CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kumpulan cerita rakyat Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 2-3-2006 04:01 PM | Show all posts
"Karun Gangga Negara"

KONONNYA pada zaman dahulu negeri Perak bernama Gangga Negara. Kerajaannya besar dan rakyatnya pun banyak. Letaknya di daerah Dinding sekarang Bandar Gangga Negara itu berhampiran dengan sebuah sungai Gangga.

Pusat kerajaan Gangga Negara terletak di sebelah tebing timur Sungai Gangga itu. Di sebelah tebing baratnya tidak diduduki orang, kerana tidak ada seorang pun yang dapat menyeberangi sungai itu. Walaupun sungai itu sempit, tetapi airnya sangat deras dan banyak jeram.

Setiap orang bercita-cita hendak pergi ke seberang kerana kononnya di seberang itu ada emas. Raja juga pernah memerintahkan hulubalangnya supaya berusaha pergi ke seberang sungai itu, tetapi gagal. Jadi, emas di dalam gua itu tidak pernah diambil orang.

Raja pun mengeluarkan titah, sesiapa yang dapat mengambil emas itu akan diberikan hadiah besar. Emas itu akan dibahagikan sama banyak, sebahagiannya diberikan kepada Raja dan sebahagian lagi kepada mereka yang berjaya mendapatkannya. Raja juga berjanji, orang yang berjaya itu akan dilantik menjadi pembesar negeri.

Banyaklah yang bercita-cita hendak menyeberangi Sungai Gangga itu. Malah ada yang berbagai-bagai cara, tetapi tiada seorang pun yang berhasil. Pernah terjadi, sampan yang digunakan untuk menyeberangi sungai itu pecah dipukul arus. Orangnya hilang dibawa arus sungai yang deras itu.

Jadi, di sana sini orang bercakap tentang emas dan tentang bagaimana hendak menyeberang sungai itu.

Kononnya ada satu keluarga, yang tidak pernah mengambil tahu tentang cerita emas itu. Keluarga itu Keluarga Ngah Deman. Isteri Ngah Deman bernama Wan Bainah. Anak mereka dua orang, bernama Awang Kancil dan Awang Gajah.

揂wak tidakkah hendak mencuba-cuba menyeberang sungai itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2006 04:10 PM | Show all posts
Alangkah lapangnya hati Awang Kancil. Tugasnya sekarang ialah mencari gua yang dikatakan ada emas itu. Awang Kancil berjalan ke arah matahari naik, iaitu menuruti tebing sungai itu. Tidak syak lagi, sesampai sahaja dia ke dalam gua yang dimaksudkan, didapatinya di situ memang banyak emas. Seluruh gua itu berselerak dengan emas.

Awang Kancil mula mengumpulkan emas itu. Jika Raja berkehendakkan lebih banyak lagi dia akan datang lagi mengambil emas itu.

Pada masa dia hendak keluar dari dalam gua itu, Awang Kancil hairan melihat abangnya Awang Gajah baru sahaja sampai.

揝erahkan semua emas itu kepadaku,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 04:18 PM | Show all posts
"Naga Laut Kepala Tujuh"

PULAU Pangkor yang terletak di Laut Selat Melaka, pada suatu masa dahulu menjadi tempat beristirahat dan tempat perkelahan diraja. Pantai pulau itu sungguh indah. Angin senantiasa bertiup.

Suasana kelilingnya amat nyaman dan menyegarkan.Sepurnama sekali, Raja negeri Perak akan belayar ke Pulau Pangkor itu. Setelah dua tiga hari tinggal di pulau itu rombongan diraja itu pun belayar kembali ke istana.

Sebuah istana hinggap telah didirikan di pulau itu.Pada mulanya pulau itu terbiar begitu sahaja dan tiada penduduk. Tetapi Raja memerintahkan rakyatnya membersihkan pulau itu dan membina istana hinggap di situ.

Oleh sebab Raja selalu datang ke pulau itu, maka lama-kelamaan orang datang membuka kampung di Pulau Pangkor itu. Orang yang pertama sekali ke situ ialah Pak Pangkor. Kata yang empunya cerita, pada mulanya pulau itu bernama Pulau Singgah.

Beginilah kononnya kisah bagaimana Pulau Singgah itu bertukar nama menjadi Pulau Pangkor:Kononnya ada seorang lelaki dipanggil Pak Pangkor, berasal dari sebuah kampung di Pantai Remis. Oleh sebab hidupnya sangat susah di Pantai Remis, dia sekeluarga berpindah mengadu nasib di Pulau Singgah.

"Apa yang dapat kita buat di Pulau Singgah tu," kata Mak Wan, isteri Pak Pangkor sambil mendodoi anak mereka yang bernama Awang Pangkor.

"Kita cubalah nasib kita di Pulau itu pula," jawab Pak Pangkor.

"Tapi tak ada siapa yang tinggal di pulau itu. Pulau itu hanya tempat Raja singgah saja," sanggah Mak Wan.

Sedih pun ada. Terbayang dalam fikirannya bagaimana hendak hidup di tengah pulau yang tidak berpenghuni itu.Pak Pangkor seorang yang keras hati. Dia tidak mahu menerima apa jua alasan.

"Kita cuba dulu. Mungkin kita dapat bercucuk tanam atau menangkap ikan di pulau itu."

Maka berpindahlah Pak Pangkor sekeluarga ke Pulau Singgah. Laut di situ agak cetek. Gelombangnya pun kuat. Tetapi, ketika lancang kecil Pak Pangkor berada di tengah laut, tiba-tiba ribut pun datang, dan langit menjadi hitam pekat.

Kemudian turunlah hujan dengan lebatnya. Pak Pangkor mengemudi lancangnya dengan berhati-hati. Ribut turun menderu-deru, kilat dan petir sabung-menyambung bagai hendak pecah laut itu dibuatnya.

Tetapi dengan kehendak Tuhan, lancang kecil itu selamat menyeberangi laut yang bergelombang itu. Akhirnya lancang itu tersadai di suatu tanjung di Pulau Singgah.

"Di sinilah kita tidur malam ini," Pak Pangkor memberi tahu isterinya.

Oleh sebab terlalu letih mereka tiga beranak pun tertidur.

Matahari pagi dan siulan nyaring burung-burung di Pulau Singgah telah membangunkan mereka. Pokok di pulau itu tinggi-tinggi belaka dan daun-daunnya menghijau. Banyak pula pokok bunga yang berbagai-bagai warna. Semuanya menjadikan pulau itu bertambah cantik.

Sehari Pak Pangkor mencari tapak yang sesuai untuk di buat pondok. Akhirnya sebuah pondok kecil didirikan berdekatan dengan mata air.Pak Pangkor menebang, memerun dan membuat batas-batas untuk bercucuk tanam.

Tidak lama kemudian padi pun menguning dan berbagai-bagai jenis pokok buah-buahan membesar. Pendeknya tempat yang belum pernah diduduki manusia itu sangat subur tanahnya.

Pada suatu hari Raja Perak singgah berlabuh di Pulau Singgah. Pada mulanya rombongan diraja itu tidak menyedari bahawa ada sebuah keluarga telah menetap di pulau itu. Sewaktu rombongan itu berburu, salah seorang mereka terpandang akan kebun buah-buahan Pak Pangkor.

"Wah! Subur sungguh tanah di pulau ini ya, tuanku," kata salah seorang Pembesar Negeri kepada Raja.

Raja memerhatikan kebun Pak Pangkor.Pak Pangkor kemudian telah dijemput menghadap Raja. Pak Pangkor membawa berbagai-bagai jenis buah-buahan yang ditanamnya lalu dipersembahkan kepada Raja. Maka semua ahli rombongan itu pun makanlah pisang, nanas, langsat, cempedak dan sebagainya beramai-ramai.

"Siapa nama anak kamu itu, Pak Pangkor?" tanya Raja setelah melihat anak Pak Pangkor.

"Namanya Awang Pangkor," jawab Pak Pangkor.

"Budak itu nampak cerdik," kata Raja lagi.

Pak Pangkor tersengih.

"Tidakkah Pak Pangkor rasa sunyi tinggal di pulau ini seorang diri?" tanya baginda.

Pak Pangkor hanya tersenyum sahaja.

"Kalau berkawan lebih baik lagi, tuanku," sembah Pak Pangkor.

Maka Raja pun bertanya jika ada di kalangan orang-orangnya yang suka tinggal di pulau itu. Rupa-rupanya memang ada orang yang ingin tinggal di situ.

Maka tidak lama kemudian, banyaklah keluarga yang berpindah ke Pulau Singgah itu, sehingga pulau yang lengang itu menjadi ramai.

Mereka mendapati tempat itu sangat aman, cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Lagipun, tanahnya subur. Kebanyakan keluarga bercucuk tanam.

Ada juga yang memelihara binatang ternakan. Akhirnya jadilah tempat itu sebuah kampung yang besar diberi nama Kampung Pangkor mengambil sempena nama Pak Pangkor.

Menurut cerita, pada suatu hari, Raja dan rombongannya belayar mengharung lautan. Tujuannya untuk berehat-rehat dan mengembara seperti biasa. Ketika kapal diraja sedang menuju ke Pulau Singgah, tiba-tiba datanglah ribut.

Layar kapal Raja patah dipukul ribut dan kapal itu belayar terhuyung-hayang tidak tentu arah. Ribut menderu-deru, hujan mencurah-curah, petir dan halilintar sabung-menyambung dan laut bergelombang dengan kuatnya.

"Kapal kita bocor, tuanku," kata Nakhoda memberitahu Raja.

Air membuak-buak masuk ke dalam kapal. Jika dibiarkan tentulah kapal itu akan tenggelam. Nakhoda memerintahkan anak-anak kapal menimba keluar air yang masuk ke kapal.Oleh sebab air yang masuk tidak sempat dibuang sepenuhnya, kapal itu hampir hendak tenggelam.

"Sekarang buangkan semua barang," perintah RajaSemua anak kapal membuang peti-peti dan barang-barang yang terdapat dalam kapal itu.

Kapal itu hendak belayar tidak tentu arah. Ia berpusing-pusing mengikut arah pukulan air. Apabila muatan kapal itu telah berkurangan, maka kapal itu pun timbul seperti sediakala.

Entah bagaimana, sewaktu Raja hendak membuang sebuah bungkusan kecil, tiba-tiba tengkolok baginda yang bertatah mutu manikam dan berbingkai emas sesaga itu jatuh ke dalam laut.

"Tengkolok beta jatuh!" Raja menjerit sekuat-kuat hatinya.

Tengkolok itu adalah lambang kuasa dan tanda kebesaran negeri.

"Tengkolok beta jatuh ke dalam lauuut!"

Raja menjerit lagi dalam suasana ribut itu. Suaranya hilang ditenggelami deru ribut taufan.Tiba-tiba ribut pun reda. Hujan berhenti. Laut tenang dan kapal belayar seperti sediakala.

Kini Raja sangat masyghul. Tengkolok kebesaran kerajaan telah hilang. Baginda sangat hairan kerana sebaik sahaja tengkolok baginda jatuh ke laut, ribut taufan, hujan dan halilintar berhenti tiba-tiba.

