salam sejahtera keatas Keluarga Yaseen(Muhammad). |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you salmon dgn avatar cikgu kakashi~cikgu naruto (? betulke) dgn ayat2 yg dipetik dr Quran dan teks Quran dlm bahasa Arabnya sekali.
Saya nak minta pandangan mengenai definasi bagi term2 tersebut, adakah memberi makna serupa, atau berlainan maksud?
Jika ada bolehkan diberi dalil, hadith mengenai hal ini?
Sbb dlm context ayat At Tathir, ada juga yg mentafsir bahawa Ahlul Bayt termasuk para isteri Nabi, and ada juga yg mentafsir dgn memasukkan Bani Hashim, sedangkan tafsiran mengenai hal ini dijelaskan melalui hadith al Kisa yg diriwayatkan dari Ummu Salamah.
Dan ayat Al Mahabbah, dgn menggunakan term Al Qurba?
Masalahnya kewajiban atas umat untuk memberikan kasih sayang kpd Al Qurba, adakah berkewajiban juga ummat utk mengetahui secara eksplicit siapa yg dimaksudkan dgn Al Qurba, atau beri sahaja kasih sayang pada Al Qurba, dan menyerahkan kepada Allah maksud Al Qurba itu sendiri.
Thanks in advance. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks salmon atas penjelasan yang panjang lebar mengenai
1) bab Al Qurba
2) bab Ahlul Bayt
dari kesimpulan yg dapat sy fahami setakat ini menurut penjelasan salmon, bahawa Al Qurba tidaklah boleh disamakan dengan Al Bayt.
Penerangan Al Bayt telah disimpulkan dgn mantap dengan mendatangkan hadith Al Kisa, dari riwayat Ummu Salamh dan Aisyah r.a, dan beberapa hadith lain.
Maka Ahl Bayt = Fatimah r.a, Ali k.w, Hasananain r.a.
Namun atas penjelasan anda salmon, apakah maksud Al Qurba yg telah diterangkan dlm Quran itu?
Siapakah Al Qurba Nabi yg wajib bagi umat Islam memberikan kasih sayang mereka seperti yang diperintahkan dalam Quran? Salmon menjelaskan "Kita umat Islam memang dituntut mencintai Ahl al-Bait Rasulullah sebagaimana juga kita dituntut mencintai umat Islam seluruhnya. Hanya perintah kecintaan ini tidak terletak pada ayat 23 surah al-Syura.".
Jika Surah As Syura:23, salmon mengatakan bahawa perintah kecintaan tidak terletak pada ayat tersebut, apakah definisi Al Qurba bagi pendapat anda mengenai hal ini? Kepada siapakah perintah kecintaan ini perlu ummat salurkan? Kerana ianya penting, telah diwajibkan dan disebut dalam Quran Al Karim.
Adakah Ali, Fatimah dan Hasanain bukan termasuk dalam Al Qurba?
Sedangkan nasab Fatimah bersambung terus kepada Nabi Muhammad sawa.
Nasab Hasanain bersambung kpd Fatimah, Fatimah kepada Nabi.
Ali disebut dalam Ayat Mubahalah, anfusana (diri-diri kami), bermaksud Ali adalah dari Nabi, cuma tidak ada Nabi selepas Rasulullah sawa.
Dan dengan kedudukan mereka ini, adakah mereka bukan Al Qurba? Bukankah Qurba maksud harfiahnya, kerabat terdekat.
Meski dengan mentafsir Al Qurba sebagai keluarga Nabi atau umat Islam secara keseluruhan, Ali, Fatimah dan Hasanain adalah cukup syarat untuk menempatkan mereka dalam golongan Qurba, kerena mereka adalah keluarga Nabi dan juga umat Islam.
Namun jika ada definasi lain mengenai Al Qurba, minta penjelasan/pencerahan dari Salmon dan lelain. Thanx. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Firman Allah Ta'ala dalam surat Al-Syura:23: "Katakanlah (Muhammad) untuk itu Aku tiada meminta upah (bayaran) kepada kamu, (yang Kuminta) hanya kasih sayang terhadap keluarga terdekat".
Pengertian kalimat AL-QURBA (keluarga dekat/kerabat) dalam ayat ini telah ditafsirkan dalam beberapa hadis seperti berikut;
1. Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah di Ghadir Khom: "Sesungguhnya aku meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (As-Thaqalain), Kitab Allah dan Itrahku (keturunanku), dan bahawa keduanya tidak akan berpisah sehingga kelak datang kepadaku di Telaga Haudh."
