CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bloxxzone

Squash / Skuasy -

[Copy link]
Post time 2-7-2008 07:23 AM | Show all posts
Nicol buru kejuaraan ke-5

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Nicol David bakal turun memburu kejuaraan kelima berturut-turut musim ini apabila mengesahkan penampilan di Terbuka Belanda, 2-7 September ini.

Pemain nombor satu dunia itu, yang menjadikan Amsterdam sebagai 'rumah' keduanya selepas Malaysia turun untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, selepas menewaskan juara dunia, Rachael Grinham dari Australia pada perlawanan akhir.

Bagaimanapun, juara Terbuka Britain itu sekali lagi akan berdepan musuh tradisi, iaitu pemain nombor dua dunia dan adik Rachael, Natalie Grinham.

Walaupun memiliki rekod baik ke atas Natalie, namun cabaran Nicol kali ini tidak semudah kebiasaan kerana Natalie akan beraksi di bawah bendera Belanda buat kali pertama sejak bertukar kerakyatan, awal tahun ini.

Natalie, yang sebelum ini memiliki kerakyatan Australia mengakui, faktor beraksi di depan penyokong Belanda buat kali pertama membuatkan dia amat teruja untuk mencari kemenangan.

"Ini adalah kali pertama saya beraksi dalam kejohanan besar di negara sendiri. Saya sangat gembira dapat bermain di gelanggang yang amat dekat dengan rumah. Saya boleh tinggal di rumah sendiri dan tidur di katil sendiri.

"Bagaimanapun apa yang lebih penting daripada itu, saya akan beraksi di gelanggang kaca, di mana saya menjalani latihan setiap hari.

"Saya tidak sabar untuk turun bertanding, memberi aksi terbaik dan menggembirakan penyokong tuan rumah,'' kata Natalie.

Namun Nicol, 24, dengan reputasi hebat - juara dunia dua kali, juara Terbuka Britain tiga kali, malah meraih empat kejuaraan Jelajah WISPA (Persatuan Pemain Profesional Wanita Antarabangsa) secara berturut-turut bakal menjadi pilihan utama untuk membawa pulang gelaran.

Nicol memulakan musim 2008 dengan menjuarai Terbuka Apawamis (Februari), diikuti Terbuka KL (Mac), Terbuka Britain (Mei) dan Terbuka Seoul, awal bulan lalu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

all the best - nicol ann

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2008 09:34 AM | Show all posts

Nicol dapat Darjah Setia Pangkuan Negeri

Baru baca dlm paper tadi. DSPN membawa title "Datuk"
Tahniah Nicol! Inilah baru dikatakan betul2 layak menerima gelaran Datuk! Congrats Nicol dan teruskan mengharumkan nama negara serta menjadi inspirasi kepada remaja dan belia negara kita.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 05:20 PM | Show all posts
congrate Nicol.. all the best in future.. our Malaysian very proud of her
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 07:26 PM | Show all posts
17 Julai, 2008 18:49 PM   
SRAM Terima Gelanggang Baru Berharga RM700,000



KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Setelah hampir setahun berusaha, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) hari ini menerima gelanggang skuasy yang baru bernilai RM700,000 hasil tajaan Pizza Hut Malaysia.

Presiden SRAM Datuk A. Sani Karim berkata ia sekaligus menamatkan kerisauan persatuan itu di mana gelanggang kacanya yang dibeli 12 tahun lepas hampir tamat jangka hayatnya. "Penajaan ini membolehkan ia digunakan buat pertama kali pada Kejuaraan Skuasy Terbuka CIMB Malaysia di The Curve, Mutiara Damansara dari 24 hingga 26 Julai ini," katanya kepada pemberita setelah menerima gelanggang itu daripada Pengarah Urusan QSR Brands Bhd Jamaludin Md Ali petang ini.

A. Sani berkata dengan penajaan ini, ia akan dapat membantu SRAM mengadakan pertandingan-pertandingan peringkat tinggi di seluruh negara dan seterusnya menjadikan Malaysia kuasa skuasy dunia.

"Ia juga diharapkan akan menjadi perangsang utama kepada belia-belia negara untuk meminati sukan skuasy yang kini telah melahirkan pemain-pemain yang bertaraf dunia," katanya.

Gelanggang lama sebelum ini dikatakan berat sekaligus menyukarkan kerja-kerja mengangkut dan memasang kembali.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata mereka memang mengalakkan persatuan-persatuan sukan mencari sumbangan daripada sektor korporat. "Ini kerana walaupun MSN memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan bagi melaksanakan program-program persatuan ia tidak mencukupi," katanya.

