CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13584|Reply: 28

Adat Bersalin

[Copy link]
Post time 6-2-2006 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Terdiri drp...

-        Lenggang atau kirim perut.

-        Hari bersalin atau beranak

-        Hari cukur kepala dan memberi nama anak.

-        Berpantang empat puluh empat hari.

-        Mandi selepas pantang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2006 10:39 AM | Show all posts

Lenggang Perut

Panggilan 慙enggang Perut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2006 10:39 AM | Show all posts
Proses:

-        Bidan membentang 2 helai kain melintang sehelai di atas sehelai.

-        Isteri hamil dibaring atas kain itu.

-        Minyak kelapa atau minyak urat diurut perlahan2 di perut dlm kadar sebentar.

-        Kelapa yang tlh dikupas diguling2 perlahan atas perut dari atas ke bawah tujuh kali dan pd kali ke 7 dilepaskan & dibiarkan kelapa itu bergolek drp perut jatuh ke mana2 pun.

-        Apabila tkh berhenti kedudukan muka atau mata diperhati oleh Bidan. Kalau menghala ke atas kononnya akan beroleh anak lelaki.  Kalau mata kelapa menghala ke bawah kononnya perempuan.

-        Bidan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dengan sebelah tangannya dan yang hujung satu lagi dengan tangan sebelah lagi.

-        Diangkat sedikit sambil dilenggang2kannya badan isteri itu seketika.( dari sinilah terbitnya 慙enggang perut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2006 10:54 AM | Show all posts
Adat resam masyarakat Melayu untuk kelahiran

Sewaktu Bersalin

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.


Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.



Azan/Qamat

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.



Membelah Mulut

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2006 10:56 AM | Show all posts
Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.


Ramuan asli untuk wanita lepas bersalin


Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.


Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2006 11:06 AM | Show all posts
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.

Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

Nasi kunyit dan lauk-lauk
Seekor ayam hidup
Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian


Upacara cuci lantai

Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2006 11:09 AM | Show all posts
Memberi Nama

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.



Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.

Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.



Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.


Upacara potong jambul

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2006 11:13 AM | Show all posts
Naik Buai

Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.

Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

Naik Buai
Marhaban
Potong Jambu
Berendoi



Bayi dikelilingi ibu bapa dan
saudara mara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2006 11:26 AM | Show all posts
Jejak Tanah/Turun Tanah


Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.

Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.

Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 12:24 PM | Show all posts







[ Last edited by Syd at 7-2-2006 12:26 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 12:25 AM | Show all posts
Dear All,

This is very good info.  Tapi Turkish rasa ramai yg tak follow la contohnya mcm cousin Turkish.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 12:27 AM | Show all posts
fleurzsa n Syd, thanks for the tips, very useful.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 01:18 PM | Show all posts
ramai dah orang tak buat benda2 nih
katanya ada unsur2 kaum lain etc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2006 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by Turkish_Delight at 12-2-2006 12:25 AM
Dear All,
This is very good info.  Tapi Turkish rasa ramai yg tak follow la contohnya mcm cousin Turkish.


Sesetgh masyarakat Perak masih mengamalkan budaya tersebut.  Alasannya utk mengadakan kenduri kesyukuran.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 05:27 PM | Show all posts
Seronok baca tentang adat orang kita dedulu. Nampak macam meriah sangat dulu ya. Sekarang pun ada orang buat tapi lebih simple la dan sesetengah perkara yg. nampak macam bercanggah dengan ajaran Islam orang dah buang. Saya dulu buat upacara potong jambul untuk anak. Kenduri dan sambil tu potong jambul. Panggil ustaz baca doa.
Teringin nak buat berandui tapi keluarga sibuk dengan kerja,saudara pun tak ramai maka tak buat.

        Ini pertama kali dengar tentang 'ayam cakar' tu. Adat di negeri mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 05:44 PM | Show all posts
nanti carik infor ttg nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2006 09:34 AM | Show all posts

Kelahiran

Salam,

Today is my birthday.... sajer je nak tambah thread...

