View: 5720|Reply: 24
|
MUNAFIK.. apa hukumnya dlm Islam?
[Copy link]
|
|
sapa leh tolong jeleskan hal lebih terperinci tentang munafik nih..
terima kasih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Munafik atau nifaq bermaksud apa yang dizahirkan tidak sama dengan apa yang ada pada batin. Sifat munafik juga digelar hipokrit, mulut manis apabila berkata tetapi hakikatnya ia berbohong, pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya kata-katanya, pandai berjanji tetapi mungkir, ia juga pandai membodek atau mengampu seseorang. Dalam budaya Melayu juga telah banyak menggambarkan sifat-sifat munafik atau hipokrit ini. Contohnya talam dua muka, musang berbulu ayam, telunjuk lurus kelingking berkait, pepat di luar runcing di dalam dan lain-lain. Allah subhanahu wataala sangat murka terhadap perbuatan khianat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah Yusuf ayat 52 yang tafsirnya:
"Dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat."
Khianat adalah lawan bagi sifat amanah. Ia juga merupakan sifat atau ciri-ciri orang yang munafik, sebagaimana tersebut dalam hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:
"Tanda-tanda munafik itu tiga perkara: apabila seseorang itu bercakap ia sentiasa berbohong, apabila berjanji tidak pernah ditunaikan dan apabila diamanahkan mereka khianat." (Riwayat al-Imam al-Bukhari).
Kedudukan orang munafik tempatnya di neraka yang paling bawah bersama-sama orang kafir, sebagaimana firman Allah subhanahu wataala dalam surah an-Nisaa' ayat 145 yang tafsirannya:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."
Di antara sifat-sifat munafik itu ialah:
1) Mengkhianati amanah yang wajib dipelihara, meremeh-temehkan amanah yang diberikan atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diserahkan padanya dengan sebaik-baiknya, kerja dengan sambil lewa dan menggunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk kepentingan diri dan keluarga.
2) Bercakap bohong, membuat penjelasan, kenyataan dan keterangan yang dusta atau seakan-akan dusta sama ada dengan lisan atau tulisan, memutar-belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan yang besar. Firman Allah subhanahu wataala dalam surah az-Zumar ayat 60 yang tafsirannya:
"Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) muka mereka hitam legam."
3) Tidak menepati janji yang diikrarkan dan mencabuli perjanjian yang dipersetujui bersama.
4) Ingin menang dalam pertengkaran (bertengkar sehingga melampaui batas) walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi palsu bagi menguatkan hujah.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat, malah boleh menimbulkan huru-hara, perpecahan dan menghilangkan rasa kepercayaan antara satu dengan yang lain. Orang munafik adalah musuh dalam selimut dan mereka ini lebih berbahaya bagi umat Islam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebagai saudara sesama islam, mcm mana kita nak betulkan org munafik nih??
sbb yg aku nampak org2 mcm nih.. benda tu ada dlm diri drang sendiri.. mcm mana nak kasi drang tu sedar?
pendekatan yg mcm mana boleh kita buat?? |
|
|
|
|
|
|
grugals This user has been deleted
|
2) Bercakap bohong, membuat penjelasan, kenyataan dan keterangan yang dusta atau seakan-akan dusta sama ada dengan lisan atau tulisan, memutar-belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan yang besar. Firman Allah subhanahu wataala dalam surah az-Zumar ayat 60 yang tafsirannya:
gru suka yg atas ni moknik...camne ek kalau kita pernah terbuat atau seseorg pernah buat kat kita? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
bohong ya
kalau bohong atau menipu diri sendiri, kira munafik jugak kah???
contohnya masa berTAKBIR mulut MENGESAKANNYA, anggota MEMBESARKANNYA
tapi hati masih dengan NIAT
NIAT
dan NIAT
apakah AKU juga yang MUNAFIK kepada DIRI SENDIRI..........
HANYA ORANG YANG BERAKAL DAPAT PENGAJARAN |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by apalancut at 18-2-2006 01:54 AM
sebagai saudara sesama islam, mcm mana kita nak betulkan org munafik nih??
sbb yg aku nampak org2 mcm nih.. benda tu ada dlm diri drang sendiri.. mcm mana nak kasi drang tu sedar?
pendekatan yg m ...
mok nik teringat satu kisah zaman Rasulullah s.a.w..ada seorang yang agak 'liar' tidak mengerjakan suruhan Allah, tiba2 dia ingin bertaubat berbuat baik. Dia berjumpa Rasulullah dan mengatakan keinginan. Lalu Rasululah menyuruh beliau melakukan satu perkara sahaja, iaitu jangan berbohong. Lelaki itu tak sangka semudah itu syarat yang Rasulullah berikan....hanya jangan berbohong. Tetapi syarat itulah akhirnya yang mengikat dia dari terus tidak melakukan kerja2 mungkar sebab dia bimbang jika Rasullah bertanya apa yang seharusnya dia jawab sedangkan dia telah berjanji dengan Rasulullah untuk tidak berbohong.Akhirnya lelaki itu menjadi 'alim'.
