CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bloxxzone

Squash / Skuasy -

[Copy link]
Post time 7-3-2009 12:37 AM | Show all posts

nicol masuk final -

akan lawan granger  final nanti -


beng hee kalah pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2009 01:13 AM | Show all posts
06 Mac, 2009          

Nicol Tundukkan Grinham Ke Perlawanan Akhir Terbuka KL

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ratu skuasy Malaysia Nicol David layak ke ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur setelah menundukkan pemain nombor tiga dunia Rachael Grinham dari Australia pada perlawanan separuh akhir di pusat membeli-belah Berjaya Times Square di sini Jumaat.


Nicol, pilihan utama kejohanan, mempamerkan aksi kelas dunia dengan bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 9-11, 11-7, 11-5 dan 11-8 dalam masa 34 minit.

Selepas kalah set pertama, Nicol berjaya mengembalikan semula rentaknya dan menguasai tiga set selepas itu untuk layak ke perlawanan akhirnya yang keenam pada kejohanan itu.

"Hari ini saya tahu apa yang saya perlu buat dan saya perlu rapat dengan Rachael kerana jika saya biarkan dia, dia akan menguasai keadaan. Seperti dalam set pertama, jika dia menguasai keadaan, ia boleh menjadi sebaliknya.

"Saya tahu sepanjang perlawanan, saya perlu menguasai perlawanan," kata Nicol kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Ditanya tentang pertemuaan dengan Natalie Grainger dari Amerika Syarikat pada perlawanan akhir Sabtu, Nicol berkata ia akan menjadi satu lagi perlawanan yang menarik.

"Dia lawan yang handal untuk yang ditentang dalam perlawanan akhir. Ia akan menjadi sesuatu yang menarik. Malah, pertembungan kami sebelum ini sengit. Saya kena berusaha keras," katanya.

Pada perlawanan separuh akhir hari ini, Grainger menundukkan Laura Lenghthorn-Massaro dari England 9-11, 11-4, 11-7, 6-11 dan 11-6 dalam tempoh 51 minit untuk layak ke perlawanan akhir.

JADUAL PERLAWANAN AKHIR ESOK:

Lelaki:

[1] Peter Barker (ENG) lwn [3] Adrian Grant (ENG) -- 3 petang

Wanita:

[1] Nicol Ann David (MAS) lwn [4] Natalie Grainger (USA) -- 4 petang

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 09:14 PM | Show all posts
Datuk Nicol Kalah
07/03/2009


KUALA LUMPUR 7 Mac - Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB apabila kalah kepada lawannya, Natalie Grainger dari Amerika Syarikat, 11-8, 10-12, 11-17, 5-11,11-6 pada perlawanan akhir tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 04:03 PM | Show all posts
wow lupe pasal squash ni.. huhu kalah ker..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:42 PM | Show all posts
11 Mei, 2009

Nicol Genggam Kejuaraan Pertama Musim 2009



KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David menggenggam kejuaraan pertama musim 2009 apabila memenangi kejohanan julung kali yang diadakan iaitu Terbuka Kepulauan Caymen semalam.

Beliau menewaskan pemain Amerika Syarikat, Natalie Grainger, di perlawanan akhir buat kali ke-50 antara mereka.

Nicol, 26, yang merupakan pilihan pertama menewaskan Grainger 11-8, 11-6 dan 11-5 dalam 33 minit perlawanan.

"Saya sangat gembira. Ia merupakan permainan terbaik saya tahun ini dan juga tahun sudah. Beliau (Grainger) bermain baik. Tetapi dengan apa yang berlaku pada perlawanan lepas semasa kami bermain bersama, saya memberi sepenuh perhatian di dalam gelanggang kali ini dan ini membuatkan saya lebih fokus, kata Nicol dalam laman web www.squashsite.co.uk hari ini.

Pada Mac lepas, Nicol tewas mengejut kepada Grainger, pemain nombor dua dunia pada Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2009 di Berjaya Times Square di sini.

