CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34043|Reply: 85

Kumpulan cerita rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 21-2-2006 04:30 PM | Show all posts |Read mode
"Awang Golok Besar"

SEBERMULA tersebutlah sebuah kampung yang bernama Kampung Cuping, dalam negeri Indera. Kampung itu mempunyai penghuni yang kecil sahaja bilangannya. Adapun demikian penghuninya terdiri daripada orang yang gagah-gagah belaka. Maka apabila disebut sahaja nama orang dari kampung itu maka akan kecutlah perut sesiapa sahaja di negeri tersebut.

Maka tersebutlah nama Awang yang bergelar Awang Golok Besar yang tinggal di kampung itu. Kegagahannya tiadalah tolok bandingannya. Adapun Golok Besar yang digelar padanya disebabkan kejayaannya membawa sebuah golok yang dihadiahkan oleh Raja Siam kepada Raja Indera. Jadi oleh sebab itulah maka Raja Indera menggelarnya Awang Golok Besar.

Tersebutlah pada suatu hari Awang Golok Besar pergi ke laut. Maka dilihatnya seekor ikan yang amat besar. Lalu dia pun bertanya kepada kawannya yang bernama Awang Lut.

揥ahai sahabatku, Awang Lut, ikan apa yang terlalu besar itu? Ekornya bagaikan layar kapal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2006 04:30 PM | Show all posts
Setelah canang dipukul dan berita disampaikan, maka berduyun-duyunlah sekalian pemuda yang gagah ke istana untuk mencuba kekuatan masing-masing.

Ada dengan asam limaunya

Ada dengan kemian-kemiannya

Ada dengan jampi serapah

Ada dengan pawang-pawangnya

Ada yang gagah mengangkat batu

Ada yang gagah menanggung kayu.

Seperkara yang menarik ialah kerana hadiah yang lumayan yang akan diberi oleh baginda. Baginda akan mengahwinkan puterinya dengan sesiapa yang berjaya mengangkat ikan paus tersebut keluar dari istana.

Maka oleh sebab kecantikan puteri baginda itu, sekalian orang gagah-gagah ingin memilikinya. Apabila acara dimulakan maka muncullah seorang dan seorang untuk mengangkatnya. Selepas dicuba seorang demi seorang, maka ikan itu didapati tidak juga terangkat. Dan masing-masing berasa hampa. Raja Wanggir pun terlalu berduka kerana seluruh rakyat negerinya yang gagah itu tidak berjaya mengangkat ikan tersebut.

Akan cerita ikan itu terdengarlah oleh Awang Golok Besar dan Awang Lut.

揥ahai sahabatku Awang Lut, aku dengar Tuanku Raja Wanggir menawarkan hadiah yang menarik kepada sesiapa yang berjaya mengangkat ikan di hadapan istananya keluar dari istananya. Mahukah engkau akan puteri itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 04:38 PM | Show all posts
"Penghulu Alang Gagah"

TERSEBUTLAH kisah pada zaman dahulu, tentang sebuah kampung yang bernama Medang Lebar. Kebanyakan penduduknya bersawah padi. Ada juga yang berhuma dan yang mencari kayu-kayan di hutan.

Penghulu kampung tersebut bernama Alang Gagah. Penghulu Alang Gagah memang gagah orangnya. Tidak ada pendekar lain di kampung itu, malah di kampung lain di sekitarnya, yang dapat menandingi kegagahan Alang Gagah.

Sebelum Alang Gagah dilantik menjadi penghulu, kampung Medang Lebar sering diserang oleh orang-orang Siam. Mereka ingin menawan dan menduduki kampung itu kerana tanahnya yang sangat subur dan kaya dengan tanam-tanaman.

Ketika berlakunya serangan orang-orang Siam yang bertalu-talu itulah, Alang Gagah menunjukkan kegagahan dan keberaniannya. Alang Gagah seorang anak muda yang banyak mempelajari ilmu pencak silat. Dia bersama-sama dengan pendekar yang lain berjaya menumpaskan serangan Siam di kampung tersebut.

Pernah juga pada suatu ketika penghulu di kampung itu mengadakan peraduan pencak silat. Sesiapa yang menjadi jaguh akan dikahwinkan dengan anak penghulu. Oleh itu ramailah anak-anak muda dari kampung Medang Lebar dan kampung yang lain ingin mencuba nasib. Akan tetapi Alang Gagah yang menjadi jaguhnya.

Semenjak itu Alang digelar orang Alang Gagah dan dikahwinkan dengan anak penghulu yang bernama Siti Delima.

Siti Delima seorang gadis yang cantik rupa parasnya, bersopan santun dan elok pula budi bahasanya. Sungguhlah bahagia Alang Gagah dapat memperisterikan Siti Delima.

Betapa bangganya pula Siti Delima mempunyai seorang suami yang gagah.Setelah penghulu meninggal dunia. Alang Gagah pun dilantik menjadi Penghulu menggantikan mertuanya yang tidak mempunyai anak lelaki.

Semenjak Alang Gagah menjadi penghulu, kampung Medang Lebar tidak lagi diserang orang-orang Siam. Maka hiduplah penduduk-penduduk kampung itu dengan aman dan damai.Hasil daripada perkahwinan itu, Penghulu Alang Gagah memperolehi tiga orang lelaki.

Kini Alang Gagah sudah tua dan anak-anaknya sudah dewasa. Masing-masing juga sudah berumahtangga. Ketiga-tiga orang anaknya gagah-gagah belaka. Mereka mewarisi ilmu kegagahan Alang Gagah yang telah diperturunkan sepenuh-penuhnya kepada mereka bertiga.

Yang menjadi kesulitan kepada Penghulu Alang Gagah ialah untuk memilih salah seorang daripada anak-anaknya yang layak menggantikan tempatnya sebagai Penghulu Medang Lebar.

"Siapa yang akan aku lantik sebagai penghulu di kampung kita ini, Siti? Anak-anak kita itu semuanya sama gagah," kata Penghulu Alang Gagah pada isterinya Siti Delima.

"Entahlah, Siti pun nampak ketiga-tiganya sama gagah. Dalam peraduan pencak silat di kampung kita yang diadakan dahulu pun, ketiga-tiga orang anak kita tu sama-sama gagah. Tidak ada pendekar lain yang dapat melawan mereka," sahut Siti Delima.

Dalam usianya yang telah tua itu kecantikannya masih lagi kelihatan.

"Aku ni dah tua, Siti," ujar Penghulu Alang Gagah pula.

"Entah esok, entah lusa, aku akan meninggalkan kau orang semua. Lebih baiklah dari sekarang kita menetapkan siapa di antara anak-anak kita itu yang akan menjadi penghulu. Kalau aku meninggal nanti mereka berebut-rebut nak jadi penghulu di kampung kita ni."

"Awak belum tua benar. Tubuh awak juga masih gagah. Tengok lengan awak tu masih berulas-ulas," sampuk Siti Delima.

"Tapi rancangan awak untuk memilih orang daripada anak-anak kita tu sebagai bakal penghulu di kampung kita ini memanglah baik. Jawatan itu boleh awak serahkan pada anak kita bila awak tak sanggup lagi memegangnya."

"Betul kata kamu tu. Tapi bagaimana nak kita pilih anak-anak kita tu? Inilah yang sulitnya," Penghulu Alang Gagah menyuarakan rasa serba salahnya.

Dia berjalan mundar-mandir di dalam rumahnya itu, mencari sesuatu fikiran yang baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

"Tak usahlah awak gopoh-gapah untuk memilih mereka. Bertenanglah, boleh jadi suatu ketika nanti awak akan mendapat satu cara yang baik. Bukankah saya katakan tadi awak masih gagah lagi?"

Siti Delima cuba menyabarkan suaminya.

Tiba-tiba Siti Delima mendapat suatu fikiran yang baik.

"Kalau selama ini kita mementingkan kegagahan seseorang itu menjadi penghulu di kampung kita ini, cubalah pula awak tentukan siapa di antara anak-anak kita itu yang pintar fikirannya. Siti percaya jika seseorang itu gagah dan pintar tentulah dia akan menjadi seorang pemimpin yang baik di kampung kita kelak."

Penghulu Alang Gagah terpegun apabila mendengar pendapat isterinya itu.

"Hm! Memang baik pendapat kamu tu. Aku juga percaya seseorang yang gagah dan cerdik dapat menjadi seorang penghulu yang baik. Tapi bagaimana kita nak uji kecerdikan mereka pula?" tanya Penghulu Alang Gagah.

"Awak carilah satu masalah dan ujikan kepada mereka bertiga. Sesiapa yang dapat menyelesaikan masalah itu dialah yang sesuai dilantik menjadi penghulu," jelas Siti Delima.

Penghulu Alang Gagah mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia terus berjalan mundar-mandir di dalam rumahnya itu. Akhirnya dia berdiri di muka jendela dan melemparkan pandangannya pada pokok-pokok menghijau di hadapan rumahnya. Tiba-tiba terlintaslah di fikirannya suatu masalah. Cepat-cepat dia mengemukakan masalah itu pada isterinya.

"Memang baik masalah itu. Saya setuju," kata Siti Delima apabila mendengar yang dikemukakan oleh suaminya itu.

Dia pun tersenyum.

Tidak jauh dari kampung itu terdapat sebuah pekan kecil di mana penduduk-penduduknya membeli barang-barang keperluan hari-hari.

Di pekan itulah mereka membeli pakaian, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan-ikan laut dan sebagainya. Jika seseorang itu ingin memasak ikan laut, di pekan itulah mereka membelinya kerana kampung itu jauh juga dari laut.Ikan-ikan laut dibawa oleh peraih-peraih ikan dari pantai dan dijual di situ.

Suatu hari Penghulu Alang Gagah pergi ke pekan itu dengan tujuan membeli ikan laut dan kalau dapat dia ingin melaksanakan masalah yang dirancangnya itu kepada salah seorang anak-anaknya.

Kebetulan pula pada hari itu ketika dia berada di gerai ikan dia melihat anak sulungnya juga sedang membeli ikan di situ.Alangkah gembira hatinya.

"Deramang!" Penghulu Alang Gagah memanggil anak sulungnya.

Deraman menghampiri ayahnya,

"Ya, ada apa ayah?" tanya Deramang.

"Ambil sebungkus ikan ini. Tolong berikan kepada adikmu Damak dua ekor, Cendana dua ekor. Dan ambillah kau dua ekor," kata Penghulu Alang Gagah sambil memberikan bungkusan ikan itu kepada Deramang.

"Baiklah, ayah." kata Deramang lalu meninggalkan ayahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 04:40 PM | Show all posts
Deramang menuju ke kampungnya. Barang-barang yang hendak dibeli di pekan itu telah pun dibelinya. Dia berjalan keluar kampung masuk kampung, masuk kampung keluar padang, akhirnya sampailah dia ke kampung Medang Lebar.Apabila sampai di rumahnya, Deramang pun membuka bungkusan ikan yang dikirimkan oleh ayahnya tadi.

"Eh! Hanya tiga ekor ikan terubuk?" dia amat terperanjat.

"Bagaimana akan aku berikan kepada adik-adikku itu seorang dua ekor? Sedangkan ikan-ikan ini cuma tiga ekor sahaja!" terpinga-pinga Deramang dibuatnya.

"Boleh jadi ayahku dah nyanyuk. Dibelinya tiga ekor dikatakannya enam. Hai orang tua ni dah nyanyuk betul," kata Deramang sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Baiklah, akan kuberikan pada adik-adikku itu seekor seorang. Akan kurahsiakan suruhan ayahku itu. Tentu mereka tak tahu," fikir Deramang membuat keputusan.

