CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maeya_78

Sudirman Haji Arshad: dalam kenangan

[Copy link]
Post time 2-12-2008 02:01 AM | Show all posts
topic history. takde la sangat citer pasal kisah arwah.. apa la melalut smp hal2 mati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 05:57 AM | Show all posts
biar le rahsia arwah,keluarga dia je yg simpan.mmg le dia public figure...tp dia
makhluk Tuhan sama mcm kita.Aku lagi senang bersangka baik saje.Lagipun jasa
arwah dlm industri mmg xde sape bley lawan.Dia legenda.Tolong la wei,jgn cuba
pandai2 ckp ape sakit dia.Klu mak bapak korang terkena mcm ni,apa perasaan korang? oooo...lupe plak...korang mane bley terasa kan,open minded le katakan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 08:36 AM | Show all posts

Reply #108 Joe Hahn's post

Sebab kematian beliau misteri...tu yang banyak cerita pasa kematian aje...alaa macam JFK le...orang banyak cerita pasal teori konspirasi pembunuhan dia...kjarang orang bincang pencapaian dia semasa hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 21-4-2008 11:48 AM
topik ni dah bincang kat board celebrities dulu..huraian panjang lebar tentang sejarah hidupnya dari seorang forumer yang merupakan peminat beliau..termasuk tuduhan tentang penyakit misteri yang dialami..arwah sudir pun mengaku dia menjauhi arak,seks dan politik jika hendak terus berjaya..kakaknya pun ada menyatakan yang setiap kali azan maghrib suara anjing menyalak betul2 berhadapan bilik arwah


yg aku highlight tuh aku nak sangkal dakwaannya sebab aku dan ayah aku mendengar sendiri dari aper yg dialami oleh bekas bini sudirman yg juga org kuantan dan bekas bapak mertuanya......

[ Last edited by  totokreturn at 2-12-2008 09:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by kiblatku30 at 2-12-2008 05:57 AM
biar le rahsia arwah,keluarga dia je yg simpan.mmg le dia public figure...tp dia
makhluk Tuhan sama mcm kita.Aku lagi senang bersangka baik saje.Lagipun jasa
arwah dlm industri mmg xde sape ble ...



weii.. kalu itu takleh citer.. ini takleh citer... jgn bukak forum.. yg kuarkan suratkhabar, jgn ader berita tv laa wei.. semua sumber tuh mengaibkan org gak....
ikut suka laa org buat andaian.. khabar angin.. kalu tak betul.. kasik kuar bukti betul laa... aper susah.. takleh terima pi board agama laa.... pun ader gak aibnya untuk dijadikan teladan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 06:58 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 2-12-2008 09:41 AM



weii.. kalu itu takleh citer.. ini takleh citer... jgn bukak forum.. yg kuarkan suratkhabar, jgn ader berita tv laa wei.. semua sumber tuh mengaibkan org gak....
ikut suka laa org buat and ...



oit totok..
   klu nk dgr cerita utk tauladan,byk lagi cerita daripada kisah mengaibkan org utk dijadikan teladan...
ko ni mesti kuat baca mastika ....xpe la,klu ko dh kata ko betul,amek..amek..ko menang!!..
susah nk nasihat manusia mcm ko..
dh kena kt mak bapak ko,baru ko tau...tapi aku ni xde le sampai nk mendoakan.Aku doa ko selamat dunia akhirat.Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2008 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by kiblatku30 at 2-12-2008 06:58 PM



oit totok..
   klu nk dgr cerita utk tauladan,byk lagi cerita daripada kisah mengaibkan org utk dijadikan teladan...
ko ni mesti kuat baca mastika ....xpe la,klu ko dh kata ko betul,amek. ...


namanya ader pro and con.. ader baik dan buruk... kalau tahu dia mati dan bila mati nak citer positif jerkk.. elok laa aku puji jerkk si hitler ker... si yahudi bom org islam kerr sebab dah mati kena laa citer  yg baik jerk.... pikiran jenis hangguk...hanggukk...

kalau aku kata sudirman dulu kaki mabuk.. ko nak sanggah ker... baik dan buruk musti ader... mana baik jadikan pedoman, yg buruk hindarkan... sama2 ader akal pikiran.. lu pikir laa sundri...

tutup jer laa sejarah sebab sejarah byk citer baik dan buruk...