"Dengan apa yang berlaku pada perlawanan lepas, anda tahu apa yang anda perlu lakukan, jadi ia tidak berulang lagi. Beliau (Grainger) bermain baik pada perlawanan lalu, tetapi saya memang mahu melakukan yang terbaik hari ini," kata Nicol.

Grainger pula perlawanan akhir menentang Nicol adalah sengit dan sukar.

"Saya bermula baik tetapi tidak banyak mengawal permainan. Saya agak tertekan. Saya tidak menyudahkan pukulan saya dengan sempurna, saya tidak memukul bola dengan cukup kuat. Dalam keadaan-keadaan ini, Nicol selalu sukar untuk ditewaskan. Anda perlu menguasai permainan," kata Grainger.

Bagi kategori lelaki dalam Cabaran Caribbean, ia dimenangi pemain Cayman, Dean Watson yang menewaskan pemain Barbados, Shawn Simpson 11-5, 1-11, 11-7 dan 11-9.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 09:35 AM | Show all posts
saja nak share kalau sapa2 ada masa dan berminat esok datanglah ke squash centre bukit jalil, Persatuan Squash mengadakan majlis 'SQUASH 2016 DAY'. kalau ada apa nak tau tanya eh. thanks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2009 05:06 PM | Show all posts

Balas #366 matabesar\ catat

kalau ada ape ape update kasi tau ek....

ramai yang membaca ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 10:19 AM | Show all posts
Nicol juarai Terbuka Seoul


NICOL David

Hadiah terbaik raikan bulan ke-35 di puncak ranking dunia

NICOL David melenyapkan angan-angan lawannya, Jenny Duncalf yang belum pernah menewaskannya sebelum ini apabila menang dua set terakhir untuk menjuarai gelaran ketiganya, Terbuka Seoul semalam.

Memasuki pertemuan ke-12 mereka, Nicol terlebih dulu memenangi set pertama 11-6 tetapi kedudukan terikat 1-1 apabila set kedua berpihak kepada pilihan keempat dari England itu dengan 11-3.

Namun Nicol tidak membiarkannya sedikit pun menjejaskan tumpuannya apabila meraih kejayaan dalam dua set seterusnya, 11-6, 11-4 bagi menamatkan pertembungan itu selepas 38 minit.

Nicol mara ke final selepas menundukkan musuh tradisi, Natalie Grinham, 11-4, 11-6, 11-8 dis eparuh akhir manakala Duncalf pula mengejutkan pilihan kedua, Rachael Grinham - kakak Natalie - 11-6, 11-8, 11-6.

Kejayaan semalam membolehkan Nicol, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 26 tahun itu, menambah kepada gelaran Terbuka Cayman dan Texas bulan lalu dengan juara dunia itu hanya merasai derita kekecewaan sekali saja tahun ini.

Kekalahan itu dirasainya ketika tewas pada final Terbuka Kuala Lumpur kepada Natalie Grainger yang tidak beraksi di Seoul.

Kemenangan semalam juga adalah hadiah terbaik buat Nicol yang meraikan bulan ke-35 di puncak ranking dunia pada Jun ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2009 10:22 AM | Show all posts
Nicol successfully defends Seoul Open title

KUALA LUMPUR: World No. 1 Nicol David clinched a third successive Wispa Tour title for the year with a successful defence of the Seoul Open title yesterday.

Nicol beat surprise finalist and fourth seed Jenny Duncalf of England 11-6, 3-11, 11-6, 11-4 in the final.

Duncalf, playing in her first final since the Sharm-El-Sheikh Open last December, started with a tough task ahead of her as she has never beaten Nicol before.

But to her credit, she managed to take a game off the top seeded Malaysian and only conceded defeat after battling for nearly an hour.

Nicol, winner of the Cayman Islands and Texas Open titles last month, has extended her record against Duncalf to 12-0 on the Wispa Tour.

Nicol’s victory over third seed Natalie Grinham of Holland in the semi-finals on Saturday already saw her record more final appearances on the Wispa Tour than any other current player.

