CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bloxxzone

Squash / Skuasy -

[Copy link]
Post time 23-11-2008 07:58 PM | Show all posts
Nicol jaya rangkul gelaran ke-10
23/11/2008

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David terlalu unggul dalam pentas skuasy antarabangsa selepas merangkul gelaran ke-10 berturut-turut musim ini dengan menjuarai Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.

Nicol, 25, yang turut memenangi gelaran hatrik di Hong Kong menundukkan musuh tradisi dan pemain nombor empat dunia, Rachael Grinham dari Australia 14-21, 11-13, 11-8, 11-8.

Juara dunia itu kini melebarkan rekod tanpa kalah kepada 58 perlawanan, malah memperbaiki rekod kemenangan ke atas Grinham kepada 16-1.

****************************************************************************


congrats nicol -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 06:23 AM | Show all posts
Kejuaraan ke-10 berturut-turut Nicol

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI



KEJAYAAN di Hong Kong menunjukkan Nicol David
terlalu unggul dan berada dalam kelas tersendiri selepas
merangkul kejuaraan antarabangsa ke-10 berturut-turut
selain kemenangan hatrik untuk Terbuka Hong Kong, semalam.


KUALA LUMPUR – Bintang skuasy negara, Datuk Nicol David nyata terlalu unggul dan berada dalam kelas yang tersendiri apabila merangkul kejuaraan antarabangsa ke-10 berturut-turut dengan menjuarai Terbuka Hong Kong semalam.


Malah, ini juga merupakan gelaran hatrik Nicol di Terbuka Hong Kong selepas muncul juara 2006 dan 2007.

Kemenangan 14-12, 11-13, 11-8, 11-8 ke atas musuh tradisi, Rachael Grinham dari Australia membolehkan juara dunia itu melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 58 perlawanan berturut-turut.

Terbuka Hong Kong melengkapkan koleksi kecemerlangan Nicol sepanjang 2008 selepas muncul juara di Terbuka Apawamis (Februari), Terbuka KL (Mac), Terbuka Britain (Mei), Terbuka Seoul (Jun), Terbuka Malaysia (Julai), Singapura Masters (Julai), Terbuka Belanda (September), Terbuka Dunia (Oktober) dan Terbuka Qatar (Oktober).

Bagi Grinham, permainan hebat Nicol cukup untuk menjelaskan mengapa dia layak berada di takhta nombor satu dunia.

Meskipun kecewa dengan permainannya yang dianggap perlahan, namun Grinham mengakui, permainan Nicol yang lebih kemas, pantas dan tidak melakukan banyak kesilapan memberi kemenangan buat pemain Malaysia itu.

“Sudah tentu saya rasa sakit hati.. kalah sekali lagi kepadanya tetapi dia (Nicol) tidak bergelar pemain nombor satu dunia tanpa sebab. Bila kedudukan semakin rapat, dia bijak melengahkan permainan, mengajak saya bermain rali sebelum tiba-tiba melajukan permainan dan memperkemaskan pukulan.

“Saya sudah agak taktik yang akan dilakukan, malah perkara itu sentiasa bermain di fikiran tetapi bila sudah diajak bermain rali, saya mula membuat kesilapan pada ketika Nicol bermain bersih tanpa sebarang kesilapan,’’ akui Grinham.

Nicol pula menganggap kemenangan di Hong Kong sesuatu yang amat manis kerana di gelanggang yang sama dia telah merangkul kejuaraan dunia kali pertama pada 2005.

Malah, semangatnya semakin membara dengan kehadiran ramai penyokong Malaysia di Hong Kong, membuatkan dia seolah- olah beraksi di negara sendiri.

“Kemenangan hari ini sebenarnya bergantung kepada siapa yang mampu bermain lebih baik. Dia (Grinham) berjaya membaca permainan saya dan menyukarkan saya mencari mata mudah.

“Tuah turut menyebelahi saya kerana saya sebenarnya tidak selesa dengan pukulan yang dilakukan, malah saya juga membawa bantuan tambahan ke dalam gelanggang, lebih ramai peminat, terutama penyokong Malaysia. Ia benar-benar membantu,’’ kata Nicol lagi.

Sementara itu kejuaraan lelaki menjadi milik pemain nombor satu dunia, Amr Shabana dari Mesir yang menewaskan pilihan kedua, Gregory Gaultier dari Perancis 11-9, 13-15, 8-11, 11-2, 11-3.

Ini merupakan gelaran Terbuka Hong Kong keempat berturut-turut buat Shabana, yang dipaksa berhempas pulas selama satu jam 16 minit untuk menundukkan Gaultier.

******************************************************************************


congrats nicol -
you are the best -
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 06:32 AM | Show all posts
Julang Malaysia di bumi Kaherah
Oleh YASMIN RAMAN




RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yakin rakan sepasukannya mampu memikul tanggungjawab besar apabila tampil pada Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia yang akan membuka tirainya di Kaherah Ahad ini.

Selain Nicol yang juga pemain No. 1 dunia, cabaran negara pada kejohanan tersebut akan turut digalas Sharon Wee (24), Delia Arnold (34) dan Low Wee Wern (46).

