View: 8467|Reply: 22
|
Ujana Ilmu website - untuk novel Melayu bermutu
[Copy link]
|
|
http://ujanailmu.com.my/default.cfm
wah...bestnya...byk btul
karya sastera bermutu
aku baru aja terjumpa web site
ketinggalan zaman btol la
aku igt nak try la beli guna web site ni
apa pendpt kowang??
lagi satu
kowang cadangkan la apa apa novel yg patut aku beli
huhuh
[ Last edited by limau_nipis at 26-7-2006 12:32 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sabar nak tunggu novel zaid akhtar yg terbaru.....dia ni islamic novelist...tak silap tajuk novel tu SALJU SAKINAH.
novel dia tajuk SESEGAR NAILOFAR pun besttt.....
SALJU SAKINAH ni aku penah baca sbb dia disiarkan secara bersiri oleh Utusan Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ler.. sian.. baru jumpa ye..
aku pernah recommend website ni masa satu forumer tanya nak cari novel melayu berkualiti kat mana..
definitely i would suggest buku-buku Faisal Tehrani.
dia antara novelis Islamic terkemuka, kalau nak cuba baca pasal perjuangan Islam.. boleh baca Kombat 1511 H dan Advancer Si Peniup Ney. 2-2 buku dia ni menang Hadiah Utama Exxon Mobil.
personally, aku lagi suka baca Kombat 1511H, kesan maha hebat, terus kau rasa nak berjihad di jalan Allah.. itulah penangan FT.
kalau nak bacaan ringan FT, boleh cuba buku Tunggu Teduh Dulu.. tapi buku ni cerita pasal kecintaan terhadap Allah jugak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh yep.. one more to add, webmaster dia kak salina ibrahim, novelis gak.. so never fret, buku insya Allah sampai on time. pernah beli thru website ni, mmg puas hati sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 limau_nipis's post
hehehe.. sara ada buku 1511 yg belum terbaca lagi.. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
1515 tu mmg superb
aku sgt suka
ahh
so maknanya mmg selamat la ya
aku mahu beli la
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak cari buku-buku yang menang hadiah sako pun ada.. macam buku azizi ali yang menang grand prize hadiah sako dgn novel kawin kawin, atau yg menang tempat kedua (ramlee awang murshid) bertajuk peipan dan lagi satu, pemenang ke-3, iman markisa |
|
|
|
|
|
|
|
buku yg disenarai dlm site tu...
Buku Terbaru Di Ujana Ilmu
P Ramlee Di Cekara Nusantara - Awang Azman Awang Pawi
The Art Of Seeing Science - Nurjuanis Zara
The Missing Piece (Bah. 1) - Fatimah Busu
A Samad Said (Antologi Puisi) - Dharmawijaya
Jiwa Kacau - Basri Nor Mohd
Anjung Deklamator - Rahman Shaari
Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah - Azman Larut
Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura - Mana Sikana
Warna Sukma Usia Muda - Arenawati
Teori Sastera Kontemporari Malaysia dan Singapura - Mana Sikana
How To Write A Thesis - Azirah Hashim
Pengembaraan Ibn Battuta Musafir Islam - Ross E. Dunn
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu - Haliza Mohd Riji
Public Speaking And Presentation Skills - Kulwinder Kaur Sidhu
Tip-tip Cemerlang daripada Quran - Danial Zainal Abidin
Surat-surat Perempuan Johor - Faisal Tehrani
55 Petua Seronok Bekerja - Dato' Dr. Mohd Fadhilah Kamsah
Buat Duit Dengan Menulis - Jeniri Amir
Antologi Karya Sasterawan 2005 - S.M. Zakir, Shamsudin Othman et. al
Advencer Si Peniup Ney - Faisal Tehrani
Detektif Indigo - Faisal Tehrani
Kehidupan Hati - Imadu al-Din Muhammad
Farris Putera Yang Hilang - Nisah Haji Haron
Buku Dan Pendidikan - Abdul Razak Ahmad & Shaharom TM Sulaiman
yg plg teruja nak cari:dia:Salam Maria - Fatimah Busu
Semakin Dekat 1 - Aminah Mokhtar
Tunggu Teduh Dulu - Faisal Tehrani
:cak:wah JIwa Kacau pon ada sini ek... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tq...aku suke web ni... :tq: |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya oo masuk website ujanailmu ni. hehehehe, sbb i akan spend duit yang banyak utk beli buku2 dari web tu. selalunya, i tak beli dari web. i akan call terus pada nisah harun @ shukri. bank in duit then wall! u got the book. so far semua buku faisal yang diiklankan di web tu i beli n sgt puas hati. ni, tengah berkira2 nak beli buku arenawati, tapi kena beli diam2, bising hubby nanti. sbb dia cakap mahal sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for info web ujanailmu coz dah lama cari Tunggu Teduh Dulu, suka betul novel nie |
|
|
|
|
|
|
|