Moral ceritanya ialah tinggalkan perbuatan/percakapan/perkataan bohong pasti akan selamat. Memang susah/sukar hendak melakukannya tetapi jika ada keazaman pasti dapat. Seperti kisah lelaki tadi, dia menyangka mudah tetapi disebabkan takut kepada pertanyaan Rasulullah akhirnya dia berjaya mengikis perbuatannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by grugals at 18-2-2006 11:36 AM
gru suka yg atas ni moknik...camne ek kalau kita pernah terbuat atau seseorg pernah buat kat kita?
gru..dosa sesama manusia, manusialah mengampunkannya. Sebab itulah Islam menyuruh kita bermaafan. Tidak salah memohon maaf atas kesalahan yang kita lakukan. Berkata benar biarpun pahit dan menyakitkan. Dan kalau orang melakukan sesuatu kepada kita, ampun sahajalah, nanti kita pun senang di akhirat nanti kan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
grugals This user has been deleted
|
Originally posted by mok_nik at 18-2-2006 10:56 PM
gru..dosa sesama manusia, manusialah mengampunkannya. Sebab itulah Islam menyuruh kita bermaafan. Tidak salah memohon maaf atas kesalahan yang kita lakukan. Berkata benar biarpun pahit dan meny ... kalau dulu kan org kata bukan senang nak memberi maaf....tapi bila dah kasi kita betul2 menghayatinya dan rasa puas..tapi skang gru tengok..org guna kan maaf sekadar utk melarikan diri..sebagai saiko..pastu dlm diam buat lagi sesuatu yg menguris hati kita..so maaf tu dah takda value |
|
|
|
|
|
|
tiM This user has been deleted
|
Aku nak tahu jugak....
Bagaimana pulak hukumnya org yg munafiq/hipokrit dlm internet? contohnya menggunakan nama perempuan (sedangkan dia jentina yg sebaliknya) dengan meletakkan gambar wajah org yg cantik pilihannya sebagai indentiti di alam maya ni. Kerana ini sedikit sebanyak akan memberi tafsiran yg terpesong terhadap sumber sebenarnya (diri org itu). Apa komen kalian? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tiM at 19-2-2006 08:10 PM
Aku nak tahu jugak....
Bagaimana pulak hukumnya org yg munafiq/hipokrit dlm internet? contohnya menggunakan nama perempuan (sedangkan dia jentina yg sebaliknya) dengan meletakkan gambar wajah org ...
Ini kena tanya Seri Hartatie atau Mawar Merah atau geng-geng seangkatan dengannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by grugals at 19-2-2006 01:53 PM
kalau dulu kan org kata bukan senang nak memberi maaf....tapi bila dah kasi kita betul2 menghayatinya dan rasa puas..tapi skang gru tengok..org guna kan maaf sekadar utk melarikan diri..sebagai sai ...
sebab itulah gru, kita sentiasa diingatkan janganmula berbohong, sebab sekali berbohong, akan berlaku pembohongan seterusnya untuk menutup pembohongan yang terdahulu.
Kalau berdepan dengan jenis orang yang gru katakan tuh, waspada lah
manusia hipokrit mana2 wujud dalam dunia ini.
Nilai maaf bergantung kepada keiklasan kita yang memberi maaf itu bagi mok nik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tiM at 19-2-2006 08:10 PM
Aku nak tahu jugak....
Bagaimana pulak hukumnya org yg munafiq/hipokrit dlm internet? contohnya menggunakan nama perempuan (sedangkan dia jentina yg sebaliknya) dengan meletakkan gambar wajah org yg cantik pilihannya sebagai indentiti di alam maya ni. Kerana ini sedikit sebanyak akan memberi tafsiran yg terpesong terhadap sumber sebenarnya (diri org itu). Apa komen kalian?
Ini persoalan yang sudah lama berligar dalam dunia internet
Tanya diri sendiri ..apakah dunia internet ini terlepas dari pandangan dan pengentahuan Allah pencipta manusia?
Kalau kita percaya, yang dunia internet juga adalah dalam pengentahuan Allah, maka hukumnya tetap sama dengan hukum di alam maya sebenar.
