CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MOONkerBULAN

nabi hidir....

[Copy link]
Post time 30-10-2009 03:00 PM | Show all posts
Assalamualaikum....

Saudara sebagai seorang yg berilmu tinggi , tidak saharusnya berkata demikian... siasat dulu.. jgn terus thomah... bg pendapat saya, huruf "La ilaha illallah" ada 12 dan "mu ...
assufi Post at 30-10-2009 10:34
..............amat benar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2009 08:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by paler kembang at 31-10-2009 20:14
Assalamualaikum....

Saudara sebagai seorang yg berilmu tinggi , tidak saharusnya berkata demikian... siasat dulu.. jgn terus thomah... bg pendapat saya, huruf "La ilaha illallah" ada 12 dan "mu ...
assufi Post at 30-10-2009 10:34 AM

Tuan, masalahnya perkara tersebut tiada dalam al-quran dan hadis nabi, kalau setakat pendapat sahaja jangan jadikan satu ajaran baca kitab dalam masjid.  inilah kesesatan umat islam yang nyata, dalam perkara macam ni pun masih nak pertahankan... Hang kena tau, jam diterima pakai dalam dunia arab tahun keberapa setelah kewafatan nabi muhammad.  Zaman nabi orang islam tak kenal jam... habis tu macamana pulak ada perkiraan pelik ni di bawa baca kitab dalam masjid.  Janganlah tak tahu, cuba nak pertahan pulak.

Cuba hang bawa satu ayat quran atau hadis nabi yang ada kaitan dengan 'jam'.  Zaman nabi jarak masa dikira dengan membandingkan lamanya membaca sesuatu ayat quran... macam orang melayu dulu menyebut 'matahari sudah segalah', sebab tiada lagi pemakaian 'jam'.  

Jadi di mana hubung kaitnya 'jam' dengan ayat Quran, 12 huruf dengan 12 jam... lainlah ada ayat quran atau hadis nabi menyebutnya.  Hal macam ni pun hang keliru dan mempertahankan... sebelum tulis pakai otak sama.

Jangan percaya cerita2 rekaan kalau tak ada nas dan dalilnya... cukup setakat tu sebelum hang nak melalut dengan ayat 'mati sebelum mati'... NAK CAKAP HAL AGAMA TAMBAH2 TENTANG KETETAPAN SESUATU KENA ADA DALIL DAN NAS.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 12:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by paler kembang at 31-10-2009 20:14


Tuan, masalahnya perkara tersebut tiada dalam al-quran dan hadis nabi, kalau setakat pendapat sahaja jangan jadikan satu ajaran baca kitab dala ...
paler kembang Post at 31-10-2009 20:09



ulamarmak otak sempit je berfikiran macam tu.....sama macam zaman abbasiyah...takde kajian dan merujuk alquran cuma bergantung kepada tafsir semata-mata...last-last hancur negara...asik bertekak ilmu sapa yang bagus,sapa sesat sapa tak sesat tanpa buat kajian dan pengamalan ilmu.

yahudi maju sebab diorang kaji alquran dan buat kajian sehingga semua dizahirkan...contoh:- bom nuklear...


alquran penuh maksud tersirat dan tersurat,ilmu matematika dan spiritual...sehinggakan titik tu juga mempunyai maksudnya dan ilmunya...ada dalam alquran yang memerlukan kita buat kajian bukan mengharapkan kepada nas dan dalil semata-mata...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 01:00 AM | Show all posts
sikit-sikit nas...sikit-sikit dalil memang ko kena pijak la dengan siyahudi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 09:40 AM | Show all posts
sikit-sikit nas...sikit-sikit dalil memang ko kena pijak la dengan siyahudi tu...
cikepong08 Post at 1-11-2009 01:00


inilah mentaliti umat Islam asyik nak tunggu nas dan dalil..Al Quran mempunyai pelbagai maksud dan penafsiran sehinggakan maksudnya melebihi 7 lapis...kita tak mahu belajar mengkaji dan mengaji sibuk kata dalam Al Quran tak sebut..makanya semua yang Yahudi buat kita kata syirik, khurafat,atau Israilyyat..akhirnya apa jadi? tengokla sains siapa yang kuasai? Umat Islam sebenarnya malas berfikir..semua kena letak pada ulama..pentafsiran Quran akhirnya jadi tafsiran hukum hakam dan kisah sejarah keagungan Nabi sahaja...Isinya tidak dihayati...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 03:59 PM | Show all posts
Sememangnya dalam semua perkara kita harus bersandarkan nas dan dalil, pastu kita qias kemudian kita ijtihat.  Apakah dalam mereka-cipta cerita perihal huruf al-quran itu nak dipertegang-uratkan dengan mempercayai cerita yang memangnya direka tanpa sandaran?. Umat islam apakah ini mempercayai bawaan cerita yang dikaitkan dengan prihal kitab al-quran dari cerita yang tiada nas?..

