CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Perceraian - bagaimana nak ajar anak memahami

[Copy link]
Post time 6-10-2006 02:18 PM | Show all posts
memang anak2 susah nak faham tentang perceraian ni..Nak2 kalau budak tu masih kecik lagi, jd jalan terbaik tunggu masa yang sesuai ceritakan hal sebenar..Cari bing buat tu wanie salute jgk, "One coming day, daddy will tell the truth and never lie to you" Memang pd mula dorang takkan faham kedudukan yg sebenar, tp kalau kite terus dekat dgn dia, dan bercerita dari mata ke mata, dari hati ke hati..Sy pasti dorang akan akur dengan ape yg berlaku..

Sy bercakap dari pengalaman sy sendiri, parent sy divorce mase sy dlm tadika, pertengkaran berlaku depan mata sy, kat situ sy tgk satu persatu pertengkaran, sampai mak sy masuk hospital jahit kaki, sebab masuk serpihan kaca, dan saya satu2 nya anak yg jd perebutan antara ayah dan mak saya, pengalaman sy masuk 'kandang mahkamah" tu xkan sy lupakan..Sy akui sy keliru, marah, tertekan dgn ape yg berlaku, tp lama2 sy dapat faham sendiri tanpa ibu bapa menceritakan hal sebanar..Mak sy bercerai 2 kali, first sy masih tadika, 2nd umur sy 21, Raya tahun lepas, perpisahan kedua sebab tentangan hebat dari keluarga ayah tiri sy selepas 11 tahun berkahwin..Alhamdulillah sy dapat terima, walaupun agak tertekan..

kesimpulan dari cerita sy, cube bercakap dengan dorang agar dorang tak menyalahkan diri sendiri @ parent dorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by hemorion at 30-9-2006 11:14 AM
do not worry norsha, she will....it's just a matter of time...

since dia tinggal dengan you, then you have to be her friend, listen to her more, encourage her to open up apa yang terbuku di hati ...



Mengapa Ibu Lebih Rapat Dengan Anak-Anak?

   1. Kerana ibu mengandungkan si anak di dalam rahimnya selama sembilan bulan sepuluh hari. Mereka berkongsi saluran pernafasan dan saluran makanan yang sama.
   2. Ibu lazimnya mengasuh, membela dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa.
   3. Tangan ibu menyuapkan makanan ke mulut si anak.
   4. Anak perempuan mahupun anak lelaki sering bersama, bertemu dan mengadu hal kepada ibu.
   5. Ibu lebih bersifat lemah lembut dan lunak hati. Ini yang memudahkan anak berhubung dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6/10/06 02:37 PM



Mengapa Ibu Lebih Rapat Dengan Anak-Anak?

   1. Kerana ibu mengandungkan si anak di dalam rahimnya selama sembilan bulan sepuluh hari. Mereka berkongsi saluran pernafasan dan saluran makan ...


:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2006 10:02 AM | Show all posts
Perceraian beri tekanan kepada anak


PERCERAIAN sering kali berakhir dengan beberapa perkara yang menyakitkan. Kesan dan tempiasnya bukan saja kepada pasangan suami atau isteri berkenaan tetapi turut mengheret anak mereka dalam dilema yang tidak sepatutnya.

Sehinggakan, ada anak masih mentah dan tidak mengerti langsung, menjadi keliru dengan apa yang terjadi kepada keluarganya. Misalnya, seorang anak kecil mungkin bingung dan tertanya-tanya mengapa ibu bapanya tidak hidup sebumbung lagi. Si anak kecil itu mungkin lebih pelik jika terpaksa berpisah dengan adik beradik yang lain.

Kajian psikologi menunjukkan, perceraian boleh menimbulkan tekanan dan trauma untuk memulakan hubungan baru. Begitulah juga dengan kanak-kanak. Kajian yang pernah dibuat mendapati, perceraian adalah penyebab tekanan kedua paling tinggi, selepas kematian pasangan hidup.

Umumnya, suami dan isteri yang bercerai akan lebih bersedia menghadapi perceraian itu jika dibandingkan dengan anak. Sebelum bercerai, biasanya pasangan terbabit akan berfikir semasak-masaknya dan mempertimbangkan baik buruk jika perceraian itu berlaku. Dalam erti kata lain, pasangan itu sudah ada persiapan mental dan fizikal bagi menghadapi situasi itu.