Dia pun memberikan ikan-ikan terubuk itu seorang seekor kepada adik-adiknya untuk dimasak oleh isteri masing-masing pada hari itu.

Mereka menerima dengan baik dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongannya menyampaikan pemberian ayah mereka.

Apabila sampai di kampungnya, Penghulu Alang Gagah singgah di rumah anak-anaknya, Damak dan Cendana. Dia menanyakan mereka tentang pemberian yang dikirimkan kepada Deramang itu.

"Ya, ada ayah, kami diberinya seekor ikan terubuk tengah hari tadi," jelas Damak.

Demikian juga diberitahu oleh Cendana bila dia menanyainya. Penghulu Alang Gagah menggeleng-gelengkan kepala. Dia segera pulang ke rumahnya.

"Siti! Nampaknya Si Deramang itu tidak berjaya menyelesaikan masalah kita. Dia memberikan ikan-ikan itu seorang seekor kepada adik-adiknya," jelas Penghulu Alang Gagah kepada isterinya Siti Delima.

"Hm! Kalau begitu tidak sesuailah Si Deramang tu menggantikan awak sebagai penghulu di kampung kita ni," ujar Siti Delima penuh kesal.

Sepurnama kemudian Penghulu Alang Gagah mengirimkan pula ikan dan bungkusan yang serupa kepada anak tengahnya, Damak.

Dia juga berpesan supaya diberikan kepada Deramang dan Cendana dua ekor seorang. Untuk Damak pula disuruh mengambil dua ekor juga.Damak menerima bungkusan ikan itu dan segera menuju pulang ke kampung Medang Lebar.

Oleh kerana dia keletihan, apabila sampai di tepi sebuah padang lalu berhenti berteduh di bawah sepohon kayu.

"Biar aku buka bungkusan ikan ini. Ikan apa agaknya dikirimkan oleh ayahku itu?" fikirnya.

Apabila terbuka sahaja bungkusan itu alangkah terperanjatnya dia kerana didapatinya cuma tiga ekor ikan terubuk.

"Bagaimana akan kubahagikan ikan-ikan ini seorang dua ekor? Kalau tak kuberikan sepertimana pesan ayahku itu tentulah dituduhnya aku tidak amanah. Apa yang patut aku buat?" fikir Damak.

Dia amat resah.

"Hm! Baik aku beli tambah tiga ekor lagi, dapatlah kuberikan seorang dua ekor," katanya.

Dia segera menuju ke pekan semula untuk membeli tiga ekor ikan terubuk lagi. Setelah itu dia pulang semula ke kampungnya dan memberikan ikan-ikan terubuk itu kepada Deramang dan adiknya, Cendana, seorang dua ekor.

Dua ekor lagi dia sendiri menyuruh isterinya memasak.Seperti yang dilakukan kepada Deramang, Penghulu Alang Gagah bertanya kepada kedua orang anaknya, Deramang dan Cendana, setelah dia pulang dari pekan.

Mereka mengatakan menerima dua ekor ikan pemberian daripada Damak yang dikirimkan olehnya itu.Penghulu Alang Gagah tahu Damak tentunya membeli tambah ikan-ikan itu. Sekali lagi dia menggeleng-gelengkan kepala setelah menceritakan hal tersebut kepada isterinya.

"Memang tidak bertuahlah anak kita Si Damak tu. Nampaknya dia juga tidak layak menggantikan awak sebagai penghulu," ujar Siti Delima, penuh kesal.

Sepurnama kemudian dikirimkan pula bungkusan ikan yang serupa kepada Cendana, anak bongsunya.

"Berikan pada Deramang dan Damak dua ekor seorang. Dan kauambillah dua ekor. Jangan lupa pesanku itu, Cendana," kata Penghulu Alang Gagah ketika menemui Cendana di pekan pada hari itu.

"Baiklah ayah, saya akan berikan sepertimana yang ayah pesankan itu," kata Cendana membuat pengakuan.

Cendana pun segera pulang menuju ke kampungnya.Apabila sampai di pertengahan jalan Cendana juga teringat untuk membuka bungkusan itu. Ternyata sekali apabila dibukanya didapati cuma tiga ekor ikan terubuk. Cendana tersebut,

"Hm! Boleh jadi ayahku ingin menduga kebolehanku. Apa yang patut aku buat?"

Dia termenung beberapa ketika, berfikir untuk menyelesaikan masalah itu.

"Ya, aku dapat satu fikiran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 04:58 PM | Show all posts
Abangnya mengambil kedua-dua ekor ikan terubuk itu.

"Tadi kau kata ayah memberikan kepada kau seekor. Nah, ambillah, tinggalkan aku seekor cukuplah," ujar Deramang sambil menyerahkan seekor kembali kepada adiknya.

Cendana menerima ikan itu lalu bertolak pula ke rumah Damak. Dia juga melakukan sepertimana yang diberikan pada Deramang.

Diberikan dua ekor pada Damak dan menyatakan ayahnya menyuruh memberikan kepadanya seekor. Oleh kerana itu Damak menyerahkan kembali seekor ikan terubuk kepada Cendana.

Cendana pun pulang ke rumahnya dengan membawa seekor ikan terubuk dan diberikan kepada isterinya untuk dimasak tengah hari itu.

Apabila Penghulu Alang Gagah pulang dari pekan dan bertanyakan pengirimannya itu kepada Deramang serta Damak, dia mendapat penjelasan yang serupa daripada kedua-duanya.

Cendana memang sebenarnya memberi dua ekor ikan terubuk itu kepada mereka, akan tetapi diserahkan kembali seekor kerana mematuhi pesan ayah mereka.

Penghulu Alang Gagah amat gembira bila pulang ke rumahnya pada hari itu dan segera memberitahu isterinya.

"Anak kita Cendana, yang berhak dilantik menjadi penghulu di kampung kita ini menggantikan aku kelak, Siti," katanya sambil tersenyum-senyum.

"Mengapa? Adakah Cendana berjaya menyelesaikan masalah kita itu?" tanya Siti Delima kegirangan.

"Ya, dialah yang dapat menyelesaikan masalah kita itu. Dia sungguh cerdik dan gagah pula," ujar Penghulu Alang.

Kemudian diceritakan bagaimana pemberian ikan itu diterima oleh kedua-dua orang abangnya, sepertimana yang telah dilakukan oleh Cendana.

Sepurnama kemudian Cendana pun dilantik menjadi penghulu di kampung Medang Lebar menggantikan ayahnya yang telah tua.

Semasa perlantikan itu Penghulu Alang Gagah sendiri menjelaskan sebab Cendana dipilih; iaitu di atas kebolehannya menyelesaikan masalah yang telah dikemukakannya dahulu.

Deramang dan Damak tidak dapat menyangkal pilihan itu lagi. Mereka terpaksa menerima keputusan ayah mereka dengan hati yang terbuka.Sejak Cendana menjadi penghulu, kampung Medang Lebar bertambah aman dan makmur.

Kegagahan dan kecerdikannyalah yang merupakan syarat utama seorang pemimpin pada masa itu, yang mana dapat menjamin keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada penduduk-penduduknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2006 02:29 PM | Show all posts
"Putera Gangga Negara"

CERITA ini kononnya berlaku di negeri Kemboja Sakti. Rajanya bernama Gangga Negara. Rakyatnya hidup aman dan makmur. Raja Gangga Negara pula memerintah dengan adil. Baginda menggalakkan rakyatnya mempelajari berbagai ilmu pengetahuan.

Oleh kerana itu banyaklah hamba rakyat baginda yang bijaksana. Raja Gangga Negara mempunyai tiga orang putera yang sebaya umurnya, yang tua bernama Indera Pahlawan, yang tengah bernama Indera sakti dan yang bongsu bernama Indera Suria.

Ketiga-tiga putera baginda itu sudah remaja putera. Maka sampailah masanya mereka keluar menuntut ilmu.

"Wahai anakanda bertiga," titah baginda pada suatu hari kepada putera-puteranya itu.

"Anakanda bertiga telah pun remaja. Ayahanda berharap semuanya akan menjadi orang yang bijaksana. Sebab itu anakanda bertiga hendaklah keluar menuntut ilmu di mana-mana dalam jajahan takluk negeri kita."

"Ampun ayahanda, segala titah perintah ayahanda itu terjunjung di atas batu jemala anakanda," sembah ketiga-tiga orang putera baginda.

"Sebelum anakanda keluar menuntut ilmu itu ayahanda hendak berpesan; setiap sesuatu yang anakanda perolehi nanti hendaklah anakanda bawa mengadap ayahanda di istana. Ingatlah, jika pesan ayahanda ini tidak anakanda tunaikan maka apa yang anakanda perolehi itu tidak akan berkat."

Demikian pesan baginda bersungguh-sungguh.

"Ampun ayahanda, segala pesanan ayahanda itu akan anakanda tunaikan," sembah putera-putera baginda sambil membuat pengakuan.

Setelah bersiap-siap menyediakan makanan, wang dan bekalan masing-masing, keluarlah ketiga-tiga orang putera itu dari istana.

Mereka terpaksa mencari ilmu sendiri kerana begitulah adat raja negeri itu sejak beberapa keturunan yang lampau.Putera-putera raja itu memakai pakaian seperti orang kebanyakan.

Baginda mengkehendaki supaya putera-putera itu tahu akan keadaan kehidupan rakyat sebenar-benarnya. Di samping itu baginda juga mahukan putera-puteranya itu hidup berdikari dan merasai pahit maung hidup sebagai rakyat biasa, seperti mana yang baginda pernah rasai semasa usia remajanya dahulu.

Setelah memahami keadaan kehidupan rakyat yang sebenar-benarnya dan merasai pula pahit maung kehidupan baharulah seseorang itu dapat memerintah negerinya dengan seadil-adilnya. Begitulah keyakinan keturunan raja-raja negeri Gangga Negara.

Maka putera-putera raja itu sambil menggalas bungkusan masing-masing,

Masuk kampung keluar padang,

Masuk belukar keluar belukar,

Masuk hutan keluar hutan,

Mendaki bukit menurun lurah,

Merenang sungai meranduk paya.

Ketika berjalan itu dapatlah mereka menyaksikan sendiri keadaan kehidupan rakyat dalam negeri Gangga Negara. Ramai di antara mereka yang bekerja bersawah padi, berhuma, berkebun buah-buahan, bertukang dan sebagainya.

Ada di antara mereka yang hidup menderita. Tidak kurang pula yang hidup bersenang-lenang kerana rajin bekerja.

Apabila sampai di sesebuah kampung, mereka menumpang bermalam di surau kampung tersebut. Ketika malam hari mereka dapat menyaksikan berbagai-bagai permainan rakyat seperti: Selampit, Awang Batil, wayang kulit, berdikir, beduan, makyung, manora dan lain-lainnya.

Mereka amat terhibur menyaksikan segala jenis hiburan yang dipertunjukkan itu. Kini sedarlah mereka bahawa negeri Gangga Negara amat kaya dengan kesenian rakyatnya.

Setelah beberapa lama dalam perjalanan itu akhirnya sampailah mereka di suatu tempat. Di situ terdapat jalan bercabang tiga.

"Adinda berdua, sekarang tibalah masanya untuk kita berpisah," kata putera sulung yang bernama Indera Pahlawan,

"Lihatlah jalan ini bercabang tiga. Eloklah masing-masing mengikut jalan yang lain-lain. Terpulanglah kepada kita masing-masing untuk mempelajari ilmu yang kita dapati dalam perjalanan kita nanti."

