CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26286|Reply: 109

C&P : FAHAMAN WAHABI MENULAR

[Copy link]
Post time 27-11-2005 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Salam, segala yang diberikan adalah C&P dari Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia



Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda

Oleh NAZERI NONG SAMAH


KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.

Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah.

Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.

Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu melakukan ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah dan khurafat.

Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini.

``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain.

``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak kerana ia bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara ini.

Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18 Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.

``Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul Wahab, tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan ekstremnya itu.

``Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di Turki,'' katanya.

Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini.

``Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil pendekatan bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.

``Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain daripada fahamannya adalah bidaah semata-mata,'' ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli sunah wal jamaah.

``Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras khurafat di Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut.

``Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,'' katanya.

Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, pertentangan ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan bijaksana demi kebaikan agama.

``Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan kita dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.



pipi :
1. adakah esok hari (28 November 2005) bakal ada jawapan daripada Mr Asri? ataupun lain-lain insan?.

2.
Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini.


Bagaimana dengan artikel di Saifulislam.com ? Lihat di bawah :
[quote]
copy paste dari web sailfulislam
   ERA OTHMANIYYAH

Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi.

Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah.

Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2005 12:34 PM | Show all posts

Nordin Mat Top dipercayai semai fahaman Wahhabi

Oleh AZIAN AZIZ


KUALA LUMPUR 27 Nov. - Orang paling dikehendaki, Nordin Mat Top dipercayai antara pihak bertanggungjawab menyemai fahaman Wahhabi radikal yang membentuk rangkaian Jemaah Islamiah (JI) di Malaysia, melalui ajaran guru agama Indonesia, Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir.

Abdullah merupakan pengasas JI Indonesia dan Abu Bakar pula penggantinya selepas Abdullah meninggal dunia.

Nordin pula yang merupakan anak murid Abu Bakar bertindak sebagai Operatif Kanan JI.

Nordin yang mengenali Abdullah dan Abu Bakar semasa menuntut dengan Abu Bakar di Serting, Negeri Sembilan dipercayai telah membantu kedua-duanya melarikan diri ke Malaysia dari tahanan pihak berkuasa Indonesia yang ketika itu diperintah oleh Presiden Suharto.

Sumber-sumber perisikan memberitahu Utusan Malaysia, pada awalnya, Abdullah dan Abu Bakar dikesan menyampaikan fahaman tersebut secara sembunyi-sembunyi kepada masyarakat di sebuah surau di Banting, Selangor semasa mengajar kelas agama.

Kata sumber itu, mereka juga mengajar di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung dan pada masa sama mengumpul keahlian JI Malaysia.

``Abdullah dan Abu Bakar kemudian membuka sebuah madrasah agama rendah di Ulu Tiram, Johor pada awal 90-an dan membawa guru-guru agama dari Indonesia sebagai tenaga pengajar.

``Murid-murid di madrasah tersebut pula dikesan merupakan anak-anak kepada ahli JI Malaysia yang datang dari serata Semenanjung,'' kata sumber itu kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendedahkan perkembangan fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah waljamaah yang diamalkan di negara ini sejak turun-temurun. Aliran itu, menurut laporan itu kini semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.

Kumpulan itu menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah.

Difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.

Sumber itu menambah, selepas beberapa ketika, Nordin yang juga anggota JI dilantik menjadi pengetua di madrasah tersebut.

Ujar sumber itu, Abdullah dan Abu Bakar kemudian pulang ke Indonesia selepas kejatuhan Suharto dan madrasah berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Nordin.

``Polis yang membuat siasatan setelah mendapat maklumat mendapati ajaran disampaikan di madrasah tersebut menyimpang dari silibus ditetapkan.

``Siasatan seterusnya memberi maklumat lebih mendalam kepada polis mengenai kegiatan JI di Malaysia sehingga membawa kepada beberapa tangkapan anggota JI.

``Susulan siasatan itu menyebabkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengambil tindakan menutup madrasah tersebut pada tahun 2001,'' jelasnya.

Katanya, Nordin pula berjaya melarikan diri ke Indonesia dan gagal dikesan sehingga sekarang.

Nordin kini sedang diburu oleh pihak berkuasa Indonesia setelah berjaya meloloskan diri daripada satu serangan yang membunuh rakannya Azahari Hussein di Batu, Malang, Indonesia baru-baru ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2005 12:35 PM | Show all posts

Wahhabi jejaskan perpaduan umat Islam - Jakim

PUTRAJAYA 27 Nov. - Fahaman wahhabi jika tidak disekat amalannya boleh menjejaskan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Beliau berkata, Jakim berpandangan serius mengenai penyebaran fahaman ini yang boleh menyebabkan umat Islam bertelingkah dan tidak sealiran pendapat mengenai sesuatu amalan sunat yang sudah diketahui ia biasa diamalkan di negara ini.

Katanya Jakim berpandangan fahaman itu tidak wajar diikuti kerana boleh membawa kepada situasi umat Islam mempunyai pendapat yang berbeza dan terdorong menjadi ekstrimis agama.

Fahaman itu yang dikenalpasti diamal dan disebar di kalangan orang Islam oleh segelintir pensyarah tidak wajar diikuti kerana ia boleh membantutkan semangat kesederhanaan dan ukhwah dalam Islam yang dibawa dan diamalkan sejak Islam bertapak di Malaysia, menurutnya.

Katanya Jakim sedang mengawasi golongan pangamal Wahhabi ini dan sedang memantau kegiatan dan cara fahaman ini disebarkan oleh pengamalnya, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengenai fahaman wahhabi yang dikatakan sedang tersebar meluas di negara ini terutamanya di kalangan golongan intelek Islam.

Menurut laporan itu, universiti tempatan difahamkan telah dijadikan pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakoservatif itu.

Beliau berkata fahaman Wahhabi pada mulanya diikuti secara `sendiri-sendiri' oleh pengamalnya tetapi bagaimanapun ia telah disebar kepada orang lain kerana memikirkan ia `wajar' dikongsi bersama.