Aku hanya mempersoalkan dari mana cerita yang mengatakan sebab 12 huruf lailahaillallah dan 12 huruf 'muhammadar rasullullah' (berjumlah 24 huruf) tu adalah sempena dengan 12 jam siang dan 12 jam malam (24 jam). dari mana cerita ini.  Dan ada pula pihak yang amat mempercayainya dan mempertahankan di sini.  Orang macam ni la yang senang sangat di tipu.  Cerita2 rekaan macam ni jangan la dibawa-bawa campur dalam soal akhidah... jangan!... sesat nanti.  

Kita tahu yang ayat al-quran turun melalui wahyu kepada nabi muhammad, kemudian dibaca oleh baginda, baginda menyuruh sahabat yang pandai menulis untuk menulis ayat al-quran.  Setiap sahabat menulis dengan cara tersendiri dan berbeza.  Setelah wafat baginda nabi muhammad, di zaman saidina othman, banyak sahabat yang menghafal al-quran telah shahid, semasa usaha othman menghimpun ayat quran dalam bentuk tulisan, banyak masalah dihadapi sebab tulisan al-quran yang ditulis dalam pelbagai cara dan susah untuk dibaca dengan baik oleh orang arab sendiri.  Maka dari tarikh tersebut huruf-huruf dalam al-quran diolah untuk dieja dengan susunan yang menyenangkan umat islam, maka kemudiannya timbullah 'rasmi othmaniah'.   namun sebelumnya berbagai-bagai cubaan cerdik pandai umat islam menyusun huruf, namun pelbagai masalah dihadapi untuk membacanya.  Ada pihak yang membaca dengan memanjang sesuatu sebutan dan ada sahabat yang membaca dengan pendek, tetapi masalh utamanya ialah huruf yang ditulis ketika itu tanpa huruf vokal.  Sehingga sampai disatu tahap pembaca akan keliru samada nak sebut 'ma', mi' atau 'mu' sebab huruf yang ada adalah 'min' sahaja.  

Seorang sahaja yang mahir dalam huruf2 parsi telah membuat penambahan huruf vokal 'alif', 'ya' dan 'wau' untuk menyenangkan kefahaman pembaca dalam sebutan vokal.  namun masalahnya ialah huruf al-quran menjadi bertambah panjang, sudah tentu menyulitkan dizaman Khalifah Othman di mana perlatan untuk ditulis adalah serba terhad.

Maka kemudian timbulnya susunan baru di mana huruf vokal 'alif' digantikan dengan garisan atas yang dikenali dengan sebutan 'fat'ah', huruf 'ya' diganti dengan garisan bawah (kasroh) dan huruf 'wau' di asingkan dengan huruf asal tetapi dalam bentuk yang sama (dikecilkan) dikenali sebagai 'dhommah',. Susunan begini amat menyenang untuk dibaca, kemudiannya huruf-huruf al-quran dielokkan lagi persesuaiannya untuk senang dibaca dengan sebutan tajwit yang sempurna.  Maka huruf-huruf dalam al-quran telah ditambah dengan pelbagai tanda dan penambahan huruf lain,seperti 'sukun', 'sabdu', 'shaddah' dan banyak lagi.  

Perlu diketahui, semua huruf dan susunan al-quran ini di olah selepas kewafatan nabi muhammad. zaman pemerintahan Khalifah Othman.  

Kemudiannya di zaman khalifah seterusnya di zaman Abasiah, baru umat islam didedahkan dengan jam, 24 jam sehari semalam.  

Maka darimana pulak hangpa nak pertegang urat mengatakan ketetapan huruf dengan waktu tu... dari mana... pakai otak dulu sebelum mengatakan ulamak fikiran sempit.