Duncalf reached the final after beating Rachael, the elder of the Grinham sisters.

credit to the star
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 07:24 AM | Show all posts
Nicol, Azlan ke separuh akhir

KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David mencerahkan peluang Malaysia untuk merangkul pingat emas Sukan Dunia apabila mara ke separuh akhir di Kaohsiung, Taiwan semalam.

Malah, peluang untuk menambah pingat dalam acara skuasy dicerahkan oleh jaguh lelaki, Mohd. Azlan Iskandar yang turut melangkah ke separuh akhir.

Turun sebagai penyandang juara dan pilihan pertama, Nicol tidak langsung berdepan masalah mengetepikan cabaran Joey Chan dari Hong Kong 11-2, 11-3, 11-3 dalam masa 20 minit.

Menanti juara dunia dan Terbuka Britain itu di separuh akhir hari ini adalah pilihan kelima, Omneya Abdel Kawy dari Mesir, yang mara selepas mengejutkan pilihan ketiga, Jenny Duncalf dari Britain 6-11, 13-11, 14-12, 11-8.

Satu lagi saingan separuh akhir pula bakal menemukan pilihan kedua, Natalie Grinham dari Belanda dengan pemain England, Alison Waters.

Sementara itu Azlan menepati sasaran awal dengan melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan Cameron Pilley dari Australia 11-8, 11-7, 11-5.

Begitupun cabaran getir bakal menanti pemain utama negara itu apabila berdepan pilihan utama dari Britain, Nick Matthew, yang mara selepas menumpaskan Saurav Ghosal dari India 11-4, 11-13, 11-9, 11-6.

Satu lagi separuh akhir menemukan pilihan ketujuh, James Willstrop dari Britain dengan Stewart Boswell dari Australia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 06:43 PM | Show all posts
01 Ogos, 2009
Nicol Juarai Terbuka M'sia Buat Kali Kelima

PETALING JAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David berjaya mengekalkan kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kelima berturut-turut selepas menyingkirkan Alison Waters dari England pada perlawanan akhir di sini Sabtu.

Pada saingan di 'The Curve', Mutiara Damansara, Nicol, pemain nombor satu dunia, mengambil masa selama sejam untuk menewaskan Alison dengan keputusan 11-6, 11-8, 9-11, 11-7 dan membawa pulang hadiah wang tunai US$8,550 (RM30,000).

Alison pula menerima US$6,075 (RM22,000) pada kejohanan tersebut yang bertaraf Emas 45 dalam sirkit Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA).

"Perlawanan itu memang sengit. Alison menampilkan persembahan terbaiknya dan sentiasa konsisten. Walaupun saya menewaskannya 3-0 pada Terbuka Seoul bulan lepas, namum saya terpaksa bekerja begitu gigih kali ini.

"Pada keseluruhannya, saya bangga untuk sekali lagi merangkul kejuaraan ini walaupun tidak memikirkannya buat kali kelima. Saya harap dapat mengekalkan rentak ini pada Singapura Masters minggu depan," kata Nicol.

Katanya beliau ingin menumpukan kepada corak permainannya di Singapura Masters dan cuba memenanginya untuk merangkul kejohanan ketiga berturut-turut selepas Sukan Dunia di Kaohsiung, Taiwan, minggu lepas.

Pemain berusia 25 tahun itu akan kembali kampungnya di Pulau Pinang malam ini untuk menghadiri perkahwinan kakaknya Isnin ini.

Terdahulu itu, juara dunia tiga kali, Amr Shabana dari Mesir merangkul gelaran lelaki selepas menumpaskan pemain nombor lima dunia dan pemenang pingat emas Sukan Dunia 2009, Nick Matthew, dari England pada perlawanan akhir.

Shabana, pilihan utama kejohanan ini, bagaimapun, tewas set pertama 5-11 sebelum bangkit untuk mencipta kejayaan pada tiga set berikut 11-9, 11-6, 11-4 dalam masa 51 minit.

