CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

- B E R I TA _ H A R I _ I N I ( 2 0 0 4 )

 Close [Copy link]
Post time 18-6-2004 04:40 PM | Show all posts
Luar Negara : 18 Jun 2004   
35 MAUT DALAM SERANGAN BOM KERETA DI IRAQ

BAGHDAD - Satu serangan bom kereta membunuh 35 orang dan mencederakan 138 yang lain di satu pangkalan tentera.

Serangan berlaku ketika orang ramai menunggu untuk mendaftar sebagai rekrut tentera Iraq di kejiranan Karkh di tengah Baghdad awal semalam.

Asap tebal menjulang ke udara sejurus selepas letupan yang kedengaran hingga beberapa kilometer.

Kolonel Mike Murray dari Divisyen Perisai Pertama berkata pengebom meletupkan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih di pusat merekrut askar dekat lapangan terbang Muthanna.

Menurutnya, tiada seorang pun daripada 175 rekrut tentera Iraq cedera dalam serangan sekitar 9 pagi.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Iraq, Kapten Hani Hussein, berkata sekitar 100 sukarelawan berada di pintu masuk apabila sebuah kereta merempuh orang ramai kemudian meletup.

'Kami sedang menunggu giliran untuk mendaftar. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Ramai orang rebah, termasuk saya,' kata seorang saksi, Encik Rafid Mudhar kepada Associated Press dari sebuah wad di Hospital Karama.

Letupan menyebabkan serpihan mayat bertaburan di sana sini.

Mayat seorang lelaki terbujur dalam kereta putih itu selepas letupan, sewaktu askar Iraq, pekerja penyelamat dan orang awam berkejar untuk memberi bantuan.

Para pekerja penyelamat mengejarkan mangsa yang cedera ke ambulans dan trak polis, sementara askar Iraq yang kebingungan terpinga-pinga meminta bantuan.

Perdana Menteri Iraq, Encik Iyad Allawi, semalam menuduh negara asing mendalangi serangan berkenaan.

'Ada negara asing yang berharap dapat menggugat kemantapan Iraq melalui serangan ini,' kata beliau di tempat kejadian.

Seorang jurucakap tentera Amerika berkata serangan itu mirip serangan Abu Mussab al-Zarqawi, yang disyaki mendalangi sejumlah operasi Al-Qaeda di Iraq.

'Banyak serangan bulan ini didalangi rangkaiannya,' kata pegawai itu yang merujuk kepada lebih 20 serangan bom kereta yang mengorbankan lebih 180 orang sejauh ini dalam bulan Jun. - AP, AFP, Reuters.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2004 04:41 PM | Show all posts
Singapura : 18 Jun 2004   
PEMANDU VAN KORBAN NAHAS JALAN KEEMPAT DALAM 4 HARI

SEORANG lagi meninggal dunia semalam akibat kemalangan jalan raya - korban keempat dalam masa empat hari, sejak Isnin lalu.
Allahyarham Rudi Iskandar Abdul Razak, 23 tahun, menemui maut apabila vannya merempuh belakang sebuah kenderaan menyapu jalan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menuju ke Tuas sekitar 5.05 pagi.

Kemalangan itu berlaku di lorong paling kiri.

Menurut polis, akibat perlanggaran itu Allahyarham, seorang teknisyen pengawalan serengga perosak, mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Allahyarham disahkan meninggal dunia sekitar 6.35 pagi.

Pemandu kenderaan menyapu jalan itu, seorang lelaki Melayu berusia 50-an tahun, mengalami kecederaan di tengkuk dan badan.

Beliau juga dibawa ke NUH untuk mendapatkan rawatan.

Isnin lalu, seorang lelaki meninggal dunia apabila beliau tercampak dari motosikalnya dan badannya tertusuk di palang pembahagi jalan di Kallang Road.

Selasa lalu pula, seorang lelaki dilanggar sebuah lori semasa berjalan kaki di Bedok North Road.

Kelmarin, seorang penunggang motosikal meninggal dunia apabila beliau merempuh belakang sebuah teksi yang berhenti dengan tiba-tiba setelah melanggar belakang sebuah kereta di Ekspreswe Central (CTE).

sedih betul kisah crita ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2004 04:42 PM | Show all posts
Singapura : 18 Jun 2004   
GAJI MENTERI, PEGAWAI KANAN DIPULIH
Potongan sejak Nov 2001 dipulih dalam dua tahap

POTONGAN gaji bulanan bagi para menteri dan pegawai kanan pemerintah yang dikenakan sejak November 2001 akan dipulihkan dalam dua tahap bermula bulan depan.

Dalam tahap pertama, potongan gaji sehingga 10 peratus yang dibuat pada November 2001 akan dipulihkan bulan depan.

Dalam tahap kedua pula, potongan sehingga 10 peratus yang dibuat pada Julai tahun lalu akan dipulihkan pada 1 Januari 2005.