Secara ringkasnya fahaman wahhabi ditakrifkan sebagai amalan yang menyifatkan kebanyakkan amalan sunat golongan ahli sunnah wal jamaah yang diamalkan orang Islam di negara ini tidak perlu, katanya.

Amalan-amalan sunat ahli sunnah wal-jamaah adalah di`pantang'kan daripada dilakukan oleh pengikut fahaman wahhabi.

``Tapi bagi kita (Jakim) dan orang Islam yang lain amalan-amalan seperti tahlil arwah, membaca surah Yasin pada malam Jumaat, membaca qunut dan talqin misalnya) tiada apa salahnya daripada segi Islam.''

``Daripada segi Islam, amalan yang diamalkan orang Islam adalah sama ada termasuk di dalam `bid'ah Hassanah' atau `bida'ah Sayyi'ah` maknanya (amalan) baik dan juga tidak baik."

``Yang kita buat hari ini (amalan sunat) baik-baik belaka, tiada apa salahnya,'' kata Mustafa.

Katanya Jakim akan bertegas untuk menyekat daripada tersebarnya fahaman ini bagi mengelakkan daripada perpaduan Islam terancam.

Beliau berkata Jakim telah mengadakan kajian mengenai fahaman ini dan boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang kepada sesiapa terbukti menyebarkan fahaman ini. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2005 11:54 PM | Show all posts
wahabi lagi. tak habis2 dgn wahabi. saya tak pasti dlm masa 10-15 tahun ni wahabi pernah menjadi tajuk utama akhbar. mungkin ini kali pertama. lebih kurang 10 tahun dulu tanah air bising dgn Syiah. semua org bercakap ttg Syiah. buat keluar buku, buat seminar dll. tak tahu pulak saya apa komen kedutaan Iran. skrg ni keluar pulak isu wahabi. tiba2 keluar. kita semua maklum apabila sesuatu isu itu tiba2 dibangkitkan tentu ada something. hari ni baca akhbar baru tahu yg ia rupa2nya hndk dikaitkan dgn keganasan. saya rasa begitu bila baca laporan ttg Noordin Mat Top. mungkin saya silap.

apa pun saya duk tunggu komen kedutaan Arab Saudi. apa kata mereka bila Tokoh Ma'al Hijrah sebut ttg Muhammad bin Abdul Wahhab.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 27-11-2005 06:31 PM
pipi :
1. adakah esok hari (28 November 2005) bakal ada jawapan daripada Mr Asri? ataupun lain-lain insan?.


KATAKAN TIDAK PADA WAHABI

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.

Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 憌ahabi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 11:09 AM | Show all posts
salam

aduhai begitu sedih Asri Zainal Abidin apabila Wahabi dan dirinya dikritik dan (beranggapan) dirinya difitnah: namun bill sangat setuju dengan hampir keseluruhan tulisannya. Pada kesempatan ini bill suka hanya akan memetik beberapa bahagian untuk renungan kita semua:

Para 9 dan 10

[quote]揃enarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-慉li: 揔ebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka匫rang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2005 07:04 PM | Show all posts

Kaji amalan `sunat' elak bercanggah hukum Syafie

Saudara Pengarang,
NEGARA kita secara umumnya mengambil amalan mazhab Syafie, satu kumpulan daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Persoalannya ialah, banyak amalan yang diamalkan di negara ini bercanggah dengan hukum-hukum Syafie itu sendiri.

Sebagai contoh amalan tahlil, kenduri arwah tiga hari, tujuh hari, 40 hari dan sebagainya.

Imam Syafie sendiri mengharamkan perbuatan-perbuatan bidaah. Bidaah adalah perbuatan tokok tambah yang menjadikan amalan rutin sebagai satu hukum. Contohnya, bersalam-salam selepas sembahyang berjemaah. Tidak ada salahnya kita bersalam-salaman selepas solat. Kita boleh bersalam-salaman di mana sahaja tanpa menunggu selepas solat berjemaah. Yang menjadi kesalahan apabila kita mengamalkan amalan salam-bersalaman berulang-ulang sehingga timbul hukum `sunat' selepas solat.

Sama juga seperti kenduri tahlil. Semua sudah maklum, hanya amalan semasa hayat si mati dan doa anak-anak yang soleh sahaja boleh memberi `syafaat' kepada roh si mati.

Segala doa yang bukan daripada ahli keluarga tidak mengubah segalanya sama ada azab atau selesa di alam kubur. Islam itu adil. Bayangkanlah jika doa-doa selain daripada anak-anak diterima, betapa `untung' golongan kaya-raya kerana boleh menggajikan pembaca al-Quran dan doa di kubur-kubur, seperti mana yang berlaku di satu perkuburan mewah di Indonesia.

Kenduri arwah hakikatnya, membebankan pada keluarga yang miskin, mungkin tidak pada si kaya. Bayangkan si janda miskin dengan anak-anak yatim, mengeluarkan duit simpanan untuk menjamu ustaz-ustaz dan jemaah masjid berulang-ulang.

Sepatutnya, ahli keluarga yang ditimpa musibah dibantu untuk meringankan beban, tetapi sebaliknya dipaksa untuk membuat kenduri tiga hari berturut-turut. Kemudian kenduri tujuh hari, 40 hari dan 100 hari.

Mereka mungkin tidak dipaksa tetapi `hukum' dan `budaya' kenduri arwah memaksa mereka. Takut nanti mereka `diboikot' oleh ustaz kampung dan seluruh penduduk kampung jika ada ahli keluarga mereka yang meninggal dunia kelak.

Kes kenduri tahlil dan bersalaman selepas solat itu adalah sebahagian contoh yang dianggap sebagai `sunat' dari kaca mata sekolah pondok tetapi dianggap bidaah dari sudut hukum Al-Syafie.

Jabatan agama dan alim ulama adalah pemegang amanah Allah. Jangan abaikan tanggungjawab anda. Perlu ada kajian menyeluruh dan semakan terhadap amalan-amalan rakyat Malaysia yang dianggap sebagai amalan sunat/harus tetapi sebaliknya bercanggah dengan hukum Al-Syafie.

