CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NoorMasri

ANEKA PASTA & LASAGNA

  [Copy link]
Post time 30-10-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 27-10-2005 01:27 PM
eena, kalau tak silap sekarang ni campbells pun ada keluarkan carbonara sauce. rasanya ada dapat free hari tu. tak buat legi.



shida... campbells tu tak baper sedap laa... ari tu dah pernah try... mmg hampeh... try jugak nak modified... pun sama gaks... bau cam ada tengik sket... tak tau derang pakai cheese apa... makan sket jer... pastu dah muak semacam... better try buat sendiri... lagi pueh ati....

add some herbs such as thyme, basil or oregano masa masak sauce tu... lagi power nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2005 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by chempaka_ku at 30-10-2005 09:16 AM
i think whipping cream ni dairy cream macam millac or president cream, yang kalau buka tu boleh jadi pouring cream.....
selalu juga digunakan dalam masakan.......


whipping cream ni bukan yang jenis spray tu ker... ala yang selalu ada kat ice blended coffee bean tu...?? tak tau lak kalu ada whipping cream yang bole digunakan untuk memasak....?? nanti nak kene check... :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2005 09:40 AM | Show all posts
itu whipped cream....non-dairy cream yang main spray-spray untuk decoration dan topping untuk minuman dan lain-lain......vanilla shake topped with whipped cream satu :mll:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2005 09:01 PM | Show all posts
carbonara = fresh cream/whipped cream/full cream milk + cheddar cheese grated + eggs

mmg rich food...sesuai utk anak2 membesar...penuh khasiat....kalau recipe aku bubuh eggs last skali, dah tutup api  ...eggs tu separuh masak ...kalau tak makan dgn sos cili ...mual aku...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 08:04 AM | Show all posts
carbonara ada letak telur kan? pernah tengok rancangan memasak chef wan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 10:19 AM | Show all posts
wah.. dah teruja julie nak try resepi carbonara ni... raya nnt nk try la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2005 01:01 AM | Show all posts
aku baru tanya member aku... dia residence chef kat Raffles Hotel, Spore... dia ada bilang yang carbonara mmg pakai whip cream... and kalu nak pakai fresh milk pun bole jugak tapi kene letak egg white kasi itu kuah pekat... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2005 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by medangtamang at 4/11/2005 01:01 AM
aku baru tanya member aku... dia residence chef kat Raffles Hotel, Spore... dia ada bilang yang carbonara mmg pakai whip cream... and kalu nak pakai fresh milk pun bole jugak tapi kene letak egg wh ...



itu kuah tak bule tambah tipung jagung ka bagi pekat???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2005 07:08 PM | Show all posts

Macaroni N Cheese Puteri Dee

Resipi ini adalah dari sumbangan Puteri Dee (Resipi.Net).  Diana menggunakan sos mushroom PREGO untuk menggantikan tomato puree dan juga letakkan beberapa tangkai hirisan lada padi thai, supaya rasa tidak muak dan pedas sikit.  Selain daging cincang, Diana juga letakkan hirisan cendawan butang.  Inilah hasilnya.  

Kepada kawan-kawan cuba jangan tak cuba sedap nihh... Kalau suka selepas tuang sos putih boleh bakar dalam oven seperti yang Diana buat.





MACARONI AND CHEESE PUTERI DEE

Bahan-bahan
250 g spiral pasta brand San Remo (guna brand San Remo sebab spiral dia kecik-kecik comel so bila masak masih maintain comel)
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
220 g tomato puree brand Du Chef (tin sedang)
400 g daging cincang cap Ramly
250 g cheddar cheese, diparut
2-3 helai bay leaves (yang kering punya)
Rempah oregano
500 - 600 ml susu segar
1 sudu besar tepung gandum

Cara membuatnya.

Sos Merah
1. Rebus spiral pasta ikut arahan kat plastiknya. Bila dah masak, angkat dan toskan sampai kering.
2. Tumiskan kan bawang besar dan bawang putih.
3. Selepas naik bau masukkan daging cincang. Tumis hingga daging jadi putih-putih sikit. Jangan sampai air daging kering.
4. Masukkan tomato puree. Api jangan kuat sangat.
5. Koyak-koyakkan bay leaves masukkan dalam sos. Taburkan rempah oregano. Kacau rata.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
Sos merah ni jangan kering-kering sangat sebab kalau kering sangat nanti rasa pasta tu very dry. Boleh juga gunakan sos spaghetti yang segera tu macam cap prego ke dolmio ke kalau tak tahan masam tomato puree.

Sos cheese
1. Masukkan susu ke dalam periuk atas api kecil.
2. Masukkan terus cheese yang dah shred tadi. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum sesudu tu.
4. Kacau sampai semua cheese cair dan sebati.
Campuran ni jangan cair sangat nanti tak cantik bila dituang atas macaroni.