Bagaimanapun baginda bersyukur, kerana semua anak kapal baginda selamat. Kapal baginda terus belayar dan berlabuh di tanjung Pulau Singgah berhampiran dengan Kampung Pangkor.

Keadaan kapal diraja sungguh teruk. Semua kelengkapan belayar telah dibuang ke laut. Nasib baiklah ada penduduk Kampung Pangkor.

Merekalah yang bersusah payah menyediakan makanan dan tempat berehat untuk rombongan baginda.

"Mujurlah semua selamat," kata baginda.

Tiba-tiba baginda teringat akan permaisuri dan puteri baginda di istana.

"Sebenarnya Permaisuri dan Tuan Puteri hendak ikut serta, tetapi beta larang. Agaknya malapetaka ini terjadi kerana beta tidak memenuhi kehendak mereka."

Malam itu semua penduduk Kampung Pangkor dan ahli rombongan diraja berkumpul dan berdoa kepada Tuhan yang telah menyelamatkan mereka semua.

"Siapa di antara kamu di sini yang dapat meramalkan apakah ertinya kejadian ini?" ,baginda memandang setiap orang yang duduk bagaikan bertafakur.

"Ampun tuanku, tiada seorang pun ahli nujum bersama-sama kita di sini," terang salah seorang Pembesar Negeri.

"Kalau begitu tak apalah. Bagaimanapun beta ingin memberitahu semua rakyat di negeri Perak ini. Sesiapa yang dapat menemui tengkolok beta itu, akan beta berikan hadiah yang besar. Beta akan melantik dia menjadi salah seorang Pembesar Daerah. Beta akan memberikan sebuah kawasan untuknya. Dan dia menjadi ketua daerah di tempat itu," titah baginda.

Anugerah baginda itu sangat besar. Dan setiap orang bercita-cita hendak mencari tengkolok baginda itu, termasuklah Awang Pangkor.

"Saya akan berusaha untuk mencarinya, ayah," demikian kata Awang Pangkor kepada ayahnya pada suatu malam.

Awang Pangkor yang sudah remaja itu berasa yakin dia akan berjaya mencari tengkolok Raja itu.

"Di manakah engkau hendak mencari tengkolok itu, wahai Awang Pangkor?" tanya Mak Wan seperti tidak yakin kepada anaknya.

"Bukanlah senang hendak mencari tengkolok yang sudah hilang di dalam lautan yang luas itu. Mungkin tengkolok itu telah dihanyutkan oleh air entah ke mana," kata Mak Wan lagi.

"Belum cuba belum tahu, mak. Mana tahu kalau-kalau kita ada tuah," kata Awang Pangkor dengan penuh keyakinan.

"Kalau dah macam tu, pergilah nak. Mak hanya berdoa kepada Tuhan, agar kau berjaya."

Awang Pangkor mencium tangan emaknya. Dia sangat gembira mendapat restu daripada orang tuanya.

"Ayah akan buatkan sebuah sampan untuk engkau," ujar Pak Pangkor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 04:21 PM | Show all posts
Boleh dikatakan hampir kesemua penduduk di Pulau Singgah ketika itu sedang membuat persiapan; ada yang membuat sampan dan ada yang membuat tongkang untuk mencari tengkolok Raja yang hilang itu.

Mereka semuanya ingin mendapat hadiah daripada Raja. Sekembalinya Raja ke istana, baginda segera memanggil ahli nujum. Banyak ahli nujum yang dipanggil tetapi tidak ada seorang pun ahli nujum yang dapat membuat ramalan.

Ada ahli nujum yang mengatakan tengkolok itu hanyut dan sudah dimakan ikan. Ikan itu pula berenang entah ke mana dan ada pula yang mengatakan tengkolok itu tenggelam di dasar laut, tidak bergerak-gerak.

Oleh sebab ramalan ahli nujum berbeza-beza maka tidaklah dapat ditentukan di mana tengkolok baginda berada. Baginda sangat murka lalu semua ahli nujum dihalau dari istana.

Kata sahibul hikayat, pada malam itu, baginda bermimpi tengkolok baginda dijaga oleh naga laut kepada tujuh. Awang Pangkor juga telah bermimpi yang tengkolok diraja itu telah diambil oleh naga yang sama.

Tersebutlah kisah Awang Pangkor. Dia sedang sibuk membuat persediaan yang luar biasa. Dia menempah sebilah pedang bermata tujuh. Setiap mata pedang itu panjangnya sepuluh hasta.

Lama juga tukang besi menyiapkan pedang yang ganjil itu. Oleh sebab pedang itu panjang maka terpaksalah tukang besi itu menempanya nipis sedikit agar pedang itu ringan.

Orang ramai berasa hairan melihat pedang Awang Pangkor yang begitu ganjil. Selain itu Awang Pangkor dengan bantuan ayahnya, membuat sebuah lancang yang sesuai untuk membawa pedang panjang bermata tujuh itu.

Sementara itu, sudah ada orang Pulau Singgah yang berusaha mencari tengkolok Raja. Penyelam-penyelam terkemuka telah menyelam ke dasar laut, tetapi tidak seorang pun yang nampak apa-apa.

Raja juga telah datang membawa penyelam diraja yang cukup mahir dalam ilmu menyelam. Tetapi dia juga tidak berjaya.Beberapa malam berikutnya baginda bermimpi lagi.

"Tengkolok kamu itu sedang dalam jagaan naga laut kepala tujuh," kata seorang tua berpakaian putih.

"Tolonglah ambilkan tengkolok beta itu," kata Raja seperti meminta tolong kepada orang tua itu.

"Sekarang beritahulah kepada rakyat kamu tentang naga itu," kata orang tua berjubah putih itu.

Raja terjaga. Baginda segera memberitahu tentang mimpi baginda kepada pembesar negeri. Cerita mimpi Raja itu sesungguhnya telah menakutkan rakyat jelata yang sedang berusaha mencari tengkolok baginda.

Akhirnya tiada seorang pun yang sanggup mencari tengkolok itu. Mereka takut pada naga laut kepala tujuh. Raja sangat sedih dengan keadaan itu.

Baginda tidak menyangka bahawa tiada seorang pun rakyat baginda yang berani menentang naga itu. Oleh sebab terlalu bersedih hati, Raja jatuh gering.

Baginda membuat tawaran baru iaitu barang siapa yang berjaya mengambil semula tengkolok baginda daripada naga laut kepala tujuh itu, orang itu akan dikahwinkan dengan Puteri Raja.

Awang Pangkor pergi menghadap Raja yang sedang gering itu. Dia menyatakan kesanggupannya untuk berdepan dengan naga itu. Baginda sangat gembira.

Walaupun usahanya itu belum tentu berjaya tetapi sekurang-kurangnya kesanggupan Awang Pangkor itu telah memberi harapan baru kepada baginda.

Baginda tidak menyangka masih ada orang yang sanggup berhadapan dengan naga laut kepala tujuh itu.

"Berilah kepada patik sekurang-kurangnya tujuh hari. Patik akan berada selama tujuh hari di dasar laut. Jika patik tidak balik dalam jangka waktu itu, anggaplah patik sudah mati," kata Awang Pangkor sambil mengangkat pedangnya.

Raja berasa hairan melihat bentuk dan rupa pedang Awang Pangkor itu.

"Ini pedang hikmat," kata Awang Pangkor.

Sebelum Awang Pangkor turun ke laut, dia telah bertapa di atas bukit. Di situ dia bertapa selama tujuh hari tujuh malam. Setelah selesai bertapa, Awang Pangkor pun meminta izin daripada ayah dan emaknya untuk turun ke laut.

"Doakanlah saya berjaya," katanya kepada emaknya.

Emak Awang Pangkor hanya memeluknya dengan cucuran air mata. Tetapi ayahnya tersenyum bangga. Tidak disangkanya anaknya seorang yang berani.

Hanya doa mengiringi si anak.Awang Pangkor terjun ke dalam air dan berenang ke sebuah gua yang amat besar. Gua itu tertutup rapat.

Awang Pangkor memarang pintu gua yang berkunci itu. Sebaik sahaja pintu gua itu terbuka, Awang Pangkor pun berhadapan dengan naga laut kepala tujuh itu.

Tiap-tiap kepala naga itu terjulur panjang dan berlegar-legar macam ular. Sebelah matanya berwarna merah, dan taringnya sangat panjang, tebal dan tajam.

Dari mulutnya keluar asap hijau dan kuning dan sekali-sekala keluar bahang api.Awang Pangkor bersembunyi di sebalik batu besar.

Dia ternampak tengkolok Raja. Tengkolok itu terletak di suatu tempat yang tinggi. Bukan tengkolok itu sahaja yang ada di situ, malah banyak barang yang cantik-cantik dan indah-indah ada di situ, semuanya tersusun rapi.

Menurut ilmu yang dituntutnya semasa bertapa dahulu, Awang Pangkor boleh memotong hanya satu kepala naga itu setiap hari. Begitu jugalah halnya dengan pedang bermata tujuhnya, satu mata untuk satu kepala. Awang Pangkor dengan berani mengangkat pedang panjangnya.

Sebaik sahaja naga tersebut terpandang pedang panjang Awang Pangkor, ia sangat marah. Asap hijau dan kuning memenuhi ruangan.

Naga itu mendengus dan bernafas, amat kuat sekali bunyinya.Ketujuh-tujuh kepala naga itu tidak menyerang sekaligus.

Pada satu waktu, hanya satu kepala naga yang terjulur dan mencari mangsanya. Ketika itulah Awang Pangkor mengangkat pedangnya lalu memarang kepala naga itu.

Kepala itu putus dan darah keluar dengan banyaknya. Begitulah yang terjadi setiap hari. Satu demi satu kepala naga itu dipenggal oleh Awang Pangkor.

Kepala yang ketujuh menimbulkan masalah kerana kepala itu besar, panjang dan ganas. Kekuatannya pula lebih. Maka kepala itu tidak dapat dipotongnya pada hari yang ketujuh.Lautan yang berwarna biru itu dikatakan telah bertukar menjadi merah.

Merah oleh darah kepala-kepala naga yang telah putus itu. Raja dan semua rakyat bergembira, kerana itu tandanya Awang Pangkor telah berjaya memotong kepala naga itu.

Raja sangat berharap Awang Pangkor berjaya dan membawa pulang tengkolok baginda. Tengkolok itu adalah lambang kebesaran kerajaan baginda.

Tetapi alangkah dukacitanya Raja dan rakyat semua kerana sepatutnya Awang Pangkor sudah naik ke darat. Sudah masuk hari kelapan. Awang Pangkor tidak juga muncul.

Begitu juga pada hari kesepuluh, Awang Pangkor masih juga tidak timbul. Awang Pangkor telah menyatakan kepada raja bahawa jika dia tidak juga balik selepas tujuh hari, itu tandanya dia telah mati.

Maka Raja pun berangkatlah ke istana hinggapnya dengan perasaan yang sedih dan pilu.Mak Wan lebih-lebih lagi sangat bersedih hati. Dia tidak berhenti-henti menangis mengenangkan anak tunggalnya.

