CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kacip_Fatimah

PETUA & TIPS UTK KESIHATAN, MASAKAN & PENJAGAAN BARANGAN DAPUR

  [Copy link]
Post time 15-3-2005 12:11 PM | Show all posts
bagus2 ..banyak boleh belajar....tq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2005 03:33 PM | Show all posts
ada sesiapa yang tau macam mana nak kempiskan perut selain dari guna kapur ngan limau..?? dah cuba buat tapi perut macam tu gak...
Reply

Use magic Report

Jonah This user has been deleted
Post time 18-3-2005 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by blossom at 18-3-2005 03:33 PM:
ada sesiapa yang tau macam mana nak kempiskan perut selain dari guna kapur ngan limau..?? dah cuba buat tapi perut macam tu gak...



blossom, u dlm pantang ke?  

Ekceli, kalau betul2 nak kempiskan perut, kena kerja keras skit.  Pertama jaga makan lah... Kedua, senaman - paling penting.  Rasanya no short-cut.

Try twister lah... lagi satu sit-up.  Kena buat selalu.

Tapi kan, akak ni pandai cakap je.. buat nya malas...

Tapi masa pregnant ari tu, hilang dlm 10 kilo - every week turun, lepas 2-3 hari bersalin, timbang turun lagi 3 kilo.  Sekarang rasanya dah naik balik 20 kilo... hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by Jonah at 2005-3-18 10:14 PM:



blossom, u dlm pantang ke?  

Ekceli, kalau betul2 nak kempiskan perut, kena kerja keras skit.  Pertama jaga makan lah... Kedua, senaman - paling penting.  Rasanya no short-cut.

Try twis ...



anak dah dekat setahun dah... perut masih lagi tak turun.. tu yang risau tu..
tapi saya nak cuba cara yang akak cakap tu... terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2005 01:57 PM | Show all posts
blossom

cuba sapu pula dengan cosway bodylite.
cuba tanya forum yang jadi dealer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2005 08:27 AM | Show all posts
Maklang ada petua macam mana nak bagi sayur tahan lama..at least 1 wk.. First, basuhkan sayur tu then balut ngan paper, biarlah paper tu basah skit pun takper...then bubuh dlm plastik ..masuk dlm fridge.Memang segar lagi sayur tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2005 09:19 AM | Show all posts

SHARE TOGETHER...

panjang sikit yer..

Reply from JAKIM

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family
Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi
Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus
telah mendapat pengesahan halal JAKIM

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal
JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat

KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan
logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari

Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan
berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan
oleh Syarikat Sin Mah S/B,

syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,

Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :

1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya
harus bagi yang berpenyakit sahaja

2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda

3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua

4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan

5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada
2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan.
Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak
?? Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak
PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang
Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak
boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya..

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk
pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk
pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang
diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4 Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang
telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan
supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal
JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah
halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century
tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat
dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan
lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu
adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab
mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk
tersebut diimport.

5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM
maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini
tetapi starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka
tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang
disediakan.

6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status
kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

7. Soalan:

saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal
kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak
halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC
menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak):
Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis,
California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy
Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen
(Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2005 12:24 PM | Show all posts
Kak Lieza...

So Restoran Laksa Shack yang ada kat KLCC tu tak halal gak lerr makanannyerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2005 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 1-4-2005 01:57 PM:
blossom

cuba sapu pula dengan cosway bodylite.
cuba tanya forum yang jadi dealer.


Maklang ada try produk ni tapi entahlah..berkesan ke idak..tak ukur plak pinggang maklang yg ramping ni..:cak: Sedap pakai pasai dia panas..kdg2 hilang..pehtu dtg balik panas lotion tu...tapi lemak kat perut ni jenis degil..susah gaklah nak slim melim daaa...;)
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by cantique at 5-4-2005 12:24 PM:
So Restoran Laksa Shack yang ada kat KLCC tu tak halal gak lerr makanannyerrr


fanatic betul cantik ngan laksa dia.. by the way, I did ask my bro abt the status halal at laksaShack.. he said that the mgm have already applied.. so kena tunggu la.. this things mmg ambik masa sikit.. in the mean time..from my bro's observation, kat kitchen tu semuanya halal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by mias_2004 at 12-4-2005 15:51:


fanatic betul cantik ngan laksa dia.. by the way, I did ask my bro abt the status halal at laksaShack.. he said that the mgm have already applied.. so kena tunggu la.. this things mmg ambik mas ...

kalau milik orang islam tu takkan depa nak bubuh mende2 haram kannn..
yang jadik masalahnya...yang non-muslim products ni...tambah2 yang dah diproses..:kant:

macam mende yang diorang selalu letak dalam biskut tu...especially tepung whey...:ah::ah:...so, bila nak beli biskut ke, snek ke..hape ker...kenalah check tul2 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 08:30 AM | Show all posts

KENTANG OOO KENTANGGGGGGGGG

Potato 'fixed' it
If you accidentally over-salt a dish while it's still cooking drop in a peeled potato - it absorbs the excess salt for an instant "fix me up".

1. Kalau semasa memasak dan makan tu termasin.. potongkan beberapa ketul kentang ke dlm lauk tu dan biarkan sebentar baru di angkat kentang tu keluar. Kentang tu akan merasap lebihan garam dan lauk pun tak laaaaa masin sgt.

2. Meramas2 atau mengosokkan kentang yg di kopek kulit ke tangan kita boleh menghilangkan pewarna makanan atau kunyit yg terkena di tangan atau jari2 kita.