Please every body aku tengah cari buku THE MISSING PEACE BHG 1. Tolong kalau sesiapa tahu di Ujana Ilmu nie aku betul-betul nak baca buku nie, sebab buku nie sambungan novel OMBAK BUKAN BIRU, tulisan Fatimah Busu di tahun 80an dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun beli buku kat sini gak...n servis dia mmg bagus...tapi tu la seklai masuk web ni mesti byk order ...la ni pun tgh kumpul order lagik huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru jumpa website nih
thanks for info, mudah sikit aku nak cari buku
:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Flag this message
Buku Terbaharu di Ujana Ilmu
Monday, June 30, 2008 8:20 AM
From:
"Ujanailmu" <[email protected]>
Add sender to Contacts
To:
[email protected]
Message contains attachments
(10KB), (10KB), (10KB), (3KB)
Dapatkan buku terbaharu di Ujana Ilmu :
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008
1. Warisnya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
Hassan Basri dan 11 rakan sekolahnya menghadiri ujian pemilihan peserta untuk mewakili sekolah dalam pertandingan berbalas pantun yang dikendalikan oleh guru mereka, Puan Rabiatul Adawiyah. Dalam ujian tersebut Khadija, gadis kacukan Inggeris-Melayu mengungkapkan pantun yang dipetik daripada buku R. Winstedt, manakala Hassan basri memetik karya asli yang terdapat dalam buku catatan harian Cempaka, anak Orang Kaya Berlapan di Pahang yang bertarikh 1277 Hijriah.
Pada hari pemilihan, Hassan Basri dan Khadija adalah antara empat peserta yang diumumkan berjaya. Walaupun pada awalnya usaha murni mereka dipersendakan oleh ahli keluarga, mereka tetap gigih menjalani latihan. Mereka turut menjalankan penyelidikan untuk memahami dan menghayati keistimewaan pantun daripada sumber yang autentik. berdasarkan catatan sejarah dan kaedah mengarang pantun yang diwarisi, mereka dapat mendalami kebijaksanaan seni mengarang pantun Melayu.
Karya yang disarati ilmu tentang pantun ini mengungkapkan usaha sekumpulan pelajar untuk melestarikan khazanah seni warisan Melayu.
"Warisnya Kalbu" merupakan karya pascakolonial tentang pandangan balas yang mengutamakan keunggulan peribumi dan lokaliti. Dua budaya bertentangan, dicairkan, dan imej-imej perkasa Barat ditenggelamkan, serta dinyahkan dari persada paksi kuasa.
2. Tawarikh Cinta - Nisah Haron
Karya ini berkisar pada cabaran yang harus dihadapi oleh dua pewaris kerajaan Ujana Madani, Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis. Dalam tempoh menunggu hari pertabalan Putera Jauhari untuk menerajui tampuk pemerintahan, mereka diancam oleh kelompok pembelot yang terdiri daripada golongan pembesar yang diperkuda oleh musuh dari luar. Di samping itu, mereka juga dipertanggungjawabkan untuk mencari dan membawa pulang naskhah asal "Kitab Gemala Sakti" yang menjadi lambang keutuhan kerajaan Ujana Madani. Kitab tersebut berada di Temasik.
Ujana Madani dan Temasik ialah dua kerajaan yang wujud dalam dua dimensi waktu yang berbeza.
Novel ini memugar subjek siasah dengan menegaskan peri pentingnya kualiti yang harus ada pada pemimpin dan kepimpinannya.Dengan menampilkan watak-watak remaja yang disaluti kualiti tersebut, novel ini menawarkan motivasi kepada khalayak untuk memperlengkapkan diri sekiranya ingin menjadi pemimpin yang berwibawa.
"Tawarikh Cinta" juga mengangkat persoalan kepentingan pengisian ilmu dan pengalamannya tanpa mengira jantina dan kedudukan. Bagi mendalami ilmu sebagai pakaian hidup, sumber-sumber yang autentik dan berwibawa perlu dirujuk sebagai sumber teras.
Berjayakah Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis mendapatkan kembali "Kitab Gemala Sakti" yang asal dan membawanya pulang ke Ujana Madani. Novel yang menguja daya taakulan pembaca ini menawarkan jawapannya.
3. Baromkeh Matamu di Mataku - Ummu Hani Abu Hassan
Fahda Nur, pelajar wanita yang punya semangat kental, menimba ilmu di perantauan - meskipun gagal peperiksaan, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya. Kepincangan institusi keluarganya mewajakan ketekunan Fahda Nur untuk berdikari bagi membiayai kos pengajiannya. Sikap berdikari Fahda Nur yang praktikal namun tetap memelihara kesopanan maruah ini bercanggah dengan peraturan kehidupan Muslimah lantas mengundang pemantauan kritis daripada pihak Persatuan Pelajar Malaysia.