"Ini adalah perlawanan sukar menentang Matthew. Saya bangga dengan kejayaan ini. Musim baru bermula dan saya perlu mengharungi lapan atau sembilan kejohanan selepas ini. Kejayaan ini adalah permulaan baik untuk musim baru," katanya.

Selepas ini, beliau akan membuat persediaan menghadapi Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di Chicago, bulan depan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 07:03 PM | Show all posts
tahniah datuk nicole
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 02:55 PM | Show all posts
pingat emas olimpik 1st sebenaqnya dah ada dlm genggaman klu skn squash dipertandingkan...hampeh betoi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 03:08 PM | Show all posts
13 September, 2009

Terbuka British: Nicol Dan Mohd Azlan Gagal Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Dua pemain skuasy harapan negara, Datuk Nicol Ann David dan Mohd Azlan Iskandar terkandas dalam saingan masing-masing di Kejohanan Skuasy Terbuka British 2009 di Manchester, Sabtu.

Harapan Malaysia musnah selepas pemain nombor satu dunia Nicol tumpas di tangan pemain Ireland Madeline Perry di peringkat suku akhir kejohanan.

Menurut laman web www.squashsite.co.uk, dalam pertembungan sengit yang berlarutan selama sejam 16 minit, ratu skuasy negara dari Pulau Pinang itu pada mulanya mendahului dengan 11-6 dan 14-12, namun Madeline bangkit untuk menyerlah dalam tiga set berikutnya dengan 15-13, 11-5 dan 11-9.

Ia merupakan kali pertama Madeline menumpaskan Nicol, 25, sepanjang pertemuan mereka. Madeline, pilihan kelima kejohanan, akan bertemu dengan pemain England Alison Waters dalam perlawanan separuh akhir.

Terdahulu Alison menumpaskan pemain Australia Donna Urquhart 6-11, 11-5, 11-3 and 11-7 dalam masa 31 minit.

Dalam perlawanan kemudiannya pada kira-kira pukul 5 pagi waktu Malaysia, Mohd Azlan tumpas di tangan pemain tuan rumah James Willstrop dengan straight set 11-5, 11-6 dan 12-10 dalam masa 47 minit.

Dalam perlawanan pada hari sebelumnya, Mohd Azlan masa ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan naib johan Terbuka British dua kali yang juga pilihan ketujuh kejohanan Thierry Lincou dari Perancis dengan 11-13, 11-4, 5-11, 14-12 dan 11-5 dalam pertembungan sengit yang berlarutan selama 91 minit.

Willstrop pula mara ke perlawanan suku akhir selepas pemain pilihan pertama kejohanan Karim Darwis dari Mesir menarik diri separuh jalan selepas mengalami kecederaan buku lali.

-- BERNAMA




************************************************************************

she is just a human... ada masa menang... ada masa kalah....
tapi nicol tetap number one....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 04:53 PM | Show all posts
tu la.. dia pun human gak kan... kan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 09:07 AM | Show all posts
Nicol teruskan kemaraan Terbuka Dunia

AMSTERDAM - Datuk Nicol David kembali mempamer prestasi terbaiknya sejak kekalahan mengejut pada Terbuka Britain, dua minggu lalu apabila hanya memerlukan 23 minit untuk melangkah ke suku akhir skuasy Terbuka Dunia, semalam.

Nicol, 26, yang memegang rekod pemain No. 1 dunia untuk tiga tahun berturut-turut menang 11-3, 11-5, 11-0 ke atas juara remaja Eropah tiga kali, Camille Serme dari Perancis.

Kemenangan mudah ke atas pemain berusia 20 tahun itu membuktikan betapa Nicol sudah pulih daripada kejutan disingkirkan pemain Ireland, Madeline Perry pada suku akhir Terbuka Britain di Manchester.

Bagaimanapun Nicol berpeluang untuk mengulangi pertemuannya dengan Perry apabila pemain veteran itu turut layak ke suku akhir selepas menumpaskan bekas pemenang pingat emas Sukan Asia, Rebecca Chiu dari Hong Kong 11-8, 11-4, 11-5.

