CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8555|Reply: 40

AURA...why others have it but you don't?

[Copy link]
Post time 12-12-2005 11:32 AM | Show all posts |Read mode
:cak:Am sure, if it could be bottled, so many people would be willing to part with their
wealth to have one:hmm:

kenapa ek...ada yg punyai aura tanpa perlu bersusah payah mencarinya...ada plak mencuba berhempas pulas tetapi tidak berhasil;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2005 10:16 PM | Show all posts
so what do you mean by Aura...saya pernah mendengarnya tetapi tidak tahu apa itu aura mungkin anda patut  menjelaskannya apa itu AURA....
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 13-12-2005 11:49 AM | Show all posts
mungkin kita perlu menggunakan terapi aura seperti yang selalu dipromosikan semasa WHI di TV3 suatu ketika dahulu. Cecair yang boleh menaikkan aura itu diletakkan di dalam botol dan boleh digunakan untuk menaikkan aura kecantikan, karisma, kepandaian etc. Tapi lupa lak jenama dia....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 12:08 PM | Show all posts
...i dont noe if i have an aura...im just happy being me...macam mana korang pk tang aku kat sini...gitu jugaklah aku in real life...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2005 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by Atomic_Omnikid at 12-12-2005 10:16 PM
so what do you mean by Aura...saya pernah mendengarnya tetapi tidak tahu apa itu aura mungkin anda patut  menjelaskannya apa itu AURA....

from my own knowledge...vibes...usually positive...good ones...:hmm:
in another term...I remember reading aura of colours vibrating out of our
bodies or sumthin'...but that's another story...

nowadays...AURA usually refers to the ability to attract people's attention...
whether be it positive or negative... I am sure you all can already pictured
who these people who have had auras...be it dead or alive...:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 06:57 PM | Show all posts
kalau cam t p ramlee tu ada AURA lah ya?

i'm also confused with the meaning...pernah dgr kawan2 guna...cthnya...
seorg kawan berkahwin awal dan pd majlis kendurinya semua pakat nk dok dekat pengantin tu sbb nk dpt 'aura' so that they can kahwin awal too...(ni bukan kepercayaan,saja nk guna perkataan aura tu je:bgrin
betul ke penggunaan aura kat situ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
simplelife This user has been deleted
Post time 13-12-2005 10:10 PM | Show all posts
Aura ni ada pada setiap manusia tetapi terdapat perbezaan kekuatan aura antara individu dengan individu yang lain bergantung kepada peribadi dan fizikal tubuh manusia itu sendiri. Banyak perkara yang boleh dilihat dengan memerhatikan aura yang diwakili oleh lapisan cahaya berwarna yang menyelaputi badan seperti taraf kesihatan, jenis penyakit dan perawatannya, emosi pada ketika itu, daya intelektual  dan lain-lain. Namun, yang banyak diperkatakan sekarang mengenai aura ialah karisma atau daya tarikan yang mampu membuatkan seseorang itu mempunyai kekuatan pengaruh yang tinggi seperti pemimpin masyarakat, tokoh agama, malah penyanyi seperti Mawi sekalipun.

Kekuatan aura bergantung kepada tebal atau nipisnya aura tersebut menyeliputi badan. Walaupun warna-warna aura tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi ia tetap memberikan pengaruh yang kuat kepada empunya aura dan orang sekelilingnya. Ada banyak cara yang dilakukan untuk menebalkan kekuatan aura positif seperti biru, hijau dan putih. Antaranya adalah dengan bertafakur dan berzikir kepada Tuhan, bermeditasi dan menenangkan hati, menjalani terapi warna dan pembaikpulihanan peribadi manusia itu sendiri. Walau apapun cara yang dilakukan yang pentingnya amalan-amalan tersebut perlu dilakukan dengan iltizam dan kepercayaan kepada diri sendiri serta sentiasa bersikap positif dalam semua keadaan kerana aura bterpancar dari tubuh hasil gabungan fizikal dan rohani tubuh itu sendiri dan akal fikiran....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 10:20 PM | Show all posts
untuk makluman korang AURA ni merupakan medan tenaga yg ada kat sekitar badan manusia, tak boleh dilihat dgn mata kasar. Pakar menyebutnya sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap2 air dlm warna pelangi yg diserap.

Pernah tak korang rasa bila bertemu dgn seseorg tu kita rasa sgt menyukainya w/pun baru 1st berjumpa dan ada pulak yg kita rasa kurang senang atau tidak selesa.

