CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chiqui123

mknn tradisional owg joho

[Copy link]
Post time 3-7-2007 09:51 PM | Show all posts
Ni ada assignment yang ct pernah buat tentang Tempe yang menjadi kebangaan Jawa Johor ..

         Tempe merupakan sejenis makanan yang begitu sinonim dengan masyarakat Jawa samada yang

berada di Malaysia atau pun Indonesia. Tempe di Malaysia kerap dikaitkan dengan Masyarakat Johor
kerana bahan makanan ini boleh di dapati dengan mudah di negeri tersebut. Makanan yang berbentuk
pepejal dan 100% diperbuat dari kacang soya ini kini semakin  menjadi kegemaran ramai dan dihidangkan  
sebagai lauk , snek pada bila-bila masa.

Sejarah Kacang Soya
        
        Kacang soya pertama ditemui di China pada kurun ke 11 Sebelum Masehi di kawasan utara  dan

merupakan tumbuhan liar yang pertama diusahakan oleh manusia . Pada tahun 2200 B.C. ahli pertanian
China ada menulis tentang cara mendapatkan hasil yang memuaskan dari tanaman yang diusahakan.
Masyarakat China lama sangat mengagungkan kacang soya yang dikatakan sebagai bahan yang amat

berkhasiat sebagai makanan dan ubat. Selepas beberapa kurun, kacang soya telah menjadi salah satu
tanaman utama di Negara China hingga ke hari ini.

Sejarah Awal Tempe
        
        Sejarah telah membuktikan bahawa tempe merupakan sejenis makanan yang terawal dan tertua

di proses oleh orang-orang Jawa di Kepulauan Jawa Indonesia .Tempe telah dinyatakan sebagai salah
satu makanan berkhasiat yang dihasilkan dan diambil  oleh masyarakt Jawa melalui sebuah buku,
Serat Centhini yang diterbitkan pada kurun ke 16.

        Kacang soya dikatakan diperkenalkan oleh pedagang China yang datang ke Indonesia dan

membawa bersama mereka  慘o-jhi soya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2007 10:02 PM | Show all posts
Proses Penyediaan Tempe

         Tempe merupakan sejenis  makanan berbentuk  慿ek
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 10:05 PM | Show all posts
good info...
teruskan..:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 10:09 PM | Show all posts
Langkah 2 : Merebus dan mengering

Isi soya yang telah bersih akan direbus selama 1 jam atau lebih sehingga empuk

(bergantung kepada kuantiti) , setelah itu ia akan ditoskan dan diserakkan di atas
tikar khas untuk proses pengeringan. Kacang soya perlu dikeringkan sepenuhnya supaya
baki air rebusan benar - benar kering dan sejat. Untuk tujuan mempercepatkan proses pengeringan itu,
bantun dari kipas angin digunakan. Kacang soya yang basah tidak akan menghasilkan tempe yang
bermutu tinggi dan tahan lama.

Langkah 3 : Meragi dan membungkus

Setelah kacang soya sejat dan kering , serbuk ragi  khas akan ditaburkan bersama dengan

sedikit tepung beras dan digaul rata. Kuantiti ragi yang digunakan  adalah mengikut kuantiti
kacang soya yang diproses , sebagai contoh, 1 kg kacang soya perlu digaul dengan 1 camca teh
serbuk ragi dan 4 camca makan tepung beras. Menurut Pn. Hjh. Ratinah ,tepung beras digunakan
untuk menyerap lembapan yang masih tertinggal pada kacang soya, memastikan ia berderai dan
mudah diuruskan semasa dibungkus.

Biasanya pengusaha di kampung-kampung mengunakan semula kulat kering yang melekat pada

daun pisang pembungkus tempe sebagai ibu ragi  selepas tempe matang dan sedia untuk dimasak,
tetapi ada juga yang menyediakan ibu ragi  yang diperbuat dari tempe yang telah dikeringkan  dan
dikisar halus. Ragi yang kering boleh disimpan untuk satu jangka masa yang panjang.

Menurut Pn. Hjh. Ratinah , ragi untuk tapai ubi boleh digunakan jika terdesak, tetapi hasil pertumbuhan

kulatnya kurang memuaskan di samping rasanya yang kurang enak, kadangkala boleh menjadi pahit jika
tidak bernasib baik. Biasanya pengusaha besar-besaran akan menyediakan ragi khas dalam kuantiti
yang banyak.

Kemudian kacang soya beragi tadi akan dibungkus dalam saiz yang diperlukan   di dalam kepingan

daun pisang atau daun rambai. Di sesetengah tempat , ada pengusaha yang menggunakan daun
pokok mahang atau keladi bintik sebagai medium pembungkus. Pengusaha tempe secara komersial
pula kini lebih suka menggunakan plastik  jernih yang telah ditebuk lubang halus sebagai medium
pembungkus. Dari maklumbalas pengguna, mereka lebih menyukai tempe yang dibungkus dengan
daun berbanding plastik  kerana ia menerbitkan aroma tersendiri dan dikatakan lebih asli.

