CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rebas

[MERGED] All about Taska, Tadika, Kindergarten, Preschool

  [Copy link]
Post time 14-7-2006 11:42 AM | Show all posts
budak2 yg pakai pampers pun dia terima gak.
Anak ohhbaby, kalau nak po-po kena pakai pampers .. so hari-hari bekalkan pampers satu dalam beg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by eynda at 27-6-2006 01:16 PM


My son Adam belajar kat KRISTA sekarang......Mula2 register bayaran dlm RM400++. Peralatan sekolah....uniform.....termasuk yuran bulanan........Monthly plak RM160. Kalau ambik transportation se ...



eynda... kire murahla krista tempat u...
kat putrajaya hawat mahai sgt???
sebulan RM250... peh tu kalo nak terus stay situ sampai petang.. plus another RM250... gilosss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by yen_mamayen at 14-7-2006 02:54 PM



eynda... kire murahla krista tempat u...
kat putrajaya hawat mahai sgt???
sebulan RM250... peh tu kalo nak terus stay situ sampai petang.. plus another RM250... gilosss!!!


tpt aku monthly 185 jek....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:39 PM | Show all posts
Boleh tolong bagitau tak sape2 kat sini tahu :
1) Sek Rendah yg ok kat area s.alam (tak kira apa seksyen pun)
2. Tadika Islam tapi english medium juga area s.alam.
tengah survey nih...utk anak umur 4, 6 dan 7 thn.
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 10:02 PM | Show all posts
Aik.. tak der org nak bagi suggestion ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 12:50 AM | Show all posts
yes same problem here... i like the idea of Islamic montessori.. tapi kt sban ni limited sikit.. nak bawa anak2 duduk kl jap sampai habis study then ... boleh sekolah biasa kt sban....



...sejuk hati tgk anak tungging2 cuba sembahyang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2006 02:49 PM | Show all posts
little calliph tu separuh hari je ke? atau sekali ngan nursery?:tq::tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 02:52 PM | Show all posts

Reply #107 UMMI_MAI's post

ummi mai..cuba la call branch yg terdekat...mcm kat sri serdang ada pg ptg..pg sajer pun ada...maybe next week le kot nak g berinterview kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2006 03:20 PM | Show all posts
thanks honey... lip lap lip lap anak dara ummi tu dah nak masuk 3 taun... tapi kalu nak antar separuh ari je cam tak mampu la plak, nak bayar nanny lagi... lagipun branch terdekat ngan umah ummi tu jauh gakk   ... haru tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by UMMI_MAI at 18-7-2006 02:49 PM
little calliph tu separuh hari je ke? atau sekali ngan nursery?:tq::tq::tq::tq:



little calliph terima 3-6 year (pendek kata yang dah dypers free)...dan ada juga daycare sampai 7pm kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:50 AM | Show all posts

Reply #103 akubest's post

kat setiawangsa rm250pm

btw,..any mommies yg plan to send daughters to Qdees? I ada 2 uniform qdess yg tak pakai dah. age 5. tak tau nak buat apa dgn uniform ni.. in excellent condition! 2 pairs. brand new i think around rm35 kut.

anyone know any good primary school in Kuantan? sekolah bestari or sekolah wawasan ke.. kalau tak de, i nak cancel my plan to move there.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:04 PM | Show all posts
Tadika membentuk sikap anak-anak

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak satu proses yang berterusan cara mana mereka dibesarkan dan persekitaran membantu membentuk personaliti meraka di masa hadapan. Proses pertumbuhan dan perkembangan mereka dibezakan dari satu fasa ke satu fasa daripada bayi, bertatih, prasekolah, persekolahan, remaja seterusnya dewasa.

Kadar pertumbuhan setiap fasa mengikut cara tertentu di mana pertumbuhan bayi dan remaja lebih cepat berbanding dengan fasa lain.

Usia antara empat hingga enam tahun perkembangan sosial dan emosinya menjadi aspek yang paling penting. Dalam usia ini juga kanak-kanak dikenalkan dengan alam prasekolah atau tadika.

Tempuh prasekolah ini membantu mempercepatkan perubahan semula jadi yang sepatutnya berlaku kepada setiap kanak-kanak.

Contohnya, seorang kanak-kanak biasanya menjadi lebih aktif di tadika atau prasekolah berbanding sewaktu di rumah sebelumnya. pengalaman ini membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak di samping menguatkan otot dan tulangnya.