2. Muslim Ahmad dan Nasa'i telah meriwayatkan dari Zaid Bin Arqam r.a. bahawa katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berdiri menyampaikan khutbahnya di hadapan kami di suatu paya bernama Khom yang terletak di antara Mekah dan Madinah, setelah memuji Allah dan memberi peringatan dan nasihat, kemudian baginda bersabda: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah basyar (manusia) dan aku tidak lama lagi akan menyahut seruan tuhanku, maka aku tinggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (As-Thaqalain); pertama kitab Allah Ta'ala yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya, maka ambillah kitab Allah itu dan berpeganglah padanya". Lalu beliau menganjurkan supaya memberi perhatian kepada kitab Allah dan menggemarinya kemudian sabdanya: "Dan Ahli Baitku, aku peringatkan kamu terhadap Ahli Baitku, aku peringatkan kamu terhadap Ahli Baitku".
Lalu Husain bertanya, "Siapakah gerangan Ahli Bait baginda wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri baginda adalah Ahli Baitnya?" Jawab beliau, "Isteri-isterinya bukan dari Ahli Baitnya, tetapi Ahli Baitnya ialah mereka yang haram menerima sedekah (zakat) selepasnya. Siapa mereka, tanya mereka?" Jawabnya: "Mereka itu adalah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Al-Abbas r.a."
Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata tentang tafsiran ayat ini: "Dan kami tidak mengingkari adanya wasiat terhadap Ahlul Bait dan suruhan berbuat baik kepada mereka, menghormati dan memuliakannya, kerana mereka itu berasal dari zuriat yang suci dari keluarga yang paling suci dan datuk yang paling mulia di atas permukaan bumi dari segala ketinggian, kehormatan dan keturunan". |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adakah Aal Muhammad=Al Qurba=Ahlul Bayt=Al Itrah? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
baik sekali jawapan dari salmon. semoga Allah mengganjarkannya dengan pahala yang besar dari sisiNya. Ini ada sedikit tambahan yang tidak mengubah apa-apa dari posting2 salmon di atas.
--------------
Kesemua Ahli Tafsir Syiah sepakat ayat tersebut turun mengenai Ahlul Bait a.s. ulama2 sunni tidak ketinggalan dalam mempercayai perkara ini. Berikut adalah hadis2 mengenai Ahlul Qurba dalam ayat asy-Syura 23 adalah peribad-peribadi yang sama = Ahlul Kisa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fakhr al-Razi dalam Tafsir al-Kabir setelah menyebutkan kata-kata al-Zamakhshari mengenai Al Muhammad s.抋w mengatakan mereka (ahl qurba) orang yang dihubungkan urusan mereka kepadanya (nabi). Maka setiap orang yang pertalian mereka lebih rapat dan dekat dengan (Muhammad) ialah keluarga nabi dan tidak syak lagi bahawa Fatimah, Ali, Hasan dan Husayn adalah orang yang paling rapat hubungannya dengan Rasulullah s. 慳.w dan keadaan ini telah diketahui dengan dalil aqli dan naqli yang mutawatir. Oleh itu sabitlah bahawa mereka (al-qurba) ialah Al Muhammad.
Begitu juga telah timbul perselisihan mengenal 揳l-Al |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Originally posted by billionaire at 2005/10/14 00:02
salam
baik sekali jawapan dari salmon. semoga Allah mengganjarkannya dengan pahala yang besar dari sisiNya. Ini ada sedikit tambahan yang tidak mengubah apa-apa dari posting2 salmon di atas.
---- ...
Salam!
Ya, tidak lupa juga pada Bill yang banyak memainkan peranan penting dalam Board Nih!! Semoga Allah merahmati dia atas jalan Islam.. Sample Text
[size=-2]p/s Jgn lupa yek blanja makan!!!![size=-2]Sample Text |
|
|
|
|
|
|
|
thanx utk bill, salmon
tapi adakah formula al-Qurba, boleh juga dipakai utk menjelaskan Al-Itrah?
Dlm Quran mentioned pasal Al Qurba, dlm hadith 2 tsaqal menyebut mengenai Itrah, adakah dari sudut definasi, Al-Qurba=Ahlul Bayt=Al Itrah? |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 2005/10/17 16:29
thanx utk bill, salmon
tapi adakah formula al-Qurba, boleh juga dipakai utk menjelaskan Al-Itrah?
Dlm Quran mentioned pasal Al Qurba, dlm hadith 2 tsaqal menyebut mengenai Itrah, adakah dari sudu ...
