CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bloxxzone

Squash / Skuasy -

[Copy link]
Post time 9-3-2008 04:50 AM | Show all posts
Gelaran berganda

Oleh MN NORZASRUDIN


BENG HEE (kiri) dan Nicol menjulang trofi kejuaraan
selepas muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala
Lumpur CIMB 2008 semalam.

BUAT pertama kali sejak tahun 1999, Malaysia kini berjaya memenangi gelaran berganda pada Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2008.

Pemain No. 1 dunia, Nicol Ann David menepati ramalan untuk mengungguli kategori wanita manakala pemain lelaki utama negara, Ong Beng Hee menewaskan rakan senegara, Mohd. Azlan Iskandar.

Pada perlawanan akhir semalam, Nicol mengambil masa 35 minit untuk mencatat kemenangan mudah 9-4, 9-2, 9-2 ke atas pemain No. 2 dunia, Natalie Grinham dari Australia.

Begitupun kemenangan tersebut sedikit mengecewakan Nicol yang menjangkakan satu perlawanan sengit.

"Seperti yang kita ketahui Natalie adalah antara pemain terbaik dunia dan dia seringkali beraksi pada tahap yang terbaik. Tetapi perlawanan hari ini (semalam) tidak seperti yang dijangka kerana dia mengalami kecederaan kaki.
"Saya telah bersedia untuk menghadapi perlawanan ini dan strategi saya adalah mengutip sebanyak mungkin mata dan memberi fokus kepada permainan," jelas Nicol.

Sementara itu hasrat Beng Hee untuk menamatkan kemarau gelaran antarabangsa sejak tiga tahun lalu akhirnya terlaksana apabila dia menang 11-8, 15-13, 12-10.

Kejayaan itu juga menyaksikan Beng Hee berjaya membalas dendam ke atas Azlan yang menewaskannya pada perlawanan akhir edisi 2006.

"Azlan lebih merasai tekanan selepas menang di Kuwait (Kejohanan Asia). Jika perlawanan ini berlarutan sehingga ke set seterusnya, belum pasti saya akan memenangi perlawanan ini.

"Kemenangan ini sesuatu yang manis terutama selepas beberapa tahun tidak bergelar juara," kata Beng Hee yang kali terakhir muncul juara pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2005.


Tahniah nicol dan benghee  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2008 07:29 PM | Show all posts
Saturday March 15, 2008

Bowling: An explosive Open


By RAJES PAUL


PETALING JAYA: This year抯 Canon Malaysian Open bowling championships will be played under a new format. But, hopefully, the result will remain the same

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 07:28 AM | Show all posts
Rating SRAM 5 bintang

PETALING JAYA - Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) merupakan satu daripada tiga persatuan sukan di negara ini yang dikategorikan lima bintang atau menduduki tahap 'Cemerlang' dalam sistem rating Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Timbalan Presiden MOM, Datuk Dr. M. Jegathesan yang mengumumkan perkara itu berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan tiga aspek, iaitu kecekapan pentadbiran, pelaksanaan program dan pencapaian atlet yang bernaung di SRAM.

"SRAM mencatat kecemerlangan dalam ketiga-tiga aspek tersebut dan ini meletakkan persatuan itu pada tahap Cemerlang dalam sistem rating yang dilaksanakan baru-baru ini,'' katanya.

Beliau menambah, SRAM memperoleh markah 100 peratus dalam aspek pencapaian atlet dan lebih 90 peratus markah dalam aspek kecekapan pentadbiran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 01:25 AM | Show all posts
Terbuka Britain Kali Ini Paling Sukar, Kata Nicol
23 April, 2008 01:06 AM - BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol Ann David mahu menebus kekecewaannya tahun lalu dengan memenangi semula kejohanan berprestij, Terbuka Britain Mei ini.

" Saya telah berlatih bersungguh-sungguh dan saya mengharapkan yang terbaik. Saya hanya mahu memastikan bahawa saya dapat bersaing bermula dengan pusingan pertama.

" Kejohanan ini sentiasa sukar. Semua akan bertanding kecuali Tania Bailey. Beliau menarik diri kerana cedera. Semua pemain utama ada, semua mahu mencapai kejayaan," katanya mengenai persiapannya menghadapi Kejohanan Skuasy Terbuka Britain di Liverpool, England bermula 6 hingga 12 Mei.