Selepas sekadar menduduki tempat ketiga pada kejohanan yang sama di Kanada dua tahun lalu, Nicol berazam membantu skuad negara mencapai keputusan yang lebih positif kali ini.

"Selepas menang kali ke-10 kejuaraan Jelajah Wispa, saya berazam melakukan yang terbaik untuk pasukan Malaysia dalam kejohanan ini," katanya.

"Dua tahun lalu, kami hanya meraih tempat ketiga. Jadi sudah tentu tahun ini saya dan rakan sepasukan yang lain mahu berusaha memperbaiki kedudukan itu.

"Apa yang saya lihat, skuad negara kali ini dilihat lebih mantap dan saya yakin kami dapat bekerjasama dengan baik demi mengharumkan nama negara," kata Nicol selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang di Pusat Skuasy, Bukit Jalil semalam.


SANI bersalaman dengan pemain negara yang akan
beraksi pada Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia.



Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk A. Sani Karim dan pengurus pasukan, Dr. Faizah Ahmad.

Nicol berkata, dia dan rakan sepasukannya telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut, namun tidak dapat menggambarkan persaingan yang bakal mereka tempuhi kelak.

"Kami telah menjalani latihan sebaik mungkin dan sememangnya akan berusaha namun apa pun kita perlu tunggu dan lihat kerana persaingan pasti sengit.

"Tapi adalah lebih baik apabila kami dilabelkan sebagai pasukan bukan pilihan," jelas Nicol.

Ditanya sama ada bermain secara berpasukan akan memberi tekanan lebih kepada dirinya, Nicol menjawab: "Apa yang saya lakukan, ambil tekanan yang dihadapi itu secara positif," katanya yang menjuarai Terbuka Hong Kong minggu lalu .


****************************************************************************


all the best to malaysian team -
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:28 AM | Show all posts
Skuasy wanita terus catat kejayaan

KUALA LUMPUR - Pasukan skuasy wanita Malaysia meneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan Belanda 3-0 pada Kejohanan Wanita Berpasukan Dunia di Kaherah, Mesir awal pagi tadi.


Kemenangan kali ketiga itu sekali gus membolehkan Malaysia menjadi johan Kumpulan D dan menafikan pertembungan awal dengan juara bertahan, England serta naib johan, Mesir, di suku akhir.

Malaysia yang merupakan pilihan keempat kejohanan mencatat dua kemenangan 3-0 masing-masing ke atas Jerman dan Afrika Selatan pada perlawanan terdahulu.

Belanda merupakan pesaing utama skuad negara di peringkat kumpulan dan kejayaan menumpaskan pasukan Eropah itu bakal menyuntik motivasi terbaik untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Kemenangan skuad Malaysia disumbangkan oleh Sharon Wee apabila menumpaskan Annelize, 11-8, 7-11, 11-8, 7-11 dan 11-7.

Wee diberi tentangan sengit pada pertemuan semalam dan terpaksa mengharungi perlawanan selama 54 minit bagi mencatat kemenangan berharga.

Malaysia melengkapkan kemenangan menerusi kejayaan Delia Arnold yang menumpaskan Orla Noom 11-7, 15-13, 11-4, manakala Datuk Nicol David pula menundukkan Vanessa Atkinson, 11-6, 12-10, 11-1.

Pada satu lagi pertemuan Kumpulan D semalam, Afrika Selatan menumpaskan Jerman dengan keputusan 3-0.

Setelah berakhirnya semua persaingan peringkat kumpulan semalam, Kejohanan Wanita Berpasukan Dunia itu akan berhenti sebentar pada hari ini bagi memberi peluang kepada para pemain berehat, sebelum bersaing dalam perlawanan yang lebih getir.

Semua persaingan suku akhir akan ditentukan lewat pagi esok.


*********************************************************************************

best of luck to malaysian team -
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 07:50 AM | Show all posts
Hasrat Malaysia lebur



BARISAN pemain negara (dari kiri) Low Wee Wern, Nicol David,
Sharon Wee Ee Lin dan Delia Arnold gagal untuk meneruskan
cabaran ke akhir diKejohanan Skuasy Berpasukan Dunia, Mesir, semalam.


KUALA LUMPUR - Hasrat Malaysia untuk mencatat pencapaian terbaik pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lebur selepas tumpas 2-1 kepada tuan rumah, Mesir di separuh akhir, semalam.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David bagaimanapun melunaskan janjinya untuk memenangi semua perlawanan di Kaherah, namun Sharon Wee dan Delia Arnold gagal menyumbangkan mata.

Kekalahan terbaru ini menyaksikan pasukan negara terus kempunan untuk beraksi dalam perlawanan akhir buat kali pertama, sebaliknya kedudukan ketiga di Kanada, dua tahun lalu kekal sebagai pencapaian terbaik mereka.

Semalam, Engy Kheirallah mengutip mata pertama tuan rumah setelah berhempas pulas menundukkan Sharon 11-6, 11-6, 9-11, 11-9 dalam masa 45 minit.