"Kekanda Indera Pahlawan, adinda bersetuju dengan cadangan kekanda itu. Eloklah kita berpisah di sini," sahut putera yang tengah, Indera Sakti.

"Memang benar kata kekanda itu," ujar putera bongsu, Indera Suria.

"Adinda juga bersetuju."

"Kalau begitu baguslah. Kita berpecahlah sekarang. Tapi, kekanda harap apabila masing-masing lulus pengajian hendaklah sama-sama kita kembali ke pangkal jalan ini dan tunggu di sini," kata Indera Pahlawan pula.

"Baiklah, kita akan berjumpa lagi di sini," sahut Indera Sakti dan Indera Suria.

Setelah itu mereka pun berpecahlah mengikut jalan yang lain-lain Indera Pahlawan mengikuti jalan di sebelah kanan. Indera Sakti mengambil jalan tengah. Dan, Indera Suria mengikut jalan di sebelah kiri. Mereka pun berjalanlah;

Masuk kampung keluar padang,

Masuk belukar keluar belukar,

Masuk hutan keluar hutan,

Mendaki bukit menurun lurah,

Merenang sungai meranduk paya.

Akhirnya sampailah Indera Pahlawan di sebuah desa hulu negeri Gangga Negara. Penduduk desa tersebut hidup rukun dan damai. Dia diterima baik oleh penduduk-penduduk di situ.

"Selamat datang orang muda, jemputlah singgah di rumah hama," pelawa seorang tua yang tinggal di pinggir desa tersebut.

"Terima kasih di atas baik budi tuan hamba kepada hamba," kata Indera Pahlawan dengan senang hati.

Apabila Indera Pahlawan masuk ke dalam rumah orang tua itu, dia melihat di dalam rumah itu penuh dengan beraneka rupa akar-akar kayu bergantung-gantungan dan berlonggok-longgokan di sana sini.

"Agaknya ayah ini seorang dukun?" tanya Indera Pahlawan.

Orang tua itu tersenyum,

"Ya, ayah seorang dukun di kampung ini. Banyak penduduk kampung ini yang telah ayah ubati penyakit mereka," jelas dukun tersebut.

"Oh! Begitu," kata Indera Pahlawan sambil mengangguk-angguk.

"Hm! Bolehkah aku mempelajari ilmu ubat-ubatan daripada ayah ini?" katanya di dalam hati.

Sebenarnya dukun itu seorang dukun yang terkenal di daerah itu. Ubat-ubatannya sangat mujarab. Bermacam-macam jenis penyakit dapat diubatnya.

Jika dukun lain tidak dapat mengubati sesuatu penyakit, panggil sahajalah dukun itu, nescaya dapat diubatnya.Bertuah benar Indera Pahlawan dapat berjumpa dengan dukun tersebut.

Semenjak dia tinggal bersama-samanya, Indera Pahlawan telah mempelajari segala jenis ilmu ubat-ubatan. Tingkah lakunya yang baik, jujur dan amanah itu disayangi benar-benar oleh Pak Dukun.

Kebetulan pula Pak Dukun tidak mempunyai seorang anak pun. Tinggallah Indera Pahlawan beberapa lama di situ membantu Pak Dukun dan mempelajari ilmu ubat-ubatannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2006 02:32 PM | Show all posts
Tersebut pulalah kisah Indera Sakti, setelah berjalan beberapa lama akhirnya bertemulah dia dengan hutan belantara yang tebal.

Maka mengembaralah dia di dalam hutan tersebut seorang diri. Akhirnya dia menemui sebuah lorong menuju ke sebuah gua.

Apabila dia menjenguk ke dalam gua tersebut, didapatinya seorang tua, berambut putih seperti kapas di busar.

Janggutnya panjang hingga ke riba.Indera Sakti memberanikan dirinya menghampiri orang tua tersebut.

"Duduklah di hadapan Datuk," pintanya.

Indera Sakti duduk bersila di hadapannya.

"Cucu ini mempunyai hajat datang ke sini, bukan?" tanya orang tua itu.

"Ya, Datuk. Hamba datang untuk belajar apa-apa ilmu yang ada pada Datuk," terang Indera Sakti.

Orang tua itu menghulurkan tangannya dan memegang tangan Indera Sakti,

"Ya, Datuk tahu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2006 02:38 PM | Show all posts
"Gergasang"

PADA suatu masa dahulu, si gergasi telah datang ke sebuah kampung bernama Kampung Teluk Bayu. Gergasi itu turun dari sebuah gunung. Tubuhnya amat tinggi dan amat besar. Mukanya hodoh dan amat menggerunkan. Seluruh badan dan mukanya berbulu lebat.

Apabila sampai di Kampung Teluk Bayu, gergasi itu pun menangkap seorang penduduk di kampung itu lalu dimakannya orang itu dengan lahapnya.

Penduduk-penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu amat terperanjat dan amat takut. Masing-masing berlari ke sana ke mari menyembunyikan diri dengan ketakutan yang amat sangat.

Setelah selesai memakan orang itu, si gergasi masuk ke dalam hutan tidak berapa jauh dari kampung itu lalu dibuatnya sebuah rumah untuk dirinya.

Rumah itu diperbuatnya daripada pokok-pokok kayu yang terdapat di dalam hutan itu. Rumahnya itu besar dan tinggi, kira-kira sesuailah dengan badannya yang besar dan tinggi itu.

Setiap hari, si gergasi pergi ke Kampung Teluk Bayu untuk menangkap manusia untuk dijadikan makanannya.

Sesiapa yang tidak sempat melarikan diri atau menyembunyikan diri di mana-mana, maka matilah orang itu dimakan oleh gergasi yang ganas itu.

Maka ramailah penduduk Kampung Teluk Bayu, kecil besar, tua muda serta kerbau lembu kepunyaan orang-orang kampung itu, yang menjadi mangsa gergasi yang tidak pernah kenal belas kasihan itu.

Lalu pada akhirnya, Datuk Penghulu Kampung Teluk Bayu pun mengumpulkan seluruh orang kampung itu di rumahnya kerana hendak mencari jalan untuk menghapuskan gergasi yang ganas itu.

"Sudah ramai orang kampung kita serta lembu kerbau kita yang menjadi mangsa gergasi durjana itu. Kalau kita diamkan juga, tentu ramai lagi di antara kita yang akan menjadi korban gergasi bedebah itu." Datuk Penghulu memulakan ucapannya setelah orang ramai berkumpul di rumahnya.

Kemudian dia menyambung, "Sekarang saya minta fikiran atau pendapat tuan-tuan, bagaimana kita harus bertindak bagi menghapuskan gergasi yang tidak mengenal belas kasihan itu?"

Orang ramai diam dan tunduk belaka. Tiba-tiba Pak Dali bersuara, katanya:
"Saya fikir, eloklah kita pergi serang gergasi itu beramai-ramai. Maksud saya, kita bawa parang, kapak lembing, tombak dan sebagainya, kemudian kita bunuh dia beramai-ramai."

"Tapi, kita ini kerdil dan lemah belaka, sedangkan gergasi itu amat gagah perkasa. Dapatkah kita mengalahkannya nanti?" bersuara pula Tuk Sabu.

"Saya fikir begitu juga, kita tak akan dapat menyerang gergasi kejam itu," tambah Tuk Nawi dengan wajah yang duka.

"Bagaimana kalau kita gali sebuah lubang yang besar berhampiran kampung kita ini, kemudian kita tutupkan di atasnya dengan daun-daun kayu sebagai lubang jerat.

Apabila dia terjatuh ke dalam lubang itu mudahlah kita menyerang dan menbunuhnya," Mat Kudin pula membuat cadangan.

"Itu juga bukan satu cara yang mudah, kerana gergasi itu terlalu besar dan tinggi. Sanggupkah kita menggali lubang yang begitu luas dan dalam?" kata Tuk Seman, membangkang.

"Lagipun gergasi itu bukannya bodoh dan buta, tentu tak mudah dia terjatuh ke lubang itu," Jamil Gemuk menyokong cakap Tuk Seman.

Tiba-tiba kedengaran suara ketawa bergemuruh bunyinya;
"Hah.. hah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2006 02:41 PM | Show all posts
"Jangan takut, kita mesti pergi ke rumah gergasi itu. Hari ini kita mesti ajar dia," kata Petir sambil terus mengatur langkah.

"Mati kita dimakan oleh gergasi itu nanti, Petir!" kata Tofan dengan perasaan takut dan gentar.

"Ya, adakah kita bertiga dapat melawannya nanti?" tanya Guntur pula.

"Ah, jangan takut, mari kita cuba. Mari!" ajak Petir dengan suara yang tegas dan berani seperti seorang pahlawan gagah yang hendak menuju ke medan perang.

"Aku bimbanglah, Petir. Gergasi itu bukan boleh dibuat mudah," kata Tofan dengan amat bimbang.

Guntur tidak berkata apa-apa lagi, dia terus mengikut sahaja. Akhirnya, mereka pun tibalah di rumah gergasi. Kebetulan, ketika itu gergasi tiada di rumah. Entah ke mana dia pergi, tiada siapa yang tahu.

"Mari cepat kita naik ke atas rumah gergasi ini," kata Petir.

"Aku takutlah, Petir. Mati kita ditelan oleh gergasi itu nanti," kata Tofan terketar-ketar.

"Gergasi itu tidak ada, apa yang hendak ditakutkan," jawab Petir.

Tofan terpaksa mengikut juga. Demikian juga Guntur.Petir pula mengheret tangan Tofan dan Guntur masuk ke dalam rumah gergasi itu.

"Cepat, mari kita naik ke atas para gergasi ini melalui kayu-kayu bulat yang dijadikan dinding rumahnya ini," ajak Petir.

Lalu mereka bertiga pun memanjat bersama-sama benda-benda yang mereka bawa tadi.

"Kita mesti duduk di sini diam-diam. Jangan bersuara," bisik Petir setelah mereka bertiga berada di atas para yang tinggi itu.

Sejurus kemudian, gergasi pun tiba di rumahnya.

"Hai, aku terbau manusia ni. Takkanlah pula ada manusia di dalam rumahku ini?" rungut gergasi setelah dia masuk ke dalam rumahnya.

Tiba-tiba Petir bertempik dengan sekuat-kuat hatinya sambil dibesar-besarkan suaranya:

"Kami bukan manusia, kamilah Gergasang! Kami lebih besar dan lebih kuat daripada kamu, wahai gergasi."

"Apa, Gergasang? Aku tak pernah mendengar nama itu. Benarkah kau lebih besar dan lebih kuat daripada aku?" tanya gergasi.

"Kalau kau tak percaya, mari kita berlawan!" tempik Petir.

"Lawan apa?" tanya gergasi.

"Pertama, cuba cabutkan seurat rambut kau, kau letakkan di atas lantai."

"Baik," kata gergasi, lalu dicabutnya seurat rambutnya yang panjang itu lalu diletakkan di atas lantai.

"Nah, bandingkan dengan seurat rambutku ini," tengking Petir sambil dilepaskannya lingkaran tali yang dibawanya tadi ke bawah.

Wah, besarnya urat rambut Gergasang ini, fikir gergasi setelah dilihatnya tali itu.

"Apalagi yang kau hendak berlawan dengan aku, Gergasang?" bertanya pula gergasi.

"Yang kedua, mari kita lawan, sikat rambut siapa lebih besar. Ambil sikat kau letakkan di situ," kata Petir dengan kuatnya.

Gergasi pun mengambil sikatnya yang diperbuat daripada buluh lalu diletakkan di atas lantai.

Guntur pun segera melemparkan sisir besi tadi ke bawah. Apabila jatuh ke lantai, berdentum kuatlah bunyi sisir besi itu.

