CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kacip_Fatimah

PETUA & TIPS UTK KESIHATAN, MASAKAN & PENJAGAAN BARANGAN DAPUR

  [Copy link]
Post time 30-7-2005 12:34 AM | Show all posts
makcik malas masak..tau makan je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2005 01:42 PM | Show all posts

Tips di dapur

Saya sekejap lagi nak buat biskut kismis. Tadi tgh belek2 buku resipi lama terjumpalah tips on weights & measures. Ni bagus utk buat cakes & biscuits/cookies esp. kalau alat penimbang tu dah tak berapa elok & rosak. So nak share kat kawan2 kat sini.

Ounces & Cups
4 oz = 1 cup of flour
6 oz = 1 cup of sugar
8 oz = 1 cup of butter

Ounces & Grammes
1 oz = 25 g
2 oz = 50 g
3 oz = 75 g
4 oz = 100g
5 oz = 125g
6 oz = 150g
7 oz = 175g
8 oz = 200g

So pada kawan2 ada tips kat sini, silalah kongsi kat sini kalau tak keberatan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2005 04:26 PM | Show all posts
OK..Nie ada sikit tips

1 camca besar = 15 ml
1 camca kecil / sudu teh = 5 ml (ertinya, 3 camca kecil = 1 camca besar)
1 sudu makan kurang dari 15 ml.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2005 07:33 PM | Show all posts
Salam Catlady,

Thanx for the tips. BTW, boleh stick thread ni? Mana tau Kak Liza, Kak Noor, Kak Jonah & the rest of the team nak bagi tips kat sini.

In fact I've another tip on litre & pint.

1 pint = 1/2 litre

Tu senang je. Sekarang ni dah ada botol air/gelas yg ada sukatan utk air dlm litre. Just in case.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2005 10:48 PM | Show all posts
Soalan,

Berapa berat satu tin susu itu untuk kandungan tepung?
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2005 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by Tillingtan at 2005-7-30 10:48 PM:
Soalan,

Berapa berat satu tin susu itu untuk kandungan tepung?
terima kasih


Yg tu saya tak taulah Tilingtan. Selalunya guna cawan mcm dlm buku resipi lama tu. Ada jugak org guna mangkuk sbg sukatan esp. org dulu2. Mcm arwah nenek saya buat kuih guna sukatan mangkuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2005 08:31 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Kepada yg suker makan beras yg MAHAL nih, sila pastikan nanti biler time bayor zakat fitrah.............ikut harga beras tu juga tau!!! :

ff:
Zakat fitrah ialah 1 gantang Baghdad = 2.7kg beras/gandum/bijirin yg di makan

Kalau harga beras yg komer makan ialah RM6 sekilo, maka ZAKAT FITRAH nya ialah RM6 X 2.7kg = RM16.20
JANGAN di gunapakai RM5 plak.....spt yg di war war kat radio n tv. :no:

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 03:50 PM | Show all posts
Kawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sapi This user has been deleted
Post time 9-8-2005 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 2-9-2004 12:29 PM:
Sekiranya anda mempunyai petua-petua di dapur bagi memudahkan kerja2 di dapur/masak atau anda mempunyai tips2 tertentu atau tips kesihatan mahupun rahsia menjaga tubuh badan yg mudah lagik berke ...




Tips Menjaga Kesihatan Tubuh Badan:

1.Bila bangun dari tido mesti minum segelas air masak.

2.Minum 6-8 gelas air sehari.Jgn minum air sejuk..minum lah air suam suam.

3.Pastikan memakan sebiji buah setiap hari(tak kire lah buah ape tu...variasikanlah buah buahan tu..jadi tak jemu).

4.Pastikan memakan semangkuk sayur sayuran setiap hari(variasikan sayur sayuran itu)

5.Minum segelas susu dan segelas juice sehari.

6.Makanlah semangkuk(tidak lebih dari semangkuk)nasi sehari.

7.Jangan makan apa apa setelah pukul 7 malam.Biarkan perut berehat(jikalau suka makan malam..badan boleh menjadi gemuk).

8.Sebelum tido..pastikan minum segelas susu.

9.Luangkan 20 atau 30 minit sehari untuk bersenam(tak kirelah samada aerobics ke,berbasikal ke,berenang ke..etc).

