CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: orga_zone

Sejarah Bendera Malaysia & Tanah Melayu (Merged: Orga Zone & Diablo)

[Copy link]
Post time 10-8-2006 02:58 PM | Show all posts
al kisahnya seorg pengembara arab membawa bekalan susu dari tanah arab ke sini..sedang ia kehausan hendak minum,didapati susu tersebut telah bertukar menjadi jalur gemilangl.sekian terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


f@uzi This user has been deleted
Post time 11-8-2006 11:27 AM | Show all posts
Setiap kali melihat sekumpulan bendera... bila terlihat belang putih merah.. pasti hati tertanya... bendera US ke Malaysia... kena le tengok kat sudut warna biru... baru boleh pastikan... kekadang tu terfikir gak..."Adakah orang Malaysia ni memang ada budaya suka mengikut... lebih-lebih lagi US.. tah apa yang bestnya?"
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 09:16 PM | Show all posts

Jalur Gemilang

The National Flag

More than just another flag...

To many young Malaysians, the national flag - commonly known as Jalur Gemilang - may be just another piece of cloth with a particular design of stars and stripes, and revered only on special occasions. but there is more to it than meets the eye.

Today's flag has its roots in an opinion poll held throughout Malaya in 1949 - as the country was known then - to help pick out the right one from three designs by finalists in a nationwide contest.

The first design had a symbol of two sheaths of keris crossed in the middle of the flag surrounded by a sea of 1 five-pointed stars. The second one had an almost similar pattern of the traditional Malay weapon, except that it had two circles of 11 five-pointed stars around it. The third design was the slightly familiar grid of 11 white and blue stripes, topped with a yellow crescent moon on the left hand corner.

When the final results of the poll was announced on November 29 that same year, the majority of citizens had chosen the third design to be their national flag. The winner of the contest and the designer of the national flag Mohamad Hamzah was a government architect working in Johor.

But it was only on April 19, 1950 that the national flag - after a few improvements - was gazetted. Instead of the blue and white stripes, the council decided that these should be red and white. A blue quarter with a crescent and 11-pointed star - both in yellow - was superimposed on the overall design. A standard size of 1.82m (six feet) by 0.91m (three feet) was fixed. The star symbolised the united 11 Malay states while the alternate red-white stripes signified equal membership enjoyed by these under the federation.

The Malayan flag was flown for the first time on May 26, 1950 at a flag-rasing ceremony held by the British High Commission and attended by Malay sovereigns and representatives of the English King George VI.

However, this is still not the Jalur Gemilang as we know it.

It was with the formation of Malaysia in 1963 when Sabah, Sarawak and Singapore joined the federation that the national flag finally came about. At the momentous meeting before the formation, the Council of Rulers approved the Malaysian flag to be based on the existing design with a few adjustments. The yellow star now has 14-points gesturing the inclusion of three more states into the federation. Similarly, the stripes now number 14.

To mark the birthday of a new country Malaysia, this flag was flown for the first time throughout the ountry on September 16, 1963. Although Singapore eventually seperated itself from the federation in 1965, the number of points in the star and the stripes remained. In the years to come, this extra stripe and point would come to symbolise the Federal Government.

Today, the stripes and the 14-point star denotes the 13 states and one Federal Territory in Malaysia.

The dark blue square at the top left corner, which reaches until the fifth red stripe, is a symbol of the peace enjoyed by the people of various ethnic groups. The colour white is a sign of Malaysians
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 06:04 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:04 PM | Show all posts
Maaf ye kalau terkeluar topik..

Kadang-kadang keliru, Malaysia ni merdeka #1 ogos 1957 atau 16 september 1963?
Macam mana boleh terjadi pencanggahan 2 tarikh tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by ~boolean at 30-8-2006 09:04 PM
Maaf ye kalau terkeluar topik..

Kadang-kadang keliru, Malaysia ni merdeka #1 ogos 1957 atau 16 september 1963?
Macam mana boleh terjadi pencanggahan 2 tarikh tu?



yup...hamba pun keliru...kalau ikut fakta lurus bendul ...31 Ogos 1957 =Kemerdekaan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu.

                                                                                            16 Semptember 1963=Penubuhan Malaysia

.............apa agaknya ye komen2 cendikiawan2 kita?:hmm:   mungkin komen paling lazim."TAK PERLU DIPERBESARKAN PERKARA INI...KITA SMUA TELAH SEBULAT SUARA BERSETUJU DGN....."......hehehehehhe:nerd:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2006 02:00 PM | Show all posts
Akhirnya jasa pereka Jalur Gemilang dihargai

Oleh Saipul Adli Mohamad

SEKIRANYA Allahyarham Mohamed Hamzah masih hidup, mungkinkah dia akan marah kepada adiknya, Abu Bakar, 72, yang mendedahkan bahawa pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu adalah pencipta sebenar Jalur Gemilang (JG)?

Atau sekiranya Allahyarham masih hidup, apakah dia mungkin akan tampil sendiri mengakui bahawa tangan bertuahnya yang melakar bendera sebuah negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957 itu?

Yang pasti, jika Allahyarham berbuat demikian sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 1993 akibat penyakit asma, tidak mungkin misteri atau persoalan mengenai pencipta JG tidak akan berlarutan sehingga 48 tahun sebelum diperakui pada Julai tahun lalu.

