CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23889|Reply: 46

Budaya Berfikir: Lelaki vs Perempuan

[Copy link]
Post time 25-2-2006 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Adakah lelaki lebih byk berfikir daripada perempuan?  Selama beribu2 tahun, jawapan kepada soalan ini nampak sama shj...tentulah, lelaki lebih berfikir, seperti bumi itu bulat.....

Percubaan telah dilakukan untuk menyiasat samada lelaki sebenarnya merupakan jantina lebih bijak berfikir.  

Idea pertama yang dikemukakan ialah bahawa lelaki lebih befikir kerana memiliki otak yang lebih besar.  Bayi lelaki mempunyai berat otak dan lilit kepala yang lebih besar daripada perempuan.  

Berat otak Anatole France hanyalah 35 auns, ketika berat otak manusia  Eropah  adalah 59 auns, tetapi ini tidak menghalang beliau menjadi penulis Eropah terkenal.

Idea ini senyap2 dikuburkan.  

Idea ini digantikan oleh cadangan bahawa lelaki lebih matang tentang bahagian otak yang secara khusus berkaitan dengan aktiviti intelektual.  Pada tahun 1870an, ahli sains mempercayai bahawa intelek terletak di lobus frontal.  

Kawasan otak ini lebih besar bagi lelaki, dan perempuan mempunyai lobus parital.  

Kemudian mereka telah mengubah fikiran:  Mereka merasakan bahawa lobus parietal bukan frontal yang merupakan kunci aktiviti intelektual.
Single Polls, Total 6 Users voted
9.52% (2)
90.48% (19)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2006 07:14 PM | Show all posts
Akhir abad ke 19, dikatakan bahawa aktiviti intelektual perempuan perlu dihadkan kerana mereka perlu menggunakan seluruh tenaga untuk membina fungsi pembiakan.  

Terlalu banyak berfikir menyebabkan perempuan tidak subur (terdapat dalam jurnal perubatan seperti Lancet).   

Menurut Herbert Spencer;

Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 25-2-2006 08:45 PM | Show all posts
same je..perempuan dan lelaki..ada yg byk berpk dan ada yg tak byk berpk...yg membezakan adalah tindakan diaorg selepas berpk..tu pun tak byk gak beza..hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 11:35 PM | Show all posts
ina rasela..:hmm:
lelaki mmg dia byk fikir:cool:..kasi cth ayah inala..:bgrin:
:dia:ayah berfikir dan tak byk berckp..
:stp:maksudnya..smakin byk ayah fikir...makin ayah diam..:stp:
isy cm pelik jer....:nyorok:
apa2la tp:ketuk:...lelaki mmg banyak fikir tat y kebanyakannya tak byk berckp..:ah:
and pompuan lak:pompom:..setengahnya...:kerek:
berfikir dgn banyak dan menterjemahkannya melalui suara@perckpn..:solute:
:jeling:konklusinya..ader pro n contra...:cool:
:lebai:apapon..TUHAN ITU ADIL...eheheeh:bodek:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by grugals at 25-2-2006 19:45
same je..perempuan dan lelaki..ada yg byk berpk dan ada yg tak byk berpk...yg membezakan adalah tindakan diaorg selepas berpk..tu pun tak byk gak beza..hehehe


:setuju:...eheh:bodek:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2006 10:52 AM | Show all posts

Menyentuh ttg kecerdasan.... Sama tetapi berbeza

Lelaki tidaklah lebih cerdas berbanding perempuan.  Keseluruhan skor IQ lelaki yang biasa tidak dapat dibezakan daripada perempuan.  Di bawah umur tujuh tahun, kanak2 perempuan didapati memperolehi skor yang lebih tinggi sedikit daripada kanak2 lelaki.  

Umumnya, bayi lelaki dan perempuan adalah sama dalam perkara yang dipelajari, diingati dan dilihat oleh mereka.

Terdapat perbezaan jantina dalam pelbagai kemodan deria; kanak2 perempuan lebih sesitif sedikit kepada bau dan rasa, dan juga kepada stimulasi auditori.  Lebih banyak kanak2 perempuan berbanding lelaki boleh menyanyi dengan nada yang sama.

Lelaki sebaliknya, mempunyai akuiti penglihatan sederhana yang lebih besar.  Adalah lebih selamat mengatakan kedua2 jantina secara kasar dilahirkan sama dari segi kecerdasan umum.