10.Pastikan tidak meninggalkan solat 5 kali sehari dan selepas isyak digalakkan tidur.Tidur yg cukup akan menenangkan minda dan menyehatkan badan.

11.Akhir sekali,sentiasa berfikiran positif dan mengganggap baik terhadap org lain..dan jgn lupa 'Be Happy Always'.Senyumlah selalu agar muka awet muda..selain membahgiakan diri sendiri...juga dapat membahgiakan org lain.

12.Jgn suka masam muka atau kerut dahi kerana badan akan letih akibat stress yg berlebihan di muka.Maintain kan muka supaya senyum selalu.


:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2005 05:06 PM | Show all posts
Ini ada beberapa info berguna yang member saya post dalam friendster, saya share dengan forumers semua:-

. Jika anda makan satay....jangan pula lupa
timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan
barah).Timun pula adalah anti-karsinogen


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil
vitamin C !!.Yang mana anda akan mati keracunan
Arsenik
dalam beberapa jam sahaja.


3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni
"Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah
sebelum terlambat.
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas
kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat
berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of
Singapore".


4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam
shampoo.
Balik rumah dan pergi periksa.
Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo
anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau
ringkasnya SLS.
Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka
masa yang panjang dan ini
bukannya jenaka.
Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini
ialah; Vo5,Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp
Shampoo terbaru keluaran body
shop, Nature Force dan lain-lain lagi.
Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi
Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap
syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu
masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan
bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak".
Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk
kanak-kanak) turut
mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan
busa.


5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera
(tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu
sekurang-kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil paket
yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang
doktor.
Keluarga saya telah menghentikan pengambilan
makanan ini setelah mendapat
tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini.
Inilah yang menyebabkan mee segera tidak
melekat antara satu sama lain
apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG
AKTOR dari SBC (sekarang ni
dikenali sebagai TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee
segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee
segera.Doktor
juga memberitahu yang badan
manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan
wax dari sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah
berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee
segera.
Dia didapati menghidap barah dan mati selepas
itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai
"makan untuk mendapat barah" Kalau istilah
James
Bond ==>Licence to kill!


6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan
melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman.
Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak
bewarna dicampur bersama
gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik
straw tersebut dipanaskan,
ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.
Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang
dibeli terdedah kepada udara
tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri
lembik dalam masa yang singkat
sahaja.
Reply

Use magic Report

sapi This user has been deleted
Post time 16-8-2005 09:21 AM | Show all posts
honeydew_78...saya juga terima e-mail yg sama seperti awak dapat ni...tapi betul ke infomasi yg diberikan ini??Poning saya memikirkannya..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 09:50 AM | Show all posts
hmmm... dari pengetahuan saya yg limited ni, ada juga point yg logik tapi ada yg meragukan macam fakta no.2.. mungkin ader forumers yg mempunyai pendapat tentang fakta-fakta yg diberi, boleh laa kita share..
Reply

Use magic Report

sapi This user has been deleted
Post time 16-8-2005 10:03 AM | Show all posts
betul tu..jom lah kite kasi pendapat tentang e-mail layang ni....!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2005 07:57 PM | Show all posts
a Assalamaualikum kakak2 chef sekalian,

Ada tak petua atau tips utk memudahkan budak2 makan sayur terutamanya yg hijau? Ataupun respi2 menarik yg membuatkan budak2 suka kan sayur?
Biasanya budak2 memang susah makan sayur...kalau kita potong kecik2 dan sorokkan dlm makanan pun pasti mereka akan mengenalinya dan buang sayur tu. Teknik sorok-menyorok ni dah tak boleh pakai....tu yg nak minta petua bagi budak2 ni secara semula jadi minat makan sayur2an yg semestinya bagus tuk kesihatan...kalau buah2an bagi saya tiada masalah sangat..

tolong ye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2005 11:55 AM | Show all posts

Yogurt - Sumber kalsium kuatkan tulang

PARA ibu memang prihatin dengan soal pemakanan untuk anak-anak kerana mereka perlukan sumber pemakanan dan khasiat yang berkesan dalam pemakanan mereka.

