CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Wau

[Copy link]
Post time 23-12-2008 08:37 AM | Show all posts

Malaysia-China Kite Festival 1 Jan 2009

Celebrate first day of 2009 at the Malaysia-China Kite Festival 1 Jan 2009 at Dataran Pahlawan, Melaka.

Lets go colour the Sky...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #180 kitul's post

gambo camping byk kat blog..tp tgh tunggu gambo bengkel layang2 kat camera boss..tak牋upload2 lagi
sabo yer encik kitul..


alahai...
gambo tgh buat layang2 jek yg ade..
budak2 nih semua mmg tak penah ade experience langsung buat layang2..so satu session mmg tak cukup
mebbe nexttime kitorang buat 2 hari punya bengkel..1 hari buat n second 燿ay utk naikkan..

http://www.amanputra.net/gallery/thumbnails.php?album=23
[tgk kat page 2 & 3]

[ Last edited by  ninoZ at 28-12-2008 06:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 06:51 PM | Show all posts
wow...byknyer jenis wau ek....ak tau wat lyng2 krts jer...huhuhu...(itupon bukn leh trbng pon...hehe)
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 04:52 PM | Show all posts
Wau Baling kini dikenali dunia
Oleh Norfatimah Ahmad




Layang-layang lipat boleh dipasang semula kurang lima minit

SETIAP kali menyertai pertandingan di luar negara, Kasmin Mirun, 64, bersama dua lagi anaknya Izani, 32 dan Izamzuri, 26, akan pening kepala kerana terpaksa berhadapan masalah saiz wau yang besar.

Bak kata pepatah - jauh perjalanan luas pandangan. Itu jugalah yang berlaku pada tiga beranak ini apabila kreativiti peserta luar negara yang menghasilkan wau moden yang boleh dipasang siap hanya dalam beberapa minit itu menarik perhatian mereka.


Berikutan itu, mereka mencari idea menghasilkan produk yang hampir sama, tetapi tidak sama sekali mahu meniru, sebaliknya mahu menerapkan imej tradisional dan memastikan bahan asas utama dalam pembuatan wau yang boleh dilipat iaitu buluh dikekalkan supaya tidak dilihat terlalu ghairah mengejar kemodenan hingga mengetepikan yang hakiki.

Berikutan itu mereka memperkenalkan wau lipat. Menceritakan idea menghasilkan wau itu, Izani berkata, mereka mula menjalankan kajian dan meneroka idea untuk menghasilkan wau lipat menggunakan buluh dan kertas pada 1994.

“Selepas kajian demi kajian dijalankan, akhirnya kami berjaya mereka cipta wau menggunakan kain organza yang digabung dengan kertas dan buluh tiga tahun kemudian, sebelum tahun lalu menghasilkan wau yang menggunakan fabrik berasaskan nilon yang diimport, selain pencetak skrin sutera (silk screen printer) untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mencetak corak pada wau,” katanya.



Tambah jejaka bujang itu lagi, jika penghasilan sebuah wau mengikut cara tradisi mengambil masa dua minggu, kaedah yang diubah cipta ini dapat menyiapkan wau dalam masa tiga hari saja.

Sejak beberapa tahun lalu, kegigihan Kasmin dan anak-anaknya untuk mengkomersiolkan produk kebanggaan mereka itu terserlah apabila sebuah bengkel dibina bersebelahan kediaman keluarga itu di Kampung Seberang Pekan, Baling.

Malah, untuk memberkati hasil usaha mereka selama ini, keluarga berkenaan merangka program untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung berhampiran dengan membabitkan mereka dalam proses jaringan dalam penghasilan komponen wau tradisional.

Bagi menjamin hak ciptaan wau lipat itu kekal milik mereka, Izani mendaftarkan penghasilan wau itu di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo) awal tahun ini untuk mengelak idea itu ‘diciplak’.
Kini, tiga beranak ini boleh tersenyum lebar apabila penghasilan wau lipat itu mendapat perhatian Pelancongan Malaysia yang mula mengikat kontrak dengan mereka sejak 2003 untuk membekalkan wau lipat jenama Wau Baling untuk pejabat cawangannya di seluruh dunia.

Sejak dua tahun lalu, mereka juga mencuba nasib dengan memasarkan wau berukuran antara 18 inci (46 sentimeter) hingga 48 inci (122 sm) di sekitar Pasar Budaya dan seterusnya di KL Sentral yang ketika ini mendapat sambutan menggalakkan.

Suatu hari apabila sempat singgah ke kediaman keluarga itu di Baling, penulis tidak sangka komitmen mereka yang begitu tinggi untuk memperjuangkan permainan dan hasil kraf tradisional negara ini. Boleh dikatakan, di setiap sudut kediaman dua tingkat itu dihias dengan corak dan motif pada wau dengan pelbagai warna menarik.

