CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8529|Reply: 46

ILLITERATE AT 8

[Copy link]
Post time 12-10-2005 08:53 AM | Show all posts |Read mode
tadi tengok selamat pagi malaysia.....sempat tengok kejap jek....ini antara issue nya:

"terdapat 100,000 pelajar di sekolah rendah di antara tahun 2-6 masih tidak boleh membaca...."
kalo anak kita tak leh read by the age of 8, dah kena masuk statistik????:stp::stp::stp:

but overall, all the teachers called saying that in average, student need to know how to read before entering standard 1.....

tadi aku betekak ngan hubby.....( besakler aku ngan dia manjang persidangan parlimen and start la.....ADUN2 nih berhujah)...

aku kata standard 1 is no longer acquiring SKILLS, it starts acquiring KNOWLEDGE. Skills need to be acquired before masuk standard 1. the teachers said, skang standard 1 punya syllabus dah suruh murid menyiapkan satu short karangan....MAK AIII!!!!!:stp::stp::stp:

berbeza ngan zaman kita or zaman mak pak kita, sure kena ada improvement....tok nek kita may be bole baca bila umur 20 ke atas...mak bapak kita boleh baca may be dalam umur 10-12....(kids in 60s)....zaman kita mungkin average boleh baca 7-9 (kids in 80s)...that was more than 20 years back...takkan nak sama????? that is why sekang by the age of8 if u cant read, it is considered illiterate....orang kata bebudak skang super advanve.....sbbkan trend pembangunan pendidikan yang meninggi setiap tahun....ia adalah logic if kita apply geometric/ arithmetic series.....

BIG CHALLENGE FOR MALAYSIAN PARENTS!!!! Malaysia boleh!!!!! (:blah:?????)

:dia:pssstt.....tu lah pasal ramai yang kutuk aku when im sending my doter to kindy at 2 and half year.

[ Last edited by akubest at 12-10-2005 08:55 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2005 09:55 AM | Show all posts
mengenai isu ni, dah lama ekceli. aku pernah berjumpa dgn pelajar tahun 6 yg memang tak boleh nak baca/menulis  dgn proper. masa tu aku buat khidmat pendidikan, sekolah tempat aku pergi  ni mcm ulu sikitlah. so tak tahulah apa yg aku dah buat kat budak tu, 3 bulan lepas tu dia dah boleh menulis, hantar surat kat aku. aku rasa sangatlah gembira sebab aku dpt tolong dia. maksudnya menjadi gak formula yg aku test kat dia.. hehehehehehehehehe...

so, dlm masalah ni, kerajaan should do something la.. belum terlewat nak ajar bebudak ni membaca. nak patah balik, memang tak boleh. kita kena pandang ke hadapan. bagi aku tak ada benda yg mustahil dlm dunia ni. masalah ni memnag jarang jumpa kat bandar besar, tapi kalau pi  sekolah kat kampung/pedalaman.. memang banyak jumpa..

soal nak hantar anak awal pi sekolah, tu terpulanglah.. rezeki masing-masing...yg penting skang, we must help this 100,000 pupil yg tak boleh membaca
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:07 AM | Show all posts
mag tak antar pun  anak mag tadika. mag ajar sendiri kt umah.pun begitu masuk tahun satu anak mag tetap cemerlang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by magdalina at 12-10-2005 10:07 AM
mag tak antar pun  anak mag tadika. mag ajar sendiri kt umah.pun begitu masuk tahun satu anak mag tetap cemerlang.

boleh berkongsi apakah rahsia anda :cak::cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:23 AM | Show all posts
ye ke akubest...ramainye xleh membaca...tak tahu la pulak...

p/s: sama la kita akubest..htq anak kat kindy seawal 3 thn...sbb tahu...memang tak sempat nak ajar seperti mana depa belajar kat taska...lain la kalau memang betul2 ada masa....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by magdalina at 12-10-2005 10:07 AM
mag tak antar pun  anak mag tadika. mag ajar sendiri kt umah.pun begitu masuk tahun satu anak mag tetap cemerlang.


a'a la...mcm mana u blh ajar sendiri anak2 u tu....? mcm neisya sendiri...kerja rumah anak kat taska memang neisya belek....dan kebanyakkan hasil kerja anak2...neisya akan tampal kat dinding dalam bilik depa..juz to encourage la kan...tapi kalau nak mengajar semua..emm...memang tak terdaya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2005 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 12-10-2005 10:12 AM

boleh berkongsi apakah rahsia anda :cak::cak::cak:


Tak de apa-apa rahsia. lebih kurang je ngan apa yg guru ajar. cuma mag terpaksa lebih tegas. Anak pompuan mag memang lasak megalahkan budak lelaki. sukai bermain dan bersosial  tapi kurang fokus pd bab-bab pelajaran. mag tau kalo mag biarkan guru shj yg mengajar dia pasti akan ketinggalan. guru tak punya byk masa utk concentrate pd setiap pelajar.Jadi mag sebagai ibu yg lebih memahami tingkah laku anak mag kelemahan dan kelebihannya. w'pun pada mulanya agak sukar bg mag mengajar anak yg kurang minat dan agak ketinggalan  tapi dgn kesabaran dan kemahuan yg tinggi membuahkan hasil yg baik. masa baru masuk kelas dulu membaca pun tak lepas lagi tapi bila ujung tahun jadi pelajar terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by neisya at 12-10-2005 10:32 AM


a'a la...mcm mana u blh ajar sendiri anak2 u tu....? mcm neisya sendiri...kerja rumah anak kat taska memang neisya belek....dan kebanyakkan hasil kerja anak2...neisya akan tampal kat dinding da ...


utk subjek sains mag buat sama-sama ngan anak sendiri g/rajah,objek kat kertas manilakad dan tampal kt dinding bilik. budak akn jadi seronok dan senang ingat.seboleh bolehnya berkomunikasi ngan mereka dlm BI dengan grammar yg betul.galakkn mereka menonton rancangan BI.Setiap mlm sebelum tido mag akan buat sikit homework utk diaorg buat lepas balik sekolah. balik keja mag check. utk subjek math mag pastikan mereka benar-benar faham ngan konsep bukan main buat sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2005 02:51 PM | Show all posts
kalo aku pon ada masa ... aku pon nak ajor anak sendiri kat umah....

tapinya...aku rasa macam aku tarak bakat la.....

anak aku kat sekolah cekgu kata sungguh patuh..tapi kat umah...mak aiii...degei amat.....makanya aku rasa ku mmg faikl lah bab2 ngajor nih...tapinya cuba tetap cuba.....best gak la...seallunya buat revision apa yang dia dah belajo...so dia pon nak brag dia pandaila...nak nak kalo ko kata ko tak tau......"bukan nap la mummy....sleep!!!!!".....susahla macam nih!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 04:03 PM | Show all posts
dari Utusan Malaysia Online hari ni..

100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) semasa mendedahkan angka itu berkata:

``Tidak guna kita laungkan ingin menjadi negara maju ke hulu ke hilir, untuk melaungkan Wawasan 2020 tetapi terdapat tiga peratus murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

``Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid-murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.''

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Bajet 2006 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bagi sebuah negara seperti Malaysia, kata Mohd. Sarit lagi, keadaan itu tidak seharusnya berlaku.

Beliau merasakan Kementerian Pelajaran tidak melakukan pemantauan sewajarnya terhadap murid-murid sekolah rendah sehingga timbul masalah itu.

Sehubungan itu ahli Parlimen tersebut menggesa agar dilaksanakan program bagi mengatasi masalah berkenaan yang dianggapnya sebagai defisit pendidikan.

Mohd. Sarit juga membangkitkan mengenai infrastruktur pendidikan yang tidak selari di seluruh negara kerana ada sekolah-sekolah yang tidak ada bekalan air, elektrik dan kemudahan lain.

``Apa yang menjadi persoalannya ialah bukan kita tidak mampu, kalau tidak mampu lain cerita. Ini kita mampu, bagaimana keadaan ini boleh berlaku,'' ujarnya.

Sehubungan itu beliau meminta Kementerian Pelajaran menyelesaikan masalah itu dengan segera dengan harapan ia tidak lagi timbul tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 04:14 PM | Show all posts
erk..ramai nye tokleh membaca ek.. susah kalau lambat sgt pandai membaca..nak kejar on reading lagi..nak kejar on english lagi  since skeang subjects maths and science in english kan utk budak darjah 1?

well..aku dulu umur 6 tahun baru belajor ba bi bu..ca ci cu..da di du... aku gi tadika mahal but didn't pick up anything in school.. last2 mak aku yg paksa aku mengeja sambil pegang rotan kat tgn dia.. kekekeke


to those anak2 yg dah besor tp masih merangkak2 nak baca... jgn putus asa.. there's still hope... even thomas edison didn't learn to read until he was eight.. itu pon lepas dia kene tendang dr sekolah sebab restless and he performed poorly.. pas kene tendang baru dia belajjor basoc reading and otherthings from his mom..

