CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Perceraian - bagaimana nak ajar anak memahami

[Copy link]
 Author| Post time 3-7-2006 02:23 PM | Show all posts
Gara-gara ibu bapa bercerai: Dua beradik ke rumah kebajikan
Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD

KUALA LUMPUR 30 Jun - Akibat pertelingkahan bekas suami isteri profesional, dua beradik perempuan masing-masing berumur sembilan dan 10 tahun kini terpaksa tinggal di rumah kebajikan sebagai tempat perlindungan mereka.

Ibu mereka, Norlina Nordin berkata, kedua-dua anak perempuannya itu kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras sejak 22 Jun lalu atas perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Lebih menyedihkan Norlina, 39, sebaik sahaja dimasukkan ke institusi itu, beliau mendakwa kebajikan anak-anaknya terabai.

Dari segi kasih-sayang, katanya, mereka tidak dibenarkan berjumpa keluarga manakala dari segi hak mendapat pendidikan pula, kanak-kanak itu tidak ke sekolah sejak dimasukkan ke rumah kebajikan tersebut 22 Jun lalu.

憫Sejak dimasukkan ke situ, pelbagai alasan diberikan oleh pihak pengurusan rumah kebajikan itu untuk tidak membenarkan saya berjumpa anak-anak. Abang dan datuk mereka juga tidak dibenarkan berjumpa mereka berdua.

憫Saya bimbang kedua-dua anak saya itu kini dalam keadaan trauma dengan apa yang berlaku ke atas diri mereka,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


spidernfly This user has been deleted
Post time 4-7-2006 10:23 AM | Show all posts
penceraian is not good but if it means in the best interest of everyone, then get divorce. my parents were divorce when i was 18yrs old. but everything works out for everybody. obviously in the beginnig it was messy. :gado: but after a while .... it cooled down. i was happy when they were together... but i was happier when they seperated coz they are much more content. the only reason why they stayed together for that long was because i was still in school. if not they wouldve divorced earlier. both my mum & dad are great, good people. its just that they cant live together.  i love them all the same, together or seperated...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 10:54 AM | Show all posts
ermm rynn pernah laluinya..
my parents suatu masa dulu pernah bergaduh dan hampir bercerai masa tue rynn baru darjah 5...
tapi rynn fikir dari keadaan berlarutan dan mak ayah rynn terseksa
rynn sebagai anak redha jerk waktu tue...
mak dan ayah pernah tanya rynn nakpilih sapa rynn kata klau boleh tak molah berpisah
tapi klau terpaksa membuat pilihan gak rynn pilih mak
tapi setiap hari berdoa dan menangis akhirnya mak dan ayah still bersama kerana anak-anak
bg rynn kita sebagai anak2 tak boleh mementingkan diri
memang kita klau boleh nak kedua-duanya skali
tapi klau hati dan perasaan kedua mereka terseksa buat apa
so baik kita hadapinya secara positif....
rynn rela korbankan perasaan rynn agar mereka bahagia
so pada rynn anak-anak nie kita kene bagi tau keadaan sebeanr
kene berterus terang biar mereka faham
jgn selindungkan dari mereka
sebab bila mereka dewasa mereka akan faham akhirnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 3-7-2006 02:23 PM
Gara-gara ibu bapa bercerai: Dua beradik ke rumah kebajikan
Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD

KUALA LUMPUR 30 Jun - Akibat pertelingkahan bekas suami isteri profesional, dua beradik perempuan masing-masi ...


Dua kanak-kanak perempuan diserah semula kepada ibu
PETALING 19 Julai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 09:57 AM | Show all posts
Hormatilah keputusan anak

Soalan

Saya mempunyai tiga orang anak daripada perkahwinan yang terdahulu. Setelah berkahwin lain saya berbincang dengan bekas isteri untuk hak penjagaan. Masalahnya bekas isteri saya selalu membuat kecoh dan mengugut untuk mengambil semula anak-anak.

Setelah berbincang dengan anak-anak, dua daripada mereka memilih untuk tinggal bersama ibu mereka dan seorang lagi ingin tinggal bersama saya. Tetapi bekas isteri masih mahu semua anak tinggal bersamanya dan selalu mengugut saya. Bolehkah saya mendapat hak penjagaan mutlak atas anak saya yang seorang itu. Dia sudah memilih mahu tinggal bersama saya. Kami bukan mahu berebut tetapi ini demi kebaikan anak-anak.

- Malim Dewa,

Kuala Lumpur.

Jawapan

Kami amat bersetuju dengan cara saudara berbincang secara baik dengan bekas isteri. Malah ini menunjukkan bahawa saudara menghormati bekas isteri dan juga pandangan serta pendapat anak-anak.