Tetapi Pak Pangkor tetap yakin bahawa anaknya itu akan selamat. Dia tahu anaknya itu bukan calang-calang orangnya.Memang benar, pada suatu petang muncullah Awang Pangkor dari laut membawa tengkolok Raja. Semua rakyat menyambutnya sebagai seorang pahlawan. Raja sangat gembira dan terus memakai tengkolok itu.

"Hari ini adalah hari kejayaan kita. Awang Pangkor akan beta lantik menjadi pembesar negeri. Awang Pangkor juga akan beta kahwinkan dengan puteri beta," titah Raja dengan amat gembira dan bahagia.

Tepukan bergemuruh bergema ke seluruh Pulau Singgah itu. Tidak lama kemudian Awang Pangkor pun bergelar Datuk Maharaja Perkasa Awang Pangkor. Dia telah dihadiahi sebidang tanah yang amat luas. Tanah yang amat luas itu sebenarnya seluruh Pulau Singgah itu. Untuk mengenangkan jasa Awang Pangkor yang besar itu, Pulau Singgah ditukar namanya menjadi Pulau Pangkor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 01:19 AM | Show all posts
Syd, adakah buku2 cerita ni yg. dikumpulkan dalam satu buku? Saya nak beli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2006 04:30 PM | Show all posts
"Raja Jin di Gunung Sayung"

KONON pada zaman dahulu, Sungai Krian di utara Perak didiami oleh beribu-ribu burung helang. Di antara burung-burung helang itu, ada sepasang burung helang yang dikatakan berasal dari kayangan.

Pada mulanya pasangan burung itu dipelihara oleh Raja Kayangan. Kedua-duanya diberi makanan yang enak-enak dan diberi keistimewaan lebih daripada burung-burung lain.

Menurut ceritanya juga, asal burung helang itu ialah sepasang suami isteri, anak Raja Kayangan. Oleh sebab kedua-duanya tidak suka tinggal di istana, mereka telah melarikan diri.

Pasangan itu kemudiannya dicari dan ditangkap. Sebagai hukumannya pasangan suami isteri itu ditukarkan menjadi burung helang.

Pada suatu hari Raja Kayangan pergi melawat ke negeri sahabat. Pasangan helang itu dimasukkan ke dalam penjara, supaya mereka tidak dapat lari.

Tetapi pada suatu hari, helang itu berjaya memperdayakan penjaga penjara itu, dan dapat melepaskan diri.

Dengan tidak membuang masa lagi, pasangan burung itu terus terbang ke dunia membawa diri.

Tidak berapa lama selepas itu helang betina bertelur dua biji. Helang jantan menjaganya dengan penuh perhatian.

Apabila sampai waktunya, telur itu pun menetas. Anehnya, bukannya helang yang keluar dari telur itu, tetapi dua orang bayi lelaki.

Seorang berkulit putih macam kapas dan seorang lagi berkulit hitam macam arang. Lalu seorang dinamai Awang Putih dan seorang lagi diberi nama Awang Hitam.

Oleh sebab helang itu tidak dapat hendak memelihara anak mereka, lalu anak itu ditinggalkan dalam sebuah pondok petani di suatu kawasan sawah.

Kedua-dua anak itu dibekalkan dengan seutas rantai ajaib. Jika mereka memerlukan pertolongan, rantai ajaib itu akan dapat menolong mereka.

Alangkah terperanjatnya petani suami isteri itu apabila mendapati dua orang bayi berada di pondok mereka. Kanak-kanak itu comel dan nampak cerdik pula.

Lalu mereka memelihara kanak-kanak itu. Kebetulan petani itu memang tidak mempunyai anak.Awang Putih dan Awang Hitam telah dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Kedua-duanya dihantar belajar membaca dan belajar ilmu silat serta ilmu firasat.

"Ayah mahu kamu berdua menjadi orang yang berguna. Taat kepada Raja dan berbuat baik sesama manusia," kata petani yang bernama Pak Utuh.

"Begitulah harapan kami," kata Mak Diang isteri Pak Utuh.

Apabila meningkat remaja, mereka terkenal sebagai anak yang baik dan patuh kepada ibu bapa mereka. Mereka sangat rajin dan kuat bekerja, malahan baik pula budi bahasa mereka.

Pada mulanya Pak Utuh dan Mak Diang hidup dalam keadaan kemiskinan tetapi sejak kedua-dua anak itu meningkat remaja, hasil padi bertambah setiap tahun. Rumah lama telah diganti baru.

Mereka hidup aman dan bahagia.Pada suatu hari kedengaran gong diraja dipalu beberapa kali. Semua rakyat berkumpul untuk mendengar warta Raja itu.Datuk Penghulu membacakan warta dengan kuatnya,

"Ketahuilah wahai semua rakyat jelata, bahawa tuanku sekarang dalam keadaan yang amat sedih. Putera tuanku yang sedang dalam perjalanan ke negeri jiran kita telah diserang oleh tentera jin. Khabarnya putera tuanku, yang bakal menjadi Raja itu telah dibawa lari oleh Raja Jin ke istananya di Gunung Sayung."

Rakyat yang mendengar berasa marah kepada Raja Jin itu. Perbuatan itu mesti dibalas. Selama ini Raja Jin selalu mengganggu Raja dan rakyat.

"Kita mesti berusaha menghancurkan kerajaan jin itu. Sesiapa yang dapat mencari dan menyelamatkan putera tuanku, maka baginda akan menganugerahkan hadiah yang paling besar," demikian Datuk Penghulu mengakhiri warta kerajaan itu.

"Elok kita cari Putera Raja itu. Kita selamatkan dia,"Awang Putih mencadangkan kepada abangnya Awang Hitam.

"Bagus cadangan itu, tapi 卍apatkah kita mengalahkan Raja Jin itu? Khabarnya Raja Jin itu ada kuasa ajaib dan kuasa sakti. Apa yang kita ada? Kita hanya pandai bersilat dan bermain senjata sahaja," Awang Hitam berasa gusar dan ragu.

Benar juga kata-kata Awang Hitam itu fikir Awang Putih. Mereka tidak mempunyai apa-apa hikmat. Raja Jin tidak dapat dikalahkan dengan silat dan kekuatan semata-mata. Jin berasal daripada api. Jika mereka dapat memadamkan api itu, barulah jin itu dapat dikalahkan.

"Bagaimanapun kita mesti berusaha juga. Kita mesti pergi ke Gunung Sayung. Kita hapuskan Raja Jin itu. Atau kita cari jalan untuk menyelamatkan Putera Raja itu," jelas Awang Putih dengan bersemangat.

Baginya yang penting ialah usaha. Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.Awang Hitam masih belum yakin lagi.

"Jangan cari nahas. Kalau kita tewas, tak ada apa faedahnya."

"Baiklah, jika kau tak mahu pergi biar aku pergi seorang diri," kata Awang Putih.

"Janganlah macam itu. Baiklah, aku akan menemani kau."

Akhirnya Awang Hitam bersetuju juga walaupun perasaannya berat.

Hasrat untuk ke Gunung Sayung mencari Putera Raja segera diberitahu oleh kedua-dua adik-beradik itu kepada orang tua mereka. Pak Utuh dan Mak Diang memberi persetujuan.

"Jaga diri baik-baik. Raja Jin itu sangat handal," nasihat Pak Utuh sambil menghulurkan sebilah golok.

"Pakailah golok ini. Ia diperbuat daripada besi khursani. Ia sentiasa tajam. Tetak mengiring, semua yang ditetak akan putus," sambung Pak Utuh lagi.

Awang Putih menerima golok berwarna hitam itu. Sementara Awang Hitam diberi sebusar panah dan seberkas anak panah. Anak-anak panah itu berwarna putih.

"Jika tentera-tentera jin itu lari berterbangan atau menyerang curi, panahlah dengan panah sakti ini. Anak panah ini dapat mencari sasarannya," kata Pak Utuh.

Mak Diang membekalkan makanan kepada mereka, nasi lemak dengan ikan keli wadi. Nasi lemak itu dibubuh ubat akar baginda Ali. Jadi ia tahan lama, tidak basi.

Sementara ikan keli wadi yang masam macam pekasam itu tahan berbulan-bulan serta banyak pula khasiatnya.

Setelah semuanya siap, kedua-duanya pun meminta diri untuk berangkat. Kata yang empunya cerita, Gunung Sayung itu terletak di seberang Sungai Perak berdekatan dengan Kuala Kangsar sekarang ini.

Jadi berjalanlah Awang Putih dan Awang Hitam dari daerah Krian ke daerah Kuala Kangsar berminggu-minggu lamanya.

Kadang-kadang mereka terpaksa mendaki bukit-bukau dan gunung-ganang, dan adakalanya mereka terpaksa pula mengharungi sungai dan paya.

Tersebutlah kisah Raja Jin yang telah menawan Putera Raja itu. Raja Jin berhasrat hendak mengahwinkan puterinya dengan Putera Raja itu.

Putera Raja tidak ingin berkahwin dengan Puteri Jin kerana Puteri Jin itu bukan sahaja hodoh malahan sangat kasar dan buruk perangainya. Tidak ada Putera Jin yang mahu mengahwininya.

Oleh sebab itulah dia terpaksa dijodohkan dengan Putera Raja.Alkisah nujum Raja Jin. Ia mendapat alamat bahawa ada dua orang manusia sedang menuju ke istana di Gunung Sayung itu.

Nujum itu segera memberitahu Raja Jin. Apabila mendengar berita itu, Raja Jin tertawa sahaja kerana selama ini tidak ada manusia yang dapat mengalahkan jin.

"Kita tangkap mereka dan kita makan 卙a, ha, ha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2006 04:35 PM | Show all posts
Raja Jin bertambah marah. Menurut ramalan nujum, kedua-dua manusia itu masih hidup.

"Kamu mesti cari mereka sampai dapat. Kali ini bunuh saja mereka."

Salah seorang tentera jin yang tahu jalan rahsia dalam gua itu mencadangkan supaya mereka pergi mencari di gua itu pula. Beberapa orang tentera jin menuruni anak-anak tangga dalam gua itu.

"Aku terdengar bunyi tapak kaki," kata Awang Hitam.

"Ayuh kita sembunyi," perintah Awang Putih.

Tetapi malangnya tentera-tentera jin itu telah ternampak Awang Putih dan Awang Hitam. Kira-kira lima lembaga tentera jin itu sedang berdiri siap sedia dengan senjata di tangan.

"Kami telah diperintahkan untuk membunuh kamu," ujar tentera jin itu sambil menghunus pedang panjang yang berkilat.

Awang Putih mendekati Awang Hitam dan berbisik,

"Kita mesti tentang mereka."

Lalu Awang Putih mencabut goloknya. Golok itu memancarkan sinar hitam ke mata tentera jin itu sehingga mereka semua menjadi kelam-kabut.

Awang Hitam pun dengan cepat mengambil anak panahnya lalu memanah tentera-tentera jin itu. Satu demi satu lembaga itu jatuh ke tanah.

Kemudian Awang Hitam mendekati lembaga jin yang sudah mati itu untuk mengambil anak panahnya.

