CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MOONkerBULAN

SILAT....[ merged : laxamana ]

[Copy link]
Post time 10-12-2006 10:36 AM | Show all posts
SAMBUNG..........

-MAJAPAHIT
-MELAKA
-MAT KILAU
-MELAYU ASLI
-MINANG
-MINANGKABAU
-MONYET
-MOO

-NAGA
-NASRUL HAQ
-NATAR

-PAHLAWAN
-PANGLIMA
-PANCASILA GAYUNG HARIMAU
-PASAK
-PUKUL PELAGA
-PEGIAN
-PENCAK MELAYU
-PERWIRA KEDAH
-PETIR
-PURBA
-PULUT
-PISAU

-RANCAK
-RANDAI

-SALA
-SAPU ANGIN
-SEKEBUN
-SELANGKAH HITAM
-SELIGI PUTERA
-SEMULA JADI
-SENDENG
-SEPELEK
-SERIMAU HITAM
-SIKU
-SIKUNA
-SONGSANG
-SETERLAK
-SUNTING

-TARI
-TARI TONGKAT
-TANGKAS
-TAPAK SEMBILAN
-TEKPI
-TERLAK
-TERINAI
-TERLAK NATAR
-TITI PINANG
-TIGA KALIMAH KALIMANTAN
-TONGKAT
-TUA
-TANDANG

-WALI SUCI
-WALI SEMBILAN
-WALI TUJUH

-YUNAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2006 11:58 AM | Show all posts

silat..

askum all..

nak citer bab silat neh panjang sebenarnya..

sungguhpun ada bermacam jenis silat, tp sumanya hampir sama..

cuma, dari segi amalan maybe sedikit berbeza..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 12:55 AM | Show all posts
pernah dengar silat bentayan?

aku nak carik org yg tau pasal silat bentayan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 11:11 AM | Show all posts
x penah ku dengar..

skang neh aku tgh cari gelanggang kart kl neh..

tp aku xtau kart mana..

busan aku dok diam2 macam neh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by azmi_hisham at 5-8-2005 12:34 PM



Ish musykil aku pasal ngko nih.. ko ni org maner???
Soalan mcm bukan org Melayu M'sia jer..

Silat kat Mesia saja ada berapa ratus cabang atau jenis (lupa dah info ni.. sesapa tolong kasi  ...



ni teka jer la nih tau.....hehehehe......MARCO POLO kot

:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 12:26 PM | Show all posts
Silat melayu kt m'sia ni bercambah bnyk nyer....hingga tk terkira
cm kwn kita ckp tadi la kn ada yg berdaftar ada yg tidak
tp aku pakai petua aruah ayh aku jer ... kalo nk belajar silat...cari yg tk pakai darah binatang ie ayam ker kn buat semah gelanggang tu
menurut dia yg tu pakai jin sebagai pelindung....
itu yg aku sgt2 hindarkn
Aku belajar jugak beberapa jenis silat seblum ni...kemana saja aku pegi aku akan cari dpt aku belajar.
kt sarawak - sibu dulu akubelajar jugak silat 'Helang Harimau' tp dk sempat tamat sbb aku dh kena bertukar balik ke semananjong.
silat rencong 9 juga aku belajar, silat 'mbu (mcm tomoi), gayong fatani, panglima hitam (tk berdaftar), kalari payat (tk sempat apa apa) aku dh belah pasai bnyk india jer...mmg diaorg nyer pun. ada dua tiga lagi la...tp yg kekal skg aku ialah ahli PSSCM (persatuan seni silat cekak malaysia)
Jgn salah sangka lak..silat cekak ni ada dua, satu yg ni satu lagi silat cekak hanafi - ada citer disebalik nama dan menjadi dua silat cekak ni.
tp tkyah la citer biar la cuma ahli jer yg tau...kalo sedara nk tau masok la
Tapi apa yg pengting smua silat itu baik bagi menjaga diri keluarga, agama dh tanah air...jgn sesekali memperlekehkn seni silat lain....
Semua dari rumpun melayu. Belajar la silat mana pun mmg bermanfaat bagi diri dn kluarga....bukan tujuan utk meninggi diri jauh skali riak dn takbur....ada silat yg mengajar ada silat yg mengajar dan mendidik sekali gus
Tp yg aku tahu silat ini mengajar aku erti kesabaran didalam mengambil sesuatu tindakan...tidak terburu buru. Alhamdulillah.