Paling mengujakan apabila melihat hasil kesabaran anak bongsu keluarga itu, Izamzuri dengan hasil kerja tangannya sendiri apabila berjaya mengukir dan menjahit wau sebesar tujuh meter yang boleh dilipat, dipasang dan diterbangkan di tepi pantai dengan penuh gaya.

Impian Kasmin tinggi melangit

SETIAP kali orang bersorak ketika melihat perlawanan bola sepak, Kasmin Mirun selalu bertanya mengapa hanya kita menyorak mereka dan tidak sebaliknya.

Bermula daripada ketika itu, Kasmin yang kini berusia 64 tahun menekuni seni membuat layang-layang atau wau pada 1974. Tanpa mempedulikan persepsi serong sesetengah orang, daripada zaman mudanya Kasmin membuat layang-layang secara sambilan selain cuba memahami erti layang-layang.

Usahanya kini berbaloi kerana beliau bersama dua lagi anaknya, Izani, 32, dan Izamzuri, 26, kini sentiasa mendapat tepukan dan sorakan setiap kali bertanding atau memenangi pertandingan layang-layang sama ada di dalam atau luar negara.

“Sebelum ini, biasalah ada orang yang anggap bermain layang-layang hanya membuang masa,” kata pesara guru berasal dari Banting, Selangor itu, sambil diakui isteri tersayang, Azizah Mohd Noor yang juga pesara guru.

Kasmin tahu ada sesuatu yang boleh membanggakan dengan menekuni usaha membuat layang-layang, dan hasil usaha gigihnya itu dituai beberapa tahun kemudian.

Siapa sangka dengan hanya layang-layang Kasmin menjadi duta khas dan menjelajah ke serata dunia sebagai wakil negara memperkenalkan seni permainan tradisional Melayu, malah turut mendapat kepercayaan menyampaikan ceramah kepada penuntut universiti luar negara.

Manisnya pengalaman Kasmin sepanjang perjalanan kerjaya sambilannya itu apabila dua anak lelakinya itu turut mewarisi bakatnya. Lebih membanggakan apabila anak muda generasi kedua dalam keluarga itu tampil lebih kreatif apabila berjaya menghasilkan inovasi baru dalam pembuatan wau iaitu wau yang boleh dilipat.

Pelik bunyinya tapi apabila dapat melihat sendiri hasil kreativiti dua beradik ini dengan sokongan Kasmin sendiri, begitu teruja melihat kegigihan mereka mengekalkan seni kraf negara ini.

Tambah menarik apabila keluarga ini bukannya berasal dari Kelantan yang sememangnya sinonim dengan kegiatan menghasilkan wau, sebaliknya tiga beranak ini menetap di Kampung Seberang, Baling, Kedah.

Berjaya dalam pendidikan masing, Izani, lulusan arkitek dari Universiti Hull, United Kingdom, manakala Izamzuri pula lulusan kejuruteraan elektrikal Universiti Malaysia Sabah (UMS), kedua-dua jejaka ini tidak melepaskan peluang mendalami seni pembuatan wau daripada bapa mereka selepas melihat kegigihan Kasmin sejak zaman mudanya lagi.

“Tiada paksaan langsung, malah bapa tidak pernah meminta kami membantunya. Mungkin kerana sejak kecil kami melihat bapa bergelumang dengan buluh, kertas warna, gam, tali dan mengukir serta menyiapkan wau, jadi dengan sendirinya minat itu lahir dalam diri kami.

“Lebih menyeronokkan apabila bapa dapat ke luar negara untuk mempromosi seni kraftangan itu, selain menyertai pertandingan di sana,” katanya.

Info

Jenis wau



Wau tradisional seperti wau bulan, wau kucing dan wau jala budi, manakala setiap negeri juga mempunyai wau tradisi masing-masing, misalnya wau puyuh (Kelantan) dan wau merak (Johor)

Wau barat direka mengikut bentuk bebas seperti bunga, batik dan pelangi

Wau ciptaan dihasilkan berasaskan bentuk haiwan seperti burung, rama-rama dan ular

Sejarah wau

Asalnya permainan tradisi rakyat China

Lagendanya bermula daripada seorang petani yang tertarik apabila melihat topi bambunya melayang ditiup angin.

Permainan itu kemudian diperkenalkan di Malaysia oleh pedagang China berabad dulu dan seterusnya dipopularkan oleh Sultan Melaka kira-kira 500 tahun lalu.