Pada kejohanan kali ini, Nicol sekali lagi menjadi pemain pilihan dan akan beraksi pada pusingan pertama pada 9 Mei dan dijangka bertemu sama ada pemain New Zealand Shelly Kitchen atau Vanessa Atkinson dari Belanda pada peringkat suku akhir 10 Mei.

Tahun lepas, pemain Australia Rachael Grinham menafikan peluang Nicol untuk melakukan hattrick selepas menundukkan pemain negara itu pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy di Manchester.

Bagi Grinham, Terbuka Britain adalah sasaran utama beliau dan kejayaan menumpaskan Nicol akan memberi semangat kepadanya untuk memenangi kejuaran Dunia buat pertama kali.

--- hope takde mana2 pihak yg pressure nicol kali ni... kesian gak kat dia, tapi tu la kan; ada masa kita menang, ada masa kita kalah... tapi macam ada pihak yg xfaham, asyik nak menghentam & mengungkit... hope nicol dapat bermain dgn baik kat terbuka britain tu nanti... gud luck pemain2 malaysia :victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 03:25 AM | Show all posts
Mental Beng Hee kian rapuh
- HARIAN METRO

TEKANAN demi tekanan untuk kembali dalam kelompok 10 terbaik dunia makin menghimpit prestasi Ong Beng Hee selepas tersungkur awal di dua kejohanan, awal bulan ini.

Beng Hee - berjaya mengakhiri kemarau 28 bulan tanpa gelaran juara dalam Jelajah PSA (Persatuan Skuasy Antarabangsa) menerusi kemenangannya di Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur (KL) CIMB, bulan lalu - mula merosot meskipun berupaya mara lima tangga dengan kedudukan terkini di posisi ke-12 ranking dunia.

Tarikh 3 April menyaksikan Beng Hee, yang diletakkan selaku pemain pilihan utama, gagal di suku akhir Kejohanan Skuasy COAS Antarabangsa berikutan mengalami masalah di perut.

Kisah kegagalannya berterusan dan kali ini pemain nombor satu negara itu tumpas awal dalam pusingan pertama Kejohanan Skuasy Hurghada Antarabangsa kepada pemain ke-84 dunia, Mohamed El Shorbagy.

Kekalahan ini dikaitkan pula dengan ketahanan mentalnya yang mulai rapuh kebelakangan ini.

Namun, pemain berusia 28 tahun itu sedar dia perlu bertindak pantas mencari penyelesaian menjelang Kejohanan Skuasy Terbuka Kuwait, antara kejohanan paling menguntungkan dalam Jelajah PSA.

“ Saya tiada masalah dari segi fizikal tapi saya sedikit bergelut dengan keadaan mental.

“ Apabila berada di posisi ini (ranking ke-12 dunia), saya mula mencari peluang untuk mara ke kedudukan 10 terbaik dunia hingga ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan mental pada saya,

“ Saya pasti lebih bermasalah jika tidak perbaiki kelemahan minda ini dengan segera sebelum Terbuka Kuwait dan saya masih berusaha untuk kembali cemerlang seperti di Terbuka KL,” katanya menerusi kiriman emel, semalam.

--- hope akan ada pihak yg dapat bantu beng hee... & hope xkan ada mana2 pihak yg sesuka sesuki buat statement yg boleh melemahkan semangat atau beri tekanan kat mana2 atlit... kesian kat diorang ni jugak sebenarnya... bila menang, disanjung... bila kalah, dikutuk 1/2 mati... berilah sokongan mental & emosi kpd atlit2 kita! :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 04:38 AM | Show all posts
Beng Hee, Azlan mara Terbuka Kuwait
- UTUSAN

KUALA LUMPUR - Jaguh skuasy negara, Ong Beng Hee dan Mohd. Azlan Iskandar dipaksa berhempas pulas untuk melepasi pusingan pertama kejohanan skuasy Terbuka Kuwait, semalam.

Beng Hee, pilihan ke-15 kejohanan memerlukan satu jam tiga minit untuk mengetepikan pemain bukan pilihan, Jonathan Kemp dari England 11-7, 4-11, 7-11, 11-8, 11-8.