Kemudian kedua-duanya pun meneruskan perjalanan mereka mendaki gunung itu melalui anak-anak tangga dalam gua. Akhirnya mereka pun sampai ke dalam istana.

Raja Jin sudah sedia menanti kehadiran Awang Putih dan Awang Hitam. Apabila mereka masuk ke dalam istana itu, Awang Putih dan Awang Hitam dikepung oleh tentera jin. Sejurus kemudian muncullah Puteri Jin yang sangat buruk wajahnya.

"Selamat datang ke istana kami. Setiap orang yang datang ke mari dengan niat yang buruk, tak akan dapat kembali lagi. Kamu berdua akan menjadi mati di sini," kata Puteri Jin itu lalu tertawa dengan nyaringnya.

Awang Putih dan Awang Hitam tidak mudah ditakut-takutkan. Kedua-duanya berasa yakin sekarang kerana mereka mempunyai senjata ajaib.

"Aku tahu kamu ada membawa senjata ajaib," ujar Puteri itu.

"Aku juga mempunyai senjata ajaib, bahkan lebih ajaib lagi."

Ia mengeluarkan rantai panjang daripada pinggangnya. Aneh sekali, rantai itu memanjang sendiri dan membelit-belit seperti ular. Ketika rantai ular itu mendekati Awang Hitam dan Awang Putih, Puteri Jin itu menariknya lalu menjadi pendek semula.

Awang Putih memandang Awang Hitam yang kelihatan agak gugup dan ketakutan. Awang Putih menyuruh Awang Hitam bertenang.

"Aku tak mahu membunuh kamu begitu sahaja. Sekarang mari kita berlawan seorang demi seorang. Ini adalah perlawanan bersejarah antara manusia dengan jin," kata Puteri Jin itu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tepukan. Rupa-rupanya Raja Jin muncul dengan beberapa orang pengawalnya.

"Kita akan menyaksikan perlawanan ini."

Awang Hitam memberi isyarat kepada Awang Putih supaya tampil ke tengah gelanggang. Awang Putih menerima cabaran itu.

Dia mengunjukkan golok hitamnya kepada Awang Hitam. Kini Awang Putih berdepan dengan Puteri Jin itu.Puteri itu mara lalu menumbuk Awang Putih. Tidak sempat Awang Putih mengelak, dia pun terhumban jatuh.

Terus berdarah. Puteri Jin itu tertawa. Disambut oleh semua lembaga jin yang ada di istana itu. Awang Putih berpeluang menumbuk Puteri Jin itu.

Tetapi alangkah terkejutnya Awang Putih kerana Puteri Jin itu dapat terbang. Sambil terbang ia menumbuk Awang Putih.

Oleh sebab tumbukannya kuat, Awang Putih terpelanting mengenai dinding. Darah mereka menyembur dari mulut Awang Putih.

"Inilah keistimewaan kami," kata Raja Jin mencelah.

"Kamu manusia tidak dapat terbang seperti kami. Kami juga dapat menyamar berbagai-bagai rupa termasuk manusia atau menjadi menjadi manusia atau menjadi burung."

Sekelip mata, Puteri Jin itu menukarkan dirinya menjadi seekor burung. Awang Putih hanya melihat sahaja dengan perasaan geram. Sementara itu Awang Hitam hampir putus asa. Dia bimbang kalau-kalau Awang Putih kecundang.Dengan bongkak Raja Jin itu berkata kepada puterinya,

"Sekarang telah sampailah saat akhir manusia ini. Aku mahu kamu bunuh kedua-duanya. Dan mayat mereka dihantarkan kepada Raja mereka. Katakan kepada mereka sesiapa sahaja yang cuba hendak melawan kita, bererti menempah maut."

Puteri Jin yang telah bertukar menjadi seekor burung helang itu mula menyerang Awang Putih. Dengan kukunya yang tajam, burung helang itu menyambar dan memagut Awang Putih.

Awang Putih mengelak tetapi terkaman burung helang itu sangat kuat dan pantas. Awang Hitam mencampakkan golok hitam ajaib kepada Awang Putih, tetapi ternyata golok itu tidak dapat menewaskan Puteri Jin. Awang Hitam mengambil panahnya lalu memanah burung helang itu.

Anehnya, burung helang itu dapat menangkap anak panah yang datang dengan lajunya, lalu mencampakkannya ke dinding. Anak panah itu menembusi dinding.

Kata yang empunya cerita, sewaktu burung helang itu hendak memagut dada Awang Putih, ia terpagut rantai yang dipakai oleh Awang Putih. Burung helang itu terasa kepanasan dan paruhnya pun berdarah.

Awang Putih dan Awang Hitam yang sejak kecil memakai rantai itu tidak tahu bahawa rantai itu mempunyai kuasa ajaib. Malah orang tua yang memelihara mereka pun tidak tahu tentang rahsia rantai itu.

Sebaik-baik sahaja rantai itu dipegang dan diusap oleh Awang Putih, matanya terpandang beberapa ekor burung helang. Sejurus kemudian, Awang Putih menjelma menjadi seekor burung helang.

Kaum jin yang memerhatikan perlawanan itu sangat terperanjat. Rupa-rupanya manusia itu juga seperti jin boleh bertukar menjadi helang.

Malah helang jelmaan manusia ini kelihatan lebih besar dan gagah serta lebih bijak. Paruhnya juga lebih tajam. Apabila helang Awang Putih menerkam dan mematuk serta mencakar Puteri Jin itu, ia terdampar jatuh ke lantai.

Banyak bulunya yang tercabut, berterbangan dan melayang-layang. Dengan cepat helang Awang Putih mematuk-matuk kepala Puteri Jin. Puteri Jin tidak dapat mengelak lagi.

Waktu itulah Raja Jin memerintahkan supaya perlawanan itu dihentikan.

"Berhentiiii!" perintahnya.

Puteri Jin menjelma menjadi jin semula. Kepalanya berdarah dengan banyaknya. Awang Putih pula menjelma menjadi manusia semula.

"Kali ini kamu menang," kata Raja Jin mengaku kalah.

Semua jin dalam istana Gunung Sayung itu terdiam, tegak membatu. Mereka tidak menyangka bahawa manusia lebih kuat daripada jin.

"Sekarang serahkan Putera Raja yang telah kamu tawan itu," pinta Awang Putih.

Raja Jin memerintahkan Laksamana Waroga melepaskan Putera Raja itu. Sejurus kemudian Putera Raja itu dibawa kepada Awang Putih. Keadaannya sangat menyedihkan, badannya lemah.

"Lain kali jangan cuba mengganggu manusia lagi. Kami tahu kamu dari keturunan jin yang jahat," kata Awang Hitam memberi amaran kepada jin-jin itu.

Raja Jin yang sedang memeluk puterinya yang luka parah itu, memandang Awang Putih dan Awang Hitam dengan pandangan yang tajam.

"Suatu hari nanti kamu akan tahu siapa aku ini," bisik Raja Jin.

Awang Putih dan Awang Hitam membawa Putera Raja turun dari Gunung Sayung itu. Kali ini mereka menuruni gunung yang tinggi itu dengan menggunakan jalan biasa.Sebaik-baik sahaja mereka sampai ke kaki Gunung Sayung, muncul seekor ular yang sangat besar. Kepalanya sebesar anjung istana, taringnya sangat panjang dan lidahnya menjelir-jelir. Ular itu mendengus-dengus dengan garangnya. Ular besar itu datang hendak menyerang mereka bertiga.

"Biarkan aku melawan ular itu," kata Awang Hitam dengan beraninya.

Dipanahnya ular itu betul-betul di matanya. Ular itu menggelupur. Darah keluar dengan banyaknya. Tidak berapa lama ular itu menjadi kecut lalu bertukar menjadi Raja Jin.

"Kamu jangan cuba mengganggu kami lagi. Kalau kamu mengganggu lagi, kami akan halau kamu semua dari Gunung Sayung ini," kata Awang Hitam dengan marahnya.

Selepas itu mereka bertiga pun meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian mereka pun sampai ke istana. Raja dan pembesar negeri menyambut kepulangan mereka dengan gembira.

"Tak sangka kita akan bertemu semula," kata Raja kepada puteranya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2006 04:36 PM | Show all posts
Raja berjanji akan menghadiahi Awang Putih dan Awang Hitam dengan hadiah yang sebesar-besarnya.Menurut yang empunyai cerita, di saat kegembiraan itu, datanglah Raja Jin dengan tenteranya menyerang istana Raja. Kali ini Raja Jin itu mengangkat sebuah gunung yang besar hendak dihempapnya ke istana raja.

"Mengapa tiba-tiba istana kita menjadi gelap?" tanya Raja.

Awang Putih segera berlari ke luar istana. Dia melihat sebuah gunung melayang-layang di udara. Gunung itu nampaknya menuju ke arah istana Raja. Tentulah ini juga perbuatan Raja Jin.Gunung besar itu semakin dekat dan suasana di situ semakin gelap.Awang Putih teringat akan rantai saktinya itu. Diusap-usap dan ditiup-tiupnya rantai itu. Sewaktu dia meniup-niup rantainya, gunung yang dibawa oleh Raja Jin dan tenteranya berada tepat di atas istana, hanya menanti saat sahaja gunung itu akan dijatuhkan.Sewaktu gunung besar itu hendak dilepaskan, Raja Jin itu berkata dengan suara yang nyaring,

"Kali ini kamu semua akan mati. Inilah akibatnya kerana cuba melawan kami."

Gunung besar itu pun dilepaskan. Gunung itu melayang-layang di atas bumbung istana.Awang Putih terus meminta pertolongan dengan meniup-niup dan mengusap-usap rantai sakti itu. Sekonyong-konyong datanglah berjuta-juta ekor burung helang. Burung-burung helang itu mengangkat gunung itu.

Raja dan semua rakyat sangat gembira. Mereka seolah-olah seperti sudah mati hidup semula. Raja dan sekalian rakyat melihat gunung besar itu diangkat oleh berjuta-juta ekor burung helang.

Sementara itu Raja Jin dan tenteranya sangat hairan dengan kedatangan burung-burung helang itu. Mereka tidak tahu dari mana datangnya helang-helang itu.Jin-jin itu semakin takut apabila burung-burung helang yang membawa gunung besar itu menuju ke Gunung Sayung yang menjadi tempat kediaman mereka.

Sejurus kemudian kedengaran bunyi yang bergemuruh. Gunung yang dibawa oleh burung-burung helang itu dijatuhkan betul-betul di atas kemuncak Gunung Sayung. Habis ranap dan musnah tempat kediaman jin-jin itu.

Akhirnya Raja Jin dan rakyatnya terpaksa mengaku kalah dan berpindah ke tempat lain. Sejak dari itu jin-jin tidak berani lagi mengganggu Raja dan rakyatnya.

