CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayang_mulut

lagu-lagu rakyat...

[Copy link]
Post time 17-1-2007 08:51 AM | Show all posts
lelelelelelel

ko pun tak reti2 umpan aku ngan pinat cap tapak tangan ker?

hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2007 01:19 AM | Show all posts

Reply #17 Syd's post

aku suka lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:20 AM | Show all posts

Reply #19 Syd's post

kawan serumah aku cekap nyanyi lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 09:02 AM | Show all posts
orang ckp lagu nih mcm 'berhantu' sket kan...

kena rasuk lah apa lah...
Reply

Use magic Report

fezra This user has been deleted
Post time 8-4-2007 02:25 AM | Show all posts

Reply #12 Syd's post

Lagu ni w/pun sy tak tau maknanya, tapi kalau dgr suka ikut nyanyi sama.  Ingat dulu, tak silap, Anita Sarawak ada juga nyanyi lagu ni kan?

Syd, kamu tau tak maknanya?
Reply

Use magic Report

fezra This user has been deleted
Post time 8-4-2007 02:40 AM | Show all posts
Fez tak pandai bab nyanyi2 ni tapi cuba yek.  Ni kan semua nostalgia....so kita imbau kembali...

Lenggang, lenggang kangkung

- alamak tak ingat daa...walhal lagu ni sy pernah nyanyi ramai2 masa campfire Bulan Sabit Merah masa sekolah form 2 dulu.  Ada sesape yg ingat liriknya tak?

Ikan kekek mak eloi, eloi
Ikan gelama mak elai, elai

- pun tak ingat juga....senikatanya

Tom, tombak, makyong dedek
Pecah sebiji tinggal serangkai....

- ape daaa...pong tak ingat

.................
.....................
Raja dlm rumah buat kira2
Suri dlm dapur makan roti gula (?)
Dayang tepi kolam mau jemur tepung
Datang burung hitam patuk btg hidung, hidung, hidung.....

Lagi....

Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cina

Byk yg dah lupa.  Sayang, ini semua warisan zaman nenek moyang kita yg harus kita pelihara & ajarkan kpd anak cucu supaya tak lapuk dek hujang tak lekang dek panas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
fezra This user has been deleted
Post time 8-4-2007 03:00 AM | Show all posts
Dan yg ini, w/pun lagu kanak2, boleh dikira lagu rakyat juga ke? Tapi yg ini dulu kira femes jugak.

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi2
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bgn pagi2
Kalau adik malas bangun
Nantilah adik rugi
La,la,la,la,la,la....nanti adik rugi....

ada lagi...

O bangau o bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
ikan tak mau timbul (2x)
O ikan o ikan kenapa engkau tak mau timbul?
Mcmana aku nak timbul
rumput pjg sgt(2x)
O rumput o rumput knp engkau pjg sgt?
Mcm mana aku tak pjg
kerbau tak mkn aku (2x)
O kerbau o kerbau knp engkau tak mkn rumput?
Mcmana aku nak mkn
perut aku sakit (2x)
O perut o perut knp engkau sakit?
Mcmana aku tak sakit
makan nasi mentah (2x)
O nasi o nasi knp engkau mentah?
Mcmana aku tak mentah
kayu api basah (2x)
O kayu o kayu knp engkau basah?
Mcmana aku tak basah
hujan timpa aku (2x)
O hujan o hujan knp engkau timpa kayu?
Mcmana aku tak timpa
katak panggil aku (2x)
O katak o katak knp engkau panggil hujan?
Mcmana aku tak panggil
ular nak mkn aku (2x)
O ular o ular knp engkau nak mkn katak?
Mcmana aku tak mkn
memang makanan aku (2x)
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 09:57 AM | Show all posts
Geylang si paku Geylang
Geylang si rama rama
pulang marilah pulang
marilah pulang bersama sama
mari pulan marilah pulang
marilah pulang bersama sama


[ Last edited by  deaf4ever at 8-4-2007 10:01 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


fezra This user has been deleted
Post time 8-4-2007 03:01 PM | Show all posts
So, ini lagu 3 Kupang yg t'lupa lirik tu....