Sememangnya dalam membuat apa-apa keputusan yang berkaitan dengan anak-anak, kepentingan dan kebajikan anak-anak ialah perkara pokok yang harus dititikberatkan. Malah apabila sudah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), pada kebiasaannya mahkamah akan meminta pandangan anak-anak sama ada mereka mahu tinggal dengan ibu ataupun bapa.

Untuk mengelakkan perebutan pada kemudian hari, adalah dinasihatkan saudara membuat satu permohonan hak hadhanah anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur. Walaupun ada persetujuan secara lisan antara saudara dan bekas isteri, namun itu tidak membawa apa-apa kesan dari segi perundangan. Hanya perintah mahkamah memberikan pemutus kepada hak hadhanah anak-anak saudara.

Seksyen 86 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 mengatakan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah hadhanah. Mahkamah akan membuat perintah dengan melihat kepada kemahuan ibu bapa dan juga kemahuan anak-anak. Mahkamah akan cuba mengimbangkan kemahuan kedua-dua pihak ini.

Hak hadhanah juga tidak semestinya diberikan kepada satu pihak sahaja. Seperti dalam kes saudara, mahkamah tentunya akan mempertimbangkan pilihan anak-anak saudara dan jika melihat kepada kebajikan dan kepentingan anak-anak, mungkin juga mahkamah akan memberikan hak hadhanah seperti yang dipohon.

Apabila keputusan telah dibuat, maka saudara dan bekas isteri wajib mematuhinya. Jika bekas isteri masih berkeras mahukan hak hadhanah terhadap kesemua anak-anak, dia hendaklah juga mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu.

Walaupun hukum syarak menekankan bahawa ibulah orang paling berhak terhadap hadhanah anak-anaknya, namun yang lebih penting ialah kepentingan dan kebajikan anak-anak tersebut. Ibu bapa haruslah lebih sensitif dalam hal ini dan hormatilah pendapat dan pandangan anak-anak.

Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Panel Peguam Sisters In Islam di alamat No. 25, Jalan 5/31, 46000, Petaling Jaya atau telefon 03-7960 6122 pada hari Isnin dan Jumaat sahaja atau faks 03-7960 4737 atau e-mel:

sistersinislam@pd. jaring.my.
Reply

Use magic Report

sapi This user has been deleted
Post time 29-9-2006 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 1-3-2006 02:49 PM
Ada orang yang bercerai ketika anak nye masih kecil, tak tahu apa2
Ada orang yang bercerai ketika anaknya sudah besar

so,

mcm mana nak jelaskan pada anak ttg perceraian, yang mana mak ngan a ...



Perceraian adalah di antara ayah dan ibu...ianya tiada kene mengena langsung dengan anak2.Yg bercerai ibu bapa bukan anak2...anak2 tetap anak anak kita ..takleh dipisahkan.

Sebaik2nya ayah ibu ni bercerai cara baik dan diplomatik...elakkan dari bertengkar di hadapan anak2 kerana ianya akan menjejas emosi mereka.Jelaskan pd mereka yg walaupun ayah ibu tidak dapat hidup bersama tetapi mereka tetap anak2 ayah dan ibu dan mereka tak kan berpisah dengan ayah ibu.Walau apa pun terjadi ayah dan ibu akan tetap mengambil berat tentang mereka dan akan tetap menyayangi mereka.Penjelasan ibu ayah kpd anak2 harus jelas dan meyakinkan anak2 baru lah anak2 akan merasa selamat,tidak ada perasaan kehilangan.Ibu ayah pun mestilah kota kan apa yg dikata.Mestilah selalu menalipon dan menjenguk mereka..jgn menghilangkan diri.:
nerd:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2006 12:05 PM | Show all posts
Baru teringat nak upkan balik thread ni.  Nak tanya pendapat forumners semua

Seorang ibu meninggalkan/mengabaikan keluarga dan anak-anak sebab inginkan "kebebasan" ie. bebas bersosial di kelab-kelab sehingga "terjebak" dengan lelaki lain.  Bila bercerai, dia tak mahu anak-anak tu, custody pada ayah mereka.  Sekarang ni si ibu  dah berkahwin lain dengan mat saleh dan menetap di luar negara.  Sekali-sekala ada menelefon anak-anak dan jumpa sekejap setahun sekali.

Buruk baik itu tetap ibu mereka tapi perlu tak cerita pada anak-anak apa sebenarnya yang berlaku?  Ataupun ada keadaan tertentu saja yang menyebabkan kita perlu cerita?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 12:26 PM | Show all posts
selalu budak2 terperangkap dlm situasi nih kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sapi This user has been deleted
Post time 29-9-2006 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 29-9-2006 12:05 PM
Baru teringat nak upkan balik thread ni.  Nak tanya pendapat forumners semua

Seorang ibu meninggalkan/mengabaikan keluarga dan anak-anak sebab inginkan "kebebasan" ie. bebas bersosial  ...