err.. moga2 anak2 kite sume jadi anak2  baik bijak dan berguna la hendaknye..tak kire la whether they have to learn it the easy way or the hard way... aminnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 04:15 PM | Show all posts
ini la cabaran utk anak2 kita..

kalau tgk buku2 teks Tahun 1.. memang taraf darjah 4 or 5 masa2 kita sekolah dulu..
so pastikan kita b'sedia bila anak2 memasuki Tahun 1.

kita sbg ibu perlu menjadi pembimbing malah menemani anak2 melalui zaman persekolahan..
kita perlu ambil tahu apa jua aktiviti yg dibuat disekolah..
termasuk menyemak kerja sekolah supaya anak tak ketinggalan..
ibubapa tak boleh mengharap cikgu untuk anak2 b'jaya..

malangnya sbg ibu yg bekerja masa kita mmg selalu terbatas..
tapi cuba la utk mengetahui perkembangan sekolah anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 11:13 PM | Show all posts
...abis camna???...kalau kita antar anak2 kita time umur dorang awal2 lagi orang kata kita perdagangkan anak2 kita...siap tuduh kita nie sick parents lagik...pastu cakap parents cam nie nak show off lebih dari nak pandaikan anak...so...apa hal??...:cak::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 07:35 AM | Show all posts
tapi klu tak salah neisya...pemikiran mcm tu dah berubah....sebab ramai yang dah siap htr anak-anak awal ke kindy...bagi neisya la kan...tak salah..lagipun neisya tgk silibus yang anak2 belajar..tak la berat masa anak2 baru 3,4 thn ni...biasanya..untuk mengenal huruf je...tp bila dah start 5 thn...barulah anak2 akan start membaca...
dunia skrang ni..kalau anak2 kita terlambat...makin jauh la kena tinggal....jadi buat apa nak dgr kata orang kan?
bg neisya..anak2 kita jiwa dan hati mereka bersih...senang je tgk ilmu tu masuk kat diaorang...
seelok2nya...bagi anak2 pandai mengaii Al-Quran seawal 5, 6 thn...insyaAllah..ilmu2 lain senang depa nak kuasai....insyaAllah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 08:29 AM | Show all posts
pada pendapat akulah, masalah yg 100,000 pelajar yg dihiglightkan tu kesnya banyak kat kawasan kampung/pedalaman. jarang aa nak jumpa kat bandar-bandar ni. kita kena tgk faktor yg menyumbang kepada masalah itu. antaranya, kurang guru, tak ada kemudahan tadika, ibu bapa buta huruf, kemiskinan dan bermacam faktor lagi la. so, ni kerja kementerian pendidikan la, do something. jgn duk cakap dan menyalahkan itu ini. ( yg pastinya, cikgu jugak jadi mangsa nanti disalahkan)

alangkah beruntung kita yg berpeluang menghantar anak-anak ke pusat pembelajaran, Insya-Allah bebudak ni tak ada masalah nak membaca. tapi aku kesian anak-anak yg tak ada peluang tu. aku harap adalah budget peruntukan utk program khas kanak-kanak yg tidak boleh membaca/menulis ni. :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by neisya at 13-10-2005 07:35 AM
tapi klu tak salah neisya...pemikiran mcm tu dah berubah....sebab ramai yang dah siap htr anak-anak awal ke kindy...bagi neisya la kan...tak salah..lagipun neisya tgk silibus yang anak2 belajar..ta ...

...bab tu...aku pernah cakap...time anak2 kita kecik nie lah kita kena start ajar dorang ilmu2 nie...bak kata orang...kalau nak melentur buluh..biar dari rebung...tapi...ada setengah2 mak2 kat sini plak berpendapat...toksahlah pressure kan budak2 nie sebab pelajaran nie supposedly to be fun...biarlah time umur dorang kecik gini dorang dok  enjoy main masak2...main ngan tembak2 dorang...bab pelajaran nie tak bley paksa2...kena ikut naluri budak2 tu...tak yah nak cungkil dorangnya potential...biar lah anak2 nie semua bersuka2 and enjoy life...

...ada yang berpendapat...biarlah  bila masuk skolah baru terkedek2 nak blajar...tapi...dorang tak sedar yang ada parents out there yang tak pk macam dorang...anak2 mereka kecik2 dah belajar membaca...mengira...by the time masuk skolah..semua dah tau...walhal anak korang masih terkedek2 lagi nak belajar abc...tak ke nanti budak2 tu lagik rasa pressurised sebab kawan2 dorang dah kenal huruf...dah bley membaca...menulis...walhal dorang satu benda pon tak tau???

