CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitizulfa

Nama anak yg baik & Kekal surname mualaf (merged Muntz, scary_movie)

[Copy link]
Post time 5-10-2005 09:46 PM | Show all posts
AMANDA silap2 dengar macam bunyik ALAMANDA jer hi hi :bgrin: :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2005 06:07 AM | Show all posts
Originally posted by adheq at 29-9-2005 05:08 PM
err... kalau nama anak tak pakai bahasa arab kira boleh ke??


Kita disuruh memberi anak dengan nama yang baik, bukan disuruh beri anak nama arab
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 07:11 PM | Show all posts
Yeah , thats my point , x dpt credit pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 5-10-2005 07:50 PM


salam...

Puteri/Ketua perempuan = Amirah.
Putera/Ketua lelaki = Amir

soalan : adakah terdapat perbezaan antara 'A (ain) dengan A (alif) seperti : 'Asyah dengan Aisyah; minta penjelasan u ...


ejaan rumi tak kisah.. ada jugak org eja Eisyah, Eisya, Aisha, etc.. yg penting ejaan arabnya betul... sebutan yg betul utk nama 'Aisyah/Aisyah ialah - 'A(ain, alif) - I(hamzah baris bawah)- SYAH (syim, ta marbutoh)... ramai org sebut - AI - SYAH...

satu lg, ramai antara kita mempunyai nama dua perkataan seperti khairulnizam, shahrulnizam, amirul hakimi, zainal abidin dan sebagainya.. kita pon panggil dia khairul, shahrul, amirul, zainal... sebenarnya dah jadi tergantung.. khair satu perkataan, an-nizam satu perkataan.. bila sebut khairul, kita menambahkan alif lam kat hujung perkataan khair, sedangkan alif lam itu milik nizam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2005 01:04 AM | Show all posts

Kekalkan surname selepas memeluk Islam

apa pandangan korang kalau seseorg mualaf tu dia kekalkan surname dia.. contohnya org cina atau org putih... Abdullah Choo atau Abdullah Campbell. lepas tu camner pulak kalau dia terasa nak kekalkan surname tu kepada anak dia.. contohnya Roslan Choo bin Abdullah Choo, atau Roslan Campbell bin Abdullah Campbell. adakah salah dari segi Islam? bagaimana pula kalau makna surname tu yg sensitif seperti "Choo" atau "Chu" yg bermaksud babi dlm bahasa cina? ataupun contoh surname org putih spt "crow" yg bermaksud burung gagak.

[ Last edited by Muntz at 23-10-2005 01:06 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2005 07:28 AM | Show all posts
Tukar nama cuma kalau nama tu membawa makna yang tidak baik.  Lain-lain sebab tidak diwajibkan.  Kalau nak tukar itu hak masing-masing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2005 10:01 PM | Show all posts
Nak kekalkan nama penuh dia pun tak ada masalah... tak perlu letak bin Abdullah, tak perlu letak nama Melayu / Arab... asal saja nama itu memberi makna yang baik.. tak kisahlah dalam bahasa apa sekali pun... di dalam agama kita pun tak ada istilah "nama islam", tetapi ada istilah "nama yang baik". Jadi kalau nama Cina dia tu memberikan makna yang baik, boleh lah dikekalkan.

Cuma di Malaysia ni saja yang ada kebiasaan converts menukar nama kepada nama Melayu / Arab dan di bin kan pada Abdullah.. Dengarnya disebabkan tidak mahu berlakunya kekeliruan...

