CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tanabe2287

:: TERENGGANU FOOTBALL CLUB (TFC) ::

[Copy link]
Post time 13-1-2009 08:57 AM | Show all posts

Balas #799 faridali\ catat

T-team under sape ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 09:07 AM | Show all posts
Terengganu kian bersemangat

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my



MANAF MAMAT (tengah) akan terus menjadi sandaran Terengganu untuk menggempur kubu KM Naza malam ini.


SEMANGAT Terengganu semakin memuncak.
Mereka mahu terus memburu kemenangan dan sasaran seterusnya ialah untuk menyekat Kuala Muda Naza (KM Naza).

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Meskipun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki, kemenangan 2-0 ke atas UPB-MyTeam, Sabtu lalu sudah cukup untuk membuktikan kekuatan sebenar skuad bimbingan Mohamad Nik itu.

Pastinya, Terengganu akan mengekalkan gandingan pemain senior dan remaja yang membantu mereka mencatat kemenangan sulung daripada tiga perlawanan pertama musim ini.

"Saya tidak berhasrat untuk merombak pasukan kerana sebarang pertukaran akan menjejaskan momentum dan keyakinan pemain-pemain saya.

"Ini adalah skuad terbaik meskipun saya akui masih ada ruang yang perlu diperbaiki terutamanya di bahagian serangan.

"Namun, saya akan mengekalkan barisan penyerang yang ada dan berharap mereka akan memperbaiki persembahan untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan pada perlawanan esok (hari ini)," kata Mohamad.

Menurut Mohamad, dia akan terus memberi peluang kepada Azlan Ismail untuk mengemudi jentera serangan meskipun persembahan bekas pemain Perlis ini masih belum mencapai tahap sebenar.

Pada aksi menentang UPB-MyTeam, Sabtu lalu Azlan yang bergandingan bersama Wan Md. Alif Wan Jasmin melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Begitu juga dalam dua perlawanan terdahulu ketika tewas 2-3 kepada Perlis dan 1-3 ke atas KL Plus.

Sementara itu, Mohamad mengakui dia berasa bimbang dengan jadual perlawanan musim ini.

Katanya, jadual perlawanan yang ketat menyukarkan persiapan mereka untuk menghadapi perlawanan sebenar.

"Dalam tiga perlawanan pertama, jadual perlawanan sungguh ketat terutamanya pada aksi menentang Kuala Muda Naza esok (hari ini), kami hanya ada masa satu hari untuk berlatih.

"Begitupun, selepas kami mula mendapat momentum, perlawanan akan ditangguhkan pula sehingga Februari ini. Sudah tentu, ia akan menjejaskan tumpuan pemain."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by tanabe2287 at 12-1-2009 04:52 PM





ning view dari umah sewa haku...gining ah keadaan dia.....


mu keje mende ulu swak tu nabe....?

molek doh mu saing dgn ajis.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:22 AM | Show all posts

Reply #801 ajez's post

awok2 dato rahin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 13-1-2009 09:11 AM


mu keje mende ulu swak tu nabe....?

molek doh mu saing dgn ajis.........



jgn ditanya aku kije menda...yg penting halal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2009 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 13-1-2009 09:22 AM
awok2 dato rahin


bos kije aku dua tahun lps ning....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 12:31 PM | Show all posts

Balas #804 t@t\ catat

mende mung t@t..best giler duk sining..tanye nabe dok caye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 02:09 PM | Show all posts

promosi jap

kpd semua kengkawan dan fan f1 jugak motorsport, buleh mula meloyarburuk dan sembang f1 dan motorsport lain di Subbod MOTORSPORT baru di link dibawah

sila pergi ke sini -> http://eforum4.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=61&page=1

"mari kita reramai sembang motorsport"

timakacih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 02:11 PM | Show all posts

Reply #809 ShadowChaser's post

mung duk tayang iklan gitu ah....

leh jadi mod tu tabur2 ah kedit banyak.... wat open day skali jadi guana....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by ajez at 12-1-2009 06:20 PM
nabe apply kerakyatan dinung dh abe pemburu bayang wei..


sedih ah aku gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by ajez at 13-1-2009 08:57 AM
T-team under sape ek?