Sekian buat kali ini utk tatapan bersama....kalo ada info lagi aku postkn InsyaALLAH
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2006 05:57 PM | Show all posts
Penah dengar citer silat kita satu-satunya martial arts yang Bruce Lee takleh kalahkan..betul ke? Kalau betul silat yang mane satu eh? Ingat nak belajar gak la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by katana83 at 24-8-2006 08:44 PM
aku ada mbr bdk silat.. diaorang ni masuk C***K H*N**I. tapi yg aku x berkenan sket ngan diorang coz ckp besar... ckp silat dia paling sempurna...   tak terkalah.. satu lagi diorang ni anti sgt nga ...



Aku rasa aku tau silat per tu...hehehehe  Betul tu...aku setuju....tiada silat yg paling agong...sekadar ilmu mmpetahankn diri...yg penting jgn memperlekehkan seni silat lain...

Silat juga membentuk rohani dan jasmani bukan utk melahirkn samseng alaf baru.

Org tua tua dulu berkata 'diam diam ubi...semakin diam semakin berisi' ni kalo dh dok melenting tk tentu pasal ni tentu baru jer tu. Baru blajar satu silat jer la tu.

:lebai:

[ Last edited by  Zaidina at 15-12-2006 10:21 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 11:34 PM | Show all posts
masa sekolah menengah dulu ko kurikulum yaneng masuk silat...siap masuk competition lagi...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 15-12-2006 05:57 PM
Penah dengar citer silat kita satu-satunya martial arts yang Bruce Lee takleh kalahkan..betul ke? Kalau betul silat yang mane satu eh? Ingat nak belajar gak la..



itu kena la pi indonesia tanya Bung W.D Mokhtar....

:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 09:42 PM | Show all posts
silat ini sesuai dipraktikkan oleh semua golongan, tapi dah lama tinggal, tak ingat dah....

dulu2 masa nak "tukar" tali pinggang, ada buat upacara mandi bunga....itu pengalaman yaneng, yang lain2 ada ker???
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 01:43 PM | Show all posts
hmm..

pasal mandi2 dlm silat tuh biasa laa..

erm..

pasal bruce lee kalah tuh ek..

bruce lee kalah ngan arwah dato' meor abd rahman (mahaguru silat gayong)

masa dia lawan tuh, dia kena hikmat terpower dlm gayong (kipas senandung)...

ilmu batin laa.. tp, dato kesian, so dia tawar balik..

then, lepas tuh dia balik ke tempat dia, dia buat research pasal silat melayu..

sebab tuh dlm jeet kun do ada silibus macam silat melayu..

dia  main tapak rendah...

dlm beladiri, tapak rendah biasanya silat melayu jek main...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by selendangmerah at 19-12-2006 01:43 PM
hmm..

pasal mandi2 dlm silat tuh biasa laa..

erm..

pasal bruce lee kalah tuh ek..

bruce lee kalah ngan arwah dato' meor abd rahman (mahaguru silat gayong)

masa dia lawan tuh, dia ke ...



Dalam satu versi lagi iaitu yang di ceritakan oleh orang lama gayung  Cikgu Majid Mat Isa,Mahaguru Meor Rahman tidaklah mengguna pukulan Kipas nandung itu sebaliknya hanya menyepak perut Bruce Lee.Kerana kepantasan sepakannya Bruce Lee tidak sempat mengelak atau menepis.Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Kaitak ,Hong Kong.Meor Rahman ketika itu dlm perjalanan ke Amerika Syarikat untuk melawat saudaranya yang sakit.Bruce Lee sendiri meminta Mahaguru menunjukkan permainan silat dan menawarkan beliau berlakon dlm filem game of death.Namun tawaran itu telah di tolak kerana pastinya Bruce Lee sebagai hero nak menang dlm filem tu.Mahaguru juga telah melarang orang silat berlakon dlm filem tu kerana boleh menghina silat.Bruce Lee pernah berpesan kepada murid kanannya iaitu Dan Inisanto supaya mengkaji dan menerapkan silat dalam Seni Jeet Kundo yang diasaskan olehnya.

Pukulan Kipas Senandung bukan Saja terdapat dalam permainan Gayung tetapi wujud dalam banyak silat yang lain.Pukulan yang di gelar secarik kapan di utara semenanjung itu turut terdapat di dalam Silat Rajawali malah Guru silat cekak iaitu Allahyarham Ustaz Hanafi juga turut memiliki  pukulan tersebut.Dikatakan pukulan tersebut adalah salah satu dari empat ilmu tertinggi dalam persilatan.Ilmu yang lain adalah semilir sakti,bisik  semak  dan satu lagi saya dah lupa namanya.ilmu-ilmu tersebut adalah  ilmu dari cabang kebatinan.Ilmu pukulan Zahir yang dikatakan terbaik pula ialah pukulan Tujuh Hari yang wujud dalam permainan sendeng dan silat berdasarkan buah pukul yangt lain spt pukulan mersing.

