CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chomikumi

Netball / Bola Jaring

 Close [Copy link]
Post time 16-4-2010 04:09 PM | Show all posts
Reply 105# jojoba_beads


    hai..jojo...
kitaorg nak frenly netball ngan team jojo leh ke....
kita team ladies le.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2010 02:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by aidamalik at 2-5-2010 23:51

Reply 121# star2010


SESIAPA NAK ADA TEAM NETBALL BOLEH SERTAI KARNIVAL PANDAN PERDANA, KUALA LUMPUR 2010 PADA HARI AHAD 16HB MEI 2010

PERTANDINGAN TERBUKA UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR TETAPI MESTI MELEBIHI 12THN.

BOLEH AMBIL BAHAGIAN.

BAYARAN - RM100 SETIAP PASUKAN

HADIAH : TEMPAT PERTAMA : RM500 + PINGAT + SIJIL

               NAIB JOHAN : RM400 + PINGAT + SIJIL

               KE-3 & KE-4 : RM150 + PINGAT + SIJIL

BERMAIN SAMBIL MENDERMA UNTUK MENGISI TABUNG PIBG SEKOLAH.

TERBUKA JUGA UNTUK PASUKAN BOLAL SEPAK DAN SEPAK TAKRAW.

GERAI-GERAI JUALAN DAN PAMERAN ADA DISEDIAKAN.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI PUAN FAUZIAH - 016-2623227 / EMAIL: eida_9@yahoo.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2010 01:49 PM | Show all posts
sesiapa yang berminat boleh ambil bahagian..tak kira berapa pun nak join.
Boleh join team yang tak cukup player.

Tempat : Padang Sekolah Keb Pandan Perdana, Kuala Lumpur
              berhampiran Pandan Lake Club

Tarikh : 16 Mei 2010

Yuran : RM10 setiap orang

Mari ramai-ramai meriahkan karnival sukan pandan perdana, untuk mengisi tabung PIBG sekolah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 01:06 AM | Show all posts
PENYERTAAN MASIH LAGI BUKA...CEPAT DAFTAR, HADIAH MENARIK, RM, PINGAT & SIJIL DISEDIAKAN..
BERMINAT email pada eida_9@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 10:16 PM | Show all posts
Reply 118# Emrymama


emry... aku pon dok area putrajaya....
masa aku kt jabatan lamer. aku men tok C.... tp masa dulu laaaa....
skrg biler asthma aku di tahap agak teruk, aku dh lama tak main...
tp siyes, aku rindu sangat nk men....
aku nk gak main MAIN2,,,, saje nk test... setakat mana aku leh men...
tp kat tempat aku ni tak aktif sangat netball.... badminton jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 11:31 AM | Show all posts
KARNIVAL SUKAN PANDAN PERDANA TELAH BERLANGSUNG SEMALAM. TERIMA KASIH PADA
15 PASUKAN YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN. TAHNIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2010 11:50 AM | Show all posts
Salam...

ada sesiap nak ajak friendly match ngan team kami yg baru belajar tak? Pls PM saya
opis kami di TTDI...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:00 AM | Show all posts
malaysia muncul juara remaja asia bola jaring ...try la masuk world level plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2010 05:07 PM | Show all posts
Reply 125# nzhass79


    sis...ko kt jabatan mn ek..jom join kitorg training nak?aku selalu gak masuk open..nnt leh join group kitorg.selalu je x cukup player...contact aku k
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 01:12 PM | Show all posts
Bukan sukan lelaki lembut




Oleh ZAMRI RAMBLI
zamri.rambli@kosmo.com.my






AZEERA Farhana Mohd. Farid bangun dari tempat duduknya sambil mendekati tepi gelanggang di Kompleks Rakan Muda Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Melihat corak permainan suaminya, Umar Faris Ahmad Mokhtar yang kurang tangkas, Azeera mula memberikan tunjuk ajar.

“ Abang jaga step, jaga step tu. Jangan tinggalkan penjaring pasukan lawan, kena ikut dan halang dia, ” jerit Azeera, 26, sambil beberapa kali mengangkat tangan menunjukkan posisi sepatutnya Umar berada.