Jangan pejam mata dan jangan mudah buat andaian. Buat kajian dari al-Quran dan hadis. Dapatkan maklumat daripada pakar hadis. Dapatkan rujukan para ulama ulung seperti Qardhawi. Jangan terlalu jumud dan mengguna pakai kaedah `cincai' atau kaedah `turun-temurun.' Jangan mudah menghukum orang lain.

Jika jabatan agama berperanan menganggap amalan turun-temurun dari sekolah pondok sebagai rujukan utama, ada baiknya kita mansuhkan Al-Syafie dan guna pakai sekolah pondok sebagai rujukan. Janganlah kita kaitkan fahaman Islam Malaysia dengan mazhab Syafie.

Jangan lupa, umat Islam negara kita pernah terjebak dengan bidaah mandi Safar untuk buang sial selama berpuluh-puluh tahun yang disokong oleh kebanyakan ustaz sekolah pondok. Dan sampai sekarang abad 21, ia masih lagi diamalkan oleh segelintir umat Islam di negara jiran. - ANTI-SESAT, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2005 07:06 PM | Show all posts

Usah kelirukan Islam dengan Wahhabi

Pendapat

ISU fahaman Wahhabi kembali dicetuskan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad lepas.Pelbagai ulasan diberikan oleh para cendekiawan Islam mengupas dan memberi pandangan berlandaskan kepada ilmu dan keprihatinan mereka kepada isu ini.

Sebenarnya isu Wahhabi ini telah dibangkitkan sebelum ini di dalam surat khabar mahupun majalah selain telah pun dibuat perbincangan dan perbahasan di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan.

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman berkaitan isu ini kerana kebanyakan topik yang diamati hanya berkisar kepada perkara yang menjadi perbezaan pendapat di kalangan ulama fikah dan mazhab yang empat.

Saya terlibat secara langsung dalam berdepan dengan isu ini kerana saya adalah salah seorang pembimbing kepada jemaah haji dan umrah yang sentiasa berulang-alik ke Mekah dan Madinah atau secara amnya ke Arab Saudi, negara yang sering dikaitkan dengan isu ini.

Mungkin di kalangan cendekiawan, mereka bercakap berdasarkan ilmu yang tersemat di dada setelah mengkaji pelbagai kitab dan bahan rujukan, tetapi adakah mereka menghadapi realiti berhadapan dengan orang awam yang memang memerlukan bimbingan dan kefahaman untuk menangani isu ini?

Selama saya berkecimpung di dalam bidang memberikan bimbingan haji dan umrah, saya ada membuat sedikit kajian dan bacaan tentang isu ini.

Walaupun saya tidaklah sehebat para ilmuwan yang memberi ulasan dan pengkaji yang memang dihormati di negara kita, saya amati bahawa isu ini adalah satu hikmah bukannya pecah belah.

Perbezaan

Saya dapati ia lebih merupakan percanggahan hukum fikah terutama yang berkaitan dengan perbezaan amalan empat mazhab yang telah terkandung di dalam kitab-kitab utama mazhab masing-masing.

Cuma kita tidak mendalami sesuatu hukum fikah atau kurang peka dengan mengambil kira pandangan ulama empat mazhab dan pengamalannya di seluruh dunia berdasarkan perbezaan tersebut.

Pokoknya adakah perbezaan empat mazhab fikah ini memecah belahkan umat Islam atau kita yang kurang faham pendekatan dan amalannya?

Umat Islam tidak akan berbeza akidah dan pegangan kepada Allah s.w.t dan mengakui Rukun Iman dan Islam dengan sebenar-benarnya berdasarkan hadis sahih yang menjadi pegangan kita, tetapi apabila isu bacaan Yasin malam Jumaat, talqin pada mayat, qunut dan berzikir serta beberapa isu lain yang berkaitan dengan pandangan ulama fikah yang berbeza dan bukan daripada hukum yang disepakati, tidaklah menjejaskan akidah sekali gus menjejaskan keimanan seorang hamba kepada Pencipta-Nya.

Perbezaan pendapat dan pandangan dalam fikah ini memang telah dijelaskan oleh nabi sendiri semasa hayatnya dan telah berlaku di kalangan para sahabat sama ada semasa hayat Rasulullah s.a.w. atau selepas kewafatannya.

Saya terlibat memberikan ceramah sama ada di tanah air dan di Mekah secara langsung kepada para jemaah haji dan umrah pada setiap tahun dan perlu kepada penerangan yang kukuh untuk diterima oleh para pendengar.

Ini kerana mereka bakal tetamu Allah s.w.t. Ibadat yang mereka lakukan di Tanah Suci menjadi bukti amalan mereka selama ini hanya untuk Allah s.w.t dan memperhambakan diri kepada-Nya.

Lenyap

Para jemaah haji dan umrah akan berhadapan dengan isu yang dibangkitkan semula ini setelah lenyap sementara dan terus akan berlegar di fikiran mereka adakah amalan yang dilakukan selama ini tidak diterima?

Hanya berbeza kepada zikir selepas solat yang tidak dibaca secara kuat dan qunut yang tidak dibaca ketika subuh adakah mereka Wahhabi setelah mengikut imam yang dikatakan bermazhab demikian?

Adakah mereka sesat? Adakah semua umat Islam yang berkumpul di Tanah Suci saban tahun pada musim haji dan bulan Ramadan semuanya batal amalan mereka kerana berimamkan mereka yang bermazhab sedemikian?

Ini adalah satu rahmat bukan pecah belah umat. Isu ini saya sering selitkan dalam ceramah dan kuliah saya sama ada di Malaysia atau di Tanah Suci.

Islam agama yang suci, tidak mudah sesuatu amalan umatnya terbatal begitu sahaja dengan perbezaan mazhab yang memang kita meraikan pemakaiannya di seluruh dunia. Berjalanlah, bergeraklah, bermusafirlah ke seluruh dunia melihat keagungan Allah s.w.t yang memang disuruh di dalam al-Quran.

Untuk menyelesaikan isu ini, kita perlu lebih terbuka dan tidak ambil mudah.

