CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tanabe2287

:: TERENGGANU FOOTBALL CLUB (TFC) ::

[Copy link]
 Author| Post time 20-2-2009 09:47 AM | Show all posts

Reply #859 t@t's post

ape ke bangang FAM ning...

x abes2 ngan kputusan bodoh....pandai2 lah atur...selang sehari ker...

mat said pulok cepat2lah rombak SSINS tuu..kata nk wat dataran....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2009 03:42 PM | Show all posts
Terengganu pula menyekat langkah garang pendahulu Liga Perdana 2009, Harimau Muda di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dengan menumpaskan skuad bawah 20 tahun negara itu, 2-1.

Minit ke-22 menyaksikan Abdul Manaf Mamat menyamakan gol pendahuluan pelawat, Fadhli Shas, seminit sebelumnya manakala Ismail Faruqi Ashaari memastikan kemenangan dengan jaringan sepakan bebas pada minit ke-80.

Tidak jauh dari situ, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team menang dua gol tanpa balas ke atas Sarawak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by tanabe2287 at 18-2-2009 08:42 AM


management ayam jgk...tau dh tiket mahal wat turun lah....

cth...RM10 ----> 5000 penonton = RM50k (kutipan)
        RM5 ------>10000 penonton = RM50k (kutipan)

kan sama jek total kutip ...


cis nok harap ke mung, mung pah serawok doh, nok harap ke amiin padan main awek je, terpakse ah wat naik harge
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 18-2-2009 08:18 PM


jgn kutk mang dagu weh....bekas cekgu jasmani sekolah aku dulu neh...


dok kutuk eh, betul pe mende dia kabo tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 03:54 PM | Show all posts

Reply #859 t@t's post

ni kehebatan fam lah puncanya ni :@
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 03:56 PM | Show all posts

Reply #862 nazrey11's post

hebak hebak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2009 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by ShadowChaser at 22-2-2009 03:49 PM


cis nok harap ke mung, mung pah serawok doh, nok harap ke amiin padan main awek je, terpakse ah wat naik harge


kalo ader kg pong..main stara mcm aku tgk live mlm tadik..teket 5 riyal pong mahal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2009 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by ShadowChaser at 22-2-2009 03:54 PM
ni kehebatan fam lah puncanya ni :@



cik mat ayam duk sajer je dlm FAM...dah la pegang pengerusi jawatankuasa pertandingan FAM...
tp tadok wat benda...mmg ayam nyer org...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2009 08:16 AM | Show all posts
Dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, skuad bawah 19 tahun negara, Harimau Muda terus cemerlang apabila melangkah ke suku akhir dengan menumpaskan Terengganu menerusi agregat 4-3.

Selepas tewas 1-2 pada perlawanan pertama minggu lalu, Harimau Muda bangkit dengan kemenangan 3-1, sekali menempah pertemuan suku akhir dengan Perlis.

Jaringan K. Gurusamy pada minit ke-65, sepakan penalti Ahmad Shakir Md Ali di minit ke-67 dan gol Ahmad Aminuddin pada minit ke-76 menghadiahkan kemenangan buat tuan rumah, manakala gol saguhati Terengganu, yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain dijaringkan ketua pasukan, Mohd. Marzuki Yusof pada minit ke-43.

Di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, T-Team menebus kegagalan skuad negeri mereka meneruskan cabaran, apabila wakil Terengganu itu mara ke suku akhir dengan menumpaskan Sarawak menerusi agregat 4-1.

Pelawat yang menang 2-0, Sabtu lalu, melengkapkan kemaraan mereka dengan menumpaskan tuan rumah 2-1 dalam perlawanan kedua semalam.

Sarawak bagaimanapun terlebih dulu membuka jaringan menerusi rembatan Khalid Hamlet dari luar petak penalti pada minit ke-45.