Bagaimanapun, tidak dengan anak mereka. Mahu tidak mahu, anak lazimnya mesti menerima keputusan yang sudah dibuat oleh orang tua. Jarang sekali ibu atau bapa ingin mengambil atau menerima pandangan anak, apatah lagi jika mereka masih kecil.

Kita harus akui perceraian meninggalkan kesan negatif. Anak khususnya, akan menghadapi kejutan kesan perpisahan yang tidak mereka relakan. Kesan psikologi amat mendalam terhadap anak yang membesar, sehingga mungkin boleh menjejaskan pelajaran mereka di sekolah.

Kanak-anak ini juga sedikit sebanyak terdedah kepada kesan perpisahan antara ibu dengan bapa

apabila dewasa nanti, jika perkara ini tidak ditangani dengan baik. Justeru, bagi pasangan yang bercerai mereka hendaklah ketepikan kepentingan diri sendiri demi menjaga kesejahteraan anak.

Apa yang terjadi kepada pasangan berkenaan mungkin kerana tiada persefahaman lagi, dan masing-masing sudah mengambil keputusan untuk bercerai selepas difikirkan secara mendalam mengenai kesannya.

Bagaimanapun, ingatlah biar apa keputusan dibuat pastikan anak tidak terlalu berasakan kesan daripada

perpisahan itu. Oleh itu, cara perbincangan dan sikap tolak ansur adalah langkah terbaik. Jangan biarkan anak berterusan menerima rencatan emosi atau tergugat kestabilan perasaan selamatnya.

Sebagai ibu bapa, fikirkan tindakan terbaik untuk mengurangi kesan negatif perceraian itu khususnya bagi perkembangan mental anak mereka. Ingatlah, anak memerlukan kasih sayang dan ingin kedua ibu bapanya menjadi sebahagian dalam hidupnya.

FAKTA:

Kaedah agar anak dapat menerima perubahan yang terjadi akibat perceraian:

Sebelum Berpisah

Biasanya berlaku banyak konflik dan pertengkaran. Kadang-kadang pertengkaran itu didengari. Realitinya, pertengkaran ibu bapa akan membuatkan anak berasa takut. Anak tidak pernah suka melihat ibu bapa bertengkar kerana kesannya hanya membuatnya berasa takut, sedih dan bingung. Jika sering melihat dan mendengar pertengkaran orang tua, anak boleh berubah menjadi pemurung. Oleh itu adalah penting untuk tidak bertengkar di depan anak.

Ketika Berpisah

Detik yang kritis buat anak. Berbagai perasaan berkecamuk di dalam diri anak. Pada masa ini anak harus mula menyesuaikan diri dengan perubahan hidupnya yang baru.

Ibu bapa juga mesti ingat, proses adaptasi pada umumnya memerlukan waktu. Pada awalnya anak akan sukar menerima kenyataan bahawa ibu bapanya tidak lagi bersama. Oleh itu, sebelum berpisah ajaklah anak untuk melihat tempat tinggal yang baru (jika harus berpindah).

Perkara yang biasanya dirasakan anak apabila ibu bapa bercerai:
Tidak aman

Tidak diinginkan atau ditolak oleh ibu bapa yang pergi.

Sedih dan kesepian

Marah

Kehilangan

Berasa bersalah

Mnyalahkan diri sendiri sebagai penyebab orangtua bercerai.

Perasaan dialami di atas oleh anak mungkin diluahkan dalam bentuk perilaku seperti suka mengamuk, menjadi kasar, dan tindakan agresif lainnya

Menjadi pendiam, tidak lagi ceria, tidak suka bergaul, sukar bercakap serta suka melamun
Reply

Use magic Report

mc_nors This user has been deleted
Post time 7-12-2006 01:10 PM | Show all posts
Assalamualaikum..

sekadar berkongsi pengalaman Nor sebagai Ibu tiri kepada dua orang anak...

memangler pada permulaan memang sukar untuk anak2 terima... tapi peranan ibu bapa tu memainkan peranan besar...
bagi Nor, ibu bapa yang bercerai tidak harus memburukkan pasangan masing pada anak2.. terangkan dengan cara yang baik..