Zolkples berkata penajaan yang dibuat oleh Pizza Hut Malaysia adalah bertepatan memandangkan skuasy ialah sukan yang menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 01:04 AM | Show all posts

latest -



terbuka malaysia -

datuk nicol menang 11-5 11-5  13--11 vs rebecca dari HK -
in 20 min - pusingan pertama -

wtg datuk nicol!! -
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 09:07 AM | Show all posts
Mudah bagi Nicol
Oleh DRAHMAN BAHARUN




NICOL menewaskan Rebecca Chiu (kiri) pada perlawanan
pusingan pertama Kejuaraan Skuasy Terbuka Malaysia
CIMB di Pusat Skuasy Bukit Jalil semalam.


RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David tidak menghadapi masalah menewaskan pemain Hong Kong, Rebecca Chiu apabila menang mudah pada perlawanan pusingan pertama Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB di Pusat Skuasy Bukit Jalil semalam.

Pemain No. 1 dunia itu hanya mengambil masa 20 minit untuk menyingkirkan Rebecca yang juga pemain No. 14 dunia, 11-5, 11-5 dan 13-11.
Nicol yang memburu gelaran juara keempat berturut-turut berkata dia hanya memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan pusingan pertama kerana mahu mencari rentak perlawanan bagi menghadapi cabaran seterusnya selepas ini.

"Mencari rentak permainan pada perlawanan pertama amat penting kerana ia akan menjamin keselesaan untuk mencipta kemenangan.
"Pada perlawanan ini, saya tidak mengira siapa pemain yang dihadapi.

"Apa yang penting ialah memberi fokus sepenuhnya pada setiap gerakan," katanya selepas perlawanan itu.

Menurut Nicol, lawannya anyak melakukan kesilapan dan peluang itu dipergunakan sepenuhnya untuk meraih kemenangan.
Menurutnya, kemenangan tersebut sebagai langkah permulaan untuk melakukan yang terbaik pada perlawanan seterusnya yang dijangka sengit.

Mengenai perlawanan menentang Omneya Abdel Kawy dari Mesir pada peringkat suku akhir hari ini, Nicol berkata dia menjangka perlawanan tersebut agak sukar kerana lawannya itu semakin mempamerkan konsistensi kebelakangan ini.

"Mungkin saya perlu bekerja lebih keras esok (hari ini), kerana Omneya memiliki permainan yang menarik dan sukar dibaca," katanya.
Pada perlawanan semalam, Omneya menewaskan rakan senegara, Raneem El Weleily 11-6, 10-12, 13-11, 11-5 dalam permainan yang mengambil masa hanya 20 minit.

Sementara itu, pemain pilihan kedua Natalie Grinham dari Belanda hanya mengambil masa 22 minit menewaskan Lauren Briggs dari England 11-2, 11-5, 11-2.

Pada perlawanan lain, Rachael Grinham dari Australia menewaskan Louise Crome (New Zealand) 11-3, 9-11, 11-4, 11-4 diikuti Laura Lengthorn (England) mengetepikan Madeline Perry (Ireland) 11-4, 11-7, 13-11,

Shelley Kitchen (New Zealand) menewaskan Kasey Brown (Australia) 11-7, 14-12, 8-11, 11-8, Tania Bailey (England) menewaskan Alison Waters (England) 12-14, 11-8, 6-11, 11-4, 11-2, Jenny Duncalf (England) menewaskan Delia Arnold (England) 11-3, 11-3, 11-4.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2008 10:10 PM | Show all posts
Nicol ke separuh akhir

PETALING JAYA
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 12:10 AM | Show all posts
25 Julai, 2008
Nicol Buru Gelaran Kelima Tahun Ini

PETALING JAYA, 25 Julai (Bernama) -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan CIMB Terbuka Malaysia apabila menundukkan pemain Australia Rachael Grinham pada saingan separuh akhir di The Curve, Mutiara Damansara dekat sini malam Jumaat.


Nicol, yang juga juara bertahan, memerlukan 43 minit untuk mengatasi Rachael, pemain nombor tiga dunia, 11-3, 7-11, 11-1 dan 11-6.

Nicol, yang memburu gelaran kelima tahun ini selepas Terbuka Seoul, Terbuka Kuala Lumpur, Terbuka Britain dan Terbuka Apawamis, akan menentang adik Rachael, Natalie pada perlawanan akhir esok.