Awang Putih dan Awang Hitam pula telah diberikan anugerah yang banyak. Pak Utih dan Mak Diang tidak menyangka kedua-dua anak yang dipeliharanya itu akan membawa tuah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2006 01:35 PM | Show all posts
"Sudah Jatuh Ditimpa Tangga"

TERSEBUT kisah Sungai Kali yang airnya sentiasa jernih. Pak Dollah dan anaknya, Semail, selalu pergi ke sungai itu untuk memancing ikan. Memang banyak ikan di sungai itu, ada ikan haruan, ikan kelah dan pelbagai jenis ikan yang lain.Pada suatu pagi, Pak Dollah mengajak Semail memancing ikan di Sungai Kali, tidak jauh dari rumah mereka.
"Bawalah kampit yang besar," kata Pak Dollah kepada Semail.
"Kita harap akan mendapat banyak ikan hari ini."
Semail akur akan suruhan ayahnya. Dia pun membawalah kampit yang besar untuk mengisi ikan.
Apabila tiba di pinggir Sungai Kali, Pak Dollah mencari-cari tempat yang difikirkannya banyak ikan. Akhirnya dia bertemu sebuah lubuk. Airnya agak dalam. Ada tunggul besar serta ranting-ranting kayu kecil di tengah-tengah lubuk itu.
"Wah, di sini tentu banyak ikannya," kata Pak Dollah sendirian.
Galak matanya memandang riak-riak ikan.Pak Dollah pun duduk bertenggek di atas tunggul kayu di tebing sungai. Dia mula memasangkan umpan pada mata kailnya. Kemudian kailnya pun dicampakkan ke lubuk itu.Semail duduk dekat ayahnya sambil memegang kampit.
"Jangan buat bising!" bisik ayahnya berpesan.
"Nanti ikan habis lari."
"Wah, banyak ikan di lubuk ini, ayah!" bisik Semail.
"Riaknya besar-besar. Tentu ikan pun besar!"
Tidak lama Pak Dollah menunggu. Dalam sekejap masa sahaja dia telah mendapat lima ekor ikan kelah yang sedang-sedang besarnya.

Selepas itu, Pak Dollah mencampakkan lagi kailnya setelah dibubuh umpan. Kali ini dia menunggu agak lama.
"Eh, dah habiskah ikan dalam lubuk ni, ayah?" tanya Semail.
"Tak dihidunya lagi kail ayah."
"Banyak lagi ikan dalam lubuk tu," balas Pak Dollah.
"Yang besar-besar belum keluar lagi. Kenalah kita sabar sikit menunggu kalau hendakkan ikan yang besar."
Setelah beberapa ketika menunggu, tiba-tiba kail Pak Dollah disentap ikan. Amat kuat sentapannya.
"Wah, kali ini barulah kail kita disentap ikan besar!" teriak Pak Dollah.
Pak Dollah cuba menarik kailnya, tetapi amat berat dirasainya. Beberapa kali ditarik, tetapi tidak juga dapat.
"Besar sangat ikannya, ni!" kata Pak Dollah lagi.
"Tapi, tersangkut pula pada batang kayu. Ayah terpaksa masuk ke dalam lubuk untuk mengambilnya."
"Ayah nak masuk ke dalam lubuk? Airnya dalam sangat, ayah."
"Tak mengapa, Semail. Ayah akan masuk juga untuk mengambil ikan itu. Kalau tidak, rugi. Ayah cekap menyelam."
Pak Dollah kemudian menyuruh Semail pulang ke rumah. Katanya lagi,
"Suruh emak kamu tumbuk cili dan rempah kerana ayah akan mendapat ikan besar. Panggil juga jiran-jiran datang makan malam nanti; kita nak membuat sedikit kenduri. Pergi lekas!"
Semail masih teragak-agak hendak mengerjakan suruhan ayahnya.
"Benarkah ayah akan mendapat ikan besar?" dia bertanya.
"Ah, kamu jangan banyak sangat bertanya! Sudah tentu ikan besar yang terlekat pada kail kita tu."
Mendengar desakan ayahnya, Semail pun segeralah pulang untuk mengerjakan suruhan itu.
Maka termengah-mengah dan kepenatanlah Semail ketika sampai di rumah. Dia segera memanggil ibunya,
"Mak! Mak!"
Ibunya pun datang.
"Mengapa, Semail?" tanya ibunya.
"Mana ayahmu? Mengapa cepat sangat dah balik?"
"Ayah dapat ikan yang sangat besar, mak Ayah suruh emak siapkan cili dan rempahnya sekarang jua. Dan, ayah suruh emak memanggil jiran-jiran makan malam nanti, kita nak buat kenduri sikit. Begitulah pesan ayah, emak."
"Wah, baguslah tu! Nanti mak tumbukkan cili dan rempahnya, dan panggil jiran-jiran untuk makan. Kita pun dah lama tak buat kenduri. Kamulah pergi beritahu jiran-jiran kita itu, Semail. Kamu tak payah turut ayah kamu lagi, tak lama lagi tentu dia balik."
"Baiklah, mak."
Sementara Semail memberitahu jiran-jiran, ibunya pun mulalah menyediakan cili dan rempah. Sambil itu, dia cuba membayangkan bagaimana besarnya ikan yang akan dibawa pulang oleh suaminya nanti.Di lubuk tempat Pak Dollah memancing, dia juga cuba membayangkan betapa besarnya ikan yang akan diperolehi.
"Di lubuk ini, rupanya ikan yang besar-besar bersarang," kata Pak Dollah, sendirian.
Pak Dollah pun membuka pakaiannya hingga tinggal seluar dalamnya sahaja. Pakaiannya disangkutkan pada semak di tebing sungai, tidak jauh dari kampitnya yang berisi ikan. Kemudian dia pun menyelamlah ke dalam lubuk.
"Ah, di mana pula ikan ini bersembunyi?" kata Pak Dollah, merungut-rungut.
Sambil itu dia menurut tali kailnya di celah-celah batang kayu hingga ke tengah lubuk.
Tangannya masih tidak dapat mencapai hujung kailnya. Dia terpaksa menyelam lagi.Ketika sedang menyelam, tiba-tiba sebelah matanya tercucuk ranting kayu. Kerana berasa amat sakit, dia pun timbul semula.
"Aduh, sakitnya!" teriak Pak Dollah sambil menutup matanya yang tercucuk ranting, sebaik-baik sahaja dia timbul di permukaan air.
Dirasai sebelah matanya amat sakit. Apabila diraba, ternyatalah ia bengkak.
"Kurang ajar ikan ni!" Pak Dollah menyumpah-nyumpah.
"Ikannya belum tentu dapat, mataku dah tercucuk ranting kayu dulu!"
Pak Dollah tidak mahu menyelam ke dasar lubuk lagi. Dia bimbang sebelah lagi matanya akan tercucuk ranting kayu pula.Pak Dollah memegang tali kailnya. Disentapnya tali kail itu kuat-kuat. Tali itu putus.
"Hah, habislah ikan besarku!" keluh Pak Dollah dengan rasa kesal.

[ Last edited by Syd at 9-3-2006 01:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 01:37 PM | Show all posts
"Apa nak dikatakan, tak ada rezeki. Tapi, lima ekor ikan yang telah kudapat itu pun jadilah!"
Pak Dollah pun naiklah ke tebing. Dia hendak terus pulang sahaja ke rumahnya. Tetapi, alangkah terperanjatnya dia ketika sampai di tebing sungai! Pakaiannya yang disangkutkan pada semak, sekali dengan kampitnya yang berisi ikan, telah hilang.
"Pencuri mana pula yang mengambil pakaian dan ikanku!" kata Pak Dollah dengan marahnya.
"Macam mana aku nak pulang ke rumah? Macam mana dengan cili dan rempah yang telah tersedia di rumah? Dan, bagaimana pula dengan jiran-jiran yang telah diberitahu untuk makan kenduri?"
Pak Dollah susah hati benar hendak pulang ke rumah. Sudah tentu dia akan dimarahi isterinya nanti. Walaupun demikian, dia terpaksa juga pulang.
Pak Dollah memberanikan dirinya berjalan pulang dengan hanya memakai seluar dalam. Di jalan, banyak orang sedang lalu lalang. Dia malu dilihat orang dengan memakai seluar dalam. Maka dia pun bercadang pulang ke rumah dengan merentas belukar dan semak-samun.

Ketika melalui semak-samun, secara tak sengaja, dia telah terlanggar sarang tebuan. Habislah bubus tebuan di dalam sarang itu. Tebuan-tebuan itu menggigit Pak Dollah.
"Tolong! Tolong!" pekik Pak Dollah sambil berlari susup-sasap mencari jalan keluar dari semak-samun itu.
Akhirnya dia sampai di tepi jalan, tetapi sakitnya masih terasa dan dua tiga ekor tebuan masih lagi menggigit badannya.
"Tolong! Tolong!" teriak Pak Dollah lagi sambil terus berlari di jalan yang menuju ke rumahnya.
Orang-orang yang lalu-lalang di jalan terperanjat melihat kelakuan Pak Dollah demikian: berlari sambil berteriak-teriak meminta tolong dengan hanya memakai seluar dalam. Mereka menyangka Pak Dollah sudah gila.
"Lari! Pak Dollah dah gila!" teriak mereka.
Pak Dollah tidak peduli akan orang-orang yang lalu-lalang di jalan itu. Dia terus juga berlari pulang. Akhirnya, sampai juga dia di rumahnya.
Di rumah, isteri Pak Dollah baharu sahaja selesai menumbuk cili dan rempah. Dia terperanjat apabila dengan tiba-tiba sahaja dia melihat suaminya berada di dalam rumah dengan hanya memakai seluar dalam. Sebelah matanya bengkak dan badannya lebam-lebam.
"Apa dah jadi pada awak ini, paknya?" tanya isteri Pak Dollah.
"Mana pakaian awak, dan mana ikan besar tu?"
Pak Dollah tercungap-cungap kepenatan beberapa ketika. Akhirnya, dapatlah juga dia menceritakan hal yang telah berlaku ke atas dirinya dari mula hingga akhir.
"Jadi, tak adalah ikan besar yang awak katakan tu?" tanya isterinya dengan marah.
"Apa nak dikatakan, bukan rezeki kita, maknya," balas Pak Dollah.
"Kalau begitu, penat saja saya menggiling cili dan rempahnya. Dan, semua jiran dah diberitahu, menyuruh mereka datang malam ini kerana kita nak buat kenduri. Apa yang nak kita katakan pada mereka?"
"Bukan saya tau akan begini jadinya."
"Ikannya belum dapat, tapi awak dah suruh saya menyediakan cili dan rempahnya dan memanggil orang. Ini semua salah awak."
Isteri Pak Dollah tidak dapat menahan marahnya. Dia pergi ke dapur lalu mengambil cili dan rempah yang siap digiling.
"Kalau ikannya tak dapat, cili dan rempah ini patut disapukan ke muka awak!" kata isterinya sambil melumurkan ciri dan rempah itu ke muka Pak Dollah.Kasihan, Pak Dollah!
Malangnya bertimpa-timpa hari itu. Mula-mula sebelah matanya tercucuk ranting kayu. Ikan besarnya pula terlepas. Kemudian pakaian serta ikannya di dalam kampit dicuri orang. Lepas itu badannya lebam-lebam disengat tebuan. Dan, sekarang isterinya pula menyapukan cili dan rempah ke mukanya.Pak Dollah terasa matanya amat pedih terkena cili dan rempah. Dia teraba-raba turun dari rumah untuk mencari perigi. Akhirnya dia sampai di perigi, dan dapatlah dia membasuh mukanya yang berlumuran cili dan rempah.Beberapa lama Pak Dollah berendam di dalam perigi, tidak berani naik ke rumah.