Masalah akan menjadi lebih rumit jika kita tidak menanganinya dengan rasional. Musim haji makin hampir, jadi saya sebagai salah seorang di kalangan beratus-ratus pembimbing haji pada tahun ini perlulah bersiap sedia untuk menjawab isu ini.

Dan saya berharap tidak perlulah bagi mereka yang berkenaan untuk menimbulkan semula isu perbezaan pandangan fikah ini, kerana ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum, kerana ia tidak memberi manfaat.

Sepatutnya kita tumpukan kepada isu akidah yang menjadi masalah yang kian meruncing. Masalah muda mudi, arak, maksiat dan segala isu pokok yang memang bersangkutan terus dengan akidah umat Islam. Masalah solat yang menjadi tiang dan tonggak agama bukannya mempertikaikan mereka yang telah mendirikan solat tetapi tidak berzikir secara terang atau secara beramai-ramai atau mereka yang solat subuh tapi tidak membaca qunut, hanya perbezaan pandangan fikah atau yang mana lebih penting?

- KHAIRUL EFFENDI HASHIM, Kuala Lumpur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2005 01:00 PM | Show all posts
pengikut wahabi malaysia harus bersyukur kerana hubungan baik antara Malaysia dan Arab saudi, protection kuat. mungkin tak sampai kena ISA macam pengikut mazhab lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 02:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum WBT.

Saya minta maaf kerana tidak bersuara dan tidak memberikan apa-apa komen berkenaan dengan tajuk Wahabi. Tetapi setiap email yang dikirim, saya membacanya. Minggu lepas, cermin mata saya patah. Sedangkan sekarang ni saya berbelas jam sehari mengadap komputer untuk menyiapkan buku yang bakal dikeluarkan oleh syarikat tempat saya bekerja. Apabila sudah teruk sangat mengadap skrin, saya diserang migrane yang paling teruk saya pernah alami. Hingga nak buka mata pun susah. Dengar bunyi jarum jam tangan berdetik pun sakit kepala dibuatnya. Alhamdulillah, gaji sudah masuk dan sudah buat cermin mata baru. Lega rasanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 30-11-2005 03:16 PM | Show all posts
Wahabi = Ibn Saud, Osama Bin Ladin, Abu Musab al-Zarqawi, Dr Azahari/Nordin M Top
Sunnah Wal Jamaah = Haji Osu Bin Sukam, Tun Dr Mahathir, Noh Omar, Ibrahim Ali, Nazri Aziz, Rafidah Aziz, saddam
Katholik = Jacques Chirac
Methodist = George Bush
Syiah = Shah Iran (Reza pahlavi), said as-sahaf (bekas menteri penerangan iraq)
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 30-11-2005 03:18 PM | Show all posts
Wahabi = Ibn Saud, Osama Bin Ladin, Abu Musab al-Zarqawi, Dr Azahari/Nordin M Top
Sunnah Wal Jamaah = Haji Osu Bin Sukam, Tun Dr Mahathir, Noh Omar, Ibrahim Ali, Nazri Aziz, Rafidah Aziz, saddam
Katholik = Jacques Chirac
Methodist = George Bush
Syiah = Shah Iran (Reza pahlavi), said as-sahaf (bekas menteri penerangan iraq)
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2005 09:40 AM | Show all posts
Namun yang saya pasti, golongan yang memusuhi Wahabi ini ada ramai. Pertamanya adalah Syiah. Mereka amat benci kepada Wahabi, mungkin bermula dengan kebencian mereka terhadap Ibn Taimiyah yang telah menulis kitab Minhaaj as-Sunnah yang telah meruntuhkan berhala kepercayaan mereka. Keduanya, Ulama-ulama di Tanah Mekah yang juga merupakan tuan-tuan guru kepada pelajar Nusantara yang menyambung pengajian di Mekah. Pelajar ini pula pulang ke Kepulauan Melayu dan menjadi tok-tok guru di pusat-pusat pengajian pondok dan pesantren. Mungkin krisis di antara Mufti Mekah Sheikh Zaini Dahlan dengan Muhammad bin Abdul Wahhab boleh menjelaskan perkara ini. Saya sendiri kurang arif untuk memperincikannya.


salam
kerana orang2 wahabi paling membenci Syiah, maka secara automatiknya mereka merasakan Syiahlah yang paling kuat memusuhi mereka. dan orang2 Syiah tidak menyenangi orang2 wahabi bukan kerana mereka telah meruntuhkan berhala kepercayaan Syiah tetapi kerana mereka begitu gencar meruntuhkan apa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka- sama macam khawarij. Kalau rumah Nabi, makam Baqi' pun mereka boleh robohkan tanpa rasa bersalah, tentulah mereka lebih memusuhi Syiah, yang pastinya mereka anggap dah jauh menyimpang kerana tak sependapat dengan Ibnu Taimiyyah mereka. Tetapi pada hakikatnya, orang2 ISlam lainpun tak berkenan dengan mereka - sebab garang sangat yang tak bertempat.

p/s: lihatlah betapa marahnya pejuang wahabi seperti saifulislam apabila isu wahabinya dikritik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2005 09:58 AM | Show all posts

Jakim perlu perjelas bahaya fahaman Wahhabi

Saudara Pengarang,
SETELAH membaca komentar daripada Khairul Effendi Hashim di dalam ruangan Pendapat pada 29 November 2005, saya dapat merasakan bahawa beliau belum begitu memahami mengenai fahaman Wahhabi.

Kebanyakan orang awam menyangka bahawa perselisihan golongan Wahhabi dengan golongan ahli sunnah (Al-Asya'irah & Al-Maturidiah) hanya tertumpu di bidang ranting dan furuk syariat semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Namun jika kita membaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi maka kita akan mendapati bahawa perselisihan antara mereka dengan golongan Ahli Sunnah Waljamaah juga bersangkut paut dengan soal akidah. Tidak pernahkah saudara Khairul Effendi membaca atau terbaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi yang mengharamkan pembelajaran tauhid sifat 20 yang merupakan suatu ilmu yang dipelajari oleh umat Islam yang tinggal di rantau Asia Tenggara bahkan hampir di seluruh dunia Islam?