Ada kemungkinan Mohamed cukup berahsia sehingga mahu adiknya berjanji untuk merahsiakan kreativitinya kerana yakin perkara itu akan terbongkar dengan sendiri selepas ketiadaannya.

Hanya selepas 11 tahun kematian Mohamed, barulah Abu Bakar membuka mulut dan mungkir janji itu.

Pendedahan itu dibuat berikutan keluarga mereka tertekan, terutama selepas ada pihak lain yang sanggup mengaku diri mereka sebagai pencipta JG.

Lebih memedihkan hati mereka, pihak tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung mempertikaikan sumbangan tidak ternilai Allahyarham Mohamed.

Namun, yang hak tetap hak dan benang yang basah tetap sukar ditegakkan, biar dengan apa cara sekalipun.

Abu Bakar mengakui hatinya terluka setiap kali ada berita tidak benar mengenai sejarah penciptaan JG, terutama apabila ada pihak tidak bertanggungjawab turut menyertakan beberapa contoh lakarannya.

揥alaupun hati saya terluka setiap kali ada berita tidak benar mengenai ciptaan arwah abang, termasuk ada yang sanggup mengaku JG sebagai ciptaan masing-masing, kami sekeluarga hanya berdiam diri kerana memikirkan janji kepada Allahyarham.

揂rwah yang meninggal pada 1993 berpesan supaya merahsiakan perkara berkenaan kerana percaya ia akan terbongkar selepas dia meninggal dunia.

揃agaimanapun, sampai satu tahap, selepas 11 tahun pemergiannya, saya terdesak untuk meluahkan fakta sebenar supaya semua generasi berpeluang mengenali pencipta JG.

揑nsan berkenaan sebenarnya bukan orang ternama tetapi seorang pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya (JKR). Namun apa yang penting sumbangannya masih terpahat di hati penduduk sehingga kini,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 09:44 PM | Show all posts
Mencari nama bendera
Oleh: MAZIDAH ABDUL MAJID

BENDERA Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya. Antara perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bendera tersebut telah diubah suai sewajarnya menjadi bendera Malaysia.

Hanya pada tahun 1995 barulah ada suatu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama rasmi kepadanya. Idea menamakan bendera negara adalah ilham Datuk Hashim Mat Dris, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, setelah 45 tahun bendera negara berkibar dengan megah tetapi tanpa satu nama yang boleh dibanggakan, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi. Nama ini patut diberikan sebagaimana bendera-bendera negara tertentu memilikinya seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2007 10:35 PM | Show all posts
Jika melihat bendera Malaysia maka kesan saya牋adalah "copy" dari牋bendera
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:25 AM | Show all posts
Aku rasa sedih,marah dan kecewa bila membaca berita beberapa tahun dulu tentang seorang model wanita rakyat Malaysia yang menjadikan bendera Jalur Gemilang sebagai kemban dan bergambar dalam majalah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 09:44 AM | Show all posts
Sejarah Jalur Gemilang


Surat Hamzah ketika menghantar rekaan bendera Malaysia.

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.


Mohamed Hamzah

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.




Jalur Gemilang dalam catatan sejarah

1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan.

2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki.

3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007.

4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 09:45 AM | Show all posts
Fakta Jalur Gemilang

# Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.

# Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.

# Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.

# 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

# Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

# Maksud lambang dan warna;

- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.

- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by jf_pratama at 4-8-2007 10:35 PM
Jika melihat bendera Malaysia maka kesan saya  adalah "copy" dari  bendera       "United State of America"...
Saya juga heran mengapa UMNO mempunyai bendera yang hampir mirip dengan Indonesia (M ...






http://www.youtube.com/watch?v=6HQ52W46WRE


Sources : http://10tahun.blogspot.com/

http://www.facebook.com/pages/10-Tahun-Sebelum-Merdeka/7983047426
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by sxyizreen at 7-2-2006 10:18 AM
http://www.fotw.net/images/m/my-pe-gb.gif

British Colony of Penang 1949-1957


kalau tak silap,jata negeri dlm bendera ni masih lagi terpampang di hadapan keretapi bukit bendera..patut kena tukar yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 11:53 AM | Show all posts


bendera daerah aku.. bendera muor

hehehheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:17 PM | Show all posts
pengaruh Turki Usthmaniyah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 11:35 AM | Show all posts
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1896-1946)







Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:35 AM | Show all posts
Malaya Union (1946-1948)









British Straits Settlements (1826-1946)









British Settlement of Malacca









British Colony of Penang









British Colony of Labuan




Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:36 AM | Show all posts
Malaya Flag Proposals (1949)



Federation of Malaya Order No.61 of 1949 announced that a committee had been set up to make recommendations for the design of a Federation Flag. A competition was organised with the suggestion that, in any design submitted, the flag should be simple, and have not more than four colours, which might perhaps be yellow, red, white and blue, the colours most frequently used in the flags of the nine states and two settlements of the federation. Suitable symbols would include the kris (a Malayan sword), tiger, and crescent.









Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 02:22 PM | Show all posts
tak salah aku yang mengubah warna bendera ni adalah raja2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.594505 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list