Kasih sayang janganlah berkurangan...walaupun ibu bapa tu dah berkahwin lain... mcm Nor hb amik anak dia 2mngu sekali.. Nor bagi kasih sayang yang sebaiknya tuk anak2 tiri Nor.. pada permulaan perkahwinan kami.. sukar anak tiri Nor nak terima.. tetapi lama kelamaan alhamduluillah....  tiap kali kami nak hantar kat rumah ibunya.. mesti dia nangis... nak ikut kitaorg balik... Mak & ayah nor pn mainkan peranan ...sentiasa nasihatkan Nor agar jangan abaikan anak2 tiri Nor.. Nor bersyukur dengan kehidupan sekarang...

Pada pasangan yg bercerai & berkahwin lagi.. nasihat Nor.. bahagilah kasih sayang kat anak2 sama rata.. sentiasa nasihatkan pasangan tuk menerima anak seperti anak sendiri...

bagi mereka yang menjadi Ibu tiri... jangan beza2kan anak2 kita ngan anak2 tiri kita.. kita tak tahu apa yg akan jadi apabila mereka besar nanti.. banyak cerita yg Nor dengar... anak tiri yang menjaga ibu tiri, sedangkan anak sendiri mengabaikan ibu bapa.. so fikir2 kan lah..bagi yang terbaik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 01:53 PM | Show all posts
bagaimana pula dgn hubungan anak2 tiri (rasa mcm tak best plak sebut anak tiri) dgn anak2 kak nor sendiri?

after all, dorang tuh tetap adik bradik
Reply

Use magic Report

Follow Us
mc_nors This user has been deleted
Post time 7-12-2006 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 7-12-2006 01:53 PM
bagaimana pula dgn hubungan anak2 tiri (rasa mcm tak best plak sebut anak tiri) dgn anak2 kak nor sendiri?

after all, dorang tuh tetap adik bradik


mmm... K.Nor bersyukur sangat... sbb hubungan diaorg baik... tiap kali amik AT, anak Nor lak tak henti2 nak cium..macam dia rindu sangat kat abg dia... and klu ada apa2.. abg lak selalu jer jaga adik dia... harap hubungan mereka rapat sampai bila2... anak hb yg sulung 6 thn, yg 2nd 6 thn anak akak lak 2 thn lebih... & ada sorang lagi dlm perut ni...he..he

tapi sedih sangat...tuk dapatkan hak untuk bersama anak2, hb akak terpaksa naik turun mahkamah.... & mahkamah perintahkan 2 kali seminggu jer tuk bersama anak... tapi anak hb yg no.2 tu mak nya tak bagi... sedey bila ingat kisah hb... selalu hb nangis bila ceritakan hal anak2 dia.. bg Nor hb adalah seorang yang bertanggungjawab... Insyaallah kami akan ke mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak2 hb, memandangkan ibunya ada kes polis... doakan kami semoga berjaya key... akak kesiankan nasib anak2 hb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 12:47 PM | Show all posts
saya rasa tiap kali nak sebut (nak mentioned anak2 hb, mesti hati akan rasa tsentuh kan? coz akak dah anggap mcm anak sdiri kan? kalau akak tak selesa, akak just type gelaran yang akak gembira nak panggil.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mc_nors This user has been deleted
Post time 13-12-2006 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 12-12-2006 12:47 PM
saya rasa tiap kali nak sebut (nak mentioned anak2 hb, mesti hati akan rasa tsentuh kan? coz akak dah anggap mcm anak sdiri kan? kalau akak tak selesa, akak just type gelaran yang akak gembira nak  ...


itulah..entah nak sebut ngan perkataan apa lak ya.. ala.. akak bahasakan ngan paggilan yg akak panggil lah..he..he Along & Aisyah... he..he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2006 02:35 PM | Show all posts
ok. kita panggil along and aishah lah yea.
tak mo lah kita bincang2 pasal nih
kita panggil anak tiri, anak tiri
akak terasa hati. maklumlah, saya pasti akak pun tak mo gelar dorang anak tiri ke apa

so, dlm kes nih
famili sebelah mak si along ngan aisyah nih
ada tak timbulkan apa2 masalah?
maksud saya, selain dari mak dorang berdua nih?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by mc_nors at 7-12-2006 03:47 PM


mmm... K.Nor bersyukur sangat... sbb hubungan diaorg baik... tiap kali amik AT, anak Nor lak tak henti2 nak cium..macam dia rindu sangat kat abg dia... and klu ada apa2.. abg lak selalu jer jag ...