Tidakkah saudara pernah terbaca buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh Wahhabi yang mendakwa Allah Taala itu tempat-Nya di langit? Sebagai seorang pembimbing jemaah haji yang sudah tentu sering berulang alik dari tanah air ke tanah suci maka adalah suatu yang agak ganjil jika saudara tidak mengetahui mengenainya. Iktikad yang dipegang oleh golongan Wahhabi yang mendakwa bahawa Allah itu wujud dengan memerlukan tempat sudah cukup untuk membuktikan bahawa golongan Wahhabi tergelincir daripada kelompok Ahli Sunnah Waljamaah.

Berbalik kepada soal ranting seperti masalah qunut subuh, tahlil, talqin mayat, baca Yasin malam Jumaat, berzikir dengan kuat selepas solat dan beberapa perkara lain maka hal ini sebenarnya sudah lama diselesaikan oleh ulama-ulama mazhab yang empat. Namun sayangnya golongan Wahhabi mengeruhkan kembali isu ini dengan mendakwa bahawa orang yang melakukan amalan-amalan yang disebutkan itu tadi telah melakukan suatu perkara mungkar dan bidaah yang melayakkan diri mereka dihumban ke dalam neraka!

Orang yang bermazhab Syafie tidak akan marah kepada orang-orang yang tidak berqunut di dalam solat subuh seandainya mereka itu tidak menghukumkan sesat ke atas orang-orang yang melakukan qunut. Apalah sangat orang yang tidak berqunut jika dibandingkan dengan orang yang langsung tidak menunaikan solat subuh. Selama ini pun orang-orang yang bermazhab Syafie juga mengetahui bahawa sahabat-sahabat mereka yang bermazhab Hanafi tidak membaca doa qunut di dalam solat subuh.

Namun demikian tidak timbul sebarang perselisihan di antara mereka disebabkan sahabat-sahabat mereka yang bermazhab Hanafi tersebut tidak pernah menghukumkan sesat ke atas saudara-saudara mereka yang bermazhab Syafie yang membaca doa qunut sewaktu solat subuh. Ini jauh berbeza dengan sikap dan tindakan golongan Wahabi yang menuduh orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka sebagai ahli bidaah.

Oleh itu sewajarnya pihak berkuasa agama seperti Jakim menjelaskan kepada umat Islam tentang bahaya fahaman Wahhabi ini kerana ia sememangnya suatu fahaman yang boleh memusnahkan perpaduan umat Islam, sekali gus membahayakan negara Islam itu sendiri. - MUHIB AL-GHUMARY, Ulu Tiram, Johor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2005 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 1-12-2005 09:40 AM



salam
kerana orang2 wahabi paling membenci Syiah, maka secara automatiknya mereka merasakan Syiahlah yang paling kuat memusuhi mereka. dan orang2 Syiah tidak menyenangi orang2 wahabi bukan kerana mereka telah meruntuhkan berhala kepercayaan Syiah tetapi kerana mereka begitu gencar meruntuhkan apa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka- sama macam khawarij. Kalau rumah Nabi, makam Baqi' pun mereka boleh robohkan tanpa rasa bersalah, tentulah mereka lebih memusuhi Syiah, yang pastinya mereka anggap dah jauh menyimpang kerana tak sependapat dengan Ibnu Taimiyyah mereka. Tetapi pada hakikatnya, orang2 ISlam lainpun tak berkenan dengan mereka - sebab garang sangat yang tak bertempat.

p/s: lihatlah betapa marahnya pejuang wahabi seperti saifulislam apabila isu wahabinya dikritik.




garang dan marah sehingga POST 3x!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2005 10:38 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Saya mengkhususkan tema ini pada pembahasan tersendiri. Karena di dalamnya terdapat point penting yang menjadi pemisah antara tauhid dan syirik, yang luput dari perhatian kalangan Wahabi. Mau tidak mau kita harus mengetahuinya, supaya kita dapat mengetahui bagaimana cara menyikapi cara-cara alami dan sebab-sebab gaib. Orang-orang Wahabi berpendapat bahwa bertawassul kepada sebab-sebab yang alami tidaklah menjadi masalah. Seperti menggunakan sebab-sebab di dalam keadaan-keadaan alami. Akan tetapi, menurut pandangan mereka, bertawassul kepada sebab-sebab gaib, seperti -misalnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belut This user has been deleted
Post time 1-12-2005 05:27 PM | Show all posts
Ini macam Katholik menuduh Protestant kurang respect kepada Nabi Isa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2005 10:18 AM | Show all posts

Menyanggah Wahhabi

Menyanggah Wahhabi

Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID


Islam tidak pernah menolak amalan turun-temurun yang telah menjadi `uruf' (budaya yang baik dalam masyarakat) bagi sesuatu bangsa. Justeru, di atas dasar apakah fahaman Wahhabi yang cuba menggugat amalan-amalan baik yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat itu? Sedangkan, amalan-amalan baik yang diamalkan seperti membaca Yasin (secara beramai-ramai pada malam Jumaat) dan juga menyambut Maulidur Rasul (Maulud Nabi s.a.w) itu sebenarnya menyeru ke arah perpaduan dan mengeratkan hubungan sesama umat.

Sekalipun amalan-amalan tersebut dianggap sebagai bidaah, harus difahami bahawa tidak semua bidaah itu sesat. Amalan-amalan yang dinyatakan itu sebenarnya adalah termasuk dalam bidaah hasanah (bidaah yang baik). Oleh yang demikian, kita harus menerima adanya bidaah yang baik dan menolak bidaah yang buruk.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Syafie, bidaah itu ada dua, iaitu terpuji dan tercela. Apa yang sesuai dengan sunah itu, terpuji, dan apa yang tidak sesuai dengannya dianggap tercela. Demikian juga menurut Jalaluddin As-Syayuti, bahawa bidaah itu ada lima kategori iaitu, bidaah wajib, bidaah sunat, bidaah halal, bidaah haram, dan bidaah makruh.

