CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

Adat Bersalin

[Copy link]
 Author| Post time 30-7-2006 09:53 AM | Show all posts

Memberikan nama kepada bayi

Dianjurkan menamakan bayi pada hari ketujuh selepas dilahirkan.

lni berdasarkan hadis sahih dr Rasulullah s.a.w., yang bersabda,

"Setiap anak itu digadaikan denan aqiqahnya. Disembelihkan (binatang) pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya."

Namun tidak menjadi kesalahan jika diberi nama pada hari lahimya bayi berkenaan. lni berdasarkan hadis Anas r.a. bahawa dia berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Semalam anakku lahir dan kuberi nama dengan nama bapaku, Ibrahim. " (Diriwayatkan Muslim)

Nabi s .a. w. memerintahkan untuk memilih nama yang baik dan indah, sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Darda' r.a., dia berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama bapa-bapa kalian. Maka buatlah nama yang baik bagi kalian. "
(Diriwayatkan Abu Daud)

Dari Ibnu Umar r.a., dia berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya nama kalian yang paling disukai AllahAzza Wajalla ialah Abdullah dan Abdur Rahman." (Diriwayatkan Muslim)   

Dari Abu Wahb AI-Jasymy As-Sahaby r.a., dia berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda,
       
"Berilah nama dengan nama para nabi dan nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdur Rahman, sedangkan nama yang paling benar ialah Harith dan Hammam, sedangkan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (Diriwayatkan Abu Daud, An-Nasa'i dan lain¬lain)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2006 09:58 AM | Show all posts

Aqiqah

Aqiqah ertinya menyembelih binatang kerana kelahiran bayi, yang dilakukan pada hari ketujuh setelah dilahirkan dan hukumnya adalah sunat muakkad bagi orang yang mampu.

lni berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w .
                  
"Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, disembelihkan (binatang) pada hari ketujuh setelah kelahirannya, dinamakan dan dicukur kepalanya. ' (Diriwayatkan Abu Daud dan An¬Nasa 'i)

Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Rasulullah s.a.\', bersabda,

"Bagi anak laki-laki disembelih dua ekor kambing dan seekor bagi anak perempuan. " (Diriwayatkan Ahmad dan At- Tirmidzi)

Hikmat & faedahnya ialah:

- Untuk mendekatkan anak kepada Allah pada masa2 permulaan dia menghirup udara kehidupan.

- Sebagai tebusan bagi anak daripada segala musibah dan bencana, sebagaimana Allah menebus Ismail a.s. dengan sembelihan.

- Penggadaian anak mengandungi syafaat bagi kedua orang tuanya. Dengan gadaian itu mereka ingin menampakkan kegembiraan dan kesenangan menegakkan syariat Islam dan menambah bilangan manusia yang beriman, yang mana kerananya Rasulullah s.a.w. berbangga pada hari kiamat kelak.

- Menguatkan hubungan persatuan dan kecintaan di kalangan sesama anggota masyarakat kerana mereka boleh berkumpul dalam satu jamuan berpunca daripada kelahiran manusia baru.

- Sebagai sumber jaminan sosial, mewujudkan prinsip-prinsip sosial di dalam umat dan menghapus fen omena kemiskinan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2006 10:00 AM | Show all posts

Khatan

Khatan ialah memotong kulup (kulit) di bahagian hujung kemaluan.

Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, "Rasullah s.a.w. bersabda,

"Fitrah itu ada lima macam: Khatan, mencukur rambut kemaluan, memotong kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. " (Diriwayatkan Asy-Syaikhani)

Baginda juga bersabda dalam sebuah hadis sahih kepada wanita yang melakukan khatan.

"Khatanlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana khatan itu boleh mempercantik wajah dan lebih menyenangkan suami. "
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 12:55 PM | Show all posts
first of all, happy brithday to fleurzsa.

second, saja nak beritau satu budaya org Cina zaman dulu semasa baby genap 1 tahun, mereka mengadakan satu istiadat. depan baby diletakkan pelbagai benda seperti berus utk menulis, sempoa, syiling dan sbgnya. baby itu diminta mengangkat satu drp benda tu, dan masa depan baby apa yg dia akan jadi kelak macam dah ditentukan. katakan baby tu pegang berus, maka dia bekerja dlm bidang sastera ker jadi cikgu ker gitu lah, kalau ambil koin tu maka dipercayai baby tu akan berniaga kelak.

ketepatan diragui. anyways, just a custom lah. skarang macam dah tak der yg buat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 30-7-2006 09:34 AM
Salam,

Today is my birthday.... sajer je nak tambah thread...

Usia bertambah genap tapi hati maintain 10 tahun lebih muda he he he he he

Jom bincang ttg adat/ budaya yg berkaitan dgn kelah ...



Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke _0 tahun.  Maaf le terlambat sebab baru masuk thread ni... walau bagaimanapun didoakan agar tahun ni lebih ceria... he.. he... he... biar umur meningkat tapi hati masih awet muda.... emmm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 09:57 AM | Show all posts
Kebangkitan ilmu perbidanan Melayu
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

REALITINYA, ilmu perawatan kesihatan, apatah lagi hal-hal tentang perbidanan Melayu disebarkan dari mulut ke mulut. Oleh sebab sifatnya begitu, ilmu itu jarang ditemukan dalam bentuk buku, majalah atau dokumen lain. Akibat daripada perkembangan ini, barangkali boleh sahaja jadi begini - ilmu tersebut akan menjadi selangkah ke kubur jika terus diceritakan dari mulut ke mulut tanpa ada usaha membukukan ilmu perbidanan Melayu ini.

Akui sahaja senario ini. Golongan wanita tidak lagi menitikberatkan soal urut-mengurut dalam pantang, perkara ini tidak begitu dipentingkan oleh kaum wanita. Mereka ini generasi abad ke-21 ini, pantang dalam erti kata mereka hanya dua minggu sahaja - tidak lagi 44 hari, kalaupun tidak 100 hari seperti dahulu.

Lelaki Melayu pada hari ini pula amat jarang sekali menemui bidan-bidan atau ke spa Melayu bagi tujuan meringankan stres atau masalah perbidanan mereka.

Lebih bermasalah, bidan-bidan (untuk lelaki dan wanita) susah untuk didapati pada masa ini, selebihnya khidmat mereka diperlukan pada waktu tertentu. Tetapi bayangkan lokasi 憁endapatkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2007 10:20 AM | Show all posts

nyelit sket...

Keluarga dapat anak digalak tanam pokok
Oleh Irwan Shafrizan Ismail


SUNGAI BULOH: Bagi menjayakan kempen menanam pokok, pasangan suami isteri yang menimang cahaya mata digalakkan menanam sebatang pokok bagi setiap kelahiran sebagai menghidupkan kembali tradisi turun-temurun orang Melayu itu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata melalui program 慡atu Kelahiran Satu Pokok
Reply

Use magic Report

Dar_25/F/Janda This user has been deleted
Post time 18-5-2007 03:42 PM | Show all posts
nowday dah susah tok bidan utk buat kerja nya
bcoz dah banyak nurse yg ambil alih tugas mereka.






betina tersial di forum cari adalah smod sial Darsita. Siaaaaalllllll !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2007 12:37 PM | Show all posts
seronoknya buat majlis cukur jambul sambil naik buai...mmg best...lbh2 lg anak sulung...mak mertua saya org perak...so mmg dia still amalkan adat ni...saya baru first time merasa...mmg bestla...saya harap adat2 melayu tidak dilenyap zaman...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.083525 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list