mintak maaf nor..tapi dari citer nor nie, norsha nampak yg ex wife hubby taknak bagi the children duduk dgn u and ur hubby..
just an advice..tak perlulan bawak sampai ke mahkahmah rebut2 the kids..let the kids stay dgn her mom..as for ur hubby..bawak la sekali sekala jer..sb for norsha, kids lebih rapat dgn mom as for the reasons Syd bagi kat atas tu..lagipun not good la for the kids turun naik mahkahmah..sb it's not ez nak ubah custody the kids..sb 1st akan jatuh kepada mak..kalau ada reason2 yg menghalang..2nd, akan jatuh kepada grandmom belah mak dulu..3rd, baru the dad..norsha harap u dah tanya ur lawyer pesal this thing before keruhkan suasana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 12:09 PM | Show all posts
cuba amik contoh terkini;

mcm mana perceraian beri kesan

pada sawie
pada arnie
pada anak2

sampai report polis semua
Reply

Use magic Report

mc_nors This user has been deleted
Post time 14-12-2006 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by norsha at 14-12-2006 08:44 AM


mintak maaf nor..tapi dari citer nor nie, norsha nampak yg ex wife hubby taknak bagi the children duduk dgn u and ur hubby..
just an advice..tak perlulan bawak sampai ke mahkahmah rebut2 the k ...



thanks tuk pandangan norsha... :love:

bagi Nor & hubby Nor tak kisah klu dia betul mendidik anak dengan cara yang betul...Nor faham kasih dan sayang seorang ibu tuk anak2nya... nor pun ada anak & Nor tak leh berenggang ngan anak Nor...tetapi banyak penyebab yg mendorong kami tuk amik mereka... terlalu kesiankan anak2 yang memerlukan kasih sayang ibu & bapa yang sewajarnya... sukar untuk Nor cerita kat sini...

tuk pengetahun norsha juga... X wife hubby juga pernah berkahwin selama 5 bulan & selepas perceraian dia dengan lelaki tu, x husband dia tu datang jumpa hubby & suruh hubby amik anak2 tu demi masa depan mereka... banyak sebab yang tak boleh nor cerita kat sini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2007 09:01 AM | Show all posts
Kanun lapuk perlu dipinda
Oleh Halina Mohd Noor


Beberapa peruntukan dalam Akta Perkahwinan dan Perceraian serta Akta Kanak-Kanak cabuli hak anak

AWAL tahun ini ada disiarkan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang membunuh diri selepas kecewa apabila tidak dapat meneruskan sesi persekolahan baru. Apa yang menyedihkan, kanak-kanak berkenaan bukannya tidak ada ibu bapa, tetapi gara-gara perceraian mereka, beliau menjadi mangsa. Sudahlah ibunya enggan membayar yuran sekolah, kanak-kanak itu bertambah kecewa apabila aduannya dipandang sepi si ayah. Lebih menyedihkan, beliau dimarahi ayahnya hanya kerana menuntut haknya sebagai anak.


PERLU PINDAAN: Akta Kanak-kanak 2001 masih mempunyai
kekurangan dalam melindungi kanak-kanak terbiar. - GAMBAR HIASAN

Ini adalah antara senario yang biasa berlaku apabila pasangan suami isteri bercerai. Anak menjadi mangsa melepaskan dendam dan amarah yang terbuku walaupun mereka tidak bersalah. Hak mereka dinafikan begitu saja seolah-olah mereka itu pengemis yang meminta simpati untuk dikasihani sedangkan sudah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membesarkan serta memastikan segala kebajikan mereka terbela. Amat menghairankan apabila seorang remaja terpaksa menuntut di mahkamah agar bapanya menanggung kos bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej.

Tidak setakat menjadi mangsa pengabaian ibu bapa, bayi dan kanak-kanak yang tidak pernah meminta untuk dilahirkan turut menjadi mangsa kekejaman serta kecuaian orang dewasa. Tubuh yang tidak bermaya itu tidak mampu untuk melawan dan mempertahankan hak mereka sebagai manusia menjadikan golongan dewasa yang tidak berhati perut bebas melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Statistik terkini menunjukkan peningkatan ketara kes penderaan kanak-kanak iaitu daripada 934 kes pada 2001 kepada 1,800 kes pada 2005. Di mana letaknya hak kanak-kanak untuk membesar secara sempurna dan menjalani hidup dengan lebih baik? Mungkin tidak ramai yang menyedari ada beberapa peruntukan berkaitan hak kanak-kanak yang lapuk dan perlu diubah demi memastikan nasib mereka terus terbela.

