CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45874|Reply: 93

HIMPUNAN HADIS-HADIS DHAIF DAN PALSU

[Copy link]
Post time 25-1-2006 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Hadis-hadis yang wajib diterima dan diamalkan hanyalah hadis-hadis Mutawattir, Soheh dan Hasan. Dan hadis-hadis yang wajib ditolak pula ialah Hadis-hadis Maudhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2006 07:28 PM | Show all posts
(1) ALLAH DAN MALAIKAT BERSELAWAT KE ATAS ORANG YANG
MEMAKAI SERBAN


Ertinya : Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat atas orang yang memakai serban pada hari Jumaat .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh At-Thabraniy dari jalan ' Alaa bin Amar Al-Hanafi

Ibnu Jauzi telah memasukkan hadis ini ke dalam golongan hadis - hadis palsu. Kemudian beliau mengatakan hadis ini tidak ada asalnya . Ini kerana hadis ini hanya diriwayatkan melalui jalan Aiyub saja .

Ibnu Hajar Al-Haitsamy mengatakan : Dalam sanad hadis ini ada rawi yang bernama Aiyub bin Mudrik . Menurut pendapat Ibnu Maa'in, dia adalah seorang pendusta besar .

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 163

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2006 07:30 PM | Show all posts
  (2) Kelebihan bulan Rejab atas segala bulan

As - Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berabda :
Ertinya: Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.


Hadith ini adalah Maudhu'

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah , kecuali Hibatullah As- Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya

Kata As-Sam'ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh - syeikh yang tidak pernah dilihatnya

Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517


cont...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2006 07:32 PM | Show all posts
  (3) Kelebihan berpuasa di bulan Rejab

Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan .



Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah

Kata Yahya bin Ma'in : Al - Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.

Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk

Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2006 07:34 PM | Show all posts
  (4) Awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahan keampunan dan akhir pembebasan dari neraka

Az-Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Hisyam bin ' Ammar dari jalan Sallam bin Sawwar dari Maslamah bin Ash-Shalti dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka

Hadith ini adalah Munkar

Kata Az-Zahabi : Ibnu 'Adiy berkata : Sallam ini munkar Hadithnya , demikian pula kata Al-'Uqaili . Salah satunya ialah hadith ini . ( * )

Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Ad-Dunya, Al-Khatib dan Ibn 'Asakir. Kata
Al-Albani: Hadisnya sangat dhaif.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 500

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2006 07:36 PM | Show all posts
  (5) Tidur orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat

Ad - Dailami meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Tidur orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat

Hadith ini Maudhu'

Penyakitnya ialah Sulaiman bin 'Amru , iaitu Abu Daud An-Nakha'i , seorang pembohong dan sangat terkenal mereka Hadith . Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Lebih daripada tiga puluh orang ( ulama hadith ) mengatakan ia mereka Hadith .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 478

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2006 07:38 PM | Show all posts
  (6) Manafaat melaparkan perut

Al-Ghazali menyebutkan dalam Al-Ihya' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Barangsiapa yang melaparkan perutnya nescaya besarlah fikirannya dan cerdiklah hatinya

Kata Al-Iraqi : Hadith ini tiada asalnya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 479


Cont...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 10:52 PM | Show all posts
Thanks 4 the info bro , malangnya most hadis2 diatas ialah hadis2 yg popular dan telah diamalkan oleh masyarakat melayu di mesia sejak zaman dahulu lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belut This user has been deleted
Post time 25-1-2006 11:29 PM | Show all posts
Bukan semua ulama Sunnah bersetuju dengan pendapat di atas. Syeikh al-Albani mungkin mendhaifkan hadis tersebut, tetapi bagaimana dengan Syeikh Hisham Kabbani atau Syeikh Said Ramadan al-Buti pula? List koleksi hadis dhaif yang dikeluarkan oleh ulama Saudi selalu disanggah oleh majoriti ulama Sunnah lain. Uthman al-Muhammady juga tidak bersetuju dengan pandangan yang mendhaifkan hadis tersebut.

Menurut Sunnah, menyebarkan hadis palsu akan mencampakkan seseorang ke dalam neraka, dan menolak hanya satu hadis akan menjadikan seseorang itu kufur. Jadi, jika terdapat hadis di atas yang sahih, ulama yang mendhaifkannya akan menjadi kufur kerana menolak hadis sahih. Jika hadis di atas benar-benar palsu pula, ulama yang menganggap hadis di atas sahih akan mencampakkan diri mereka ke dalam neraka kerana memfitnah Rasulullah. Ini aktiviti merbahaya!