[ Last edited by Syd at 9-3-2006 01:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 01:44 PM | Show all posts
HARIMAU DENGAN BAYANG-BAYANGNYA

Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang kecil takut akan harimau itu. Apabila terdengar harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau.

      Pada suatu hari, Sang Kancil sedang menikmati daun-daun muda di pinggir hutan. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah di belakangnya. Sang Kancil segera menoleh. Ia lihat harimau sedang menghampirinya. Ia tahu harimau berniat untuk memakannya.

      Harimau mengaum. Suaranya yang kuat sungguh menggerunkan. Namun, Sang Kancil tidak melarikan diri.

      "Kali ini kau tak boleh lari lagi. Aku akan makan kau, kancil!" kata harimau dengan garangnya.

      " Hei, nanti dahulu! Kalau kau makan aku, nanti kau akan dimakan oleh binatang yang lebih besar," kata Sang Kancil.

      " Binatang manakah yang berani melawanku? " tanya harimau dengan marah.

      " Pagi tadi aku berjumpa seekor harimau yang lebih besar daripada kamu. Kata harimau itu, dialah yang paling kuat di hutan ini," kata Sang Kancil dengan beraninya.

      Harimau berasa sangat marah. Ia mengaum sekuat-kuat hatinya.

      " Tunjukkan di mana harimau itu. Aku akan mengalahkannya!" kata harimau.

      Tanpa berlengah, Sang Kancil pun berjalan dengan pantas meninggalkan tempat itu. Harimau mengekorinya dengan marah.

      " Tunjukkan aku di mana harimau itu. Aku pasti dapat mengalahkannya. Semua binatang tahu bahawa akulah yang paling kuat di hutan ini!" kata harimau dengan megahnya.

      Sang Kancil terus berjalan hingga sampai ke sebuah kolam. Ia berdiri di tepi kolam dan memandang ke dalam air.

      " Pagi tadi aku jumpa harimau besar dan perkasa itu di dalam kolam ini. Cubalah kamu tengok," kata Sang Kancil.

      Harimau menjenguk ke dalam kolam. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih. Harimau mengaum dengan garangnya. Ia membuka mulutnya luas-luas untuk menampakkan taringnya yang tajam. Harimau di dalam kolam juga membuka mulutnya luas-luas.

      " Kalau kau benar-benar kuat, kalahkan harimau itu," kata Sang Kancil.

      Harimau pun terjun ke dalam kolam. Bayang-bayangnya pun hilang. Baharulah ia tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh Sang Kancil. Harimau terkial-kial untuk naik ke tebing kolam. Sang Kancil terus melarikan diri dan terselamat dari dimakan oleh harimau.

      Kasihan harimau. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas oleh bayang-bayang sendiri.

[ Last edited by Syd at 9-3-2006 02:59 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:04 PM | Show all posts
Sang Napuh Menteri

HUTAN Pamah Kije tenang tidak terganggu. Air Sungai Gantang masih jernih dan menyegarkan. Mengalir perlahan-lahan di celah-celah batu. Sejuk. Ada ikan bermain hilir mudik. Menangkap buah ara yang jatuh apabila masuk.

Sekalian binatang yang ada di hutan itu hidup aman damai. Sama-sama mencari makan dengan bebas. Tidak ada bunuh membunuh. Tidak ada hasad dan dengki antara satu sama lain.

Memang rezeki di hutan itu masih mewah. Banyak buah-buah kayu yang masak ranum. Banyak pokok-pokok yang sentiasa bertaruk muda. Banyak akar dan ubi yang sentiasa berisi.

Buah-buahan tidak bermusim. Ia sentiasa ada. Berbuah berganti-ganti. Masak bergilir ganti. Dan sekalian binatang dalam hutan itu hidup dengan bebas sebebas-bebasnya.

Mak Harimau dan Mak Rusa telah lama bersahabat baik. Kedua-dua mereka masing-masing mempunyai anak seekor dua seorang. Anak Mak Harimau jantan bernama Sang Belang. Mak Rusa pula mempunyai seekor anak betina dinamakannya Sang Merah.

Mereka juga sama-sama hidup dengan bebas di Hutan Pamah Kije. Mereka sentiasa sama-sama ke sana ke mari dalam hutan itu empat beranak. Kehidupan mereka sudah mesra betul.

Mereka juga sama-sama mencari rezeki masing-masing di hutan itu. Mak Harimau selalu menangkap tikus untuk makanannya serta Sang Belang. Kadang-kadang Mak Harimau terjun ke dalam Sungai Gantang menangkap ikan. Sang Belang juga selalu diajar oleh Mak Harimau menangkap ikan dalam sungai.

Makanan Mak Rusa pula ialah taruk-taruk kayu dan buah-buahan. Ia selalu mengajar Sang Merah tentang daun mana yang manis dan daun mana yang pahit. Pucuk mana yang lembut dan pucuk mana yang keras. Kadang-kadang dia mengajar Sang Merah makan buah terap atau peradung yang gugur.

Walaupun makanan mereka berbeza tetapi persahabatan Mak Harimau dan Mak Rusa serta anak-anak mereka tetap erat. Makin sehari semakin teguh. Mereka tidak boleh berpisah lagi.

Mak Harimau dan Mak Rusa sangat gembira melihat kedua-dua anak mereka amat mesra antara satu sama lain itu. Mereka bagaikan dua beradik yang tidak boleh berpisah lagi. Mereka akan sama-sama bermain. Sama-sama mandi di Sungai Gantang. Sama-sama tidur dalam belukar yang sedikit hangat hawanya bila malam hari.

Pada suatu hari ketika petang telah rendah Mak Harimau dan Mak Rusa sama-sama pulang dari mencari makan. Kedua-dua anak mereka Sang Belang dan Sang Merah turut bersama-sama. Perjalanan mereka hari itu agak jauh dari biasa.

Mereka berjalan turun naik empat lima buah bukit dalam hutan itu.

Dalam perjalanan pulang ke Sungai Gantang tiba-tiba angin bertiup terlalu kencang. Langit hitam. Seluruh pohon-pohon di Hutan Pamah Kije yang luas itu bergoyang. Bagaikan tercabut layaknya.

揟entunya hujan ribut akan turun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:07 PM | Show all posts
KEMATIAN Mak Rusa dalam kemalangan ngeri itu tambah merapatkan keeratan keluarga Mak Harimau, Sang Belang dan Sang Merah.

Kini Sang Harimau mengambil tempat Mak Rusa. Dia menyayangi Sang Merah serupa juga dia menyayangi Sang Belang. Kasihnya kepada dua anak itu tidak kurang dari dahulu. Ketiadaan Mak Rusa menjadikan kasihnya kepada Sang Belang dan Sang Merah makin bertambah.

Rezeki di pinggir Sungai Gantang dan Hutan Pamah Kije tidak pernah berkurang. Mereka hidup dengan bebas dan mewah. Dari sehari ke sehari Sang Merah sudah mula dapat melupakan peristiwa sedih yang menimpanya. Dari sehari ke sehari juga kasihnya kepada Mak Harimau dan Sang Belang juga makin bertambah.

Mereka akan sama-sama mencari makan. Mereka akan sama-sama berenang di sungai. Mereka akan sama-sama tidur di belukar.

Kalau sudah jemu bermain di pinggir Sungai Gantang, mereka akan sama-sama naik ke bukit-bukit di Hutan Pamah Kije itu. Atau kadang-kala Sang Merah akan duduk sahaja di atas tebing melihat Mak harimau dan Sang Belang menangkap ikan di Sungai Gantang.

Sang Merah akan meragut-ragut taruk-taruk muda yang enak di pohon-pohon rendah sepanjang pinggir Sungai Gantang itu.

Suatu hari ketika Sang Merah sedang bermain-main dengan Sang Belang di tebing sungai itu, tiba-tiba sahaja Sang Merah teringat kepada ibunya.

Air matanya mula menitis.

Sang Belang menjadi hairan melihat Sang Merah berubah tiba-tiba itu.

揂ku teringat kepada ibuku, Belang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:11 PM | Show all posts
Pada suatu pagi Sang Belang bangun lebih awal dari biasa. Sang Belang merasa gelisah dan bimbang. Sang Belang memberitahu Sang Merah bahawa dia bermimpi pada malam tadi.

揔enapa dengan engkau, Sang Belang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:31 PM | Show all posts
Dari Sabah

Misteri Lada dan Perigi Ajaib

Pulau tiga bukan sahaja terkenal sebagai sebuah destinasi perlancongan yang terkenal, bahkan juga menyimpan banyak misteri masa lampau.

Menurut cerita orang tua-tua, pada zaman dahulu terdapat sepohon lada padi yang ajaib di pulau tersebut. Batang sehaja sebesar pokok kelapa yang sudah berbuah. Jika ingin memetik buahnya anda terpaksalah memanjat. Walaubagaimanapun tidak pula diketahui lokasi sebenar, tumbuhnya pokok tersebut.

Dalam pada itu terdapat juga cerita tentang kewujudan sebuah Perigi Ajaib ditepi pantai pulau tersebut. Walaubagaimanapun tidak semua orang dapat melihat lada dan perigi ajaib tersebut. Kepada sesiapa sahaja yang membaca ruangan ini dan secara kebetulan berpeluang berkunjung ke Pulau Tiga, jangan lepaskan peluang anda untuk bersiar-siar diseluruh kawasan pulau tersebut. Siapa tahu mungkin anda berpeluang melihat lada ataupun perigi ajaib tersebut. Tetapi awas, jika anda gagal menemuinya jangan menangis, dan seandainya pula anda berjaya melihatnya jangan lupa bertanya nombor Empat Ekot kerana andalah orang yang "bertuah".


Batu Nousung

Mengikut cerita nenek moyang kita, kononnya dahulukala ada seorang perempuan tua dan seorang anak lelakinya. Mereka dua anak beranak ini bolehlah dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila anak lelaki itu sudah dewasa maka mengembaralah ia seorang diri untuk mencari rezeki serta kemewahan. Selang beberapa tahun menjadilah ia kaya daripada isternya yang didatangkan daripada orang berada. Si pemuda tadi bersama isterinya serta pengikut-pengikutnya belayar dengan sebuah kapal.

Apabila si ibu tadi sedar akan kepulangan anaknya dengan gembira dan terharu ia menyambut kedatangan yang dinanti-nantikan. Alangkah terkejut si ibu apabila si anak tadi tidak mengakui bahawa ia adalah ibunya. Dengan hati yang hancur lebur maka si ibu pun menyumpah anaknya. lalu dengan serta merta kapal yang dinaiki oleh anknya tadi bersama pengikut-pengikutnya pun telah menjadi batu. Bentuk kapal ataupun batu tersebut masih kelihatan berdiri megah juga di persisiran tanjung pantai sawangan Kuala Penyu.