Nicol bagaimanapun menghidupkan peluang Malaysia dengan mengutip mata penyamaan selepas menumpaskan pemain nombor tujuh dunia, Omneya Abdel Kawy 16-14, 11-4, 11-8.

Tanggungjawab mencari mata kemenangan yang diserahkan kepada Delia nyata terlalu berat untuk digalas pemain berusia 22 tahun itu apabila dia tunduk di tangan Raneem El Weleily dalam perlawanan penentuan.

Begitupun, Delia memberikan tentangan yang sengit di depan penonton tuan rumah sebelum akur 3-11, 6-11, 12-10, 9-11.

Mesir kini berpeluang untuk menebus kekalahannya kepada England dalam perlawanan akhir dua tahun lalu apabila kedua-dua pasukan dipertemukan lagi pada final kali ini.

England layak selepas menjadi satu-satunya pasukan yang tidak kalah sebarang perlawanan sepanjang kejohanan ini apabila menang 3-0 ke atas New Zealand, semalam.

Pemain nombor lima dunia, Alison Waters menghadiahkan mata pertama England selepas menumpaskan Jaclyn Hawkes 11-6, 11-7, 8-11, 11-5.

Jenny Duncalf, pemain ranking keenam dunia mengesahkan kemenangan pasukannya apabila menundukkan pemain nombor 10 dunia, Shelly Kitchen 11-7, 11-5, 12-10.

Pemain nombor lapan dunia, Laura Lengthorn-Massaro yang hanya turun untuk melengkapkan saingan memastikan kemenangan bersih England dengan mengalahkan Joelle King 11-8, 11-8.


****************************************************************************************

tak ada nasib... tapi tahniah sampai ke semi final -
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 08:55 AM | Show all posts
Delia mara separuh akhir

TANPA menunjukkan sebarang tanda kepenatan, Delia Arnold meneruskan persembahan cemerlang untuk mara ke separuh akhir Siri Satelit Super kelima, sejurus selepas membantu negara meraih gangsa dalam Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia di Kaherah.


Delia, pilihan kedua, mara selepas menundukkan rakan senegara, Low Wee Nee, 11-9, 11-5, 11-7 diikuti dengan kejayaan 11-9, 11-7, 11-6 ke atas pemain New Zealand, Lana Harrison pada suku akhir semalam.

Yoke Wah, pilihan keempat pula mengorak laluan dengan menundukkan dua rakan senegara, Nessrine Ariffin, 11-6, 11-5, 11-4 dan kemudiannya Pushppa Devi, 11-8, 11-7, 11-3.

Satu lagi tempat dalam final akan ditentukan sesama pemain Australia, Donna Urquhart dan Lisa Camilleri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2009 06:18 AM | Show all posts
Karim pemain nombor satu dunia

PARIS - Pemain skuasy Mesir, Karim Darwish kelmarin berjaya menempatkan diri sebagai pemain lelaki nombor satu dunia, sekali gus menamatkan penguasaan selama 33 bulan yang diterajui oleh rakan senegaranya, Amr Shabana.





Karim yang berusia 27 tahun dan berasal dari Kaherah ialah pemain yang berkedudukan ke-13 dalam senarai pemain lelaki terbaik dunia sebelum ini.

Selain itu, dia turut memain peranan sebagai pemain kedua dalam pasukan skuasy lelaki Mesir.

Bekas juara remaja dunia itu hanya berkedudukan kelapan dunia apabila memulakan persaingan tahun lalu.

Karim mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang 2008 dan mara ke perlawanan akhir sebanyak enam kali, termasuk Terbuka Dunia, Oktober tahun lalu.

Daripada jumlah penyertaan Karim di perlawanan akhir tersebut, dia berjaya memenangi tiga gelaran termasuk mahkota pertamanya dalam kejohanan Super Series di Qatar dan Arab Saudi.

Kejayaan cemerlang Karim itu telah menyebabkan rakan senegaranya, Amr kini tergelincir ke tangga kedua dunia.

Sementara itu, pemain lelaki nombor satu negara, Ong Beng Hee kini berkedudukan ke-10 dunia naik dua anak tangga berbanding Disember tahun lalu manakala Mohd. Azlan Iskandar terus di kedudukan ke-13 dunia.

************************************************************************************

tahniah karim... hensem gak mamat egyptian ni -
teringat satu mamat yang buka kedai egyptian kat tesco ampang..
bila masuk aje kedai dia...
'masya'allah..'  masya'allah...
sokmo sangat cakap masya'allah.. pastu buat
jari kat mulut dia - macam benda tu sedap bagus...
tapi.. macam gedique la pulak -
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 11:48 PM | Show all posts

update squash news -

Wee Wern wins, finally


IT was her third and last appearance in a British Junior Open final, and Low Wee Wern finally nailed it in Sheffield yesterday.


Wee Wern, the top seed in the girls' Under-19 category, defeated India's Dipika Pallikal 11-2, 11-8, 8-11, 11-8 in 42 minutes to lift the title.

It looked like a one-sided affair in the beginning when Wee Wern won the opening two games against the misfiring Dipika.