:nerd:
Apa yg terjadi memang tak perlu diceritakan sebab budak2 tu akan hilang hormat pd mak dia sendiri cuma terangkan pd anak2 yg mak dah tak leh hidup bersama ngan ayah.Tu aje.Anak2 tak perlu tahu knp ibu ayah bercerai sebab it's too personal lah.Just bilang dorang ayah ngan ibu dah tak leh hidup bersama dan mereka harus terima takdir dari tuhan dan mereka harus tabah dan sabar menempuh kehidupan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by spidernfly at 4-7-2006 10:23 AM
penceraian is not good but if it means in the best interest of everyone, then get divorce. my parents were divorce when i was 18yrs old. but everything works out for everybody. obviously in the beg ...



same goes here, but it all happened a little earlier than you spid...mom & dad divorced masa umo lebih kurang 9 years old, tapi back then i tak tahu sebab tengok diorang masih duduk sebumbung, cuma i was a little bit curious kenapa dad tido bilik lain, mom tido bilik lain...then my grandma dapat tahu rupanya my parents dah bercerai dalam diam2 taknak citer kat keluarga...so bisinglah arwah tu, siap report kat emo...time tu emo ingat lagi, arwah nenek citer masa on the way nak ke pasar, emo meraung sekuat2 hati masa tuh....of course as a child the moment dapat tahu diorang bercerai, i blamed myself....i thought i was the reasons...

then parents berbaik semula sebab risau tengok me cam tension semacam....but memang jodoh diorang tak panjang, bercerai lagi sekali..but this time around they do the right thing...they told me...of course sedih but diorang explain habis2an why they divorced...apa kebaikan & keburukan if they still remains as husband & wife...then i mula faham dan boleh terima sedikit demi sedikit....

and i found that they become a better person after divorce, and relationship lebih baik cam kawan baik jek...after abt 5 years dad temu jodoh lagi sekali, and hubungan mom dgn dad & his wife and adik2 i dari mom baru pun boleh kata rapat lah jugak....

so i guess, cara terbaik ialah dengan explain until anak2 faham...janganlah nak tipu2 or hasut2 anak supaya tak suka the other party - after all parents diorang tetap parents jugak walaupun parents tu dah berpisah...hubungan anak dengan father and mother takkan putus sampai bila2...it is difficult to make children understand, tapi kena jugak explain why if must, make them understand so that diorang takkan salahkan diri diorang....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 07:16 PM | Show all posts
time norsha divorce dulu..norsha takleh nak explain word cerai to my doter coz she was so young at that time, baru aged 3...apa yg norsha bagitau just mummy and daddy dah takleh duduk sama2 sb kalo duduk sama2, nanti mummy dgn daddy gaduh2..i didnt know if she understood this at that time..tapi tu je explanation yg i leh bagi to my doter if she asked kenapa mummy n daddy tak duk sekali..

tapi norsha tak penah memburuk2 kan daddy dia walaupun she stayed with me and my doter pun bebas to stay with the father's new family during school's holiday..until now..for me, bila dia dah besar nanti, sure dia akan menilai sendiri yg mana baik, yg mana buruk..let time decides..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 07:54 PM | Show all posts
you are doing the right thing norsha...though yr doter kecil lagi, it is better to start explaining dari awal2 so bila dia dah besar dia sendiri akan menilai....one thing i can say is you will have a matured doter, trust me on that.....and that will help her a lot in future...

yang penting kita jangan buruk2kan ayah/bekas spouse...macam my parents, they always said  good things abt each other kat me & brother so that rasa hormat tu sangat tinggi pada parents, cuma diorang explain why tak boleh stayed married...later on i begin to understand...and i learned a lot from their mistakes...

i have an untie yang suka buruk2kan bekas suami, impactnya kena pada anak2 - anak2 jadi pendendam, takde rasa hormat pada father diorang, lama2 ada masalah sikap segala...lepas tu menyalahkan ibu bapa punca diorang jadi begitu sebab penceraian....my untie tension tapi dah tak boleh buat apa sebab salah dia jugak memburuk2an bekas suami (though memang suaminya tu ada slack)....now, nak suruh bercakap dengan bapa pun anak2 taknak kecuali terpaksa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 29-9-2006 12:05 PM
Baru teringat nak upkan balik thread ni.  Nak tanya pendapat forumners semua

Seorang ibu meninggalkan/mengabaikan keluarga dan anak-anak sebab inginkan "kebebasan" ie. bebas bersosial  ...