Sebab tu kadang-kadang ada orang cina yang "takut" anak dia masuk Islam kat Malaysia ni sebab takut anak dia "masuk melayu". Sebabnya, kalau dah masuk Islam, nama pun diorang tukar hingga hilang surname, sedangkan kalau diorang masuk kristian, diorang kekalkan nama.
Reply

Use magic Report

Afendio This user has been deleted
Post time 24-10-2005 10:30 AM | Show all posts
saya pun sependapat dengan ibnur dan antiQue..
menurut ustaz2 yg saya ajukan persoalan ini, nama asal seseorang mualaf tak kira apa bangsa pun tak perlu lah di tukar kpd nama melayu atau arab, asalkan makna nama itu tidak menggambarkan keburukkan atau anti islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2005 08:33 AM | Show all posts
org2 Arab pon ramai yg menggunakan kaedah surname esp yg duk belah lubnan, syria, morocco, dan yg duk kat eropah/us... diorg tak guna kaedah sipolan bin sipolan... contohnya, Rafiq Hariri, anak dia nama Saad Hariri... Yasser Arafat, wife dia Suha Arafat..
yg duk eropah/us mungkin utk memudahkan diorg utk tujuan pentadbiran atau isi borang yg biasanya memerlukan surname...
yg belah arab saudi pulak kebanyakannya diorang mesti letak nama keturunan, gelaran atau tpt asal kat hujung skali... contohnya Abd Aziz ibn Faisal al-Saud, anak dia pulak Faisal ibn Abd Aziz al-Saud..
ulama' Melayu yg belajar di Makkah pon ambil kaedah ni.. contohnya Idris Al-Marbawi, Daud Fattani..
orang2 Islam di China pula biasanya akan menggunakan perkataan Ma di depan nama mereka menandakan mereka org Islam.. contohnya, Ma Fuli, Ma Jie, Ma Ruchen... nama asal Laksamana Cheng Ho sendiri ialah Ma Ho sebelum ditukar oleh Maharaja Cina..
jadi kesimpulannya, nama Islam takda format khusus.. satu amalan yg tidak ada asas kat Malaysia ni, bila ada org peluk Islam je, mesti dibinkan Abdullah...
Reply

Use magic Report

riana_butterfly This user has been deleted
Post time 27-10-2005 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 6-10-2005 06:07 AM


Kita disuruh memberi anak dengan nama yang baik, bukan disuruh beri anak nama arab


ooo...betul ke? ingatkan bahasa arab=bahasa al quran=bahasa syurga sbb tu kena bagi nama yg ada makna dlm bahasa arab. pastu ustazah dulu penah cakap...masa perhitungan nanti, selain org2 kaya & pemerintah...siapa2 yg namanya tak ada makna juga akan disoal kemudian. maknanya lamaaaaa sgt kena menunggu 'giliran'.

mmm...sesiapa boleh beri penerangan? nak juga tahu kesahihannya...kalau tak beri kesan -ve....bila riana berkeluarga dan ada anak....confirm nak letak nama mat salleh... amanda, ryan, joachim.....
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 28-10-2005 08:28 AM | Show all posts
Apa yang saya tahu. Boleh berikan apa2 nama. Tapi sebaik2nya cari nama yang memberi makna yang elok dalam kelompok budaya kita as well as tak membawa maksud yang TAK ELOK dalam bahasa ARAB. Sebaik2 nama mengikut turutan

1. Nama yang mempunya maksud yang baik dalam bahasa ARAB, followed by
2. Nama yang mempuyaii maksud baik dalam bahasa ibunda kita dan tak mempunyai maksud yang tak baik dalam bahasa arab.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 6-10-2005 06:07 AM


Kita disuruh memberi anak dengan nama yang baik, bukan disuruh beri anak nama arab


aku setuju dgn ko antik.  dulu wife aku masa nak masuk islam dimalaysia ler....mati mati pejabat ugama suruh dia tukaq nama islam....aku kata tak tukar tak leh ke....pasal nama wife aku dalam bahasa ibunda dia  tu makna yg baik baik jugak.    Tapi pegawai ugama tu kata la kena bubuh nama Islam....aku kata la kat ustaz tu mana ada istilah nama islam....Saidina Abu Bakar seblum dia islam nama dia Abu Bakar (maknanye nama org Arab ler kan).   Tapi besala last last kenala mengalah....kenala bubuh jugak konon konon nama Islam....habih IC ke tukaq, passport kena tukaq, bank details kena tukaq....N ETC.
Aku nak tanyala pada forumers sini...MESTIKAH MUALAF TUKAQ NAMA?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2005 08:54 PM | Show all posts
oh.. maksudnya tak semestinya nama tersebut berunsur "Islam" atau dlm bahasa arab, maka nama tu ialah nama Islam? jadi.. aper2 nama pun boleh pakai asalkan maksudnya baik, tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2005 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by AD8564 at 28-10-2005 04:35 PM