Menggunakan nama perempuan sedang diri lelaki atau sebaliknya di alam internet, bagi mok nik tetap sama konsepnya dengan munafik! Hukumnya juga adalah sama. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
soalan yg cukup baik dr saudara TIM
dan menggemparkan
dan menyesakkan segelintir saudara kita disini
dan SEMUA DAH TAHU HUKUMNYAkan
jadi jalankanlah atau perbetulkanlah
termasuk mok nik kan kan kan........... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 20-2-2006 07:59 PM
salam
soalan yg cukup baik dr saudara TIM
dan menggemparkan
dan menyesakkan segelintir saudara kita disini
dan SEMUA DAH TAHU HUKUMNYAkan
jadi jalankanlah atau perbetulkanlah
termasuk mok nik ... kan kan ...
kurang faham lak apa yang mok nik bold kan tu
apakah maksud orang besi mok nik juga menyamar dengan nick/id???
ishhh kalau gelaran tuh memang kat umah pun orang dok panggil mok nik
'mok nik ' tuh adalah gelaran anak buah utk diri mok nik |
|
|
|
|
|
|
tiM This user has been deleted
|
Originally posted by mok_nik at 20-2-2006 10:14 AM
Ini persoalan yang sudah lama berligar dalam dunia internet
Tanya diri sendiri ..apakah dunia internet ini terlepas dari pandangan dan pengentahuan Allah pencipta manusia?
Kalau kita percaya, ...
Masalahnya Mok.... kecenderungan menyamar ni adalah kerana pelbagai tujuan. Mungkin juga kerana mereka sendiri tidak bangga dengan nama yg diberi oleh emak bapak mereka. Mungkin juga mereka takut org tak dapat terima mereka dlm internet kalau menggunakan identiti sendiri.... Atau mungkin juga pembohongan identiti internet ini berlaku kerana soal tidak mengambil serius tentang penglimatan di alam maya. contohnya ia mungkin sekadar permainan.. ???? Kerana mereka percaya tiada dosa dlm permainan. Sedar tak sedar apa implikasinya... Sedia maklum, ada jugak mempercayai bohong sunat! antaranya kalau letak gambar awek cun.. lagi ala2 alim... cukup meransangkan mungkin! :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
aku skang hidup dgn org yg suka berbohong, hingga aku tak tau apa yg dia ckp ni betol atau tidak. sentiasa rasa kesangsian dlm setiap tingkah laku dia. apa yg dia ckp, apa yg dia buat. walaupon dia berckp benar and ckp sudah berubah.. masih lagi ada kesangsian dkt diri dia..
benda ni penyakit yg aku rasa susah nak ubati. once sekali ko dah kantoi ckp berbohong, sampai bila2 susah nak percaya. tp jika jujur pulak.. org suka amek kesempatan.. life is hard |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tiM at 20-2-2006 08:40 PM
Masalahnya Mok.... kecenderungan menyamar ni adalah kerana pelbagai tujuan. Mungkin juga kerana mereka sendiri tidak bangga dengan nama yg diberi oleh emak bapak mereka. Mungkin jug ...
setuju dgn Tim katakan itu
ish tim tak yah gi jauh2 lah tim..jat forum ccari nie sendiri dah bebrapa kali 'hamba Allah' ini kantoi kena telanjangkan oleh orang lain kerana pembohongannya..tetapi jenis muka tembok...dok gitu juga dia..tuh kat bod travel tuh masih dok aktif lagi..sebab itu mok nik bila 'dia' reply mok nik tawar hati nak menyambung sebab tak tahu yang mana benar yang mana bohong..di kepala mok nik tetap kata dia adalah pembohong
Betullah orang kata sekali bohong orang ingat seumur hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by apalancut at 21-2-2006 01:23 PM
aku skang hidup dgn org yg suka berbohong, hingga aku tak tau apa yg dia ckp ni betol atau tidak. sentiasa rasa kesangsian dlm setiap tingkah laku dia. apa yg dia ckp, apa yg dia buat. walaupon dia ...
itulah bahayanya pembohongan
hingga hilang kepercayaan orang terhadap kita kan |
|
|
|
|
|
|
|
"Siakap Senohong Gelama Ikan Duri...
Bercakap Bohong Lama2 Jadi Pencuri"
Cakap bohong ni saya rasa takleh lari dari insan yang bernama manusia... semua orang pernah berbohong..( tapi maybe ada orang yang tak pernah bohong seumur hidup dia). Bohong ni jangan kita ajar dalam diri kita.. dia macam "DADAH". sekali buat.. dan selamat.. dia akan terus akan nak buat lagi.. so sebagai manusia. bagi aza.. sekali kita berbohong.. cepat2 laa sedar.. supaya benda ni tak melarat2 sampai bila2.
hidup orang bohong ni takkan pernah aman.. sampai bila dia nak bohong... lelama orang akan tahu juga..
tapi ada gak bohong yang mendatangkan kebaikkan.. tapi itu mungkin di panggil muslihat kot.. huuhuhuh..
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
| |
|