CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18534|Reply: 72

Pengintip Sejuta Dollar - Elie Cohen - Wira Yahudi

[Copy link]
Post time 8-11-2005 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Saya hendak menyampaikan cerita sebagai pengajaran kepada kita semua & menyampaikan kebenaran yang  berlaku di dunia Islam....
bukan memberi sanjungan terhadap   Yahudi atau Isreal...   tetapi  suatu kisah  benar yang  kita boleh  ambil  iktibar...

Pada  penghujung tahun 1950-an , negara Isreal berasa amat terkejut dengan beberapa siri pengintip yang dilakukan oleh kumpulan2 pengintip Arab bagi menghancurkan negara Isreal. Sebagai tindak balas Isreal merancang untuk menghapuskan pusat pengintipan utama mereka iaitu Syria dan Mesir..untuk melakukan misi2 ini Isreal amat memerlukan  pengintip yang  terbaik bukan sahaja  boleh menyamar sebagai org Arab tetapi juga menyusup masuk dalam pucuk pimpinan kerajaan Arab ini...kesemua ini bukan masalah besar kepada Isreal  kecuali identiti tempat lahir.. bagi  melakukan tugas2 ini Pusat pengintipan Isreal " Mossad"  menyambut  cabaran ini  ..  untuk melahirkan pengintip yang berkemahiran tinggi dan  sukar  dikesan oleh pihak keselamatan Arab....   iaitu seorg pengintip Mossad ..ELIE COHEN

Bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2005 11:59 AM | Show all posts
Elie Cohen dilahirkan di Iskandariah, Mesir pada 1924, anak kepada Saul dan Sophie Cohen yang telah berhijrah dari Aleppo, Syria sebelum Perang Dunia 1, Elie telah dibawa dan  tinggal di perkampungan Yahudi di Iskandariah. Elie merupakan pelajar yang pintar  di sekolahnya . Dia melanjutkan pelajaran di  sekolah tinggi Perancis dan seterusnya di Farouk Universiti. Apabila negara Isreal mula  dibentuk ,  keluarga beliau berhijrah  di sana   dan  beliau  bekerja di  kedai  buku sebagai jurujual  kemudiannya  menyertai  Mossad. Apabila berlaku Gerakan Suez  pada  tahun 1956..  di  mana rakyat Mesir berlaku  kejam terhadap masyarakat  Yahudi..     beliau terlibat  dengan beberapa  siri  pengeboman di  Kaherah & Iskandariah   terhadap  kerajaan Mesir  dan  berjaya melepaskan diri  dari  ditangkap oleh polis Mesir...ini  kejayaan pertama  beliau sebagai  pengintip Mossad...
Kejayaan tersebut  menyebabkan beliau dipanggil oleh Kementerian Pertahanan Isreal  untuk melaksanakan  misi   yang  lebih  besar & memandangkan  wajahnya seperti org Arab &  memahami  budaya & adat  resam  org Arab ...beliau ditugaskan mengintip  di  negara Syria...

Bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2005 12:57 PM | Show all posts
Interesting. Another link on the topic:

http://www.sefarad.org/publication/lm/043/10.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2005 06:43 PM | Show all posts
Tugas utama Elie ialah membuat banyak  hubungan kawan di Jerusalem di mana ramai ahli perniagaan Syria tinggal di sana terutama di hotel King  David. Mossad hendak menjadi Elie Cohen  ini sebagai seorang arab islam dan  syria ini  membolehkan  beliau menyusup  masuk ke  Mesir dan  ini memudahkan  lagi dirinya masuk ke Syria. Elie Cohen  diberikan latihan untuk  menjadi seorang islam  yang taat pada agamanya  dan menjadi org  Arab syria dengan mempelajari cara adat & budaya arab  di sana seperti mempelajari Al-Quran, Hadith, hukum-hakam islam . Kemudiannya  identitinya ditukarkan kepada Kamel Amira Tabet.
  