Jenis buluh

Buluh duri

Buluh mata rusa

Buluh pak aur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 23-12-2008 12:30 PM
gambo camping byk kat blog..tp tgh tunggu gambo bengkel layang2 kat camera boss..tak牋upload2 lagi
sabo yer encik kitul..


alahai...
gambo tgh buat layang2 jek yg ade..
budak2 nih semua  ...


dah tengok gambar2 tu.
satu usaha yang bagus

bagi tau bila plak nak buat... so that kita bleh tumpang bagi idea
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 28-12-2008 04:52 PM
Wau Baling kini dikenali dunia
Oleh Norfatimah Ahmad




Layang-layang lipat boleh dipasang semula kurang lima minit

S ...


thanx. good info

[ Last edited by  kitul at 30-12-2008 09:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2008 03:53 PM | Show all posts

Reply #185 kitul's post

hihihi..
u r most welkam
..
dah habaq kat boss next time jemput paksu jek..
by the way... mana nak carik rice paper yg good quality
haghitu depa beli jenih apa tah..senang koyak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 30-12-2008 03:53 PM
hihihi..
u r most welkam
..
dah habaq kat boss next time jemput paksu jek..
by the way... mana nak carik rice paper yg good quality
haghitu depa beli jenih apa tah..senang koyak


saya ada stok gaks kalu untuk afeef ajee.
kat wholesale stationary kat melawati ade jual tapi mahal.
kat kelantan murah.

saya dapat stok dari penang. lenkali bleh pesan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 06:05 PM | Show all posts

Reply #188 kitul's post

ok...lenkali kalau nak pi penang kita kirim eh..
depa juai satu roll ke ikut rim?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 10:10 AM | Show all posts
i think we better be clear on the material dulu. kertas yang digunakan haritu cam mana? maca ni ka?


harga lebih kurang 30 sen sehelai kot. saya beli pon masih kira helai sebab takde lee beli ribu2 lagi. untuk kegunaan sendiri aje. kalu kat KL ni about 50 sen sehelai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 11:07 AM | Show all posts

Reply #190 kitul's post

definitely dak..sebab yg dorang beli haritu surface dia matte sedangkan rice paper patut shiny n mcm coated sket
dulu kat section 2  itm shah alam senang dapat..la tak tau laa tak penah pi lama dah
5 kupang pun ok dah tu dari tak dak langsung...

yg roll tu satu kaler jek, off white..dulu besa tgk kat kedai stationery kat skudai
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 31-12-2008 11:07 AM
definitely dak..sebab yg dorang beli haritu surface dia matte sedangkan rice paper patut shiny n mcm coated sket
dulu kat section 2  itm shah alam senang dapat..la tak tau laa tak penah pi lama  ...


teknik menggunakan kertas layang-layang ni kena 'crumple' terlebih dahulu. tujuannya adalah untuk menghilangkan kerapuhan kertas itu dan memberikan lebih kekenyalan padanya. ia akan sukar koyak berbanding jika tidak di 'crumple'.

jom pi Dataran Pahlawan Melaka sempena Malaysia-China Kite Festival pada 1 Januari dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

JUMPA DI SANAAAAAAAAA....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:17 PM | Show all posts

Reply #192 kitul's post

tau tau.. ayah ajaq dulu buat camtu gak
besa sekali tu..nampak renyuk sangat [sebab tak guna rice paper], kitorang pi serika balik kertas tu..hehehehe

[ Last edited by  ninoZ at 31-12-2008 12:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 31-12-2008 12:17 PM
tau tau.. ayah ajaq dulu buat camtu gak


leh kenalan ngan ayah
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 03:33 PM | Show all posts
dari segi praktikalnya memang betul kertas itu disterika semula bagi mencantikkannya.

keburukkanya pulak, kertas yang disterika akan menjadi rapuh semula dan hilang lilin pada kertas tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 04:05 PM | Show all posts

Reply #195 kitul's post

takde lilin lilinnyer pun..guna kertas majong jek masa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 09:41 AM | Show all posts

Malaysia - China Kite Festival 1 Jan 09, Dataran Pahlawan Melaka

Sebahagian dari layang-layang China yang dipamerkan


Sebahagian dari Wau Tradisi Malaysia (yours truly) yang dipamerkan


Grounded...Keadaan cuaca kurang memuaskan. Kebanyakan layang-layang grounded kerana ketiadaan angin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by kitul at 5-1-2009 09:41 AM


Sebahagian dari Wau Tradisi Malaysia (yours truly) yang dipamerkan


paksu..yg ni yg dok simpan sejak dulu ke atau yg baru buat?
err..assistant tak bawak sekali ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 01:10 PM | Show all posts
ade baru..ade lama...
untuk demonstrasi dan pertunjukan..guna yang lama

tapi untuk pertandingan kena buat baru leee, sebab motifnya berubah2 mengikut ketetapan penganjur
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 03:49 PM | Show all posts

Reply #199 kitul's post

kitul...cuti panjang raya cina nih ade tak aktiviti main/buat layang?

[ Last edited by  ninoZ at 21-1-2009 02:28 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.091156 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list