"Ha, itulah sikat rambut aku! Bagaimana?" jerkah Petir sekuat hati.

Gergasi menggeleng-geleng apabila melihat sisir besi itu.

Besarnya sikat Gergasang ini, tentu kepalanya juga amat besar, fikir gergasi, dan dia pun mula berasa takut.

"Apalagi yang kau hendak berlawan dengan aku?" gergasi terus bertanya.

"Kali ini kau tangkap seekor kutu di atas kepala kau itu, kau pegang ia baik-baik," tempik pula Petir.

Gergasi pun meraba-raba kutu di atas kepalanya, lalu ditangkapnya seekor, kemudian dilepaskannya di atas tapak tangannya.

"Ini dia, aku sudah dapat seekor kutu," beritahu gergasi.

"Bagus, sekarang kaulihat pula seekor kutu yang ada di atas kepalaku ini. - ini dia!" tempik Petir sambil dihumbankannya kura-kura abau yang dipegang oleh Tofan itu ke arah gergasi.

Gedegum! Bunyi kura-kura abau yang jatuh berhampiran gergasi itu.

"Ha? Kutu di atas kepala kau sebesar ini. Gergasang? Sudah, sudah, aku tidak mahu berlawan dengan kau lagi. Aku mesti lari balik ke gunung semula. Dan, aku tak akan datang ke sini lagi!" kata gergasi dengan ketakutan lalu terus berlari menuju ke gunung.

Petir, Guntur dan Tofan amat gembira. Mereka segera turun ke bawah.

"Kita bakar rumahnya ini. Cepat kita kumpulkan ranting-ranting dan daun-daun kayu yang kering. Kita longgokkan di atas rumahnya ini," perintah Petir.

Mereka pun mengutip dan mengumpul daun-daun dan ranting-ranting kayu yang kering yang terdapat di sekeliling rumah gergasi itu. Kemudian Petir pun segera membakarnya.

Api pun segera memakan daun-daun kering itu. Sejurus kemudian rumah gergasi itu pun terbakar. Api dan asap menjulang tinggi ke langit. Orang-orang Kampung Teluk Bayu terperanjat melihat kejadian itu.

"Hai, rumah gergasi terbakar agaknya," kata Tuk Nawi.

"Takkanlah gergasi itu sengaja membakar rumahnya pula, ya?" sampuk Tuk Sabu pula.

Dan, seluruh penduduk kampung itu tertanya-tanya akan kejadian itu.
Setelah rumah gergasi itu habis hangus dimakan api, Petir pun mengajak kawan-kawannya pulang.

Mereka terus menuju ke rumah Datuk Penghulu. Tofan pun menceritakan segala hal yang telah mereka lakukan daripada mula hingga akhir.

"Benarkah apa yang diceritahkan oleh Tofan ini, Petir. Guntur?" tanya Datuk Penghulu.

"Memang benar, Datuk," jawab Guntur dan Petir, bersungguh-sungguh.

"Syabas orang muda, aku tidak menyangka kamu bertiga dapat menipu gergasi itu hingga dia melarikan dirinya ke gunung semula.

Kamu bertiga telah menyelamatkan nyawa seluruh penduduk kampung kita ," kata Datuk Penghulu dengan amat gembira dan bangga.

Akhirnya, berita gembira itu pun tersebar ke seluruh kampung Teluk Bayu. Seluruh penduduk kampung itu pun kembali hidup aman damai seperti biasa, dan mereka semua menyanjung tinggi jasa tiga orang pemuda yang pintar dan berani itu.

Nama Petir, Tofan dan Guntur sentiasa disebut-sebut oleh penduduk-penduduk Kampung Teluk Bayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 01:47 PM | Show all posts
"Buaian Ajaib"

PADA zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Salim. Dia tinggal bersama-sama seorang anak perempuannya bernama Mawar yang sudah berusia dua belas tahun.

Ibu Mawar baru sahaja meninggal dunia.Tidak lama kemudian, ayah Mawar pun berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda bernama Limah.

Maka beribu-barulah Mawar. Ibu tirinya pun datang tinggal bersama-sama mereka. Mawar memanggil ibu tirinya itu mak cik.

Ayah Mawar bekerja sebagai seorang penebang kayu di hutan. Setiap pagi dia membawa kapak serta bekalan ke dalam hutan. Petangnya baru dia pulang.

Tinggallah Mawar dan ibu tirinya di rumah. Pada mulanya, ibu tirinya itu memang baik dengannya. Dilayannya Mawar dengan baik, tetapi setelah beberapa pekan tinggal bersama-sama Mawar, mulalah dia berubah sikap.

Mulalah dia membencikan Mawar. Mulalah dia menyuruh Mawar membuat kerja itu dan ini hingga tidak berhenti-henti.

Disuruhnya Mawar membasuh semua pakaiannya serta pakaian ayah Mawar, disuruhnya Mawar memasak.

Disuruhnya Mawar menyapu sampah dan disuruhnya Mawar merumput di sekeliling kawasan rumah.

Pendek kata, setiap hari Mawar tidak boleh duduk diam. Ada-ada sahaja kerja yang disuruhnya. Dia sendiri asyik berehat sahaja sepanjang hari.

"Basuhlah cepat-cepat. Kerja macam orang nak mampus!" leter Limah ketika Mawar sedang mencuci pakaian.

"Cepat-cepat, nanti tak cuci pula, mak cik," jawab Mawar.

"Cis, melawan cakap aku, ya? Kurang ajar!" tengking Limah sambil ditempelengnya pipi Mawar dengan kuat.

Mawar terasa bagaikan pecah berkecai pipi kanannya itu. Dia menangis teresak-esak sambil terus mencuci pakaian yang belum siap.

"Rupa-rupanya ibu tiriku ini sangat sombong dan kejam. Ibuku sendiri tak pernah menempeleng aku begini," fikir Mawar sambil terus juga mencuci pakaian dia hadapannya, dan air matanya terus mengalir.

Pada suatu hari, Limah menyuruh Mawar mencari kayu api. Setelah Mawar membawa balik beberapa junjung, dia pun berasa letih lalu berehat di atas tangga sebentar.

"Apalagi yang ditunggu-tunggu di atas tangga itu? Kayu api sebanyak itu boleh cukupkah? Cepat pergi cari lagi," perintah Limah dengan sombong.

"Letih, mak cik, saya hendak berehat sebentar," beritahu Mawar.

"Letih? Kerja sebanyak itu sudah letih? Kau malas ya, ini habuan kau," kata Limah sambil dipukulnya belakang Mawar dengan sepotong kayu api.

"Aduh!" jerit Mawar kesakitan, lalu segera berlari-lari sambil menangis tersedu-sedu menuju ke hutan untuk mencari kayu api lagi.

Demikianlah, boleh dikatakan hampir setiap hari Mawar sentiasa dimaki, dihamun serta dipukul dan ditempeleng oleh Mak Cik Limahnya itu. Hinggalah berpurnama lamanya dia terpaksa menanggung azab sengsara yang amat menyedihkan.

Maka pada suatu malam, Mawar pun memberitahu ayahnya yang mak ciknya selalu memukulnya. Ayahnya pun bertanya kepada isterinya, benar atau tidak dia selalu memukul Mawar, lalu dijawablah oleh Limah:

"Ah, takkan tak boleh ditegur ajar sedikit, bang! Limah pandang dia tu macam anak Limah sendiri juga!"

"Ya, begitulah hendaknya, tunjuk ajarlah dia supaya dia jadi anak yang baik dan berguna," kata Salim, berharap-harap.

"Dan, kau pula Mawar, jagalah diri baik-baik. Mak cik kau ni memang sayangkan kau. Dia bukan berniat tidak baik, dia ingin mengajar kau supaya kau menjadi orang yang baik apabila besar nanti. Anggaplah dia macam ibu kau sendiri," pesan Salim kepada Mawar.

Walaupun Mawar ingin menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap perbuatan ibu tirinya itu, tetapi mulutnya dirasakannya bagaikan terkunci. Dia tidak jadi mengucapkan kata-katanya itu.Pagi esoknya, setelah ayahnya pergi bekerja, mulalah Limah melepaskan geramnya.

"Oh, sudah pandai mengadu kepada ayah kau, ya? Konon, aku ini jahat, suka memukul anak kesayangannya. Sekarang rasakan, pandai sangat kau mengadu, ya?" jerkah Limah sambil dipukulnya Mawar dengan penyapu lidi sebesar lengan.

Mula-mula dipukulnya muka Mawar, kemudian dipukulnya seluruh tubuh badan Mawar. Mawar menangis terlolong-lolong meminta tolong, tetapi tiada siapa yang boleh menolongnya, kerana rumah mereka jauh daripada rumah jiran.

"Tolong, mak cik tolong, sudah, mak cik sudah. Mawar tak buat lagi. Kasihanilah Mawar. Matilah Mawar, aduh sakitnya!" rayu dan rintih Mawar dengan bersungguh-sungguh.

Akan tetapi, Limah terus juga memukul Mawar dengan semahu-mahunya, dengan sepuas-puasnya sambil menengking:

"Kau memang anak sial, anak tak berguna, lebih baik kau mampus saja!"Setelah dilihatnya timbul jalur-jalur merah di seluruh bahagian tangan, kaki dan tubuh Mawar, barulah dia berhenti memukul.

"Ha, baru puas hatiku, dan ingat, hari ini kau jangan makan nasi. Berambus kau dari sini, baru padan muka kau!" herdik Limah pula.

Dengan kesakitan yang amat sangat, sambil menangis tersedu-sedan, Mawar pun bangun perlahan-lahan, lalu melangkah turun ke tanah.Ke manalah hendak kupergi, ibu tiriku ini telah menghalau aku.

Nasi pun tidak akan diberinya aku makan lagi, fikir Mawar, lalu dia pun teringatkan ibunya yang telah meninggal.

Mawar lalu berjalan dengan lemah longlai menuju ke kubur ibunya yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya.

Tiba di situ, dia pun merebahkan dirinya di atas kubur itu, seolah-olah dia merebahkan dirinya di atas ribaan ibunya. Dia terus menangis sambil meratap hiba.

"Oh ibu, kenapalah ibu tinggalkan Mawar? Kalau ibu masih ada, tentu Mawar tidak jadi begini. Lihatlah ibu, Mawar dipukul hingga begini rupa. Mawar tidak lagi tertahan menanggung derita dan seksa begini. Mawar ingin pergi bersama-sama ibu. Oh, ibu, bawalah Mawar bersama-sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 01:50 PM | Show all posts
"Wahai Mawar anakku, terimalah puding emas dan puding perak serta buaian emas itu. Naik dan buaikanlah buaian itu sambil menyanyi sesuka hatimu."

Dengan tiba-tiba sahaja Mawar terdengar suara ibunya bergema sayup-sayup entah dari mana. Dia tertoleh-toleh ke kiri ke kanan, ke hadapan ke belakang mencari-cari kalau-kalau ibunya berada di situ, tetapi tiada sesiapa yang kelihatan.

Lalu dia pun duduk di atas buaian emas itu sambil berfikir apa nyanyian yang hendak dinyanyikannya.

Tiba-tiba dia teringat hendak bersyair, lalu dengan lancar sahaja dia pun melagukan dua rangkap syair dengan suaranya yang begitu rawan dan hiba:

"Puding emas, puding perak

Buaianku ini emas juga

Lekaslah, lekas, tolong bergerak

Buaikan aku tinggi memuncak.

Malang diriku beribu tiri

Dimaki dipukul setiap hari

Sungguh terseksa hidupku ini

Buaian inilah penghibur hati."