However, Dipika staged a fight back to take the third game 11-8.

Wee Wern was made to work hard in the fourth game before recording a 11-8 win to secure the title.
"I'm feeling a bit of excitement at winning and a bit of relief that I've won one, at last," Wee Wern told www.squash site.co.uk yesterday.

On Monday, Wee Wern beat Canada's Laura Gemmell 9-11, 12-10, 13-15, 11-8, 11-7 in her semi-final match.

In the boy's Under-19, Ivan Yuen was playing world junior champion Mohamed El Shorbagy of Egypt for the title in a late match yesterday.-nst-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 07:54 PM | Show all posts

Balas #348 dexa\ catat

wow cool
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 09:00 PM | Show all posts
15 Januari, 2009  

Wee Wern Dan Ivan Ketuai Cabaran Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pemain remaja wanita utama negara, Low Wee Wern yang merupakan juara skuasy remaja Terbuka British dan pemain lelaki, Ivan Yuen, yang juga naib juara akan menerajui cabaran Malaysia pada kejohanan dwitahunan skuasy Remaja Asia.


Kejohanan lapan hari yang akan bermula Jumaat akan diadakan di Akademi Skuasy ICL di Chennai, India.

Selain Wee Wern, pemain pasukan wanita Malaysia akan dibarisi adik Wee Wern, Wee Nee, Tan Yan Xin dan Rachael Goh.

Pemain wanita Malaysia akan menghadapi cabaran getir daripada juara bertahan Hong Kong dan India bagi merebut gelaran juara berpasukan.

Menurut laman web rasmi kejohanan, Wee Wern akan menjadi tumpuan kejohanan memandangkan beliau akan mempertahankan gelaran buat kali ketiga.

Sementara itu, Ivan akan ditemani Kamran Khan dan dua pemain remaja, Ng Joo Wern dan Mohd Zul Azri.

Pada awal tahun ini, Ivan tewas kepada juara remaja dunia dan pemain pilihan utama Mohamed El Shorbagy dari Mesir pada perlawanan akhir lelaki bawah 19 tahun Remaja Terbuka British.

Ivan akan menghadapi tentangan hebat daripada pemain pilihan utama kejohanan, Leo Au dari Hong Kong, bagi merebut gelaran juara individu.

Tanpa kehadiran juara bertahan, Pakistan, kejohanan tahun ini akan menjadi pertarungan tiga penjuru antara Malaysia, India dan Hong Kong.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 08:55 AM | Show all posts
Cari pengganti Nicol





RATU skuasy negara, Datuk Nicol David memang sukar ditandingi.

Pemain kelahiran Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan negara itu kini terus mengekalkan reputasi sebagai pemain No. 1 dunia.
Bukan sehari tetapi sudah 30 bulan berturut-turut bergelar pemain wanita paling unggul di dunia.


Namun, apa yang menjadi persoalan sekarang adakah Malaysia memilikipemain lain yang dapat menggantikan Nicol sekiranya pemain berusia 25tahun itu bersara kelak?


Mungkin terdapat beberapa pemain remaja yang berjaya mencuri tumpuanapabila meraih kejayaan di peringkat antarabangsa. Low Wee Wernantaranya, dinobatkan selaku juara bawah 19 tahun Kejohanan SkuasyRemaja Terbuka Britain baru-baru ini. Ivan Yuen pula muncul naib juarabagi kategori lelaki.

Pemain lain seperti Sharon Wee yang kini menduduki ranking ke-25dunia selain Delia Arnold serta pemain lelaki Mohd. Azlan Iskandar danOng Beng Hee. Malangnya prestasi mereka di pentas antarabangsa tidakbegitu konsisten.

Hakikatnya, semua pemain ini sebenarnya masih jauh ketinggalanberbanding Nicol yang sudah berada di puncak dunia malah digerunipemain-pemain lain.
Untuk mengetahui perancangan Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM)dalam melahirkan pemain sehebat Nicol, wartawan Kosmo! RADIAH SAORImenemu bual presidennya, Datuk A. Sani Karim.

Kosmo! Ahad: Berdasarkan kejayaan pemain-pemain remajaketika ini, adakah Datuk percaya kita mampu memiliki pemain yang dapatmenggantikan Nicol David?

DATUK A. SANI KARIM: Tidak mustahil kita akan dapat mencari pengganti Nicol suatu hari nanti. Kita memiliki ramai pemain muda yang berbakat.
Jika pemain-pemain muda ini terus diberi bimbingan, latihan dansokongan, mereka juga mampu untuk menempatkan diri dalam kelompok 10terbaik dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Malah, mungkin juga ada pemain yang mampu mencatat keputusan yanglebih baik misalnya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dunia.
Visi kami sebelum tahun 2010 ialah mahu melahirkan tiga pemain yang berada dalam kelompok 20 terbaik dunia selain Nicol.

Kami yakin Wee Wern, Delia dan Sharon mampu melakukannya.