Pada satu lagi saingan separuh akhir, Natalie, yang memiliki kerakyatan Belanda, melepasi tentangan sengit naib juara tahun lepas Tania Bailey dari England 11-8, 11-7, 9-11 dan 11-5.

Pertemuan antara Nicol dan Natalie, pemain nombor dua, merupakan ulangan perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur Mac lepas.

Jadual Perlawanan Akhir:

Lelaki: [2] Ong Beng Hee (MAS) mln [3] Mohd Azlan Iskandar (MAS) -- 3pm

Wanita: [1] Nicol Ann David (MAS) mln [2] Natalie Grinham (NED) -- 4pm

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2008 12:32 AM | Show all posts
25 Julai, 2008           

Beng Hee Dan Mohd Azlan Berentap Dalam Perlawanan Akhir Sabtu

PETALING JAYA, 25 Julai (Bernama) -- Dua pemain skuasy lelaki terhebat negara Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar akan berentap dalam perlawanan akhir lelaki Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Pusat Membeli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Sabtu.


Dalam perlawanan separuh akhir Jumaat, kedua-dua pemain itu membuat kejutan apabila berupaya mempamerkan aksi mantap untuk menundukkan lawan masing-masing, dianggap antara pemain yang cukup handal dalam kejohanan ini.

Kedua-dua mereka sedang berusaha untuk merangkul gelaran juara buat kali ketiga dalam kejohanan itu, dengan Beng Hee merangkul gelaran juara pada tahun 2000 dan 2005, manakala Mohd Azlan pada tahun 2004 dan 2007.

Pemain nombor satu negara dan ketika ini berada pada ranking 11 dunia Beng Hee, mengejutkan ramai peminat sukan skuasy hari ini apabila menumpaskan pilihan keempat dari Australia Stewart Boswell 5-11, 11-8, 13-11, 11-5 dalam masa 62 minit.

"Saya tidak mendapat permulaan yang baik dalam kejohanan ini, tapi saya rasa permainan saya semakin baik. Peminat tempatan banyak membantu, memberi sokongan kepada saya hari ini dan semalam," kata Beng Hee ketika ditemui selepas perlawanan itu.

"Dalam game pertama saya terlalu berhati-hati. Saya bermula agak perlahan kerana saya bermain 90 minit dalam perlawanan semalam, saya tidak dapat beraksi dengan baik mulanya.

"Jadi saya banyak menyerang dan lebih agresif. Perlawanan ketiga amat penting, ia adalah perlawanan yang memang saya benar-benar perlukan," katanya.

Merujuk kepada perlawanan akhir, Beng Hee berkata beliau sememangnya tidak berapa kisah siapa yang akan merangkul gelaran juara.

"Ketika ini saya gembira apabila Azlan dan saya berjaya melepasi peringkat separuh akhir. Kami membuktikan bahawa kami boleh berada dalam kelompok 10 pemain ranking dunia sekiranya kami benar-benar bekerja keras.

"Azlan bermain dengan baik, dia benar-benar ingin mempertahankan gelaran, dan bagi saya siapa sahaja yang menang esok, gelaran juara milik Malaysia," katanya.

Terdahulu pemain nombor dua negara Mohd Azlan mengejutkan pemain nombor sembilan dunia dan pemain pilihan pertama kejohanan, Wael El Hindi dari Mesir, untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Beliau mengharungi perlawanan yang cukup dramatik dan mencabar sebelum berjaya memenanginya dengan 11-8, 12-10, 8-11 dan 11-9 dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam 18 minit.

Ia merupakan perlawanan yang cukup mencabar kekuatan fizikal dan mental apabila pemain dari Mesir itu cuba menganggu tumpuan lawan dengan beberapa kali menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil.

-- BERNAMA


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

sokong dua dua.....
all the best -

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 01:51 AM | Show all posts
Kenapa skuasy tak tersenarai dalam Olimpik ek?