Tempe yang telah dibungkus akan disusun dan dikumpulkan di dalam bekas khas untuk proses

fermentasi atau pemeraman, di mana pertumbuhan kulat memerlukan suhu yang sesuai  iaitu 30篶
dan sumber makanan  untuk membiak. Proses pemeraman mengambil masa  36
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 10:15 PM | Show all posts
Khasiat  Tempe

Secara amnya, setiap 100 gm tempe mengandungi :

Bahan /mineral        Kuantiti
Kalori                     204g
Protein                   17g
Karbohidrat             15g
Lemak                    7.5g
Kalsium                  80mg
Fibre                      3g
Ferum                    2mg
Zink                      0.5mg

     Menurut  Dominic N Afiteatro , penyelidik dari USDA Nutrient , kulat  Rhizopus oligoporus  yang

terkandung dalam ragi akan mengambil nutrient dalam kacang soya sebagai makanan dan kemudian
mengeluarkan sejenis asid untuk melengkapkan proses penapaian. Hasilnya , keseluruhan bahagian
kacang soya ini akan disaluti dengan jaringan lembut berwarna putih yang dipanggil  miselium.

Sebenarnya ramai orang tidak menyedari tempe sebenarnya mengandungi  khasiat yang tinggi

dan sangat sesuai untuk memenuhi keperluan tubuh badan manusia. Hal ini telah diakui oleh  
USDA Nutrient  Database for Standard of Refrence  yang telah menjalankan kajian dan penyelidikan
mendalam mengenai makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat  tinggi ini.

        Selain dari kandungan protein tinggi, tempe juga mengandungi mineral yang membantu  

tumbesaran dan  memperbaiki sel badan yang telah  rosak, kandungan karbohidratnya pula berfungsi
sebagai   penjana tenaga. Dominic juga mendapati , tempe juga mengandungi vitamin B12 dan bahan
anti oksidan semulajadi yang amat diperlukan tubuh dan otak terutamanya di kalangan pelajar .

Dominic yang menulis  artikel  tentang tempe melalui penerbitan Hopkins Technology menambah,

Vitamin B12 yang terkandung dalam tempe merupakan vitamin larut air yang amat penting untuk  
pembentukan sel darah merah selain berfungsi merangsang  fungsi sistem saraf  serta melancarkan  
metabolisme lemak dan protein dalam badan.  

        Penyelidikan yang dijalankan oleh seorang pensyarah Bioteknologi dari UiTM,

Mazatulikma  Mat Zin  pula menunjukkan ,otak memerlukan oksigen untuk memproses maklumat ,
ada masanya otak akan menjadi tepu, terutamanya jika berfikir terlalu banyak dan akibatnya,
apa yang dibaca , tidak akan dapat difahami walaupun diulang berkali-kali. Menurut Mazatulikma ,
antioksida berfungsi untuk meneutralkan cas negative dalam badan dan membenarkan oksigen  
disalurkan ke otak untuk pemprosesan maklumat.

        Penyelidik S Saono  dari  Bangkok pada tahun 1977 mendapati , Ragi  diperbuat  dari mampatan

beras  hancur atau tepung beras yang dibungkus dalam daun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 10:17 PM | Show all posts

Reply #183 pinatbate's post

tq pinat..sharing is caring maaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2007 04:06 PM | Show all posts
terima kasih banyak2 pada buncis dan cguct atas resepi ungkep ayam tu..
leh la cuba minggu ni..... hu3
Reply

Use magic Report

Yushimura This user has been deleted
Post time 4-7-2007 05:11 PM | Show all posts

Reply #177 buncis's post

banyak mknan   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Yushimura This user has been deleted
Post time 4-7-2007 05:11 PM | Show all posts
baru ku tahu apa khasiat tempe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 10:14 PM | Show all posts
BARU TAU CARA BUAT TEMPE..SELAMA NI DOK MKN AJE..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 10:25 PM | Show all posts

Reply #190 kodoklawa's post

haa...tu la. Kodoks..kalo ada apa2 info syer2 laa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by cguct1970 at 4-7-2007 10:25 PM
haa...tu la. Kodoks..kalo ada apa2 info syer2 laa...
x pandai masak..tau makan je..tempe cicah sambal kicap..sedapnyer..kat sini x de tempe dalam daun..dlm plestik byk la...lgpun bkn mknan diorg..org jhr/selangor aje yg suka tempe ni..kopok lekor byk ler
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 09:48 PM | Show all posts
Lontong Goreng - resepi cguct1970