Sharon pernah menduduki ranking No. 18 dunia dan rankingnya semakin konsisten meskipun pada suatu ketika sedikit menurun.
Berjaya atau tidak, ia banyak bergantung kepada disiplin, ikhtiardan usaha beberapa pihak termasuklah SRAM, Majlis Sukan Negara (MSN)serta pemain itu sendiri.


A. SANI


WEE WERN

Bagaimana pula dengan pencapaian dan masa depan pemain lelaki?

Sama seperti pemain wanita, kita juga memiliki pemain remaja lelakiyang berbakat besar. Pada ketika ini, kita memiliki dua pemain elit,Ong Beng Hee dan Mohd. Azlan Iskandar. Kita juga mempunyai pemainpelapis seperti Nafiizwan Adnan, Asyraf Azan dan Ivan.

Mereka ini sering kali menunjukkan permainan setaraf pemain yangberada dalam kelompok 50 terbaik dunia walaupun hakikatnya, merekamempunyai ranking yang lebih rendah.

Apa sebenarnya peranan dan usaha-usaha yang dilakukan SRAM dalam mencapai matlamat ini?

Pemain-pemain yang ada pada ketika ini sebenarnya sudah lama menyertai program yang disediakan SRAM.

Di SRAM, kami merancang program kemudian menyelidik secaraterperinci program tersebut sebelum dibawa ke MSN untuk mendapatkansokongan dan bantuan.

Antara bantuan kami kepada pemain ialah memberi pendedahan kepada pemain selain menyediakan latihan di dalam dan luar negara.

Ini semua merupakan rancangan dan tanggungjawab SRAM. MSN pulabertanggungjawab mengkaji apa yang telah kami rancang dan keputusanakhir akan dibuat bersama.

Malah, program ini sebenarnya bukan baru. Kami sudah memulakannyasejak lapan tahun lepas. Kami mulakan pada peringkat akar umbisehinggalah ke peringkat elit dan pemain pelapis yang ada ketika inimerupakan pemain yang lahir daripada program yang telah kami sediakanselama ini.

Kami juga membantu pemain dari segi pelajaran selain mencari peluang untuk mendapatkan penaja kepada mereka.

Adakah kemudahan yang ada pada ketika ini sudah mencukupi untuk melahirkan pemain bertaraf dunia?

Memang kami selalu mengadakan perbincangan dengan MSN mengenai kemudahan-kemudahan sukan skuasy di Malaysia.

Kami selalu tegaskan, jika inginkan hasil yang lebih baik, perlu adabanyak kemudahan. Sebenarnya banyak kemudahan yang kami inginkanterutamanya berkaitan pertambahan jurulatih yang tidak mendapatkelulusan daripada MSN dan ia sedikit sebanyak membantutkan usahameraih kejayaan. Tanpa kemudahan ini juga kita boleh berjaya tetapipasti mengambil masa yang lebih lama.

Pada ketika ini, masalah utama kami ialah kekurangan jurulatih.Namun, terdapat beberapa pendapat yang berbeza. Ada pendapat yangmengatakan kami sebenarnya telah memiliki ramai jurulatih tetapihakikatnya, kami masih kekurangan jurulatih. Untuk mendapatkan kualitikejurulatihan yang lebih baik, seorang jurulatih sebaik-baiknya hanyamendidik paling ramai lima ataupun enam pemain sahaja. Jika lebih,kualiti pasti akan berkurangan.

Adakah perlu pemain-pemain negara mengikut jejak Nicol yangberpangkalan di luar negara dalam memastikan mereka dapat menjadipemain handalan dunia?

Sebenarnya itu merupakan cara yang paling berkesan untuk berjaya.Suasana di luar negara memang berlainan dan sekiranya berpangkalan diluar negara, di Eropah misalnya, mereka mempunyai peluang untukmenyertai liga tempatan di sana.

Liga di Eropah mempunyai taraf yang lebih tinggi dan ini merupakanpeluang terbaik untuk mereka meningkatkan lagi skil permainanmasing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 05:43 AM | Show all posts
Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran Remaja Asia

MALAYSIA meraih kejuaraan berganda pada kejohanan skuasy Remaja Asia apabila Low Wee Wern dan Ivan Yuen muncul juara kategori individu wanita dan lelaki di Chennai, India semalam.


Lebih membanggakan, Wee Wern terus cemerlang apabila mencipta kejayaan hatrik selepas muncul juara kejohanan yang sama di Singapura pada 2006 dan di Busan 2008.

Wee Wern yang baru sahaja menjuarai Kejohanan Remaja Terbuka Britain awal bulan ini dinobatkan sebagai juara selepas menundukkan pemain tuan rumah, Dilpika Pallikal 11-5, 8-11, 11-9, 9-11, 12-10.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh sebulan Wee Wern menewaskan Dilpika selepas turut menundukkan pemain pilihan kedua itu 12-2, 11-8, 8-11, 11-8 pada pusingan yang sama di Britain tahun lalu.

Dalam laluannya ke perlawanan akhir, Wee Wern turut menyingkirkan pemain Korea Selatan, Yang Yeon Soo pada pusingan kedua serta Mayu Yamazaki pada pusingan ketiga.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu juga turut menundukkan dua pemain Hong Kong, Lee Ka Man pada pusingan suku akhir serta Liu Tsz Ling pada pusingan separuh akhir kelmarin.