Menurut Pakar Perunding diet, Indra Balaratnam, probiotik atau kultur hidup dalam yogurt dapat mengawal keseimbangan flora dalam usus.

``Yogurt merupakan sumber kalsium yang diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi di samping mengandungi protein yang dapat menghasilkan tisu-tisu dan otot-otot.

``Bagi wanita, terutamanya yang sedang mengandung, yogurt merupakan sumber terbaik kalsium untuk diri mereka dan bayi.

``Kalsium diperlukan untuk semua. Seperti yang diketahui, susu dan produk berasas susu seperti yogurt mengandungi kalsium yang senang diserap oleh badan berbanding sumber makanan yang lain,'' katanya.

Indra berkata demikian pada Bengkel Pemakanan Nestle `Pilih Yogurt! Makanlah dengan betul', anjuran Nestle yang diadakan baru-baru ini.

Beliau berkata, yogurt merupakan sumber pemakanan yang amat baik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi kalsium, protein dan kultur hidup yang penting dalam proses tumbesaran

mereka.

Selain daripada maklumat mengenai yogurt dan kebaikannya, beliau turut memberikan petua praktikal mengenai pemakanan kepada para peserta.

``Contohnya, ketika menyediakan salad, gunakan yogurt sebagai gantian kepada hiasan salad yang biasa digunakan.

``Bagi mereka yang suka memasak kari, yogurt dan susu adalah bahan terbaik untuk menggantikan santan. Dengan itu, anda masih menikmati kelazatannya tanpa pengambilan minyak dan lemak yang berlebihan,'' ujarnya.

Sementara itu didorong oleh rasa keyakinan terhadap khasiat yang terdapat pada yogurt, Elahe Norman, yang berasal dari Iran, telah mula memperkenalkan yogurt sejak beliau berada di negara ini 27 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Elahe yang merupakan pakar resipi yogurt telah menjadi juara dalam peraduan cabaran membuat yogurt Nestle Yogurt Smoothie Challenge yang diadakan sempena bengkel berkenaan.

Sebagai salah seorang peserta pada bengkel itu, beliau juga menggesa kira-kira 100 peserta lain agar cuba mengambil yogurt sebagai sebahagian daripada diet harian mereka.

Selain menjadi pelengkap kepada bijirin sarapan pagi atau makanan snek, Elahe turut memperlihatkan beberapa idea ciptaannya untuk memberi perasa tersendiri Malaysia kepada yogurt dengan menambah ramuan seperti pudina segar dan buah-buahan.

``Bagi mereka yang baru mencuba yogurt tentunya akan merasa ia agak masam, cuba tambah sedikit kunyit atau daun kesum supaya ia lebih sedap,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2005 11:58 AM | Show all posts

Pelihara jantung - Ubah suai kaedah memasak

Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian yang utama bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.

Faktor-faktor risiko penyakit jantung termasuklah paras kolesterol yang tinggi, paras trigliserida (lemak darah) yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes (penyakit kencing manis), obesiti & berat badan berlebihan, gaya hidup yang tidak aktif dan tabiat merokok.

Kolesterol merupakan sebatian berlemak, juga dikenali sebagai lipid, yang beredar melalui darah dan diperlukan untuk pelbagai fungsi badan yang penting seperti pembinaan membran sel, penghasilan sesetengah jenis hormon, sintesis vitamin D dan penghadaman lemak dalam badan. Kolesterol beredar di dalam darah melalui pengikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.

Lipoprotein diklasifikasi berdasarkan keberkesanannya mengangkut kolesterol. Lipoprotein berketumpatan rendah (Low Density Lipoprotein - LDL) mengangkut kolesterol dari hati ke sel-sel badan melalui peredaran darah. Ia akan memendakkan kolesterol pada dinding salur darah, selepas mengalami pengoksidaan, menyebabkan ia dikenali sebagai `kolesterol tidak baik'. Berlawanan dengan lipoprotein berketumpatan tinggi (High Density Lipoprotein - HDL), yang juga dikenali sebagai `kolesterol baik', membawa kolesterol kembali ke hati untuk dikitar semula atau ditukarkan kepada asid-asid hempedu untuk dikumuhkan.