Tibe2 aku terpk pasal persoalan ni.. (sorry kalau ada yg anggap soalan aku ni soalan bodo pasal jahil ttg sukan2 olimpik ni  ) yelah..sebab Malaysia nampak cam ada peluang cerah nak dapat gold dalam olimpik melalui sukan ni berdasarkan prestasi semasa.. ada gak aku baca2 laman2 kat internet utk mengorek jawapan bg persoalan ni.. tapi tulah kan.. saje nak tanya forummer2 ni manalah tau kot2 ada forummer yg lebih tau leh berkongsi pengetahuan..

aku ada membaca ttg perjuangan sukan skuasy ke olimpik dalam laman ni.. at least pahamlah sikit apa yg berlaku..
http://www.worldsquash.org.uk/olympicaims.html
http://www.squash360.com/News/Ol ... -Olympic-Games.html
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 08:39 PM | Show all posts
Nicol juara Kejohanan CIMB Terbuka Malaysia
26/07/2008

PETALING JAYA - Penguasaan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David berterusan selepas memenangi Kejohanan CIMB Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut menewaskan Natalie Grinham 11-1,11-4,11-6 dalam perlawanan yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara semalam.


Nicol yang tidak diberi tentangan sengit hanya memerlukan 31 minit untuk menumbangkan Grinham dari Belanda yang juga pemain pilihan kedua kejohanan.

Sokongan dari peminat tempatan menambahkan lagi semangat Nicol dan pada permainan di set pertama memperlihatkan pemain kelahiran Pulau Pinang itu mendahuhului Grinham 8-0 sebelum menamatkan permainan 11-1.

Di set kedua Nicol terus mempamerkan persembahan cemerlang dan pada satu ketika mendahului Grinham 8-3 sebelum menang 11-4, seterusnya menamatkan perlawanan di set penentuan 11-6.

``Saya amat gembira dengan kemenangan ini, ternyata fokus yang penuh di dalam permainan membolehkan saya memenangi kejohanan ini,'' kata Nicol dalam temuramah selepas perlawanan tersebut.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tahniah datuk nicol -

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 09:53 PM | Show all posts
July 26, 2008

Beng Hee, Nicol Malaysian Open Champs

PETALING JAYA, July 26 (Bernama) -- It was double delight for Malaysian squash fans at The Curve shopping mall on the final day of the CIMB Malaysian Open 2008 squash championships with two home victories to savour.


Malaysia's top squash players Datuk Nicol Ann David and Ong Beng Hee made a clean sweep of the men's and women's titles by emerging champions.

The 24-year-old Penangite had an easy match against arch rival, Natalie Grinham of the Netherlands, to claim her fourth successive Malaysian Open title.

"My focus is there, everything came together well and also Natalie didn't play her best. I just took that advantage.

"It wasn't such an easy game, actually. I had to work harder to make it through," said Nicol, who will be heading for the Singapore Masters which starts this Tuesday.

Nicol edged Natalie in straight sets in 31 minutes with scores of 1-1, 11-4 and 11-6.

They last met in a final at the CIMB Kuala Lumpur Open 2008 on March 8 at Berjaya Times Square.

Earlier in the all-Malaysian men's final, Beng Hee, the world ranked 11th, was forced to battle a punishing one hour and 36 minutes against compatriot Mohd Azlan Iskandar, ranked 13th in the world, before winning the match (3-2) with scores of 11-6, 8-11, 4-11, 12-10 and 11-8.

It was his third win this year after winning the Kolkata International in February and the Kuala Lumpur Open in March.

"The first three games were very nervy and I wasn't confident of winning the match. In the fourth game, he played a lot better and I thought he deserved to win it. Unfortunately, he didn't take it. I was given a second chance and I took it and was lucky to win," said Beng Hee after the match.

"This week my shots were not as good as usual...they were not sharp yet. This is the first tournament after the heavy physical training the last two months," he added.

Beng Hee and Mohd Azlan will be heading for Cairo tonight for the Egyptian Open next week.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:04 AM | Show all posts
Sapu bersih


NICOL dan Beng Hee bersama trofi kemenangan Kejohanan
Skuasy Terbuka Malaysia CIMB yang berakhir di The Curve,
Mutiara Damansara semalam.



PEMAIN negara menyapu bersih gelaran utama pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB yang berakhir di The Curve, Mutiara Damansara semalam.
Datuk Nicol Ann David melakukannya dalam kategori wanita manakala Ong Beng Hee menggenggam gelaran bagi kategori lelaki.

Nicol berjaya merangkul gelaran keempat berturut-turut apabila mudah meraih kemenangan ke atas pemain No. 2 dunia, Natalie Grinham dari Belanda 11-1, 11-4, 11-6 dalam masa 31 minit.

Kejayaan itu juga mengukuhkan kedudukan Nicol sebagai pemain No. 1 dunia dengan mencapai kejayaan dalam lima kejohanan sepanjang tahun ini.
Kemenangan ke atas Natalie juga melebarkan rekod pencapaian cemerlang Nicol ke atas lawannya itu kepada 8-1.