kakfie, pada emolah (ni sekadar pendapat ya)...si ibu tak perlu ceritakan tentang keburukan sikapnya dahulu yang jadi punca terjadinya penceraian...cuma cukup sekadar mengatakan dia ada buat kesilapan di dalam perkahwinan dan dia terburu2 membuat keputusan, dan sesal kerana anak2 terpaksa terima keadaan parents yang berpisah...cukup sekadar itu...but she have to make them understand that no matter what was the issue pun, her love towards her children tak berubah...

anak2 nih (as i once dulu budak2 yang come from a broken marriage) sebenarnya just nak kan assurance that mom & dad walaupun terpisah tapi tetap sayang pada diorang, memang dalam hati teringin nak ada parents yang dapat makan sama2 waktu makan, bergurau senda as one big happy family, but if dapat diterangkan that sometimes life can't give us everything....nanti dia sendiri akan faham bila sampai waktunya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:24 PM | Show all posts
sedih pulak lah baca experience norsha and emo.  This is one of the areas yang eventhough kita banyak baca dan dengar tapi tak mungkin akan faham the emotional side of it kalau tak alami sendiri kan.   Witnessing my nephews dari broken marriage memang diorang nampak blur dan confused.  Walaupun seriang kanak-kanak lain tapi kadang-kadang  their behaviour mirrors their psychological/emotional disorientation.  Kesian sungguh.
Hopefully one day diorang dapat menilai sendiri yang mana baik dan yang mana tidak tanpa perlu dipaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 05:49 AM | Show all posts

Reply #32 hemorion's post

i hope i can have a matured doter la emo...sb now nie, walaupun she's 10, still tak matured..
actually norsha pun tak tahu what's inside her mind..either she's okay with the current situation atau she's just simpan her dissatisfaction or she's trying to forget all the bad things yg terjadi (the latest tu yg norsha takut sb norsha tengok dia mudah sgt lupa..)
mmg she looks happy..tapi inside, only God knows..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 11:14 AM | Show all posts
do not worry norsha, she will....it's just a matter of time...

since dia tinggal dengan you, then you have to be her friend, listen to her more, encourage her to open up apa yang terbuku di hati....yang penting make sure that she really understand the whole situation....

you can start off dengan give her a beautiful diary, teach her to pour all her thoughts dalam diary...this way dia slowly akan dapat leraikan sendiri confusion dia if she has any....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2006 04:55 PM | Show all posts
sampai skrg aku tak reti nak explain camner......aku cuma menulis shj......LIFE...Never been easy....


Son, daddy always remembers your big round eyes, your smile, first time you stood and walked alone, everything. Daddy knows you loves pizza so much, you like to throw your toys when you felt bored and you keep asking questions that only one day daddy can explain to you. Son, you are too young to understand about life, too young to know about what happened between mummy and daddy, where marriage is like a cycle, ups and downs.

I am sorry my son. It抯 not easy for daddy to decide to end marriage between mummy and daddy but after spend a long time trying to solve problems; we just can抰 fix the problems. Daddy knows, our whole world just fell apart. Daddy knows it really upsets you. One of us moves out of the apartment and lives somewhere else. It seems strange at first but daddy tried to make it normal. Hopefully it can feel good knowing you have two places where someone loves you; there are mummy and daddy.

One coming day, daddy will tell the truth and never lie to you. Wouldn抰 you like to know what would happen in the future? It can really hard dealing with divorce but try to remember you are not alone. Everything will turns out fine and who know you just might be surprised at how good the future turns out to be.
.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by BingkaUbi at 30-9-2006 04:55 PM
sampai skrg aku tak reti nak explain camner......aku cuma menulis shj......LIFE...Never been easy....


Son, daddy always remembers your big round eyes, your smile, first time you stood and walk ...


very touching la bingka.  Berapa umur your son now bingka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 30-9-2006 05:32 PM


very touching la bingka.  Berapa umur your son now bingka?




2 boys, 6 & 3 years old Kak Fie.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 08:47 PM | Show all posts
i rasa sedih for you bingka....your words really touched my heart - being there as a child, being an adult though in marriage sometimes i know it's hard to predict the future....

just keep on writing...and one fine day, after they are big enough to understand...make them understand...as my parents did to me...

you know what, 1 day i ter accident jumpa my mom's diary....mom's a bit hard to talk abt things, tak macam my dad...i cried over & and over again...knowing how sometimes life can be not as what we  expect them to be...and i begin to understand her more, her frustrations, her confusion, her mistakes, dad's confusion, campurtangan keluarga, etc., and i begin to realise that the divorce give both of them some peace of mind.....and i am glad...

and one thing good for both me & brother...kami sama2 fight so hard to be the best wife & husband to our spouse, kami belajar dari kesilapan parents dulu....so you see..a divorce sometimes not that bad, sometimes it can be a blessing, if not to you..perhaps to your children...amin.

[ Last edited by  hemorion at 1-10-2006 08:51 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.210843 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list