Melalui identiti baru ini akan menjadikan  beliau sebagai seorang usahawan tekstil Syria   yang  berhijrah  di Argentina, kemudian pula  menjadi agen pelancongan. Perancangan pengintipan Mossad  ini dirancang bersama KGB ini membolehkan  beliau menyusup masuk Syria lebih  cepat tanpa  perlu masa  yang  lama. Sebelum ini  beliau menjalani latihan intensif   bagaimana hemdak menterjamahkan kod-kod rahsia dan menghantar kod2 tersebut  dalam bentuk mikro-fotograf dan radio tranmission.

Tindakan seterusnya ialah membuat hubungan rapat dengan masyarakat Syria di Argentina, dengan bantuan kewangan daripada Mossad membolehkan beliau menganjurkan kegiatan amal dan derma di kalangan Arab yang tinggal Argentina.  Ini  membolehkan  nama beliau  terkenal sebagai  seorang pemurah dan  terkenal  di kalangan org arab   dan  dia juga mula membuat hubungan persahabatan  dengan beberapa org pengawai Syria di  Kedutaan Syria di Argentina

Bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2005 08:32 PM | Show all posts
Setelah menjadi  terkenal dan popular di  kalangan masyarakat Arab  di Argentina,  membolehkan Kamel (Elie Cohen) menjadi sebagai ahli parti Baathist  dan  membuat hubungan rapat dengan masyarakat di  Syria pulak. Beliau terkenal dengan sikap pemurah dan  kegiatan amal serta memusuhi Isreal. Pada  tahun 1962,  beliau memulakan menjalani pengintipan ke atas Syria,  di mana beliau diarahkan oleh  Mossad pergi  ke Damsyik.

Semasa di Damsyik, Kamel (Elie Cohen) banyak  menderma untuk  menampung kegiatan amalnya. Peranan ini memudahkan tugasnya untuk  melakukan pengintipan. Perbuatan Kamel tu  sukar  dikesan oleh pihak keselamatan Syria. Bagi  melicinkan operasinya,  beliau menjadi seorang ejen perkahwinan  di salah sebuah firma di Damsyik. Dalam  masa yang  singkat beliau mempunyai ramai kawan  terutama dari golongan peniaga dan usahawan Syria. Bagi  mengelakkan kegiatan pengintipan dikesan beliau  berkahwin  dengan seorang gadis islam.
Beliau  diberi  peluang untuk  mengadakan ceramah dalam Radio Damsyik dalam program Spanish. Rancangan ini  begitu digemari oleh masyarakat Syria dan ini  membolehkan beliau mendapat maklumat2 dari Kementerian Penerangan Syria. Peluang ini digunakan sebaik2nya oleh  Kamel, ini membolehkan beliau  berkenalan dengan pengawai2 dan  menteri serta org berpengaruh di Syria.

Bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 02:55 AM | Show all posts

salam..

i admire the effort made by those MOSSAD - i like espionage type of story - - tapi, ni tapi long term effort, kesabaran tu i really admire - ingat SAIDINA ALI pernah berkata

" Kebenaran yg mutlak pun boleh kalah dengan perangcangan  batil yg tersusun " so kita kena  berusaha dan menjadi lebih baik- wassalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2005 09:18 AM | Show all posts
Tokok dan tambah: Elie Cohen

He is a super spy  and highly regarded by the intelligence community as on of the best  Mossad operatives.
He has super memory and during his younger days in Alexandria he trained himself to memorised cars plate numbers that passed his apartment.
He traded in antique furnitures in Damascus and shipped them to Argentina. He smuggled secret microfilms through concelled cavity in the furnitures.
Managed to infiltrate the Syrian Defence Ministery and offered the Isreal Defence Intelligence on silver plate the Syrian militery information on the disposition of Syrian army, air defence and the fortification of the Goland Height.
He was arrested by the Syrian secret service with the help of the Russian while tranmitting radio signal in his apartment.
He was condemmed by public hanging and brodcasted to Isreal by Syrian tvs
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 01:03 PM | Show all posts
berape banyak sambungan daaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2005 03:01 PM | Show all posts
Citer ni agak  panjang  aku cuba ringkaskan ajer
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 07:31 PM | Show all posts
kalau sapa sapa penah tgk cerita The Impossible Spy (ditayangkan tahun 1987)...that film is depiction on his story