Beberapa kertas kerja yang dibentangkan pada Persidangan Undang-Undang Keluarga 2007 bertema Undang-Undang Keluarga Abad ke 21: Cabaran dan Arah Masa Depan, mencadangkan beberapa peruntukan yang ada dalam Akta Perkahwinan dan Perceraian serta Akta Kanak-Kanak digubal bagi membela nasib kanak-kanak dan remaja.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM, Shah Alam, Rafizah Abu Hassan dan Hartini Saripan mengusulkan Pembentukan semula undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) Akta 1976 (LRA) untuk bukan Islam, bagi membolehkan remaja berusia 18 tahun terus ditanggung oleh ibu bapa meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

揝eksyen 19 dalam Akta 1976 mengatakan tanggungan ke atas anak bubar sebaik mereka mencecah usia 18 tahun atau lupus kecuali mereka hilang keupayaan fizikal atau mental yang berlaku kemudian. Amat menyedihkan apabila ibu bapa tidak lagi bersama, undang-undang di Malaysia menganggap anak mereka khususnya yang bukan Islam bersikap berdikari sebaik mencecah usia 18 tahun.

揝egala-galanya termasuk yuran tuisyen perlu ditanggung sendiri oleh remaja ini. Amat mengecewakan jika langkah tidak diambil bagi memastikan nasib remaja ini terbela ketika pengajian ke peringkat tinggi amat penting dan menjadi idaman kebanyakan rakan seusia mereka,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2007 09:13 AM | Show all posts
Perceraian: elak anak jadi mangsa
Oleh W. RAHIMAH DRAMAN

NILAI kemanusiaan dan kewarasan insani kini semakin meruncing apabila manusia tidak lagi mampu menangani serta menyelesaikan permasalahan kehidupan peribadi.

Antara nafsu, emosi dan kewarasan sudah tidak ada keseimbangan malah sering keliru menyebabkan kehidupan jadi bercelaru.

Demi memenuhi tuntutan duniawi, dengan mudah maruah, harga diri dan tanggungjawab hakiki digadai. Puncanya akidah yang rapuh dan iman dalam sanubari yang tipis.

Lebih parah apabila banyak janin dan bayi dihumban dalam tong sampah. Anak-anak didera dan diseksa tanpa perikemanusiaan dan naluri keibubapaan. Semuanya akibat pupusnya nilai kemanusiaan dan kewarasan insani.

Tidak kurang pula yang memilih undang-undang dan mahkamah sebagai kuasa pemutus meskipun ia menggadaikan rasional fitrah kemanusiaan dan jiwa keibubapaan itu sendiri.

Mahkamah dijadikan tempat menelanjangkan kelemahan dan kekurangan peribadi pasangan masing-masing meskipun sebelumnya saling menyanjungi dan mengasihi.

Ini dilakukan demi membuktikan hak serta keegoan masing-masing tanpa sedikitpun merasai aib pada diri sendiri. Apa lagi terhadap kepentingan anak-anak yang telah dan akan diwariskan.

Hasilnya hadhanah (penjagaan anak-anak) yang menjadi tugas hakiki ibu bapa atau pasangan suami isteri terabai dan hak anak ke atas kasih sayang ibu bapa dinafikan.

Allah s.w.t. telah menggariskan tanggungjawab ibu bapa ke atas anak-anak dalam firman-Nya yang bermaksud: Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberi pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (al-Baqarah: 233).

Pun begitu, istilah 憆umahku syurgaku
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 02:03 AM | Show all posts
how not to divorce - JANGAN BERCERAI STYLE AWIE!