Ini adalah dialog antara Imam Redha as dengan kalifah al makmun. Perhatikan dan tumpukan perhatian pada dialog ini.
Diolog mengenai pengertian al-Istifa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Kemudian al-Makmun berkata: " Adakah Allah melebihkan al-Itrah ke atas sekalian manusia?" Lantas Abu l-Hasan (a.s) menjawab: " Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah melebihkan al-Itrah ke atas sekalian manusia di dalam Kitab-Nya."
Al-Makmun bertanya: " Ayat manakah di dalam Kitab Allah itu?" Imam al-Ridha (a.s) menjawab:" Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala ummat (di masa mereka masing-masing), (iaitu) satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain " (al-Imran: 33-34) Dan Allah Azza wa-Jalla berfirman di tempat yang lain, ' Ataukah mereka dengki kepada (sebahagian) manusia (Muhammad dan keluarganya) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada mereka itu? Sesungguhnya Kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya mulkan aziman ( al-Nisa: 54) Kemudian Dia berfirman kepada seluruh Mu'minin: " Hai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu [al-Nisa: 59"] Iaitu orang-orang yang disertakan oleh Allah dengan al-Kitab dan al-Hikmah, tetapi mereka (orang ramai) dengkikan mereka (al-Itrah). (Muhammad dan keluarganya) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada mereka itu? Sesungguhnya kami telah memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah berikannya mulkan aziman ( al-Nisa: 54) iaitu taat kepada orang-orang yang terpilih dan disucikan. Lantaran al-Mulk di dalam ayat tadi ialah taat kepada mereka." Ulama berkata: " Beritahukan kepada kami adakah Allah Azza wal-Jalla telah mentafsirkan al-Istifa' (pemilihan) di dalam Kitab-Nya?" Imam al-Ridha (a.s) menjawab: " Dia telah mentafsirkan al-Istifa' secara zahir selain batin pada dua belas tempat."
Pertama: " Firman Allah Azza wa-Jalla: " Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat (al-Syu'ara: 214)" Ini adalah kedudukan yang tinggi, kelebihan yang besar, dan kemuliaan yang tidak ada bandingnya, kerana Allah Azza wa-Jalla maksudkan dengan Al [keluarga],maka Dia menyebutkannya untuk Rasulullah (Saw.)."
Kedua:" Firman-Nya mengenai al-Istifa': " Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait, dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya." [al-Ahzab 33:33] Kelebihan ini tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun. Kerana ianya adalah kelebihan yang jelas."
Ketiga:"Manakala Allah membezakan al-Tahirin [orang yang disucikan] daripada makhluk-Nya, maka Dia memerintahkan Nabi-Nya bermubahalah. Dia berfirman: " Maka katakanlah [kepadanya] kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu "diri kami" dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." [Ali-Imran 3:61] Maka Nabi SAWA telah menjadikan Ali, Hasan, Husain dan Fatimah AS sebagai pertaruhan. Dia telah mengiringi diri mereka dengan dirinya [Nabi (Saw.)]. Adakah kalian mengetahui pengertian firman Allah Azza wa-Jalla ' Anfusa-na wa anfusa-kum [diri kami dan diri kamu]"
Ulama menjawab: "Allah maksudkan diri-Nya." Abu l-Hasan (a.s) berkata: "Kalian telah silap. Sesungguhnya ianya dimaksudkan dengan Ali bin Abi Talib (a.s). Buktinya sebuah hadith telah menerangkan maksud yang sama, seperti berikut:" ...aku akan mengutuskan kepada mereka seorang lelaki seperti diriku [ ka-nafsi]." Iaitu Ali bin Abi Talib. Ini adalah suatu keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain, kelebihan yang tidak boleh dikaitkan dengan orang lain dan kemuliaan yang tidak dapat didahului oleh sesiapa pun kerana diri Ali seperti dirinya sendiri."
Keempat:"Nabi (Saw.) telah mengeluarkan orang ramai selain daripada al-Itrah dari masjidnya sehingga mereka merungut mengenai perkara tersebut. Al-Abbas (a.s) berkata:" Wahai Rasulullah! Anda telah mengizinkan Ali bersama Anda dan mengeluarkan kami! Maka Rasulullah SAWA bersabda:" Aku bukanlah membiarkannya dan mengeluarkan kalian. Tetapi Allah yang telah mengizinkannya bersamaku dan Allah mengeluarkan kalian." Ini adalah penjelasan, sabdanya kepada Ali (a.s), " Kedudukanmu disisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa." Ulama berkata: " Di manakah ayat al-Qur'an mengenai perkara ini?" Abu l-Hasan (a.s) menjawab:" Aku akan membacakan kepada anda al-Qur'an." Mereka menjawab:" Kemukanlah kepada kami."