[ Last edited by  sayapghaib at 20-12-2006 12:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 15-12-2006 05:57 PM
Penah dengar citer silat kita satu-satunya martial arts yang Bruce Lee takleh kalahkan..betul ke? Kalau betul silat yang mane satu eh? Ingat nak belajar gak la..



Bruce Lee menang lawan dengan senibeladiri yang lain kerana tak bertemu buku dengan ruas.Lelaki siam yang di tewaskannya masa  pengambaran Big Bos di Thailand hanyalah samseng biasa bukan terdiri dari guru Muay Thai.cuma Bruce  adalah seorang yang rajin mengkaji dan mudah menerima senibeladiri lain untuk diserapkan dalam jeet kundo untuk menjadikan seni beliau antara yang terbaik.Tapi bukti yang mengatakan seni beliau antara terbaik hanya berlegar di dalam filem dan hanya dengan menewaskan master-master yang bukan benar-benar pakar.biasalah kebanyakan jurulatih beladiri kat luar negeri ni ,belajar tak setara mana tapi dah suruh anak murid panggil Grand Master.

[ Last edited by  sayapghaib at 19-12-2006 04:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by raj-kumar at 21-3-2006 09:30 AM


thanx raden 4 d pic:tq::tq::tq:
cuba kita tarik sarung keris tu...mesti keris tu terjatuh kan.:cak:
cuma yg mushkilnya bila keris2 panjang di dirikan..(macam keris simpanan raden tu...)



Hanya keris yang di buat oleh pandai keris saja yang boleh didirikan.Ini kerana mereka telah mengukur keseimbangan sebelum menempa sesuatu keris.Jika di buat secara tiru-tiru saja sukar untuk keris itu untuk di dirikan.Kerana senjata keris ini penuh keseimbangan ,cara pemilik memegang ,menghunus,mengarah,menikam,melibas dan mengetuk perlu di pelajari dari guru yang mahir menggunakan keris.Pendekar dahulu bila berlawan ,jika dia tak pernah belajar ilmu keris,dia akan mengelakkan dari menggunakan keris kerana keris mudah makan tuan jika tak tahu menggunakannya.
   Bukan semua silat yang ada di negara ini mempunyai ilmu permainan keris.Ini kerana permainan keris penuh seni dan rahsia.Tikamannya sukar di elak.Kekadang musuh pun tak sempat melihat mata keris menghala ke tubuhnya.Di Kuala Lumpur ada satu perguruan seni permainan keris iaitu Seni Silat Keris Lok Sembilan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 11:55 AM | Show all posts
hehehe org gayung ja taw kipas senandung 2 apa.... di utara x pakai secarik kapan.... tapi koyak kapan... nama semua org boleh buh... gerak koyak kapan ni anatara gerakan bahaya dalam gayung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 02:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 03:37 PM | Show all posts
silat sangget ade sape2 tau tak???klu ade video ke bleh ar bagi link die....aku pernah dengar orang tua2 cakap tapi tak pernah tengok macam mane silat nie....ade sape2 tau?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 10:15 PM | Show all posts
sangget ke senget ..??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 11:46 PM | Show all posts
Belajar silat ni bagus. Asalkan jangan masukkan jin dalam badan. Bakar kemenyan untuk masukkan jin dalam badan. Nak buang pun payah.

Macam cerita kawan aku. Tok guru dah ajar yang bagus kemudian cari guru lain masukkan punyalah banyak raja jin dalam badan konon nak jadi kuat last2 sakit. Mintak tok guru asal tolong buang raja2 jin tersebut.

Dalam gerakan silat pergerakan yang pantas amat penting dan selalu praktis gerakan2 yang diajarkan oleh tok guru. Dalam pergerakan bunga silat juga ada rahsianya siapa yang belajar tahulah apa kegunaannya ketika melawan musuh.

Juga untuk jadi panglima banyak amalan, orang2 yang terjun dalam arena panglima ni tahulah punya lah banyak amalan2 yang ditinggalkan oleh panglima2 terdahulu seperti Kiyai salleh Panglima Bin Karim, Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Pawang Nong, Tok Kenali, Wali Songo, Tuanku Imam Bonjol dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065332 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list