Tempoh penguatkuasaan kedua-dua potongan gaji itu akan lupus pada akhir bulan ini.

Pemotongan gaji sehingga 10 peratus pada November 2001 telah dibuat menyusuli kemuraman ekonomi ekoran serangan 11 September dan pemotongan gaji sehingga 10 peratus pada Julai 2003 menyusuli penularan wabak Sars tahun lalu.

Mengumumkan demikian semalam, Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) berkata pemulihan gaji itu dibuat memandangkan keadaan ekonomi yang kian mantap dan berkembang.

Bagaimanapun, PSD turut mengumumkan bahawa pemerintah akan menghentikan kaedah menetapkan tangga gaji sektor awam bersesuaian kayu ukur gaji sektor swasta secara automatik.

Ini kerana sistem yang diperkenalkan sejak 1994 untuk memastikan gaji sektor awam kompetitif dengan sektor swasta setiap tahun tidak dilaksanakan setiap tahun.

Menurut PSD, sejak diperkenalkan 10 tahun lalu, pemerintah hanya membuat penyesuaian dalam empat tahun sahaja.

Ini disebabkan keadaan ekonomi kurang stabil dan kadar gaji sektor swasta yang banyak berubah-ubah daripada yang dijangkakan.

Sebaliknya, pemerintah akan terus memantau kadar gaji sektor swasta setiap tahun dan menyesuaikan gaji sektor awam, yang lama-kelamaan, akan mencapai kadar sektor swasta.

Selain kadar gaji terkini sektor swasta, perubahan gaji sektor awam juga akan mengambil kira keadaan ekonomi secara keseluruhan.

Pengumuman PSD itu dibuat sebulan selepas pemerintah mengumumkan akan memberikan bonus Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC) pertengahan tahun berjumlah setengah bulan, kepada para kakitangan awam, bulan depan.

Mereka juga akan menerima AVC sebanyak setengah bulan Disember ini, jika ekonomi tumbuh antara 5.5 dengan 7.5 peratus.

Kenaikan itu dibuat sejajar dengan saranan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) yang diumumkan awal bulan lalu agar syarikat yang telah pulih dan meraih keuntungan menaikkan gaji pekerja mereka secara sederhana
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 18-6-2004 06:08 PM | Show all posts
kat papers.ada this lady ,she's a victim of snatch thief,dia paralyse waist down
when she fell down.kalau you people encounter such situation,just let go of your bag.just give it to him.duit boleh di cari.
matz punya buddy,he went to a park.ada robber pakai pisau nak duit.dia resist tangan dia kena potong...tendon semua boleh nampak.next time just give the money and don't resist.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2004 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 18-6-2004 04:32 PM:
Going smoke-free won't hurt business at pubs, clubs

SEVERAL cities in developed countries have adopted the laudable move of banning smoking in enclosed spaces, including restaurants, bars and c ...



susah nak cakap la....

kalo aku kena pilih bau mulut busuk pasal hisap rokok ngan bau mulut busuk pasal minum ehem,

aku pilih bau rokok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2004 09:19 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 18-6-2004 06:08 PM:
kat papers.ada this lady ,she's a victim of snatch thief,dia paralyse waist down
when she fell down.kalau you people encounter such situation,just let go of your bag.just give it to him.duit boleh ...



yang kat johor , meninggal kan yang pompuan cina 30 an tu?

kesian ah, anak2 dia kecik2... ni la kes ragut beg tangan....


tapi kadang2 macam instinct la matz, kita mesti nak  lawan balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
matz_rockz This user has been deleted
Post time 18-6-2004 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 18-6-2004 09:19 PM:



yang kat johor , meninggal kan yang pompuan cina 30 an tu?

kesian ah, anak2 dia kecik2... ni la kes ragut beg tangan....


tapi kadang2 macam instinct la matz, kita mesti nak  lawan bal ...


deaf my buddy ni kena,dia macam nak rampas pisau dari robber,dia genggam,robber tarik pisau.....adoi tengok dia punya tangan kena jahit terok abis...kalau you rwallet ada $500 pun biar lah ko kasi, i rather lose the money than lose the use of my hand.duit pelan2  kita boleh cari.well,just my thoughts here.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2004 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 18-6-2004 09:33 PM:


deaf my buddy ni kena,dia macam nak rampas pisau dari robber,dia genggam,robber tarik pisau.....adoi tengok dia punya tangan kena jahit terok abis...kalau you rwallet ada $500 pun biar lah ko k ...



siot ah eh... aku tak paham sapa2 kerja mencuri....

tak takut dosa ke?

dah tu tak kesian ke.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 18-6-2004 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 18-6-2004 09:48 PM:



siot ah eh... aku tak paham sapa2 kerja mencuri....

tak takut dosa ke?

dah tu tak kesian ke.....



deaf aku pun tak paham jugak,itu hari keluar papers,this guy pakai songkok haji ada janggut lagi...tapi dia pergi rape budak lima tahun.kalau tak tahan ko pergi lah lorong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2004 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 18-6-2004 09:59 PM:



deaf aku pun tak paham jugak,itu hari keluar papers,this guy pakai songkok haji ada janggut lagi...tapi dia pergi rape budak lima tahun.kalau tak tahan ko pergi lah lorong.



ni banyak terjadi matz...  kalo kommuniti melayu islam, selalu terjadi kat spore dan msia...

ntah la... doa2 je la, semoga kita semua terlindung dari terbuat benda2 gini..

ni bila dah akal dah tak bleh berpikir, sebab tu jadi gitu...
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 19-6-2004 02:13 AM | Show all posts
BERITA PAGI BUTA NI........