[ Last edited by belut at 25-1-2006 11:35 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:04 AM | Show all posts
(7) Penghulu segala amalan adalah lapar
Al-Ghazali menyebutkan dalam Al-Ihya' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Penghulu segala amalan itu ialah lapar dan kehinaan diri ialah pakaian bulu

Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 479


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:05 AM | Show all posts
(8)  Perkhabaran-perkhabaran ghaib sepanjang di bulan Ramadhan
Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abu Tahir Anas r.a. katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Apabila malam pertama bulan Ramadhan berserulah Tuhan Al- Jalil akan Malik Ridhwan penjaga Syurga seraya berfirman : Persiapkan Syurgaku dan hiasilah dia untuk orang - orang yang berpuasa dari umat Ahmad , janganlah engkau menutupnya bagi mereka sehingga habis bulan mereka ( Ramadhan ). Kemudian Tuhan Al-Jalil memanggil Malaikat penjaga Neraka : Hai Malik ! Malik menjawab : Ya Tuhanku! Kemudian Allah berfirman : Tutuplah pintu - pintu Neraka Jahim dari orang - orang yang berpuasa dari umat Ahmad dan janganlah engkau membukanya untuk mereka . Kemudian menyeru Jibrail : Ya Jibrail ! Lalu Jibrail menjawab : Ya Tuhanku ! Lalu Tuhan berfirman : Turunlah engkau ke bumi dan rantaikan syaitan - syaitan yang jahat itu supaya mereka tidak merosakkan puasa umat Ahmad.
Pada tiap - tiap hari bulan Ramadhan iaitu di kala matahari naik dan di kala berbuka puasa Allah mempunyai orang - orang yang dibebaskan dari Neraka laki - laki dan wanita . Pada tiap - tiap langit Allah mempunyai seorang Malaikat yang balungnya di bawah ' Arasy Ar-Rahman manakala dua kakinya berada diperbatasan bumi ketujuh yang bawah , satu sayapnya berada di Masriq yang bertatahkan marjan , mutiara besar dan permata , dan satu sayap lagi berada di Mahgrib yang bertatahkan dengan marjan , mutiara besar dan permata , Malaikat itu berseru : Adakah orang yang bertaubat yang akan diterima taubatnya ? Adalah orang yang berdoa' yang akan diqabulkan doa'nya ? Adalah orang yang teraniaya yang akan ditolong ? Adalah orang yang memohon ampun yang akan diberikan keampunan ? Adakah orang yang meminta yang akan diberikan permintaannya ? Nabi bersabda lagi : Dan Tuhan berseru sepanjang bulan Ramadhan: Para hambaku laki-laki dan perempuan , bergembiralah, hampir - hampir akan diangkat dari kamu akan makanan - makanan ini kepada rahmat dan kemuliannku
Apabila malam Lailatul-Qadri Jibrail turun dalam satu golongan para Malaikat yang berselawat ( berdoa') ke atas tiap - tiap hamba Allah yang bangun dan yang duduk berzikir kepada Allah Azza Wa Jalla

Apabila Hari Raya Fitrah Allah membanggakan mereka kepada para Malaikatnya : Hai para Malaikatku , apakah balasan bagi buruh yang telah menunaikan kerjanya ? Para Malaikat menjawab : Ya Tuhan kami , balasannya ialah disempurnakan upahnya. Allah lalu berfirman : Hamba - hambaku yang laki - laki dan perempuan, telah menunaikan kewajipanku atas mereka, kemudian mereka keluar dengan mengangkatkan suara mereka berdoa' kepadaku. Demi kebesaran dan kemuliaanku, demi ketinggian tempatku, pasti Aku akan kabulkan doa' mereka pad hari ini. Kembalilah, sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada kamu dan Aku telah gantikan kejahatan - kejahatan kamu dengan kebaikan - kebaikan , maka mereka pun kembali dengan mendapat keampunan ).  

Hadith ini adalah Maudhu'

Kata Ibnul- Jauzi: Hadith ini tidak sah . Ashram yang terdapat dalam sanadnya ialah Ashram bin Hausyab. Kata Yahya : Dia adalah pembohong yang sangat jelek . Kata Ibnu Hibban : Ashram ini membuat Hadith atas orang - orang yang thiqah .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 503  


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:06 AM | Show all posts
(9)  Kelebihan Puasa di bulan Rejab
Abu Muhammad Al- Khallal , Ad-Dailami , Al-Ashbahani meriwayatkan dari Mansor bin Yazid Al-Asadi , dari Musa bin 'Imran , dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu.