Tiba-tiba buaian itu pun bergerak ke atas ke bawah perlahan-lahan, kemudian beransur-ansur laju. Mawar terus juga mengulang-ulang kedua rangkap syair itu.

Anehnya, kedua-dua pokok puding emas dan puding perak itu tercabut perlahan-lahan lalu terangkat naik ke udara perlahan-lahan dan buaian emas itu pula tetap juga terbuai-buai ke atas ke bawah.

Mawar berasa gembira sambil terus bersyair:

"Puding emas, puding perak

Buaianku ini emas juga

Lekaslah, lekas, tolong bergerak

Buaikan aku tinggi memuncak.

Malang diriku beribu tiri

Dimaki dipukul setiap hari

Sungguh terseksa hidupku ini

Buaian inilah penghibur hati."

Pokok puding serta buaian itu terus naik hingga tinggi mengawan, kemudian lalu turun pula ke bawah. Demikianlah halnya, berulang kali turun naik ke atas ka bawah, dan Mawar terus mengulang-ulang kedua rangkap syairnya itu.

Adapun tiba-tiba, seorang putera raja yang sedang berburu di tepi hutan itu bersama-sama dua orang pengikutnya terdengar suara Mawar yang sedang bersyair di atas buaiannya itu.

"Oh, alangkah merdunya suara itu, suara siapa gerangannya? Mari kita lihat," kata putera raja itu, lalu mereka pun terpandanglah Mawar yang sedang bersyair di atas buaian emasnya itu.

"Ah, ajaib, ya! Lihat, buaiannya itu turun semakin rendah, dan gadis di dalamnya itu sungguh cantik dan ayu," bisik putera raja itu.

"Ya, ya, benar tuanku," bisik kedua-dua pengikutnya sambil tercengang-cengang kehairanan.

Putera raja itu lalu mengamat-amati setiap patah syair yang diucapkan oleh Mawar:

    "Puding emas,puding perak

    Buaianku ini emas juga

    Lekaslah, lekas, tolong bergerak

    Buaikan aku tinggi memuncak

    Malang diriku beribu tiri

    Dimaki dipukul setiap hari

    Sungguh terseksa hidupku ini

    Buaian inilah penghibur hati."

Mawar tidak menyedari yang putera raja serta kedua-dua orang pengikut baginda sedang memerhati segala gerak-gerinya.

"Cepat, kita hampiri dia," kata putera raja itu lalu segera berlari-lari ke arah Mawar yang telah turun semula ke tanah bersama-sama buaiannya itu.

Kedua-dua pengikut putera raja itu segera mengekorinya.

"Jangan takut, hamba ini putera raja negeri ini. Nama hamba Tengku Muda Lela. Kedua-dua orang ini pengikut hamba," putera raja itu memperkenalkan dirinya setelah Mawar dihampirinya.

Mawar malu tersipu-sipu.

"Hamba telah menyaksikan keajaiban buaian ini, dan hamba telah mendengar setiap patah syair tuan hamba. Suara tuan hamba sungguh merdu," puji puteri raja itu dengan lembut.

Mawar hanya tersipu-sipu.

"Tolonglah tuan hamba, terangkan dari mana tuan hamba ini, bagaimana tuan hamba mendapat buaian ini, dan adakah benar tuan hamba ini dimaki dan dipukul oleh ibu tiri setiap hari?"

Mawar pun mulalah menceritakan segala-galanya; segala yang dialaminya dari awal hingga akhir.

"Sungguh kasihan!" kata putera raja itu, sambil menggeleng-geleng, kesal.

Setelah termenung sejurus, putera raja itu pun berkata:

"Hamba terlalu ingin hendak mengambil tuan hamba sebagai isteri hamba, adakah tuan hamba sudi?"Mawar tunduk kemalu-maluan dan sambil tersenyum simpul dia mengangguk perlahan-lahan.

"Bagus, Mawar, bagus!" kata putera raja itu dengan gembira.

"Sekarang mari kita pergi ke rumah Mawar, ibu tiri Mawar perlu dibawa mengadap raja, kerana dia telah melakukan kezaliman terhadap Mawar."

Mereka semua pun berjalan mengekori Mawar. Mawar berjalan sambil menjunjung kedua-dua batang pokok puding emas dan puding perak yang berbalut dengan kain buaian emasnya itu.Sebaik-baik sahaja mereka tiba di rumah Mawar, ayah Mawar pun tiba dari tempat kerjanya.

Dengan perintah putera raja itu, Limah, ibu tiri Mawar, dibawa menghadap raja petang itu juga. Mawar dan ayahnya ikut sama.

"Beta jatuhkan hukuman sebat lima rotan dan penjara selama tiga tahun ke atas Limah binti Rejab yang telah mengaku melakukan kezaliman terhadap anak tirinya ini," baginda sultan menjatuhkan hukuman setelah mendengar segala keterangan yang diberikan oleh Mawar dan Limah.

Serta-merta Mawar membisikkan ke telinga Tengku Muda Lela supaya meminta raja menarik balik hukuman itu, kalau tidak, dia tidak mahu berkahwin dengan Tengku Muda Lela.Dengan tergopoh-gapah putera raja itu pun berkata:

"Tolonglah anakanda, wahai ayahanda. Mawar meminta supaya ayahanda menarik balik semua hukuman itu, kalau tidak dia tidak mahu berkahwin dengan anakanda!"

Baginda sultan termenung sejenak, kemudian setelah memanggung kepalanya, baginda pun bertitah:

"Baiklah, oleh sebab permintaan itu datangnya daripada dua orang serentak iaitu daripada Mawar dan daripada anakanda beta sendiri, maka dengan ini beta tarik balik segala hukuman beta itu."

Limah segera meluru ke arah Mawar; sambil menangis tersedu-sedan dipeluknya Mawar dengan penuh terharu sambil berkata:

"Oh Mawar, anakku, ibu tak sangka begitu mulia hatimu. Ampunilah segala dosa ibu, Mawar! Sesungguhnya ibu amat menyesal atas segala perbuatan ibu terhadap Mawar!"

"Sudahlah ibu, lupakanlah itu semua. Mawar ampunkan segala dosa ibu," jawab Mawar dengan lembut.

Beberapa hari selepas itu, upacara perkahwinan di antara Tengku Muda Lela dengan Mawar pun dilangsungkanlah dengan diadakan majlis kenduri yang sangat meriah.

Setelah selesai semuanya, Mawar pun mengeluarkan pokok puding emas dan puding perak serta buaian emasnya lalu diletakkan di dalam taman raja.

Dia kemudian mengajak suaminya naik buai itu bersama-sama, dan dia pun bersyair:

"Puding emas, puding perak

Buaianku ini emas juga

Lekaslah, lekas, tolong bergerak

Buaikan aku tinggi memuncak.

Diriku tidak malang lagi

Kini duka sudah bersuami

Suamiku Tengku bijak bestari

Hatiku terasa riang sekali."

Maka buaian ajaib mulalah bergerak dan kedua-dua pokok puding emas dan puding perak itu pun turut terangkat ke atas perlahan-lahan.

Terbuai-buailah buaian yang dinaiki oleh Mawar dan suaminya Tengku Muda Lela.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 02:06 PM | Show all posts
"Kerana Tebu Sebatang"

PADA suatu masa dahulu, ada satu keluarga tiga beranak tinggal di sebuah kampung bernama Kampung Batu Berlumut.

Mereka miskin. Si ibu bernama Mak Misah, manakala anak sulungnya seorang perempuan yang sudah berusia dua belas tahun bernama Melur.

Seorang lagi, anak lelakinya bernama Jali, baru berusia empat tahun. Si bapa pula bernama Pak Jamal, tetapi sudah meninggal dunia.

Pak Jamal meninggal ketika Jali berusia setahun.

Setelah Pak Jamal meninggal, Mak Misah pun mulalah bekerja mencari kayu api untuk dijual. Setiap hari, itulah pekerjaannya; mencari kayu api di hutan lalu dijualnya kepada orang- orang di sekitar kampungnya.

Wang jualan kayu api itulah menampung perbelanjaan menyara kedua- dua orang anaknya dan dirinya sendiri.

Mak Misah rajin juga bercucuk tanam di sekeliling kawasan rumahnya. Berbagai jenis sayur-sayuran dan pokok buah-buahan ditanamnya.

Selain itu, banyak juga ditanamnya pokok tebu di sekeliling kawasan rumahnya itu. Pokok-pokok tanamannya itu subur-subur belaka.

Melur dan Jali sangat suka memakan tabu tanaman ibu mereka itu.

Selalunya, Melurlah yang menolong mengupaskan kulit tebu untuk adiknya, Si Jali.

Pada suatu hari, sebelum Mak Misah keluar mencari kayu api, dia pun berpesan kepada Melur, katanya:

"Melur, tebu sebatang yang subur di tepi dapur jangan ditebang. Tebu untuk emak. Jangan lupa, ya?"

"Tebu yang mana, emak?" tanya Melur untuk mendapatkan kepastian.

"Itu, yang paling tinggi dan paling besar batangnya itu," jawab ibunya sambil menunjukkan ke arah pokok tebu yang dimaksudkannya.

Melur pun memandang ke arah pokok tebu yang ditunjuk oleh ibunya itu.

"Baiklah, emak," kata Melur.

"Jaga adikmu baik-baik," pesan Mak Misah sewaktu hendak turun dari rumah untuk pergi mencari kayu api.

"Baik, emak," jawab Melur dengan lembut.

Mak Misah pun turun ke tanah bersama-sama sebilah golok dan beberapa utas tali, lalu menuju ke hutan untuk mencari kayu api. Tinggallah Melur dan adiknya bermain-main di rumah. Kira-kira pada waktu matahari hampir sejengkal, berkatalah Jali kepada kakaknya:

"Kak, Li hendak tebu."

"Baik, nanti kakak tebang," jawab Melur sambil berjalan ke dapur lalu diambilnya sebilah pisau.

"Mari," ajak Melur.

Jali pun mengekori dari belakang, Melur berjalan menuju ke pokok tebu di tepi kawan rumah mereka.Sebaik-baik sahaja Melur mengangkat pisau hendak menebang pokok tebu itu, Jali segera membantah:

"Tak mahu kak, tak mahu. Li mahu tebu besar di tepi dapur tu."

"Mana, tebu mana?" tanya kakaknya.

Jali segera menarik tangan kakaknya sambil menunjuk ke arah pokok tebu yang paling tinggi, paling besar di tepi dapur.

"Oh, yang itu. Itu tak boleh. Itu tebu emak. Emak pesan supaya jangan menebangnya."

"Tak mahu, Li hendak tebu itu juga," Jali mula menarik muka masam.

"Tebu itu tak manis, yang ini lebih manis. Kakak tebang yang ini, ya?" Melur cuba memujuk adiknya.

"Tak mahu! Li hendak tebu besar!" jerkah Jali sambil menangis serta menghentak-hentakkan kaknya ke tanah.

"Adik kakak baik, adik kakak sayang. Kita makan tebu ini, ya?" kata Melur sambil terus menebang tebu di hadapannya itu tanpa menghiraukan adiknya yang sedang menangis itu.

Melur segera membuang daun-daun tebu itu, kemudian dikeratnya batang tebu itu lalu diberikan sepotong kepada Jali. Jali tidak mahu mengambilnya; sebaliknya Jali meraung semakin kuat. Jali segera menarik kain Melur, lalu berkata sambil menangis.

"Li hendak tebu besar, Li hendak tebu besar, lekaslah kak!"

"Pukul dengan batang tebu ini baharu kau tau, kakak cakap kau tak mengerti. Emak tak beri kita tebang tebu itu, tau tak?" pekik Melur dengan perasaan marah.