Demikian juga dengan penegasan Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat. (Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13).

Dapat difahami daripada hadis tersebut, perkara-perkara bidaah ini bukan semata-mata hanya keburukan atau dhalalah (sesat). Sebagai contoh, masyarakat hari ini membina sekolah, membangunkan pelbagai prasarana untuk kebaikan umat seluruhnya, sedangkan semuanya tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w. Sedangkan, pembangunan yang dilakukan itu adalah satu bidaah yang baik kerana umat Islam mendapat manfaat di atas kemudahan-kemudahan yang dilaksanakan itu.

Adakah Saidina Umar melakukan bidaah dhalalah (solat tarawih 20 rakaat)? Tentulah tidak, kerana Umar ada mengatakan sebaik-baik bidaah adalah sembahyang tarawih 20 rakaat (bidaah hasanah). Malahan di Arab Saudi pun sembahyang sunat tersebut dikerjakan sebanyak 20 rakaat. Hadis di atas juga menggambarkan betapa luasnya agama Islam ini dan janganlah kita sendiri yang menyempitkan perkara yang terbuka luas itu.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Engkau cuba menyempitkan benda yang luas?

Hari lain dan malam lain, masyarakat susah untuk mendekati al-Quran apatah lagi untuk sekadar membaca Yasin kerana sibuk bekerja. Jika pada malam Jumaat dianggap bidaah untuk membaca Yaasin, apakah alternatif atau program agama yang lain yang boleh dicadangkan oleh mereka (Wahhabi) untuk merapatkan hubungan di kalangan masyarakat kita pada hari ini?

Apa yang kita lakukan ini semua merupakan satu alternatif mengerjakan amalan baik dan beroleh pahala (bidaah hasanah). Sikap keterbukaan Rasulullah s.a.w sendiri yang begitu berlapang dada bukan sahaja dengan orang Islam tetapi dengan musuhnya orang Yahudi ketika baginda berhijrah ke Madinah merupakan sikap paling berharga untuk kita teladani.

Baginda menerima amalan baik yang dilakukan oleh orang Yahudi. Baginda ikut berpuasa pada hari 10 Muharam, malah sabda Baginda yang bermaksud: Aku lebih berhak dari kamu. Oleh itu, aku akan berpuasa bukan sahaja pada 10 Muharam malah pada hari 9 Muharam. Oleh sebab itu ia disunatkan sampai hari ini dan banyak diamalkan oleh masyarakat kita.

Kesemua amalan yang dilakukan pada hari ini mempunyai asas yang kukuh sama ada secara umum atau khusus mahupun menerusi lafaz atau isyarat se-cara `harpi' atau `mafhum'.

Kepercayaan

Diharuskan bertawassul dengan Nabi dan orang-orang soleh kecuali amalan tawassul itu menggunakan patung berhala, kubur atau bomoh yang sudah pasti tidak diterima oleh Allah. Sebenarnya, kepercayaan yang tidak membenarkan syafaat dan tawassul ini sesuai dengan umat yang baru menemui cahaya tauhid, takut-takut mereka kembali mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain sedangkan kita tahu dan yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang memberi dan menegah, menyakiti dan menyembuhkan. Inilah ketetapan Allah dan tiada bagi ketetapan Allah itu berlakunya perubahan dan pertukaran. Ini adalah hukum alam, sama juga halnya dengan hubungan peraturan dalam agama. Inilah ajaran yang kita anuti sejak turun-temurun.

Kalau semuanya ini adalah bidaah, maka tidak perlulah kita pergi berjumpa doktor, tidak perlu berkereta dan tidak perlu ke sekolah atau ke pusat pengajian tinggi kerana semuanya adalah bidaah.

Apa yang kita amalkan itu bertujuan merapatkan hubungan kemesraan dan tali silaturrahim serta mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat. Jangan kita menyempitkan kefahaman dalam ruang yang jumud dan sempit mengenai Islam. Tidakkah kita selalu mendengar pada setiap hari Jumaat, khatib membacakan firman Allah yang bermaksud: Allah menyuruh kita berlaku adil dan cemerlang dalam semua keadaan (An-Nahl: 90).

Dalam sebuah kisah, diceritakan seorang ulama dari Mesir telah pergi ke Eropah. Apabila ditanya oleh seorang paderi; ``Adakah dalam al-Quran mengandungi ilmu membuat roti atau tidak?'', Maka, ulama itu menjawab, ``Ada''. Lalu, dibacanya ayat Quran yang bermaksud: Tanyalah ahli ilmu pengetahuan sekiranya kamu tidak mengetahui. (surah An-Nahl; ayat 43)

Demikian halnya, Allah mengarahkan kita berlaku adil, cemerlang dalam segala keadaan. Maka, semua kebaikan sama ada dalam rumah tangga, masyarakat dan negara perlu kita pertahankan. Kalau kita mencari hadis yang menyuruh umat menyambut Maulidur Rasul, maka kita tidak akan terjumpa secara terang dan khusus tetapi dapat ditemui secara mafhum dan umum.

Jika pahala amalan orang lain tidak boleh diniat hadiah pahalanya kepada orang lain, maka semua amalan tidak terpakai dengan niat. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Segala amalan dikira mengikut niat dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya. Sedangkan fahaman Wahhabi menegakkan bahawa pahala doa hanya akan sampai kepada ahli keluarga sahaja.

Fahaman seperti ini memang tidak sesuai di Nusantara. Oleh sebab itu, kita menjemput para jemaah untuk meramaikan sembahyang jenazah tanpa mengira siapa, keluarga ataupun tidak. Itu pun semuanya dengan izin Allah jua akan kemakbulan doa dan pahala yang diperoleh si mati.

Oleh yang demikian, Islam menganjurkan amalan menolong keluarga yang dalam kesedihan akibat kematian. Amalan tersebut berupaya merapatkan lagi silaturahim dan kasih sayang di kalangan masyarakat selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kita percaya semua amalan itu ada asas dan hujah agamanya, bukan sesuatu yang direka-reka sesuka hati atau mengikut hawa nafsu sahaja.