Ok .. lepas dua dua siap. Sos merah tadi dicampurkan dengan pasta spiral yang dah siap tu. Gaul sampai sebati. Pastu masukkan dalam bekas. Agak-agak dah tuang separuh adunan, tuangkan campuran cheese jadikan ia satu layer atas pasta tadi. Kendian masukkan lagi balance pasta tadi sampai habis. Tuangkan lagi satu layer cheese diatasnya.

Kalau nak lagi mengancam taburkan shredded cheese atas layer atas ni dan bakar sekejap hingga golden. (Yang ni optional ye)

[ Last edited by DianaA at 2-12-2005 08:55 PM ]
Reply

Use magic Report

blue_berry This user has been deleted
Post time 26-11-2005 12:48 PM | Show all posts
uishk...mmg nmpk sedap btul la diana.
blue nk tnye, rempah oregano tu nk letak bape byk?
Reply

Use magic Report

ai_ai_ai This user has been deleted
Post time 26-11-2005 02:43 PM | Show all posts
nampak sedap je
bleh try ni, lebih kurang cam lasagne ye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2005 04:06 PM | Show all posts
tumpang tanyer...resepi ni boleh dapat berapa loyang ek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2005 09:22 PM | Show all posts
diana, resepi ni macam lasagna jugak kan? few weeks ago shida ada buat lasagna for the 1st time. ingat nak cuba nanti le buat macam ni. tapi lasagna sheet ada banyak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2005 04:31 PM | Show all posts
aduii..nampak sedap..ala2 lagsane..

sapa da resepi lagsane yg sedap2 yet mudah di buat..
shidah bak mai la resepi lagsane ko tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2005 05:01 PM | Show all posts
xette
nanti senang aku tepek resepi lasagna.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2005 08:51 PM | Show all posts
Originally posted by blue_berry at 26-11-2005 12:48 PM
uishk...mmg nmpk sedap btul la diana.
blue nk tnye, rempah oregano tu nk letak bape byk?


rempah oregano tu letak dalam 1/2 sudu teh blue berry...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2005 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by ai_ai_ai at 26-11-2005 02:43 PM
nampak sedap je
bleh try ni, lebih kurang cam lasagne ye.


betul tu ai ai ai, macam lasagne cuma guna macaroni saje.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2005 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by Lady39 at 26-11-2005 04:06 PM
tumpang tanyer...resepi ni boleh dapat berapa loyang ek?


lady, boleh dapat 1 loyang 8 x 8 inci...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2005 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 26-11-2005 09:22 PM
diana, resepi ni macam lasagna jugak kan? few weeks ago shida ada buat lasagna for the 1st time. ingat nak cuba nanti le buat macam ni. tapi lasagna sheet ada banyak lagi.


shida boleh gunakan resipi buat kuah dan sos cheese resipi ini dan gunakan lasagne untuk buat layers gitu.  boleh faham tak penerangan diana ni? jadi lapis lasagne sheet, sos merah daging cincang dan sos cheese dan buat seterusnya kemudian bakar...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2005 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by xette at 28-11-2005 04:31 PM
aduii..nampak sedap..ala2 lagsane..

sapa da resepi lagsane yg sedap2 yet mudah di buat..
shidah bak mai la resepi lagsane ko tu..



xette ini dia resipinya

LASAGNE DAGING

Bahan-bahannya
250gm pasta lasagna
500gm keju mozarella -diparut
50 gm keju parmesan -diparut

Bahan Sos Merah
1 biji bawang -cincang halus
250gm daging cincang
1 -2 ulas bawang putih - cincang halus
1 tangkai celery -cincang halus
1 batang lobak -diparut
1/4 cawan daun basil
1 sudu makan oregano

LASAGNA DAGING
1 tin tomato
1/2 tin tomato puree
garam dan lada sulah

BAHAN SOS PUTIH
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
10 biji lada hitam segar
1/4 biji buah pala, tumbuk bersama lada hitam
  

Cara Menyediakan  

Cara-cara membuat sos merah
Tumis bawang dan bawang putih, masukkan daging dan goreng hingga kekuningan. Masukkan tomato dan tomato puree, lobak, celery, daun basil,garam dan lada sulah. Masak perlahan-lahan selama 20minit, sehingga sayur menjadi lembut.

Cara-cara membuat sos putih
Cairkan mentega, taburkan tepung, kacau berterusan, sehingga rata. Masukkan susu, kacau lagi.sehingga pekat dan berkrim.

Cara-cara membuat LASAGNA DAGING
Siapkan loyang pembakar. Senduk sedikit sos merah dan ratakan di loyang pembakar. Masukkan beberapa titik mentega, susun pasta lasagna, dan bubuh sos merah. Taburkan keju mozarella dan mentega.Susun satu jalur pasta lagi, dan ulang proses yang sama, sehingga semua bahan selesai. Lapisan atas,tabur keju mozarella dan parmesan dan minyak zaitun. Bakar selama 20 minit pada suhu 200` C.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.075631 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list