Lagu 3 kupang, saku penuh padi (yg ni tak sure sgt liriknya)
6 ekor burung masuk dlm kuali
Bila sudah masak burung nyanyi saja
Tentu sedap mkn beri pd raja
Raja dlm rumah buat kira2
Suri dlm dapur mkn roti gula, hey
Dayang tepi kolam mau jemur tepung
Dtg burung hitam patuk btg hidung, hidung, hidung, hidung......
Reply

Use magic Report

fezra This user has been deleted
Post time 8-4-2007 03:30 PM | Show all posts
- Jingli nona, jingli nona........ (tak ingat)

- Sua suwe kemoneng......(pun tak ingat)

- Anak itik Tok Ki masuk dlm kolam
  Sakit apa Tok Ki sakit sendi tulang
  Ubat apa Tok Ki ubat limau kelam
  ....................(tak ingat juga)

- Ala canggung, makcik la makcik canggung (lagu r'yat negeri Perlis)
  Lalale lala lala lale
  ....................(sori, juga tak ingat)

- Melenggang hai melenggang hai tari lenggang
  Kalau baik hati nanti org pun sayang
  Negeri Phg aman sentosa
  Kaya dgn tumbuh2an
  Kamilah ini dagang  la merantau
  Menghrp belas org di sini  (...tu je le yg ingat)

- Lancang kuning, lancang kuning belayar mlm hai belayar mlm
  haluan menuju, haluan menuju ke laut dlm ....

- Suriram ram2 suriram
  Suriram.... anak yg manis
  Ahaduhai su....riram syg
  Putih kuning dipandang manis

- Jambatan Tamparuli

- Pak Pong Pak Mustape si dule si idung manyek
  ade tepung ade kelape
  masak gule aduh enaknye (....suka juga sy dgn lagu r'yat ni)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 09:13 AM | Show all posts
Kempen martabatkan lagu-lagu rakyat
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN)

MESKIPUN pencipta lagu-lagu rakyat tidak dapat dikenal pasti identitinya, tetapi lagu-lagu seperti Burung Kakak Tua, Enjet-Enjet Semut dan Burung Kenek-Kenek sudah lama dinyanyikan oleh masyarakat Melayu di negara ini.

Suatu ketika dulu, lagu-lagu rakyat begitu popular di kalangan kanak-kanak, tetapi sedekad kebelakangan ini ia dikatakan semakin terpinggir daripada terus dinyanyikan oleh generasi muda.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ramai kanak-kanak hari ini terutamanya golongan Melayu yang tidak mengetahui tentang kewujudan lagu-lagu rakyat yang pernah menjadi siulan nenek moyang mereka suatu ketika dulu.

Menyedari pentingnya memartabatkan lagu-lagu rakyat yang menjadi identiti masyarakat Melayu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah pun mengadakan kempen mencintai karya khazanah bangsa itu sejak dua tahun lalu.

Pelbagai langkah telah diambil, antaranya dengan mengadakan Konsert Jelajah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 02:38 PM | Show all posts
injit-injit semut
sape sakit naik atas
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 09:41 AM | Show all posts
best ar thread ni..mengimbau kisah lama..ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 02:51 PM | Show all posts
selebang selebu kuala sawa
hujan gunung mati katuk
sirih junjung pinang jawa
minta tuan puteri tolong peluk
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 02:53 PM | Show all posts
peram peram pisang
pisang masak layu
dtg burung helang
sembar ikan yu

oh nenek o nenek
rumah nenak hendak runtuh
nanti kejap makan nasi kerak
rak rak rummmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 12:59 AM | Show all posts
Acikan dewa
dewa duku2 daka
aci china walana
aci geduk!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 01:01 AM | Show all posts
cek ciluk had had
cek ciluk kucing lompat..
mana getu mana geti
samsu samsi
angkat semen (ariffin) budu sepin
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 12:08 AM | Show all posts
Cak cilung ad ad
Cak cilung kucing lompat
Nestum nestum
Pak Aji Tukang cat

Cik Minah pergi pasar mahu beli apa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:11 PM | Show all posts
mana nak cari syair dendang siti fatimah ekk??
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 09:33 AM | Show all posts
dedeq1986 replied at 10-11-2010 12:11 PM
mana nak cari syair dendang siti fatimah ekk??

Lirik Lagu Berendoi (Naik Buai) - Dendang Siti Fatimah  

Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.

Syair :
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.

Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam
Dipecahnya itu sekalian alam

Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu
Seratus dua puluh hari Madqah namamu.

Dikandung ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan
Dipantang pula minum dan makan.

Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat.

Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.

Alib :
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.

Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.

Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

Alib :
Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.

Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.

Kenanglah olehmu Awang oan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.

Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.

Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.

Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.

Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.

Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.

Alib :
Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.

Syair :
Ibumu itu penat terlalu
Digantang tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

Ibu bapamu miskin terhutang
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

Susahnya ayah bukan sedikit
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

Diangkat di diri dialah lali
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
Ayuhai anakku emas rupawan
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

Jika ibu bapamu orang miskin
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

Kepada ibu bapa jangan dilawan
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

Jika disuruh engkau mengaji
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.

Janganlah takut pergi mengaji
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji

Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti

Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.

Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.

Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.

Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.

Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.

Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.

Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan hati di dalam.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061259 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list