MATZ MINUM COFFEE SPINELLI PUKUL 4 PTG TADI,

SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH TIDOR ....MY FRIEND CAKAP COFFEE TAK

POTENT...KEBABAI BETUL ....KURANG2 PUKUL 5  BARU BOLEH TIDOR.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2004 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 19-6-2004 02:13 AM:
BERITA PAGI BUTA NI........

MATZ MINUM COFFEE SPINELLI PUKUL 4 PTG TADI,

SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH TIDOR ....MY FRIEND CAKAP COFFEE TAK

POTENT...KEBABAI BETUL ....KURANG2 PUKUL 5  BARU BO ...


ye ke?


best la tu macam, bleh nengok Euro 2004...

tak pun wirid2 ke hehehehe....:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2004 12:58 AM | Show all posts
tadi kat news lawak siot...

kat Sengkang ada cam pembukaan kelab masyarakat...

siap ada kuda dua ekor, jadi budak2 bleh tunggang la....


terus ada dua auntie cina bergaduh wooo.....   siap ngan terajang lagi...

pasal tuduh salah sorang tu cut Q supaya anak dia dapat naik kuda dulu...


masuk tv news...  tak bleh accept la.... kuda tu dua ekor mesti ketawa lepak punya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2004 06:51 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 21-6-2004 00:58:
tadi kat news lawak siot...

kat Sengkang ada cam pembukaan kelab masyarakat...

siap ada kuda dua ekor, jadi budak2 bleh tunggang la....


terus ada dua auntie cina bergaduh wooo.....   sia ...


Cakap pasal ni... aritu pun ader stabbing nyer kes kan? Mati ah tu orang... Pasal orang cut queue jugak.... pasal nak letak betting...
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 21-6-2004 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 21-6-2004 12:58 AM:
tadi kat news lawak siot...

kat Sengkang ada cam pembukaan kelab masyarakat...

siap ada kuda dua ekor, jadi budak2 bleh tunggang la....


terus ada dua auntie cina bergaduh wooo.....   sia ...



patut si kuda tendang si auntie...takkan kuda nak masok lock up for
unruly behavior.just one kick to silence the aunties.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2004 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 21-6-2004 08:43 AM:



patut si kuda tendang si auntie...takkan kuda nak masok lock up for
unruly behavior.just one kick to silence the aunties.


bodoh eh? Pasal kuda pun boleh gaduh, tarik2 baju sampai nampak ehem dia...kalau lah anak aku tak dapat naik kuda tu pun takpelah, senang aje, cakap dengan anak, takpe kita naik kuda yang doposen tu eh sayang...kalau tak nak gak, nanti kita balik melaka kita naik keta kuda ye darling...

dunia dunia..such a waste of time fighting over small matters..macam lah sesape naik kuda tu dapat bawak balik kuda. betul2 bangang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 21-6-2004 11:19 AM | Show all posts
kat papers today ada this guy kena bedal dalam bas by a group of armed gang kat bukit batok.budak2 ni makin daring....ko kalau ngan budak2 dalam bas nampak gini,ko nak tolong...dia orang ambik pisau tunjukkan kat your children ....nak tolong macam mana ? nak jadi hero,hero die first.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2004 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by herokampong at 21-6-2004 06:51 AM:


Cakap pasal ni... aritu pun ader stabbing nyer kes kan? Mati ah tu orang... Pasal orang cut queue jugak.... pasal nak letak betting...

yup ni semua gara letak betting, doarng ni semua dah takde keje, cari penyakit pulak..:geram:
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 21-6-2004 02:20 PM | Show all posts
kat newpaper straits times page H16...ada baby kena ayer kopi panas,kulit nya kena teruk.....kalau goreng2 ikan atau masak kat dapur,make sure budak2 not in the kitchen.train2 budak,kalau bawak pisau...make sure pisau pointing downwards.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2004 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by herokampong at 21-6-2004 06:51 AM:


Cakap pasal ni... aritu pun ader stabbing nyer kes kan? Mati ah tu orang... Pasal orang cut queue jugak.... pasal nak letak betting...



ah ah kat bukit merah kot...


siot je eh, ntah hapa2 terus pegi kedai sebelah ambik pisau, kejar orang yang dia selisih faham terus rodok sampai mati....


tak paham la aku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060273 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list