Masalah berlaku apabila paras kolesterol dalam darah menjadi terlalu tinggi di mana tindakan radikal bebas akan menyebabkan lebih banyak kolesterol LDL dioksidakan. Akibatnya, terbentuk mendapan pada dinding salur darah yang dikenali sebagai plak. Keadaan ini dikenali sebagai aterosklerosis iaitu pengerasan dinding salur darah. Sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan, penyumbatan salur darah boleh terjadi, justeru meningkatkan risiko serangan penyakit jantung dan strok.

Hati menghasilkan sebahagian besar dari kolesterol yang diperlukan oleh badan. Sebab mengapa sesetengah individu mengalami peningkatan paras kolesterol melebihi keperluan badan tidak dapat dijelaskan.

Walaupun statin berpotensi mengurangkan paras kolesterol yang tinggi melalui penghalangan penghasilan kolesterol oleh hati sebanyak 25%, penggunaannya masih memerlukan pengawasan rapi kerana statin boleh menyumbang kepada masalah hati atau ginjal, menyebabkan otot menjadi lemah, mengalami keletihan, sakit kepala dan masalah intoleransi gastrousus.

Pengubahsuaian cara hidup dan diet merupakan faktor-faktor penting dalam mengawal paras kolesterol. Pengambilan diet dengan kandungan kolesterol, lemak tepu, asid lemak trans yang rendah tetapi tinggi dengan serat serta lemak poli tak tepu dari ikan, zaitun, avokado dan evening primrose perlu diamalkan. Asid lemak trans mempunyai fungsi yang serupa dengan lemak tepu dari segi keupayaan menyebabkan darah menjadi melekit.

Lemak tepu terdapat dalam marjerin, makanan ringan, pastri, biskut, kek, kuah salad dan sos yang terproses. Karbohidrat tertapis juga perlu dikurangkan kerana ia berupaya meningkatkan paras lemak dalam darah mengakibatkan darah menjadi lebih melekit.

Pengubahsuaian kaedah memasak perlu dipertimbangkan kerana kaedah mengoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan, berbanding kaedah merebus, mengukus dan membakar.

Pengurangan berat badan terutamanya di bahagian pinggang adalah penting kerana kajian telah membuktikan bahawa lemak di bahagian tersebut meningkatkan risiko mendapat serangan penyakit jantung dan diabetes. Kekerapan melakukan senaman juga sangat digalakkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2005 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by honeydew_78 at 15-8-2005 05:06 PM
Ini ada beberapa info berguna yang member saya post dalam friendster, saya share dengan forumers semua:-

. Jika anda makan satay....jangan pula lupa
timunnya, sebabnya memakan
satay bersama k ...

Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni
"Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah
sebelum terlambat.
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas
kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat
berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of
Singapore".


yg ni opismate chinese aku ade bt mmg kuar ulat pon :puke:
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2005 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by inai at 17-8-2005 07:57 PM
a Assalamaualikum kakak2 chef sekalian,

Ada tak petua atau tips utk memudahkan budak2 makan sayur terutamanya yg hijau? Ataupun respi2 menarik yg membuatkan budak ...


try cincang halus bayam & campur dengan telur yang telah dipukul dgn sedikit air & minyak, tambah garam & lada. goreng seperti omelette biasa. kalau org tua nak makan boleh tambah cili api yang diketuk & some isi ikan masin goreng yang telah dipecah2kan... (kalau kat kelantan biasanya guna ikan budu & daun mungai-sama jer konsepnya)

this egg recipe work on my cousins & uncle yg mmgnya terkenal allergic makan sayur - excuse dorang takut gatal! hari tu siap dorang beli spinach & telur bawak mai my house sebab nak suruh buat!:mll:
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2005 03:34 AM | Show all posts
Originally posted by Amelie_Poulain at 18-8-2005 03:49 PM


try cincang halus bayam & campur dengan telur yang telah dipukul dgn sedikit air & minyak, tambah garam & lada. goreng seperti omelette biasa. kalau org tua nak makan boleh tambah c ...



Amelie...thanks for the recipes ang tips...realy appreciate it...will try soon:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2005 12:08 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Ini adalah TIPS yg teman AMALkan.....Insyaallah.

"Makan biler lapar......berhenti sebelum kenyang"

Wsalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.124579 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list