Ambik contoh mudahlah terserempak baby kecik ( bukan dr famili kita ) bila kita dukung dia tak menangis malah mungkin tersenyum. Itu maknanya dia merasa aura positif yg kita miliki.  Haiwan juga mempunyai deria utk merasai aura manusia, contohnya kucing.  Pernah tak korang alami yg tiba2 ada seekor kucing menghampiri lalu menggesel badannya di kaki kita, w/pun kat situ ramai lagi manusia lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2005 10:37 PM | Show all posts
Aura sifatnya adalah positif, tetapi boleh berubah bergantung dgn sikap dan gaya hidup pelaku. Cth seperti perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian ( taat kepada agama )

Aura akan berubah menjadi negatif apabila seseorg itu dlm keadaan marah, tertekan, kebingungan, lemah semangat dll yg akan menyebabkan sistem di dlm auranya mengalami kebocoran.  eemmmm camana nak explain ekk..

ok..korang bayangkan sekeling tubuh korang ada tujuh lapisan pelangi iaitu aura, jika warnanya seimbang bermakna sifatnya adalah positif, tetapi jika mengalami kebocoran warnanya akan bercelaru dan merosakkan keseimbangan aura itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 10:40 PM | Show all posts
Sifat warna aura secara umum

* Ungu - menunjukkan tingkat spirituil

* Biru - spirituil dan telepati yang baik

* Biru laut - keupayaan tinggi untuk mempengaruhi orang lain

* Hijau - menenangkan

* Kuning - periang

* Oren - hebat, luar biasa dan unik

* Merah - materialistik, gagah, berfikiran negatif

* Merah jambu - penyayang

* Coklat - tidak stabil, spirituil negatif

* Kelabu - murung, punyai sisi gelap dalam hidup

* Belerang - tidak sihat, pemarah

* Putih - penyakit serius.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 10:46 PM | Show all posts
Aura dapat menjadi lemah sekiranya:

* Kurang bersenam

* Merokok

* Kurang rehat

* Udara yang tidak bersih

* Tekanan

* Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah

* Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba, mengumpat, mengutuk dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 10:47 PM | Show all posts
Tip memulihkan aura

* Berfikiran positif

* Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuh kehijauan bagi mengeluarkan tekanan.

* Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya, berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit.

Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi.

* Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas di dalam badan.

Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakam apa sahaja yang difikirkan.

* Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapat menghindari mudah dimasuki aura negatif

* Banyakkan minum air putih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by mrs_livingstone at 13-12-2005 06:57 PM
kalau cam t p ramlee tu ada AURA lah ya?

i'm also confused with the meaning...pernah dgr kawan2 guna...cthnya...
seorg kawan berkahwin awal dan pd majlis kendurinya semua pakat nk dok dekat pen ...



Semua org ada Aura, mungkin P Ramlee mempunyai aura positf di dalam dirinya.  Coz bila dia mempunya aura positif dia secara langsung akan menarik kemesraan, keyakinanan dan akan membuat org akan suka padanya.  Contohnya macam Mawi la...

Ramai artis2 memiliki aura positif selain Mawi spt Siti, Jamal Abdillah mdan pemimpin seperti Anwar Ibrahim yg mampu mengumpul puluhan ribuan audiens utk mendengarnya berpidato.

Pasal kenduri kawin tu mungkin kita boleh pakai ayat nak ambik seri pengantin.  Sebab waktu nak naik pelamin mak andam dah buat macam2 kat pengantin utk menaikkan serinya spt mandi bunga.  Itu juga berkaitan dgn aura.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 04:04 AM | Show all posts
thanks kewl....so kewl:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 09:50 AM | Show all posts
so camna nak tau kat diri kita ada aura kaler apa...? :hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 14-12-2005 09:50 AM
so camna nak tau kat diri kita ada aura kaler apa...? :hmm::hmm:


nak tengok diri kita ada aura kaler apa?..

ada korang kata aura di sekeliling tubuh kita boleh dilihat dengan menggunakan kamera inframerah yg banyak terdapat di kedai2 gambar. ( jgn lak lepas ni korang pakat serbu kedai gambar ). itu kata org..

Tetapi ada juga sesetengah individu dpt melihat aura milik org lain dgn mata kasar  dan ini lebih kepada kebolehan spirituil yang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2005 11:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2005 11:29 PM | Show all posts
What Is Your True Aura Colour?

klik link ni...utk jawab kuiz...
http://quizilla.com/users/azurem ... %20Aura%20Colour%3F

mine...hem...not my fav colour at all...



Blues are some of the most loving, nurturing and supportive personalities. They live from their heart and emotions. Their purpose for being on the planet is to give love, to teach love and to learn that they are loved. Their priorities are love, relationships, and spirituality.


1960 other people got this result!
This quiz has been taken 10092 times.
19% of people had this result.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2005 11:32 PM | Show all posts
ff:lari dah topik ni dari tajuk asal, tapi menarik gak ni...
both discussions can be used alongside, I think...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2005 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by mrs_livingstone at 13-12-2005 06:57 PM
kalau cam t p ramlee tu ada AURA lah ya?

i'm also confused with the meaning...pernah dgr kawan2 guna...cthnya...
seorg kawan berkahwin awal dan pd majlis kendurinya semua pakat nk dok dekat pengantin tu sbb nk dpt 'aura' so that they can kahwin awal too...(ni bukan kepercayaan,saja nk guna perkataan aura tu je)
betul ke penggunaan aura kat situ?  

kale pengantin tu...kita besa dengar amik BERKAT...tak le plak aura...

yup, P. Ramlee...ada aura kan...cam Marilyn Monroe, Elizabeth Taylor, Julia Robert, James Dean, to name a few...yg ni kat barat le... tu artis...yg bukan artis plak...MalcomX, Martin Luther King...ke hapa...kat Malaysia...Anwar Ibrahim...dll...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.107027 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list