Tahun-tahun di tadika juga memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak seperti kata pakar perunding psikologi Pusat Psikologi Taman Desa, Dr. Edward Chan, yang dihubungi baru-baru ini. dalam usia ini kanak-kanak sudah berupaya menghargai orang lain yang mempunyai pemikiran yang berbeza daripada mereka.

Beliau memberi contoh, ''apabila kanak-kanak berbohong, ini menunjukkan mereka mengerti perspektif orang lain.''

Katanya lagi, ''belajar menghormati pendapat dan orang lain, selain menghormati pandangan dan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri, adalah sebahagian daripada pembentukan kemahiran sosial.''

Tahun-tahun tadika atau pra sekolah memberi peluang yang baik kepada kanak-kanak untuk bergaul kerana di sini mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru iaitu sebuah dunia yang lebih besar.

''Mereka juga perlu bergaul dengan rakan-rakan, belajar mematuhi peraturan dan bertolak ansur.

''Antara perkara yang perlu dipelajarinya termasuklah berkongsi, bersikap prihatin terhadap perasaan kawan-kawan lain, berbeza pendapat, terpaksa berunding, mengikut giliran serta mengambil bahagian dalam perbualan,'' jelas Dr. Chan.

Selain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari cara menghadapi pelbagai situasi sosial, tahun-tahun prasekolah juga membantu menyediakan landasan untuk peralihan dari bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa kepada diri sendiri.

Dr. Khoo Phaik Choo, perunding pediatrik, Pusat Perubatan Subang Jaya pula memberitahu, "kanak-kanak mempunyai sifat semula jadi ingin tahu, dalam usia empat tahun dan seterusnya mereka harus digalakkan menerokai dunia di luar sempadan rumah sendiri. Tadika menyediakan suasana yang selamat dan sesuai untuk mereka mengembangkan proses pembelajaran mereka.

Dia menasihatkan ibu bapa supaya jangan bimbang jika anak-anak mereka menghadapi masalah. Belajar berfikir dan menyelesaikan masalah sendiri . Ini adalah sebahagian daripada pengalaman membesar.

Sikap melindungi anak-anak boleh menyebabkan mereka tidak produktif.

Kanak-kanak dapat merasakan kebimbangan ibu bapa mereka dan ada kalanya mengambil kesempatan untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak disukai. Kanak-kanak seperti ini elok menghadiri tadika bagi menggalakkan mereka berdikari.

Namun, berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan belajar berdikari juga ada keburukannya kerana setengahnya mudah terpengaruh dan meniru sifat atau tabiat yang tidak baik seperti menggunakan bahasa yang kasar, menggigit kuku atau bersikap agresif.

Menurut Dr. Choo, ibu bapa pula jangan menunjukkan reaksi yang keterlaluan kerana tabiat ini biasanya sementara saja dan boleh diperbetulkan. Paling penting mereka mengajar anak-anak membezakan antara baik dan buruk, antara betul dengan salah.

Cara kita memberi ganjaran atau menghukum anak akan membentuk sikap yang lain pula, beliau memberi contoh, seorang anak yang diberi ganjaran atau tidak dihukum kerana bersikap agresif akan terus berkelakuan agresif.

Katanya, ''jika boleh, berbincanglah secara rasional dengan anak-anak kita. Ini akan membolehkan mereka melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza. jangan meninggikan suara tanpa sebab tetapi perlu bertegas.''

Jika perlu menghukum mereka janganlah sampai mencederakan fizikal mereka kerana ini mungkin menjejaskan kesihatan dan mental kanak-kanak.

kanak-kanak juga boleh meniru tabiat baik dan makan lebih banyak jika bersama kawan-kawan.

Tentang makanan pula, ahli pemakanan dan teknologi pemakanan sebuah syarikat susu yang terkenal, Van Toh Peng memberikan pandangan yang berhubung dengan tadika membentuk tabiat makan kanak-kanak. Katanya, ''bermula dari usia empat tahun kanak-kanak mula cerewet, asuhan di tadika mengajar mereka makan apa yang dihidangkan.''

Makanan berkhasiat memainkan peranan penting bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Peng menjelaskan, pemakanan kanak-kanak berubah mengikut tingkat pembesaran mereka. Susu yang dirumus khas mengikut peringkat usia yang diperkaya dengan vitamin dan galian mengikut piawaian ketat antarabangsa seperti US Recommended Dietary Allowances (USRDA) adalah amat berfaedah.