Sementara itu, Ivan pula meraih kejayaan sulungnya pada kejohanan tersebut selepas menewaskan pemain pilihan pertama, Leo Au dari Hong Kong 11-6, 6-11, 11-8, 11-4.

Kemenangan tersebut membolehkan Ivan membalas dendam apabila dikecewakan pemain yang sama pada perlawanan akhir di Busan, Korea Selatan tahun lepas.

Dalam pada itu, Malaysia berpeluang mencipta sejarah menyapu bersih semua kejuaraan apabila kategori berpasukan wanita dan lelaki bermula hari ini.

Pencapaian terbaik Malaysia hanyalah meraih tiga kejuaraan pada tahun 2001 apabila menjuarai kategori wanita dan lelaki melalui Datuk Nicol David dan Mohd. Azlan Iskandar selain menjuarai kategori berpasukan wanita.

Bagi kategori berpasukan wanita, Malaysia diletakkan sebagai pilihan pertama di hadapan Hong Kong manakala ketiadaan juara bertahan, Pakistan membolehkan pasukan lelaki negara turut diletakkan sebagai pilihan pertama.


*****************************************************************************


tahniah squad malaysia -
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 06:54 AM | Show all posts
Malaysia sapu bersih 4 kejuaraan

KUALA LUMPUR - Malaysia melakar sejarah sebagai negara pertama menyapu bersih semua empat kejuaraan yang ditawarkan pada Kejohanan Skuasy Remaja Asia ke-14 selepas muncul juara berpasukan lelaki dan perempuan di Chennai, India semalam.


Selepas menggondol kejuaraan berganda individu menerusi Ivan Yuen dan Low Wee Wern, Malaysia membuktikan mereka adalah jaguh di rantau Asia dengan menambah dua lagi gelaran.

Jika Ivan mengetuai kemenangan pasukan lelaki menundukkan India 2-0, pemain adik beradik, Wee Wern dan Low Wee Nee pula membantu pasukan perempuan menewaskan Korea Selatan 2-0.

Ivan tidak menghadapi banyak masalah untuk mengutip mata pertama negara selepas menang straight-set 11-4, 11-2, 11-7 ke atas Aditya Jagtap.

Kamran Khan memastikan kejuaraan menjadi milik negara tanpa perlu diheret ke permainan ketiga apabila berhempas pulas untuk mencatat kemenangan 11-7, 8-11, 11-6, 11-8 ke atas Ravi Dixit.

Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan berpasukan lelaki adalah pada 1995 menerusi barisan pemain seperti Ong Beng Hee.

Sementara itu dalam saingan perempuan, Wee Wern, juara remaja Asia tiga kali melengkapkan karier remajanya yang amat cemerlang dengan menewaskan Song Sun-Mi 11-8, 11-7, 11-2.

Adiknya, Wee Nee memastikan kehebatan Malaysia dan keluarga Low diteruskan apabila mengesahkan gelaran dengan menundukkan Lee Ji-Hyung 11-4, 11-4, 11-7.

*****************************************************************************

congrats to malaysian team -
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 08:52 AM | Show all posts
Beng Hee, Azlan nyaris kandas

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 05:36 PM | Show all posts

Squash: Mueller, Shelley finish champs By : Devinder Singh





[size=+0]


SWISS qualifier Nicolas Mueller and Shelley Kitchen (pic) of New Zealand won the men's and women's titles of the NSC Series No 1 tournament in contrasting fashion at the National Squash Centre in Bukit Jalil yesterday.

[table=200][/table]
World No 116 Mueller was gifted his first PSA Tour title by fellow qualifier Abdullah Al Mezayen when the Kuwaiti retired with a hamstring injury while trailing 13-15, 11-5, 11-9, 5-0 after just 23 minutes on court.

Top seed Shelley, ranked 13th in the world, won her first Wispa Tour title in 13 months with a hard-earned 13-11, 11-7, 5-11, 11-9 win over second seed Annie Au in 59 minutes.

The match hinged on the tight first game which gave Shelley the platform to wrap up the win in her first tournament of the year.

"I've had a good week, winning my first tournament in almost a year. But it was really tough today (yesterday) as Annie has improved a lot in the last 12 months.

"She's one to look out for in the future. She reads the game really well and her ball placing is really good," said Shelley, who is also the top seed for the NSC Series No 2 tournament starting on Tuesday in Bukit Jalil.

Shelley is hoping to win that tournament as well which would set her up nicely for the Kuala Lumpur Open which comes the following week.

Shelley is unseeded at the KL Open and meets Alison Waters of England in the first round with a potential match-up against former world champion Rachael Grinham of Australia in the last eight.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 08:44 AM | Show all posts
Nicol buru gelaran keenam



NICOL tetap berhati-hati dengan ancaman lawan
pada Terbuka Kuala Lumpur CIMB tahun ini.