Kata Az-Zahabi : Mansor bin Yazid tidak dikenali orangnya dan khabarnya ( Hadithnya ) adalah Batil

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 514


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:07 AM | Show all posts
(10)  Puasa bulan Rejab
Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abdul - Baqi dari jalan Abu Bakr Muhammad bin Al-Hasan An Naqqasy , dari Abu Sa'id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Rejab adalah bulan Allah , Sya'ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku , maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah , maka ia wajib mendapat keridhaan dari Allah Yang Maha Agung dan menempatkan dalam Syurga Al-Firdaus yang tertinggi . Barangsiapa berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda , timbangan tiap - tiap ganda bagaikan bukit - bukit di dunia . Barangsiapa berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya sepanjang perjalanan setahun . Barangsiapa berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala , gila , kusta dan sopak , dari fitnah Al-Masih Ad - Dajjal dan dari azab kubur. Barangsiapa berpuasa enam hari dari bulan Rejab, maka ia keluar dari kuburnya dengan wajah yang lebih bersinar daripada sinar bulan pada malam purnama .

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab , maka pintu - pintu tujuh buah Neraka ditutup baginya , tiap - tiap sehari puasa ditutup satu pintu dari pintu - pintu Neraka itu . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab, maka dibuka untuknya pintu Syurga yang lapan buah itu , tiap- tiap sehari puasa sebuah pintu dibuka .

Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari bulan Rekab , maka ia keluar dari kuburnya sedangkan ia menyeru La Ilaha Illallah , maka wajahnya tidak datang kecuali syurgalah baginya . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab , maka Allah menjadikan untuknya atas tiap- tiap satu mail Shirath akan permaidani yang ia beristirahat di atasnya .

Barangsiapa berpuasa sebelas hari dari bulan Rejab , maka ia tidak akan dilihat di Akhirat nanti lebih utama daripadanya kecuali orang yang berpuasa Rejab seperti dia ataupun lebih daripadanya . Barangsiapa berpuasa dua belas hari dari bulan Rejab , maka pada hari Qiamat Allah memakaikannya dua pakaian , satu pakaian lebih baik daripada dunia dan segala isinya .
Barangsiapa berpuasa tiga belas hari dari bulan Rejab , maka dihidangkan untuknya sebuah hidangan dalam bayang - bayang ' Arasy lalu ia memakannya sedangkan orang ramai berada dalam kesusahan yang amat sangat . Barangsiapa berpuasa empat belas hari dari bulan Rejab , maka Allah memberikannya pahala yang tidak pernah dilihat oleh mata , tidak didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati .
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dari bulan Rejab , maka Allah menempatkan dia di hari Qiamat di tempat orang - orang yang selamat , tiada lalu seorang Malaikat Muqarrabin dan tiada lalu pula seorang Nabi yang diutuskan kecuali mereka berkata : Berbahagialah engkau ! Engkau adalah di antara orang - orang yang selamat sejahtera ).

Kata Ibnu - Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu'

Al-Kasa-i yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya . Manakala An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin Al- Hasan An- Naqqassi dituduh berbohong

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 529


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:08 AM | Show all posts
(11) MENYAPU DUA JARI TELUNJUK PADA KEDUA MATA SEWAKTU MENDENGAR UCAPAN MUAZZIN

Ertinya : Mengusap kedua mata dengan bahagian dalam dari kedua ibu jari kemudian keduanya dicium sambil mengucapkan "Asyhadu Anna Muhammad Abduhu Wa Rasuluhu Radhitu Billahi Rabban Wabil Islami Dinan Wa Bimuhammadin Sallallahhu Alaihi Wassalam Nabiyan" ketika mendengar ucapan muazzin " Asyhadu Muhammadan Rasullullah"

Dalam riwayat lain dikatakan bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika mendengar muaazin mengucapkan "Asyhadu Anna Muhammadar Rasullullah" beliau telah mengucapkan sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin sambil mencium bahagian dalam dari kedua jarinya lalu beliau usapkan pada kedua matanya . Ketika melihat perbuatan Abu Bakar itu , maka Rasullullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yang melakukan seperti kekasihku ( Abu Bakar ) maka pasti dia akan mendapat syafaatku".