1. after years of being full-time wife, he divorced arni
2. after years of being cared for by their mom full-time, he took them away from her.
3. dah le dia cerai dengan ibu mereka, a short time later dia kawin pulak dengan bini baru.
4. dah tu kawen dengan mak baru, kawin lari pulak
5. dah kawin, mak baru kejap je dah dapat pulak anak baru.

you see, within a short period of time, anak-anak awie dan arni terpaksa mengharungi berbagai-bagai situasii baru.  dah elok-elok dijaga mak, bapak amek.  baru nak baik dengan bapak, bapak dapat bini baru, baru nak baik ngan mak baru, mak baru dapat anak.  kalau i am the kids, i will be wondering who am i in awie's life.  perubahan bertubi-tubi dalam hidup budak dua orang ni.  i really pity them.  they are old enough to understand what is going on but are too young to handle the stress effectively.  kesian.  what a way to grow up.  it is no wonder pelajaran anak-anak merosot.  he even said anak-anak dia kerap sakit lately..DUH!!! It's the kids way of telling the parents to put aside their differences and focus on the children emotional needs.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2007 11:15 AM | Show all posts
calling calling for dudaensem..

if u dun mind, boleh share tak

bgaimana anak2 abang duda (situasi depa)

waktu abang duda bermasalah dgn isteri dulu

thanks!

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by Sweetmama at 1-3-2006 03:14 PM
good question syd, sebabnya kalau tak diterangkan dengan sebaiknya, anak2 ini akan menyalahkan diri mereka as penyebab perceraian itu terjadi kan.



I dont think so anak anak akan salahkan diri mereka. Perkara yg pertama hit their mind is why????? why you guys go separate way???? why can't you just stay, at least put me to sleep? why & why?

mostly depa nak tau why parents depa tak hug mcm biasa depan depa, why tak dak mummy kalau kita keluar dgn papa la ni, tu semua kita kena jawab dengan rileks sesuai dgn expectation depa walaupun dlm hati tuhan aje yg tau, tak pa lah hangpa masih kecik.

I experienced enough. We divorced when my youngest son was 3 months. Eversince life mmg jadi huru hara utk depa, utk kami life goes on mcm biasa sebab adults boleh handle the situation better than kids. Rindu??? of coz damn rindu kalau kena depa duduk dgn mummy depa. At this time depa called me, asked why papa tak balik balik, dah malam ni, can you put me to sleep. It broke my heart to hear all those words. I cried many times, good thing it was just a phone call.

First step you should do when divorce knock ur door, gather all your strength. Make yourself understand the situation and get things reorganise. You have to learn to be resilient coz time wont wait you, what more if you have kids. Coz after you have gathered all the strength, your next duty is to convince your kids that love is always there. Tell them you love them everyday. If they are too little, you dont have to explain anything heavy, enough to say you are busy with works and that they have to spend more time with mummy, mummy loves so, mummy will take care of you while im gone but i will surely call whenever i can.

Second step, dont get sour with your ex. Keep the relationship for the sake of the kids. Later when depa dah biasa with the situation, try to move bit by bit explaining the situation, but never ever blame your ex. Dont put hatrad in them, that's very wrong.

Time will heal, believe me ! Be with them whenever you can so they wont feel they are losing any one of you. And let me tell you, anak anak mcm depa ni, kalau kita bg concerted attention, depa takkan timbulkan isu siapa salah, depa akan jadi lebih matang & tabah drp anak anak yg fortunate drp mereka.

Anyway if cerai can be avoided, don't choose to be there !!


peace

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-12-2006 12:09 PM
cuba amik contoh terkini;

mcm mana perceraian beri kesan

pada sawie
pada arnie
pada anak2

sampai report polis semua



syd
bila kita bagi tension pada situation yg sedia ada, it becomes heavier than it should.  Cerai itself is something yg men-tension kan (ada ka ayat ni) so why must we add the salt on the wound?  The way i look at it, bila bercerai orang perempuan biasanya akan jadik sangat sore, lelaki bukan tak sore but its managable (yg sepatutnya lagipun talak tu lelaki yg bagi, of coz he is ready at times when cerai was uttered)

In Awie/Arnie case, depa jadikkan anak as "colateral" utk buktikan siapa yg jahat, siapa yg perlu disalahkan & siapa hero/heroin.  This is unhealty to their kids. Kenapa depa libat war of adults dlm dunia anak anak depa. Its very hurtful. I can imagine its very traumatic for their kids, they will become more confuse, paranoid, timid and later become a reserve person.  They need a good therapy.  Depa punya kes ni penuh dendam kesumat so payah nak lerai masalah, abang duda rasa hakim pun sakit kepala.

peace !!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 11:59 AM | Show all posts

Reply #58 DUDAensem's post



mengalir-ngalir air mata baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.162509 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list