DATUK Nicol Ann David tetap berhati-hati walaupun tampil dengan reputasi sebagai pemain skuasy wanita No. 1 dunia.

Hari ini, dia berazam untuk mempamerkan yang terbaik apabila turun memulakan saingan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB.

"Saya sudah bersedia, namun tetap perlu berhati-hati dengan ancaman lawan," katanya.

Kejohanan ini adalah yang pertama bagi ratu skuasy negara itu untuk musim 2009.

Sebelum kejohanan ini, pemain berusia 25 tahun itu menjalani latihan yang panjang di Melbourne, Australia bersama bekas pemain No. 1 dunia, Sarah Fitz-Gerald.

"Ia adalah untuk mendapatkan permulaan yang baik. Dengan latihan yang padat selama lima minggu setengah, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan musim baru ini.

"Musim lepas adalah tahun paling baik bagi saya. Sekarang ini saya berharap untuk permulaan yang baik ," kata Nicol ketika ditemui selepas sidang media sempena majlis penyerahan tajaan kejohanan di Auditorium CIMB di ibu negara semalam.

Bagi Terbuka Kuala Lumpur, Nicol berharap untuk memenangi kejohanan itu bagi kali keenam. Dia muncul juara pada 2000, 2001, 2005, 2007 dan 2008.

Mengenai pusingan pembukaan di Pusat Skuasy Kebangsaan di Bukit Jalil hari ini, Nicol akan memulakan kempen sebagai pilihan pertama kejohanan dan akan bertemu pemain No. 9 dunia, Madeline Perry dari Ireland.

"Saya hanya menunggu masa untuk masuk gelanggang. Saya hanya nak lihat bagaimana keadaan pemain lain pada masa ini selain melihat kedudukan saya ketika ini," kata Nicol.

Selain Nicol dan Madeline, kejohanan itu turut membariskan tujuh pemain wanita yang berada pada kedudukan teratas Persatuan Pemain-pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa).

Mereka terdiri daripada Natalie Grinham (Australia), Rachael Grinham (Australia), Natalie Grainger (Amerika Syarikat), Jenny Duncalf (England), Alison Walters (England), Omneya Abdel Kawy (Mesir) dan Laura Lengthorn-Massaro (England).

Kejohanan skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB menawarkan hadiah berjumlah AS$50,000 (RM181,200) untuk kategori lelaki dan AS$53,500 (RM194,200) bagi wanita.


*****************************************************************************

all the best nicol david -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 08:59 AM | Show all posts
Tiada pemain remaja layak

KUALA LUMPUR - Tiada seorangpun wakil negara melepasi pusingan kelayakan apabila tiga pemain remaja yang disandarkan harapan untuk layak ke saingan utama Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur, tunduk kepada lawan masing-masing di Stadium Skuasy Nasional Bukit Jalil semalam.

Pemain ranking ke-28 dunia, Delia Arnold hanya memberi sedikit tentangan di set ketiga sebelum kalah kepada Lauren Briggs dari England 4-11, 6-11, 11-4, 6-11.

Pemain yang sedang meningkat, Low Wee Wern seperti dijangka tunduk kepada lawannya yang lebih berpengalaman, juara kejohanan Remaja Dunia tiga kali Raneem El Weleily dari Mesir 5-11, 11-13, 8-11 dalam masa 31 minit.

Pemain remaja lelaki, Ivan Yuen mengikut jejak kekalahan rakannya itu apabila juga tunduk kepada lawannya yang lebih berpengalaman, Chris Simpson dari England 7-11, 9-11, 9-11.

Sementara itu, kejutan berlaku dalam saingan wanita apabila pemain di ranking ke-14 dunia, yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia 2002, Rebecca Chiu dari Hong Kong dikejutkan oleh pemain senegara, Annie Au 9-11, 8-11, 7-11.


***********************************************************************************


kalau macam ni lah jadinya... siapa yang boleh nak jadi pelapis nicol nanti....
sorang pun tak layak masuk KL Open... ishhh -- kena mantapkan lagi usaha pemain -
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 09:42 AM | Show all posts

Balas #357 dexa\ catat

tau xpe dexa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 08:18 AM | Show all posts
Nicol, Beng Hee ke suku akhir

Oleh FERZALFIE FAUZI



MANTAP... Nicol David memberi persembahan bertenaga untuk
]menjinakkan lawannya, Madeline Perry di Bukit Jalil, semalam.
- UTUSAN / NOORADZRENE MOHD. NOOR


KUALA LUMPUR - Tiada tentangan dan tidak perlu bekerja keras. Itu yang dilalui pemain skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David apabila mudah memenangi perlawanan pertama Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB menewaskan pemain Ireland, Madeline Perry, 11-6, 11-8, 11-7, semalam.

Walaupun pertama kali beraksi tahun ini, ia bukan satu masalah besar buat Nicol untuk menjinakkan Perry yang menduduki tangga kesembilan dunia dan menjadi pembakar semangat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.

Pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu sudah menunjukkan permainan yang memberangsangkan pada set pertama apabila pada satu ketika mendahului Perry 7-3 sebelum dikejar 7-5, Nicol terus mempamerkan permainan bertenaga untuk menang 11-6.

