CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10042|Reply: 16

Peranan Mak Andam

[Copy link]
Post time 28-11-2005 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Pada zaman terdahulu, Mak Andam merupakan individu yang sangat penting di dalam sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebut saja hal perkahwinan mesti ada Mak Andam; satu gandingan mantap yang tidak boleh dipisahkan.

Mak Andam sangat berperanan di dalam masyarakat; dihormati dan sangat diperlukan khidmatnya. Segala kemusykilan berkaitan adat istiadat dan aturcara majlis akan dirujuk kepada Mak Andam. Tanggungjawab Mak Andam amat menyeluruh; daripada menjaga protokol majlis hinggalah kepada kesempurnaan penampilan pengantin. Menjaga pengantin secara rohani dan jasmani. Pengisian rohani supaya pengantin lebih tenang dan yakin, dan penjagaan jasmani supaya pengantin kelihatan cantik , segar dan sopan. Pengantin akan dilihat mulia apabila dijaga oleh Mak Andam; ibarat Mak Inang yang menjaga puteri raja.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2005 08:51 PM | Show all posts
Originally posted by dilaOHdila at 28-11-2005 08:48 PM
Pada zaman terdahulu, Mak Andam merupakan individu yang sangat penting di dalam sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebut saja hal perkahwinan mesti ...


skang byk pakai makeup artist..sb byk mak andam makeup style lama..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 12:16 AM | Show all posts

salam,

Zaman sekarang Pak Andam pun sama byk... he he he
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 03:21 AM | Show all posts
Petikan .....

Istiadat Menghias Pengantin/ Berandam

Orang yang memainkan peranan penting dalam adat istiadat bersanding ialah mak andam. Tiada ketetapan tertentu untuk menempah mak andam jika seseorang itu memerlukannya. Pada umumnya tujuan utama mak andam dipanggil ialah untuk menghias pengantin iaitu pengantin perempuan, disamping mengendalikan agar majlis persandingan berjalan dengan baik. Sesetengah mak andam boleh mengubati atau memulihkan pengantin perempuan sekiranya jatuh sakit atau tidak sedarkan diri. Keadaan ini mungkin disebabkan akibat terlalu penat, terkena buatan orang dan sebagainya.

Kebiasaannya tugas mak andam bermula sehari sebelum hari persandingan diadakan. Keperluan yang disediakan termasuklah kain putih, limau purut (bilangannya tidak ditentukan, biasanya berangka ganjil), bertih, pisau cukur, gunting, sikat, setengah meter kain putih, sirih, air semangkuk, bedak, bunga tujuh jenis dan beberapa bahan keperluan lain. Upacara ini akan dilakukan ditempat yang terasing dari orang ramai seperti di bilik. Orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali orang tertentu atas sebab-sebab khusus sahaja.

Upacara dimulakan apabila mak andam, meletakkan kain putih dibahu pengantin perempuan yang diselubungkan diseluruh badan. Sirih yang telah dijampi diberikan kepada pengantin perempuan untuk dikunyah dan diasap dengan kemenyan bersama iringan jampi.

Bunga yang tersedia diasapkan dan dijampi, kemudian dipusingkan dikeliling pengantin serta disapukan ke muka dan badan. Semua upacara ini dilakukan bertujuan untuk menaikkan seri muka pengantin. Setelah itu tepung tawar direnjiskan dikeliling pengantin diikuti menabur bertih dan beras kunyit ke atas pengantin untuk mengelakkan gangguan makhluk asing yang mungkin akan menganggunya.

Peringkat kedua ialah istiadat bercukur. Sebelum memulakannya mak andam membaca jampi ataupun doa sambil mengurut dan memintal anak rambut dibahagian dahi dan memotongnya dengan gunting yang tersedia. Masa berandam dara yang masih dimiliki pengantin itu penting. Kesucian yang masih wujud akan menjadikan wajah berseri-seri terutamanya ketika bersanding nanti.