Batu Payau, Batu Kuyuk (Anjing)

Kononnya pada zaman dahulu, ada seorang pemburu. Pemburu ini sedang memburu rusa dengan menggunakan dua ekor anjing. Oleh kerana binatang rusa ini terlalu laju maka ketinggalanlah pemburu berkenaan di belakang. Lalu rusa tadipun menuju ke laut dengan disusuli oleh anjing-anjing tadi. Tidak berapa lama maka sampailah pemburu tadi ketempat dimana rusa itu berada. Alangkah terkejutnya pemburu tadi apabila mendapati rusa dan anjing-anjing telah bertukar menjadi batu. Sehingga sekarang batu-batu berkenaan masih kelihatan dipersisiran tanjung Pantai Sawangan, Kuala Penyu.


Peristiwa Sedih di Sebuah Gua di Batu Luang

Peristiwa sedih ini berlaku dizaman dahulu. Ketika itu ada sepasang pengantin yang baru saja melansungkan perkahwinan mereka di rumah pangantin perempuan. Setelah beberapa hari mereka menaiki pelamin, maka tibalah pula masanya mereka pulang ke rumah pengantin lelaki (maya wagu kata orang tatana). Dengan diringi oleh keluarga masing-masing maka berangkatlah kedua pengantin siduatu pagi yang indah. Ketika mereka hampir di batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang, awan manjadi gelap dan diikuti oleh hujan dengan lebatnya.

Menyedari situasi tersebut mereka pun bergegas untuk berlindung didalam sebuah gua yang kini dikenali Gua Batu Luang. Setelah hujan berhenti maka mereka mulalah keluar dari gua tersebut. Pengantin lelaki merupakan orang yang kedua terakhir keluar. Orang yang terakhir masih didalam gua tersebut ialah pengantin perempuan. Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua tangannya untuk ditarik oleh suaminya, tiba-tiba tanah didalam gua itu mendak/turun. Sisuami cuba menyelamatkan isterinya sedaya upaya namun isterinya hanya sempat menghulurkan cincin perkahwinan mereka lalu lesap ditelan bumi. Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan. yang nyata gua tersebut masih wujud hingga kehari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:32 PM | Show all posts
AYAM DAN MUSANG

Pada suatu hari ada seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lamalah sudah ia bertelur, dan setelah selesai, ada tujuh biji kesemuanya. Tidak ada yang mengganggunya sejak mula ia bertelur hingga kini mulai mengeram. Hanya beberapa hari dia mengeram, maka telurnya mula menetas.

Pada masa itu ada seekor musang yang sedang lapar sebab sudah lama tidak mendapat makanan. Musang itu berjalanjalan mencari makanan, tetapi tidak ada apa-apa yang dijumpainya. Tiba-tiba dia ternampak tempat ayam itu bertelur di dalam rimbunan lalang. Berkatalah Si Musang, "Eh, biarlah saya pergi melihat kalau ada apa-apa di situ." Si Musang berjalan, dan apabila dia sampai di rimbunan lalang itu, dia nampak ada seekor ayam masih mengeram, sebab baru tiga biji telurnya sudah menetas. Si Musang pun berkata, "Hai, engkau ada di sini pula. Berapakah telurmu?"

Jawap Si Ayam, "Ada tujuh biji sahaja, tetapi janganlah makan saya dahulu, sebab telurku belum habis menetas. Nanti engkau tidak akan kenyang."

Jadi Si Musang pun bertanya, "Kalau begitu bilakah habis menetas kesemua telurmu itu?"

Si Ayam berkata, "Lama lagi sebab baru satu sahaja yang sudah menetas sekarang, "pada hal tigalah telurnya sudah menetas. "Tunggulah enam hari, pada hari yang ketujuh, datanglah lagi ke sini, tentu semuanya akan menetas," sambung Si Ayam.

"Baiklah," kata Si Musang. Si Musang betul-betul mahu makan sebab dia sudah lapar. Semenjak enam hari itu dia berjalanjalan mencari makanan. Tiap-tiap hari dia pergi memeriksa Si Ayam. Pada hari yang kelima, semua telur itu sudah menetas. Tapi Si Ayam belum meninggalkan tempatnya sebab anak-anaknya belum pandai berjalan. Si Musang pula mengira hari yang dia harus balik ke tempat itu sebab dia akan pergi makan ayam itu. Kini ada satu hari lagi. Pada hari itu, Si Ayam pergi mengambil duri untuk diletak di tempat mengeram, dan hari itu juga ia pergi bersama-sama anak-anaknya, lari pulang kepada empunya.

Hari yang ketujuh pun sampai, dan Si Musang pun datang. Sangka Si Musang ayam itu masih berada di sana. Apabila dia sudah sampai di tempat Si Ayam bertelur, dengan pantas dia melompat ke bekas sarang Si Ayam. Wah! Apa lagi seluruh badannya habis terkena duri. Dia tidak dapat makan ayam. Akhirnya Si Musang mati sebab tercucuk duri.

Cerita Dongeng Kadazan Labuk-Kinabatangan,
Jabatan Muzium Sabah, 1979, m/s 20-21
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2006 03:33 PM | Show all posts
SIPUT DAN RUSA

Pada suatu hari ada seekor rusa yang sangat haus. Dia turun dl sebuah anak sungai untuk pergi minum. Tiba di tebing anak sungai itu dia pun menunduk kepalanya hendak minum. Ternampak olehnya seekor siput melekat di seketul batu besar. Dia pun menegur, "Hai, kawanku siput, engkau ada di sini pula."

"Ya, saya ada di sini," kata Si Siput. Si Rusa melihat siput itu berjalan seperti orang sakit sebab dia menjalar perlahan-lahan. Si Rusa tertawa besar. Jadi Si Siput berkata, "Apa yang engkau ketawakan itu, kawanku Rusa?"

"Eh, tiada apa-apalah kawan, hanya cara engkau berjalan itu yang membuat saya ketawa, sebab kalau ada perang dan engkau berjalan begitu perlahan-lahan, engkau akan dikejar."

"Hai, janganlah mengusik saya pula, kawanku Rusa. Sungguhpun langkahmu panjang, tetapi belum tahu lagi," kata Si Siput.

"Eh, kawanku Siput, engkau ini beranilah," Si Rusa berkata. Dan dia ketawa lagi. "Apa macam kawanku Siput, kalau kita berlumba, mahukah engkau?" tanya Si Rusa. Dan dia ketawa lagi.

Tapi Si Siput kata, "Yalah. Walaupun saya begini lambat, apa salahnya mencuba, mana boleh tahu kalau belum cuba."

Jadi Si Rusa iri hati sebab dia nampak badannya besar, dan ia tunduk melihat kakinya panjang. "Nah," kata Si Rusa, "bila kita akan berlumba?"

"Baiklah. Kalau begitu," kata Si Siput, "enam hari dari sekarang, dan pada hari yang ketujuh kita berdumpa lagi." "Ya, boleh," jawab Si Rusa setuju. "Tapi di mana kita berlumba?" Lalu Si Siput mencadang, "Kita mulai berlari dari atas, tempat tinggal engkau, kita turun ke sini dan berlari lagi sampai ke bukit yang ketujuh. Apabila sampai di sana kita berhenti. Siapa di antara kita sampai dabulu di bukit yang ketujuh, dialah yang menang."

"Ya, boleh," kata Si Rusa. Jadi apabila perjanjian mereka sudah ditetapkan, maka mereka pun berpisah. Sesudah itu Si Siput pun pergi berunding dengan enam siput yang lain fasal pertarungan yang sudah dijanjikan dengan Si Rusa itu. Kata Si Siput kepada mereka, "Mulanya begini kawan, ada seekor rusa turun pergi minum air, tapi dia melihat saya berjalan menjalar sebab kita berjalan perlahan-lahan. Lalu dia sangat kuat ketawa sampai kami berjanji pada hari itu," jelas Si Siput. "Beginilah kita semua bersedia di sini pada hari yang ketujuh, dan apabila Si Rusa memanggil, 'Di mana engkau Siput?' sambutlah, 'Saya di sini.' Jadi dia berunding begitu dengan semua siput dari yang pertama sampai yang keenam. Kesemuanya tujuh ekor siput. Pada tiap-tiap bukit ada seekor siput yang sudah bersedia dahulu.

Apabila sampai hari yang ketujuh, mereka berjumpa di bukit yang sudah dijanjikan. Mereka pun berbaris. Kata Si Rusa, "Apabila saya mengira, 'Satu, dua, tiga,' kata saya, berlarilah." Kedua-duanya bersedia, dan Si Rusa mulai mengira, "Satu, dua, tiga", mereka pun meloncat lari. Si Rusa tidak berpaling muka sebab dia takut kalah.

Apabila dia sampai di bukit yang kedua Si Rusa memanggil Si Siput, "Di mana engkau Siput?" Siput yang sudah bersedia di sana menjawab, "Saya di sini." Apabila Si Rusa mendengar Si Siput ada di hadapanya, Si Rusa pun berlari lebih kencang. Apabila dia sudah sampai ke bukit yangketiga, keempat, kelima dan kini sudah dekat di bukit yang keenam, Si Rusa penat sekali, dia memanggil dan begitulah Si Siput masih di hadapannya. "Wah," kata Si Rusa, "dia betul-betul laju." Apabila dia hampir sampai ke bukit yang ketujuh, masih jauh lagi, Si Rusa berseru, "Di mana engkau Siput?" Siput yang ketujuh itu menjawab, "Saya ada di sini," sebab dia ada di hadapan Si Rusa. Apa lagi, belumpun Si Rusa sampai di kaki bukit itu, dia pun jatuh pengsan.

Cerita Dongeng Kadazan Labuk-Kinabatangan,
Jabatan Muzium Sabah, 1979, m/s 22-23
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:33 PM | Show all posts
SATU KELUARGA MENCARI ANAK

Pada zaman dahulu, kononnya, ada satu keluarga yang sudah lama berumahtangga tetapi masih belum mendapat anak. Mereka berdua sangat ingin mempunyai anak. Pada suatu hari Si Suami pergi berburu dengan anjingnya di hutan. Apabila dia sampai di satu tempat yang berlalang, dia nampak seorang anak. Lelaki itu sangat gembira dan dia berkata, "Wah, saya dapat anak!" Jadi dia memeluk anak itu. Dia tidak pergi berburu lagi tetapi terus pulang pula.

Tergesa-gesa dia berjalan pulang, dan sewaktu hampir sampai ke rumahnya, jauh lagi Si Suami berseru menyuruh isterinya memasak bubur. Sebaik saja dia sampai di rumah, anak itu pun dimandikannya dan diberikannya pakaian. Betapa suka hati mereka berdua. Apabila bubur itu masak, mereka memberinya makan, tetapi anak itu tidak mahu makan. Kata Si Suami, "Cubalah engkau biar dia menyusu, mana tau dia mahu." Jadi Si Isteri itu pun menyusui anak itu. Anak itu kuat menyusu. Kata Si Isteri itu, "Hiduplah anak kita sebab dia kuat menyusu."