Baru menyunting Azeera sebagai permaisuri hatinya sebulan lalu, Umar, 26, mencuba sebaik mungkin menyerap dorongan isterinya itu, biarpun langkah beliau di gelanggang tersebut tidaklah sepantas teman-teman lain yang berpengalaman.

Seorang yang aktif bersukan seperti bermain bola baling dan bola keranjang, namun permainan itu cukup asing baginya. Sama seperti kebanyakan lelaki lain, sejak di bangku sekolah bola jaring adalah sukan yang menjadi hak eksklusif pelajar perempuan.

Namun, mengenali Azeera yang aktif dalam sukan bola jaring membawa Umar mengenali sisi baru sukan tersebut. Azeera bermain untuk pasukan bola jaring Cobra. Menariknya, kelab itu turut mempunyai pasukan bola jaring lelaki.




PASUKAN Cobra giat melakukan latihan di Kompleks Rakan Muda MBPJ untuk persiapan menyertai MNL.


Selepas lebih setahun Umar menjadi penonton setia ketika isterinya beraksi di gelanggang, dia kini menjadi salah seorang pemain bola jaring. Apa yang pasti, Umar telah membuktikan bahawa bola jaring lelaki bukanlah permainan untuk lelaki-lelaki lembut.

“ Saya masih baru dalam bola jaring, baru sebulan lebih. Sebelum ini, saya selalu tengok Azeera bermain, tetapi apabila Azeera memberi dorongan untuk berlatih bersama pasukan lelaki Cobra, maka saya pun memberanikan diri.

“ Dengan pengalaman bermain bola baling dan bola keranjang sebelum ini, saya rasa bola jaring tidaklah sukar cuma perlu berhati-hati dengan langkah kaki, ” ungkap Umar yang bekerja sebagai penyelia tapak projek di Cheras.

Tidak melihat bola jaring sebagai satu permainan yang diklasifikasikan mengikut gender, anak kelahiran Terengganu itu mengakui, sebab itulah dia tidak takut turun ke gelanggang biarpun mengetahui masyarakat hari ini masih mempunyai persepsi bahawa bola jaring hanya untuk kaum wanita.

“ Apa juga sukan, selagi ia satu permainan maka sesiapa pun boleh melakukannya. Kalau hari ini kita mengiktiraf bola sepak dan futsal untuk wanita, mengapa tidak bola jaring ? ” tegas Umar.

Azeera yang terlibat dalam dunia bola jaring sejak di bangku sekolah ketika di Kelantan sehinggalah melangkah ke alam universiti menambah, beliau tidak bimbang suaminya bermain sukan itu kerana dia sendiri mengenali dunia bola jaring sejak lebih sedekad lalu.

“ Kalau orang tidak tahu tentang sukan ini, mereka boleh berkata apa sahaja. Saya kenal semua pemain lelaki Cobra, sebab itu saya yang mendorong suami untuk berkongsi minat dalam sukan ini, ” ujar graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) jurusan Sains Sukan bahawa suaminya lebih bersemangat bermain berbanding sebelum ini.

Jika lima tahun lalu bola jaring lelaki adalah sesuatu yang tabu dalam masyarakat negara ini, stigma itu kian terhakis hari ini.


Kejohanan MNL

Buktinya, jumlah kejohanan bola jaring lelaki meningkat dari semasa ke semasa.


Antaranya termasuklah Kejohanan Terbuka Kompleks Sukan Negara (KSN Open), Universiti Sains Malaysia (USM) Open, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Open, KL Open, Langkawi Open, TNB Open dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Open.

Bagi mempromosi lagi sukan itu, sebagai salah seorang individu yang sudah lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia sukan bola jaring, Zabedah Abdul Ghani, 53, terpanggil untuk memikul tanggungjawab itu biarpun ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Sebagai salah seorang jurulatih perintis melatih pasukan bola jaring lelaki, Zabedah baru-baru ini turut menjadi penggerak sebuah liga khas yang dinamakan Liga Bola Jaring Lelaki (MNL).