Menurut hipotesis 慚ediocrity of Women
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2006 11:49 AM | Show all posts
aku vote pempuan.
alasan aku, pempuan kena dan sentiasa berpk
mcm satu kem motivasi yang aku p last weekend
salah satu contoh jerk ek, aku kasik

dia ckp:

as guru, dia laksanakan tugas dan kewajipan yang telah digaris pandu, tapi dia kena berpk mcm mana nak buat anak murid suka dan minat ke sekolah dan belajar dan seterusnya berjaya

as ibu, dia laksanakan semua tugas dan kewajipan dirumah, tapi dia kena berpk mcm mana nak wat anak dan suami dia suka pulang ker rumah, gembira bila da dirumah dan sentiasa ingat rumah walau dimana2

begitu jugak dgn peranan sorang isteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2006 01:24 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 28-2-2006 10:52 AM
Lelaki tidaklah lebih cerdas berbanding perempuan.  Keseluruhan skor IQ lelaki yang biasa tidak dapat dibezakan daripada perempuan.  Di bawah umur tujuh tahun, kanak2 perempuan didapati memperolehi ...


Saya setuju benar......

Tak lama dulu saya ada melihat satu program di TV semasa baru bangun tidor. Cik Mat tu berkata otak lelaki biasanya lebih besar dari otak perempuan. Oleh itu daya pemikiran lelaki agak lebih baik dari orang perempuan.

Sebenarnya saiz otak tu memang selalunya mengikut saiz badan. Akan tetapi, beberapa kajian conative dan IQ telah dibuat dan keputusan antara lelaki dan perempuan adalah sama. Ini menunjukkan otak perempuan adalah lebih efficient - sunggohpun lebih kecil berupaya mencapai yang lebih.

Lain2 kebolehan otak hanya dapat dilihat dari tabiat atau perbuatan seseorang itu diantaranya seperti berikut:

1. Lelaki bertindak balas terhadap emosi secara fizikal. Perempuan akan " talk it over".

2. Perempuan lebih cepat menangkap emosi seseorang dari muka. Lelaki lebeh tepat menangkap emosi lelaki tetapi kurang sikit dengan emosi perempuan.

3. Perempuan lebih serasi dengan perkara bersangkutan dengan emosi.

4. Otak lelaki membesar lebih perlahan dari otak perempuan dan akan mengecut lebih cepat apabila tua. Itulah sebabnya lelaki mengidap penyakit Alzheimer - loss of memory.

5. Otak besar tidak semestinya menyebabkan kepandaian yang lebih. Kekadang ia boleh meyebabkan gencatan otak atau "retardation".

Namun, adakah keadaan ini semula jadi atau kerana didikan dan social conditioning atau kedua2nya sekali?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2006 01:07 PM | Show all posts
Saya juga setuju.....

Perempuan memang banyak berfikir. Mereka perlu memikirkan bagaimana nak kelihatan lebih cantik lagi daripada kaum-kaum sejenis mereka yang lain tu. Dari itu mereka kena bijak memilih berbagai make-up yang terdapat di pasaran dan kena berfikir juga bagaimana boleh menghasut lelaki supaya membelikan mereka make-up tersebut.

Perempuan juga kena bijak berfikir supaya kaum lelaki boleh tertarik kepada mereka. Mereka kenalah membeli pakaian-pakaian yang berfesyen serta menggayakannya di depan mereka. Mereka kena berfikir supaya lenggang-lengguk body language mereka boleh memperdayakan lelaki dalam perangkap mereka.

Nanti sat....nak fikir lagi nie.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2006 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 5-3-2006 01:07 PM
Saya juga setuju.....
Perempuan memang banyak berfikir. Mereka perlu memikirkan bagaimana nak kelihatan lebih cantik lagi daripada kaum-kaum sejenis mereka yang lain tu. Dari itu  ...


Mungkin perempuan bertindak demikian krn lelaki di sekeliling mereka lebih memandang kecantikan.  

Malah terdpt suami yg meninggalkan isteri yg tidak menjaga kecantikan lagi.

Secara logiknya perempuan mahu kelihatan cantik krn lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 08:57 PM | Show all posts
ye la...kalo dh tak cantik laki tu mesti tgalkan die..ye tak????
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 10:11 PM | Show all posts
Dulu ada satu article di Readers Digest yang menyatakan anak2 yang membuat kerja di rumah biasanya akan berprestasi lebih tinggi di sekolah.