3. Untuk mengelakkan kentang tumbuh mata (buds) dlm plastic kentang tu,  masukkan sebiji apple.
Reply

Use magic Report

Jonah This user has been deleted
Post time 21-4-2005 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by mias_2004 at 12-4-2005 03:51 PM:


fanatic betul cantik ngan laksa dia.. by the way, I did ask my bro abt the status halal at laksaShack.. he said that the mgm have already applied.. so kena tunggu la.. this things mmg ambik mas ...




Pernah terrrr makan laksa shack ni... sebab selalu teruja pasal dia ada macam2 laksa..

Kami 5 beranak order lah sorang satu jenis laksa... Sekali dah makan.. macam nak:puke:...

ADA KA PATUT!  Laksa bubuh gula..?:stp:  Semua kuah dia, dari 5 jenis tu manis2 belaka... memang terasa gula dan msg dia tu... terasa sgt2...

Sampai laksa penang yg simpoi tu pun, bila menghirup kuah dia.. manis2 muak rasa dia.. apalagi laksa johor ... issyyyy!!! tak pelawa pun takpelah... tgk restoran dia kat BANGSAR VILLAGE tu pun macam tak de org je...!!

Tu lah kali pertama dan terakhir makan kat laksa shack.. tobat!! tobat!!!:bgrin:
Reply

Use magic Report

Jonah This user has been deleted
Post time 21-4-2005 12:10 AM | Show all posts
Nak hilangkan kesn kunyit pada jari... ramas2 jari dengan kapur sirih.. dan cuci bersih.. Insyaallah...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by Jonah at 21-4-2005 00:08:




Pernah terrrr makan laksa shack ni... sebab selalu teruja pasal dia ada macam2 laksa..

Kami 5 beranak order lah sorang satu jenis laksa... Sekali dah makan.. macam nak:puke:...

ADA K ...



Kak Jon...
masalahnya org byk salah faham..
taruk gula dlm masakan bukan nak suruh rasa manis.. but just to balance the whole taste.... coz dlm tiap masakan... masam, masin & manis mesti seimbang..
tapi some people .. taruk gula dlm lauk pauk dorang cam nak buat pengat .... heheheheheee
Reply

Use magic Report

Jonah This user has been deleted
Post time 21-4-2005 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by cranko21 at 21-4-2005 08:57 AM:



Kak Jon...
masalahnya org byk salah faham..
taruk gula dlm masakan bukan nak suruh rasa manis.. but just to balance the whole taste.... coz dlm tiap masakan... masam, masin & manis mes ...



Betul kengko... tapi pada akak penggunaan gula dalam masakan untuk menyeimbangkan rasa masam masin dan manis STILL hanya terhad kepada jenis lauk macam sambal tumis (tak semua), serunding dan,  yang satu ni selalu lupa.. tak ingat2...

Lain2 lauk memang tak perlu and tak patut ada gula...

hehehe... sori ye... sekadar pendapat akak sorang je... takde kena mengena yang pengsan atau koma... hehehe... :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2005 09:26 AM | Show all posts
hehheehe.. setuju gak kak jon..
to me.. rasa laaa. kalau agak2 perlu.. saya letak.. kalau rasa tu cam takde kurang.. ok lerrr. tak yah dah nak tambah menda pun.. heheheee

yg pasti.. mmg saya tak akan pakai serbuk perasa.... melainkan emergency case yg tak dpt di elakkan
:bgrin:

[ Last edited by cranko21 on 9-5-2005 at 09:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by hanom at 14-3-2005 12:49 PM:
Hi semua. Saya hanom org baru kat sini. Boleh saya sumbangkan petua. Untuk membuat paste cili kering tahan lama. Gunting cili kering dan buang biji nyer. Celur dlam air mendidih . Toskan. Selepas t ...

Ada gak yg taruk cuka instead of garam...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 30-9-2004 12:49 AM:
Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. ...

Yup...:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2005 03:28 PM | Show all posts
Ini ada info berguna pasal kari.Kari ikan yang sedap bergantung terutama pada rempah karinya. Ada dua rempah komersial di pasaran. Contohnya, jenama Adabi dan Baba's. Cuba gandingkan kedua-dua jenis rempah untuk mendapatkan rasa kari yg enak. Ada juga yang menambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili agar kari lebih pedas sedikit. Jika memasak kari ikan, bahan penumisnya adalah halba, daun kari dan biji sawi (bawang merah, putih dimayang halus). Manakala bawang untuk kari ayam/daging hendaklah ditumbuk atau dikisar.

Bahan penumisnya pula ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Hendaklah menumis hingga naik bau bawang dan warnanya keemasan. Kemudian baru dimasukkan pes rempah kari, kacau dan masukkan sedikit air. Bila terbit minyak, barulah dimasukkan santan cair (untuk kari ikan). Pastikan juga sedikit garam dimasukkan semasa menumis rempah. Biar rempah benar-benar garing (naik minyak). Pastikan apinya sederhana dan kari dikacau selalu supaya tidak pecah santan.

Jika memasak kari daging, pastikan daging empuk sebelum memasukkan santan pekat (selalunya kira-kira 5-6 minit & mendidih sekali sebelum selesai memasak). Jika memasak gulai yang menggunakan santan, jangan masak di atas api yg terlalu kuat. Pastikan ia dikacau selalu. Ramai menggunakan air asam jawa untuk kari ikan manakala asam gelugur untuk kari ayam/daging.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.074084 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list