Beliau berkata:" Firman Allah Azza wa-Jalla: " Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya:" Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat bersembahyang." [Surah al-Yunus 10:87]
Ayat ini menerangkan kedudukan Haruan di sisi Musa (a.s)dan kedudukan Ali AS di sisi Rasulullah (Saw.). Di samping itu terdapat dalil yang zahir di dalam sabda Rasulullah (Saw.) manakalah beliau bersabda: " Sesungguhnya masjid ini tidak halal bagi orang yang mempunyai janabah dan haid, selian daripada Muhammad dan keluarganya." Ulama berkata:" Wahai Abul Hasan, penerangan dan penjelasan ini tidak boleh didapati selain daripada kamu Ahlul Bait Rasulullah (Saw.)."
Imam al-Ridha (a.s) menjawab:" Siapakah yang mengingkari kami di dalam hal ini sedangkan Rasulullah (Saw.) bersabda:" Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya maka sesiapa yang ingin ke kota itu, maka hendaklah ia memasukinya melalui pintunya."
Daripada apa yang telah kami terangkan mengenai kelebihan, kemuliaan, istifa' [pilihan] dan al-Taharah [kesucian] ianya tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun. Dan bagi Allah segala kepujian di atas perkara tersebut."
Kelima:" Firman Allah Azza Wa Jalla: " Dan berikanlah kepada keluarganya yang dekat akan haknya." [Surah al-Isra' 17:26]. Satu keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT bahawa Dia telah memilih mereka untuk ummah. Manakala ayat ini diturunkan kepada Rasulullah (Saw.) beliau telah bersabda:" Jemputlah Fatimah kepadaku," maka ia datang, lalu dia bersabda:" Wahai Fatimah!' Fatimah menjawab:" Labbai-ka wahai Rasulullah. Maka beliau bersabda:" Ini adalah Fadak yang tidak dikerahkan seekor kuda dan seekor unta pun [bagi mendapatkannya], ianya adalah untukku sahaja bukan untuk orang lain. Dan sesungguhnya aku jadikannya untukmu manakala Allah memerintahku berbuat demikian. Maka ambillah untukmu dan anak-anakmu."
keenam: " Firman Allah Azza Wa-Jalla:' Katakanlah: " Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]...' [Surah al-Syu'ara :23]. Keistimewaan ini adalah untuk Nabi (Saw.) di Hari Qiamat dan Al[keluarganya] sahaja dan bukan untuk orang lain. Lantaran itu Allah (swt) telah menceritakan mengenai Nuh (a.s) di dalam kitab-Nya: ' Dan [dia berkata]: Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu [sebagai upah] bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu satu kaum yang tidak mengetahui.' [Surah Hud 11:29]
Dan Allah Azza Wa-Jalla telah menceritakan megenai Hud AS. Dia berfirman: " Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku, maka tidakkah kamu memikirkannya? " [Surah Hud 11:51] Dan Allah Azza Wa-Jalla berfirman kepada Nabi-Nya: ' Katakanlah:" Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]". [Surah al-Syu'ara 26:23]
[ Last edited by salmon at 18-10-2005 02:13 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Allah tidak mewajibkan kasih sayang kepada mereka melainkan Dia telah mengetahui sesungguhnya mereka [al-Itrah] tidak akan berpaling daripada Islam selama-lamanya. Mereka tidak akan kembali kepada kesesatan selama-lamanya. Dan jikalaulah seorang itu mengasihi seorang tertentu tetapi sebahagian keluarganya menjadi musuh kepadanya, maka hati lelaki tadi tidak akan tenteram untuknya. Oleh itu Allah mencipta supaya tidak akan berlaku "sesuatu" di hati Rasulullah (Saw.) terhadap orang-orang Mukminin.