[ Last edited by AzusaFuyutsuki at 9-11-2005 02:34 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2005 09:54 PM | Show all posts
Penghantaran maklumat ke  Isreal  melalui transmission  radio  di  rumah  Kamel, secara ni agak  bahaya kerana disimpan di rumah lambat-laun akan diketahui  jugak  ini  tidak disedari  oleh kamel  sendiri. Kerana asyik menghantar maklumat  Isreal  serta yakin sendiri tidak  digugat  oleh  sesiapa. Beliau tidak menyedari bahawa diekori oleh perisik2 Mesir. Perisik  Mesir mengetahui Kamel melalui rakan sedarjah  Kamel berbangsa Mesir  yang  bersekolah dengannya 30 tahun  yang  lalui . Maklumat2  yang dihantar oleh Kamel  disiarkan dalam majalah Voice of  Isreal menyebabkan pihak  perisik Syria mensyaki   ada org  dalam membocorkan maklumat kepada Isreal.

Ketegangan  dan  syak-wasangka telah  menyelubungi kerajaan Syria di Damsyik. Kamel menyedari  akan  hal  ini dan keadaan bertambah rumit dengan identitnya diketahui oleh  org lain. Pihak Mossad tidak berbuat apa2  tindakan utk menyelamatkan Kamel  kerana yakin keadaan  akan pulih   walaupun  keadaan bertambah genting.  Tanpa pengetahuan Kamel, tentera Syria telah  menghantar  pasukan perisiknya utk  mensabotaj ke atas  Isreal. Setelah diselidik oleh  tentera Syria, didapati ada  perisik  di dalam pucuk pimpinan Syria. Pada suatu pagi, Kamel  seperti biasa menghantar maklumat  ke Isreal di villanya  telah  diberkas  oleh unit risikan Syria   dipimpin oleh  Kolonel Ahmed Swidani.

Dengan  sekelip  mata sahaja berita penangkapan Elie Cohen atau Kamel telah  tersedar luas terutama dari  Radio Damsyik yang mengatakan bahawa Kamel adalah perisik Isreal,  berita ini memeranjatkan seluruh rakyat  Syria . Org yg  paling bimbang ialah Presiden Syria sendiri kerana baik dengan Kamel  dan  takut kedudukan  tergugat  kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2005 11:02 PM | Show all posts
dah abis ke..takde ayat' bersambung lagi' tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2005 10:51 AM | Show all posts
pengintip sejuta dollar bunyi macam six million dollar man pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2005 11:11 AM | Show all posts
Masih ada  lagi  sambungan tu ....  last  punya...
mengapa beliau dipanggil pengintip sejuta dolar...
tunggu  ler kemunculannya...
malam ni  aku wat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2005 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 11-11-2005 11:11 AM
Masih ada  lagi  sambungan tu ....  last  punya...
mengapa beliau dipanggil pengintip sejuta dolar...
tunggu  ler kemunculannya...
malam ni  aku wat....


GX! I am going to stay late tonight just  want to know the happy ending.
Mossad ni memang licik dan jangan kita sangka di Malaysia ni tak ada operativenya.
Satu cara yang senang ialah dengan memberi rasuah kapada locals untuk memdapatkan rahsia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2005 08:44 PM | Show all posts
Bagi  menyelamatkan Elie Cohen  dari tahanan, kerajaan Isreal  cuba membawa  kes  ini  ke  mahkamah  agar dapat membebaskan  beliau.  Kerajaan Isreal mengambil 2  peguam  dari  Perancis iaitu Batonnier Paul Arrighi  dan Mai'tre Jecques  bagi  membela  Ele Cohen tetapi kerajaan Syria tidak  membenarkan  peguam ini  memasuki Syria.  Kerajaan Syria  bertindak  menjatuhi hukuman mati  ke atas Elie Cohen  & 2  org Syria  didakwa bersubahat.