Ia dilihat semakin memberi keyakinan kepadanya bagi menghadapi Kejohanan Masters Singapura Selasa depan.

揟umpuan saya pada perlawanan akhir semua berjalan lancar.

揃agaimanapun Natalie tidak menampilkan persembahan sebenarnya dan saya mengambil kesempatan atas kelemahannya itu,
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 27-7-2008 08:04 AM
Sapu bersih

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0727/Kosmo/Sukan/su_01.1.jpg
NICOL dan Beng Hee bersama trofi kemenangan Kejohanan
Skuasy Terbuka Malaysia CIMB yang berakhir di The Curve ...



congrats!! Datuk Nicol & Beng Hee..
Syg squash xde dlm olimpik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 01:10 PM | Show all posts
July 31, 2008   
Nicol Clears First Hurdle

By Dan Guen Chin



SINGAPORE, July 30 (Bernama)-- Datuk Nicol David sailed through to the last eight of the Singapore Women's Squash Masters 2008 at the Kallang Squash Centre here Wednesday.

Victory over Egypt's Engy Kheirallah in scores of 11-5,6-11,11-6,11-5 earned the World No 1 her quarter-final place. She meets England's Jenny Duncalf, world ranked No 6, Thursday night to determine who among them advances to the last four.

All in all it was a victory which Nicol deserved even though her unranked Egyptian opponent took the second game and threatened to make a fight out of it in the third.

In the end the reigning No 1 ended the Egyptian's hopes and now there is Jenny to contend with.

"It's always difficult in the opening match and when you play somebody unranked, it's always very difficult. Engy had nothing to lose and she went for every stroke. For me it's always a relief to get past your first round opponent and from now on I know what to expect," said Nicol.

Jenny who beat Orla Noom of Holland, 11-7,11-10,11-3 Wednesday night, will draw inspiration from the victory of Isabelle Stoehr of France who knocked out the No 2 seed, Natalie Grinham of Holland, 5-11,11-9,11-8,4-11, 13-11.

"That was a surprise victory and hopefully I can get down on that road tomorrow. I have never beaten Nicol before and I know how difficult it will be. Nicol is so consistent and she is such a steady player. Obviously it will take a lot to beat her," said Jenny.

But it was sweet victory for Rachel Grinham, the younger sister of Natalie, the No 3 seed in the tournament.

She beat Alana Miller of Canada 11-2,11-6,11-6 to move into the last eight where she will meet Alison Waters of England Thursday.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 08:50 AM | Show all posts
August 01, 2008   
Nicol Sails Into Semis

By Dan Guen Chin




SINGAPORE, July 31 (Bernama) -- Another hurdle cleared and Datuk Nicol David marched triumphantly into the last four of the Singapore Women's Squash Masters at the Kallang centre here Thursday night.

Her victim in the quarter-final clash was England's Jenny Duncalf, the world No 6 who just could not find a way past the Malaysian world No 1 and lost 4-11,11-13,6-11.

Nicol, with five titles in the bag so far, will play Ireland's Madeline Perry in the semis tomorrow night while the other semi-final will pit Rachael Grinham of Australia, the reigning world champion, against Egypt's Omneya Abdel Kawy.

For Nicol, the victory against Jenny, provided yet another giant step torwards her conquest of title No 6 for the year. But she admitted it wasn't easy.

"The scoreline didn't tell the actual story. It was a tough match and Jenny raised her game to a level where I needed to respond. But in the end she made a few crucial errors, especially in the second game, which allowed me to pull away," said Nicol.

Madeline, who is unseeded in the tournament, is next and statistics suggest that Nicol will be the early favourite.

"We have played each other before and I can tell you that she is not an easy opponent. Now that she is in the semis, there is the greater motivation for her to try even harder. I have to be prepared and hopefully things will get better for me.

"It has been quite tough adapting to the all glass court in the Malaysian Open to these conventional courts now. But I am adapting and I am prepared for a tough battle ahead tomorrow," said Nicol.