Dengan sifatnya yang mirip kepada travelog, novel ini menyelami budaya dan adat resam masyarakat Arab di Syria. Pertembungan dua budaya dari bahagian bumi yang berbeza memberi banyak input dan data yang berguna tentang dunia luar. Maklumat ini menjadikan membaca "Baromkeh Matamu di Mataku" amat informatif.
4. Dari Suatu Tikungan Lorong - Cerpen Dewasa, Puisi, Esei
Cerpen "Dari Suatu Tikungan Lorong" yang menjuduli antologi ini menayangkan perlambangan wisata rohani seorang manusia dalam proses penyucian jiwa sebelum akhirnya menemui makrifat diri.
Kandungan :
Laporan Panel Hakim
Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian & Rencana Sastera
Cerpen
1. Dari Suatu Tikungan Lorong (Zaen Kasturi)
2. Moluska (S.M. Zakir)
3. Warna (Faizati Mohd Ali)
4. Cerita Sebuah Lembah (Muhammad Lutfi Ishak)
5. Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir (Malim Ghozali PK)
6. Jihad Sang Hamba (Serunai Faqir)
7. Laut Tetap Bergelora (Zaharah Nawawi)
8. Nilai Cinta Kami (Azizi Haji Abdullah)
9. Putik Qunaitara (Ummu Hani Abu Hassan)
Puisi
1. Denyut Murba (Zaen Kasturi)
2. Menggeledah Nurani (Fahd Razy)
3. Suriku, di Sejadah ini Kita Sujud (Ikram Abdullah)
4. Bumi Tersohor : Kerana Kau Tanah Selatan (W.B. Rendra)
5. Doa Maal HIjrah di Kaki Maghrib (Shamsudin Othman)
6. Ingatan Kepada Kawan (Zaen Kasturi)
7. Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai)
8. Luka Pujangga Bangsa (Marjan S.)
9. Sajak Anum kepada Jebat (Raihani Mohd Saaid)
Rencana Sastera
1. Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu? (Mohd Zariat Abdul Rani)
5. Wira Mandala Hijau - Cerpen Remaja, Laporan Hakim bagi Novel
Cerpen "Wira Mandala Hijau" yang menjadi judul antologi ini menyorot perjuangan primat mempertahankan tanah leluhur mereka daripada ancaman pihak luar. Perjuangan untuk mengekalkan warisan hutan ini ditonjolkan melalui watak Mon, iaitu binatang yang tinggal di dalam hutan yang sedang dipugar untuk pembangunan. Cerpen in memugar kesedaran tentang kemusnahan alam dan keruntuhan nilai manusiawi.
Kandungan :
Laporan Panel Hakim
Kategori Cerpen dan Novel Remaja
Cerpen
1. Banglo Kolonial di Lot 152 (Nasriah Abdul Salam)
2. Cerita Sagita dan Sagupa (Salfullizan Yahaya)
3. Rumah Nurul Iman (Ghafirah Idris)
4. Mamamu Menteri (Salina Ibrahim)
5. Tiga Catatan di Tiga Perhentian (Lim Swee Tin)
6. Wira Mandala Hijau (Serunai Faqir)
7. Kalendar Baru Abang (Tie Camar)
8. Dunia di Pergelangan Tanganku (Dr. Ilias Zaidi)
9. Selamat Kembali Nurul Merdeka (Nasriah Abdul Salam)
Sebuah novel ala travelog yang menggarap jalur kehidupan pelajar-pelajar Islam di Syria. Keunikan kehidupan di tempat baharu, iaitu di Baromkeh, Republik Arab Syria diberi tumpuan melalui pengalaman beberapa watak seperti Fahda Nur dan Adawiyah dengan Persatuan Pelajar Malaysia di situ.
6. Pakej HSKU 2008
Kandungan : 1. Warisnya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
2. Tawarikh Cinta - Nisah Haron
3. Baromkeh Matamu di Mataku - Ummu Hani Abu Hassan
4. Dari Suatu Tikungan Loron - Antologi Cerpen Dewasa
5. Wira Mandala Hijau - Antologi Cerpen Remaja
Harga Asal : RM106
Harga Pakej : RM96
Pakej Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 yang menjimatkan.
Dapatkan 5 buah buku terbaru pilihan Ujana Ilmu dengan harga istimewa.