[ Last edited by  totokreturn at 3-12-2008 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:01 PM | Show all posts
mamat neh mati sbb AIDS kan??
dia main jubo ngan pengurus dia kann?
apa tah nama mamat india tu..
michael verappan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 08:13 PM | Show all posts

Reply #117 ashna's post

tak penah dengar pasal dia mati sbb2 yg ko cakap ni pun...   

mamat neh mati sbb AIDS kan??


tak ada pun.

dia main jubo ngan pengurus dia kann?


tarak pernah dengar pasal hal ni pun.  so jawapan tu, tak ler.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:14 PM | Show all posts
Rumah Sudirman terbakar
03/12/2008

TEMERLOH 3 Dis. — Rumah penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Arshad di Kampung Bukit Tok Embun, Mentakab dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira 4 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Penolong Penguasa Md Yusof Mustafa berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca dari api lilin yang mungkin ditinggalkan oleh penagih dadah yang menjadikan rumah itu sebagai sarang menghisap dadah sejak ditinggalkan kosong beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, bomba pada mulanya menerima laporan mengenai kebakaran tiang elektrik pada jarak 15 meter dari rumah tersebut, tetapi setelah tiba di kawasan kejadian, pihaknya mendapati kepulan asap menyelubungi kawasan rumah tersebut.

“Semasa anggota bomba sampai ke rumah itu, kira-kira 90 peratus rumah berkenaan sudah hangus terbakar dan bahagian bumbungnya telah ranap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran itu dan kerugian belum dapat ditaksirkan. - Bernama



aku ingat ada worang dok kat rumah dia.. ghopanya jadik sarang penagih dadah yikesssssss  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 02:28 AM | Show all posts
Perlukah gelaran buat Sudirman?

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my


SUDAH 17 tahun meninggalkan kita, namun sudirman masih terus dikenang oleh rakyat malaysia.

SEMALAM merupakan hari yang paling signifikan untuk mengenang penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad.

Ini kerana semalam genap 17 tahun penyanyi itu dijemput menghadap Yang Maha Esa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun pada 22 Februari 1992.

Lalu hari ini peluang diambil biarpun terlewat sehari untuk mengajak seluruh pembaca mengenang Allahyarham.

Menghasilkan artikel yang berbentuk tribute buat seorang seniman besar seperti Sudirman bukan satu perkara yang mudah.

Apa lagi Allahyarham merupakan seorang penggiat seni yang ketika hayatnya sangat disenangi, dikagumi dan dihormati oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Maka, penghasilan artikel yang sedemikian perlulah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak - terutama keluarga Allahyarham.

Setiap kali menjelang ulang tahun kematian penghibur rakyat ini, kita akan terus mendengar cerita-cerita Sudirman pelbagai versi.

Sepanjang bergelar anak seni, Sudirman berhibur untuk semua orang sehingga kita ada kalanya terlupa bahawa seniman seperti beliau juga sering diuji dengan beban hidup.

Rakan-rakan serta mereka yang pernah menjadi sahabat karib Sudirman barangkali sudah arif benar dengan perjuangan dan pengorbanan seninya.

Kalau di pentas dahulu, acap kali yang dialunkan Sudirman di pentas-pentas dengan kilauan neon, semuanya adalah gambaran hidup beliau yang panjang.

Gambaran hidup yang penuh calar luka seorang manusia seni yang sensitif dan perasa.

Sebetulnya, ketika di hadapan khalayak, hanya beliau sahaja yang tahu betapa saratnya beban yang ditanggung.

Ironinya, tidak ramai yang mampu mengerti bahawa betapa sekalipun berat beban kehidupan seorang seniman itu, beliau terpaksa tampil dengan seribu kegembiraan dan keperkasaan demi khalayaknya.

Masih lagi teringat kata-kata beliau mengenai kehidupannya seperti yang dilaporkan dalam sebuah majalah hiburan.

Menurut Sudirman, yang paling memilukan dalam hidupnya ialah apabila tidak sempat menikmati kasih sayang ibu dan perkahwinan yang gagal.

Saya tidak pernah berjumpa Sudirman. Semasa beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, saya masih di sekolah menengah.

Hanya melalui rakan-rakan, ahli keluarganya serta menerusi pembacaan sahaja, personaliti Sudirman saya kenali.

Yang jelas, Sudirman yang satu Malaysia kenali ialah beliau seorang penyanyi bijak dan berilmu.

Aliran pemikiran Sudirman menjangkau apa yang sebahagian besar masyarakat fikirkan di ambang kemasyhuran beliau menerusi lagu-lagu rakyat.

Karya-karya seni perjuangan Sudirman telah mengajar kita banyak ilmu kehidupan.

Seniman bertubuh kecil tetapi berjiwa besar itu telah banyak berjasa kepada kita menerusi nota-nota seninya.

Jiwa dan aspirasi Sudirman pada orang kampung misalnya diterjemahkan ke dalam lirik lagu Apa Khabar Orang Kampung.

Mereka yang pernah menjadi penganggur pula sudah tentu berterima kasih kepada Sudirman kerana memberikan motivasi yang bukan sedikit untuk bangkit daripada kedukaan menerusi lagu Aku Penganggur.

Itu belum lagi mengambil kira sejumlah besar teruna dan dara yang pernah menjadikan lagu-lagu cinta dendangan Allahyarham sebagai rakaman kepada musim-musim indah dan duka percintaan mereka.