Lantaran itu Dia mewajibkan kasih sayang kepada keluarganya. Sesiapa mematuhi-Nya, mencintai Rasulullah (Saw.) dan menciintai Ahlu l-Baitnya, Rasulullah (Saw.) tidak boleh memarahinya. Dan sesiapa yang meninggalkannya dan tidak mematuhinya dan memarahi Ahlu l-Baitnya, maka berhak bagi Rasulullah SAWA memarahinya. Kerana beliau telah meninggalkan satu fardhu dari fardhu-fardhu Allah. Oleh itu manakah kelebihan, dan kemuliaan yang mendahului kelebihan ini? Allah menurunkan ayat ini ke atas Nabi-Nya (Saw.):' Katakanlah Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku].' [Surah al-Syu'ara 26:23]
Lantaran itu Rasulullah (Saw.)berdiri di hadapan para sahabatnya lalu beliau memuji Allah (swt) dan bersabda:
" Wahai manusia sesungguhnya Allah telah memfardhukan satu fardhu ke atas kalian dan adakah kalian akan melaksanakannya?" Tidak seorang pun menjawab. Maka beliau bersabda lagi: "Wahai manusia, ia bukannya emas, perak, makanan dan minuman."
Mereka menjawab: Kemukakanlah wahai RAsulullah. Lalu beliau membacakan ayat tersebut kepada mereka. Mereka berkata: Ada pun perkara ini, ya. Tetapi kebanyakan mereka tidak melaksanakannya. Allah tidak akan mengutus Nabi melainkan Dia wahyukan kepadanya bahawa beliau tidak akan meminta upah daripada kaumnya kerana Allah Azza Wa-jalla akan menyempurnakan ganjaran para Nabi, Muhammad dan keluarganya. Allah telah mewajibkan kasih sayang kepada kerabatnya dengan megetahui kelebihan mereka yang diwajibkan oleh Allah Azza Wa-Jalla ke atas mereka kerana kasih sayang akan berlaku apabila mengetahui kelebihan mereka. Manakala Allah mewajibkan perkara tersebut, maka ianya wajib ditaati. Lantas sebahagian lain menentangnya. Lalu mereka menjadi kufur kerana memalingkannya dari hadnya yang telah ditetapkan oleh Allah (swt).
Mereka berkata:"Kerabat itu adalah semua Arab dan yang mengikuti seruannya. Di dalam kedua-dua keadaan ini, kita telah mengetahui bahawa al-Mawaddah [kasih sayang] ialah kepada kerabat. Oleh itu orang yang paling akrab kepada Nabi (Saw.) adalah lebih layak untuk dikasihi. Kasih sayang hendaklah diberi mengikut pertalian kerabat.
Orang yang menilai Rasulullah (Saw.) dari segi budi pekertinya dan apa yang dikurniakan Allah ke atasnya untuk kebaikan umatnya di mana lidah menjadi lemah untuk melahirkan kesyukuran kepadanya, tidak akan memusuhinya melalui keturunannya dan Ahlul Baitnya. Mereka tidak menjadikan Ahlu l-Baitnya setaraf dengan mereka seperti kedudukan mata di sisi kepala, kerana menjaga hati Rasulullah (Saw.) dan kasih sayang kepada anak cucunya. Kenapa tidak, al-Qur'an telah menjelaskannya dan menyeru orang ramai kepadanya. Hadith-hadith menetapkan bahawa merekalah Ahlu l-Mawaddah. Merekalah orang yang Allah mewajibkan kasih sayang terhadap mereka dan berjanji ganjaran kebaikan ke atas orang yang mencintai Ahlul Bait kerana sekiranya seorang melakukan al-Mawaddah terhadap mereka secara ikhlas, dia berhak syurga kerana firman Allah Azza Wa-Jalla:" Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh [berada] di dalam taman-ataman syurga, mereka perolehi apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar." [Surah al-Syu'ara 26:22]
Demikianlah Allah memberi berita gembira kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan melakukan amal soleh.