...aku tak kata anak2 kita tak bley bersuka ria...bermain2...enjoying life..tapi...tak salahkan kalau dalam kegiatan harian anak2 kita tu kita peruntukkan beberapa jam untuk mereka belajar...methods of learning nie pon terserahlah pada mak bapak...nak antar tuition ke...kumon ke...smart reader ke...terserah koranglah...pressure ke tu??...is that too much for our kids???...adakah dengan berbuat demikian kita dah merampas hak anak2 kita????

:cak::cak::cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2005 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 13-10-2005 08:29 AM
pada pendapat akulah, masalah yg 100,000 pelajar yg dihiglightkan tu kesnya banyak kat kawasan kampung/pedalaman. jarang aa nak jumpa kat bandar-bandar ni. kita kena tgk faktor yg menyumbang kepada ...



Ini kiah mmg setuju.... kebykkannya kanak2 nih dari golongan yg susah hidupnya... kerajaan perlu tgk semula benda2 nih... kita yg mampu bolehlah hanatr anak ke tadika dari umur 2- 6 tahun....  tadika pon boleh tahan mahalnya....sebenarnya kalu hantar anak ke tadika masa 6 tahun pon insyaallah boleh membaca.... tapi tadika kemas kat kg2 tuh sesak... murid nya ramai.....  
masa kiah duduk di salah satu kg yg agak ulu di terengganu dulu, ada inisiatif beberapa org muda mengajar kanak2  membaca di dewan org ramai dan di surau.... alhamdulillah ada kemajuannya... ntah masih ujud lagik ke kelas2 tuh kiah tak berapa psti lagik..

jadi mana2 yg ada masa tuh sehari dalam seminggu tuh kiah harap dapatlah buat kelas sebegini disurau atau masjid kawasan masing2..... kurang2 kalau kita tak dapat menderma harta benda , kita derma ilmu pon sudah sangat berharga.... kiah nih sebenarnya "jeles" dengan aktiviti church di KL nih yg mana gol. profesional kristian bergegas pulang hari sabtu sebab nak mengajar english  dichurch masing2 secara free... siap sanggup fetch student2 yg duduk jauh dari church lagik....

kita sebagai org islam nih rasanya dah patut memriahkan masjid2 kita dgn berbagai berbagai aktiviti ilmu... bukan hanya ilmu ugama tapi ilmu2 lain macam zaman kegemilangan islam dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 08:59 AM | Show all posts
bagi neisya pulak...neisya tak pressure anak2...time kena belajar..depa belajar...klu kita ikutkan depa...emmm..memang la kan...tapi xde la pressure kan anak2...

petang2 still blh main...tgk tv ke pa ke...anak2 neisya...memang suka main playstation...tgk chanel 61 tu memang depa punya minat la...tp semua ni depa buat dan enjoy time ptg2 la kan...
jadi sebenarnya..anak2 kita susah nak rasa pressure..sebab time kat sekolah depa belajar ramai2..drawing ramai...nyanyi la...apa la...memang depa enjoy neisya tgk..sbb bila time ptg abis kerja neisya ngan hubby pergi ambil...mulut depa tak berhenti2 cerita apa depa buat kat t taska....dan selagi anak2 neisya tak komplen depa penat atau apa...neisya rasa depa dah serasi dengan life depa mcm tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 09:16 AM | Show all posts
feedback hari ini


[quote]
Kabinet setuju tambah guru pemulihan

KUALA LUMPUR: Kabinet semalam bersetuju menambah guru pemulihan bagi memantapkan lagi Program Pemulihan Khas murid sekolah rendah bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menguasai 3M atau membaca, menulis dan mengira.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat Kabinet berikutan hasil perbincangan beliau dalam Biro Pendidikan Umno.

揟ugas kita sekarang ialah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memastikan bahawa jawatan itu diisi dan guru ditempatkan di sekolah yang dikenal pasti mempunyai ramai murid yang perlu dipulihkan.

揗alah, Bahagian Pendidikan Khas menerusi Program Pemulihan Khas memang sudah diarah memantapkan lagi program mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 13-10-2005 09:16 AM
feedback hari ini




heharap depa ni buat sunguh-sungguhlah..
seperti kata kiah, memang betul.. kemudahan kat KEMAS memang kurang. bebudak U ni, kalau time cuti semester, rerajinlah buat pro ...
...hehehe eyzlyn...salah..jangan tak salahkan...makan gaji buta jer dorang nie semua...:cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075343 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list