CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bloxxzone

Squash / Skuasy -

[Copy link]
anas93 This user has been deleted
Post time 31-10-2006 02:40 PM | Show all posts

squash

sape kat sini minat sukan squash????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 03:42 PM | Show all posts
minat gak tgk....tapi nak main tak larat le.....

penat ya amat.....tgk gelanggang tu dari luar kecik je.....dah masuk ke dlalam....

mak oi....besornye.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 01:00 AM | Show all posts
dlu pakai bola tenis jek
men kt dinding
hehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 09:06 PM | Show all posts
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2

topik squash ade kt blkg .. leh up kan balik ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 11:04 AM | Show all posts
aku up lagi 20 sen :lol

nicol david...oooh so cute oooh :love:

tapi takleh nak lawan ngn dew :love:
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 12:16 AM | Show all posts
knape thread cam x dapat sambutan jer..
Bangga ngan NICOL ANN DAVID!! :clap:
Keep it up 4 the World Open in Belfast,Ireland..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2006 01:54 AM | Show all posts

NICOL DAVID JUARA LAGI.....

tAHNIAH buat Ratu Skuasy Negara NICOL ANN DAVID yang berjaya mempertahankan kejuaraan di WOMEN'S WORLD OPEN SQUASH CHAMPIAONSHIP yang berlangsung di Belfast, Ireland Utara.
Nicol menundukkan Natalie Grinham dari Australia dengan  1-9, 9-7,3-9, 9-5 dan 9-2....





[ Last edited by  borderBOYS at 27-11-2006 02:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 12:36 PM | Show all posts

WIRAWATI NEGARA...NICOL ANN DAVID

tahniah nicol...:tq::tq::love::love:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2006 12:40 PM | Show all posts
Tahniah NIcOl aNn DaviD


Jeritan kepuasan Sang Juara...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 12:45 PM | Show all posts
sEmaNgat "MaLaYsiA BoLeH"

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:55 AM | Show all posts
PM ucap tahniah

PUTRAJAYA
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 03:28 AM | Show all posts
Nicol, Azlan pertaruhan emas

DOHA
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 10:21 AM | Show all posts
Pemain Asia sudah bangkit
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 01:16 PM | Show all posts
SQUASH

[10 Dec 2006]




Dong Woo of South Korea plays a forehand against Abdulhadi Al Marri of Qatar during the Men's Squash preliminary match



Abdulhadi Al Marri of Qatar plays a forehand against Kim Dong Woo of Korea during the Men's Squash preliminary match



Nirasha Guruge of Sri Lanka returns the ball to Mami Nishio of Japan during the Women's Squash preliminary match



Nirasha Guruge of Sri Lanka returns the ball to Mami Nishio of Japan during the Women's Squash preliminary match



Mami Nishio of Japan returns the ball to Nirasha Guruge of Sri Lanka during the Women's Squash preliminary match


[ Last edited by  HangPC2 at 14-12-2006 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 11:12 AM | Show all posts
Mohd. Azlan, Beng Hee ikut Nicol 慶ari
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 11:25 AM | Show all posts
Nicol, Beng Hee tepati ramalan




EMAS: Beng Hee (kanan) menewaskan
Azlan untuk emas perseorangan lelaki.

Tapi dua emas terakhir itu tidak cukup untuk memenuhi hajat MSN capai sasaran sembilan

SKUASY mengubati duka awal kontinjen Malaysia dengan menyumbang dua pingat emas selepas Nicol David dan Ong Beng Heng mengesahkan kejuaraan itu milik mereka di Kompleks Tenis dan Skuasy Khalifa, semalam.

Ketika Nicol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 11:29 AM | Show all posts
Sharon mahu tebus hampa di Guangzhou

DUA kali mencuba, hanya pingat gangsa menjadi bekalan untuk dibawa pulang bagi pemain skuasy negara, Sharon Wee.

"Saya gembira dan ketika sama kecewa kerana gagal meningkatkan kemajuan dalam posisi saya selepas memenangi gangsa di Busan. Tapi saya tidak mahu menyerah kalah lagi.

"Saya mahu ke Sukan Asia Guangzhou 2010 untuk mencari emas pertama dalam skuasy bagi diri saya," kata pemain berusia 29 tahun itu.

Dalam perlawanan separuh akhir wanita, kelmarin pemain yang memiliki ijazah dalam pentadbiran perniagaan itu tewas kepada juara bertahan, Rebecca Chiu 3-0 tanpa banyak saingan buat menggoncang cabaran lawan di Kompleks Skuasy dan Tenis Khalifa.