Tugas mak andam seterusnya mencukur anak rambut dan bulu roma dimuka dan bahagian lain seperti dileher dan ditangan sebelum dibentuk alis. Segala pekerjaan dilakukan dengan penuh hati-hati. Ia dimulai dengan doa dan jampi mantera yang menjadikan muka pengantin berseri-seri.

Upacara berandam terakhir ialah istiadat berlangir, iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan dicukur. Kemudian diikuti istiadat mandi berlimau dan dicampur bunga tujuh jenis. Istiadat ini bertujuan sebagai upacara membuang sial pada badan dan menjauhkan segala bala yang akan menimpa sepanjang majlis perkahwinan yang akan dijalankan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2005 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by halimijuliana at 29-11-2005 03:21 AM
Petikan .....

Istiadat Menghias Pengantin/ Berandam

Orang yang memainkan peranan penting dalam adat istiadat bersanding ialah mak andam. Tiad ...


Peringkat kedua ialah istiadat bercukur. Sebelum memulakannya mak andam membaca jampi ataupun doa sambil mengurut dan memintal anak rambut dibahagian dahi dan memotongnya dengan gunting yang tersedia. Masa berandam dara yang masih dimiliki pengantin itu penting. Kesucian yang masih wujud akan menjadikan wajah berseri-seri terutamanya ketika bersanding nanti.



Pernah tengok  auntie aku kena andam secara traditional masa aku kecik2 dulu tapi ingat2 lupa dah..

Anyway  nak tanya tang peringkat kedua tu  kalu ada sesapa tau,  kalu yg tak dara, apa jadi eh (selain dari tak berseri2, presumably)..ada tanda2 lain yg timbul tak  especially kat equipments yg mak andam pakai tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2005 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by Lana at 1-12-2005 09:24 PM
Pernah tengok  auntie aku kena andam secara traditional masa aku kecik2 dulu tapi ingat2 lupa dah..
Anyway  nak tanya tang peringkat kedua tu  kalu ada sesapa tau,  kalu yg tak dara, apa jad ...


I pernah tengok my cousin berandam...

Masa menggunting anak rambut tu.... sekiranya rambut jatuh berpintal maknanya masih dara... sekiranya rambut jatuh berselerak maknanya telah tiada dara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2005 12:32 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2-12-2005 11:44 AM


I pernah tengok my cousin berandam...

Masa menggunting anak rambut tu.... sekiranya rambut jatuh berpintal maknanya masih dara... sekiranya rambut jatuh berselerak maknanya telah tiada dara.



kalo tadak rambut aaa kene chemo salu sampai botak tapi sayang punye pasal aa mak andam nak gunting pe cikgu? ntah2 dia gunting ambut dia sendirik kan cikgu..jangankan berterabur..berkecai2 beruban punye pun seme luruihhhh hihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2005 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2-12-2005 11:44 AM


I pernah tengok my cousin berandam...

Masa menggunting anak rambut tu.... sekiranya rambut jatuh berpintal maknanya masih dara... sekiranya rambut jatuh berselerak maknanya telah tiada dara.

macam tu ke...baru tau nih.benda ni jadik bila mak andam/pak andam je ke yg potong rambut tu atau sapa-sapa je yg potong rambut orang lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2005 01:19 AM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 3-12-2005 12:59 AM
macam tu ke...baru tau nih.benda ni jadik bila mak andam/pak andam je ke yg potong rambut tu atau sapa-sapa je yg potong rambut orang lain?


Mak Andam & Pak Andam moden biasanya mahir dlm make up dan dandan pengantin je.  Mak Andam yg boleh check dara atau tidak itu perlu ada ilmu tertentu.  Mak andam tradisional.  Ada la bacaan2 yg diamalkan.