" Katakanlah Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecualikasih sayang kepada keluarga[ku]" [al-Syu'ara 26:22]
Kemudian Abu l-Hasan (a.s) berkata:" Bapaku telah menceritakan kepadaku dari Husain daripada datukku bin Ali (a.s), beliau berkata: Telah berkumpul orang-orang Muhajirin dan Ansar di hadapan RAsulullah (Saw.). Mereka berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda berhak pertolongan untuk perbelanjaan anda, terutamanya daripada rombongan-rombongan yang datang kepada anda. Inilah harta-harta kami bersama 'darah-darah' kami, maka hukumlah padanya dengan sewajarnya. Berilah apa yang anda mahu dan simpanlah apa yang anda mahu dengan senang hati. Maka Allah Azza Wa-Jalla menurunkan wahyu-Nya melalui malaikat-Nya dan berfirman:" Katakanlah :Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku].' Iaitu hendaklah anda mengasihi kerabatku selepasku. Kemudian mereka pun keluar Berkata orang Munafiqin: "Apakah yang mendorongkan Rasulullah (Saw.)menolak apa yang kita bentangkan kepadanya,selain dari menggalakkan kita supaya mengasihi kerabatnya selepasnya! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Ini adalah suatu perkara yang direkakan atau diadakan sahaja.Kenyataan mereka itu besar pengertianya. Oleh itu Allah menurunkan Jibra'il dengan ayat:
"Bahkan mereka mengatakan:' Dia [Muhammad] telah mengadakan-adakannya,maka kamu tidak mempunyai kuasa sedikit punmempertahankan aku dari [azab] Allah itu.Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamupercakapkan tentang al-Qur'an itu.Cukuplah Dia menjadi saksi antarakudan antaramu dan Dialah yang Maha Pengampunlagi Maha Penyayang'. [Surah al-Ahqaf:46:8]
Oleh itu Nabi (Saw.) datang kepada mereka dan bersabda:' Siapakah yang melakukan sesuatu?' Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Sebahagian dari kami telah mengatakan perkataan yang kasar dan kami membencinya. Maka Rasulullah (Saw.) membaca kepada mereka Surah al-Syu'ara 26:22, lantas mereka menangis. Maka Allah Azza Wa-Jalla berfirman:' Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.' [Surah al-Ahzab: 33:56]
Ketujuh:" Firman Allah Tabaraka Wa-Ta'ala:" Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat untuk Nabi, Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah [doa] salam kepadanya."[Surah al-Ahzab 33:56] Orang-orang yang ingkar telah mengetahui bahawa manakala ayat ini diturunkan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah (Saw.): " Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami telah mengetahui mengenai salam ke atas anda. Dan bagaimanakah salawatnya pula? Maka Rasulullah SAWA menjawab:" Katakanlah: Ya Allah limpahkanlah rahmatMu atas Muhammad dan keluarga Muhammad."Adakah kamu berselisih faham [khilaf] mengenai perkara ini?"
Mereka menjawab:" Tidak." Al-Makmun menjawab:" Ini adalah perkara yang tidak ada khilaf lagi. Malah ianya perkara yang dipersetujui umum [ijma']. Al-Makmun menambah:" Adakah anda mempunyai sesuatu yang lebih jelas mengenai Al di dalam al-Qur'an?" Abu l-Hasan (a.s) menjawab:" Ya!". Dia berkata kepada mereka:" Beritahukan kepadaku mengenai firman Allah Azza Wa-Jalla: " Yasin. Demi al-Qur'an yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, [yang berada] di atas jalan yang lurus." [Surah Yasin 36:1-4]. Apakah yang dimaksudkan dengan Yasin?" Ulama menjawab:"Yasin adalah Muhammad (Saw.) dan ianya tidak boleh diragukan oleh sesiapapun." Abu l-Hasan (a.s) berkata:" Sesungguhnya Allah telah mengurniakan Muhammad (Saw.) dan keluarga Muhammad suatu kelebihan yang tidak boleh dicapai oleh sesiapa pun selain daripada orang yang benar-benar menggunakan akalnya. Maka Allah Tabaraka Wa-Ta'ala berfirman: " Salam dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam.[al-Safat 37:79] Dan berfirman:' Salam dilimpahkan atas Musa dan Harun.[al-Safat 37:120] Dan Dia tidak berfirman: Salam dilimpahkan atas keluarga Nuh!. Dan Dia tidak berfirman: Salam dilimpahkan atas keluarga Musa dan salam ke atas keluarga Ibrahim! Tetapi dia berfirman: " Salam dilimpahkan atas Ali Yasin [keluarga Yasin] " [al-Safat:37:130] [Bandingkan ejaan Ilyas di dalam Surah al-Safat:130 dengan Surah al-An'am 6:85 iaitu Ali Muhammad (Saw.)]. Al-Makmun berkata;" Aku telah mengetahui bahawa galian kenabian mempunyai penerangan dan penjelasan di dalam perkara ini."
Kelapan: " Firman Allah Azza Wa-Jalla:" Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, kerabat Rasul....".[Surah al-Anfal:41]
Dia telah menjadikan bahagian kerabat bersama bahagian-Nya dan bahagian Rasul-Nya. Ini adalah perbezaan di antara Al dan Ummah. Kerana Allah telah menjadikan mereka di satu tempat dan menjadikan orang lain di tempat yang lain pula. Dan Dia telah meredhai mereka apa yang Dia redha untuk diriNya. Dan Dia telah memilih mereka untukNya. Justeru itu Dia memulakan dengan diri-Nya, Rasul-Nya, kemudian dhil Qurba (kerabat Rasul) di dalam masalah al-Fai', harta rampasan (al-Ghanimah) dan lain-lain yang diredhai untuk diri-Nya, Dia redha untuk mereka pula.