Usia bertambah genap tapi hati maintain 10 tahun lebih muda he he he he he

Jom bincang ttg adat/ budaya yg berkaitan dgn kelahiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2006 09:37 AM | Show all posts

Membacakan azan dan iqamat di kedua telinga

Di antara sunnah yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada kita ialah azan di telinga kanan bayi dan iqamat di sebelah kiri telinga bayi.

Daripada Abu Rifa'i, dia berkata, "Saya pernah melihat Rasulullah s.a. w. memperdengarkan azan di telinga AI-Hasan setelah dia dilahirkan oleh Fatimah. "

Ini merupakan sunnah yang agung terhadap bayi yang baru lahir ke dunia, sehingga bisikan pertama yang mengetuk telinganya adalah kalimat tauhidullah dan lafaz keagungan.

Dalam memperdengarkan kalimat tauhid ini juga terkandung makna lain, iaitu hendaknya pembacaan itu menjadi seruan kepada Allah dan Islam serta kepada penyembahan-Nya, sehingga boleh mengalahkan seruan syaitan, sebagaimana fitrah yang diberikanAllah kepada manusia mengalahkan apa yang hendak diubah oleh syaitan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2006 09:42 AM | Show all posts

Tahnik setelah bayi dilahirkan

Setelah bayi dilahirkan, dianjurkan agar dilakukan tahnik, iaitu mengunyah buah kurma lalu menggosokkannya di langit-langit mulut bayi.

Caranya  buah kurma yang sudah dikunyah itu diletakkan di hujung jari, lalu memasukkan jari tersebut ke mulut bayi. Kemudian menggerak-gerakkannya ke kiri dan ke kanan secara perlahan-lahan sehingga mengusap seluruh bahagian mulutnya. Kalau tidak ada kurma, boleh juga menggunakan makanan lain yang manis, seperti air gula yang sudah kental, dicampur dengan air kembang.

Kaedah ini dilakukan kerana mengikuti perbuatan Rasulullah s.a.w.

Boleh jadi hikmah tahnik ialah untuk menguatkan saraf-saraf mulut, sebagai akibat daripada gerakan lidah yang bersentuhan dengan langit-langit mulut, rahang atas dan bawah, tepatnya melaluijilatan hujung lidah sehingga bayi bersedia untuk menetek dan menghisap air susu ibunya secara semulajadi.

Sebaiknya orang yang melakukan tahnik itu biarlah daripada kalangan orang-orang soleh agar beroleh berkat selain mengharap bayi berkenaan akan menjadi insan soleh dan bertaqwa.

Dari Abu Musa r.a. dia berkata, "Anakku lahir lalu aku membawanya kepada Rasulullah. Lalu baginda menamakan anakku dengan nama Ibrahim, melakukan tahnik dengan buah kurma, mendoakannya dengan berkat, lalu menyerahkannya kembali kepadaku." (Diriwayatkan Asy-Syaikhani)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2006 09:44 AM | Show all posts

Mencukur rambut bayi pada hari ketujuh

Dianjurkan mencukur rambut bayi pada hari ketujuh dan mengeluarkan sedekah berupa emas dan perak seberat timbangan rambut bayi tersebut.

Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad, daripada ayahnya, dia berkata, "Fathimah r.a. menimbang rambut Hasan, Husain, Zainab dan Ummu Kalthum, lalu mengeluarkan sedekah berupa perak seberat timbangan ram but itu. "

Hikmat mencukur rambut ini terbahagi kepada dua:

- Hikmah kesihatan, sebab mencukur rambut bayi boleh membuka liang-liang di kepala dan menguatkan deria penglihatan serta deria bau.

- Dari segi sosial, menerusi sedekah seberat timbangan rambut bayi berkenaan merupakan salah satu sumber kestabilan sosial, iaitu memenuhi keperluan orang-orang miskin, mencetuskan suasana tolong menolong, kasih sayang dan jaminan di tengah masyarakat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078330 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list