Namun, T-Team sukar dibendung apabila jaringan Hasbullah Awang dan Azrul Azran Aminuddin pada minit ke-52 dan 62 membawa mereka melepasi pusingan kedua ini.



quater final FA cup...
T-Team Vs N9

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 10:20 AM | Show all posts

Balas #869 tanabe2287\ catat

kalah penyu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 10:55 AM | Show all posts

Reply #867 tanabe2287's post

cis stadium lama pun kat spuloh riyal katok, stadium baru brape kena bayo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2009 11:00 AM | Show all posts

Reply #870 ahmad_fazill's post

jom sokong 'anok penyu' pulokkk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2009 11:01 AM | Show all posts

Reply #871 ShadowChaser's post

rasenya seploh riyal jugok.... x reti2 nk wat turun rega tiket....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 06:22 AM | Show all posts
babai che mat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 06:32 PM | Show all posts
xleh harap ke team ganu..lembap.

support t-team plk
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 09:02 AM | Show all posts

Reply #873 tanabe2287's post

kira muroh ah tu kalu kat stadium baru

kalu kat stadium nok runtuh tu kira mahal ah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2009 08:24 AM | Show all posts
T-Team harap tuah tempat sendiri

Oleh Hamid Salleh
bhsukan@bharian.com.my
  
                             
KEHADIRANsemula penyerang Md Haris Safwan Md Kamal selepas digantung satuperlawanan melegakan skuad T-Team yang akan berdepan Negeri Sembilandalam pertemuan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan MizanZainal Abidin, esok.

Pengurus T-Team, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata, Harisyang digantung kerana mengumpulkan dua kad kuning, mampu memberikankelebihan selepas gandingannya bersama Hairuddin Omar cukup serasidalam melaksanakan tugas membolos gawang lawan.

"Dengan kehadiran semula Haris, saya yakin skuad ini akandapat menewaskan lawan dalam perlawanan pertama di tempat sendiri untukmenjadi modal apabila berkunjung ke tempat lawan pada 7 Mac ini,"katanya.
        
     Abdul Rahin berkata, jika anak buahnya bolehmencatat kemenangan dengan sekurang-kurangnya dua gol, sudah tentupeluang untuk mara ke separuh akhir semakin cerah.

Pada masa sama, penjaga gol berpengalaman, Syamsuri Mustaffatidak dapat diturunkan malam esok kerana masih belum pulih akibatkecederaan di rahang ketika mewakili skuad negara, dan tempatnya akandiisi oleh Ismail Abdul Rahman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:27 AM | Show all posts
T-Team yakin raih tiga mata

PASUKAN T-Team ada misi besar apabila berkunjung ke Stadium Likas, Kota Kinabalu hari ini.

Jurulatih Che Ku Marzuki Che Ku Md. Noor berkata, skuad kendalian- nya mahu menewaskan Sabah, sekali gus membawa pulang tiga mata penuh pada pertemuan itu.

"Berdasarkan prestasi semasa dan rekod bermain di tempat lawan, tidak mustahil kami mampu menewaskan Sabah.

"Saya yakin kami akan memperoleh kemenangan kerana semangat pasukan berada pada tahap terbaik dan semua pemain bebas daripada masalah kecederaan," katanya semalam.

Menurut Che Ku Marzuki, rekod tiga kemenangan berturut-turut bermain di tempat lawan dalam saingan liga musim ini menjadi kekua- tan skuad kendaliannya.

Bermula dengan kemenangan 3-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), T-Team meneruskan rentak kemenangan mereka untuk membelasah Selangor PKNS 4-1 sebelum membenam Sarawak 4-0.

Katanya, meskipun beliau telah melakukan sedikit perubahan di bahagian tengah dan serangan, formasi pasukan itu akan dikekalkan.

Penyerang kebangsaan, Hairud- din Omar dan Haris Safwan Omar terus diberi kepercayaan untuk mengasak kubu lawan sambil dibantu Rosdi Talib di bahagian tengah.

"Saya berharap, barisan penyerang tidak akan melakukan kesila- pan dan mempersia-siakan peluang menjaring gol.

"Saya akui, ini adalah kelemahan utama yang dialami pasukan ketika ini.

"Oleh sebab itu, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan kami tidak berputih mata di Sabah."

Bagaimanapun, Che Ku Marzuki berkata, mereka tidak boleh memandang rendah kemampuan Sabah kerana dalam bola sepak, macam-macam boleh berlaku.

"Selain itu, Sabah juga memiliki rekod yang cemerlang apabila bermain di tempat sendiri," katanya.

Setakat ini, T-Team menghuni kedudukan ketiga liga masing-masing enam dan empat mata di belakang Harimau Muda serta Johor.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:31 AM | Show all posts
Terengganu belum puas

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


PEMAIN Terengganu, Ismail Faruqi Ashaari (kiri) bersaing dengan pemain Pahang, Md. Azamudin Md. Akil pada aksi Liga Super di Kuala Terengganu kelmarin.