Nicol, yang memburu kejuaraan dunia buat kali keempat selepas muncul juara pada 2005, 2006 dan 2008 kini akan menentang pilihan kelima dari England, Jenny Duncalf, yang mara selepas mengalahkan Engy Kheirallah dari Mesir 11-9, 11-9, 11-9.

"Saya benar-benar merasakan yang permainan saya sudah meningkat, saya amat gembira dengan perlawanan ini.

"Dia (Serme) adalah pencabar yang kuat, jadi saya kena pastikan yang permainan saya semakin baik dan baik,'' ujar Nicol.

Nicol mengawal perlawanan sejak awal dengan sering menghantar bola ke sudut gelanggang dan menggunakan kepantasan serta kepelbagaian hantarannya untuk memerangkap lawan.

Pemain No. 1 dunia itu juga lebih banyak menyerang berbanding corak permainan biasanya, yang gemar melengahkan lawan sebelum mematahkan permainan apabila berkesempatan.

Nicol memenangi lima mata pertama dalam set pembukaan dan memenangi lima mata lagi di set kedua. Malah, dia tidak melepaskan sebarang mata dalam set ketiga.

Serme bekerja keras dan cuba memberi tentangan pada awal permainan tetapi sukar untuk bangkit selepas ketinggalan 1-6 di set pertama dan 4-6 di set kedua.

Nicol memperoleh kebanyakan mata menerusi pukulan kilas ke dinding, dan turut bermain baik apabila melakukan pukulan pendek.

Ketika ditanya apakah dia berasa tertekan bermain di Amsterdam, yang dianggap negara angkatnya, Nicol berkata: "Tekanan sentiasa ada. Semua orang meletakkan tekanan kepada diri sendiri, ia terserah kepada bagaimana anda hendak menanganinya.

"Ia sama ada anda mahu keluar dan memberi permainan terbaik atau tidak. Untuk saya, saya hanya mahu ke gelanggang dan beraksi sebaik mungkin.''

Sementara itu dalam undian sebelah bawah, adik-beradik Grinham, Rachael dan Natalie Grinham semakin hampir untuk bertemu pada separuh akhir selepas masing-masing melangkah ke suku akhir.

Rachael, juara dunia 2007 dan juara Terbuka Britain 2009 dari Australia bangkit daripada ketinggalan dua kali selepas mengetepikan bekas juara dunia, Vanessa Atkinson dari Belanda 7-11, 8-11, 11-6, 11-6, 11-3 untuk bertemu Omneya Abdel Kawy dari Mesir.

Adiknya, Natalie, yang kini mewakili Belanda dan pilihan kedua kejohanan menumpaskan Kasey Brown dari Australia 11-4, 11-8, 11-8 untuk bertemu Laura Massaro dari England.UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2009 02:50 AM | Show all posts
Nicol teruskan kemaraan Terbuka Dunia

AMSTERDAM - Datuk Nicol David kembali mempamer prestasi terbaiknya sejak kekalahan mengejut pada Terbuka Britain, dua minggu lalu apabila hanya memerlukan 23 m ...
orgjauh Post at 26-9-2009 09:07





kuat nye semangat nicol ni..........x mcm pemain badminton sorg tu.............
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 10:13 PM | Show all posts
Nicol menang Terbuka Dunia kali ke-4
27/09/2009

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Datuk Nicol Ann David memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia 2009 yang berlangsung di Amsterdam, Belanda untuk kali empat.

Beliau menewaskan Natalie Grinham dari Belanda dalam empat set 5-11, 11-6, 11-3 dan 11-8
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 04:07 PM | Show all posts
jumpa pun...  nak tanya.. korang main squash kt mana ek klu kt area bukit jalil?

aku ingat nak join main balik la utk aktiviti sihatkan badan.. hehe..

dah 3 thn tggl.. ni nak start balik la... nak cari geng gak la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 12:29 PM | Show all posts
best tak men squash ni ?

agak2 reket die brp ek? bola die mcm mane? ari tu pegi world of sports xde plak jual. bola tenis ade la byk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.504968 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list