"Li hendak tebu tu juga. Li hendak tebu tu jugaaa!" raung Jali bersungguh-sungguh hati sambil berguling-guling di atas tanah, dan tangisannya terus menjadi-jadi.

"Bangun Li, jangan berguling-guling begini, habis kotor baju dan seluar Li ini," kata Melur sambil memegang tangan adiknya dan menariknya supaya bangun.

"Baiklah, mari kita pergi tebang tebu besar itu. Balik emak nanti, kalau emak pukul Li, kak tak mahu tolong," kata Melur yang terpaksa mengalah juga.

Melur pun menarik tangan adiknya ke pokok tebu besar di tepi dapur lalu ditebangnya pokok tebu itu. Kemudian dibuangnya daunnya, dipotong-potong lalu diberikan kepada adiknya.

Mereka membawa tebu itu ke bawah pokok mempelam. Melur pun membuang kulitnya dengan pisau, lalu Jali pun makanlah tebu itu. Melur menyapu sisa-sisa air mata yang masih terlekat di pipi adiknya itu.

Akhirnya habislah sebatang tebu yang besar dan manis itu mereka makan dua beradik.Tengah hari itu, setelah pulang ke rumah, Mak Misah mendapati pokok tebu besar dan tinggi di tepi dapur sudah tiada lagi.

Begitu terperanjatnya dia melihatkan perdu tebu itu telah dicantas orang.

"Melur, siapa tebang tebu besar emak ini?" bertanya Mak Misah dengan marah.

"Me-Melur yang tebang, mak, sebab adik menangis berguling-guling hendakkan tebu itu juga!" jawab Melur dengan suara terketar-ketar.

"Anak tak boleh diharap. Kau langgar pesanan aku, ya?" kata Mak Misah lalu dicapainya sepotong kayu api di bawah rumah dan meluru ke atas rumah dan segara dipukulnya punggung dan belakang Melur dengan kayu api itu.

"Aduh sakit, mak, tolong mak! Cukuplah mak, jangan pukul Melur lagi, mak!" pinta Melur sambil menangis kesakitan.

"Kau berani tebang tebu itu, ya? Ini habuan kau!" tengking Mak Misah dengan marah sambil terus memukul paha dan tangan Melur.

Oleh sebab tidak tertahan sakit, Melur berlari turun ke tanah. Mak Misah segera mengejarnya dan terus dipukulnya Melur sambil becok mulutnya memarahi Melur.

"Aku pesan jangan tebang, kau tebang juga! Kau memang tak berguna!"

"Tolong mak, kasihanilah Melur, mak! Lain kali Melur tak tebang lagi!" rayu Melur sambil terus berlari di sekeliling rumahnya.

Mak Misah terus mengejar dan memukul Melur dengan penuh geram.

"Tebu itu untuk aku, tapi kau berdua telan sampai habis, ya?" ungkit Mak Misah sambil terus dipukulnya Melur sehingga hampir seluruh tubuh Melur timbul jalur-jalur merah kesan pukulan Mak Misah yang tidak mengenal belas kasihan lagi itu.

Melur terus berlari dan Mak Misah terus mengejar dan memukulnya. Setelah terasa amat letih, barulah Mak Misah berhenti.

Dia naik ke rumah lalu merebahkan dirinya untuk berehat, akhirnya terus terlena di situ.Melur terus menangis teresak-esak di bawah rumah.

Dia membelek-belek seluruh tubuhnya yang bengkak berjalur-jalur kemerahan-merahan itu.

Hatinya terlalu sedih dengan perbuatan ibunya itu, lalu dia pun berdoa kepada Tuhan bersungguh-sungguh:

"Oh Tuhanku, ibuku tidak menyayangiku lagi, tukarkanlah rupaku ini kepada seekor burung, supaya aku dapat terbang jauh dari sini!"

Tiba-tiba, dengan takdir Tuhan yang Maha Berkuasa, ketika itu juga Melur bertukar menjadi seekor burung merpati berwarna putih, lalu terbang naik ke atas bumbung rumahnya dan mula menyanyi:

"Emak sayang tebu sebatang, Emak tak sayang anak mak seorang."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 02:09 PM | Show all posts
Diulang-ulangkannya nyanyiannya itu berkali-kali dengan suaranya yang amat sayu dan pilu. Tiba-tiba, ibunya terjaga. Ibunya berasa hairan, kerana dia terdengar suara Melur yang datangnya dari arah bumbung, lalu dia segera turun ke tanah dan mendongak ke atas bumbung. Burung merpati itu terus menyanyi:

"Emak sayang tebu sebatang,Emak tak sayang anak mak seorang."

"Ai, ajaib, itu suara Melur, tapi burung merpati putih itu yang berbunyi," rungut Mak Misah dengan amat hairan.

Burung Merpati putih itu pun terbang dari atas bumbung itu sambil terus menyanyi:

"Emak sayang tebu sebatang,Emak tak sayang anak mak seorang," lalu hinggap ke atas pokok jambu di tepi rumah mereka.

"Oh, rupanya Melur sudah menjelma menjadi burung merpati!" bisik Mak Misah dengan amat terharu.

"Sudahlah Melur, baiklah ke rumah, janganlah menyanyi-nyanyi begitu lagi!" pujuk Misah dengan sedih, tetapi burung merpati itu segera terbang meninggalkan pokok jambu itu sambil terus menyanyi:

"Emak sayang tebu sebatang,Emak tak sayang anak mak seorang," lalu menuju ke arah timur.

Mak Misah tidak dapat berbuat apa-apa; dia hanya dapat menyaksikan burung itu terbang hingga akhirnya hilanglah daripada pandangannya.Burung merpati itu terus terbang hingga tiba di suatu kawasan hutan. Sambil melompat dari ranting ke ranting, burung itu terus juga menyanyi:

"Emak sayang tebu sebatang,Emak tak sayang anak mak seorang,"

Tiba-tiba terdengar suara nyanyian burung merpati itu oleh anak raja yang sedang meracik burung merbuk di bawah pokok yang dihinggapi oleh burung merpati itu. Anak raja itu segera mendongak ke atas lalu terpandanglah olehnya burung merpati putih yang sedang menyanyi-nyanyi itu.

"Ah pelik, merpati putih boleh menyanyi?" rungut anak raja itu sendirian.

"Aku mesti dapatkan burung aneh ini, burung ini memang istimewa dan amat menarik!" anak raja berazam bersungguh-sungguh.

Burung merpati putih itu terbang turun semakin rendah, akhirnya ia terus melompat ke tanah berhampiran dengan tempat anak raja itu sedang berdiri. Merpati itu terus juga menyanyi dengan sayu sambil memerhati ke arah anak raja itu:

"Emak sayang tebu sebatang,Emak tak sayang anak mak seorang".

Dengan berhati-hati anak raja itu cuba menangkap burung merpati di hadapannya itu, tetapi tidak dapat. Burung itu segera terbang hinggap di ranting semula dan terus juga menyanyikan lagu itu dengan suaranya yang amat merdu.

"Wahai burung merpati putih, siapa kamu yang sebenarnya? Dan, kenapa kamu sentiasa menyanyi-nyanyi begitu?" bertanya anak raja itu kepada burung merpati itu.

Burung itu tidak menjawab, sebaliknya ia terus menyanyi lagi:

"Emak sayang tebu sebatang,Emak tak sayang anak mak seorang."

Anak raja itu menggeleng-geleng dengan penuh terharu.

"Apa yang harus kubuat untuk mendapatkan burung istimewa ini?" bisik anak raja itu.

"Selagi belum mendapatnya, aku tak akan pulang!" Anak raja itu membuat keputusan.

Burung merpati putih itu tidak pergi jauh dari situ, cuma terbang ke sana ke mari di sekitar kawasan itu sahaja, dan mata anak raja itu pula sentiasa sahaja memerhatikan ke mana sahaja burung itu terbang. Akhirnya, hari pun petanglah sudah. Melur yang menjelma menjadi burung merpati putih itu pun terbang ke tepi sungai yang berhampiran dengan tempat itu dan berkata di dalam hatinya:

"Oh Tuhanku, aku sangat ingin hendak mandi di dalam sungai ini; kembalikanlah rupaku sebagai manusia semula."

Dengan takdir Tuhan yang Maha Berkuasa, tiba-tiba burung merpati putih yang sedang bertenggek ke atas seketul batu di tepi sungai itu bertukar menjadi Melur semula.Melur pun segera turun mandi di dalam sungai itu. Semua kejadian itu dari awal hingga akhir, disaksikan oleh anak raja itu.

"Wah, burung merpati putih itu sudah menjelma menjadi manusia, dan sungguh cantik orangnya, putih kuning, comel dan berseri-seri wajahnya. Aku mesti menghampirinya sekarang juga!" bisik anak raja itu sendirian lalu dia pun segera melangkah perlahan-lahan sambil membongkokkan dirinya, bergerak dari sepokok ke sepokok kayu di tepi sungai itu.

Setelah hampir dengan tebing sungai itu, dia pun segera terjun ke dalam sungai itu lalu menerkam dan memeluk tubuh Melur sambil merayu:

"Wahai tuan hamba, tolonglah jangan menjelma menjadi burung lagi, kerana hamba terlalu ingin hendak memperisterikan tuan hamba."

"Tapi, siapa tuan hamba ini?" Melur segera bertanya sambil ditatapnya wajah anak raja yang kacak dan tampan itu tepat-tepat.

"Nama hamba Raja Azlan, putera raja negeri Kijang Garang ini."

"Kenapa tuan hamba ingin hendak memperisterikan hamba?"

"Kerana suara tuan hamba amat merdu, dan rupa paras tuan hamba amat cantik."

"Baiklah, hamba setuju."

"Terima kasih tuan hamba, syukur, Alhamdulillah," ujar anak raja itu dengan amat gembira.

Setelah Melur mandi, anak raja itu pun bertanyakan bagaimana Melur boleh menjelma menjadi burung tadi. Melur pun menceritakan segala hal yang telah berlaku.

"Kalau begitu, marilah segera pulang ke rumah Melur, kerana hari pun sudah mula senja," ajak anak raja itu.

Mereka pun segera berjalan menuju ke rumah Melur. Sewaktu mereka tiba di rumah Melur, hari sudah gelap. Anak raja itu berbisik supaya Melur menunggu di bawah rumah.Kemudian anak raja itu mengucapkan salam. Mak Misah menjawab salamnya.

"Bolehkah hamba tumpang bertanya sedikit?" bertanya anak raja itu.

"Boleh, apa salahnya, silakan naik dulu," pelawa Mak Misah.

Anak raja itu pun segera naik ke atas rumah.

"Benarkah Melur, anak mak cik, menjelma menjadi burung dan terbang menghilangkan diri?"

"Memang benar, tapi bagaimana kamu tahu?"

"Sekarang mak cik masih marahkan dia lagi?"

"Oh tidak! Sebaliknya mak cik amat menyesal sekarang, kerana telah kehilangan seorang anak mak cik yang sudah begitu besar, dan mak cik amat sedih kerana dia telah bertukar menjadi seekor burung," kata Mak Misah dengan sedih sambil menangis teresak-esak.

"kalau dia pulang, mahukah mak cik menerimanya dan memaafkan kesalahannya?"

"Oh, sudah tentu mak cik menerimanya dan memaafkan segala kesalahannya."

"Tapi dengan dua syarat, mak cik!"

"Apa syarat-syaratnya itu."

"Pertama, mak cik mesti mengizinkan saya mengahwininya dan kedua, mak cik sekeluarga mesti ikut tinggal di istana ayahanda hamba."