Dalam keadaan senyap2  kerajaan Isreal  menawarkan pertukaran dengan kerajaan Syria iaitu  wang berjumlah  sejuta dolar & 10 org ejen Syria yang  ditahan. Tetapi  kerajaan Syria tetap  dengan pendiriannya utk   meneruskan hukuman ke  atas Elie   dan  mempercepatkan hukuman  ke atasnya kerana dikhuatiri rakan2 ElieCohen yang  berada  dalam kerajaan akan membelot dan membebaskannya bagi menjaga kepentingan dan  kedudukannya.

Pada 18 May 1964, Elie Cohen dan 2 org  Syria di gantung sampai  mati  di khalayak ramai  di  Damsyik. Mayatnya dikebumikan di  Damsyik selepas tghari  dan  tidak  dibenarkan bawa balik  ke Isreal. Ada juga  sumber berpendapat mayat  Elie Cohen tidak  dibenarkan dibawa balik ke Isreal  kerana dia didera dengan teruk sekali  dan  juga dikatakan tubuh Elie telah dikerat-kerat terlebih  dahulu sebelum  digantung.
  
Tidak  pernah terjadi di dalam sejarah  dunia perisikan ketika itu, sebuah negara sanggup  menawarkan wang sejuta dolar  utk menyelamatkan seorg  perisik dari  dihukum mati.  Oleh  itu  beliau dipanggil pengintip sejuta dolar....

Walaupun Elie telah  dihukum mati dan ada yang  berpendapat bahawa dia seorg pembelot, pengkhianat dan  sebagainya  tetapi ada  juga beranggapan Elie ini adalah seorg wira di mana beliau telah berjaya menghancurkan sebuah kerajaan. Dengan kejayaan Elie Cohen merisik Syria dan  negara  Arab menyebabkan Isreal menang dengan mudah di dalam peperangan pd  1967 iaitu " Perang Enam Hari" yang mana Isreal dapat mengalahkan  7 negara Arab dalam masa 6 hari  sahaja ini  memalukan dunia Arab  dan  Islam...


TAMAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2005 08:50 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 11-11-2005 07:21 PM


GX! I am going to stay late tonight just  want to know the happy ending.
Mossad ni memang licik dan jangan kita sangka di Malaysia ni tak ada operativenya.
Satu cara yang senang ialah dengan  ...



Sapa kata  tadak operative Mossad kat  Malaysia  ni...  bukankah   Singapura pusat  operasi Mossad di  Asia Tenggara....penasihat pertahanan Singapura ialah  Isreal...
ejen CIA  &  Mossad  bukan terhad  pada org Barat  ajer..  tapi dah global...
ko  tau gaji perisik CIA  ni berapa?  rasa2  nya ..  1  juta dollar  setahun ...mungkin   lebih kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2005 09:28 PM | Show all posts
Tread ini munkin bolih di tokok lagi dengan cerita-cerita Mossad saperti:

1.Penculikan Eichmann, pejenayah perang nazi, yang lari ke Argentina dan dibawan ke Isreal  untuk pendawaan.
2.Pencurian Mig-21 Iraq pada tahun 1966.
3. Penyeludupan missile boats di limbungan Cherbourg, Pranchis tahun 1969.
4. Pencurian 'Blue-prints' Mirage III di Switzerland.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2005 09:29 PM | Show all posts

salam..

kehidupan those yg involve dgn espionage ni lebih kurang apa yg kita lihat citer BOURNE IDENTITY, ker? sebab citer dier i nampak real jugak ...and off shore account, bank kat Switzerland tu mmg classic ker? just interested nak tahu jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2005 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 11-11-2005 08:28 PM
Tread ini munkin bolih di tokok lagi dengan cerita-cerita Mossad saperti:

1.Penculikan Eichmann, pejenayah perang nazi, yang lari ke Argentina dan dibawan ke Isreal  untuk pendawaan.
2.Pencuria ...


:cak:  Tapi yg  paling  menarik adalah  ada  tokoh2  di  negara ini  dikaitkan   sebagai ejen  CIA...  dan  juga telah masuk  dalam pentadbiran  negara, media dan  parti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.361762 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list