aku setuju dgn ko antik.  dulu wife aku masa nak masuk islam dimalaysia ler....mati mati pejabat ugama suruh dia tukaq nama islam....aku kata tak tukar tak leh ke....pasal nama wife aku dalam bahasa ibunda dia  tu makna yg baik baik jugak.    Tapi pegawai ugama tu kata la kena bubuh nama Islam....aku kata la kat ustaz tu mana ada istilah nama islam....Saidina Abu Bakar seblum dia islam nama dia Abu Bakar (maknanye nama org Arab ler kan).   Tapi besala last last kenala mengalah....kenala bubuh jugak konon konon nama Islam....habih IC ke tukaq, passport kena tukaq, bank details kena tukaq....N ETC.
Aku nak tanyala pada forumers sini...MESTIKAH MUALAF TUKAQ NAMA?


Mualaf tak perlu tukar nama sebenarnya... asal sahaja nama dia tu tidak memberi maksud yang tidak baik...

Di negara lain, jarang diamalkan mualaf tukar nama ni, kalau ada pun ramai yang buat, adalah menambah nama... kebiasaannya mereka mengekalkan nama asal seperti biasa...

Cuma di Malaysia ni dah jadi semacam kewajiban pula untuk menukar nama apabila memeluk Islam... dengarnya untuk mengelak kekeliruan berlaku, perkara ni lebih pada kehendak procedure dan authority, bukan kehendak agama... mungkin ada kebaikannya untuk mengelak kekeliruan dan sebagainya... tetapi keburukannya adalah ramai mualaf seakan hilang salasilahnya... Contohnya ramai orang Cina yang memeluk Islam hilang surname apabila sampai pada generasi kedua dan seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2005 11:33 PM | Show all posts

Kelebihan Menamakan Anak Lelaki 'Muhamad'

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi Anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga?

Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka." Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw." Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah
suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman

"Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad" Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 13-11-2005 05:34 PM | Show all posts
Boleh check tak taraf hadis tu, sahih ke hasan ke dhaif.. Bukan apa senang nak jawab kat org kalau nak keluarkan hadis2 tu nnt..
TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2005 02:29 AM | Show all posts
Berjuta gak org nama muhamamad tp x jadi org baik pun . So kesimpulannya nama tu x penting pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2005 09:00 AM | Show all posts
nama bukannya tiket jaminan untuk masuk syurga... apa jua nama kita yang penting amalan yang kita lakukan itu diberkarti ALLAH dan diterimaNYA serta rahmat daripada ALLAH adalah tiket jaminan masuk syurga..........
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 15-11-2005 09:07 AM | Show all posts
Tapi jangan lupa, nama itu sendiri adalah doa. Muhammad maknanya yang terpuji so sesuaila dengan sifat2 terpuji Nabi MUhammad (S.A.W). So setiap kali kita memanggil nama seseorang itu, samalah seperti kita mendoakannya. Dan kalau tak silap saya, ada hadis yang bermaksud jika seseorang itu dinamakan dengan nama seseorang yang mulia tarafnya di sisi Allah seperti nama nabi, orang alim dsb maka dia akan beroleh kebaikan (ke syafaat?) seperti tuan punya nama tersebut. Tapi tak tau lerr taraf hadis tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2005 09:49 AM | Show all posts
nama anak aku

MUHAMMAD SAIFUL ISLAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.518883 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list