TERENGGANU belum puas meski- pun menang 3-0 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

Pengurus pasukan, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof berkata, skuad kendalian Ken Worden itu sepatutnya menang dengan jari- ngan yang lebih besar.

"Kita memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi barisan penyerang yang diketuai Azlan Ismail mempersia-siakannya.

"Selain itu, pemain-pemain juga bermain dalam keadaan yang kurang keyakinan," kata Sheikh Ahmad Tajuddin yang ditemui selepas perlawanan itu.

Menurutnya, rekod lalu dan perasaan takut kalah turut menjadi faktor membataskan pergerakan pemain meskipun mereka berdepan lawan yang serba kekurangan.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya corak permainan pasukan mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.

Sheikh Ahmad Tajuddin berkata, selepas melakukan beberapa pertukaran posisi di bahagian serangan dan tengah serta strategi permainan, prestasi pasukan mula menunjukkan perkembangan.

"Saya berharap kemenangan ke atas Pahang ini akan memberi suntikan semangat kepada pemain-pemain untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

"Bagi saya, kemenangan ini sangat penting kerana selepas ini kami akan berdepan pendahulu Liga Super, Selangor pada 31 Mac ini di hadapan peminat sendiri," kata- nya.

Pada perlawanan kelmarin, meskipun beraksi dalam keadaan padang yang basah, Terengganu yang bermula garang berjaya menyumbat gol pertama menerusi tandukan Azlan Ismail.

Tujuh minit kemudian, Azlan sekali lagi membuktikan kehebatannya untuk menanduk masuk gol kedua sebelum Ahmad Asaari Shamsudin melengkapkan kemenangan 3-0 tuan rumah pada minit ke-72.

Bagaimanapun, Terengganu bakal kehilangan khidmat pemain remaja, Hariri Mohd. Safli pada aksi menentang Selangor selepas dia mengutip kad kuning ketiga kelmarin.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Tajuddin Nor berkata, beliau tidak kecewa dengan kekalahan anak- anak buahnya.

"Kebanyakan daripada pemain saya masih muda dan mereka kurang berpengalaman untuk bermain terutamanya pada peringkat yang lebih tinggi.

"Mereka masih lagi dalam proses pembentukan dan mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk dianggap setanding dengan pasukan lain," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 12:04 PM | Show all posts

Penyu cari gol awal

Oleh Hamid Salleh
sukan@hmetro.com.my

SKUAD Terengganu bimbingan Ken Worden bersedia menghadapi pertemuan dengan pendahulu Liga Super, Selangor di gelanggang sendiri, malam ini dengan misi menafikan mata penuh dibawa pulang ke Shah Alam.

Menyedari perlawanan penting itu, Ken Worden terpaksa membuat percaturan terbaik menyenaraikan kesebelasan mantap sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Selangor di Kuala Terengganu.

Terengganu sedikit pun tidak gentar untuk bertemu dengan Selangor bagi menyekat lawan daripada meraih mata penuh.

Walaupun pihak lawan mempunyai barisan pemain hebat dan berada di tempat teratas Liga Super dengan mengumpul 18 mata setakat ini, namun tuan rumah yakin Selangor mampu ditewaskan di Kuala Terengganu.







  


Pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof berkata, beliau yakin barisan pemain bakal menggalas tugas penting itu mampu beraksi dengan baik untuk memastikan lawan kecundang.




“Dengan bermain di gelanggang sendiri sudah pasti pasukan tuan rumah tidak rela dimalukan pihak lawan dan sebab itu peluang mencari kemenangan adalah cerah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sheikh Ahmad Tajuddin percaya dengan kemampuan anak buahnya selepas mendapat ilmu daripada Ken Worden sejak mengambil tugas itu, beberapa bulan lalu sehingga menunjukkan peningkatan membanggakan.

Beliau berkata, barisan serangan diketuai Azlan Ismail bersama-sama Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin diharap mampu menggegar gawang lawan.

“Kita pastikan mampu menjaringkan beberapa gol awal dalam separuh masa pertama untuk melemahkan lawan dan jika itu berhasil, sudah pasti lawan dapat ditumbangkan,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.154176 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list