Sebahagian besar lagu nyanyian Sudirman dianggap banyak pihak sebagai manifestasi sosial pada zamannya.

Sudirman sudah lama menyusur dalam kemelut masyarakat.

Andai ada yang mahu membuat perbandingan cerita-cerita kejayaan artis-artis popular masa kini dengan era kegemilangan Sudirman, yang boleh dirumuskan ialah, Allahyarham jauh lebih beruntung ketika hayatnya.

Siapa yang pernah mengadakan konsert solo yang ditonton oleh lebih 100,000 orang di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau bukan Sudirman?

Sudirman juga terlebih dahulu menjejakkan kaki di Royal Albert Hall, London memahat nama Malaysia.

Di dewan itulah dia diangkat sebagai Penghibur Nombor Satu Asia.

Rasa kasih dan cinta Sudirman pada negara tidak pernah kurang walau seinci.

Apa yang jauh lebih penting daripada itu juga, Sudirman bukanlah seorang seniman yang meninggalkan kekayaan yang melimpah ruah.

Namun, itu bukan alasan kenapa beliau wajar diperkecilkan kerana tinggalan harta atau kekayaan bukanlah simbol kepada kejayaan seseorang artis.

Yang paling utama, menghargai Sudirman menerusi pemikirannya dan kebijaksanaannya adalah sebaik-baiknya.

Jadi, perlukah Sudirman dihargai dengan panggilan atau gelaran tertinggi?

Semua itu, terpulang pada pemahaman kita kerana kalau pemberian gelaran atau pingat kebesaran hanya sekadar panggilan semata-mata tanpa kita menghargai nilai-nilai murni dalam karya seni tinggalan Allahyarham, apa pula maknanya penghargaan itu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:52 PM | Show all posts
Allahyarham Sudirman dianugerah gelaran Datuk

PEKAN: Buat pertama kali, penghibur tersohor tanah air, Allahyarham Sudirman Arshad menerima gelaran Datuk apabila dianugerahkan Datuk Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) pada istiadat pengurniaan Pingat Negeri sempena Memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Allahyarham yang meninggal dunia 20 tahun lalu, diwakili kakaknya, Datin Rodziah Arshad bagi menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Pahang dalam istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Selain itu, seramai 188 orang menerima darjah dan pingat sempena memuliakan ulang tahun ke-78 Sultan Ahmad Shah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 03:57 PM | Show all posts

Balas #75 Syd\ catat

Ada memberi apa2 makna ke tittle ni pd org yg dah tak wujud kat dunia? Kot ada isteri boleh jugaklah isteri merasa dipanggil datin.

Apa2 pun al Fatihah untuk allahyarham.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 03:50 PM | Show all posts
Al-fatihah....pon wenduu dgn arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:56 AM | Show all posts
bila dgr lagu2 arwah...tiba2 rasa nk balik kampung plak..

n tringat filem KAMI...

Al-Fatihah untuk arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 04:35 PM | Show all posts
Sudirman Hj Arshad


Born 25 May 1954 - 22 February 1992 is the no 1 Asian Singer from Malaysia and considered the best ever singer who managed to capture the heart of the people regardless of race and religion. A passion and smile like he owns the world and he does. He is known as the 'Singing Lawyer', the 'People Singer' and the 'Elvis of Malaysia'.

Sudirman was born in Temerloh, Pahang. After refusing to take a scholarship to further his study in Science, he continued instead with Law and received his degree from University Malaya and was called to the bar and became a practising lawyer.



























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2009 04:36 PM | Show all posts
Sudirman Hj Arshad


Born 25 May 1954 - 22 February 1992 is the no 1 Asian Singer from Malaysia and considered the best ever singer who managed to capture the heart of the people regardless of race and religion. A passion and smile like he owns the world and he does. He is known as the 'Singing Lawyer', the 'People Singer' and the 'Elvis of Malaysia'.

Sudirman was born in Temerloh, Pahang. After refusing to take a scholarship to further his study in Science, he continued instead with Law and received his degree from University Malaya and was called to the bar and became a practising lawyer.



























Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 09:50 AM | Show all posts
aku suka lagu Sampaikan Salam
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 10:09 PM | Show all posts
Sudir gay? tu memang aku tak percaya la sebab dia memang cukup sayangkan bekas bini dia tu
tinbeskut Post at 30-11-2008 14:49


Sudir memang sayang dengan ex-wife die...perceraian pun bukan atas kehendak Sudir...die dan ex-wife die je yg tau...

Lagu nie dirakamkan lepas die cerai..

Jauh Di Sudut Hati

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 10:55 PM | Show all posts
Reply 188# ashna


    bukan dgn bernie chin ke?
lepas sudir meninggal tak lama lepas tu bernie chin pun mati kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.133762 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list