CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23556|Reply: 78

tun mutahir...

[Copy link]
Post time 1-3-2006 01:40 AM | Show all posts |Read mode
i really dying nak tau anything pasal tun mutahir nie...starting from his origin...makam dia kat ner..sebab aku admire dia cause i think he is the best bendahara waktu zaman dulu2 tuu..sebelum kedatangan portugis...seronok dgr cikgu sejarah aku dulu citer pasal dia nie..pasal anak dia tun Fatimah...

anyone know any info pasal Tun Mutahir...just let me know...

thanx in advance...:cak::cak:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2006 08:08 AM | Show all posts
I'll let others who have more info to elaborate.....tapi satu cite aku ingat pasal Tun Mutahir....punya la kaya sampai dia bagi emas untuk cucu dia bawak main!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 10:09 AM | Show all posts
Tun Mutahir, anak saudara Tun Perak, menggantikan Tun Putih sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja pada tahun 1500 dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara. Beliau adalah anak Tun Ali dan bapa saudara kepada sultan melaka masa itu iaitu Sultan Mahmud Shah.

Perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara, tidak disukai oleh golongan Melayu di Melaka dan telah menimbulkan semula persaingan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim untuk mendapatkan pengaruh. Persaingan ini berpunca daripada amalan pilih kasih dalam pentadbirannya.

Beliau seorang yang sombong, biadap dan tidak amanah. dan memegang semua kekuasaan di Melaka. Baginda bijak dalam perniagaan . Kekayaan beliau menjadi irihati pada pegawai-pegawai kerajaan yang dengki.

Sungguh pun beliau terhutang budi atas jawatannya sebagai Bendahara kepada Sultan Mahmud yang pada masa itu telah dipengaruhi oleh bondanya (Tun Kudu) untuk memilihnya sebagai Bendahara tetapi beliau tetap menghina sultan. Ini ditunjukkan oleh beliau apabila enggan mengahwinkan puterinya kepada sultan, sebagaimana yang sepatutunya mengikut adat resam masa itu.

bersambung...

[ Last edited by mok_nik at 1-3-2006 07:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 11:04 AM | Show all posts
Cara hidup Tun Mutahir dikatakan terlalu mewah dan hidup sama seperti Sultan Mahmud. Inilah juga menjadi sebab kecemburuan Sultan terhadap Tun Mutahir. Kecemburuan ini telah digunakan oleh pembesar-pembesar Melaka yang anti Tun Mutahir untuk menghasut Sultan menyingkirkannya seterusnya membunuh beliau.

Tindakan Tun Mutahir mengahwinkan puterinya dengan Tun Ali amat memurkakan Sultan Mahmud.  Tun Fatimah mendapat alamat mimpi yang tidak baik sekiranya perkahwinan beliau dengan Tun Ali diteruskan. Namun segalanya telah diatur, perkahwinan di antara Tun Fatimah dengan Tun Ali tetap diteruskan. Sultan Melaka ikut dijemput sama untuk meraikan majlis perkahwinan dua mempelai tersebut. Sultan amat murka kerana Bendahara tidak menyembahkan kepada baginda bahawa beliau memiliki anak gadis yang cantik. Sultan meninggalkan majlis perkahwinan tanpa menyentuh santapan. Oleh itu tidak hairanlah yang Sultan hanya menunggu peluang sahaja untuk menyongkirkan menterinya yang kuat dan sombong itu. Peluang ini akhirnya terbuka dengan kedatangan orang-orang Portugis di bawah pimpinan Don Diego Lopes de Sequiera pada tahun 1509.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 11:06 AM | Show all posts
Raja Mandaliar dan Kitul dengan dipersetujui sama oleh Laksamana Khoja Hassan telah sepakat memfitnah Bendahara Seri Maharaja, yang Bendahara itu telah menempah kaus dan cerek yang semuanya daripada emas kerana ingin merampas takhta Melaka. Sultan bertambah murka, dan tanpa usul periksa lantas menyerahkan keris kuasanya kepada Tun Sura dan Tun Setia untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga Bendahara. Terbunuhlah Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan dan Tun Ali kerana titah Sultan tersebut.

Tun Fatimah akhirnya bersetuju menjadi permaisuri Melaka. Dengan menjadi permaisuri Melaka, Tun Fatimah dengan dayang-dayang Istana telah berjaya menangkap orang-orang yang memfitnah keluarganya. Raja Mandeliar, Kitul dan Laksamana Khoja Hassan telah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Sultan Melaka kembali insaf dengan segala kesalahan yang dilakukannya selama ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 06:27 PM | Show all posts
mok..kalo tun mutahir tuu india muslim...tun perak tuu pun sama ker???
mcm mane tun fatimah setuju nak kawen ngan sultan..kan dia dah kawen ngan tun ali...pening aku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2006 08:01 PM | Show all posts
Originally posted by jpl_fan at 1-3-2006 06:27 PM
mok..kalo tun mutahir tuu india muslim...tun perak tuu pun sama ker???


Tidak. Tun perak bukan berketurunan India Muslim. Tun perak adalah berketurunan Melayu.

pembetulan : mok nik silap mula2 post…Tun Mutahir adalah anak saudara kepada Tun Perak bukan sepupu, sebabnya Tun Kudu adalah adik beradik Tun Perak.