Berbeza dengan kejohanan lain yang digerakkan oleh syarikat swasta atau organisasi tertentu, MNL dimulakan oleh Zabedah secara individu. Beliau turut mendapat sokongan rakan-rakannya dan beberapa pasukan bola jaring lelaki di negara ini.


Liga sulung

MNL yang berlangsung sejak 15 Oktober lalu bakal menutup tirainya pada 29 Oktober ini merupakan liga edisi kedua untuk tahun 2010. Ia berjaya mengumpulkan lapan pasukan bola jaring lelaki sekitar Lembah Kelang.

“ Selain menjadi jurulatih untuk pasukan bola jaring wanita, saya juga menjadi jurulatih untuk pasukan Phoenix. Idea untuk mengadakan MNL dicetuskan oleh pemain Phoenix yang mahu lebih banyak kejohanan.

“ Sejak tahun lalu, saya berbincang dengan kawan-kawan seperti Mazlah Abidin. Beliau merupakan pengadil yang pernah mengadili kejohanan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

“ Selepas beberapa pertemuan dan berdepan dengan pelbagai cabaran, akhirnya MNL sulung berjaya diadakan pada Januari lalu, ” ungkap Pembantu Pengurus di Malaysian Emergency Response System (MERS999), Telekom, Bangsar, Kuala Lumpur itu.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata berkenaan, biarpun tanpa hadiah dalam bentuk wang, liga yang digerakkan melalui kutipan penyertaan RM100 untuk setiap pasukan, edisi pertama MNL berjaya diadakan dengan penyertaan Phoenix, Legend Deluxe, Legend Premium, Cobra Alpha, Cobra Bravo dan Royale.

Kejohanan sulung MNL dijuarai pasukan Royale. Atas kejayaan MNL pertama, edisi kedua diadakan lagi pada tahun ini. Kali ini dua pasukan baru menambahkan senarai tersebut iaitu Phoenix B dan Xtreme.

Apakah cabaran dalam menganjurkan sebuah liga untuk sukan itu ? MNL digerakkan untuk satu misi lagi iaitu mahu meyakinkan Persatuan Bola Jaring Malaysia bahawa sukan tersebut untuk lelaki perlu mendapat pengiktirafan.




MNL edisi kedua menyaksikan penyertaan lapan pasukan yang mengumpulkan hampir 100 pemain di Dewan Bola Tampar MBSA, Seksyen 4, Shah Alam untuk merebut piala liga.


Biarpun sudah beberapa kali pasukan seperti Cobra, Royale dan Legend dijemput untuk menjadi rakan sepelatih dengan pasukan bola jaring wanita kebangsaan, namun sehingga kini Persatuan Bola Jaring Malaysia belum mengiktiraf sukan itu untuk kaum Adam.

Ia menjadi tanda tanya sedangkan beberapa sukan seperti bola sepak sudah bebas daripada belenggu genderisme apabila diiktiraf persatuan masing-masing. Malah, banyak negara Komanwel mempunyai pasukan kebangsaan lelaki seperti Australia, New Zealand, England dan Singapura.

“ Syukur, biarpun tanpa tajaan dan sokongan persatuan, MNL dijayakan dengan pengorbanan mereka yang mahu mengembangkan sukan ini. Terima kasih kepada rakan-rakan pengadil yang sudi mengerah keringat di gelanggang biarpun tanpa sebarang bayaran. Tidak ketinggalan pasukan Xtreme yang sudi menaja baju pengadil dan Majlis Bandaraya Shah Alam memberi bantuan seperti gelanggang, ” ujar Zabedah yang mengeluarkan duit poket sendiri bagi mendapatkan cenderamata kenangan buat pengadil.

Tambah beliau, menariknya dalam permainan bola jaring lelaki, aksi mereka lebih pantas dengan pergerakan yang lebih kreatif.


Perjalanan Cobra

Mendekati salah sebuah pasukan bola jaring lelaki yang menyertai MNL, Kapten pasukan Cobra, Shaharezan Shahadin, 33, berharap liga tersebut mampu dimantapkan untuk mengangkat lagi populariti sukan bola jaring lelaki pada masa depan.