"Eh, kamu ini anak raja, ya?" bertanya Mak Misah dengan nada suara yang agak terperanjat.

"Tapi di mana kita hendak cari anak mak cik itu, dia sudah hilang," sambung mak Misah dengan sayu dan hampa.

"Baiklah, sekarang juga saya panggil dia pulang," kata anak raja itu.

"Sekarang, silalah naik ke rumah, Melur."

Dengan tersipu-sipu Melur pun melangkah naik ke rumah. Mak Misah segera menerkam Melur lalu dipeluknya anaknya itu dengan penuh rasa terharu dan sambil menangis, dia berkata:

"Maafkanlah kesalahan mak, Melur. Semasa mak memukulmu, mak bagaikan lupakan diri mak sendiri."

"Sudahlah mak, yang lalu itu biarlah berlalu," ujar Melur dengan lembut.

"Mak cik belum memberikan persetujuan kepada syarat-syarat yang hamba sebutkan itu. Mak cik bersetuju dengan kedua-dua syarat itu, ya?" celah anak raja itu pula.

Mak Misah mengangguk-angguk sambil tersenyum lalu segera menyapu air mata yang masih membasahi pipinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 02:15 PM | Show all posts
"Batu Geliga"

PADA zaman dahulu di negeri Mega Mendung, ada seorang raja yang bernama Raja Mustafa. Baginda memerintah Mega Mendung dengan adil dan saksama. Raja Mustafa mempunyai dua orang isteri. Isteri baginda yang pertama bernama Permaisuri Khadijah.

Permaisuri Khadijah mempunyai seorang putera bernama Raja Muda Adam. Permaisuri dan puteranya sombong, angkuh dan tidak suka menolong rakyat yang berada dalam kesusahan. Oleh yang demikian itu rakyat Mega Mendung tidak suka kepada Permaisuri Khadijah.

Isteri Raja Mustafa yang kedua bernama Permaisuri Aminah. Permaisuri aminah mempunyai seorang putera dan seroang puteri. Puteranya bernama Tengku Perdana dan puterinya bernama Puteri Cahaya. Permaisuri Aminah dan kedua-dua anaknya yang masih kecil tidak sombong, tidak angkuh dan suka menolong rakyat.

Oleh sebab itu rakyat Mega Mendung sangat suka akan Permaisuri aminah. Begitu jugalah dengan Raja Mustafa, baginda lebih menyayangi Permaisuri Aminah. Oleh yang demikian itu Permaisuri Khadijah berasa cemburu.

Jika Raja Mustafa pergi berburu bersama-sama menteri dan hulubalangnya, maka Permaisuri Khadijah pergi mengata-ngata Permaisuri Aminah. Walaupun begitu Permaisuri Aminah berdiam diri sahaja.

Pada suatu hari, Raja Mustafa jatuh gering. Sebelum Raja Mustafa menghembuskan nafasnya yang akhir baginda sempat berpesan kepada kedua-dua isteri dan menterinya.

揇inda, jagalah anak-anak kita dengan baik, dan janganlah adinda berdua bergaduh lagi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 02:17 PM | Show all posts
Ternyata Si Putih sangat berguna kepada mereka. Ia membantu mereka mencari jalan di hutan itu. Tengku Perdana dan Puteri Cahaya terus menempuh hutan rimba yang tebal itu.

揥ahai Putih, bawalah kami ke tempat yang ada manusia,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 03:36 PM | Show all posts
"Naduk"

PADA zaman dahulu rakyat negeri Pulau Pasir Putih hidup dalam ketakutan, kerana harta benda mereka sering dicuri oleh tiga orang pencuri. Ketiga-tiga orang pencuri itu sungguh gagah dan handal.Sesiapa yang cuba hendak melawan pencuri-pencuri itu akan dibunuh.

Maka banyaklah orang yang dibunuh oleh pencuri-pencuri itu.Sultan sangat murka terhadap ketiga-tiga pencuri itu, kerana mereka mencuri mahkota baginda dan benda-benda perhiasan berupa emas dan perak dari istana. Pengawal-pengawal istana berusaha menangkap pencuri-pencuri itu tetapi tidak berjaya.

Banyak pengawal yang mati dibunuh kecuali seorang pengawal yang cedera terus menghadap Sultan dan mengadu kejadian tersebut dengan darah yang terus mengalir dari perutnya.

Baginda berasa dukacita apabila terkenang akan segala perbuatan kejam yang dilakukan oleh pencuri-pencuri itu.

Baginda sering teringat akan kejadian itu sehingga baginda tidak lalu hendak bersantap seperti selalu.

Sultan mengeluarkan perintah kepada sekalian rakyat supaya menangkap ketiga-tiga pencuri itu. Baginda menawarkan hadiah kepada sesiapa sahaja yang dapat menangkap ketiga-tiga pencuri itu hidup-hidup.

Maka banyaklah orang tua dan muda yang cuba menangkap pencuri-pencuri itu. Masing-masing mengharapkan agar pencuri-pencuri itu melintasi kawasan rumah mereka.

Mereka berangan-angan menjadi kaya kalau mereka dapat menangkap ketiga-tiga pencuri itu hidup-hidup. Pemuda-pemuda yang tidak pandai bersilat, sibuk mencari tuk guru silat untuk belajar bersilat, dengan harapan mereka dapat menangkap pencuri-pencuri itu.

Alkisah ada seorang lelaki bernama Dahan. Kerjanya menyelami laut mencari mutiara. Pada suatu senja dia pulang ke rumahnya bersama anak lelakinya yang bernama Naduk.

Apabila sampai di rumahnya Dahan terperanjat melihat isterinya mati ditikam orang. Darah di perut isterinya masih meleleh dengan banyaknya. Lalu Dahan mencapai parangnya dan mencari pembunuh isterinya.

Siang dan malan Dahan asyik menghimbau parangnya mencari pembunuh isterinya. Tetapi pembunuh isterinya tidak juga dapat dicarinya.Apabila melihat akan keadaan Dahan yang semakin teruk dan lupa diri itu, jiran-jirannya pun melaporkan hal itu kepada Tuk Penghulu.

Maka Tuk Penghulu pun menghantar orang-orang menangkap Dahan dan memenjaranya kerana dikatakan Dahan sudah jadi gila. Walaupun berkali-kali Dahan menyatakan bahawa dia tidak gila tetapi dia tetap ditangkap dan diikat lalu dimasukkan ke dalam kurungan bersama orang-orang gila.

Sejak bapanya ditangkap dan dikurung, Naduk sering menangis sendirian di dalam rumahnya. Dia tidak berselera hendak makan dan minum seperti dahulu. Badannya menjadi kurus dan mukanya menjadi cengkung. Dia asyik teringat akan bapanya.

Dia juga sering terkenang akan ibunya yang sudah meninggal dunia itu.Setiap malam selepas sembahyang isyak sebelum tidur, Naduk akan membelek-belek mutiara yang ditinggalkan oleh bapanya di dalam beg mengkuang.

Selepas membelek mutiara-mutiara itu dia menyorokkan beg mengkuang itu di bawah bantal.Naduk berasa terlalu sunyi tinggal seorang diri. Dia takut binatang buas akan memusnahkan rumah kayu beratap nipah itu.

Naduk juga berasa takut kalau-kalau ketiga-tiga pencuri yang sedang mencuri di sana sini di dalam negeri itu akan datang ke rumahnya. Dalam pada itu Naduk tertidur.

Pada tengah malam Naduk terkejut daripada tidurnya kerana terdengar bunyi orang bercakap di bawah rumahnya. Perlahan-lahan dia bangun dan mengintai di celah-celah lubang lantai batang pinang. Naduk ternampak ada tiga orang pencuri sedang duduk bercakap-cakap di bawah rumahnya:

"Sekarang kita pecahkan sahaja pintu rumah ini dan kita curi mutiara di dalam rumah ini. Aku tahu di dalam rumah ini ada banyak mutiara. Kalau penyelam mutiara itu buat bising kita bunuh saja macam kita bunuh bininya dulu. Penyelam mutiara itu tentu tidur nyenyak sekarang."

Naduk berasa cemas dan takut. Naduk melihat melalui lubang dinding. Dia nampak cahaya bulan menerangi kawasan rumahnya. Dia juga nampak ketiga-tiga pencuri itu keluar dari bawah rumahnya dan hendak memecahkan pintu rumahnya. Lalu Naduk pun memberanikan dirinya dan berpura-pura batuk seperti bapanya:

"Hok卙ok卙ok."

"Bapa, betulkah kononnya ada tiga orang pencuri yang tak dapat ditangkap oleh sesiapa pun di dalam negeri ini?"

Naduk bertanya seolah-olah bapanya ada di hadapannya. Dia berharap pencuri-pencuri itu dapat mendengarinya dan menyangka bapanya masih ada di rumah.

"Betul," Naduk meniru suara bapanya.

"Bapa, benda-benda yang dicuri oleh pencuri-pencuri itu disembunyikan di mana?" tanya Naduk lagi.

"Benda-benda yang dicuri itu disembunyikan di tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tetapi tempat persembunyian itu kini telah diketahui oleh Sultan. Baginda telah pun menghantar Datuk Panglima dan hulubalang supaya mengambil balik kesemua benda yang disembunyikan oleh pencuri-pencuri itu. Bapa dengar pada malam inilah Datuk Panglima dan hulubalangnya akan pergi ke tempat persembunyian itu," Naduk meniru cakap bapanya.

Sebaik sahaja ketiga-tiga pencuri itu mendengar perbualan itu mereka pun lari dari situ menuju ke hutan yang terletak tidak jauh dari rumah Naduk. Dengan cepat naduk mengekori mereka secara senyap-senyap.Sebaik sahaja ketiga-tiga pencuri itu sampai di gua batu, Naduk pun bersembunyi di sebalik pokok besar agar pencuri-pencuri itu tidak dapat melihatnya. Naduk nampak ketiga-tiga pencuri itu sedang mencari-cari sesuatu di dalam gua itu. Datuk Panglima dan hulubalang tidak ada di sana. Benda-benda yang dicuri dan disembunyikan di dalam gua batu itu masih ada di situ. Ketiga-tiga pencuri itu mundar-mandir menjaga pintu gua itu.

Naduk tersenyum sendirian melihat telatah ketiga-tiga pencuri itu. Dia menunggu di sebalik pokok besar itu sehingga subuh. Ketiga-tiga pencuri itu masih mundar-mandir menjaga pintu gua itu.

Naduk berfikir sebelum matahari naik dan sebelum pencuri-pencuri itu melihatnya lebih baik dia meninggalkan tempat itu. Dia pun bangun hendak pulang.

Tiba-tiba dia berasa bahunya dipegang orang dengan erat sekali. Dia menoleh ke belakang dan mendapati orang-orang yang memegang bahunya ialah pencuri-pencuri itu.

"Rupa-rupanya kamu menghendap gua batu kami. Kamu hendak mencuri harta kami ya?" jerkah ketua pencuri itu.

"Tttidak. Saya bukan nak mencuri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2006 03:38 PM | Show all posts
Naduk yang dicampakkan ke dalam laut itu terumbang-ambing. Dalam keadaan itu tiba-tiba datang seekor ikan lumba-lumba menyelamatkan naduk dan membawanya ke pantai.

Rupa-rupanya ikan lumba-lumba itu ialah ikan yang Naduk tolong suatu ketika dahulu. Naduk nampak seekor ikan lumba-lumba terapung-apung. Di badan ikan lumba-lumba itu terpacak sebatang tombak sepanjang sejengkal. Lalu Naduk dan bapanya mengheret ikan lumba-lumba itu ke pantai.