Ok biar mok nik jelaskan satu persatu.
Tun Kudu (sedara perempuan Tun Perak) berkahwin dengan Tun Ali (keturunan India-Muslim). Lahir dua orang anak iaitu seorang puteri yang bernama Tun Senaja yang berkahwin dengan Sultan Alaudin Shah dan seorang  putera, Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Melaka apabila Portugis mula-mula tiba. Jadi Tun Mutahir dikatakan berketurunan India-Muslim kerana ayahnya adalah berketurunan India-Muslim.

mcm mane tun fatimah setuju nak kawen ngan sultan..kan dia dah kawen ngan tun ali...pening aku...

Tun Fatimah bersetuju kahwin dengan Sultan selepas ayahnya dan suaminya (Tun Ali, nama sama dengan nama datuknya tapi orang lain-lain) mati dibunuh. Tun Fatimah bersetuju untuk berkahwin adalah berkemungkinan besar untuk membalas dendam kepada mereka yang memfitnah ayahnya yang membawa kepada kemusnahan keluarganya. Ini ternyata benarnya sebab selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud, Tun Fatimah dengan dayang-dayang Istana telah berjaya menangkap orang-orang yang memfitnah keluarganya. Raja Mandeliar, Kitul dan Laksamana Khoja Hassan telah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 08:09 PM | Show all posts

Reply #7 mok_nik's post

oooo..mcm tuu rupanyer...ader lg ker keturunan sultan mutahir nie...dia ader anak sorang jer ker..tun fatimah jer ker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2006 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by jpl_fan at 1-3-2006 08:09 PM
oooo..mcm tuu rupanyer...ader lg ker keturunan sultan mutahir nie[size]

Tun Mutahir bukan sultan !
Tun Mutahir hanya berjawatan Bendahara tetapi gaya hidup seumpama Sultan.
Pasal keturunan Tun Mutahir ini, mungkin masih ada

...dia ader anak sorang jer ker..tun fatimah jer ker..


tidak diketahui dengan jelas mengenai bilangannya anaknya.
Nanti kalau ada masa mok nik cuba belek semula bulu 'SEJARAH MELAYU'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 08:31 PM | Show all posts

Reply #9 mok_nik's post

thanx mok!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 08:33 PM | Show all posts
no problem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 08:51 PM | Show all posts
mok ader ker buku sejarah melayu tuu...kalo nak beli kat ner yer...hehehe..kiter nie minat sejarah dr zaman skolah lg...
especially admire tun mutahir...sultan alauddin riayat shah...parameswara...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 08:43 AM | Show all posts
buku 'sejarah melayu' ini ada dijual kat mana2 kedai buku rasanya
dulu masa mok nik belajar tahun 80-an buku ini pernah dijadikan buku teks sekolah
sekarang ini tak tahu lah

p/s kalau nak tahu pasal sultan alauddin riayat shah dan parameswara mok nik boleh beri serba sedikit maklumat mengenai mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 10:08 AM | Show all posts

Reply #13 mok_nik's post

boleh jugak..citerlaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 11:31 AM | Show all posts
ok nanti mok nik cari buku sejarah lelama iyer

ish orang lain semua tak minat sejarah nie jpl_fan, hanya kamu aje yang minat nie
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 12:16 PM | Show all posts
Aku ingat tadi TUN DR MAHATHIR......
Tak usaha nak cerita sejarah Melaka ini....Sultan mahmud itu kaki pompuan....
Adakah patut nak pinang puteri gunung ledang.....entah manusia kah. jin kah , hantu kah puteri gunung ledang itu tak ada usul periksa terus saja nak suruh pinang......
Jambatan emas yg di bina oleh sultan mahmud dari negeri melaka ke gunung ledang masih ujud kah sekarang ini????.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2006 12:30 PM | Show all posts
ingatkan tu mahathir tadi厀akakakakak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by nangada at 2-3-2006 12:16 PM
Aku ingat tadi TUN DR MAHATHIR......


ish kalau tajuk tang dia tak suka belek ker :hmm:

Tak usaha nak cerita sejarah Melaka ini....Sultan mahmud itu kaki pompuan....
Adakah patut nak pinang puteri gunung ledang.....entah manusia kah. jin kah , hantu kah puteri gunung ledang itu tak ada usul periksa terus saja nak suruh pinang......
Jambatan emas yg di bina oleh sultan mahmud dari negeri melaka ke gunung ledang masih ujud kah sekarang ini????.


memang dia kaki perempuan, lemah dan tidak berkelayakan mejadi sultan

pasal jambatan emas itu hanyalah metos semata-mata
kalau baca dalam buku Sejarah Melayu, dan tafsiran mengenai jambatanitu ada pelbagai
kalaulah benar jambatan emas itu siap dibina, tentu lah habis dibawa pulang oleh portugis yang mula2 menyerang melaka :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 03:13 PM | Show all posts
huh mok... kat mana lagi baca sejarah tu? dari buku sejarah melayu je ke? saya dulu, masa sekolah2 dulu la.. minat betul dgn sejarah2 ni... skrg pun minat gak lagi... buku sejarah melayu tu, rasanya ada lagi kot saya simpan.... ada la tu. kat mana2 kotak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by UnicornBerapi at 2-3-2006 03:13 PM
huh mok... kat mana lagi baca sejarah tu? dari buku sejarah melayu je ke? saya dulu, masa sekolah2 dulu la.. minat betul dgn sejarah2 ni... skrg pun minat gak lagi... buku sejarah melayu tu, rasany ...


mok nik banyak buku buku sejarah yang lama-lama, simpan baik baik untuk koleksi

jom lah kongsi kongsi bahan sejarah yg lama lama kat sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.071877 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list