Sharon yang bermain skuasy sejak berusia 12 tahun masih bertekad untuk menjadi pemain profesional terbaik dan akan mengusahakan laluan itu walau pun akur sukar mengejar rakan sepasukan, Nicol David.

"Saya tidak mahu ketinggalan dalam sukan ini dan akan terus berlatih untuk mencari nama. Sukan Asia di sini juga memberi saya gambaran tahap terbaik di Asia," katanya yang berlatih di Antwerp, Belgium.

Anak kelahiran Melaka ini yang turut kecewa selepas meraih gangsa dalam Kejohanan Asia di Taiwan, tahun ini berkata dia mahu pulang ke rumah untuk bersama keluarga bagi menghilangkan rasa letih dan tekanan sejak menjalani latihan bagi Sukan Asia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 11:58 AM | Show all posts
Squash: Singles Final

[14 Dec 2006]



Silver medallist Mohamad Azlan Iskandar of Malaysia takes a rest after the men's singles final



Gold medallist Ong Beng Hee (R) of Malaysia with compatriot silver medallist Mohamad Azlan Iskandar after the men's singles final



Gold medallist Ong Beng Hee of Malaysia relieved and happy after winning the men's singles final against compatriot Mohamad Azlan Iskandar



Gold medallist Nicol Ann David of Malaysia happily displays her medal after the women's singles final against Chiu Wing Yin of Hong Kong, China




[ Last edited by  HangPC2 at 16-12-2006 04:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 12:04 PM | Show all posts
Sukan Asia: Beng Hee, Azlan terbang ke Saudi

TIADA istilah rehat buat Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar yang mencipta kejayaan 1-2 negara dalam acara skuasy perseorangan lelaki di Sukan Asia, kelmarin.

Sejurus selepas Beng Hee menundukkan Azlan dalam pertarungan 73 minit di Pusat Tenis dan Skuasy Khalifa, Doha untuk meraih emas, kedua-dua pemain itu dijadualkan terbang sejauh 493 km ke negara jiran, Arab Saudi untuk menyertai pertandingan penamat musim sirkit profesional Siri Super, Kejohanan Antarabangsa Saudi, bermula hari ini.

Namun, kedua-dua pemain itu tidak diletakkan harapan tinggi untuk melakar kejayaan kerana berdasarkan undian, cabaran mereka mungkin setakat pusingan kedua saja.

Pilihan ke-10, Azlan akan membuka cabarannya bertemu pemain yang mara dari kelayakan, Hisham Mohd Ashour dari Mesir dan jika berjaya, pilihan ketujuh dari Perancis, Gregory Gaultier menantinya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 12:06 PM | Show all posts
Sukan Asia: 慣enaga saya begitu tinggi抂/b]

APABILA berdepan wartawan Malaysia sebaik memenangi pingat emas skuasy wanita, kata-kata pertama yang terbit dari mulut Nicol David adalah: "Seluruh Malaysia menyokong saya untuk menang dan saya mendapati tahap tenaga saya begitu tinggi pada masa itu."

Tidak dinafikan juara dunia itu tampil di gelanggang Kompleks Tenis dan Skuasy Khalifa untuk menang dan merampas emas yang hilang di Busan, empat tahun lalu - kebetulan pada lawan yang sama, Rebecca Chiu di final acara perseorangan wanita.

Dalam perlawanan yang hanya mengambil masa 30 minit, gadis berusia 23 tahun itu menamatkan dengan kemenangan 9-0, 9-3, 9-3 dan bangga menyanyi lagu Negara Ku semasa berdiri lebih tinggi daripada lawan di atas podium.

Ia juga kerahan keringat yang bakal membuat koceknya kembung dengan RM80,000 - insentif Majlis Sukan Negara kepada atlit juara di Sukan Asia kali ini.

Apa pun, Nicol bersikap merendahkan diri apabila berkata banyak lagi harus dipelajari untuk terus menjadi juara dan kagum dengan liputan media mengenai pencapaiannya di Doha.

"Saya mengerti macam mana peminat skuasy kita mahu saya berjaya. Ini juga hadiah bagi mereka. Selepas ini saya mahu berehat dan kembali ke latihan bagi kejohanan lain tahun depan.

"Saya akan kembali ke Amsterdam untuk berlatih semula dengan jurulatih dan rakan sepasukan lain. Selepas itu saya akan pulang ke Pulau Pinang untuk menyambut Krismas dan tahun baru," katanya dengan wajah riang yang menceritakan betapa penting emas itu untuk dirinya dan Malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071053 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list