Di pantai Naduk dan bapanya mencabut tombak itu. Kemudian mereka menyapu ubat akar kayu di tempat luka. Selepas itu ikan lumba-lumba itu dilepaskan ke laut.

Naduk pulang ke rumah dengan keadaan letih. Dia memeriksa mutiaranya. Mutiaranya masih berada di bawah bantal. Dia bersyukur kepada Allah.

Hampir tengah malam, ketiga-tiga pencuri itu datang ke rumahnya sekali lagi. Naduk berpura-pura bertanya seolah-olah bapanya ada di hadapannya agar ketiga-tiga pencuri itu dapat mendengar perbualannya:

"Bapa, di mana bapa sembunyikan semua mutiara kita?"

"Bapa sembunyikan di dalam telaga buruk di belakang rumah kita. Bukan setakat mutiara yang tersembunyi dalam telaga buruk itu bahkan emas dan perak serta pusaka turun-temurun kita juga ada dalam telaga buruk itu," Naduk menjawab seperti suara bapanya.

Sebaik sahaja ketiga-tiga pencuri itu mendengar demikian mereka pun terus berjalan bergegas-gegas ke telaga buruk di belakang rumah Naduk. Ketiga-tiga pencuri itu pun menggali telaga buruk itu.

Dengan tidak berlengah-lengah lagi, Naduk pun membuka pintu rumahnya dan berlari ke rumah jiran-jirannya. Dia memanggil jiran-jiran di situ.

Mereka pun datang mengepung ketiga-tiga pencuri yang sedang membongkar perigi buta itu.Ketiga-tiga pencuri itu ditangkap dan diserahkan kepada Sultan.

Baginda pun gembira kerana ketiga-tiga pencuri yang dicari selama ini telah dapat ditangkap.Sultan pun bertanya kepada ketiga-tiga pencuri itu di mana mahkota dan segala harta yang dicuri selama ini disembunyikan.

Ketiga-tiga pencuri itu tidak mahu menjawab. Pencuri-pencuri itu diam sambil tunduk merenung lantai istana.Lalu Naduk pun menjawab,

"Ampun tuanku, mahkota tuanku dan segala harta benda yang dicuri selama ini oleh ketiga-tiga pencuri ini disembunyikan di dalam gua batu. Patik tahu tempatnya."

Apabila mendengar kata-kata Naduk itu baginda pun gembira dan kagum dengan kebijaksanaan Naduk. Lalu baginda bertitah,

"Baiklah, kalau begitu kamu tunjukkan gua batu itu kepada Datuk Bendahara, Datuk Panglima dan hulubalang-hulubalang beta."

Naduk pun membawa Datuk Bendahara, Datuk Panglima serta hulubalang-hulubalang ke gua batu. Mereka masuk ke dalam gua batu itu. Mahkota dan segala benda yang dicuri selama ini semuanya ada di dalam gua batu itu. Kesemua benda itu pun dibawa pulang dan dipersembahkan kepada Sultan.

"Bagus. Beta berasa gembira kerana mahkota beta telah dapat ditemui. Datuk Bendahara, bawalah kesemua harta benda orang ramai ini dan pulangkan kepada tuannya masing-masing," titah baginda.

Maka orang ramai pun gembira kerana mendapat semula harta benda yang hilang dicuri oleh ketiga-tiga pencuri itu. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Datuk bendahara dan mereka meminta Datuk Bendahara menyampaikan terima kasih mereka kepada Sultan dan Naduk.

Baginda yang gembira itu pun bertanya kepada Naduk,

"Naduk, apakah hadiah yang kamu mahu kerana telah menangkap ketiga-tiga pencuri ini?"

Naduk termenung sekejap. Kemudian Naduk menangis. Air mata Naduk mengalir membasahi pipinya.Baginda Sultan dan sekalian pegawai di dalam istana pun hairan melihat sikap Naduk. Sepatutnya Naduk bergembira dan bergelak ketawa kerana akan menerima hadiah tetapi kenapa pula dia menangis? Demikian pertanyaan yang bermain di kepala baginda dan pegawai-pegawai di istana itu.

"Kenapa kau menangis, Naduk?" tanya Sultan ingin tahu.

"Patik teringat akan bapa patik yang dikurung di dalam penjara selama ini. Bapa patik disangka gila, lalu dia dikurung. Sebenarnya bapa patik tidak bersalah dan tidak membunuh sesiapa pun. Cuma bapa patik membawa parang hendak mencari pembunuh emak patik. Dan pembunuh emak patik yang sebenarnya ialah pencuri-pencuri ini," kata Naduk.

Baginda pun mengangguk. Sekalian pembesar istana itu pun turut mengangguk.

"Hadiah yang patik mahu daripada tuanku ialah patik memohon agar tuanku dapat membebaskan bapa patik sekarang juga," mohon Naduk dengan penuh hormat.

Maka Sultan pun memerintahkan Datuk Bendahara supaya membebaskan bapa Naduk. Dengan segera Datuk Bendahara pun pergilah membebaskan bapa Naduk yang sekian lama merengkuk dalam penjara itu.

Baginda Sultan menghukum ketiga-tiga pencuri itu.Naduk pun berhenti menangis kerana setelah sekian lama berpisah akhirnya dia dapat bertemu dengan bapanya semula.

Naduk pun menceritakan segala-gala yang berlaku sejak bapanya dipenjarakan. Bapa Naduk memuji sikap Naduk yang berani dan pandai menangkap ketiga-tiga pencuri itu.

Pada malam itu Sultan mengadakan jamuan secara besar-besaran di istana. Pembesar-pembesar dan orang ramai dijemput ke istana.

Kemudian mereka semua berdoa dan bersyukur ke hadrat Allah yang telah memberi ketenteraman semula pada negeri Pulau Pasir Putih.

Pada keesokan paginya Naduk diarak di seluruh negeri dengan kereta lembu sebagai seorang yang telah berjasa kepada rakyat dan negeri Pulau Pasir Putih.

Oleh sebab baginda terlalu sayang akan Naduk maka diambil Naduk menjadi anak angkat baginda. Sejak hari itu Naduk tinggal di istana bersama bapanya dengan gembiranya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 12:12 PM | Show all posts
"Putera Kiambang"

ALKISAH, ada sepasang suami isteri tinggal di tepi sebuah bukit. Pekerjaan mereka bercucuk tanam. Mereka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Di samping itu, mereka juga memelihara ayam, itik dan lembu.Di bahagian belakang pondok mereka terdapat sebuah tasik yang agak luas. Air tasik ini datangnya dari bukit dan tidak pernah kering. Di dalam tasik ini mereka memelihara beberapa jenis ikan.

Suami isteri ini rajin bekerja. Seminggu sekali, mereka pergi ke pekan yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka membawa buah-buahan dan sayur-sayuran untuk ditukarkan dengan barang-barang yang mereka perlukan.

Walaupun kehidupan mereka kelihatan senang, tetapi pasangan ini belum dikurniakan anak. Mereka telah berusaha dan berubat dengan bomoh yang terkenal di pekan itu tetapi tidak berhasil juga.

Sudah sepuluh tahun mereka berkahwin, namun mereka tetap bersabar dan yakin bahawa suatu hari kelak mereka akan mendapat cahaya mata.

Pada suatu malam Si Suami bermimpi; seorang tua memberikan sebatang tongkat kepadanya. Tongkat itu berwarna kuning seperti emas dan kelihatan sungguh cantik.

Ketika dia menerima tongkat itu daripada orang tua tersebut, tongkat itu terjatuh ke dalam tasik lalu hilang. Ketika itu juga dia terbangun daripada tidurnya.Pada pagi esoknya lelaki itu menceritakan mimpinya kepada isterinya.

"Apakah gerangan makna mimpi kakanda itu?" tanya Si Isteri.

"Kanda pun tidak tahu dinda, dan yang paling merunsingkan kanda, tongkat tersebut jatuh dan hilang di dalam tasik," jawab Si Suami.

"Adakah tasik itu, tasik yang ada di belakang rumah kita kanda?" tanya Si Isteri lagi.

"Itu pun tidak jelas dinda, kerana ketika itu kanda terus terbangun," sambung Si Suami.

"Tidak usahlah kanda risaukan tentang mimpi itu. Bukankah mimpi hanya mainan tidur sahaja," kata Si Isteri.

Lelaki itu terhibur setelah mendengar nasihat isterinya. Mereka pergi ke tepi tasik di belakang rumah mereka. Air tasik itu jernih sehingga kelihatan ikan-ikan berenang ke sana ke mari.

Biasanya apabila mereka menaburkan makanan dalam tasik tersebut, ikan-ikan akan berebut-rebut memakannya. Ikan-ikan di dalam tasik ini jinak-jinak belaka sehingga mudah ditangkap.

"Kanda! Dinda teringin nak makan ikan yang paling besar yang ada dalam tasik kita ini," Si Isteri bersuara.

"Tidak mengapa dinda, bukankah kita biasa mengambil dan memakan ikan yang kita pelihara ini?" kata Si Suami.

"Tapi, ikan yang paling besar, kanda!" ulang Si Isteri.

"Baiklah, akan kanda tangkap ikan yang paling besar nanti," balas Si Suami.

Lelaki itu meninggalkan isterinya di tepi tasik dan mengambil makanan ikan di rumah mereka. Lelaki itu kemudiannya segera datang kembali dan menaburkan makanan tersebut ke dalam tasik.

Agak aneh juga ketika itu, kerana tiada seekor ikan pun yang timbul berebut-rebut memakan makanan tersebut. Makanan ikan itu terus tenggelam ke dasar tasik. Kedua-dua suami isteri itu berasa hairan.

"Ke manakah gerangan ikan-ikan ini kanda? Tadi adinda lihat ada banyak ikan berenang di tepi tasik ini," kata Si Isteri.

"Tak tahulah kanda. Mungkin ikan-ikan ini masih kenyang sebab sebelum ini mereka telah diberi makanan. Nanti kanda ambil jaring di rumah kita," kata lelaki itu.

Baru sahaja lelaki itu berjalan tujuh langkah, tiba-tiba isterinya memekik.

"Kanda, kanda!"

Suaminya berhenti dan menoleh kepada isterinya. Dia melihat isterinya menunjuk ke arah tasik.

"Lihat kanda. Ada seekor ikan yang besar. Kanda, tangkaplah cepat!",suruh Si Isteri.

Lelaki itu berlari menuju ke tepi tasik dan memerhatikan ikan tersebut dengan cermat. Perlahan-lahan didekatinya ikan itu. Ikan tersebut tetap tidak bergerak dari tempatnya. Isterinya juga hairan melihat gelagat ikan itu.

"Biarlah adinda yang mengambilnya, kanda!" kata isterinya.

Lelaki itu tidak jadi menangkap ikan itu.

"Hati-hati adinda, nanti ikan lari!" kata Si Suami.

Isterinya berjongkok di tepi tasik lalu menyauk ikan tersebut dengan kedua-dua belah tangannya. Ikan yang besar itu tidak berusaha untuk melepaskan diri, malah bergerak pun tidak.

Mereka pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Ikan besar yang diingini oleh isterinya telah ada dan mudah pula menangkapnya. Hanya mimpi tentang tongkat itu sahaja yang belum hilang daripada ingatan lelaki itu.

"Kanda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 12:21 PM | Show all posts
"Aneh ya dinda, malam tadi kiambang ini besar dan tinggi, lebih tinggi daripada kanda," kata Si Suami.

"Ya, tapi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 03:53 PM | Show all posts
bole tahan.... panjangnye
malas nak bace :bgrin:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.516255 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list