Apa ulamak yang mereka-reka cerita itu ulamak bagus, minta orang pircaya cerita rekaan ityu bagus. Senanglah hangpa ditipu dengan cerita karut macam ni. Asal sebut ada kena mengena dengan al-quran, huruf pun tak pa la... kemudian dikait pulak dengan benda-benda lain, terus percaya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2009 02:07 AM | Show all posts
heheh ularmak kerajaan......gile duit je...tak berani tegur kerajaan...


sikit-sikit sesat.....semuanya nak disesatkan ilmu tak sampai, nak kata sesat...


masalah ulamak sekarang otak tak berkembang...kalau bagi satu...satu je la yang dapat...xde kajian dan penghayatan mendalam.Tak reti nak explore kepala otak sampai 99%.

tak macam imam syafie...bagi satu 10 dapat...

kalau rasulullah tengok mesti dia geleng kepala tengok ulamak sekarang...lemah sangat-sangat.....


si yahudi tu yg lebih memahami alquran dan hadis...

kalau huruf alif sampai ya itu selepas zaman rasulullah macam mana pula nabi adam itu tahu huruf alif-ya...macam mana pula nabi adam itu tahu kalimah lailahaillah muhammadar rasulullah di pintu syurga?ini kunci syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 02:20 AM | Show all posts
Dekat dunia ni tiada yg mustahil...yang menjadi mustahil adalah diri kita sendiri sebab asyik fikir semua tak boleh.....sampai bila-bila la macam tu je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 02:24 AM | Show all posts
ku kecewa sangat sangat sangat sangat sangat tersangat amat sangat kecewa dengan tahap kemajuan dan perkembangan Islam di Malaysia ni.....Cina India pon menyampah nak dan tak tertarik nak peluk Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 02:57 PM | Show all posts
heheh ularmak kerajaan......gile duit je...tak berani tegur kerajaan...

kalau huruf alif sampai ya itu selepas zaman rasulullah macam mana pulanabi adam itu tahu huruf alif-ya...macam mana pula nabi adam itu tahukalimah lailahaillah muhammadar rasulullah di pintu syurga?ini kuncisyurga.
cikepong08 Post at 2-11-2009 02:07 AM

Maka terserlah lah hang baca kitap mengarut... Janganlah percaya bulat2 cerita yang ditulis.. tanpa usul periksa. Banyak kitap yang ditulis hanya rekaan mengarut. macam kitab tajul muluk, walaupun ada bab yang bagus macam penerangan untuk sembahyang hajat dan sebagainya, dalam kitap tersebut juga ada ajaran sesat mengajar ilmu pelik2 yang bukan ajaran islam, itu bukan agama.. kena asingkan.. dan kulit tajul muluk pun ada gambar lukisan bumi ini di atas tanduk lembu dan lembu tersebut berada di atas seekor ikan nun dan ikan nun pula berada dalam sebuah lautan... ceritanya tidak bersangkut dengan agama... kena banyak belajar lagi, jangan hanya baca sebuah kitab atau belajar pada seeorang guru yang hanya memberi penerangan tanpa bersandarkan sesuatu dijadikan pegangan.   Dalam hal agama tak adatolak ansur, setiap perkara mesti dengan dalil. bukan main2 dengan hanya mendengar dan mempercayai.. itu sebenarnya penipuan belaka.  

Banyak perkara bukan agama dikatakan agama. Sehingga manusia sukarhendak membeza antara pendapat ustaz dengan nas al-Quran dan al-Sunnahyang sebenar.

Kalau sorang ustaz atau Pak Sheikh sekalipun, apabila menceritakan sesuatu mesti bersandarkan dalil, bukan hanya cerita kosong... Kisah nabi adam nampak huruf dan sebagainya, datangnya dari mana, dari kitab mana, siapa pengarangnya dan apa sandarannya dalam cerita itu, kalau hanya dari mimpi penulis jangan percaya.  Nyatakan ayat quran yang menyebutnya... atau hadis yang mengatakannya, (hadis sahih).  

Tolong jangan pertikaikan akan sandaran perkara agama dengan dalil, tolonglah... agama bukan cerita rekaan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:51 PM | Show all posts
bang... saya pengamal budi suci sejati.... juga pengamal lam jalalah... malah beberapa lagi amalan salah satunya kaf40 yang saudara sayapghaib katakan itu...

keilmuwan ini semua adakah abang kata SESAT kerana tiada dalil dan nas dalam Al-Quran...

sekadar bertanya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:20 AM | Show all posts
191# paler kembang

anda pasti?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 02:29 PM | Show all posts
pasti..pasti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.339462 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list