1 bungkus lontong/ ketupat segera yang telah direbus

1 dada ayam/ 1/2 cawan daging  - hiris kecil dan nipis
1/2 cawan isi udang
3 c.makan cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan sayur campur beku
2 biji telur ayam
1/2 kiub ikan bilis
sedikit daun saderi - hiris

Cara membuat:
1. potong kiub lontong atau ketupat segera , jangan terlalu besar.
2. Tumbukkan bawang putih dan bawang merah sampai lumat.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk sampai naik bau. masukkan cili giling,
    masak hingga cili garing. Masukkan isi udang , ayam/daging dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan kiub . bila didih dan ayam/daging empuk , masukkan telur
    dan lontong/ketupat tadi. Biar hingga telur agak beku baru kacau rata. Bila sudah
    sebati, taburkan sayuran campur beku dan kacau lagi rata. Angkat dan hidangkan.

Nota : lontong goreng ini sedap dibuat agak basah2 sedikit dengan melebihkan kuantiti telurnya.
cili kisar juga boleh diganti dengan cili padi untuk mendapat kepedasan sejati.


Lontong merupakan sajian khusus masyarakat jawa semasa sambuta hari raya. Lazimnya lontong
dihidangkan bersama lodeh (sudah semestinya mengandungi tempe), rendang dan sambal kacang.

Lontong kering lebih popular di singapura , tidak mengandungi kuah lodeh, sebaliknya lodeh
dimasak kering (ala2 sambal goreng Jawa tetapi putih) , serunding daging (dendeng ragi),
sambal tumis dan rendang.

Lontong goreng pula biasanya diperbuat dari lebihan lontong menjelang hari ke dua hariraya..
ia direka supaya tidak berlaku pembaziran makanan disamping mengubah selera ahli keluarga
yang semestinya mencari makanan lain selain dari ketupat dan rendang.
   



[ Last edited by  cguct1970 at 5-7-2007 10:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 09:52 PM | Show all posts

Reply #193 cguct1970's post

kak.. raya tawon ni saya serang umah akak..bole makan
lontong goreng....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 09:57 PM | Show all posts
lontong goreng mmg slalunyer jd breakfast.,time raya..klu tupat byk lg mmg buat gini..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 10:02 PM | Show all posts
Ketempong (Pergedil Kelapa) - resepi cguct1970

1/2 biji kelapa  yang basah dan sudah boleh diparut putih
2 c.m. ketumbar + secubit jintan
3 ulas bawang merah
2 ulas kecil bawang putih
5 biji cili padi
segengam ikan bilis - siang dan rendam  
3 c.m. tepung gandum
1 inci kunyit hidup
1 biji telur
garam , sedikit gula (jika tidak menggunakan serbuk perasa)

Cara membuatnya :
1.kisar ketumbar jintan, kunyit, bawang2, cili padi dan ikan bilis dengan sedikittt sahaja air.
   Curahkan bahan kisar pada kelapa parut putih tadi.
2. Tambahkan tepung gandum , telur dan perasakan dengan garam dan aji/gula. Gaul rata.
    pastikan tiada kandungan air berlebihan dan adunan kelapa boleh dikepalkan.
3. Kepalkan adunan kelapa dengan saiz yang sesuai dan leperkan sedikit seperti bentuk
    pergedil.buat hingga habis.
4. Panaskan minyak ,  goreng ketempong seperti biasa, jangan dikacau2 selalu untuk mengelakkan
    ia dari pecah, terbalikan ketempong. Bila sudah nampak kuning pada kedua2 belah, angkat.
    Sedap dimakan bersama nasi , gereh dan sayur bening. Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2007 10:03 PM | Show all posts

Reply #194 anir's post

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 10:12 PM | Show all posts
Besengek Tempe - resepi cguct1970

5 keping Tempe - lebih baik yang dibungkus dengan daun pisang
3 c.b. ketumbar + sedikit jintan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sehiris halia
sedikit lengkuas , sedikit kunyit hidup
2 batang serai
segengam ikan bilis - rendam
2 cawan santan pekat.
garam ,sedikit gula/aji

Cara membuat :
1. potong sedikit bahagian tepi2 tempe , buat torehan crisscross pada bahagian depan
   dan belakang tempe , potong 2 menyerong sedikit.
2. Kisar semua bahan2 di atas kecuali santan, Tuang rempah dalam kuali dan bubuh santan.
   Susun semua kepingan tempe dan masak dengan api yang sederhana sehingga kuah hampir
   kering dan rempah meresap pada tempe. Perasakan, angkat dan hidangkan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:38 AM | Show all posts

Reply #194 anir's post

jom anir.... kita serang sama2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 03:35 PM | Show all posts

Reply #198 cguct1970's post

Macamana agaknya rupanya ek? Ada gambarnya tak. Tak ada gambar susah nak imajin la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062156 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list