Dia berfirman: " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang kamu perolehi sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul dan kerabat Rasul......"[Al-Anfal: 41] Ini adalah suatu pengukuhan dan bukti yang jelas bagi mereka sehingga hari Qiamat di dalam kitab Allah yang tidak didatangi kebatilan dari segenap segi kerana ianya datang dari Yang Maha Bijaksana Lagi Terpuji. Adapun pengertian firmanNya: "....anak-anak yatim dan orang-orang miskin...."[Al-Anfal:41] akan berakhir. Kerana seorang anak yatim apabila berakhir keyatimannya, dia tidak berhak menerima al-Ghanimah. Begitu juga seorang yang miskin apabila berakhir kemiskinannya, maka dia tidak berhak menerima al-Ghanimah, malah haram baginya menerimanya. Berlainan halnya dengan bahagian kerabat Rasul (Saw.), kerana ianya berterusan sehinggalah hari Qiamat. Ianya menjadi hak mereka sama ada mereka kaya atau miskin kerana tidak seorang pun yang lebih kaya daripada Allah Azza Wa-Jalla dan Rasul-Nya (Saw.). Lantaran itu Dia menjadikan untuk diri-Nya satu bahagian dan Rasul-Nya satu bahagian. Dan apa yang Dia redhai untuk Diri-Nya, Dia pula meredhai untuk mereka (kerabat Rasul (Saw.). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Begitulah halnya dengan al-Fai'. Apa yang Dia telah meredhai untuk diri-Nya dan Rasul-Nya, Dia juga meredhanya untuk kerabatnya (dhil-Qurba). Sebagaimana Dia melakukan kepada mereka di dalam masalah al-Ghanimah. Dia memulai dengan diri-Nya, kemudian Rasul-Nya dan kemudian Dhil-Qurba. Bahagian mereka diiringi dengan bahagian Allah dan bahagian Dhil Qurba. Begitu juga halnya mengenai "ketaatan" (al-Ta'at). Dia berfirman: " Hai orang-orang yang beriman,taatilah Allah, taatilah Rasulnya dan ulil-Amri di antara kami." [Al-Nisa: 59]
Dia telah memulainya dengan diri-Nya, kemudian Rasul-Nya dan kemudian Ahlu l-Bait. Demikian juga dengan ayat al-Wilayah:" Sesungguhnya pemimpin (wali) kamu hanyalah Allah, RasulNya serta orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka rukuk.''...[Al-Maidah:55]
Justeru itu Dia telah menjadikan ketaatan kepada mereka berserta ketaatan kepada Rasulullah (Saw.) yang diikuti dengan ketaatanNya. Sebagaimana Dia menjadikan bahagian mereka bersama bahagian Rasulullah (Saw.) yang dikuti dengan bahagian-Nya di dalam al-'Ghanimah dan al-Fai'.
Alangkah besarnya nikmat-Nya ke atas Ahlu l-Bait! Apabila datang persoalan mengenai sadaqah, Dia membersihkan diri-Nya, diri Rasul-Nya dan Ahlul Baitnya, maka Dia berfirman:" Sesungguhnya zakat sadaqah itu hanyalah bagi orang-orang yang faqir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat (amil), para muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk (memerdekan) hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." [Al-Taubah:60]
Tidakkah anda mendapati sesuatu mengenai ayat tersebut apabila Dia menjadikan satu bahagian untuk Diri-Nya, seterusnya untuk Rasul-Nya, satu bahagian untuk Dhil-Qurba? Kerana apabila membicarakan tentang sadaqah, Dia membersihkan Diri-Nya, diri Rasul-Nya dan Ahlul Baitnya. Malah Dia mengharamkannya ke atas mereka kerana sadaqah adalah haram ke atas Muhammad SAWA dan Ahlul Baitnya. Kerana sadaqah adalah kekotoran (ausakh) tangan manusia dan ianya tidak halal bagi mereka. Kerana mereka telah dibersihkan daripada segala kekotoran. Manakala Allah (swt)membersihkan mereka dan memilih mereka, Dia meredhai mereka untuk diri-Nya, Dia membenci mereka apa yang Dia benci untuk diriNya."