Bilangan keluarga yang semakin kecil menyebabkan kanak-kanak kurang berinteraksi, jadi tadika saluran yang paling tepat menggalakkan anak-anak ke arah ini.

Oleh: FAUZIAH HASSAN
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by ummiauni at 14-7-2006 10:39 PM
Boleh tolong bagitau tak sape2 kat sini tahu :
1) Sek Rendah yg ok kat area s.alam (tak kira apa seksyen pun)
2. Tadika Islam tapi english medium juga area s.alam.
tengah survey nih...utk anak u ...


Ummi, saya pun tengah survey Tadika english medium di Shah Alam. Nanti kalau jumpa share ya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by yen_mamayen at 14-7-2006 02:54 PM



eynda... kire murahla krista tempat u...
kat putrajaya hawat mahai sgt???
sebulan RM250... peh tu kalo nak terus stay situ sampai petang.. plus another RM250... gilosss!!!


Tak sama ek yuran....eynda baca dlm majalah Pa & Ma, KRISTA kat Sepang yuran RM130 jer....yg ni principal dia berlakon iklan susu Anlene tuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:11 AM | Show all posts
kat mana nak cari weekend playgroup utk budak2 umur below 3 yrs ol area ulu kelang, wangsamaju?
my son 1 thn 7 bln my mom jaga..
nak suh dia blajar nyanyi2 mix around
coz skang ni dia buat aktiviti org tua mcm
pg2 tgk tv masakan laa..af laa....smer citer favorite nenek dia eheheh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:29 AM | Show all posts
KOmpleks 3 C MPSJ akan dibuka ogos ni. Sebelah umah zu ja,,,tp dia ambik bdk umo 3-5 thn ja....Kena tunggu setahun setengah lagi lah.....Tgk kat sini;


http://www.mpsj.gov.my/main.php? ... s&SectionID=155


Kompleks 3C PJS 11/2 46000 Bandar Sunway Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8024 2704 Fax : 03-8024 4323
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 12:14 PM | Show all posts
80 peratus taska tidak berdaftar dengan JKM


KUALA LUMPUR 8 Ogos ? Kira-kira 80 peratus taman asuhan kanak-kanak (taska) di negara ini dipercayai tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, JKM mendapati hanya 1,896 taska berdaftar di seluruh negara dengan jumlah kanak-kanak 35,750 orang.

?Sedangkan jumlah terkini kanak-kanak di negara ini ialah 3.054 juta,? katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, taska yang tidak berdaftar dengan JKM diminta tampil dan berbincang dengan jabatan itu agar ia dapat didaftarkan.

Katanya, pendaftaran tersebut penting bagi memastikan taska yang beroperasi memberikan pendidikan berkualiti dan menjamin keselamatan kanak-kanak.

?Kita mahu menangani masalah ini dengan cara yang mesra kerana taska dan kementerian saling memerlukan.

?Kita tidak mahu mengambil tindakan menutup taska yang tidak berdaftar kerana sedikit sebanyak ia akan mewujudkan kesan negatif,? katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan Taska Komuniti Penyayang Bakti yang pertama di Bandar Sri Damansara di sini.

Taska Komuniti Penyayang Bakti itu diwujudkan oleh JKM bagi mengatasi masalah ketidakmampuan segelintir ibu bapa menghantar anak mereka ke taska.

Katanya, bagi tujuan pendaftaran taska perbincangan boleh dibuat dengan menyatakan masalah dihadapi.

?Jika boleh tolong kita (kementerian) akan permudahkan proses pendaftaran tetapi kementerian tidak akan berkompromi dengan taska yang tidak selamat,? ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by ohhbaby at 11-7-2006 04:22 PM
yelah ... kita waktu kecik2 dulu manalah kita gi tadika. sedar2 masuk terus darjah 1.
Sekarang nie, kalau darjah satu tak reti membaca ... alamat ketinggalanlah anak kita tu. Kesian kat dia , sure ...


saya dulu masuk gak tadika tapi, masa 6 tahun, sekarang ni 4 tahun dah tadika, advance betul budak2 sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 12:49 PM | Show all posts

Reply #115 kawaii's post

try la hantar gi tumble tots... kat great estern mall ada ... kelas dia 45 minit je... seminggu sekali, sebulan rm80 je... just gi main2... best jugak...
Reply

Use magic Report

idaim This user has been deleted
Post time 22-9-2006 09:26 AM | Show all posts
ada sesapa yg tahu info mengenai taska, tadika ker....kat area cheras atau bandar tun razak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.116541 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list