Dato' Rahin...exco sukan tranung....siap ada kelab penyokong sendiri...hehe...

aku tengok corok permainang t-team lg kemas dari Tranung...kombinasi player lama hok berpengalamang n ayam muda....


sib baik dok duduk bowoh che mat...:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 03:56 PM | Show all posts

Balas #812 faridali\ catat

ooo..harap2 kekal lame ar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 07:08 PM | Show all posts

Reply #812 faridali's post

betul tu..duk bwh che mat kucar hanyar ahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 10:26 PM | Show all posts

Reply #814 tanabe2287's post

sedap kutuk tu, kuacar kacir pun jore pe
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:07 AM | Show all posts
kalah lg ganu.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 12:38 AM | Show all posts
Originally posted by tanabe2287 at 13-1-2009 02:11 PM
mung duk tayang iklan gitu ah....

leh jadi mod tu tabur2 ah kedit banyak.... wat open day skali jadi guana....



x yoh mimpi la brader...

si mat dol masam ni bukan reti bagi2 kredit...

wa rasa sampai kiamat pun dia tak kan bagi kredit kat wa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:40 AM | Show all posts
mana menang tganung weyyyyyyyyy...

wa dah buat perjanjian dgn kelab bogel malaysia...


kalo tganung kalah mlm ni wa nak lari bogel kat tepi pata batu burok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 03:11 AM | Show all posts
kalah lg...huhu...

ada harapan nk turun ke liga perdana nih...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 07:18 AM | Show all posts
Helmi diketepikan, Syamsuri galas tugas

Oleh Sayed Hesham Idris



KUALA LUMPUR - Jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan mengetepikanHelmi Eliza Elias daripada senarai pelatih skuad kebangsaan untukperlawanan kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu(UAE) minggu depan, sebaliknya menyenaraikan penjaga gawang veteran,Mohd. Syamsuri Mustaffa.

Sathia mengakui prestasi goyah Helmi bersama skuad Kedah menyebabkan penjaga gol itu diketepikan.
''Kalau jurulatihnya sendiri, iaitu orang yang paling dekatdengannya yang mengetahui sejauh mana prestasinya membuat keputusanmerehatkan Helmi, saya terpaksa mengetepikan dia.

''Buat masa ini ternyata Helmi masih belum bersedia untuk perlawanan besar.
''Ia sama seperti pemain muda Mohd. Asrarudin Putra Omar yang jarangditurunkan oleh Selangor, jadi saya juga tidak dapat menyenarai namanya.

''Ini kerana saya hanya memanggil pemain yang benar-benar cergas dan berada pada prestasi terbaik.
''Bukan tugasan saya untuk membentuk semula psikologi pemain yanggagal mempamer prestasi terbaik dalam liga kerana persediaan kitabegitu singkat iaitu lima hari sahaja,'' katanya ketika dihubungi disini, semalam.
Pada awalnya, Sathia masih menaruh kepercayaan terhadap Helmi danbercadang untuk menyenaraikan penjaga gol itu walaupun dia melakukankesilapan ketika Malaysia kalah kepada Vietnampada Kejohanan PialaSuzuki AFF.
Namun, kesilapan melepaskan satu gol mudah ketika Kedah kalah 1-3kepada Selangor dalam perlawanan Sumbangsih, di Alor Star, 3 Januarilalu, memaksa jurulatih Kedah, Azrai Khor Abdullah merehatkan Helmi.

Selain Mohd. Syamsuri, beberapa pelatih yang dipanggil untukKejohanan Piala Suzuki AFF bulan lalu tetapi digugurkan kemudiannyaturut dipanggil semula seperti V. Thirumurugan, Norsharul Idlan Talaha,Fadzli Shaari, Mohd. Fauzie Nan, Mohd. Marzuki Yusof dan Mohd. AshariSamsuddin.
Mohd. Syamsuri yang kali terakhir mewakili negara pada 2007menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan disenaraikan bersamapenjaga gawang UPB My-Team, Syed Adney Syed Hussein,
Pemain veteran, Rosdi Talib sekali lagi berada dalam senarai selepastidak dapat bersama skuad kebangsaan untuk persahabatan denganIndonesia di Surabaya, 6 Jun lalu.

Selain itu, pelatih yang akan melaporkan diri untuk latihan pusat diWisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Petaling Jaya, hari iniadalah pemain dari skuad yang terkandas di peringkat kumpulan KejohananPiala Suzuki AFF di Phuket, bulan lalu.
Sathia terus menyandarkan tugas penggempur di bahu penyerangSelangor Safee Sali, sekali lagi digandingkan dengan IndraputraMahayuddin.

Penyerang senior, Nizaruddin Yusof dan penyerang muda NegeriSembilan, Mohd. Zaquan Adha Abd Razak juga ada dalam senarai 27 pelatihyang akan memulakan latihan esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.512180 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list