Azlan pula terpaksa bertarung selama satu jam 13 minit ketika menumpaskan rakan senegara Kemp yang hanya beraksi dari pusingan kelayakan, Alister Walker 6-11, 14-12, 6-11, 11-7, 11-6.

Beng Hee, juara Terbuka Kuala Lumpur akan menentang seorang lagi pemain bukan pilihan, Cameron Pilley dari Australia pada pusingan kedua hari ini. Pilley mara selepas mengejutkan pilihan kelapan, Wael El Hindi dari Mesir 11-6, 8-11, 3-11, 11-4, 11-6.

Azlan bagaimanapun bakal berdepan cabaran lebih sukar apabila berdepan bekas pemain nombor satu dunia, Thierry Lincou dari Perancis pada pusingan kedua.

" Setahun lalu saya kalah mudah 3-0 ketika menentang Alister di sini, namun hari ini saya nyata sudah jauh lebih matang. Walaupun gagal mempamerkan aksi terbaik, namun saya masih boleh menang.

" Pergerakan dan pukulan saya tidak begitu baik hari ini, jadi dengan mengambil kira permainan yang kurang menjadi itu, kemenangan ini boleh dianggap memuaskan,'' kata Azlan.

Bagaimanapun juara Asia itu mengakui, dia pasti akan menghadapi kesukaran untuk melepasi pusingan kedua hari ini jika mengulangi permainan yang sama.

" Menentang Thierry pastinya jauh lebih sukar berbanding perlawanan pertama saya, saya perlu bangkit dengan permainan yang lebih baik jika tidak mahu mengharungi hari yang buruk,'' kata Azlan.

--- :victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2008 02:44 AM | Show all posts
Nicol kejar rekod Nurul, Shalin
- UTUSAN



KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Nicol David berpeluang menyamai rekod cemerlang ratu renang, Nurul Huda Abdullah dan ratu boling negara, Shalin Zulkifli untuk merangkul anugerah olahragawati kebangsaan buat kali kelima pada majlis Anugerah Sukan Negara 2007 yang akan berlangsung 13 Mei ini.

Nicol, 24, yang pernah memenangi anugerah tersebut pada 1999, 2003, 2005 dan 2006, sekali lagi dicalonkan bersama 12 atlet lain.

Nurul Huda memenangi anugerah olahragawati kebangsaan lima tahun berturut-turut dari 1985- 1989, manakala Shalin memenanginya pada 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002 - pencapaian yang belum diatasi oleh mana-mana atlet wanita lain.

Nicol dilihat berpeluang menyamai rekod itu berdasarkan prestasi konsistennya, termasuk mempertahankan kedudukan nombor satu dunia, selain merangkul 10 kejuaraan antarabangsa sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun dia bakal mendapat cabaran sengit daripada Shalin sendiri, selain ratu badminton negara, Wong Mew Choo, juara lompat bergalah Asia, Roslinda Samsu dan Yamii Goplsamy (karate).

Calon olahragawati lain adalah Chow Siao Foon (bola keranjang), Quzandria Nur Mahamad Fathil (ekuestrian), LIm Wen Chen (gimrama), Siti Zalina Ahmad (lawn bowl), Ng Sock Khim (pingpong), Khoo Cai Lin (renang), Che Chew Chan (taekwondo) dan atlet wusyu, Chai Fong Ying.

Sementara itu, kejayaan merangkul kejuaraan Seluruh England 2007 meletakkan beregu badminton negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sebagai pilihan utama anugerah olahragawan.

Kien Keat 21, dan Boon Heong 23, mengulangi kejayaan cemerlang Razif dan Jalani Sidek kira-kira 23 tahun lalu ketika pasangan adik beradik itu muncul juara pada 1982.

Bagaimanapun pasangan nombor lima dunia itu, yang turut menjuarai Terbuka Malaysia, Terbuka Switzerland dan Filipina tahun lalu terpaksa bersaing dengan 12 atlet lain yang turut dicalonkan.

Calon lain anugerah olahragawan 2006 adalah , Sazali Abdul Samad (bina badan), Mohd. Rizal Tisin (lumba basikal), Koh Way Tek (bola keranjang), Zulmazran Zulkifli (boling), Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil (ekuestrian), Chua Boon Huat (hoki), Lim Yoke Wai (karate), Safuan Said (lawn bowl), Cheng Chu Siang (memanah), Lee Hup Wei (olahraga), Daniel William Henry Bego (renang) dan pemain skuasy, Mohd. Azlan Iskandar.