Lihatlah diantara anak2 lelaki dan perempuan, siapa kah yang lebih membuat kerja di rumah seperti menyapu, berkemas, kedapur dll..yalah...menolong emak di rumah? Adakah ini salah satu sebab kerana lebih ramai lagi perempuan yang berjaya di sekolah dan masuk universiti? :hmm::hmm:

Pada fikiran Hami, membuat kerja2 rumah ni juga menggunakan fikiran. Apabila yang perempuan membuat kerja rumah yang lelaki habis2 bermain. Ya mungkin juga ini membuat mereka lebih tajam dalam perkara2 strategi...??

[ Last edited by hamizao at 28-3-2006 04:26 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2006 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 23-3-2006 10:11 PM
Dulu ada satu article di Readers Digest yang menyatakan anak2 yang membuat kerja di rumah biasanya akan berprestasi lebih tinggi di sekolah.

Lihatlah diantara anak2 lelaki dan perempuan, siapa k ...



:setuju:

Berdasarkan pengalaman sendiri memang begitu la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 02:35 PM | Show all posts
perempuan lebih pk kan ari esok compare dgn lelaki yg pk kan ari ini sahaja...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by inazlina at 5-4-2006 02:35 PM
perempuan lebih pk kan ari esok compare dgn lelaki yg pk kan ari ini sahaja...


:hmm:

Adakah ini juga kerana.....apabila perempuan kebanyakannya not in control  - control dalam tangan suami, jadi dia selalu tidak dapat menduga apkah suratan mengenai esok. Jadinya.....selalulah teringat2 ttg hal itu.

Satu lagi......ada orang memang high achiever ....kalau buat sesuatu selalunya  mesti nak capai yang baik2 sahaja. Inipun boleh menyebabkan banyak berfikir.  Kalau boleh menguruskan tekanan baguslah.......kalau tak .......tension je sampai dapat tekanan darah tinggi! :

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 11:04 AM | Show all posts
perempuan lebih banyak berfikir kerana generally hampir segala perkara remeh temeh akan dianggap big issue dan bermula dari situ mereka akan mengaitkan segala kemungkinan, kebarangkalian berkait-kait dan otak mereka akan memikirkan segala buruk baik yg bakal mendatang -

kelemahan yg ada pro & con -
baik - sebab berkemampuan menentukan arah tuju masa yg akan datang - insya'allah -
buruk - sebab nanti akan jadi too suspicious person -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2006 12:55 AM | Show all posts
Originally posted by raven at 6-4-2006 11:04 AM
perempuan lebih banyak berfikir kerana generally hampir segala perkara remeh temeh akan dianggap big issue dan bermula dari situ mereka akan mengaitkan segala kemungkinan, kebarangkalian berkait-ka ...


Benar juga. Pada keseluruhannya perempuan mempunyai kelebihan "eye for detail". Mungkin juga kerana ditentukan (conditioned) oleh budaya. Sedihnya, dalam budaya patriarchal, kebolehan perempuan masih dipandang rendah - remeh.

Dalam budaya matriarchal dimana perempuan mendapat  pendedahan yang  lebih, didapati perempuan mempunyai kebolehan dan kuasa yang lebih. Malangnya masyarakat begini telah berkurangan oleh sebab penyerapan falsafah2 tertentu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 09:35 AM | Show all posts
Dalam kebanyakan situasi....

Sebab lelaki malas nak fikir perkara remeh temeh la byk tanggungjawab yg diambil mudah.  

Lebih2 lagi dlm rumahtangga yg isteri bijak drp suami.  Suami senang2 lepas tangan.

Sometimes...

Ada baiknya wanita buat bodoh aje supaya lelaki lebih byk berfikir he he he he
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2006 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 10-4-2006 09:35 AM
Dalam kebanyakan situasi....

Sebab lelaki malas nak fikir perkara remeh temeh la byk tanggungjawab yg diambil mudah.  

Lebih2 lagi dlm rumahtangga yg isteri bijak drp suami.  Suami senang2 le ...

Sometimes...

Ada baiknya wanita buat bodoh aje supaya lelaki lebih byk berfikir he he he he


Hehehehe...saya faham tu....Kalau tunjuk sangat kepandaian, mereka bisa melepaskan tanggung jawab...:pray::pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 06:44 PM | Show all posts
Tetiba terfikir lak...

Kehadiran lelaki dlm hidup wanita boleh memberi kesan yg positif dan negatif dlm usaha wanita utk berfikir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.201487 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list