Kesembilan:" Kamilah Ahlu l- Zikr, yang dimaksudkan Allah di dalam kitab-Nya:" Maka tanyalah kepada Ahlu l-Zikr jika kamu tidak mengetahui." [Surah al-Anbiya:7]
Ulama berkata:" Apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Zikr ialah Yahudi dan Nasara." Abul Hasan (a.s) menjawab:" Maha Suci Allah! Adakah harus sedemikian itu? Jikalau begitu halnya Dia menyeru kita kepada agama mereka (Yahudi dan Nasara)! Ini bermakna agama mereka lebih baik daripada agama Islam."
Al-Makmun berkata:" Adakah kamu sekelian mempunyai penerangan yang lebih jelas untuk menolak pendapat mereka (ulama) wahai Abul Hasan?"
Abu l-Hasan (a.s) menjawab:" Ya! al-Zikr ialah Rasulullah dan kami adalah keluarganya (Ahlu l-Baitnya). Ianya diterangkan di dalam kitab-Nya:" Maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal (iaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan zikran rasulan, (peringatan,perutusan) yang membaca kepadanya ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum)."[Surah al-Talaq:10-11] al-Zikr adalah Rasulullah (Saw.) dan kami adalah ahlinya (keluarganya)."
Kesepuluh:" Firman Allah Azza Wa-Jalla:" Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan...."(Surah al-Nisa:23) Beritahukan kepadaku adakah layak bagi Rasulullah (Saw.) sekiranya beliau masih hidup, mengahwini anak perempuanku, cucu cicit perempuanku.?"
Mereka menjawab:" Tidak." Imam al-Ridha AS berkata:" Beritahukan kepadaku adakah anak perempuan salah seorang daripada kalian layak bagi Rasulullah (Saw.) mengahwininya sekiranya beliau masih hidup?" Mereka menjawab:" Ya."
Imam al-Ridha (a.s) berkata: " Ini adalah satu penjelasan bahawa sesungguhnya aku daripada Ahlinya (keluarganya) dan kalian bukanlah daripada Ahlinya. Sekiranya kalian daripada ahlinya nescaya anak-anak perempuan kalian adalah haram untuk dikahwini dengannya, sebagaimana anak-anak perempuanku diharamkan ke atasnya. Kerana kami daripada Ahlinya sedangkan kalian adalah umatnya. Maka ini adalah perbezaan di antara Al (keluarga) dan Ummah. Kerana Al adalah daripada Rasulullah (Saw.) dan Ummah apabila ianya bukan daripada Al, maka ia bukanlah daripada Rasulullah (Saw.)."
Kesebelas:" Firman Allah Azza Wa-Jalla:" Dan seorang lelaki yang beriman di antara keluarga Fir'aun yang menyembunyikan imannya berkata: Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia mengatakan:"Tuhanku ialah Allah," padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu." [Surah al-Mu'min:28]
Lelaki Mu'min di dalam ayat tersebut adalah sepupu Fir'aun dari sebelah bapanya. Maka Allah menisbahkannya kepada Fir'aun dari segi keturunannya, tetapi Dia tidak mengaitkannya dengan Fir'aun dari segi agamanya. Demikianlah Dia telah mengkhususkan kami dengan Nabi (Saw.) kerana kami adalah dari Al (keluarga) Rasulullah (Saw.). Dan dari segi keturunan, kami daripadanya dan Dia telah mengumumkan kami dengan orang lain dari segi agama. Maka inilah perbezaan di antara Al dan Ummah."
Kedua belas:" Firman Allah Azza Wa-Jalla:" Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya." [Surah al-Taubah:132] Allah telah memberi pengkhususan kepada kami apabila Dia memerintahkan kami berserta Ummah supaya mendirikan soat. Kemudian Dia mengkhususkan kami dari Ummah. Selepas turun ayat tersebut, Rasulullah SAWA datang di pintu rumah Ali dan Fatimah (a.s) selama sembilan bulan dan beliau bersabda:" Kerjakan solat, nescaya anda dirahmati Allah." Allah tidak memuliakan seseorang dari zuriat para Nabi dengan kemuliaan yang dikurniakan kepada kami."
Lalu al-Makmun dan para ulama berkata:" Allah memberi kebaikan kepada anda Ahlu l- Bait. Kami tidak mendapat penerangan dan penjelasan mengenai apa yang kami kabur selain daripada anda, Ahlul Bait (a.s)." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Dan ini adalah dialog yang terbaik untuk dijadikan hujah bagi
ahlul bait=ahlulzikr=alqurba=alitrah |
|
|
|
|
|
|
PeTaLa_LANGIT This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|