Penjelasan : Hadis ini : Daif ( Tidak sahih )

Diriwayatkan oleh Abdul Abbas tetapi ada dalam sanadnya rawi - rawi yang majhul dan ada pula yang munqathi'.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 18


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:09 AM | Show all posts
(12) AZAN PADA TELINGA KANAK - KANAK YANG BARU LAHIR DAN QAMAT PADA TELINGA KIRI

Ertinya : Barang siapa yang melahirkan seorang anak lalu dia mengazankan ke telinga kanannya dan qamat pada telinga kirinya , maka anak ini tidak akan terkena gangguan syaitan

Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Ibnu Sunniy dalam kitab ' Amalul Yaumi Wal Lailah' halaman 200

Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu Assakiir dari sanad Abi Ya'alaa dari Ibnu Musyaran dan lain - lainnya .

Muhammad Nashruddin Albani mengatakan, "Sanad hadis ini adalah 'Maudhu' ( Palsu)" .

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 19


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:10 AM | Show all posts
(13) Dunia ini selangkah orang Mu' min

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Dunia ini selangkah orang Mu' min

Kata Ibnu Taimiah : Hadith ini adalah Maudhu'

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 118


Cont...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2006 09:11 AM | Show all posts
(14) Pandangan baik orang mukmin maka baiklah di sisi Allah


Ahmad , Ath-Thayalisi dan Abu Sa'id bin Al-'Arabi mentakrijkan dari jalan ' Aashim dari Zarr bin Hubais dari Ibnu Mas'ud katanya :

Ertinya: Apa - apa yang dipandang baik oleh orang - orang Islam maka baiklah ia di sisi Allah, dan apa - apa yang dipandang jelek oleh orang - orang Islam maka jeleklah ia di sisi Allah

Hadith ini diriwayatkan pula oleh Al-Khatib tetapi dari Abu Waail , ganti Zirr bin Hubais

Kata Al-Albani : Hadith ini tiada asalnya dari sabda Nabi s.a.w. Ia hanya diriwayatkan secara mauquf atas Ibnu Mas'ud , ertinya ia bukan sabda Rasulullah s.a.w. tetapi ia adalah perkataan Ibnu Mas'ud

Hadith ( Aathar ) ini adalah lanjutan dari ucapan Ibnu Mas'ud yang berkata :

Ertinya:Bahawasanya Allah menilik pada hati - hati para hamba-Nya lalu Ia dapati hati Muhammad s.a.w. adalah sebaik - baik hati para hamba-Nya lantas Ia memilihnya untuk diri-Nya dan mengutuskan dengan membawa risalahnya . Kemudian ia menilik hati - hati para hamba-Nya sesudah hatinya Muhammad s.a.w. maka Ia dapatinya hati-hati para sahabatnya adalah sebaik-baik hati para hambanya lalu ia menjadikan mereka wazir-wazir Nabinya, mereka berperang di atas agama Nabinya , maka apa - apa yang dipandang baik oleh orang - orang Islam .....................

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 121


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:12 AM | Show all posts
(15) Cintakan tanahair adalah sebahagian dari iman

Al-Albani menyebutkan dalam Silsilah bahawa dikatakan Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Cintakan tanahair adalah sebahagian dari iman

Al-Albani berkata : Ash-Shaghani berkata ; Hadith ini adalah Maudhu'

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 61


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:12 AM | Show all posts
(16) Barangsiapa yang mengenal akan dirinya nescaya kenallah dia Tuhannya.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Barangsiapa yang mengenal akan dirinya nescaya kenallah dia Tuhannya.

Kata Al-Albani : Hadith ini tiada asalnya. Dan Al-Fairuz Abadi berkata : Dia bukanlah Hadith Nabi s.a.w. Dan ada sebahagian mengatakan bahawa dia adalah perkataan hukama ' (*)

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 64


Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:13 AM | Show all posts
(17) Cintakan orang - orang Arab itu adalah iman
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Cintakan orang - orang Arab itu adalah iman dan bencikan kepada mereka adalah nifaq .
Hadith ini ditahkrijkan oleh Al-Hakim dan beliau berkata : Hadith ini Shahih sanadnya . Pendapat Al-Hakim ini disanggah oleh Az-Zahabi dan beliau berkata : Al- Haitham bin Jammaz yang terdapat dalam sanadnya adalah matruk dan Ma'qil pula adalah Dha'if. Berdasarkan keterangan Az-Zahabi ini , maka Hadith ini adalah sangat Dha'if .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 106


Cont...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.082391 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list