Era masa kini tak ramai yg sanggup berandam cara tradisional ini.  Biasanya perkara ini dilakukan utk melaksanakan hajat org2 tua yg mementingkan adat dan kesucian pengantin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2005 01:25 AM | Show all posts
teringat mak saya pernah cerita time dia kawen dulu...kan tugas mak andam nak naikkan seri pengantin,tapi pada masa yg sama mak andam tersebut akan ambik 5-10% seri pengantin tu so depa leh maintain cantik...strategi bisnes andam orang dolu2 kut...hehe tak tau le betul ke tak...

yelah,orang lama,mak andam tu mesti ada apa2 bacaan...sekarang ni dah takde kut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2005 01:01 PM | Show all posts
Memang betul lah. Mak dilla pernah cakap mak andam ni memang tahu samada ada dara atau tidak melalui kening kita. He he he itu mak cerite mak andam dulu. Mak andam zaman sekarang camana pulak ye



[ Last edited by dilaOHdila at 3-12-2005 01:03 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2005 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by dilaOHdila at 3-12-2005 01:01 PM
Memang betul lah. Mak dilla pernah cakap mak andam ni memang tahu samada ada dara atau tidak melalui kening kita. He he he itu mak cerite mak andam dulu.  ...


Yg I tahu pula keadaan bulu kening boleh mencerminkan sesorg wanita itu dlm haid atau tidak.

Bulu kening yg tak tersusun rapi menandakan sedang dlm haid.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2005 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2-12-2005 11:44 AM


I pernah tengok my cousin berandam...

Masa menggunting anak rambut tu.... sekiranya rambut jatuh berpintal maknanya masih dara... sekiranya rambut jatuh berselerak maknanya telah tiada dara.


ohh..like that one..tapi ada gak orang kata kalu nak tau dara ke tak tengok dia punya heel..kalu kemerah-merahan maknanya masih dara ..so saya pernahlah check heel  org2 yg dikenal pasti tak dara tapi merah2 gak ..mitos gamaknya tu..:bgrin:

[ Last edited by Lana at 5-12-2005 10:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:16 AM | Show all posts

Pak Andam Menyolek Pengantin Perempuan

Pernah dulu dibangkitkan isu ni kat kampung saya, kalo lelaki yang menyolek pompuan, besar kemungkinan wudhu' perempuan tu batal. Jadi upacara batal air sembahyang tu dh tak seperti yang dimaksudkan la. Takkan la pengantin nk anik air semayang lepas pakai make-up kan? Jadi, kalo ada pilihan, gunalah mak andam perempuan. Sekurang-kurangnya ini menjaga hak-hak akhir peribadi seorang gadis sebelum diijabkabulkan.

Perkara mcm ni selalu org pndg ringan. Kita sbg org Islam kena la alert sikit ngan benda2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:18 AM | Show all posts

Reply #13 Lana's post

Setuju ngan Lana
Banyak cara yang golongan mak andam ni guna utk menentukan sesuatu perkara. Majalah MASTIKA pun pnah kupas isu ni. Tapi selalunya, ia terpulang kpd permintaan pihak keluarga....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 02:09 PM | Show all posts
zaman sekarang kebanyakan mak andam sudah bertukar ke pak andam...

zaman dahulu mak andam digunakan untuk menjaga seri serta menaikan seri pengantin khas nyer perempuan... dengan amalan petua tertentu serta upacara2.. bacaan jampi serapah dsb...

mak andam juga berperanan menjaga pengantin perempuan sebagai org tengah untuk keluarga lelaki untuk mengetahui kesucian seseorg gadis itu....

tapi zaman skrg ni... org pong dah guna pak andam... bebudak pompuan zaman skrg ni.. kekadang kesucian tu.. mcm dah xde makner dah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 09:00 PM | Show all posts
kakak aku gune khidmat mak andam utk tgk ade dara ke tidak. itupon atas permintaan kuarga lelaki.

aku rase cam tak sesuai je jaman skrg nih nak buat semua tu. mcm mengaibkan pulak. dah la tu..tak

semestinya hasil tu 100% jitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.437745 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list