7. Karya Kita Hak Kita - Nisah Haji Haron
Hak cipta adalah harta intelektual pengkarya yang perlu dilindungi daripada ciplakan atau perlanggaran hak cipta, tidak mengira sama ada diterbitkan di media cetak, di media penyiaran ataupun di internet. Fahamilah kontrak dan royalti penerbitan sebelum menandatangani perjanjian dengan penerbit.
Ketahuilah tempoh perlindungan hak cipta bagi sesuatu karya dan pewarisan royalti yang dibolehkan oleh undang-undang. Ingat, apapun isi kandungan perjanjian dengan penerbit, hak moral pengkarya sentiasa terpelihara.
Hak cipta pengarang bersama, hak cipta karya terjemahan, kebebasan berkarya, kepentingan merupakan antara aspek penting yang perlu diketahui.
8. Karya Nan Indah - Faisal Tehrani
Buku ini ditulis khusus untuk mereka yang wahu memahami aspek-aspek penulisan kreatif.
Setiap perkara daripada mendapatkan idea, menimbulkan rasa, menerapkan falsafah dan fikrah, menghidupkan cerita, mencipta watak, gaya bahasa yang harus digunakan dan pantang larang dalam penulisan disebut dengan jelas dalam bahasa yang mudah difahami.
Buku mi juga dapat menjawab banyak persoalan mengenai bentuk karya dan memahami cara untuk
menulis bahkan membaca sesebuah karya sastera yang dianggap kompleks.
Sembilan buah cerpen Faisal Tehrani yawg menarik menjadi contoh perbincangan dan perbandingan.
9. Salju Sakinah - Zaid Akhtar
Novel-novel pop semakin banyak di pasaran, dan kita semakin sukar mencari karya tepu dakwah yang disampaikan dengan penuh hikmah. Dakwah itu pula tidak terlalu berkhutbah sifatnya. Syukur, Zaid Akhtar dan Salju Sakinah dapat mengisi kekurangan ini. Salju Sakinah ialah novel untuk semua!
10. Detektif Indigo Kembali - Faisal Tehrani
Mereka dianugerah deria dan IQ yang luar biasa. Chen-Chung si hafiz, Faruq si serba tahu, Mihrimah Maryam si pakar sains forensik, Ruzbihan si bersin dengan deria bau yang tajam, Rabiah zaitun si ahli kimia dan Isamu pula si entomologis yang istimewa. Enam sahabat ini sedang mendalami ilmu-ilmu penyiasatan di Maktab Rendah Remaja Indigo. Mereka kenal sebagai kumpulan Detektif Indigo.
Kes penculikan prof. Aslan, Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan kehilangan Dr. Recep Gul, pengasas Akademi Indigo menjadi ancaman kepada keutuhan dan perpaduan dunia Islam sejagat. Kumpulan Detektif Indigo dipanggil untuk menyiasat. Keupayaan mereka dicabar. Mampukah mereka merungkai misteri yang ada sebelum terlambat?
11. Puisi Untuk Esdyzuar - Nisah Haji Haron
Cenma Detara - dunia kristal di bawah tanah. Cosmo - dunia atas tanah. Aidynna, peguam muda terpaksa turun ke Cenma Detara untuk menyelamatkan sahabat istimewanya Esdyzuar, seorang arkeologis.
Cenma Detara menyimpan rahsia untuk manisia hidup kekal tanpa ditelan usia. pergolakan antara dunia Cenma Detara dengan Cosmo semakin meruncing.
Novel Nisah Haron ini menerokai persoalan undang-undang antara dua dunia di samping mengunkap persoalan bangsa dan jati diri.
12. Tunggu Teduh Dulu -Faisal Tehrani.
Dapatkan buku yang bakal menjadi "collector items" ini. Cuma tinggal beberapa naskah terakhir dan tidak akan diulang cetak dalam bentuk ini lagi.
Salam ikhlas,
webmaster
ujanailmu.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah beli buku kat Ujana....tajuk buku, Dan Apabila Malam Berlalu oleh Abdullah Hussain...
dah lama aku cari buku ni....merata-rata...x jumpe jugak, siap g DBP...last2 jumpa laman web ini...
gamble trus order....
memang OK....order la...memang senang nak cari buku |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah beli buku kat Ujana....tajuk buku, Dan Apabila Malam Berlalu oleh Abdullah Hussain...dah lama aku cari buku ni....merata-rata...x jumpe jugak, siap g DBP...last2 jumpa laman web ini...gamble trus order....memang OK....order la...memang senang nak cari buku |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 pojisan\ catat
memang pun, banyak buku yang tak diterbitkan dah/susah nak jumpa, biasa ada di sana
selalu beli online |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 mardhiah12's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Duta lover\ catat
aku pernah beli onlie ..ok..sampai dengan elok nyer..bungkus ...punyer la tabal...but it's good... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|