Anak itu pun menyusu, hingga perempuan itu tertidur dia masih tidak mabu berhenti. Si Suami curiga sebab sudah lama isterinya tidak sedar diri. Lelaki itu pergi membangunkan isterinya. Aduh, isterinya tidak ada lagi, badannya sudah keras, dia sudah mati, sebab anak itu bukan anak manusia tetapi adalah ibu pacat! Lelaki itu sangat marah sebab isterinya sudah mati. Lalu dia menetak anak itu dengan paranguya. Belum lagi parangnya menembus anak itu, maka darah pun memercik keluar, darah isterinya yang sudah dihisap oleh ibu pacat itu hingga ia kenyang. Si Suami sungguh menyesal, tetapi isterinya sudah mati.

Cerita Dongeng Kadazan Labuk-Kinabatangan,
Jabatan Muzium Sabah, 1979, m/s 25
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:34 PM | Show all posts
PELANDUK DAN PEMUDA

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda pergi menjerat. Si Pemuda membuat banyak jerat. Apabila Si Pemuda sudah siap membuatnya, dia memasang jeratjerat itu dan pulang ke rumah.

Padakeesokannya, sebelum siang, Si Pemudaberjalan pergi melihat jeratnya. Apabila dia sampai di sana, dilihatnya tidak ada binatang yang masuk ke jerat yang dipasangnya di tepi jalan. Tetapi jerat yang di tengah ada seekor pelanduk terjerat. Lalu Si Pemuda mengambil pelanduk itu. Ia belum mati. Si Pemuda cuba melipat kaki pelanduk itu, tetapi Si Pelanduk berkata, "Eh Pemuda, saya tidak mati kalau begitu. Jangan lipat kaki saya begitu, lipatlah begini, barulah saya mati," dan dia membalikkan kakinya. dadi Si Pemuda pun membalikkan kaki Si Pelanduk. Si Pelanduk pun pura-pura mati. Pada sangkaan Si Pemuda itu, Si Pelanduk betul-betul sudah mati. Sesudah dibalikkannya kaki Si Pelanduk, dimasukkan ke dalam bakulnya.

Oleh kerana masih banyak jerat yang belum dilihatoya, Si Pemuda meninggalkan bakulnyabersama-sama dengan Si Pelanduk di tempat itu lalu berjalan pergi melihat jeratberatnya yang lain. Apa lagi, mudah saja Si Pelanduk melarikan diri. Tidak ada lagi yang masuk di jeratjeratnya selain daripada Si Pelanduk. Waktu Si Pemuda kembali ke tempat dia meninggalkan Si Pelanduk tadi didapatinya Si Pelanduk sudah lari. Oleh itu tidak ada apa-apa yang dibawa pulang oleh Si Pemuda sebab Si Pelanduk sudah lari.

Cerita Dongeng Kadazan Labuk-Kinabatangan,
Jabatan Muzium Sabah, 1979, m/s 24
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:35 PM | Show all posts
KURA-KURA DAN MONYET

Pada zaman dahulu, kononnya, ada seekor kura-kura yang turun dari bukit pergi ke sungai untuk mencari makanan. Waktu Si Kura-Kura sampai di sungai itu, dianampak sebatangpokokpisang. Dia pun pergi melihat pokok itu, manalah tahu kalau ia berbuah. Tetapi apabila dia lihat betul-betul rupanya pokok pisang itu tidak ada buah; hanya pokok sahaja. Si Kura-Kura berfikir, "Pokok pisang ini masih muda. Baik saya tanam supaya nanti ia boleh berbuah." Tetapi kasihan Si Kura-Kura, dia tidak dapat mengangkat pokok pisang itu kerana pokok itu terlalu berat. Si Kura-Kura pun mencari akal bagailuana dia boleh membawa pokok itu.

Di seberang sungai itu ada se ekor monyet sedang melihat Si Kura-Kura memegang pokok pisang itu. Lalu kata Si Monyet, "Apa yang engkau pegang itu, Kura-Kura, bukankah itu pisang?"

Si Kura-Kura menjawab, "Apa lagi, kawan! Tetapi saya tidak dapat mengangkat pokok ini sebab berat sekali."

Apabila Si Monyet mendengar Si Kura-Kura berkata 'Pisang', dia terus menjawab, "Janganlah susah hati fasal itu, kawan, saya akan menolong engkau tetapi engkau berilah bahagian kepada- saya."

Jawab Si Kura-Kura, "Janganlah susah hati, kita akan membahaginya."

Jadi Si Monyet pun berenangke seberang sungai itu untuk menolong Si Kura-Kura. Apabila dia sampai, dia nampak pokok pisang itu tidak berbuah. "Hai," katanya, "Saya sudah rugi datang ke sini. Saya fikir apabila engkau kata, 'Pisang', pokok itu sudah berbuah."

Tetapi Si Kura-Kura berkata, "Janganlah susah hati kerana pokok ini tiada buah, kawan. Kalau kita tanam, ia pasti berbuah. Tapi kita mesti mengeratnya, engkau ambil sebelah, dan saya ambil sebelah. Pilihlah yang mana engkau suka, di sebelah batangnya atau di sebelah pucuknya."

Jadi Si Monyet pun berf kir, kalau dia ambil di sebelah batangnya, sudah tentu lambat berbuah. Oleh itu Si Monyet berkata, "Kalau begitu, kawanku Kura-Kura, di sebelah batangnya engkau ambil dan di sebelah pucukaya saya ambil, sebab kalau saya ambil yang di sebelah batangnya, ia lama berbuah. Lebih baik saya ambil yang di sebelah pucuknya sebab sudah berdaun sedia. Hanya tunggu berbuah sahaja."

Kata Si Kura-Kura, olehlah.: Si Monyet pun mengerat pokok pisang itu kepada dua penggal. "Kalau begitu, kawanku Monyet," kata Si Kura-Kura, "saya minta engkau tolong saya mengangkat bahagian saya ini sebab saya tidak dapat mengangkatnya."

Mereka pun bersama-sama mengangkat pokok pisang itu naik dari tebing sungai itu. Apabila mereka sampai ke tempat yang lebih tinggi, mereka pun menebas tempat itu supaya dapat menanam pisang Si Kura-Kura itu. Apabila mereka sudah selesai menebas dan menebang kayu-kayu di situ, mereka tidak membakarnya sebab tempat itu kecil sahaja, hanya cukup besar untuk menanam pokok pisang itu sahaja. Mereka menggali tanah di situ dan menanam pokok pisang itu. Si Kura-Kura pun menjaga pokok pisangnya di situ. Tetapi Si Monyet pula, apabila mereka selesai menanam pokok pisang Si Kura-Kura itu, dia membawa pokok pisang bahagianya dan menanamnya di tempat lain yang lebih jauh. Si Monyet ketawa terbahak-bahak serta berkata," Lihatlah nanti pisang siapa berbuah dahulu. Bahagian saya ini sudah berdaun sedia." Setelah selesai menanam pokok pisang sebelah pucuk itu mereka pun sama-sama menunggu.

Keesokannya Si Kura-Kura nampak pokok pisangnya sudah mulai bertunas. Tetapi pisang Si Monyet pula sudah jadi kuning sebab layu. Tetapi Si Monyet kata, "Ha, tidak lama lagi pokok pisang ini akan berbuah sebab sudah mulai kuning." Padahal bukan pula berbuah tetapi mulai mati.

Tiga hari kemudian, waktu Si Monyet melihat pokok pisangnya, pokok itu sudah layu. "Hai," Si Monyet berkata, "saya rugi pula kerana pisang saya sudah layu."

Beberapa bulan kemudian, pokok pisang Si Kura-Kura itu sudah besar dan mulai berbnah. Si Kura-Kura sabar menunggu, dan tidak lama kemudian buah pisang itu menjadi besar dan kuning sebab sudah masak. Tetapi Si Kura-Kura pula ada rnasalah, dia tidak dapat memanjatnya. Tiga hari selepas itu, Si Kura-Kura nampak pisangnya sudah masak. Oleh kerana dia tidak dapat memanjatnya, mahu tidak mabu, terpaksalah Si Kura-Kura pergi mencari Si Monyet untuk meminta dia memanjat pokok pisanguya. Kata Si Kura-Kura, "Beginilah kawan! Kalau engkau sudi menolong saya, tolonglah panj at pokok pisang saya itu sebab buahnya sudah masak. Saya tidak pandai memanjat, jadi tolonglah saya. Nanti buah-buahnya kita bagi sama."

"Hai," kata Si Monyet, "jangan susah hati, kita pun sudah saling tolong menolong sejak dulu lagi, itu bukan susah." Apabila mereka sampai di pokok pisang itu, Si Monyet berkata, "Kalau begitu, kawanku Kura-Kura, saya akan memanjatnya, dan nanti saya akan gugurkan buah-buahnya. Kalau bunyinya 'buk', jangan ambil. Kalau 'pis' bunyinya, engkau ambillah."

"Baiklah," jawab Si Kura-Kura. Si Monyet pun memanjat pokok pisang itu dan sebelum dia menjatuhkan buah-buah pisang itu, dimakannya dahulu. Si Kura-Kura itu berkata, "Hai, kawanku Monyet. Mengapa engkau tidak gugurkan buah pisang itu?"

Kata Si Monyet pula, "Nanti dulu kawan. Apabila saya sudah kenyang, saya akan memberikan buah-buah ini kepada-engkau." Lalu makanlah Si Monyet sampai kenyang. Apabila sudah kenyang baru dia berikan kepada Si Kura-Kura. Si Monyet menjatuhkannya dengan berbunyi 'pis', yang mana sudah dimakan oleh Si Monyet. Apabila Si Kura-Kura pergi mengambilnya hanya kulit buah pisang sahaja, isinya sudah dimakan oleh Si Monyet.

Si Kura-Kura sangat-marah pada Si Monyet sebab dia kena tipu. Dia turun pergi ke sungai untuk mencari Si Ketam. Apabila ditemuinya Si Ketam, dibawanya ia ke darat. Sebaik saja mereka sampai di bawah pokok pisang itu, Si Kura-Kura menyuruh Si Ketam memanjat pokok pisang itu untuk menyepit buah kemaluan Si Monyet. Si Monyet pula ketawa terbahak-bahak sebab dia sudah kenyang makan buah pisang, tetapi dia tidak tahu Si Ketam sedang memanjat pokok pisang itu. Sekali dirasanya, Si Ketam sedang menyepit buah kemaluannya. Si Monyet pun meloncat turun dari atas sebab kesakitan dan meminta tolong dari Si Kura-Kura untuk menghalau Si Ketam yang menyepit buah kemaluannya itu.

Tetapi Si Kura-Kura ketawa besar pada Si Monyet, serta berkata, "Nah' itulah hadiahnya engkau menipu saya. Sesudah engkau kenyang, tidak sebijipun engkau bagi."

Si Monyet tidak tahu bahawa Si Kura-Kura pula yang menyuruh Si Ketam memanjat pokok pisang itu. Tidaklah lama kemudian, buah kemaluan Si Monyet pun bernanah. Akhiwya dia pun mati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.094499 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list