Mesyuarat jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh, semalam turut meneliti senarai calon untuk sembilan anugerah lain yang dipertandingkan.

Selain dua anugerah utama itu, jawatankuasa itu turut memperhalusi pencalonan bagi kategori pasukan lelaki kebangsaan, pasukan wanita kebangsaan, jurulatih lelaki kebangsaan, jurulatih wanita kebangsaan, anugerah Tokoh Sukan, Kepimpinan Sukan, Anugerah Khas, olahragawan dan olahragawati paralimpik.

" Sebanyak 48 persatuan dijemput mengemukakan pencalonan dengan tarikh tutupnya pada 5 Mac lalu. Bagaimanapun hanya 21 persatuan memberi maklum balas sementara selebihnya dibuat selepas tarikh tutup," kata Abdul Rashid Yaakub, jawatankuasa pengelola anugerah itu, semalam.

Anugerah Sukan Negara telah diperkenalkan pada tahun 1966 dengan tujuan asalnya menyatakan penghargaan negara kepada ahli sukan yang mencapai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Jawatankuasa pemilihan terdiri daripada Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Bernama, wakil radio dan TV, Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan wakil akhbar.

Majlis Anugerah Sukan Negara 2007 kali ini akan disempurnakan oleh Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan pada 13 Mei ini.

Penerima anugerah olahragawan dan olahragawati kebangsaan masing-masing akan menerima RM10,000.

---牋:pompom: :pompom: gud luck nicol & semua atlit malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 02:45 AM | Show all posts
Beng Hee mara ke suku akhir Terbuka Kuwait
- UTUSAN

KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu negara, Ong Beng Hee melangkah ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuwait selepas bertarung selama satu jam 48 minit untuk melepasi pusingan kedua, semalam.

Beng Hee, pilihan ke-14 dipaksa bekerja keras ketika mengetepikan pemain Australia, Cameron Pilley 11-2, 7-11, 11-9, 11-9, 11-9.

Ini merupakan hari kedua berturut-turut juara Terbuka Kuala Lumpur itu beraksi dalam lima set permainan selepas turut berhempas pulas menyingkirkan pemain England, Jonathan Kemp 11-7, 4-11, 7-11, 11-8, 11-8 pada pusingan awal, kelmarin.

Kemenangan tersebut dijangka menemukan Beng Hee dengan pemain nombor satu dunia dan juara dunia, Amr Shabana dari Mesir dalam suku akhir hari ini.

Namun begitu, kemaraan Beng Hee gagal diteruskan oleh pemain nombor negara, Mohd. Azlan Iskandar yang tersingkir pada pusingan kedua.

Juara Asia itu memberikan tentangan sengit kepada bekas pemain nombor satu dunia dan pilihan keenam, Thierry Lincou dari Perancis sebelum akur 10-12, 11-5, 9-11, 11-7, 3-11.

:pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 02:25 AM | Show all posts
Beng Hee akhiri cabaran negara
- UTUSAN

KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu negara, Ong Beng Hee memberi tentangan sengit sebelum tunduk kepada pemain nombor satu dunia, Amr Shabana dari Mesir pada saingan suku akhir skuasy Terbuka Kuwait, semalam.

Walaupun terlepas untuk melakar kejutan terbesar kejohanan, namun Beng Hee memberi permainan terbaik ketika tewas 10-12, 10-12, 10-12 dalam tempoh 43 minit.

Malah, semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain negara itu turut mendapat pujian Amr, yang dipaksa menyelamatkan mata perlawanan sebanyak tiga kali .

" Saya tidak langsung tertekan menentang pemain nombor satu dunia tetapi saya tidak pasti sama ada dia (Amr) bermain sebaik kebiasaan kerana dia melakukan beberapa kesilapan mudah.

" Mungkin saya terlalu letih kerana dipaksa bertarung dalam permainan lima set pada hari pertama dan kedua, tetapi itu bukan alasan kekalahan ini,'' kata Beng Hee.