Kita sebenarnya tidak ada masa untuk berkelahi kerana agenda kita belum selesai, iaitu perpaduan umat Islam seluruhnya dan keamanan sejagat. Penulis percaya apabila kita bersatu, tenteram dan aman makmur, musuh-musuh kita akan merana dan berasa tidak senang hati. Allah berfirman yang bermaksud: Jangan berkelahi (berselisih), kamu akan kecewa dan hilang kehebatan kamu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar. ( Surah al-Anfal, ayat 46)

- MOHD. SHAUKI ABD. MAJID ialah Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 2-12-2005 11:29 AM | Show all posts
Salam sejahtera.

Dari sini, kita dapat ada segelintir manusia yang masih "ta'sub" dengan Ibn Wahab. terpulang pada diri individu. ulama' dizaman-nya tidak sependapat dengan ideologynya dan ahli keluarganya pun menentang. sehingga abangnya, Shaykh Sulaiman Ibn Abdul Wahab sendiri menulis kitab berjudul "Petir ALLAH yang menyambar fahaman Wahabiyah".

Muhammad Ibn Abdul Wahab, ada baiknya, tapi keburukan yang berlaku dari tanganya dan anak muridnya itu lagi amat dahsyat sekali. sehigga berpecah belah masyarakat Arab dan umat islam.

Kini, mereka "mengaku" sebagai "mengikut" Manhaj Salafi. Tak hairan lah, nama mereka sering berubah-rubah mengikut peredaran masa. Itu terpulang pada mereka, apa nama mereka nak taruk...

Saya pernah jumpa seorang yang mengaku sebagai "Salafi", tapi dia kata darah para Ahli Sufi itu halal dibunuh. dan cara dia cerita bagai mana sepatutnya orang Sufi ini dibunuh amatlah kejam dan dahsyat. sesiapa yang tidak semanhaj dng mereka, mereka senang menuduh org lain sebagai Ahlul Bid'ah. Mereka belajar melalui Shaykh Internet dan mufti Internet.

sebagaimana saya katakan, terpulang pada individu.  terdapat bayak kitab yang menentang fahaman ini. kitab-kitab itu ialah:

1. Al-Khawaja al-Sirhindi, Al-Usool al-Arba fi Tardeed al-Wahabia.

2. Al-Shaikh al-Mushrifi al-Maliki, Idhar al-Ukook mimin Mana' al- Tawasil bi al-Nabi wa al-Wali al-Sadooq.

3. Muhammad ata-Allah, Al-Aqwa'l al-Mardia fi al-Rad ala al-Wahabia.

4. Al-Shaikh Tahir Sunbil al-Hanafi, Al-Intisar lil Awlia' al-Abrar.

5. Al-Shaikh Ibraheem al-Rawi, Al-Awraq al-Baghdadia fi al-Hawadith al-Najdia.

6. Al-Shaikh Salman al-Azami, Al-Baraheen al-Satia'.

7. Al-Shaikh Hamadallah al-Dajawi, Al-Basair li Munkiri al-Tawasil.

8. Nassir al-Saeed, Tarikh al-Saud.

9. Al-Shaikh Abdullah ibn Abdu Latif al-Shafi, Tajreed Saif al-Jihad li Muda'i al-Ijtihad.

10. Al-Shaikh Abdullah ibn Ibraheem Merghani, Tahreth al-Aqbia ala al- Istiqatha bi al-Anbia wa al-Awlia.

11. Al-Shaikh Muhammad ibn Abdul Rahman al-Hanbali, Tahakum al- Muqalideen bi min Ida' Tajdeed al-Deen.

12. Abu Hamid ibn Marzook, Al-Tawasil bi al-Nabi wa bi al-Saliheen.

13. Al-Shaikh Ibraheem Hilmi, Jalal al-Haq fi Kashf Ahwal Shirar al- Khalq.

14. Malik Dawood, Al-Haqaiq al-Islamia fi al-Rad ala al-Mazaim al- Wahabia bi Adi'lat al-Kitab wa al-Sunna al-Nabawia.

15. Ahmed ibn Zaini Dahlan, Khulasat al-Kalamfi Umara al-Balad al- Haram.

16. ----------, Al-Durur al-Sania fi al-Ra'd ala al-Wahabia.

17. ----------, Fitnat al-Wahabia.

18. Al-Shaikh Ismail Al-Tamimi al-Maliki al-Tunisi, Ra'd ala Muhammad ibn Abdul Wahab.

19. Al-Fakih al-Hanbali Abdul Muhsin al-Ushaikiri, Al-Ra'd ala al- Wahabia.

20. Al-Shaikh Ibraheem ibn Abdul Kadir al-Riahi al-Tunisi al-Maliki, Ra'd ala al-Wahabia.

21. Al-Shaikh Ibraheem ibn Uthman al-Samnoodi al-Masri, Sa'dat al- Darain fi al-Ra'd ala al-Furkatain al-Wahabia wa Muqalidat al-Dahria.

22. Abu Hamid Marzook, Al-Saif al-Batir li Unq al-Munkir ala al- Akabir.

23. Shah Fadhil Rasool Al-Qadiri, Saif al-Jabar al-Maslool ala A'dai al- Abrar.

24. Al-Shaikh Dawood ibn Sulaiman al-Baghdadi, Sulh al-Ikhwan fi al- Ra'd ala min Qal bi al-Shurk wa al-Kufran.

25. Al-Shaikh Sulaiman ibn Abdul Wahab, Al-Sawaiq al-Ilahia fi al-Ra'd ala al-Wahabia.

26. ----------, Fasil al-Khitab fi al-Ra'd ala Muhammad ibn Abdul Wahab.

27. Al-Shaikh Jameel Sidqi al-Zahawi, Al-Fajr al-Sadiq.

28. Muhsin al-Ameen, Kashf al-Irtiab fi Atba' Muhammad ibn Abdul Wahab.

29. Muhammad Jawad Mugania, Hathi Hia al-Wahabia.

ini baru sebahagian dari jumlah yang tidak terkira banyaknya yang ditulis pada zaman Abdul Wahab sehingga kehari ini. dan tidak lupa juga dari puak Syiah yang juga menyumbang terhadap menentang fahaman Wahabiyyah.