Perry cuba memberi tentangan pada set kedua apabila saling mengejar mata sebelum Nicol dengan tenang menewaskannya 11-8 dan di set kedua permulaan yang sedikit longgar menyebabkan Nicol ketinggalan 4-5 pada set ketiga tetapi berjaya bangkit untuk menang 11-7 dalam tempoh 26 minit.

Menurutnya, dia gembira kerana berjaya memenangi perlawanan pertama tahun ini dan mengambil kesempatan dengan kesilapan yang dilakukan oleh lawannya.

"Saya mula mendapat momentum dan kelebihan apabila dia melakukan beberapa kesilapan, saya mengambil segala peluang yang ada untuk menewaskannya," kata Nicol selepas perlawanan tamat di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil semalam.

Jelasnya, dia memberi fokus sepenuhnya dalam perlawanan tersebut dan cuba menyesuaikan diri bermain dalam kejohanan sebenar selepas berehat panjang sebaik musim 2008 tamat.

"Saya akan cuba mempamerkan permainan yang lebih bertenaga esok (hari ini) dan kemenangan ini petanda positif buat saya," ujar pemain yang menjalani latihan di Melbourne, Australia bersama bekas pemain No. 1 dunia, Sarah Fitz-Gerald sebelum menyertai kejohanan ini.

Aksi suku akhir di Berjaya Times Square hari ini akan menemukan Nicol dengan pemain pilihan kelima, Jenny Duncalf dari England.

Bagi Terbuka Kuala Lumpur, Nicol muncul juara sebanyak enam kali iaitu pada tahun 2000, 2001, 2005, 2007 dan 2008.

Dalam pada itu juara bertahan bagi kategori lelaki Ong Beng Hee turut cemerlang selepas mengetepikan cabaran pemain muda dari Mesir, Mohamed El Shorbagy 11-3, 6-11, 11-4, 7-11, 11-6 dalam tempoh 56 minit.

Beng Hee berkata, dia berasa sedikit tekanan menentang pemain muda Mesir yang sedang meningkat naik itu tetapi atas kekuatan mental yang ada pemain pilihan kedua kejohanan itu berjaya mengetepikan cabaran Mohamed.

"Dia (Mohamed) memang berasa yakin dan bermain dengan tiada tekanan berbanding saya tetapi saya cuba berfikiran positif dan berjaya mengatasinya walaupun pada suatu ketika kami bermain rali yang sangat panjang.

"Selepas keputusan ini saya rasa yakin untuk meneruskan aksi seterusnya dan saya berasa yakin untuk menentang seorang lagi pemain muda, Aamir dari Pakistan," kata pemain pilihan kedua dan juara bertahan kejohanan ini.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain wanita negara, Sharon Wee terkandas apabila tewas kepada Jenny Duncalf dari England 11-8, 11-7, 11-6 dalam tempoh 26 minit.

Mengikut jejak Sharon ialah pemain muda lelaki negara Mohd. Nafiizwan Adnan yang gagal menjinakkan pemain Pakistan, Farhan Mehboob apabila tewas 7-11, 11-9, 11-4, 11-10.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 09:11 AM | Show all posts
Nicol, Beng Hee semakin hampir

Oleh DRAHMAN BAHARUN




BENG HEE benam pemain Pakistan, Aamir Atlas
Khan pada aksi suku akhir semalam.

RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David semakin hampir meraih gelaran keenam Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB selepas menewaskan pemain England, Jenny Duncalf pada aksi suku akhir semalam.

Nicol, 25, hanya mengambil masa 46 minit untuk menewaskan pemain pilihan kelima itu menerusi kemenangan 11-1, 10-12, 11-7, 11-9.

"Saya cuba mencari rentak pada set ketiga dan keempat untuk memastikan kemenangan menjadi milik saya.

"Dia sentiasa bekerja keras sepanjang perlawanan sehingga saya terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskannya," kata Nicol yang juga juara edisi 2000, 2001, 2005, 2007 dan 2008.

Dengan kemenangan itu, Nicol akan beraksi menentang pilihan ketiga, Rachael Grinham dari Australia pada aksi separuh akhir hari ini.

"Apa pun saya akan memberi lebih tumpuan esok (hari ini) kerana ia perlawanan yang dianggap lebih sukar," katanya.

Sementara itu, pemain lelaki negara, Ong Beng Hee turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan pilihan kelima, Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-5, 8-11, 11-9, 8-11, 11-1.

"Sekarang saya lebih bersedia bagi mengharungi perlawanan seterusnya dan diharap ia dapat dikekalkan sehingga akhir perlawanan," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan semalam, Beng Hee berkata, dia terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menjinakkan lawannya itu.

"Saya agak keletihan selepas beraksi pada perlawanan sebelum ini tetapi saya tetap gembira kerana masih dapat meneruskan kemaraan," jelas Beng Hee.

Pada aksi separuh akhir hari ini, Beng Hee yang juga pilihan kedua akan menentang pemain England, Adrian Grant.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.073420 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list