Amr kini akan bertemu pilihan ketiga, Gregory Gaultier dari Perancis, yang mara selepas menewaskan seorang lagi pemain Mesir, Karim Darwish 11-9, 11-9, 15-13

--- cuba lagi dikejohanan yg lain... :victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:02 PM | Show all posts
Nicol tekad tebus kehampaan Terbuka British tahun lalu

NADA kecewa cuba dihapuskan ratu skuasy negara, Nicol David yang tampak sudah berjaya memadam memori pahit dalam usaha merampas gelaran Kejohanan Terbuka British yang hilang daripada genggamannya, tahun lalu.

Nicol, pemain nombor satu dunia, sudah memfokuskan usaha dan tumpuan terhadap faktor dipelajarinya ekoran kekalahan dramatik di tangan lawan dari Australia, Rachael Grinham, tahun lalu, apabila Terbuka British membuka tirainya hari ini.

Ketika itu, dia mendahului hasil kemenangan pada dua set awal dan di ambang kejayaan pada set keempat sebelum pemain Australia itu mempamer antara kebangkitan terhebat dalam sejarah 80 tahun kejohanan untuk memenanginya.

Kekalahan itu dikaitkan dengan hakikat pertukaran jadual aksinya yang kerap dilakukan, selain kebanyakan perlawanan dilangsungkan pada lewat malam.

揔ita kena sedar bahawa apa sahaja yang berlaku, kita perlu sedia menghadapinya. Saya perlu bersedia. Saya perlu memulakan kejohanan dengan perasaan bahawa segala latihan sudah selesai dan memastikan semuanya sempurna

Adakah dia pernah membincangkan masalah jadual aksi itu dengan jurulatihnya, Liz Irwing?

揧a. (Tetapi) apa yang berlaku sekalipun, saya perlu belajar menerimanya. Ada beberapa kejohanan lain di mana saya berdepan situasi sama,
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 05:15 PM | Show all posts

update - news just now -


nicole dan mohd azlan iskandar mara ke suku akhir
british open -

tahniah nicole and azlan --
hopefully dapat masuk semi and then final -
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 06:46 AM | Show all posts
Nicol, Azlan mara

NICOL (kiri) tidak berdepan masalah untuk mara ke
pusingan suku akhir.


RATU skuasy negara, Nicol Ann David dan Azlan Iskandar meneruskan cabaran Malaysia ke pusingan suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Britain di Liverpool semalam.

Begitupun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain negara, Ong Beng Hee apabila gagal mara dalam kelompok lapan terbaik selepas tumpas kepada pemain tuan rumah, James Willstrop.

Bagi Nicol yang juga pemain No. 1 dunia, dia hanya mengambil masa hanya 37 minit untuk menundukkan Madeline Perry dari Ireland 9-0, 9-4, 9-4.

Kemenangan itu membolehkan Nicol membuat perhitungan dengan pemain New Zealand, Shelley Kitchen pada pusingan suku akhir.

Azlan pula memiliki kelebihan awal selepas lawannya, Ramy Ashour mengalami kekejangan sebelum bermulanya kejohanan ini.

Azlan bagaimanapun mengambil masa 41 minit untuk menewaskan pemain pilihan kedua itu dengan 11-1, 5-11, 11-8 dan 11-8.

Pada suku akhir, Azlan akan berdepan pemain Perancis Thierry Lincou yang sebelum itu menewaskan Alex Gough dari Wales 11-6, 11-3, 11-5.

Sementara itu, laluan Beng Hee, pemain lelaki No. 1 negara tersekat selepas dia tewas kepada Willstrop 9-11, 9-11, 7-11 dalam tempoh 47 minit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 06:23 PM | Show all posts
Nicol Kalahkan Natalie Untuk Ke Perlawanan Akhir Terbuka British
BERNAMA - 12 Mei, 2008 15:38 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Nicol David dengan mudah menewaskan Natalie Grainger dari Amerika Syarikat untuk layak ke perlawanan akhir Terbuka British.

Dalam perlawanan separuh di Arena Echo di Liverpool pada Ahad malam, Nicol mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk menang 9-5,9-1, 9-0.

"Saya lambat sedikit untuk mendapatkan rentak tetapi sebaik saja mendapat sentuhan, saya begitu yakin untuk menang," katanya dalam laman web kejohanan itu.

Nicol, 24, menjuarai Terbuka British pada 2005 dan 2006 tetapi tahun lepas dia tewas dalam perlawanan akhir kepada Rachael Grinham dari Australia.