Results - q-finals: Nicol David (MAS) bt Jenny Duncalf (ENG) 11-4,13-11,11-6; Madeline Perry (IRE) bt Rebecca Chiu (HK) 11-7,11-8,11-9; Rachael Grinham (AUS) bt Alison Waters (ENG) 8-11,11-8,11-7,11-7; Omneya Abdel Kawy (Egy) bt Isabell Stoehr (FRA) 6-11,11-1,11-3,11-13,11-5.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2008 11:36 PM | Show all posts
SKUASY: Nicol terus unggul
02/08/2008

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 11:52 PM | Show all posts
sori la aku baru kat sini... saja nak berkongsi... tak sia2 aku tgk nicol main kat the curve baru2 ni... berbaloi walaupun kena bayar tiket tgk final dan semifinal.... hmmm sesapa nak main squash aku nak join.. aku tak la terer sgt,.. main keluar peluh je... aku kat jln wisma putra kl..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 06:47 PM | Show all posts
01 September, 2008
Nicol Kekal Nombor Satu Untuk Bulan Ke-26




KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol David berjaya mengekalkan status pemain nombor satu dunia untuk 26 bulan berturut-turut dalam ranking terbaru Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA).

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya memintas rekod pencapaian juara dunia lima kali Sarah Fit-Gerald dari Australia yang mendahului senarai ranking WISPA selama 24 bulan berturut-turut mulai November 1996.

Pemain Australia itu kemudian mencapai status pemain nombor satu dunia selama 40 bulan sebelum mengambil keputusan bersara pada 2003.

Dalam ranking WISPA hari ini, Nicol, 24, mengumpul purata 2,940.588 mata selepas memenangi enam kejuaraan dalam Jelajah Dunia WISPA tahun ini iaitu Terbuka Marsh Apawarnis, KL CIMB, Britain, Seoul, Malaysia dan CIMB Singapore Masters.

Pemain Australia Rachael Grinham mengekori di belakang Nicol dengan pungutan purata 1,858.048 mata diikuti Natalie Grinham dari Belanda dengan 1,842.941 mata.

Pemain Malaysia yang turut tersenarai dalam ranking 241-pemain WISPA ialah Sahron Wee di tangga ke-22, Delia Arnold (36), Tricia Chuah (43), Lim Yoke Wah (51), Low Wee Wern (54), Siti Munirah Jusop (61), Pushppa Devi (82).

Tan Yan Xin (83), Nessrine Ariffin (94), Zulhijjah Azan (104), Kuan Choy Lin (121), Wei Lin Hooi (130), Nabilla Ariffin (163) dan Jo Ann Jee di tangga ke-192.

10 PEMAIN TERBAIK DUNIA:

1. Nicol David (MAS) 2,940.588 mata

2. Rachael Grinham (AUS) 1,858.048

3. Natalie Grinham (BEL) 1,842.941

4. Natalie Grainger (USA) 1,601.944

5. Jenny Duncalf (ENG) 973.900

6. Shelley Kitchen (NZ) 866.091

7. Tania Bailey (ENG) 858.750

8. Alison Waters (ENG) 855.947

9. Laura Lengthorn-Massaro (ENG) 850.364

10. Omneya Abdel Kawy (MESIR) 848.947



-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2008 09:52 AM | Show all posts
Nicol kekal No. 1 dunia




RATU skuasy negara, Datuk Nicol David berjaya mengekalkan status sebagai pemain No. 1 dunia untuk 26 bulan berturut-turut dalam ranking terbaru Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA).

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya memintas rekod pencapaian juara dunia lima kali, Sarah Fitz-Gerald dari Australia yang mendahului ranking WISPA selama 24 bulan berturut-turut mulai November 1996.

Pemain Australia itu kemudian mencapai status pemain No. 1 dunia selama 40 bulan sebelum mengambil keputusan bersara pada 2003.

Dalam ranking terbaru WISPA semalam, Nicol, 24, mengumpul purata 2,940.588 mata selepas memenangi enam kejuaraan dalam Jelajah Dunia WISPA tahun ini iaitu Terbuka Marsh Apawarnis, KL CIMB, Britain, Seoul, Malaysia dan CIMB Singapore Masters.

Pemain Australia, Rachael Grinham mengekori di belakang dengan pungutan purata 1,858.048 mata diikuti Natalie Grinham dari Belanda dengan 1,842.941 mata.

Pemain Malaysia yang turut tersenarai dalam ranking terbaru WISPA itu ialah Sahron Wee di tangga ke-22, Delia Arnold (36), Tricia Chuah (43), Lim Yoke Wah (51), Low Wee Wern (54), Siti Munirah Jusop (61), Pushppa Devi (82). Tan Yan Xin (83), Nessrine Ariffin (94), Zulhijjah Azan (104), Kuan Choy Lin (121), Wei Lin Hooi (130), Nabilla Ariffin (163) dan Jo Ann Jee di tangga ke-192.


- Kosmo -

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.305456 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list