“ Kita memang ada banyak kejohanan tetapi ini adalah pertandingan berbentuk liga yang melibatkan pasukan bola jaring lelaki, ” ungkap Shaharezan yang menjadi salah seorang ahli terawal menubuhkan Cobra empat tahun lalu.

Diajak bercerita lanjut tentang kejohanan lain selain MNL, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui dalam tempoh empat tahun memang banyak pertandingan yang mereka sertai.

Namun, menubuhkan sebuah pasukan dengan kebanyakan pemain tidak mempunyai latar belakang dalam sukan itu, bukan sedikit suka duka yang dilalui Cobra. Namun pasukan itu bergerak teratur dengan struktur organisasi malah, mempunyai blog http://cobraonthenet.blogspot.com

“ Masa mula-mula main dulu, kami hanya dilatih oleh mak cik-mak cik sahaja. Ketika itu sudah ada beberapa pasukan yang kuat seperti Royale, Legend dan Phoenix. Bermula dari bawah, sewaktu mula-mula sertai kejohanan, kami hanya menang perlawanan pertama sahaja, yang lain semua kalah.

“ Dari situ, kita giatkan latihan ambil jurulatih dan rekrut pemain. Dalam tempoh beberapa tahun, prestasi Cobra semakin meningkat. Daripada kalah besar, kita kalah dengan mata tipis, selepas itu seri dan akhirnya mencatatkan kemenangan demi kemenangan, ” ungkap Eksekutif Kanan Harta di sebuah syarikat swasta itu sambil mengakui kenangan paling manis buat dirinya adalah ketika di USM Open 2009 apabila Cobra Alpha berjaya menjadi juara manakala Cobra Bravo mendapat tempat ketiga.

Selain itu, tahun 2009 juga adalah tahun cemerlang buat Cobra apabila menjadi johan pada Legend Open, tempat ketiga pada Titiwangsa Open dan tempat ketiga pada KL Merdeka Open.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 01:29 AM | Show all posts
Reply 130# HangPC2

ada sekali tgk vid kat YT (kot) netball laki neh... tp yg men tu yg lembut2... aku ingat mmg yg camtu men netball... upenye laki tulen pon ada gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 01:30 AM | Show all posts
Reply  nzhass79


    sis...ko kt jabatan mn ek..jom join kitorg training nak?aku selalu gak mas ...
Emrymama Post at 24-10-2010 05:07 PM


ok no problemo... aku  baru abis badminton, pasni men volleyball.... ko slalu training kat maner????
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 12:22 AM | Show all posts
Reply 132# nzhass79


    kat pancarona....contact aku -0126211372....klu free leh friendly atau main sesama
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 12:35 PM | Show all posts
Reply 130# HangPC2


    poyo gile statement cobra ni.. korang tgk sendiri.. lembut ke idak... denial tul..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:39 PM | Show all posts
mana nak tgk team netball lelaki kat JB?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 06:30 PM | Show all posts
Nk cari netball coach yg based in KL/Selangor. Ada x sesapa kt sini?  
Coach utk kolej kt area bukit jalil. Training seminggu sekali n mayb akan buat kt area bukit jalil. Anyone?

Someone yg berpengalaman (tau peraturan terbaru) n bleh ckp English (sbb kolej tu kolej international) akan diutamakan. PM me nama n phone number k



Urgent
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 11:03 AM | Show all posts
anybody yg nak join our team trening meh la turun kat seksyen 4 shah alam every Mon & Wed nite from 8-11 pm..lelaki bole, ppuan pon bole..

for guys team, buln 4 ni dgr kata ada 2 tournament netball kat area Utara...Langkawi Water Festival n Open Unimap...hadiah juara mencecah RM2000....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:05 AM | Show all posts
Reply 135# NokiaJB


    MPJBT n MBJB rasanya ada team lelaki kn..they ols penah join tournament kat area KL nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply 134# karambunai


    lembut pada luaran je bang oooiiii...tp bila time game masing2 menunjukkan kegagahan..takdenya nk trgedik2 kat tgh court tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 02:46 AM | Show all posts
xde ke liputan psl netball national. skrg kan tgh sibuk world championship.
tp netball malaysia so ketinggalan  kalo nk banding dgn top10 netball team in the world

improve la sket.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.076291 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list