Dalam perlawanan akhir nanti, Nicol akan bertemu pemain tuan rumah Jenny Duncalf.

Dalam bahagian lelaki pula, perlawanan akhir adalah antara James Willstrop dari England dan David Palmer.

:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 06:05 AM | Show all posts
TAHNIAH NICOL DAVID......  jadi jora  Terbuka British :pompom:    :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 07:06 AM | Show all posts
Peluang Nicol catat hatrik Terbuka British
BERITA HARIAN

HANYA tinggal satu halangan lagi buat pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol David untuk merampas kembali gelaran Terbuka British yang hilang daripada genggamannya tahun lalu, selepas kemaraan final keempat berturut-turut di Echo Arena Liverpool kelmarin.

Lawannya nanti, Jenny Duncalf, pemain nombor lapan dunia dari England itu melengkapkan kisah hebatnya apabila mara ke pentas akhir selepas menewaskan pemain kelayakan dari Perancis, Isabelle Stoehr, 4-9, 9-3, 9-6, 9-6 selepas 73 minit.

Nicol pula tidak menghadapi masalah untuk menundukkan Natalie Grainger, pemain kelahiran Manchester yang bertukar kerakyatan kepada Amerika Syarikat untuk meletakkannya dalam landasan memburu gelaran ketiganya.

Pilihan pertama itu hanya digugat seketika apabila ketinggalan 2-5 pada permainan pertama - sebelum lawan hanya mampu meraih satu lagi mata dalam perlawanan itu ketika juara 2005, 2006 itu kembali berkuasa untuk menang 9-5, 9-1, 9-0 dalam masa 27 minit.

"Saya mendapat momentum pada pertengahan permainan pertama dan mula bermain permainan bercorak serangan," katanya yang tewas kepada Rachael Grinham di final tahun lalu di Manchester.

Pemain berusia 24 tahun itu yang sudah merangkul dua gelaran tahun ini tidak berpeluang membalas dendam kekalahannya berikutan persembahan giant-killer, Duncalf, 25, yang mengejutkan juara bertahan dari Australia itu di suku akhir.

Ia adalah pertemuan pertama Nicol dengan Duncalf dalam final. Duncalf memerlukan segala keajaiban yang ditunjukkannya sepanjang kejohanan ini untuk memiliki sebarang peluang untuk menggugat Nicol yang memiliki rekod 4-0 ke atasnya dalam sirkit profesional.

Final lelaki pula akan menampilkan pilihan kelima dan juara tiga kali, David Palmer dari Australia menentang seorang lagi harapan tuan rumah, James Willstrop.

Pilihan keempat itu menundukkan pilihan keenam, Thierry Lincou dari Perancis, 11-7, 11-3, 11-7 dalam masa 50 minit di separuh akhir manakala Palmer mara selepas lawannya, pilihan ketujuh, Karim Darwish bersara akibat kecederaan betis ketika pemain Mesir itu mendahului 11-7, 3-11, 4-8 selepas aksi 47 minit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 08:38 AM | Show all posts

congrats nicol



Nicol David of Malaysia celebrates after defeating Jenny Duncalf of England in the women's final of the Dunlop British Open Squash tournament at the Liverpool Echo Arena in Liverpool. David won 9-1, 10-8, 9-0 to regain the title she had lost last year.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2008 09:15 AM | Show all posts

Nicol menang British Open

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 09:16 AM | Show all posts
Nicol ni dah banyak kali harumkan nama Malaysia. Takde ura2 nak kasi pingat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by Deadsoul at 13-5-2008 09:16 AM
Nicol ni dah banyak kali harumkan nama Malaysia. Takde ura2 nak kasi pingat ke?


kalau menang, mcm2 hadiah dan pujian diberi,tetapi kalau kalah,terus dikutuk dan dimaki..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 09:25 AM | Show all posts
Biasanya apabila berjaya ni, ramai le puak2 yg nak bagi penghargaan la, pingat la, gelaran la etc etc...

Biasanya dijemput le si-juara tu ke function2 atau dinner2 ke hape ke... Selalunya memang mengganggu jadual latihan dan rehat si-juara. Kalu tak layan, dikata pulak sombong dan besar kepala... jadi layan le...

Lepas tu prestasi si-juara pun merosot... lepas tu dia pun dilupakan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.160386 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list