Terpulanglah, tepuklah dada, tanya iman sendiri. Kalau tak tahu tahap iman anda sendiri, bacalah kitaab; Iman dan Persoalan karya Al Fadhil Al Ustaz Ashaari ibn Muhammad.

Sekain
Wassalam

From: al abdul muznib al-hanzalah, Singapore.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 3-12-2005 12:19 PM | Show all posts
Kiriman dari SAIDANAFISAH



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,

Bagus juga sekali sekala kita dengar golongan salafi/wahabi ini
bersuara...sebenarnya dah lama sgt mereka dibiarkan berleluasa sampai
boleh beri hujah-hujah dan mengembangkan pengaruh mereka
mempertahankan kewahabian atau kesalafian mereka ini.

Apapun, di sini saya pastekan rujukan-rujukan buku dari ulamak ASWJ (rujuk posting di atas)
di zaman Muhammad Abd Wahab hingga sekarang yang boleh diperolehi
bagi melihat apa sebenarnya WAHABI : THE UNTOLD STORY yang selama ini
saya kata ""untold story"" sebab senantiasa mereka inilah yang
berkuasa untuk mempengaruhi silibus pengajian agama di Malaysia ini
agar berpaksikan fahaman wahabi/salafi ini.

Baru-baru ini berkesempatan membaca buku pendidikan islam SPM sepupu,
terpempan saya melihat fakta-fakta mengenai tokoh pejuang agama abad
20 yang mesti dihafal riwayat hidupnya oleh pelajar. Kesemuanya tokoh
wahabi. Muhammad Abduh, Syed Rashid Ridha, Syed Jamaluddin Al Afghani
(di Timur Tengah); Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin,
Hamka (Nusantara). Tidak ada seorgpun tokoh ulamak ASWJ yang
dikatakan sebg pejuang agama sedangkan sejarah tidak pernah menipu
kita mengenai perjuangan Tok Kenali, Tokku Paloh, Imam Rasul dan
sebagainya. Rupanya mereka ini (wahabi) hanya mengiktiraf tokoh-tokoh
mereka yg dikatakan telah membawa kemajuan peradaban barat dan
membuka tabir sesat dan bidaah dikalangan umat ISlam.

Tidak ada siapa yang menolak peradaban dan kemajuan, tetapi silaplah
kita bila kita mengatakan kemajuan itu datang dari barat. Sebenarnya
kemajuan itu datang dari Tuhan yang mengurniakan nikmat dengan berkat
rahmat RSAW kepada manusia menerusi kekuatan quwwah (bagi yg bukan
islam / islam) dan kekuatan maknawiah (TAQWA) (bagi org islam yg
bertaqwa). KEmajuan itu kelihatan di tangan org bukan Islam kerana
itulah kekuatan quwwah. MEngapa terjadi sedemikian?. KErana kekuatan
maknawi (TAQWA) di kalangan org islam sudah tidak ada lagi.

Maka kekuatan quwwahlah yang menang dan mendominasi dunia moden hari ini.
Begitulah Ustaz Ashaari Muhammad menerangkan mengenai fenomena yg
berlaku dalam dunia hari ini.

MADAH HATIKU dari Ustaz Ashaari Muhammad

Allah membela umat islam kerana TAQWA
Sedangkan orang KAFIR kerana QUWWAH
Bila Bertembung TAQWA dan QUWWAH
nescaya kalahlah QUWWAH


Tidak ada cara lain atau jalan pintas yang lain selain dari kita
bersama-sama KEMBALI KEPADA TUHAN dengan MENINGKATKAN TAQWA iaitu
sebuah permata yg telah hilang dan sangat mahal harganya DARI JIWA
UMAT ISLAM sekrg.

Fahaman Wahabi motif utamanya hanyalah untuk menghilangkan JIWA atau
ROH ISLAM itu dari jiwa UMAT ISLAM. Yang ada hanya UMAT ISLAM yg ada
inferiority complexs kepada agamanya sendiri. Ibadah dan ilmu mereka
hanya berkisar soal-soal lahiriah, TIDAK ADA ROH. Inilah TIPUAN
YAHUDI YG PALING SUKSES ke atas umat Islam. Terlalu SUKSES sehingga
umat islam sendiri yg sudah kehilangan ROH islamnya MENDUKUNG SEKUAT-
KUATNYA fahaman wahabi INI HATTA NYAWA dan BADAN bercerai dengan
badanpun mereka sanggup. Apalah sangat dengan jawapan di dalam
Internet ini, tentulah mereka akan bertempik dan meraung-meraung
tetap mempertahankan fahaman wahabi mereka itu. Saya memang dah lama
sedar ttg kewujudan beberapa website yg mendukung fahaman ini.

Bagaimanapun, sesungguhnya hidayah dan petunjuk itu dari Allah SWT
juga. Itulah perlunya guru mursyid yang memimpin perjalanan akal dan
hati kita. Sayang sekali manusia sekrg sgt beerbangga dengan akal
mereka sendiri dengan hanya bergurukan buku dan internet untuk
mendalami agama Tuhan yg maha suci. Jika itulah pegangan kebanyakan
dari kita, maka AKAL saudara-saudarilah sendiri yang akan menipu diri
anda sendiri.AKAL jika tidak dipandukan dengan HATI maka AKAL itu
akan memakan diri sendiri kerana NAFSU itu akan bekerjasama dengan
AKAL untuk memusnahkan ROH/HATI/PERASAAN manusia itu.

Apa yang saya luahkan ini muga-muga ada manafaatnya kepada semua.
Bukan niat untuk memperkecilkan sesiapa tetapi atas dasar menghormati
ilmu dan ingin menyampaikannya. Jika ada kekurangan itu adalah dari
kelemahan akal dan nafsu saya sendiri dan jika ada manafaatnya itu
adalah dari Allah SWT bersumberkan berkat guru saya.

Sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.079549 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list